setelah bertahun lamanya tiba2 terasa nak bukak je blog yg da lama berkulat nih malam ni wakakakaka...
aku bersyukur kerana masih mampu melihat wajah2 sekeliling..
aku bersyukur kerana masih bernafas hingga ke hari ini...
aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup..
5409----9545 ???????????????
yang pasti....aku trauma!!!
hehehe sempena trip kita ke tioman tak lama lagi..
Bagaimana sejarah Tioman memperoleh namanya?
AL-Kisahnya golongan tua pulau itu bertemu pada satu hari untuk menentukan nama pulau berkenaan. Mereka menimbangkan beberapa nama. Ketika itu seorang budak lelaki berlari mengejar burungnya, seekor burung Tiong. Apabila ditanya apa dia kejar, budak itu menjawab Tiong Man (tiong [Man] saya). Seorang daripada orang tua itu berkata mengapa tidak kita panggil pulau ini Tiongman dan kesemua mereka bersetuju. Dengan peralihan masa, nama itu berubah kepada Tioman.
Mitos juga menyatakan Pulau Tioman sebenarnya adalah daripada seekor naga yang sedang berhenti rehat di tengah laut dan kini menjadi sebuah pulau..
dikatakan juga pulau ini dijaga dengan rapi oleh 'penjaganya' menyebabkan ianya tidak dicemari oleh pembangunan.
Ada seorang hamba ALLAH ni, dia pernah berkerja sebagai penyelam scuba untuk salah satu resort di Pulau Tioman. Sepanjang dia berkerja di sana, dia banyak terjumpa barang-barang antik di pulau tersebut. Samaada dia terjumpa atau 'benda' tersebut yang bagi. Kebanyakkan barang2 dijumpai di pesisiran pantai, di dalam hutan dan di dasar laut pulau tersebut. Barang pertama yg dijumpainya ialah Keris Jawa yang mengeluarkan bau yang teramat busuk. Disusuli dengan beberapa keris lagi, batu permata, cincin batu dan duit syiling arab.
itu salah satu cerita misteri yang berlaku di tioman dan banyak lagi sebenarnya terjadi melalui mulut ke mulut..
BIARPUN apa yang terjadi biarkannya ianya terjadi namun pulau peranginan tersohor di perairan negeri Pahang ini kini berhadapan dengan tempias komersialisasi yang mungkin membuatkan kelompok pencinta alam sekitar menggelengkan kepala..
Namun kewujudan Pulau Tioman sebagai sebuah destinasi percutian hebat masih boleh dibanggakan.
rekodnya pernah disenaraikan oleh majalah Time sekitar tahun 1970-an sebagai antara 10 pulau tercantik di dunia. Apa yang kekal di Pulau Tioman hari ini nyata adalah warisan kebanggaan tersebut.
p/s:-jom cuti-cuti malaysia..
SPM juga dikenali sbg SIJIL PELAJARAN MALAYSIA merupakan satu sijil yg wajib diduduki oleh setiap pelajar di malaysia pada tingkatan 5..sijil ini SANGAT PENTING MAAAaaa krn ianya adalah penentu masa hadapan kita.
SPM SAYA PALING MENCI2x dimana inilah peperiksaan yg SAYA PALING MALAS nak study.tak tau kenapa tapi memang sudah fitrah sAYA SEORANG PE MALAS so,tak leh nak wat pe da..
dan hasilnya pon "SAYA PALING MANTOP" resultnya haha...
sewaktu kawan2 SIBUK PERGI MENTELAAH pelajaran,SAYA PERGI MENGELAMUN sorang2 dalam kelas..bila bosan SAYA PEGI MENGACAU kawan2 yg SEDANG PENAT MENELAAH pelajaran..di waktu malam, kawan2 sibuk STRUGGLE PIKIR MENYELESAIKAN masalah pembelajaran yang nak diselesaikan SAYA PERGI MENERBANGKAN diri keluar dari sekolah..haizz labu
waktu exam yang SANGAT PANJANG MAAAAaaa membuatkan SAYA PENAT MENGANTUK dan terus tertido didalam dewan peperiksaan merupakan salah satu punca "kecemerlangan" SPM ku..cuba jawab seelok yang mungkin terdaya tapi kepala SANGAT PENING MAAAA..tak tau nak jawab pe,yerla labu kalo da tak study camano tu nak jawab Mak Jah..adeh
sewaktu keputusan dikeluarkan,tengok dari jauh rakan-rakan yang cemerlang akan menjerit SAYA PINTAR MAKKKKK!! yang agak kurang cemerlang sikit akan tunduk membisu sambil menangis SAYA PITAM MAKKKKKK!!!! lalalalalala....
