FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label PLacE. Show all posts
Showing posts with label PLacE. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

INDia PaRT 3 : BaNYaK CeRiTa DaLaM SaTu HaRi Di DeLHi

Walla tebas-tebas sawang jap... Susah nau rasanya nak tulis entry hari kedua di India nih, lagi tepat di New Delhi. Banyak cerita dalam satu hari dan aku sendiri tiap-tiap minggu lesap macam-macam hal... Hahahahahaha.... Anyway, ada tak sesiapa yang masuk Putrajaya Treasurehunt baru-baru ni??? Yeahhhhh aku pun masuk! Bestkan? Tahun depan nak masuk lagi larrr..... HAhahahahahahaha.....

Sebab banyak sangat gambar nak kongsi, cerita ikut gambar jer lar....

Cerita 1 :  PaGi DaN CaRi TuK-TuK

Pagi tu beriya Johny a.k.a John a.k.a Danny a.k.a Kaki Berangan ajak pi jalan sampai ke jalan besar.  Katanya tuk-tuk kat sana mesti lagi murah memandangkan jalan yang kami duduk tu hampir semuanya hotel.  Aku tengok Janggel, Janggel tengok aku "Baeklah, hahahahaha.  Ikut sukalah" *gambar warna kelabu kengkonon macam masih subuh alam larrr

Suasana pagi kat jalan besar, dah ramai orang sibuk-sibuk nak pergi kerja. 

Beca memang merata-rata, awal-awal pagi nih kurang pulak nampak tuk tuk.  Dok pusing-pusing, akhir sekali kami ambil tuk tuk betul-betul kat simpang Arakashan Road tu.    Untuk ke Red Fort harga tuk-tuk pagi itu adalah Rp100, alhamdulillah rezeki pagi tu tak perlu bersusah-susah nak bertawar-tawar.

Cerita 2 : ReD FoRT, NeW DeLHi


Dari jauh dah nampak kubu kota yang sangat besar...  Memang teruja nak masuk dalam.  Harga  pelancong untuk masuk ke Red Fort ini adalah sebanyak RP250.  Bila bayar jangan lupa tengok balik baki, ada pula yang terkurang tu. 

Red Fort merupakan salah satu lokasi wajib jika datang ke New Delhi.  Dinobatkan juga sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 2007.  Dibina pada kurun ke 19 semasa pusat pemerintahan dipindahkan dari Agra ke Delhi.  Tempat ni sangat luas, banyak bangunan lain di dalamnya dan cantik.  Memang berbaloi untuk masuk.

Ni pemandangan depan Red Fort.  Tersergam indah dah gagah, rugi sangat kalau tak ambil gambar  sebelum masuk.  *psst : ada 3 aksi posing yang boleh diperagakan di khalayak ramai kat situ. 

Benda pertama yang kami jumpa bila dah masuk dalam Red Fort! BLiNK.BLiNK. WiNk.WiNK. Wehhhhhhhhhhh santekkkkkkkkk.......

Ada lagi!!!!! huhuHuuuuuuu.... Rezeki awal pagi buat kali kedua pagi ni..... Segala jenis perhiasan  manik yang dicari nah kau dekat depan mata.

Dan ada larr orang yang telah menjadi seperti lupa diri, hahahahahahaha.... Seronok sungguh dapat  membeli-belah di awal pagi.  Harga buka kedai memang berbaloi-baloi dan tak rugi langsung kami memborong sakan pagi tu sebab di kedai lain yang kami singgah, memang lagi mahal dari harga kami dapat pagi tu.

Selepas memborong sakan, kami meneruskan perjalanan.  Sebenarnya banyak lagi kedai  kat dalam ni.  *gambar dikelabu asapkan sebab masa ni aku tahan diri dari menyinggah ke mana-mana kedai.

Bangunan yang pertama yang kita akan nampak selepas melintasi Naqqar Khanna (alamak, salah susun gambar dah!) ialah Diwan Di-Aam.  

Untuk memendekkan entri, pasal Red Fort dan bangunan-bangunan dalam ni boleh larr tengok kat sini sila klik


Ukiran di Diwan Di-Aam

Di hadapan Diwan I-Khas tersergam cantik dan terdapat tempat duduk berehat di depannya. #pasan tak dua gambar yang familiar???? Teringin jugak tuhhhhh....

