Friday, September 16, 2011

Corat -coret Syawal 1432H

Kalau nak compare dengan tahun lepas, raya tahun ni saaaaangat mandom bagi kami sekeluarga. Kenapa? Read on...

1. Buat kali keduanya Bubur Caca tak boleh solat sunat Aidilfitri. Pagi2 dah takde feel raya. :(

2. Buat pertama kalinya sejak beraya di Nihon (Eceh... macam la dah empat puluh tahun menetap kat sini!) Bubur Caca tak buat open-house untuk berpuluh2 orang tetamu. Tetamu yang datang pun datang batch by batch, dah takde serbuan secara rawak dibuat. Kurang sikit lagi feel raya.


3. Tak pergi beraya ke rumah sesapa kecuali ke satu open house ni. Itupun sebab Idhamu-san yang beria2 nak pergi.

4. Takde baju raya tahun ni. Macam tahun lepas juga, Bubur Caca pakai baju, kasut dan tudung lama. Huhuhu~ Anak2 jer yang beria bergaya dengan baju raya. Itupun diorang tak dibeli kasut raya. Pakai jer mana yang ada... Idhamu-san lagi la... Pakai baju melayu yang sama sejak 3 tahun lepas. Nasib baik Bubur Caca sempat belikan sampin baru masa balik Malaysia April lepas...

5. Ramai geng yang balik Malaysia untuk sambut raya dan mereka2 ini telah singgah bermalam di rumah kami di dalam perjalanan mereka untuk balik kampung. Huwaaaaa.................bertambah sedih hati kami ~

6. Idhamu-san tak pasang lagu raya cam selalu. Takut sebak/sedih kot~

7. Buat kali keduanya, takde kedengaran takbir secara live pada malam raya. Apalah malam raya tanpa laungan takbir dan juga bunga api.

Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa perkara yang berjaya mengubat luka di hati Bubur Caca, seperti

1. Dapat menghabiskan duit Idhamu-san di IKEA bersama Kak Soo. Kami dengan gigihnya membawa balik 2 beg besar dengan menaiki tren. Idhamu-san juga telah berbesar hati menjadi babysitter selama 6 jam sementara isterinya yang terchenta mengalami sawan shopping raya.

2. Berjaya menghidangkan lemang dan ketupat palas (instant) beserta rendang yang menjadi juadah di pagi raya selain our all-time favourite - nasi himpit dan kuah kacang.






3. Menerima tajaan biskut raya dan kek lapis kukus daripada kekanda ipar terchenta. Selamat hidup Bubur Caca setahun lagi tanpa perlu membakar biskut dan kek.


4. Mendapat kiriman dodol, bahulu, kerepek, serunding, pisang salai dan pelbagai lagi biskut oleh peserta kursus dari Malaysia yang berkunjung ke Tokyo pada minggu pertama Syawal.



5. Pertama kalinya dalam sejarah beraya di Nihon, Neesa dan Reina chan menerima duit raya dalam RM. Banyak plak tu! Alhamdulillah.