Showing posts with label HOT. Show all posts
Showing posts with label HOT. Show all posts

Thursday, 1 September 2011

Giant Rat

dead rabbit i found by the roadside
innalillahiwainnailaihirajiun
Setiap yang bernyawa pasti akan mati
Al-Imran:185

Hendaklah kita sentiasa menyiapkan diri bagi menghadapinya.

Salam lebaran buat semua. :)

Thursday, 6 January 2011

Manifestasi cinta


Peserta peserta Halaqah WAJIB ye..
  

Monday, 15 November 2010

Pencarian 100 pasangan sempena kahwin perdana 2010


Haaa,, kalau anda termasuk dalam kategori2 tu maka ape lagi, call la num yg tertera di atas tq

Thursday, 11 November 2010

DEAD at DESK FOR 5 DAYS


paling x blh belah quotation ni :

'Don't work too hard.Nobody notices anyway' 

hahaha tu kata mereka. Tapi sbg Muslim kita mesti yakin bahawa ada suatu kuasa yang maha bijaksana dan mengetahui yang sentiasa NOTICE segala pekerjaan kita. and kalau kita membuat keranaNYA kita pasti akan mendapat keredhaanNYA...Allahuakbar..  tp kerja2 yg baik je lahh,, yg jahat2 tu tak dapat la keredhaan.. tu saje. adioss 

*thnx to robot for the pic 

Friday, 5 November 2010




alhamdulillah... Im on holiday! after 14hrs a super xtreme flight. x de la extreme pun cume bnyk gegaran daripada biasa. tapi tetap sampai...
   Alhamdulillahirabbil'alameen~ 
   Welcome to UK izzah!! 

Wednesday, 1 September 2010

Hari ini Dalam Sejarah

Alhamdulillah Ya Allah kerana engkau telah memanjangkan umurku sehingga Ramadhan kali ini. Semoga engkau panjangkan umurku untuk hingga Ramadhan yang akan datang... ammen~


Alkisah hari ini dalam sejarah... Aku bawak Skuter pergi ke Terminal Bas Muadzam Shah kira2 5km dari main kampus.. ohh aku sungguh bangga dengan pencapaian ini, almaklumlah naik moto org lain yg bwk pun dah terjerit-jerit, inikan pula aku sendiri yang tunggangnye *cm unta la plak*..

Photobucket

 Tapi aku naik sorg2 ni x de la jerit2.. cume sedikit brani mati la sbb ni 2nd time aku bwk skuter. 1st time dgn unta kak Ecah. 2nd time ngn unta CCL kak Lela... thnx kak lela sbb bg peluang utk saya develop myself to ride ur scooter.. isk3 sangat terharu tak terkata ni...

Keberanian dalam diri ini perlu di-develop.. jadi in the future aku nak try bwk motor biase tu plak...

Photobucketbak kate abg Fadel aka Tok Mad "pas ni bole la upgrade bwk moto manual pulak" yess.. moto sponsored by Tok Mad aka Hulubalang aka Tuan Seri aka Buncit.. 


tu je untuk kali ni, bnyk lagi nak cite tp apekan daya esok ade midterm subjek Sir Ruzaini *weweet* maka kene la study, kate nak DL. Doakan saya ye kawan2...

k adios amigos,, Selamat Berpuasa..

Photobucket
p/s: jgn lupe niat pose ye kawan2,,, kalu x engat follow je lagu kt blog ni :)


Tuesday, 1 June 2010

Freedom flotilla



Pagi tadi aku melepak2 kt library bace paper harini, Muke depan sume pasal Penyerangan Israel ke atas kapal Mavi Marmara, Kapal utama Volunteers ke Gaza.
Serba sedikit pasal Misi ke Gaza FREEDOM FLOTILLA:
  • Terdiri daripada 600+ orang volunteers yang menyertai dari Malaysia, Turkey, Indonesia dll
  • Voluteers yang menyertai adalah dari kalangan Doktor, Ahli2 ilmuan, Ulama', Ahli parlimen, Student, journalist, reporter, seorang kanak2 berumur kurang 1 tahun, seorang warga emas berumur 80 tahun. basically rakyat biase BUKAN tentera.
  • Membawa muatan lebih kurang 10 tan yang berupa barang2 medical, makanan, fuels, dan lain2
  • Wakil Malaysia adalah seramai 12 orang yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al Quds As Sharif  dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) 
Sepanjang perjalanan mereka dari Turki, mereka sentiasa bermunajad, memohon kepada Allah memudahkan perjalanan mereka.Ada yang mengikuti kelas bahasa arab dan lain lain.