Marmar yang berukir memang mengkagumkan di Diwan I-Khas.  Sejuk je dalam bangunan ni.

Moti Masjid dalam pembaikpulihan.  Bangunannya agak pelik kerana tak nampak pun ada tingkap.  Apakah mungkin bangunan ini mempunyai ruang terbuka di bahagian atas? Masjid Moti ini juga dikenali sebagai Pearl Mosque dibina pada tahun 1659 dengan tiga buah kubah yang diukir dari marmar putih.

Dari salah satu bangunan

Naqqar Khanna, pintu gerbang yang memula sekali masuk sebelum nampak Diwan Di-Aam... Masa keluar, baru perasan yang struktur ini juga sebenarnya merupakan sebuah muzium dan kita boleh masuk.  Memandangkan masa yang sudah suntuk dan ramai yang beratur nak naik ke atas, maka kami 'skip' untuk masuk ke dalam.

Bangunan ala-ala Kellis Castle kat Batu Gajah, hehehe...  Bangunan ni tak boleh masuk mungkin dalam pemulihan.  *hurmmmm cam best jer berangan berlari-lari kat beranda tu, ecehhhhh #drama

Bangunan lain yang terdapat dalam kawasan Red Fort

Ada satu port cam klasik dan drama sebab di sebalik bangunan  merah terserlah kesejukkan rimbunan pokok besar.

Dan macam semalam, hari ni kami telah diretiskan lagi sekali oleh peminat tempatan....  Macam tak percaya jerrrrr....  Gambar kalau tak peluk tak sah tuhhhh.... Omaiiiiiiii

Dah jom keluar dari Red Fort.  Singgah jangan tak singgah kalau tempat dah depan mata..... Cerita seterusnya....

Cerita 3 : CHaNDi CHoWNK dan MaSJiD JaMa', NeW DeLHi


Chandi Chownk terletak dalam jarak berjalan kaki dari Red Fort.  Katanya tempat ini juga tempat membeli-belah yang best. Fuh omak aiiiiiiii, den takleh nak kata apa larrrr... Sesak dan kedai-kedainya semua saiz kecil-kecil macam stall yang dalam pasar kita kat sini.  Kalau nak masuk kedai dalam bangunan memang taklah kot, rasa macam tak akan berkenan di hati pun!  Jauh beza dengan Sarojini Market sebab kawasan kat Chandi Chownk ini sesak.  Ramai juga yang berniaga guna stall beroda yang tak berbumbung di tepi-tepi jalan.

Dan tengah-tengah menapak di Chandi Chownk menghala ke Masjid Jama', nahhh terserlah artis dari mana nih pun kami tak tahu.  Bukan main ramai orang tempatan yang ikut belakang diorang nih.... Tetiber rasa ke'retis'an kami berkurang, ekekekeke.... Apalah yang diorang buat kat tempat nih???  Panas kot masa nih dah tengah hari buta dah nih, matahari atas kepala!

Dah lupa sebenarnya ada ke tidak jalan tar kat sini sebab dah sama cam jalan tanah warnanya! Memang berdebu sebab waktu ni panas dan kering.

Ada ke shop lot kat dalam ni??? Haiii takpe larrrr....

Ada lagi orang yang ikut kami, memula tanya dari mana, suruh jaga-jaga pencopet bagai, pastu suruh naik beca dia.  Malas nak layan.  Mesti dia frust sebab lepas kami turun dari Masjid Jama' dia ada lagi menunggu kami mengharapkan kami menaiki beca dia. Owh tidak. tidak. Jalan kaki pun boleh larrr nak pi jalan besar tu semula :p

Jama Masjid ni terletak kat atas bukit.. Ini pemandangan dari pintu gerbang masjid setelah mendaki anak tangga yang banyak!!  Nak masuk kena 'scan' sama macam kat tempat lain.

Kami ambil gambar dari depan pintu gerbang masjid sahaja memandangkan nak masuk dalam pun ada fee sebanyak Rp200.  Nak masuk sikit pun tak boleh, cam hampeh je kan????  Macam mana kalau aku kata aku nak solat kat dalam sebab waktu ni dah nak masuk zohor dah.

