doa dan harapan

Ya Allah yang Maha Pemurah,

Aku hambamu yang lemah, mohon rahmatMu untuk memberikan ku kekuatan, kesabaran, ketabahan dalam menempuhi dugaanmu Ya Allah. Aku hambamu yg penuh dengan kekurangan memohon agar diberikan petunjuk untukku teruskan hidup ini dengan pimpinan suami yg paling ku cintai Syed Zaini...

Rabbiyassir wa la tu'assir, rabbi tammim bil khair. Mudahkan perjalanan hidup kami, murahkanlah rezeki kami ya Allah...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Limpahkan lah kasihsayangMu ya Allah kepada kami, moga hubungan kasih syg suami isteri antara kami berkekalan hingga ke akhir hayat.

Amin ya Rabbal 'Alamin....

a walk to remember

DaisypathAnniversary Years Ticker

our lil munchkin~

Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Setahun.

Mungkin bagi sesetengah org, apa yg terjadi xpayah nak ingt lagi.
Tapi bukan aku.
Mana mungkin kau dah kandung anak dalam perut 33 minggu,
pastu Allah ambil  balik.
Dan kau dah bertarung nyawa nk lahirkan seorang anak yg dah tak lagi bernyawa
Untuk aku, tak m ungkin aku nak melupakan.
Dari hari Hazimi takada, sampai hari aku melahirkan dia
Demi Allah xkan sekali-kali aku lupakan.
Every second terlipat kemas dalam ingatan aku.
Bukan pasal melebih-lebih, bukan pasal mengikut perasaan.
Tapi hati seorang mama.
Takkan ada yg paham, sampai kau sndr jadi mama.

Dah setahun berlalu, hari ni 21 Syawal hari aku melahirkan dia.
Nak kata aku kuat, tak.
Luaran je nmpk kental.
Hati aku xkental mana.
Sikit-sikit je kuat demi husband & Hussayni.

Alhamdulillah, cepat Allah bg penyembuh luka, penawar hati.
Aku pregnant 27 weeks now.
Mudah-mudahan baby ni sihat walafiat.
Aku nak sgt dia iras Hazimi.
Tapi, ye lah. Kuasa Allah.
Asalkan sihat, Alhamdulillah.
Doakan aku & baby dlm perut ni k.

AlFatihah to Syed Hazimi Putra AlJamalullail bin Syed Zaini.
Mama will always cherish & love u, syg.























xoxo,

Sunday, May 30, 2010

Prince of Persia

hello blog. lama xjengah. hehehe. ada org komplen saya xsapu blog dah bersawang.
sebenarnya masih dlm mood Prince Of Persia. smlm mr husband belanja tgk wayang (rewards sb penat memasak utk hi-tea bersama keluarga ;p ) layan habis. best, ditambah plak sebelum2 ni saya mmg dok melangut tgk suami main game tu.

lama x bercerita. sebenarnya saya dah bertukar ofis. dari S.P.A ke Jabatan Audit Negara, effectively on 8th April, 2010. agak cepat jugak la prosesnya. sume pasal saya dpt tau ada intake freshie aritu, dalam 2 minggu lps anto surat sume dah dapat tukar. alhamdulillah.

kenapa saya tukar? byk sebab sebenarnya. salah 1 nya sb nk tukar angin. nk explore benda baru, kat tempat baru. masuk audit saya mintak xnak deal dgn manusia. hehe. tapi sekali TP BPSM awal2 lagi dah chupp suh saya stay kt situ. nak tanak, saya sahut cabaran tersebut. :P ngehngehngeh, poyo. tapi tu lah. saya ganti tempat sorg pegawai yg agak bermasalah gak la, unit Cuti. masyaallah byk sungguh backlog dia tinggal utk saya. mujur cc understanding, budak2 unit pun ok.
1st impression lps masuk je audit, rasa damai sgt. haha, bukan apa. most of the staff sgt friendly. xde buat muka tongkang ke apa. smpi skang, saya rasa sgt tenang kt tmpt baru ni. masih dalam mood :

buah chempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. :D

lepas lebih kuran 3 minggu di Audit, saya kena berkursus di Johor Bharu 4 hari 3 mlm. bayangkan 3 tahun lepas kawen xpenah saya outstation jauh dr suami. mmg berendam air mata. mujur teknologi di hujung jari. tambah plak hotel yg kitorg duduk tu provide individual internet access. so lappie tu terpasaaaang je. :P teruk kan. malu ai. balik dr JB singgah kat air hitam (tempat wajib kalau lalu Johor) saya terbeli bendaalah ni! hahaha

mulanya nk beli 1 je, pehtu cik syazwina azahari kirim la plak. dia kata, kalau rajin tolong beli. ok la fine. demi adik punya pasal, saya pun beli. dah balik umah, letak 2 ekor butterfly ni atas sofa, aduuuuuhhh. cantik la plak, dah sepasang sgt seswai atas sofa saya tu. hahaha. i'm sorry syazwina. i have to take it. xjadi nak bagi la weh. nanti kita suh along beli lagi.