diwaktu rakan-rakan bergelak ketawa,SAYA PULA MENDIAMKAN diri kerana malu..Mengurungkan diri,tak bercakap,tak makan,tak mandi dan semuanya tidak dilakukan sebagai tanda protes.
sangat sedih dengan keputusan itu,membuatkan SAYA PERGI MEMBAWA diri jauh hingga ke GUATEMALA untuk mencari ketenangan..
disana,SAYA PIKIR MASAK2 apa yg telah dilakukan...ARGHHHHHHHHH!!
SAYA PERGI MENJERIT sekuat hati...tp takde ape da yang dapat diubah..semuanya sudah berlaku dan biarkanlah ianya berlalu..sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya..Saya PERGI MEMOTIVASIKAN DIRI sendiri sambil berkata didalam hati, Let By Gone Be By Gone..
Yang sudah biarlah sudah,buat apa lagi hendak dikesali..mengalir air mata darah pon tiada gunanya lagi..jadikan ianya SEBAGAI PEDOMAN MENERUSKAN hidup, SEBAGAI PENGALAMAN MENGUATKAN diri dan SEBAGAI PEMBUKA MINDA..
sekian sahaja cerpen pendek hari ini sempena result SPM yang akan kuar besok.
cite ini tiada kena mengena dengan yang da arwah kerana ini adalah cite untuk orang yang masih hidup sahaja lagi...hehe
p/s:-owh,esok hari khamis 12 mac 2009, adikku akan mengambil resultnya...satu saja pesanan dari abangmu.... " G00d Luck "..
aku di tag oleh saiful ramadhan
Tag:10 perkara ttg diri kamu, yg org lain tak tau?
1. cita2 aku dl nak jadik askar
2. aku sgt kecewa sebab tak dapat masuk ATMA
3. aku dilantik presiden pengakap since form 2 untuk bahagian form 3 kebawah..
4.aku paling benci dan pantang orang yang tak reti berkawad.
5. aku tukar sekolah time form 4 sebab tak nak pegang ketua pengakap sekolah sbb secara automatik aku akan menjadi ketua barisan untuk kawad di hari kebangsaan dimana ada 160 org di belakang aku.. (reason yg agak sengal)hehe..
6. aku tak suke minum milo since form 1 sampai sekarang(trauma)
7. satu-satunya subjek yg aku minat dan mampu berbangga adalah sejarah
8. subjek yg aku paling benci dari kecik sampai ke besar adalah english(im sound silly when i speak in english wakakaka..)
9. aku seorang yang buta jalan..
10. aku tak pernah drive sendirik balik kampong..(tido jerk)
tag seterusnya:-
1.lyter
2.apit rugby
3.pijoe
4.ajis
5.elmo
6.reen
7.reha
8.fida
9.nadxoxo
10.accd
`sekian` huhu..
menjawab soalan polls yg pertama..
apakah yg membezakan manusia,jin,haiwan dan segala jenis hidupan di muka bumi ini??jwpnnya adalah AKAL.
manusia mnjadi khalifah dimuka bumi ni krn dianugerahkan akal fikiran oleh pencipta untuk berfikir..
berbalik kpd soalan pertama iaitu golongan manakah yg lebey baik iaitu golongan akademik or non academic.ramai yg memilih golongan akademik krn dikatakan golongan ini pandai,hujah yg berisi,berilmu dan seronok bwk berbincang tp benarkan hujah ini???