Dengan itu, kami pun memang sepakat untuk tidak melaburkan sebarang Rupee hanya untuk masuk ke dalam masjid ini dengan tanggapan seharusnya dalaman seperti di Red Fort dan kami juga perlu pulang dengan segera untuk ke pejabat pos.  Kami pulang semula ke Hotel dengan menaiki tuk-tuk dengan harga Rp100.

#kami tidak ke pejabat pos pada awal pagi memandangkan pejabat pos di India buka pada jam 12 tengah hari dan akan ditutup pada jam 4.00 petang. Huh???

Cerita 4 : NaK PoST BaRaNG

Sampai sahaja hotel, Alok dah sediakan kertas pembungkus dan gam untuk balut kotak.  Kelam-kabut kami membungkus kerana tuaian dari Sarojini Market semalam memang banyak, tambahan pula barang John a.k.a Danny yang barangnya seorang sudah menyamai atau lebih sikit kot dari barang yang aku dan Janggel yang disatukan.

Alok dah beberapa kali panggil katanya dia dah siap panggilkan teksi.  Alok memang dah geleng kepala nengok barang kami super duper banyak, opsssss....  Baik si Alok ni siap ikut kami ke pejabat pos yang terletak betul-betul di sebelah stesyen keretapi Delhi.  Agak malang, dalam waktu yang dah macam nyawa-nyawa ikan tu, rupanya pejabat pos tu tidak menawarkan perkhidmatan untuk pos barang ke luar negara (ke diorang malas nak layan??).  Maka Alok pun berlari lar ke sana sini, pergi ke tempat yang disebut oleh orang yang kat pejabat pos tu, dah pergi satu tempat ni, rupanya tak boleh gak.

Bila dah jumpa tempat (setelah menghadapi beberapa kesukaran), kisah lain pula keluar.  Barangan kami beratnya 54 kg, oklah tak de masalah.  Lepas tu, ikut prosedur nak kena fotostat pasport pulak.  Bila dah ok, dia kata harga Rp20,000!  Omaiiiii giler ke hape ke? Nak mencekik darah orang!  Rp20,000 tu dah nak sama dengan RM1,300.  Aiii tak ada maknanya dan memang tak berbaloi langsung!  Baik beli extra luggage yang jauh lagi murah dan barang pun dah tentu selamat sampai sekali.  Bila kami kata tak jadi pos, maka berkerumunlah orang-orang kat situ. "Why cancel? Why cancel?". Ciskek sungguh korang yer ada hati tanya macam tu kat kami!  Nak paw orang pun melampau-lampau!  Nak jadi cerita lagi, orang kat pejabat tu siap boleh tanya lagi untuk offer harga ~ berapa kitaorang nak bayar! Huh! Memang nampak sangatkan bisnis tak jujur!

Apapun, ada satu cerita lain di samping cubaan di paw kaw-kaw ini....

Cerita ni memang salah satu pengalaman lawak dan super manis buat kitaorang masa kat Delhi. Sebab barang banyak dan tengah rushing, Alok tahan teksi.  Empat orang kena duduk kat belakang yang biasanya muat untuk 3 orang sahaja dan tuk-tuk kitaorang naik tu kat belakang dah penuh kotak, bawah kaki pun kotak, atas riba apatah lagi... Maka duduklah Alok atas palang dan badan membongkok ke dalam.  Aku meriba kotak dan caya tak percaya, Janggel riba John!  Macam tak terkata apa-apa.  Dok tengok muka masing-masing lepas tu gelak.  Gigih sangatkan?!!!  Pemandu tuk tuk ni tak bagi sorang duduk depan sebab katanya ada banyak polis. Ya Allah memang tak boleh lupa naik tuk-tuk ni...  Rasanya kami bayar Rp150-200* untuk teksi yang berpusing-pusing cam rollercoaster dan setia menunggu nih. *lupa

Akhir sekali, kami balik semula ke hotel dan menyimpan barang-barang sebelum  ......

Cerita 5 : Hoyeahhhh Sarojini Market lagi!!

