BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 22, 2026

Adult Me

 Hai younger me! 


Look how far have you become ? 

Siapa sangka kan?

 last entry was on 2014. 


Today is 2026, we meet again =) 

To recap back, we finish med school in 2015 - July 

Graduation was done on same year -parents unable to come =( 

tapi kita paham kan? =) 

So end of year, in Oct, we went to South Korea with kak ngah, 

It was such a good and core memories! 

Definitely will repeat one day ! Sekarang  tiada ongkos nya, haha


And end of Nov i think? we go to Tawau, 

to celebrate Wedding of Aysha + Nazri 

And Entering 2016 . 

So, we get married on April 2016. Same week as first day of housemanship . 

Talk about luck kan? hahaha 

Life happen, well of course married to Muhammad Fathi 


So Housemanship happens, fulls of ups and downs , tears, sweats, bloods 

Fully appreciate dear family that make this happen - my husband, my parents and siblings 


Then keluar seketul Ahmad Soleh on 2017 

Born term via SVD - then at 3 months old had Kawasaki Disease. Still under Paeds Cardio Hosp Serdang till today

Finish HO at the end of 2019, then got my first placement of MOship at Institut Perubatan Respiratori. 

Glad to meet a lot of people , Specialist and Consultants 


Then, keluar lagi seketul Hanaa Zuhayra on 2020 

during covid 

It was hectic, was stationed at HKL- COvid ward, stuck there for past 7months 

The experience was traumatising but super meaningful ! 

Back to IPR, life continues 


Then, keluar seketul Nuhaa Afida on 2022 

unplanned, but wanted, hahaha 

terkejut but yeah, life happens, so kita hadap je


Afterwards, come the biggest decision after almost 6mo of istikharah 

We quit KKM . Decide to go fullmode at GP 

Learn from zero, 2D scan, TVS, gynae Hyfosy 

Moved out from Shah Alam to Bangi 

And, we learn to drive ! kudosssss 


So, banyak da kita keluar dari comfort zone kan ?

U done a great job !!! 

Chareso


So after 2 years of literally menumpang, di rumah in laws dan atas klinik 

kita pindah ke rumah kita sendiri di Lenggeng 

we finally had our home =) 

n we are driving! how unbelievable 

kalau tanya diri aku 5 tahun lepas, rasa macam impossible aku akan drive

but look where we are? hahahaha 


Alhamdulilah, 

Finally did not want to trade all of this with anything else


Toodless , 

May Allah bless us 

Wednesday, April 9, 2014

Backdated Entry

Salam wbt,
Rasa macam nak menulis hari ini, sebenarnya tengah lecture paeds sekarang, tapi itu lah, rasa macam membuak-buak nak menulis.. :)
alhamdulilah, dah masuk cycle terakhir untuk semester pertama tahun ke-5,  cycle paling susah pulak tue.. hehe
paediatric and psychiatry.
hehe, bengong la jugak bila hari2 jumpa patiet psychiatry. dengan schizo, depression, mania.. perghh..
hahhaa
well, bila dah masuk 5th year ini, topik yang paling kurang dibincangkan adalah topik kahwin,,
sumpah xtipu, 

compare to 4 years back, bila topik ini, menjadi makanan ruji harian.. hehe
tapi semua orang aware jek bahawa topik ini adalah yang paling banyak difikirkan, paling banyak dicari penyelesaiannya DAN paling kurang diluahkan..
tidak tahulah kenapa tetiba jek nak tulis pasal ini, random kot,, hehe..

**(sebenarnya terdengar orang berborak, alhamdulilah beliau dah ada gadis pilihan sendiri, tunggu habis belajar jek.. :))**

kadang-kadang bila dah masuk 5th year ini, terasa sangat transisi pertukaran ke dewasa, dari cara berfikir, pergaulan,perbelanjaan dan macam2  lagi,
dan mula berfikir dengan lebih jauh, lebih matang, lebih terbuka,
(serius sikit dalam belajar.. haha!)

semua orang pun cukup mengimani ayat quran bahawa lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik, manakala lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.
dan juga semua orang memahami sendiri hadis 4 dalam hadis 40 imam nawawi, bahawa rezeki, ajal,amalan dan pengakhiran adalah ketentuan Allah semata-mata.

tapi..

itu tidak menghalang daripada kita berperasaan risau, tertanya-tanya dan terfikir-fikir.
kenapa urusan orang lain dipermudahkan?
ada ke orang yang sudi?
bila sebenarnya ia akan terjadi?
dan macam2 lagi soalan yang xmampu di'list'kan di sini..
saya rasa tipikal  untuk orang akan cakap, kenalah berusaha.

tapi berusaha yang macam mana?
berusaha dari sudut mana?
sampai tahap mana?
dah berusaha sehabis boleh,
tapi xde lagi yang jatuh dari langit..haha


berusahalah sehabis mampu,selagi ada ruang untuk perbaiki diri,sila baiki,
bukan sekadar dari sudut teknikal ( masak, kemas),
lagi penting dari sudut spiritual (akhlak, pergaulan, pengetahuan)
jangan pernah letih untuk perbaiki diri,kerana diri kita tidak pernah sempurna,
yang sempurna itu cuma Allah S.W.T
sentiasa tanamkan dalam kepala otak, minda bahawa kita hendak berkahwin untuk membina ummah,
bukan sekadar kepuasan nafsu/dunia/ rusuk kiri kanan.