balik dari JB, be a part-timer kt company husband, jadi penjaga booth no 74 kat Karnival Belia 2010. lepas tu terus demam. penat sgt.

emm. pasal Karnival Belia 2010, kalau rajin nti saya cite kat blog. tapi xjanji. hehehe.

btw, jgn lupa ke Parkson Extreme Warehouse Sale @ Level 3, The Mall, KL. yang paling berbaloi, mana korg nk dapat undies dgn hage rm10-rm20 sehelai? sila pegi check! :D


**luv u, beby.

xoxo,

Wednesday, October 7, 2009

silent

byk cite yg nk dicitekan. tp saya sungguh xde mood.

;)


xoxo,

Thursday, August 13, 2009

off

dah lama saya x mengupdate blog. konon2 lepas setel sume interview segala, nk back to social networking. hihi. baru nak bertenang, ari khamis lepas saya terima surat drpd BTN, suh g kusus pada 13/08/09 iaitu-hari ni!

huhuhu.

sgt menyedihkan. saya & mr syediz planned nk g honeymoon sempena 2 yrs anniversary, dan segala anganku musnah dalam sekelip mata. :((
semangat waja booked hotel a month b4, ok! dah la lpsni puasa, nk honeymoon pe lagi.
nk bwk si dia ke langkawi pun, xde maknanya gak. sb kusus sgt pack!

cuba tgk gmbr tu, saya dilantik 16 jan 2006, register pada aug 2006, ko apehal lepas 3 tahun br nak panggil aku gi kusus btn?

tp xpelah, bak kata suami, mengenangkan xde anak lagi, dan kusus ni sekali seumur hidup je dia izinkan saya pegi. mujur xkena kat kem. atau kat mana2 ceruk yg saya xpenah pegi. dan mujur juga kena kt langkawi, pcik saad ada. dan paling penting, lps kusus bleh balik umah mama! yay!

kusus berlangsung selama 5 hari, so smpi isnin la saya menyepikan diri. sian Y.M. husband, tinggal kesepian tanpa si isteri yg selalu mengusik setiap hari. 17 hb adalah anniversary ok! huhu.

sayu lagi hati ni.
haihh.

kepada suami tercinta, syg berjanji akan jaga diri dan amanah sebaik mungkin. doakan sume ok. elok2 kat umah, jgn lupa kunci pintu. jaga dirii jugak tau. leklok keje. syg doa. makan ye. stok makanan sudah ditopup, dan dikemaskan supaya senang dicari. baju pun dah gosok, sume gantung kt bilik gym. kalau balik umah pj, jgn lupa bwk balik plastik merah kat bakul dekat tempat kunci & bwk balik baju kotor basuh kt umah mama tau. vitagen pun dah topup, cukup utk 6 hari sepeninggalan syg. huhu. last skali, jgn lupa fetch syg kt lcct on tuesday, dlm 6.30 camtu.
ok. luv u.

doakan kusus berjalan lancar & saya selamat pergi dan balik ya.

ok.
i'm done.


xoxo,

Tuesday, July 28, 2009

perjuangan.




















esok, 29 July 2009.
perjuangan saya untuk kali ke-2.
sgt phobia ok.
sila doakan kejayaan saya.
amin.

**terima kasih utk suami yg sgt memahami & merangkap sbg newsreader saya untuk 2 minggu ini.

xoxo,

resepi raja :P

hai berjumpa lagi dalam rancangan mari memasak bersama mrs syediz.
untuk beginner sahaja. sapa yg pro xyah le.
kekekeke.
ok. harini host anda telah menyediakan resepi bihun raja (emperor)
bihun ghajhiah ini telah dimasak semalam, special untuk suami yg tercinta yg tgh menggilai mee ghajhiah (pronounce secara sickening).
perkataan asal ialah Raja. haha.
sila tgk gambar ini utk melihat rupa asal & nama asal dia.