Di waktu yang berbaki, kami ke Sarojini Market lagi memandangkan ada lagi yang berhajat nak menambah sari.  Dan memandangkan barang yang banyak dan berkotak-kotak, kami mengambil keputusan untuk membeli beg besar dengan harga Rp600 (tapi jangka hayatnya cukup untuk sampai ke muka depan pintu rumah kat Malaysia je.. Hahahaha).

Retis larrr lagi ala-ala Akademi Fantasia di Sarojini Market.


Cerita 6 : KeDai MakaN MuSLiM ~ Al-SaMeeR

Malam ni malam terakhir kami di New Delhi.  Terasa hati teringin juga nak makan kat sini.  Dalam berbelah bagi nak makan kat restoran kat hotel (Ajanta Hotel) atau Al-Sameer yang terletak selang beberapa buah pintu, tetiba kami semua sepakat nak cuba nan kat Sameer.  Janggel dan John order ayam tandoori, manakala aku mencuba ayam butter (yummeh memang sedap!!!).  John siap tambah order nan lagi! Hahahaha.

Masa nak makan tu kami dapat kawan baru dari Calcutta.  Ssagar kata dia juga pertama kali datang ke New Delhi dan datang sebab mengikut ayahnya yang berniaga. Nak jadi #drama lagi, Ssagar kata ayahnya ada juga perniagaan kat Ipoh....  Baiklah saya percaya kepada dia kerana apa yang dia sembang dan tanya pada kami pada malam tu masih berfakta dan ada larrr keikhlasan berkawan diwajahnya... *fuhhh sejak bila pulak aku pandai baca muka ikhlas tak ikhlas nih????  


Cerita lain
1. Yang pasti ini entri aku yang paling panjang dalam sejarah! Hahahahahaa.....
2.  Hehehehe dapat hadiah bekas cincin masa kat Red Fort. Terharu gitewwww...
3.   Shutter kamera dslr dah mula buat hal... hurmmmmm sedeyyyy
Versi Janggel, boleh baca klik kat sini.  Versi john a.k.a Danny boleh klik kat sini. .





Saturday, March 24, 2012

INDia PaRT 2 : PLaCe To VisiT iN DeLHi ~ QuTuB MiNaR, LoTuS TeMPLe, INDia GaTE, SaROJiNi MaRKeT

Selesai bersarapan pada jam 9.30 pagi, kami memulakan perjalanan ke Hotel Ajanta yang terletak di Arakashan Road.  Kami nekad berjalan kaki kerana yakin hotel tersebut terletak di kawasan berhampiran memandangkan Smyle Inn juga terletak dalam jarak berjalan kaki dari Stesyen Keretapi New Delhi.

Keadaan pagi di New Delhi pada hari tersebut agak jerebu.  Selepas berjalan beberapa minit, kami terus mengenakan topeng kerana habuk yang agak ketara. Hahahaha eksen tak???  Kalau nak ikut *API, agaknya sudah sampai 80-90 kot??

Bila dah pagi ni baru nampak keadaan sebenar lorong Gangsta Paradise malam tadi.  Dah siang, rupanya biasa je dan agak sibuk. Depan-depan bangunan kedai tu, ada orang yang nak buka 'stall' sorong-sorong tu.

Di hujung simpang, banyak beca sudah menunggu pelanggan.  Oklah, tak semua diorang bangun lambat! Hehehe.

Ini adalah keadaan di tepi jalan besar sebelum memasuki Arakashan Road.  Bangunan kedai kat tepi tu pun dah naik kelabu.

Akhirnya kami memasuki Arakashan Road.  Kat sini rupanya boleh dikatakan dari hujung jalan masuk hingga ke Hotel kami, ada banyak sangat hotel.  Jarak perjalanan dari jalan besar ke Hotel Ajanta dianggarkan dalam 500 meter. 
*Hurm campur dari hotel sebelum ni, kami dah morning walk dalam 1.5 km kot?!
** cerita pasal hotel dalam entri lain :D

Lepas meletakkan barang dan bertanya arah tuju tempat-tempat yang kami nak pergi, lagi sekali kami bermorning walk dalam 2-3 km untuk ke Metro Station (macam lrt). 
* Burung merpati dan gagak kat sini memang pemandangan biasa.  Gagak besar-besar dah serupa helang kalau tengok dari jauh!

Keadaan jalan besar waktu pagi.  Kalau kat tempat kita nih, harus kereta dah bersusun sebab sangkut dalam trafik.

