Aku bukan jual pun.. bukan nak promote..cuma nak kongsi apa yang aku suka...^v^
Search Faster With Google Search
Custom Search
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts
Wednesday, January 4, 2012
Review Buku: Hadiah Buat Muslimah..Panduan asas fiqah wanita.
Aku bukan jual pun.. bukan nak promote..cuma nak kongsi apa yang aku suka...^v^
Thursday, September 22, 2011
Baby..baby..baby...(Hargai yang ada di depan mata)
Sejak akhir-akhir ni kat mana-mana aku pegi pun asyik nampak baby je... time ni rasa ramai sangat yang mengandung dan melahirkan... kawan2,sedara mara... adoi dugaan betul... aku pasti setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Aku bersyukur dan bahagia sangat dengan perjalanan hidupku... Bagiku semuanya indah dan penuh hikmah.
Biar apa musibah yg berlaku, jgn kita salahkan takdir atau sesapa pun. Percayalah tuhan dah merancang perjalanan hidup yang terbaik untuk kita. Hargailah apa yang kita ada sekarang...Jangan sampai apa yang ada depan mata hilang baru kita nak menyesal....
Lumrah kehidupan manusia tak pernah puas dengan apa yang ada. Ia ada baik dan buruknya..baiknya bila kita sentiasa berusaha untuk mendapat apa yg kita nak... cuma ia jd buruk bila kita lupakan apa yang kita ada. Betulla kata org, "rumput rumah sebelah nampak lagi hijau dari rumput rumah sendiri.." kenapa?? kerana.. kita lupa apa yang tuhan dah bagi kat kita...bersyukurlah... hargailah insan sekeliling kita.
Cuba pandang insan tersayang sekeliling kita bila dia tengah tido.. time tido kita boleh lihat wajah paling jujur seseorang. Muhasabahlah diri kita tentang kelakuan dan layanan kita terhadap mereka. Perbaiki diri jika kita melakukan kesilapan. Maafkanlah jika ada yang bersalah dengan kita... tak perlu berdendam.Kerana dendam akan hanya membuatkan kita makin derita kerana hati kita sentiasa tak tenang.
Bagi aku dugaan yang menimpa menunjukkan Allah sayangkan kita. Aku selalu mengingatkan diri supaya jangan lupa diri! Bila kita susah dan derita jangan lupa ada insan yang lebih derita dari kita.. dan bila kita senang dan bahagia ingatlah waktu susah kita. Jangan lupa.:)

Tuesday, July 26, 2011
Review Buku: Men Are from Mars, Women Are from Venus By John Gray
Korang pernah baca tak buku ni? Ni kali pertama aku baca buku ni sepenuhnya. Sebelum ni tau sikit2 je. Buku ni mengenai bagaimana nak berkomunikasi dengan cara yang betul antara lelaki dan perempuan terutama suami isteri. Dalam rumahtangga mesti ada perselisihan faham yang pasti berlaku.. kenapa? kerana lelaki dan perempuan adalah dari dua planet yang berbeza. Walaupun kita bercakap bahasa yang sama namun maksudnya berbeza... Sebab tu lah berlaku salah faham antara antara suami isteri.. Nak cerita lebih2 pun tak seronok kan. Lebih baik baca sendiri.. Bukunya harga RM35.00 je. Nasib baik suamiku sponsor...(Makasih suamiku ia sangat bermakna..) Bila aku baca buku ni rasa kaum lelaki ni sangat unik. Begitu juga kalau kaum lelaki baca mesti rasa kaum wanita ni unik.. Kerana apa yang kita sangka atau fikir mengenai pasangan kita kemungkinan tersasar jauh. Penat jugak sebenarnya baca buku ni tapi seronok lagipun aku memang suka membaca. Ni ada link pdf file utk buku ni...cubalah baca.
http://xa.yimg.com/kq/groups/21230179/1805388939/name/ladies.pdf
Tips: Kalau ada salah faham ingat satu je iaitu dia dari planet lain.hehe
Hargailah pasangan anda.^v^ mrs.iskandar^v^

Monday, July 18, 2011
Ingatan buat yang bergelar ibu
Bagi yang telah menjadi seorang ibu ataupun bakal ibu pasti memahami perasaan dan hati nurani seorang ibu yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Sejak lahir bermacam-macam kerenah anak yg dihadapi.. kecomelan, kenakalan, sifat ingin tahu dan berbagai lagi..