bg aku, perkara ini bergantung dimanakah akalnya diletakkan samada dikepala otak atau dikepala lutut..ramai org kita belajar tinggi2,ada degree,master,phd dan sebagainya tapi sekiranya die pakai kepala lutut die lebey jahil daripada org yg xde SPM..
mengatakan org yg xde pendidikan itu tidak pandai bagi aku itu kurang tepat.seorang doktor mungkin hebat dalam perubatan,lawyer mngkin hebat dalam perundangan tp bolehkah mereka jadi nelayan?jadi tukang paip or tukang rumah??
disini adalah lebey tepat jika kita mengklasifikasikan manusia kpd 2 golongan iaitu berilmu atau tidal berilmu.
ramai yg tinggi pendidikannya hebat dalam bidangnya tetapi lemah dalam pemikirannya.ramai yg rendah pendidikannya tapi hebat akal fikirannya.contohnya, tan sri syed mokhtar sndiri,hanya berpendidikan SPM tapi kemana dia sekarang??
suatu masa dahulu,dikala zaman study aku pernah terlibat dalam satu berbincangan dengan 4 org bdk kampung.salah sorang meluahkan perasaannya krn sudah 2 tahun menamatkan degree dalam engineering di sebuah univ terkemuka dalam negara.aku hny bertindak sbg pemerhati krn aku paling muda dan masih dalam kategori bdk2.bila ditanya knp xkerja lg?dijawabnya si fulan bin si fulan ini tgh tunggu kerja dengan goverment.xmau kerja dengan private dgn alasan yg pelbagai.kenapa xcari kerja kt kL jer?byk keja kt sana..dijwbnya lagi,takut terpengaruh gejala kuning disana.takut terjebak dgn rakan2.takut merokok jika berkawan dgn perokok,takut jadi bebas bila berkawan dgn kwn2 yg bebas dan pelbagai lagi alasan berunsur negatif.
DAMN!!aku menjerit...tp dalam hati jela.patutla ko smpai sekarang xdapat keja,sbb kepala otak ko sgtla BODOH!!!alasan yg sgt bodoh dan xboley diterima akal..pengaruh atau xterpengaruh itu sume atas diri ko sendirik..mana jalan ko nak pilih semuanya atas diri ko sendirik,tepuk dada keluar susu buwekk2x!!
kesimpulannya,sekiranya kita mengunakan akal kita di tempat yg sepatutnya kita akan dihormati dan sekiranya akal kita digunakan di tempat yg tak spatutnya kita akan tertinggal jauh ke belakang..
quote from my dad if face any problem:-
"benda tu(masalah) mati,xbernyawa,xberakal dan xleh bergerak sendiri untuk diselesaikan..kita manusia ni la yg hidup,ada akal,boley bergerak.fikir la dari sudut mana pun,celah mana pun sampailah benda tu dapat diselesaikan"..
just tuk survey..
1.berbincang dgn golongan manakah lebey baik?
a)akademik
b)non akademik
2.golongan mana yg anda lagi suke?
a)berfikiran terbuka
b)berfikiran tertutup
3.golongan manakah yang bagus?
a)pikiran positif
b)pikiran negative
4)apakah yg patut anda lakukan sekiranya anda dibuli?
a)melawan dgn keganasan
b)melawan dgn lembut
c)berdiam diri
sila jwb dgn menulis a,b or c shj dan nyatakan reasonnya skali..
cth:- 1)a
reason:-ikut suke aku la nak letak ape pon!
2)b
reason:-bla3x..
okeh x?hehehehe...
p/s:-just suke2 nk wat survey nak tgk result cane..hehe
sok sek sok sek byk betol isu melanda skang..
ceo xxx resign keje,ekonomi gawat bla bla bla sebok pulak ngan pilihan raya nk mnjelang tiba...
adoi br ingat nak blk kampong p/raya nih tp xjadik lepas dgr jalan mngalami jem yg melampau di na na na ganu kite..so cancel2..