Melintasi kawasan Stesyen Keretapi New Delhi...  Satu stesyen jer trek dia nak dekat sepuluh kot?!  Ada lagi platform yang tak termasuk dalam gambar nih.

Sampai di Stesyen Metro, punya larr ramai orang beratur.  Soheh larrr memang mrt ni pengangkutan penting buat diorang.  Kami membeli tiket (dapat token cam dalam gambar) untuk ke Qutub Minar dengan harga 27 Rupee seorang.  Cara guna token ni sama macam guna kad touch n go, kita sentuhkan sahaja token pada sensor.  Bila nak keluar. masukkan token ni dalam slot dia (macam nak masuk syiling dalam telefon awam tu).

Kat dalam stesyen keretapi ni rupanya dilarang mengambil gambar.  Ikut sukahati je kami snap sana sini (walaupun secara coverline) sampailah masa tunggu train kat bawah, Johnny kena tahan dengan penjaga stesyen.  Kisahnya, dia sorang je yang pakai kamera besar masa kat bawah (platform).... Muahahahaa kantoi!  Masa kat bawah, kami (aku dan Jehan) snapping-snapping pakai kompak je.  Tiba-tiba Jehan cakap Johnny kena tahan, dan tataw larr pasal apa gatal kami pergi kat dia dan terus gambar-gambar dalam kamera kena padam dan tunjuk pada pegawai tuh.  Hurmmmm sadis sebab walaupun tak ambil gambar kat bawah pakai dslr, kamera tu bergayut kat bahu dan pegawai tu nak tengok. Cesssssssss habis suma gambar yang dah ambil masa kat atas tadi :'(

Sampai di stesen Metro di Qutub Minar, ada banyak tuk tuk kat luar menunggu.  Memula macam eksen sket nak naik yang dalam kawasan metro ni sebab takut mahal, tapi bila dengar 10 Rupee seorang ke Qutub Minar tu, terus panggil Johnny n Jehan "Jom takyah tawar larrr" Hehehehe eksen jugak tu sebab reganya 60 sen je bila dah tukar RM, jangan berkira!  

QUTUB MINAR, NEW DELHI

Untuk masuk ke kawasan ini bayaran sebanyak 250 Rupee dikenakan kepada pelancong asing (cesss jauh mahal dengan warga tempatan!).  Pasrah.  Sejarah mengenai Qutub Minar ni, boleh klik sini.  Qutub Minar ni telah disenaraikan sebagai UNESCO Heritage Site, sangat cantik dan wajib pergi kalau datang ke New Delhi.  Kami menghabiskan masa hampir 2 jam di sini dan segera bergerak untuk ke destinasi selanjutnya kerana matahari sudah hampir ke atas kepala.












LOTUS TEMPLE, NEW DELHI

AKu pun tak ingat kenapa nak pergi Lotus Temple ni sebab aku rasa macam tak ada apa sangat.  Tapi sebab depa dok tanya nak pergi mana, laju je aku sebut Lotus Temple dan Jehan pun yer yer sebab geng Travelholic sebelum ni pernah pergi situ.  Hurmmmmm.... padan juga larr dalam kepala memula tak pelan nak pergi! Sampai sana, Lotus Temple ni tutup. Hampeh!  Sia-sia bayar duit tuk-tuk sampai 100 Rupee sorang!


Pada hemat aku, sebenarnya temple ni bukanlah tempat yang wajib pergi memandangkan ianya merupakan kuil dalam bangunan baru je kot...  Huuuu  

* Lotus Temple ditutup pada hari Isnin 

INDIA GATE, NEW DELHI


Untuk ke India Gate, kami masih menggunakan tuk tuk yang sama dan kami dikenakan bayaran tambahan bayaran sebanyak 350 Rupee / trip. Haishhhhhh.... Sebenarnya kalau nak ikutkan, aku rasa tambang sebenar dari Lotus Temple ke India Gate ni paling tinggi pun mungkin 150-200 Rupee untuk satu tuk tuk (berdasarkan pengalaman pada hari-hari seterusnya).  Masyuk orang yang bawa kami tu, cessssss.