Bihun Raja ( hidangan 2 orang)
















bihun yg telah direndam (1/3 drpd 1 bungkusan)
kubis
carrot yg dipotong halus
daun sup & daun bawang
cili beso & cili padi dipotong halus (kalau suka pedas)
ayam, udang dan sotong
bawang merah & putih utk tumisan
1 sudu beso oyster sauce
2 sudu beso minyak bijan

cara-caranya:

1. panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi
2. masukkan carrot & cili
3. oyster sauce
4. masukkan ayam, sotong & udang
5. masukkan minyak bijan
6. garam secukup rasa, gulu secubit
7. telur sebiji - gaul rata
8. masukkan bihun - goreng smpi masak
9. masukkan kubis & daun sup/daun bawang
10. sedia dihidang!

sebenarnya saya nk buat mee raja, beli la mee ape benda tah kt carefour tu.
dah rendam, pehtu tgk2 dia jadi tepung plak. x menyelerakan lgsg.
terus tuko, buat bihun raja. kekekeke.
anyway.
selamat mencuba!


**sedap kan beby? kan?



xoxo,

Saturday, July 11, 2009

bibir bak delima merekah? eh eh. ke bibir merekah bak delima?














dear frens.
any suggestions to treat a chapped lip?
ttba je bibir saya kering teruk dr semalam.
and today it getting worse.
nk senyum pun dah pedih gila, bibir tu luka rasa tegang .
sakit dan sgt pedih ok!
cemana ni.

**nti ada plak yg kata kita sombong, sb tak senyum
:p




xoxo,

Friday, July 10, 2009

dear stress, pls went go away.

saya penah dengar dr kawan-kawan, kalau selalu stress, akan menyebabkan susah utk conceive.
x penah plak saya amik kisah betul ke tak.
but since my last complete abortion (april 2008) smpi skang asyik x melekat, now i'm thinking about it.
lps googled, i found this from http://pregnancy.lovetoknow.com/


Depression and Conception
Depression is a disorder that affects many women, regardless of age or motherhood. It's only natural that women with depression will want to conceive children just as much as their non-depressed counterparts. Trying to conceive while having depression can, however, add some challenges to the process of getting pregnant.

Medication
The American Academy of Pediatrics recommends that women who want to get pregnant and are on medication for their depression take the lowest effective dose of their drug.

Managing Stress and Moods
As with any woman trying to conceive, it is important to limit stress. Be prepared for mood swings, as you go through the process of pregnancy and conception. You may be less motivated to have intercourse during certain periods, and that is okay. Don't put stress on yourself about feeling depressed, because this can actually hinder conception.

dan saya rasa, ada betulnya apa yg dikatakan oleh kawan2 tu.
hurm.

**ok. lepas ni sila kawal stress.

xoxo,

Sunday, July 5, 2009

(^^,)

br smpi putrajaya kul 5 ptg td.
sgt penat tp happy sb dapat balik spend masa dgn mama. walaupun hanya 2 hari.
tq to beloved husband for accompanying.

later la saya update ya, nk rehat dulu.
:)


xoxo,

Thursday, June 25, 2009

jiwa saya sudah tenang


yay!
finally saya akan pulang ke pangkuan ibunda tercinta!
tq beby!
*hugs*

xoxo,

Wednesday, June 17, 2009

misc

rasanya lama sgt xde cerita bergambar. sebabnya dah malas+penat+sibuk setiap hari. ditambah pula dgn kekabutan ketika atok dalam keadaan kritikal last 2 weeks. alhamdulillah berkat doa atok semakin pulih. thanks guys.

kebetulan harini saya mc, sementara tgh lunch ni, sambil2 update.
ha.
arini mc bukan sb malas2, tp pagi td bgn, masa nk buatkan mr syediz bfast, ttba saya pening, mata berpinar2 dan mcm nk pitam. baring sekejap kt sofa, then bgn dah rasa nk muntah. cepat2 saya buatkan air, then baring balik kt sofa. pelik pulak. xde plak saya makan ubat overdose ke ape ke. saya pun decide utk rehat, & nk g clinic mntk time slip dr doc.
kul 10 camtu, g cllinic hanita kt desa pinggiran putra (sb situ xramai patient), doc check my BP agak rendah. 90/60. adoi. dah lama xjd cenggini. last week g azzahra, nurse check ok je 100 something/76. saya ckp doc, minta bg timeslip nk masuk ofis balik. doc ckp, "takyah la. saya bg awk mc. berehat kt umah & dont skip your meal ok!"

skip meal? hehehe. mana ada saya skip meal. dia xtgk bdn aku kah? :P
dgn rela hati saya mc harini. balik clinic singgah noodles station tapau chinese style fried rice (ngidam aritu mkn kt murni xsedap) dan terus balik umah. ni tgh berehat la ni.
:D

gambar-gambar kat bawah ni sume yg diperam sekian lama. eh. xde la lama. sebulan kot.
except wedding yus & izan, last weekend kt au3 keramat.

untuk yus & izan, congratulations on your wedding, semoga berbahagia hingga ke anak cucu.






ehem. saya kena rehat ni. till then.
(^_-)

xoxo,

Monday, May 11, 2009

tolong pilih?