Sampai harini, 19 orang telah syahid (beruntungnye depa) dan 50 orang cedera. MasyaAllah banyaknye dugaan ke Gaza, depa time kene serang tu da dekat sangat2 dengan gaza which is 65km dari Gaza. Dan harini masih tataw ape yang terjadi sebab bilik media depa telah dikuasai oleh tentera israel.

Tadi aku ade tengok klip news RT News kt Moscow. Salah seorang pembaca berita menemu ramah wakil dari Israel , Dr Raa'anan Gesen bekas penasihat Arel Sharon kt Tel Aviv dan Abdul Karim wakil dari pemimpin Palestine dari West bank. 
lebih kurang isinya begini:

"Mereka menyerang untuk mempertahankan diri mereka dari Hamas,Setiap negara mempunyai hak untuk melindungin negara masing-masing dari musuh. Segala kekecohan yang berlaku di Palestine semua adalah disebabkan oleh Hamas bukan Israel. Israrel aade supply human aid seperti ubat2 dan lain2 kepada penduduk Gaza, dan Freedom Flotial have nothing to do with the human aid. Iran adalah terrorist base country (isu Nuklear)"

Actually aku x brape nk faham ape yg die cakap, tp basically die kate cmtu lah, dan ade kait2 ngn Nuklear2 whatever, mean die nak kate yang ade terrorsit yang berselindung di sebali kapal Mavi Marmara tu. Apekah Hamas yang wajar untuk dipersalahkan dalam hal ni?
aku pun musykil kenapekah mesti menyerang kapal yang terdiri dari orang-orang yang tak bersalah? Alasan lain yang diberikan oleh komando israel ialah mereka membawa senjata tajam. Volunteers tu suma adalah rakyat biasa yang tak bawak apa-apa senjata bukan saje untuk berperang malah untuk memeprtahankan diri pun tak de, apekah ini yang mereka katekan sebaga terrorist???

Wahai masyarakat dunia tolonglah celikkan mata anda. Sudah terang lagi bersuluh menunjukkan kekejaman dan jenayah yang telah mereka lakukan. Pasukan keamanan PBB tolongla lakukan something........... OIC gerakkan negara-negara anda untuk membela nasib rakyat palesti yang dah lame tak terbela.
 Ya Allah aku tringin sangat nak pegi ke sana................. Palestine, Al-Quds.....


segala updates if kawan2 nak tengok, boleh la access website Lifeline4Gaza or Palestinkini.info

"Ya Allah berikan lah kejayaan kepada mereka atau berikan lah mereka syahid seperti yang telah kau janjikan kepada hamba-hambamu yang berjuang ke jalan Mu, Bantulah kami dalam melawan golongan-golongan yahudi, nasrani ini yang sememamngnya tidak akan meredhai agama mu ini sehingga kami tunduk kepada mereka. Sesungguhnya, kami tidak akan tunduk kepada mereka. Ya Allah jaga lah hati kami dari berbolak balek darimu, kami tidak mahu tunduk kepada mereka.. Ya Allah bantulah kami, kabulkanlah doa kami Ya Allah......................... ameen ya rab al-alameen"


Saturday, 22 May 2010

PSDZA'10


Alhamdulillah lepas 2 benda..
Last week aku pegi  Pertandingan Debat Sultan Zainal Abidin kt UITM terengganu..
fuuh.,., memang best! preparation 1 week, sungguh memenatkan.. 
Berlangsung dari 16 May- 18 May 2010


Ni adalah penyertaan pertama Uniten utk pertandingan debat antara universiti2 pantai timur. 
cth:Uia kuantan, KBT, UDM, UITM Tganu, UMT dll
Uniten hantar 2 team : Team A dan Team B.

Team A
    

Team B

Sifu -Abg Rizal-

Penyokong
Qilah n Pers

First round sume team kene berlawan 6 match.Then utk Quarter final kene menang 2 then masuk semi menag boleh masuk final. Pertandingan debat ni gune konsep Power match. Aku pun x faham cane ia berlangsung.

Alhamdulillah Team A menang 4/6 match utk 1st round. Then menang Quarter boleh masuk semi. Menang Semi final dapat masuk final. After than lawan ngn tuan rumah Uitm Dungun namun, nasib x menyebelahi kita. Kalah dapat no 2. Tapi tu pun da kire bonus utk kami sebab aim just masuk semi final je. Ucapkanlah Alhamdulillah~


Aku sebagai reserve dapat la tengok macam2 gaya debat. Jadi lepas ni aku nak practise lagi n aku nak masuk line up plak! x maw jadi reserve dah. This time aku kasi la chance..lalala~ poyo terlbeh!
pengalaman tu penting. kene tengok dulu.