kali ni p/raya akan diadakan pd 17 hb dgn pertandingan 3 penjuru,dulu kecoh smpai 5-6 penjuru.tp sebab pemilik hazlan soccer futsal ngn tok mun tarik diri tinggal la 3 ajerk iaitu pas,umno ngn bebas..yg bebas ni aku xpaham la,nape la snggup abes duit nak bertanding da mmg sah2 tak akan menangnya..baeklah kasik duit tu katku bley jugak wat byr utang ekekekke..
hazlan soccer mungkin tarik diri selepas terlampau byk isu yg ada pada die..rumors die memiliki brabus,bmw bla2 dan yg paling latest ferrari tp da sangkut kt balai hehe..sumenya lam 5-6 bijik kete mewah..umor lak xsampai 30 lagi lak tuh perghhh!!!!mantap2..betol ke x gosip psl die buat pe hnya tuhan yg tau,malas nak cite takut jadik fitnah lak..
tok mun@cek memong(nama glemer kt kampong) lak tarik diri sbb xde duit hikhik..kesian tok mun kena tipu macam2 ngn org.tp psl die tarik dirik terus aku xjadik nak blk..ambe pengikut setia cek memong!!(org kampong katakan)..wakaka..
nak gelak pon ada dgr cite mak aku psl die ni bila maklong aku nasihat die "sudoh2 la tanding mokcik eh,wat bazir pitih jer"
tok mun:"mu tau ape!!tau beranok jer!negara kita komunis duk pegang,kena berjuang la!"
(script yg betol aku xsure tp lebey kureng camtu ler hehe..)
dl time kecik2 slalu jugak aku usik die kalo time pilihanraya sbb time plihanraya jerk otak die jadik kureng betol sikit,time biasa jadik normal blk..
aku:"dh cek memong sokong mana?pas ke umno?
tok mun:"umno tu komunis!pas tu komunis!
aku:"bestu?mokcik?"
tok mun:"parti mokcik je hok islam!hok betol,hok lain komunis belake!!"
aku n d geng :"hak10x" gelak ramai2..ingat lg time tuh gelak sakan hehe..
adoii..xtaula apa sejarah ko dulu2 tok mun wei,ni msti anti benor ngan komunis neh.ada sejarah tersendirik la kot..xpenah nak tanya.
time plihanraya aritu aku g la jgk umah die ingat nk amek autograph ke ape ke.ketuk pintu die kuar umah..
tny aku ni sape ni?cis mntang2 tgh femes time tuh,bley lak die xkenal aku!
aku:"ni arih cik eh,anok kak nah.."
tok mun:arih mana?
aku:anok cek nah!!
(dulu mak aku nih jadik pembaca surat tuk die psl die buta huruf)
tok mun:ho!!br ingat..sorila ramai sgt mai jupe tok,xingat pa..
(aku senyum jerk)
aku:ho glemer lening,pah masuk tv pa..
tokmun:hehe tu la bla3x...(malas nk tulis)
tb2 stop jap,ada org kol..perghhhh!!mantap2 da pakai hp da skang..aku gelak lam ati..
abes kol..
aku:buwi gok autograph se nok tunjuk ke org lain nih..
tok mun:autograph tu menape???
aku:tu la,tandatangan tuh,sain2..
tok mun: ho,cik xreti nok sain2 eh..
aku:"hahhahahaha xpela cik wei,meh gok sini tag ke poster sute nk tampal.."
dapatla aku sekeping poster aritu yg aku tampal kt opis..siti km mintak jgk selai aritu tp nk wat cane limited edition katakan ada satu jerk..kalo jual ebay ni mau meletop!!
p/s: balik raya cina nnti aku nak bergambo ngan tok mun wakakaka..
tercalar pelangi dihiris gerimis,betol atau tidak lirik aku nyanyi itu aku tak peduli...pedulikan
saja janji kita heppi..iye ke idok???
da lama tak update kerna bibit2 kemalasan sudah melanda pada diri ini,tp kerna darah kepahlawan dari tokku paloh mengalir dalam tubuh ini ku gagahkan jua diri untuk berjuang..
Bukan bertempur di medan perang,bukan gagah menghunus senjata,bukan handal mempertahankan diri tapi berjuang melawan kemalasan dalam jiwa....
ah,apa yg aku merepek nih???