Para ibu di luar sana tak lupa juga para bapa ingatlah anak2 adalah tanggungjawab kita. Rezeki yang kita terima perlu kita kongsi bersama anak..itu sudah semestinya. Elakkan dari mengeluarkan perkataan yang negatif terhadap anak.Terutamanya bagi ibu.. kalo marah sangat pun jgn sampai kutuk anak sendiri..ingat kata2 itu adalah doa tambahan doa ibu amat mujarab. Rasanya ramai yang tahu namun kadang kita sendiri terlupa. Atau tersilap kata.. Sabarlah wahai ibu..
Perlakuan seorang ibu atau layanan terhadap anak juga memainkan peranan penting. Kita boleh lihat sendiri perbezaan anak yang selalu kena marah, anak yang terlalu dilindungi, atau anak yang tidak diberi perhatian…
Satu kisah yang bole dijadikan contoh.. ada sepasang adik-beradik dari kecil tinggal bersama sebuah keluarga yang prihatin terhadap mereka. Sentiasa dilindungi..diberi cukup makan..ditegur bila melakukan kesilapan. Sesekali dimarahi supaya menjadi insan yang berguna. Dipukul jarang sekali.. Mereka amat ceria dan berani bersuara.. pendek kata mereka bahagia. Namun disebabkan masalah yang xdapat dielakkan mereka terpaksa berpindah tinggal bersama sebuah keluarga lain. Disana mereka sentiasa dimarahi. Dipukul serta kekurangan kasih sayang.. Makan ke..mandi ke... kadang dipedulikan kadang diabaikan.. kehidupan mereka tak terurus.. Selepas beberapa lama, mereka pulang ke pangkuan keluarga pertama tadi. Alangkah berbezanya tingkah laku mereka.. adik-beradik ini amat pendiam, pasif dan takut2... Mereka seolah-olah sedang menunggu hukuman bagai seorang pesalah. Bayangkan keadaan persekitaran amat mempengaruhi tingkah laku anak2...
Sedikit tips buat ibu-ibu:
-Tegas itu perlu namun jangan selalu. Mungkin anak kecil xmengerti apa2 namun dia tahu jika dimarahi. Anak kecil juga punya perasaan..Sesekali tunjukkan kasih sayang namun jgn berlebihan. Marahlah anak tapi pastikan dia tahu kenapa kita marah dan jgn sampai dia rasa langsung tak disayangi.
-Perlindungan itu perlu namun jangan terlalu.. biarkan anak meneroka, biarkan imaginasinya membina.. Bagi anak kecil sebuah bilik bagaikan sebuah istana.. Sekuntum bunga bagai sebuah taman..cubalah bawa anak meneroka pasti dia ceria. Jangan takut rumah bersepah. Jangan takut anak terjatuh.. sambutlah dia.Kalo dia jatuh ajarlah untuk bangun.kalo dia xpernah jatuh mcmmana dia nak belajar bangun semula.
-Perhatian itu perlu, jangan sampai anak merayu.. kadang2 anak memberontak..meragam xtentu pasal. Semua itu kerana mereka inginkan perhatian.. luangkan sedikit masa untuk melayan kerenah anak2 atau bermain bersama.. berbual dengannya atau sekadar mengiyakan kata-katanya. Anak yang diberi perhatian akan lebih mendengar kata dan kurang memberontak, kerana mereka tahu mereka tidak akan diabaikan. Carilah masa untuk anak anda.
Komik: Jatuh bangun Shahputra
Selamat berjaya!
^wroted by Mrs. Iskandar^
Subscribe to:
Posts (Atom)