Actually aku pun x faham kenapekah Abg rizal letak aku kt team A ni, padehgal at first supposedly aku dok kt team B je.. pelik2 je..


Abg rizal kate aku beruntung sebab x berdrbat, tetibe dapat naik stage amek piala amek2 pix,,
hahahahha~~~


bersama kawan2 baru >> Rakan2 UIA

Lepas balek dari uitm on our way to Muadzam Shah, kami singgah la kejap kt Megamall,, main2 bowling dulu baru la sambung perjalanan ke Uniten.




 

Semoga prestasi debat Uniten semakin meningkat. Jom kawan2 same2 kite improve our skill!
Supaya uniten sentiasa gemilang di mata dunia!! insyaAllah..

Photobucket

 

Saturday, 20 February 2010

my family are on the news!!

NOOR ZAITUN sekeluarga bergambar di luar Istana Buckingham selepas menerima pingat Queen's Prize daripada Ratu Elizabeth, semalam.

LONDON: Pensyarah Fakulti Sains Kejuruteraan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Noor Zaitun Yahaya adalah antara wakil Institute for Transport Studies (ITS) Universiti Leeds, di sini menerima pingat Hadiah Ulang Tahun Queen untuk Pengajian Tinggi 2009 (Queen's Prize) daripada Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, semalam. 

Noor Zaitun, 44, yang juga pelajar Doktor Falsafah (PhD) di ITS Universiti Leeds turut menerima sijil untuk kumpulan penyelidikannya dan universiti itu bagi kajian mereka mengenai sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar. 

Anak kelahiran Perak ini adalah antara 10 wakil Universiti Leeds, termasuk Pengarah ITS, Prof Mark Wardman dipilih untuk menerima dan membawa pulang anugerah yang julung-julung kali diterima universiti itu.

Berikutan kejayaan itu, ITS dibenarkan menggunakan logo Queen's Prize itu selama empat tahun. Anugerah yang diberi setiap dua tahun ini adalah pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang universiti dan kolej di United Kingdom untuk kehidupan intelektual, ekonomi, kebudayaan dan sosial. 

Noor Zaitun adalah antara 40 pelajar PhD di institut berkenaan. ITS Universiti Leeds adalah pusat kajian pengangkutan terbesar di Eropah dan menjadi pusat rujukan global.

Bercakap kepada Berita Minggu selepas upacara penyampaian anugerah selama satu setengah jam itu, Noor Zaitun berkata, Ratu Elizabeth berminat mengenai Malaysia dan bertanyakan mengenai bidang penyelidikannya.

"Saya menerangkan kepada baginda bahawa penyelidikan saya ialah mengenai pengangkutan dan pencemaran udara. Suami baginda, Duke of Edinburough dan puteri mereka, Princess Anne, juga berminat mengetahui mengenai Malaysia dan sistem pendidikannya. 

"Saya memberitahu betapa bangganya saya dapat mewakili Malaysia dan sebagai tetamu pada upacara berkenaan," kata Noor Zaitun. 

Noor Zaitun yang berbaju kurung sutera merah ternyata menarik perhatian ramai ketika upacara itu berlangsung. 

Turut meraikan saat bersejarah itu ialah suaminya, Haji Fakharuldin Ishak, 45; dan keenam-enam anak mereka, Nur Izzah, 18 (hak3, sje je highlight nme sendiri..kuang3); Zatul Iffah, 16; Abdullah Azam, 14; Muhammad Al Fateh, 12; Nur Qistina, 10; dan Abbas Azizi, 8.

Noor Zaitun dijangka menamatkan pengajiannya dalam tempoh satu setengah tahun lagi. Sebagai pelajar cemerlang sepanjang pengajiannya, Noor Zaitun mendapat tajaan Bank Dunia untuk pengajian Ijazah Sarjana Mudanya (MA) yang juga membolehkannya datang ke London pada 1990 untuk meneruskan pengajiannya.

coretan izzah: hopefully pencapaian ini akn mnjadi titik semangat utk aku yg super 'rajen' utk tros gigih belajar sob3... ameen...~~ 


credited from berita harian 21st February 2010

Friday, 19 February 2010

Nikah KOBOI


KUALA LUMPUR: Ghairah mahu menikmati hidup bersuami isteri selepas bertemu kekasih ketika sama-sama menuntut di menara gading, namun pada masa sama tidak mahu perbuatan itu diketahui ibu bapa mendorong segelintir pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ternama di pinggir ibu negara terjerumus dengan amalan ‘pernikahan dalam dorm (asrama)’.