Akan tetapi,segagah-gagah hang jebat bertarung,gugur jua ditangan hang tuah..sepandai-pandai
hang nadim berfikir, gugur jua angkara dengki dan fitnah..selicik-licik pak lah,gugur jua angkara desakan..secekap-cekap pakya dan aku,akhirnya....!!????????
jeng-jeng...
akhirnya tercalar jua kereta kuda kami angkara pagar yg berwarna biru itu aduhai seribu kali sayang...tp apakan daya sudah tertulis dalam diari untuk kami menambahkan lagi luka walhal luka lama belom diubati...
kete aku calar bumper belakang tak dibaiki lagi tambah pulak yg kat depan,kete pakya xsah cite memang keliling kete die tampal vinyl wakakakaka...
dengar cite,kete wira hitam pon sudah jadik mangsa terbaru..mangsa seterusnya..siapakah????
sonoknya aku nak tgk..hehe
p/s:-kotornya kete aku huhu...
wajah baru??adakah aku berwajah baru??adakah wajah aku da berubah menjadi baru??owh!!tidak sama sekali..wajah aku masih sama seperti dulu.masih kacak seperti tom cruise dari dulu kini dan selamanya..jika kata-kataku ini benar katakan yeah dan jika tidak benar sama sekali janganlah mengatakan uwekkkkk tapi diam seribu bahasa itu lebey baik wakakakkakaka...
owh..rupa-rupanya blog aku yg berwajah baru bukan tuan empunya yang berwajah baru yerk.itu satu pernyataan dan bukan kenyataan..apakah berbezaan antara kenyataan dan pernyataan??lebey baik ditanya cikgu bm sekolah kerna daku pon xmengerti..
kredit penuh diberikan bukan topup rm30 yerk kepada encik fiq dan cik fafau yg bertungkus lumus dengan sedaya upaya memberikan nafas baru pada wajahku ini.. mekasih daun keladi daku ucapkan,gaji naik nanti daku belanje korang nasik lemak sport arena dgn air mocca pantry nyumm3x bestnya aduh aduhh aduhhh...
untuk makluman,skin baru ini telah dialter sbyk 3x kerana kecerewetan daku dalam memuashatikan diriku sendiri pada skin baru ini..kalo ikut hati mau lagi disuruh alter 3-4 kali tapi mau aku kena lihat selipar terbang kearahku nanti jadik aku terima dengan seadanya dan sesungguhnya aku berpuas hati dengan hasil kerja korang..cantik,menarik dan tertarik korang mmg dboom..thank u very much and gong xi fat choi..
sekian shj coretan dari daku..mekasihhh!!!gaya alleycat...
p/s:-untuk permintaan tag,tunggu dahulu yerk..penat menulis nih..
aku melangkahkan kakiku kedalam bilik itu,ku ambil tisu itu,kulapkan satu persatu sudut itu dengan suci sekali mengikut pandanganku..ku sumbatkan telingaku dengan ipod nano,ku bingitkan telingaku dengan lagu2 yg membelai jiwa..aku duduk kemudian kutundukkan kepalaku..tiba2 seseorang melemparkan objek kearahku..arghhhh!!!!lamunanku tersentak,aku bermimpi rupanya..maka berakhirla sesi tido petang hari itu..sangat2 mengantuk sampai aku tertido dalam bilik beradu itu selama stgh jam menunjukkan betapa letihnya aku.nak tido dekat meja opis takut bos tengok,nak tido dalam quiet room,floor aku da xde bilik tu semenjak ditukarkan ke tingkat 3.
oh!!,aku rindu tingkat 4 dimana disitu aku berlari-larian,disitu aku dicari dan mencari,disitu aku mengumpat dan diumpat,disitu jugalah aku memanjakan diriku dalam satu sudut sunyi,bilik gelap yang dinamakan quiet room oh!rindunya empukan katilmu..
kubingkas bangun,kududuk dimejaku..monitor lcd 19 inch yang twin itu ku onkan satu persatu.terdetik dalam hati, bestnya kalau dapat main dota pakai pc nih,da la 2 screen monitor,besar lak tuh.itulah perbezaan teknologi antara kompeni yyy ngn kompeni xxx.
kubelek,kutenung,kuraba monitor itu..ARGHHH!!!
kemalasan melampau telah melanda diri ini.Teringat kembali kenangan lampau sebulan yang lalu.ku hadir dengan penuh semangat,ku bangun pagi dikala rakan-rakan rumahku lena dibuai mimpi dan kupulang dikala lewat malam.Ku sendiri seakan-akan tidak percaya pada diri ini,rajinnya aku oh..