Masa di India Gate ni, kami mengalami pengalaman retis buat kali pertama (*ayat tak boleh blah!).  Ada orang tahan, ingatkan diorang nak minta tolong ambilkan gambar ke orang yang nak ambil gambar kami pastu minta bayaran <- ni memang ada kat sini, rupa-rupanya "Can take picture? Can take picture?" tu nak bergambar sama-sama.... Hahahahahahahaha sila bantai gelak sesama.  Maka tersipusipot larrrr retis Johnny dan Jehan... ekekeke...

India Gate dibuka kepada awam dari waktu terbit matahari sehingga terbenamnya matahari.  India Gate ini juga kelihatan cantik pada waktu malam :D








SAROJINI MARKET, NEW DELHI

Shopping pulak yuk! Jom kita survei sari nak?  Errr survei?  Baik beli terus, pastu kita leh bungkus, pastu kita leh pos, pastu kita tak payah pening-pening lagi. Gitewwwww...  Untuk ke Sarojini Market dengan menaiki Metro, turun di stesyen Ina. Tambang dah lupa!  Bila dah sampai tu, kena naik tuk tuk sebab kalau nak menapak pergi Sarojini Market ini boleh mendatangkan pitam.  Apatah lagi tadi dah menapak bukan main jauh India Gate ke stesen Metro, huuuuuuuu. Walhal, boleh je naik tuk tuk.  Harga tuk tuk dari stesyen Ina ke Sarojini Market ialah 30 Rupee/ tuk tuk.  Nasib baik dah tanya orang kat bawah (dalam stesyen Metro), local tu cakap naik tuk tuk tu harganya 30 Rupee. So dah sah kompom 3 * 10 Rupee = 30 Rupee <- apehal tetibe ada kira-kira nih?! hahahaha

* Setelah ditimbang kati bagai, kalau dari India Gate nak ke Sarojini Market, dicadangkan untuk terus ambil tuk tuk saja. 

Walaupun ramai orang kat sini, tempatnya masih lagi teratur dan tidaklah berserabut.  Takat-takat  nak sorang beg trolly besar boleh lagi. HAhahaaha

Antara barangan yang ada kat sini, kurta, skirt, baju budak, kasut.  Pada yang tak bawa baju banyak dan  memang bercita-cita nak beli baju masa kat India ni, pasar Sarojini ini memang tempat yang direkomenkan.  Boleh beli tudung, baju, seluar dan kalau nak beli cermin mata hitam pun boleh.  Ada barang yang perlu ditawar, ada barang yang ambil terus pun dah memang murah.

Alas-alas kaki, sarung kusyen (yang kecil-kecil) tu pun ada dan sangat murah.

Untuk tambah baju, aku sambar kurta dua tiga  helai. Hehehehe

Bila masuk kedai sari, mesti duduk mengadap.  Semua kedai yang kami  masuk dapat layanan VIP dan  hidang air (wow wow! Katanya pleasure :) Terasa retis lagi buat sekian kalinya. Ngeee).  Pada kedai yang ketiga, kami dah tak minum dah... hahahahahaha)

Memang lama kami di Sarojini Market.  Dari pukul 4 petang sampai  pukul 9 malam, lama tak lamanya.  Sebelum balik, kami beli buah yang ada dijual kat pasar ni.  Dari Sarojini Market balik ke hotel, tambang tuk-tuk dalam 120 - 150 Rupee / tuk tuk.

Sampai hotel, kami terus pesan 3 nasi kosong dan omaiiii banyaknya portion dia!  Berasnya panjang-panjang dan sedap :)  Untuk lauk, kami makan bersama bekal serunding ikan bilis. Erkpppp alhamdulillah.... Ngeeeeeeee

Entri Selanjutnya : Lokasi wajib lain di New Delhi ~ Red Fort



Cerita Lain
1.Pemandu tuk-tuk yang bawa kami ke Lotus Temple dipelawa oleh Johnny untuk makan biskut yang kitaorang bawa. Kami makan larr dua keping sorang dan bila Johnny nak simpan baki, ttiba-tiba pemandu teksi tu minta lagi. Cissssskek sungguh! Dah larr dah paw banyak kat tambang, ni ada hati nak paw biskut kitaorang pulak!! Apapun, kami keluarkan juga biskut tu dan habiskan.