:)
i'm back!
dengan gumbiranya... sila vote yg laptop mana yang paling comel utk disarungkan kepada netbook saya...

*slim susan light blue*

*slim susan brown*


*slim susan beige*

*slim susan black*

*stripe*

*pink paisley*



i'm thinking of slim susan beige & pink paisley.tp bila tgk gmbr balik, slim susan beige cam pale plak. hurm.
err.
boleh tolong choose-kan tak?

oh ye. setelah pencarian netbook berakhir sebulan yg lalu, saya & mr syediz telah berjaya menangkap acer aspire one, D150 enhance version dr acer aspire one. dipersembahkan...
tada! err. gmbr saya google je.
:)*update*
saya telah grab yg no 3 ittew, slim susan beige.
mmg chomel!
err~lagi chomel si dia yg enterframe dgn wajah sebegitu rupa.




**tq darling husband. i love u.


xoxo,

Wednesday, May 6, 2009

hurm.

saya agak depress.
nanti bila dah ok saya update ok.



xoxo,

Monday, April 6, 2009

hujan tidak mengira waktu.

sejak kebelakangan ni emosi saya agak terganggu.
tanpa disedari oleh sesiapa.
diri sendiri pun xtau kenapa.
sebak hadir dgn tiba².
hurm.


**nak period kah?




xoxo,

Sunday, April 5, 2009

berjaya!!! yay!


td baru balik dari kampung beloved husband, batu gajah perak(soon-to-be umah mona there).
opah dh ajar cemana nk buat "nasik goreng opah" yang menjadi sebutan dan kegemaran husband yg kembar ittew, dan juga seluruh anak cucu.
dan, sampai je umah saya terus masak nasik, nk testing recipe nasik goreng opah itu.
dan hasilnya:

i made it, successfully!
yay!!

dan nasik goreng itu adalah untuk husband tercinta!




xoxo,

Monday, March 16, 2009

lembab

arini rasa sgt lembab dan moody. malas nk angkat telefon & malas nk bekerjaya. saya masih di dalam mood demam, iaitu suhu badan masih diantara 37° -38° celcius. dan batuk yg agak kuat yg membolehkan psu saya dengar dr dalam bilik dia. huhu.

ikutkan hati kecil ini nak aje saya berehat dan baring di katil yg empuk gebu di rumah manis putrajaya seperti si comel itu(rujuk gambarajah-tapi dia xde kaitan dgn saya ok!) tapi digagahkan jua, dengan semangat yg kental dan berhati waja saya dtg jua ke ofis yg boring ini.
mujur hari ini suami yg dicintai sudi menghantar & mengambil saya pergi dan balik dr office. tq darling.
dah. xlarat nk melalut lagi. nk tdo.(skang sudah waktu break ok!)


**bertambah boring bila org yg salu eja perkataan salah² tu xde kt gtalk. huhu.
~ok. tambahan. ada cerita. tp nti ok!




xoxo,

Thursday, February 26, 2009

ebay : penyakit berjangkit

hahaha.
ini adalah kes try-try bukak ebay, cari tunic comey²
pehtu mintak opinion mona, mona mintak opinion aishah (atau mona nk tunjuk aishah)
dan penyakit browse ebay ittew telah menjangkiti aishah skali.
pehtu, dah order...
pehtu jangkit pulak penyakit berangan & xsabar nk memakai baju baru!
ini saya terjangkit dari cik aishah. hoho.

**jgn risau aishah, khuda byk kali ckp kt seller tu xsabo nk pakai. & she'll try her best utk deliver a.s.a.p!

whee!!!


xoxo,

Friday, February 20, 2009

surat kepada pencuri fog light saya

thanks to xeea on her entry ttg converter jawi ini.
saya nk meluahkan perasaan xpuas hati ni! (teringat plak zaman form3 dulu, gaduh dgn bestfren dan tulis surat xpuas hati dalam tulisan jawi) hoho.
sila baca dari kanan ke kiri, ok.

كهدڤن ڤنچوري فوڬ ليغت كتا ساي، سموڬ صيحت سلالو.