Perkahwinan adalah fitrah manusia, namun amalan di kalangan mahasiswa terbabit nyata meragukan apabila upacara pernikahan pasangan pengantin terbabit hanya disempurnakan sesama rakan sekuliah selaku kadi, wali dan saksi - tidak ubah seperti pernikahan koboi.



Seperti pasangan normal, kumpulan terbabit juga mempunyai kadi yang menikahkan pasangan berkenaan secara berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebelum diperakui sebagai sah oleh saksi. Cuma yang berbeza ia dilakukan pada waktu malam dan semua yang hadir hanya rakan sekuliah.




Sehingga kini, tujuh pasangan di IPTA berkenaan dikesan melangsungkan pernikahan yang didakwa mereka sah dan halal mengikut mazhab dianuti (mungkin bukan malaysian kot), sedangkan umat Islam di negara ini berpegang kepada Mazhab Syafie yang mengamalkan cara pernikahan berbeza.




Selepas berlangsung majlis akad nikah di asrama lelaki dalam kampus IPTA berkenaan, ‘pasangan pengantin’ baru dibenarkan menjalani kehidupan sebagaimana suami isteri yang diijabkabulkan mengikut amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.




Bagaimanapun, kegiatan songsang itu akhirnya terbongkar apabila satu daripada pasangan yang bernikah mengikut kaedah meragukan itu menemui Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek, untuk mendapatkan pandangan.



Sarat mengandung bayi hasil pernikahan itu, gadis berusia 23 tahun berkenaan serta pasangannya berusia sebaya menemui Hanafi kerana tidak sanggup lagi menyorokkan perkahwinan mereka daripada pengetahuan ibu bapa.



“Saya didatangi pasangan terbabit baru-baru ini. Saya ingatkan mereka mungkin datang kerana terjebak masalah sosial, tapi alangkah terkejut apabila mereka mendakwa berkahwin di asrama lelaki IPTA berkenaan.




“Kadi, wali, saksi dan tetamu semuanya terdiri pelajar. Mereka mendakwa menganut mazhab yang membenarkan perkahwinan dengan cara sedemikian.




“Semua kes pernikahan itu tidak diketahui ibu bapa pasangan terbabit. Pelajar berkenaan yakin pernikahan itu sah semata-mata dengan alasan mereka mempelajari segala hukum-hakam dalam mazhab berkenaan yang membolehkan upacara pernikahan pelik itu dijalankan,” kata Hanafi ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini.




Menurutnya, berdasarkan pengakuan pasangan terbabit, mereka yang mendakwa sudah ‘sah’ sebagai suami isteri menyewa tempat tinggal sama ada rumah atau bilik di luar kampus universiti sejurus majlis akad nikah disempurnakan bagi mengelakkan pernikahan diketahui pihak pentadbiran universiti.




Katanya, pasangan berkenaan memaklumkan, setakat ini tujuh pasangan ‘suami isteri’ di kalangan pelajar yang bernikah mengikut amalan mazhab berkenaan, menyewa kediaman yang diubah suai dan dipecahkan menjadi beberapa bilik di kawasan penempatan tidak jauh dari universiti itu.




“Kemungkinan jumlah pasangan yang melakukan pernikahan pelik di asrama lelaki di universiti itu lebih daripada yang diketahui.




“Malah, mungkin juga fahaman yang dipegang mereka turut membabitkan pelajar universiti lain di negara ini,” katanya.




Hanafi berkata, kegiatan yang semakin mendapat sambutan itu perlu dibanteras segera bagi mengelak lebih ramai pelajar pusat pengajian tinggi mengambil jalan mudah untuk merasai dunia bersuami isteri dengan mengenepikan hukum syarak dan pihak keluarga.




“Lebih memburukkan keadaan jika kegiatan mereka tersebar kepada pelajar yang cetek ilmu agama. Pemikiran golongan pelajar ini lebih mudah dipengaruhi walaupun secara terang-terangan ‘pernikahan mahzab lain’ menyalahi hukum.


Menurutnya, Sidim mengadakan sesi kaunseling kepada pasangan terbabit dengan menasihatkan mereka tidak membelakangkan ibu bapa dalam segala hal terutama membabitkan pemilihan pasangan hidup.



