Memaparkan catatan dengan label peringatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peringatan. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Mac 2013

Perkahwinan...

Pagi-pagi tadi incik hubby bertanya ada tak jemputan kenduri pada hujung minggu ni... Aku cakap ada kot.. ada jemputan dari Tn Hj Rahman, salah seorang pensyarah di Pusat Pengajian aku.. akan pencen tak lama lagi. Tn Hj Rahman ni sgt baik orangnya.. lemah lembut dan pakar dalam Bahasa Melayu. Incik hubby pesan nanti jgn lupa bawak balik kad jemputan yg aku tinggalkan kat ofis. . Al-kisah Tn Hj Rahman punya risau aku tak dapat kad jemputan so sampai 2 kad jemputan dia beri.. so mmg wajib la kena pi esok.. Sambil nak menyimpan kad jemputan tadi tetiba aku saja lah nak buka tgk alamat rumah dia.. Then aku terbaca sebuah nukilan dalam kad tersebut yang ditulis oleh Tn Hj Rahman sendiri... seperti dalam gambar di bawah.. Sgt menarik dan menusuk ke kalbu....


Anak-anakku,
Pesan orang tua-tua kita,
Bila bersatunya dua anak Adam
Syaitan dan iblis menangis sengsara,
Justeru,
Binalah istana seikhlas mungkin,
Semoga dua hatimu disatukan,
Bagai Adam dan Hawa,
Bagai Muhamms SAW dan Siti Khadijah,
Bagai Yusuf dan Zulaikha,
Dikurnia zuriat, tulus dan taqwa.

Hiduplah kalian dalam sederhana,
KErana itu ada hikmahnya,
Tuhan kasih, manusia suka.

Hindari olehmu riak dan bangga,
Kerana riak itu besar dosanya,
Tuhan murka, manusia mencela.

Ingatlah kalian,
Dunia ini hanya pinjaman,
Bagai sebuah ghali,
Singgah di pelabuhan,
Memunggah hasil buat bekalan,
Belayar menuju ke negeri Tuhan.

Bersama tetamu yang hadir,
Kita panjatkan doa dan kesyukuran,
Semoga istanamu harmoni berkekalan,
Bahagia dan taatmu kepada Tuhan.

Ingatlah pesan orang tua,
Buat azimat kekal bersama,
Sepanjang masa dikurniakan keberkatan.

AbRamn HA
USM
2 Februari 2013


Aku sgt  suka akan madah ini... banyak nasihat yang diberikan secara tidak langsung.. utk golongan muda mengemudi alam rumah tangga... Paling penting.. apa-apa yang kita buat, kita impikan biarlah bersederhana.. jgn melampau angan manusia.. jangan mengharap kepada yang di luar kemampuan kita sesama manusia.. Juga sangat-sangat penting diingat.. pengakhiran kita bukannya di dunia ini tapi akhir kita adalah untuk bertemu denganNYA. Hidup kita dan keluarga harus berpandu pada syariatNYA...


~Mel
Ya Allah..
Lindunganlah kami sekeluarga dan semoga rahmatMU dan hidayahMU memayungi kehidupan kami... InsyaAllah...

Selasa, 24 Mei 2011

Yatim...

Terjumpa gambar di bawah ni tadi.. Gambar ini adalah gambar terakhir sebelum kejadian tanah runtuh sewaktu penghuni2 rumah tersebut buat rehearsal nasyid. Since kejadian tanah runtuh di Ulu Langat tempohari haati aku rasa sgt sakit.. Aku sgt sakit hati bila baca berita akhbar.. bila tgk berita tv.. yg menyatakan tempat tu tak berdaftarlah.. xde CF la.. and so on.. Okey.. so what?? Bila keluar berita2 cam tu mcm nak salahkan empunya tempat kediaman anak yatim ni sebab bina rumah tepi lereng bukit!! Tapinya kalau empunya kediaman tak bina di lereng bukit tu.. nak bina kat mana? ada dapat tanah free tak utk kediaman anak2 ini? Ada ENGKAU (a.k.a penunding jari tu) kisah pasal mende2 ni.. pasal kebajikan anak2 sebegini...?? Alhamdulillah ada org nak amik tahu.. nak jaga kebajikan.. nak didik anak-anak ni.. Cubalah org yg dok tunding jari tu tengok imej anak2 di bawah... cuba tengok betul2.. tak sejuk ke hati masing2?? Nampak tak kegembiraan di muka masing2?? Entah2 mereka yg pergi dah ada firasat yg mereka akan menemui Allah tanpa terus hidup dlm dunia yg penuh dusta dan nestapa ini....


Geram rasa sebenarnya.. setiap kali baca berita tentang kejadian tersebut rasa sebak.. lg sebak bila manusia2 tu menunding jari.. tak sedar kah mereka yg semua ini adalah peringatan dari Allah.. yg baik dan bersih diambil utk dibelaiNYA di sana... kita yg penuh dosa ini.. masih tetap bergelumang dgn dosa... Sedarlah...

~mel
peringatan yg sebenarnya utk diriku sendiri...