ساي امت بربڠڬ دڠن اوسها ڬيڬيه اندا اونتوق بكرجا دڠن منجوال حاصيل چورين ايت.
تاڤي كناڤ اندا امبيل سبله ج. ادكه كران اندا تق سمڤت اونتوق ممبوك سكرو لاڬي ساتو، اتاو اندا تله ساكيت ڤروت دان ترڤقسا باليق رومه اونتوق منزياره تاندس؟

امم. بوليه لاكو كه فوڬ ليغت ايت؟ نق امبيل لاڬي ساتو ڤون تقڤ. بوروق لا كتا ساي سبله اد سبله تقد. لاڬيڤون فوڬ ليغت تو ده شوت. ده تق ڽالا ده ڤون. كالاو اندا چوري تو سب نق ڤاسڠ كت كتا اوق، اونتوق برڬاي ج اوكي لا. كالاو تق، ممڤوس اوق كنا ماكي دڠن بويير اوق سبب جوال بارڠ روسق.

ساي راس باءيق لا اندا انصاف بوات كج حرام ني. كسيان انق استري، مق ايه اندا ماكن دويت جوالن حرام ني. اڤي ڤون، ساي ترتوڠڬو-توڠڬو نق جومڤا اوق كت اخيرة سوق. كالاو تانق، ساي دعاكن اوق داڤت بالسن سياڤ-سياڤ د دنيا ني.
اوق.

سكين

**oh saya sangat sakit hati dengan manusia itu. durjana betul!
"فوڬ ليغت" = fog light ok!



xoxo,

Thursday, February 19, 2009

He is so sweet like candy!

Smlm saya buka miu’s blog, & ada update pasal metrojaya warehouse sale…
Read about her report, rupanya sale ittew di The Weld!
Saya sebenarnya nk beli ck euphoria yg saya beli masa nk kawen dulu tu. Xpueh pakai sb pecah! Hhuhu. Unluckily, from short conversation with miu laling, there’s no euphoria. But she suggested me of burberry the beat & incanto dreams.

Dan saya saja ngade² mintak Y.M husband to go there & buy either 1 for me, & I prefer Burberry cuz of it is an EDP & 75ml. Tapi xkesahla he wants to buy it or not, sbnya my aim is only for lovely euphoria. (^^,)

Conversation 1 – after a short call tru fon regarding frangrance sale @ his office.

him : ngade btulla...bkn ke ada lg myk wangi dulu tu, xsmpi setahun je beli

me : syg tgh check kalau ada ck euphoria yg dulu tu. yg pecah tu. xpueh pakai. nk beli baru xmampu. nk cari yg warehouse sale punya je.
parkson hage 200++ yg beso dulu tu.

me : beby. boleh kah? ehem. sila click link ittew. (saya pastekan gmbr the beat dr miu) kalau xde tu ini pun xpe.

him : palaotak.

me : hehe. (dan saya paste gmbr incanto dr tubbies)

**after 25 minutes.

me : beby ada tak tu. o dah pegi beli perfume huda ek. :p

him : hekla

me : eh ada :P

him : paria

me : haha

**and the conversation about the perfume sale ends. I didn’t expect that he will go there… & I don’t mind actually.

Conversation 2 – he arrived home from work.

me : (salam & xoxo) hai.

him : penat.

me : minum jom. syg goreng kopok. Japgi nk masak utk dinner.

him : (sat down & having Nescafe). Sos mana?

me : eh. Lupa. Nk amik la ni.

him : ha. Amik glove kt helmet tu skali. Nk cuci. Kotor..

me : okey (sambil amik helmet & kuarkan glove)

me : haa… (suprised) yay!!! Tq beby. Tq beby. (xjadi amik sos & duduk blk kt sofa)

him : (smiled)


~guess what? He bought me burberry! Wehoooo! I really-really didn’t expect he buy it. Whee~ I like! Thanks so much darling.

The Beat smells so sweet! a combination of sparkling floral woody, fruity and juicy fragrance makes me feel young (hoho) cheerful and fresh!

**thanks beby, a lot.
*thanks to miu for recommend it!*

xoxo,

Tuesday, February 17, 2009

penat

sejak kebelakangan ni penat sgt.
keje, umah, diri sendiri.
di kala itulah, terkenang kampung halaman...
terkenang bonda terchenta, terbayang pusara ayahanda yg dikasihi...
huhu.
penatlah!
nak balik kampung! windu sgt!

** oh february, cepat lah berlalu. saya nk march muncul...



xoxo,