Showing posts with label Computer Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Computer Tutorial. Show all posts

Friday, December 10, 2010

How to format laptop using Pendrive by ISO file


Salam.. hari ni aku nak bagi tutorial sikit macam mana nak format laptop/pc korang menggunakan pendrive. Teknik ni sesuai untuk laptop yang takde DVD/CD rom macam pengguna-pengguna netbook, atau pengguna laptop yang dah rosak dah tempat CD die..

Untuk membolehkan pendrive korang boleh di detect waktu restart nanti atau dipanggil "bootable",cara ni khas untuk Window 7 yang dalam format ISO sahaja, kalau daripada CD/DVD tak boleh. Biasanya Window 7 dalam bentuk iso boleh di download di internet, atau extract dari CD.

- untuk masukan Windows 7 dlm pendrive, ia mestilah dalam format .iso, contohnya Window 7 Ultimate x64.iso
- Download software ni Window 7 USB/ DVD Download Tools
- Sediakan pendrive 4GB keatas
- Follow langkah-langkah seperti gambar rajah di bawah :




Tahniah! laptop anda sekarang sedia untuk di format menggunakan Pendrive. Teknik ni bergantung pada BIOS laptop anda, sama ada support boot dari pendrive atau tak.. Biasanye laptop baru-baru tiada masalah.

Sebelum format, backup data yang penting and Restart. Semasa die nak start, tekan F8 atau F9 untuk masuk BIOS system. Ia bergantung pada jenis laptop, ada yg kene tekan F2 dan sebagainya.. Set boot from USB pada pilihan pertama dengan menekan F5/F6. Tekan F10 untuk save and exit. Masukan pendrive.... Computer akan membaca file dari pendrive.. Ikut arahan seterusnya untuk install Window 7. Siap!

NOTE: Waktu process install window 7 tu, dia akan restart beberapa kali.. So make sure, waktu restart tu, keluarkan pendrive, kalau tidak die akan format dari awal balik.. So, stiap kali restart, cabut pendrive..tunggu sampai keluar logo window 7, then baru cucuk balik pendrive. Selamat mencuba!



If you think this post useful, Click Nuffnang Adds to support this blog..tq
Read more ...

Thursday, December 9, 2010

Change Window 7 start Button

 
Jika anda terasa bosan dengan Window 7 start button yang asal, jangan risau.. Kali ni aku nak share software yang boleh tukar start button korang.. Caranya dengan menggunakan software ni Win7 Start Button Changer.


1. korang kene download dulu software ni Win7 Start Button Changer
2. Extract, and right click Windows 7 Start Button Changer v 2.6.exe. Pilih Run as administrator. Korang kene run software ni sbagai adminstrator untuk bagi ia berkesan sebab jika tidak Window akan denied access untuk registry korang. Ini normal sbagai sebahagian dari sistem pertahanan window korang.
3. Click "Select & Change Start Button".. cari gmbar button yg korang nak tukar(ada dalam folder yang korang extract td), and open..Siap!

Gambar mestilah dalam format (.bmp). Untuk gambar button, korang boleh download dekat Devian art.. Lawa2 dekat situ.. Taip jelah start button kan bahagian search tu..keluar lah macam-macam. Selamat mencuba. Aku punya, aku tukar dengan Alienware punya logo mcm kat atas tu.. smart..hehe.
Read more ...

How to change window 7 logon background (Tweaks logon)

Hai.. hari ni aku nak share 1 software yang simple and mudah digunakan.. Function die adalah untuk tukar screen window 7 korang yang masa nak logon tu kepada gambar pilihan anda.. Nama software ni,adalah Tweaks logon.. ada beberapa steps nak pakai software ni :


1. Download software ni kat sini Tweaks Logon
2. Double click kat Tweakslogon.exe
3. Click Change Logon Screen, pastu click Test untuk preview.. Siap!

Ni yang aku dah buat kat laptop aku, korang leh lah cuba.. Selamat beramal!..hehe


Note : Sekiranya terasa ingin tukar balik pada logon asal, just click Revert to Default Logon Screen. Di galakan menggunakan gambar yang saiznye mengikut saiz screen anda.
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...