Teringat kata-kata Prof diraja ungku aziz,Untuk jadi melayu yang cemerlang jadilah melayu yang KIASU.
Melayu yang bersikap sentiasa ingin bersaing,sentiasa ingin kehadapan dan sentiasa berlumba-lumba untuk kejayaan.Kuambil kata2 ini sebagai azimat untuk memotivasikan diri ini dan aku berjaya untuk menjadi orang yang rajin...
kini sudah masuk 2 bulan aku di com yyy,tiap hari aku duk bermain dengan menatang kejadah itu buatku sangat2 bosan.aku memang cepat bosan bak kata mahathir"melayu mudah lupa" tapi ayat aku pulak "aku mudah bosan" ubah sikit...kata2 prof diraja tadi kubuang jauh2,kuflushkan kedalam mangkuk tandas.Kini aku umpama kucing malas, bekerja dalam keadaan seperti zombie kampung pisang,mata ku yang agak BULAT ini menjadi bertambah BULAT.arini camne ntah,aku sangat mengantuk walaupon aku da pasang lagu2 yg agak membingitkan telinga.
aku terlelap dihadapan monitor itu.tiba2 ku terdengar suara bosku memanggil namaku.tersentak pangkal rahim aku,terus segar sekejap.ku pusing kiri,pusing kanan,ku tengok hadapan,tengok belakang..eh,xde sape2 pon.baru terinat arini mana ada die,die cuti aduhhhh potong stim tol.ketakutan,kebimbangan telah menguasai aku untuk memesrakan diriku sekejap,terus kumenyambung kembali kerja2 ku yang xdiketahui sampai bilakah akan berakhir.esok?lusa?itu mustahil..mungkin xkan habis selagi dunia ini masih belum kiamat.
xbleh jadi ini macam..camne aku nak kembalikan semangat yang hilang?dengar lagu xpdc?
sama jer kot..xde maknanya.
kulihat mentari itu,terbit dan terbenam..kusamakan jiwaku yang sekejap timbul sekejap tengelam.kurasakan ianya seolah-olah hanya terbenam menjadikan hari malam semakin gelap dan kusam.
Adakah tiada lagi mentari untuk esok????atau mungkingkah cahaya rembulan akan datang menyinariku dikala malam??
siapalah yang kan tau.......??
p/s: Tuhan xkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubah nasibnya sendiri..
isu hangat
tiada yang hangat melainkan lina hangat memang hangat...
minyak turun harga besok 50 sen!!! (tipu)
norman abby rujuk semula (karut)
petang ni mr bahrein nak belanje minum old town yeay!! (Benar)
dan paling hangat!!!!
satyam beli malaysia motorola software development unit include 128 staf dan bangunan!!!sgt hangat.......!!!!
gud morning kekawan...sape nak ikut aku??
ikut aku????
nak g aner???
jomla ikut....
ikut g maner!!??
ikut jela mangkuk..!!!!
keje di pagi sabtu....sonok neh hehe..
aku penat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
aku mau tido!!!!!!adoiiii
moral:- ~aku TENSYEN..!!!~ (^-^)
eden malas nak menulis panjang2 skang..agak busy skang,so eden suke letak gmbar dan video ajer tuk tatapan umum..hehe
P/s:-Siapakah gerangan budak ini??