**entry lama, cuma publishkan balik,,
xingt nak sambung ape.. =)

till next tyme,
may Allah bless.

Curiosity..

ever heard of curiosity killed the cats?
well in my case,
my curiosity kills me.

slowly but surely.

haih..
*keluhan paling panjang*

Thursday, October 24, 2013

:; HikMah:;

salam wbt.
bismillahirrahmanirahim~

alhamdulilah, masih lagi dikurniakan nikmat terbesar sekali iaitu nikmat iman dan islam itu sendiri. 
dan juga nikmat kedua terbesar, nikmat sihat dan masa lapang. 
alhmadulillah tsumma alhamdulilah.

Moscow sekarang tengah musim luruh.daun-daun dah menguning dan dah mula gugur pun.
tak lama lagi insya Allah musim sejuk pula bakal menjelma.
bumi Siberia ini, musim sejuknya hampir 5 bulan!
lama kan?
=)

hmmm...
kadang-kadang rasa susah untuk mengimani bahawa setiap perkara yang terjadi itu ada hikmahnya. 
rasa susah untuk menerima bahawa Allah ada perancangan yang lebih baik daripada perancangan kita sendiri.
rasa macam nak mintak sangat kat Allah supaya tolonglah nampakkan hikmah kenapa semua ini terjadi.

lagi-lagi bila kita sendiri merasakan bahawa perancangan kita cukup perfect, dan demi Allah.. (mungkin?)
lagi susah untuk tidak berfikir bahawa "kenapa Allah tidak mudahkan sahaja?"
lepas itu, kita mula menyalahkan semua perkara, semua pihak, hingga sampai tahap menyalahkan Allah (naudzubillah)
=(

walaupun sememangnya dah banyak kali tadabbur ayat 2:216, sampai berbuih-buih mulut,sampai dah rasa biasa sangat dengan ayat itu, sampai dah 'immune', 
*tepuk kepala*

tapi still....
untuk mengimani dan meyakini bahawa sememangya Allah tahu apa yang terbaik itu amat susah.
sememangnya apa yang kita rasa baik, itu tidak semestinya baik untuk kita.
lagi-lagi bila kena dekat diri sendiri.
shame on you Munirah. =(

mungkin kurangnya pergantungan kepada Allah, menyebabkan kita susah untuk menerima percaturan Allah.
*muhasabah*

percayalah Allah tidak pernah mengecewakan hamba-hambanya.
percayalah Allah mendengar rintihan dan doa hamba-hambanya
percayalah Allah sememangnya mempunyai perancangan yang terbaik untuk hamba-hambanya.

teruskan bersangka baik kepada Allah,
teruskan berdoa dan meminta kepada Allah
teruskan meyakini bahawa Allah mendengar rintihan hamba-hambanya
teruskan meyakini bahawa setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya,
mungkin hikmahnya kita tidak nampak sekarang, mungkin 2 atau 3 tahun, atau mungkin 10 tahun lagi, siapa tahu? 
*senyum*

but, hey!
I learned a lot throughout all this thing.
alhamdulilah,,
tidak menyesal walau sedikit pun atas segala yang terjadi.

oh, hati teruslah tabah dan redha!
kerana apa yang kau impikan adalah syurga!
ayuh, terus melaju insya Allah~ 
=)

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah 
sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
 padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
 padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui,
sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)



"Learn to let it go. Learn to trust in Allah. If it yours, then, it will come back."


till next time,
semoga Allah redha.







Monday, September 9, 2013

Kenapa Aku? =)

salam bismillahirrahmanirrahim~

haih, masalah tidak selesai2 lagi.. ahhaa,, lawak pulak bila da besar ini, ada masalah x setel2 lagi, datang mengadu kat blog.. haih~

nak buat macam mana, ini jek yang ada..

kenapa aku?
aku yang masih lemah dengan dunia,
yang tidak dapat menangkis dunia ini,
masih belum lagi dapat tsabat dalam jalan ini dengan sebaik-baiknya,
yang masih lagi mencari hiburan palsu dikala runsing,
yang masih lagi belom meletakkan Allah itu sebagai tempat pergantungan yang sebenar-benarnya,
belom sempurna dari pembinan individu muslim,
serba serbi belum.

ada orang mengatakan, Allah tahu aku mampu, sebab itu aku diberi ujian ini,
dan "kenapa aku" adalah soalan paling subjektif sekali,sebab soalan itu hanya Allah yang tahu.
=)

cubaan untuk lari dari masalah ini adalah tidak berjaya, because it keeps haunting me!
haha,
tidur adalah definisi aku untuk lari dalam masalah~
dengan harapan bila bangun nanti, aku ada semangat baru untuk terus meleraikan kekusutan ini.
tapi nampaknya, tidak berjaya,
malah masalah semakin bertambah!
hahaha~
masalah2

manusia normal memang ada masalah, yang tiada masalah itu, orang gila,, haha~

well, memang payah perempuan ini, emosi banyak, penangan hormonal imbalance lagi,,haih, darah tinggi aku macam nie..haha~

till next time,
 may Allah bless,,
doakan masalah saya selesai secepat mungkin will you?
=)
jzkk~