“Saya nasihatkan remaja khususnya pelajar universiti tidak membuat keputusan terburu-buru dan terjebak dengan pujukan segelintir rakan mereka yang kononnya dianggap bijak. Ingatlah keredaan Ilahi bersangkut paut dengan keredaan ibu bapa,” katanya


coretan izzah: x sangke kawen ade pelbagai spesis, maka bagi sape2 yg nak kawen, kawen lah, tp makesure anda MAMPU menanggung org yang bakal anda tanggung zahiriah dan batiniah.... Bagi yg x jupe jodoh lagi tu, toksah riso, Allah jadikan manusia berpasang2an.. insyaAllah bile tibe masenye korg akn jupe la partner korang. kalu bukan di dunia, mungkin bidadari/bidadara di Syurga Allah.. insyaAllah

credited from harian metro 19th February 2010

Monday, 15 February 2010

Anak jadi kekasih bapa


JOHOR BAHRU: ‘Anakku kekasihku’ adalah istilah tepat bagi menggambarkan kasih sayang seorang bapa terhadap anak gadisnya yang berusia 17 tahun sehingga sanggup tidur sekatil setiap malam sejak dua tahun lalu.
Peliknya, perbuatan lelaki yang bekerja sebagai juruteknik itu diketahui isterinya, namun wanita itu lebih rela merahsiakan perbuatan terkutuk suaminya untuk mengelak menjadi bualan jiran.


Difahamkan, kejadian bermula sejak 2008 ketika mangsa baru mencecah usia 15 tahun apabila dia dipaksa tidur sebilik bersama bapanya di rumah mereka di Taman Perling, di sini.


Biarpun enggan berbuat demikian, mangsa terpaksa akur dan merelakan diperlakukan sedemikian dengan melayan permintaan gila bapa kandungnya kerana bimbang berlaku kekecohan yang akan mengejutkan ahli keluarga lain serta jiran.




Walaupun pernah merancang mendedahkan perbuatan melampau bapanya dengan membuat laporan polis, mangsa yang masih bersekolah terpaksa membatalkan hasratnya berikutan bimbang si bapa dicekup polis yang akan menyebabkan mereka hilang tempat bergantung.


Apabila mangsa meningkat dewasa, bapanya dikatakan mula memberi layanan istimewa dan mengawal segala tindak tanduk dan pergerakannya setiap hari.



Perubahan itu dipercayai didorong perasaan cinta dan kasih terhadap anak kandung yang dianggap seperti teman wanita.



Lelaki setan itu turut didakwa sanggup menghantar dan menjemput anak gadisnya di sekolah serta menyekat kebebasan mangsa untuk berkawan dengan pelajar lain.




Jika mangsa tidak muncul di depan pintu pagar sekolah pada waktu ditetapkan, lelaki itu akan mencarinya di seluruh pelosok kawasan hingga anak gadisnya ditemui.




Bagaimanapun, pagi kelmarin pelajar malang berkenaan tampil membuat laporan polis apabila tidak mampu memendam rahsia hitam menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya.




Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, mengesahkan menerima laporan mangsa berhubung kejadian itu sebelum menahan suspek, pagi kelmarin.




“Berdasarkan siasatan awal, mangsa mendakwa sering dicabul bapanya yang berusia 44 tahun selain dipaksa tidur bersama hampir setiap malam.


“Malah siasatan lanjut mendapati ibu mangsa juga menyedari perlakuan suspek tetapi takut untuk membuat laporan polis kerana suaminya adalah punca pendapatan keluarga,” katanya.



Menurut Ruslan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.




“Suspek juga diperintah reman empat hari bermula hari ini (semalam) hingga Selasa depan bagi membantu siasatan,” katanya.


coretan izzah:
ade sorg 'bapa' ni penah kate [petikan dari news yg lepas2] "Kalu kite tanam pisang, mestila kite nak rase pisang tu dulu kan"..... kalu sume bapa berfikiran camni, HANCUR la anak2 gadis harini.....!!!! 

Credited from Harian Metro Ahad - 14th February 2010

Thursday, 11 February 2010

Apakah dosa baby ini?

MasyaAllah!! have a look friends!!


MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?

Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.

Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.

Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.
Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya.

Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.

Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.

Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.
Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.

Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.

“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.

Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid.

Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.

“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.

Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan.

“Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian."

“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

coretan izzah:
ape nak jadi manusia akhir zaman, ni mesti kes nak lari dari masalah.. haish, berani buat berani la tanggung.. REMEMBER! THINK BEFORE U ACT! ini la padahnye ZINA! Semoga kita semua dilindungi dari berkecimpung di dalam anasir2 jahat ini, Nauzubillah...~

credit to UTUSAN MALAYSIA 10 Feb 2010

+Pengikut2+