hari raya menjelang tiba,ramadhan berlalu pergi bererti berlalu sudah bulan penuh
keberkatan,kerahmatan dan kesucian..ramadhan yg lalu boleh dilihat dimana2 surau
atau masjid sntiasa dipenuhi manusia,masjid2 sentiasa diimarahkan,seperti satu
pesta diadakan..berlalu perginya ramadhan bererti munculah kembali syaitan2
datang menyesatkan manusia dan jelas dapat dilihat dimana masjid2,surau makin
sunyi yang tinggal hanyalah pak2 imam dan bilal yg masih setia berkunjung...
di malam itu,agak berat kakiku tuk melangkah pegi.kugagahkan jua akhirnya..
selepas solat isya' takbir raya kedengaran..aku mencari amil tuk menyelesaikan
bayaran zakatku..kalo lambat takut xsmpat,sok da nak raya..
org agak ramai membuatku agak lambat tuk sampai giliran..selesai saja urusanku,
ku melihat jemaah berpusu-pusu masuk kembali ke dalam masjid.lampu
dipadamkan,tiba2 kedengaran suara menyeru LAILAHAILLALLAH berulang2 kali sambil
diikuti oleh jemaah tadi..aku menyusul masuk menyusuli jemaah2 yg lain sambil
sama2 menyeru kalimah ALLAh itu..makin lama makin kuat makin lama makin
bersemangat memecahkan kehangatan malam raya itu..itulah surau Al-Ikhwan yg
terletak di gelong bilal..dek surau lain sudah memadamkan lampu kerna jemaah2
pulang tuk membuat persiapan raya tp disini masih meriah bgaikan satu pesta..
jemaah masih penuh sampai melimpah ke luar xkira tua,muda,lelaki,wanita malahan
anak2 kecik juga turut serta..
tiba-tiba,suara yg nyaring tadi berhenti seketika..ALLAHUAKBAR!!imam mengangkat
takbir sambil diikuti jemaah2 yg ada termasukla aku..kami berjemaah mngerjakan
solat sunat tasbih untuk menghapuskan dosa2 yg ada diimami oleh bekas Adun Ladang
iaitu YB DR Sulaiman,seorang doktor yg hebat ilmu dunia dan juga akhirat. inilah
pemimpin yg kita mahukan!!
selepas fatihah diikuti surah lain disambung dgn tasbih memuji Allah,SUBHANALLAH
WALHAMDULILLAH WALAILAHAILLAH WaLLAHUAKBAR..!!sayup2 kedengaran,hatiku agak
tersentak!terasa ngilu dalam hati..aduh!banyaknya dosa hambamu ini ya ALLAH..
solat diteruskan lagi diikuti dgn tasbih setiap kali gerakan diadakan..da nama
pon solat tasbih kan.selang antara 2 rakaat sblom disambung 2 rakaat lagi,
doctor memulakan zikir munajad...owh,tenangnya,damainya hati ini kurasakan..
bersyukur kurasakan kerana turut hadir malam ini walaupun terpaksa pergi kerana
ajakkan bapakku..akulah antara manusia plg beruntung malam itu,Alhamdulillah..
Di hari raya ini,
untuk org-org bertakwa,
selain mereka tidak layak,
merayakannya...
terbayang pula lagu nasyid ini di benak kepala...layakkah aku merayakan hari raya
ini???byk sgt dosa pada diri ini..aku berdosa padamu ya Allah,ma
bak,abg,kakak,adik2,kawan2,guru2,boss,manusia2 lain termasukla binatang..
ampunkan dosa hambamu ini!!!Aminnn...
kini,ramadhan berlalu pergi berganti syawal kunjung tiba.setan2 mula berkeliaran
mencari mangsa..aduh,akula salah sorang mangsa itu.kini aku kembali sperti dulu.
insafku,insaf sekejap sahaja.adakah taubatku akan diterima lagi...??
sempena raya yg menjelang tiba nih,daku ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan
jutaan ampun maaf dari hujung rambut ke hujung kaki,taik kuku xmasuk ek..
daku sedar byk dosaku kepada rakan taulan sekalian,ibu bapaku dan bla2...
kalo ada terkasar bahasa,terumpat tercaci,terambil barang,tersepak terajang,tergadoh,
termerloh dan ape saja ter,ter,ter mintak ampun pakkkk!!!...
sekian,tulus ikhlas
aRo




