Showing posts with label Tadika. Show all posts
Showing posts with label Tadika. Show all posts

Thursday, October 9, 2014

Lawatan Tadika ke Kidzania & Aktiviti Tadika Bersama Bomba

Assalammualaikum,

Seronok Abg Zaquan dapat pergi lawatan ke Kidzania, nak tunggu Mama n Papa bawa entah bila la, kebetulan Tadika ada buat lawatan ke Kidzania so bagi je lah dia join, lgpun jarang sgt tadika Generasiku tu nak buat lawatan ke tempat² yg besh mcm ni, selalunya diorang punye lawatan asik ke Balai Bomba je...hehhe..(setiap tahun diorang ada aktiviti bersama Bomba), kali ni ke Kidzania pada 22 September 2014 (Isnin) dengan bayaran RM90. Ermmm..x pasti la murah ke mahal rates yg dikenakan oleh tadika ni, sbbnya kalau tgk pd website tiket masuk ke Kidzania seperti berikut:

Entrance Fee
Fees Structure
AgeGuestFee
Ages: 0 – 1BabyFree
Ages: 2 – 3ToddlerRM 35
Ages: 4 – 17Kid (Malaysian)RM 60
Ages: 4 – 17Kid (International)RM 75
Ages: 18 – 59Adult (Malaysian)RM 35
Ages: 18 – 59Adult (International)RM 50
Ages: 60+SeniorRM 30


Tapi kalau untuk rates school visit lain plak, dia ada banyak pakej, boleh la tgk dekat website Kidzania kalau nak tau info lanjut. So pada mama x kisah la kalau mahal sikit RM90 ni sbb dah termasuk la sekali kos pengangkutan dan makan kan sbb diaorang pergi pagi sampai ke petang, dimaklumkan oleh Cikgu jam 6ptg baru sampai school, yang penting anak happy.

Menarik n bagus sbnrnya Kidzania ni, satu tempat yang memberikan pendedahan ttg dunia pekerjaan kepada kanak², bg diaorang rasa mcm mana sbnrnya dunia pekerjaan ni kan..diorang diberi peluang secara praktikal untuk setiap pekerjaan.

See..happy faces

mewarna ye abg, ini kunun² jd pelukis la agaknye..


Wah kusyuknya..


Hasilnya boleh bawa balik..
hehe..tp sorry la my son Zaquan ni kurang berseni sikit, dia mmg x minat pun mewarna..
dia ckp, abg punye lukisan warna x sempat habis sbb cikgu sibuk amik gambar abg..
hahaha..sabar je la abg ni, mcm la mama x tau abg mmg x minat mewarna ni kan..


Pic bersama kawan²
yang ini jd juruteknik TNB 



Pic as a Doctor..

Pic ni cikgu bagi siap dgn frame Kidzania maybe dh masuk dalam pakej school
adalah kenangan pernah masuk Kidzania kan..


Pada hari lawatan Zaquan ke Kidzania ni Mama outstation ke Miri + dengan susah hati kereta rosak lg, so mama xdapat la nak tau reaksi dia sbnrnya slps lawatan, kebetulan Cikgu yg wassap dulu gambar² ni, Mama pun terus tanya dengan Cikgu, dia happy ke x pergi sana, lega bila cikgu bgtau dia happy sangat.

kalau pergi sendiri mesti puas bergambar², tp g lawatan tadika ni xkan cikgu nak snap pic anak kita je kan, dah ambil 3-4 keping pun ok la, janji ada jgk. Insyaallah kalau ada rezeki Mama n Papa bawa Abg Zaquan pergi Kidzania lagi kita bawa Adik Ziqry sekali ye..

**********************************************************************************************
Aktiviti Tadika Bersama Bomba

Kebetulan citer pasal lawatan tadika Abg, ni mama share pic² Zaquan join aktiviti bomba anjuran pihak tadika bersama bomba. 

tak igt bila tarikhnya, Zaquan ada lawatan ke Bomba KL.
excited je dia bila diberitahu nanti abg ada lawatan ke KL
tp kena bgn awal tau sbb 7.30pg dh kena sampai school sbb nak naik bus..


Dapat hamper sbb join pertandingan mewarna cikgu kata
Alhamdullillah w/pun dia x suka sgt pun mewarna tp dia suka join aktivti² yg dianjurkan..
dah 2 kali Zaquan bawa blk hamper sbb join pertandingan mewarna anjuran bomba ni


Bersama kawan²


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, January 6, 2014

2014 : Abang Dan Adik Kekal di Tadika n Taska Generasiku

As Salam,

Untuk tahun 2014 ni anak² Mama, Khair Zaquan dan Khair Ziqry kekal bersekolah di Tadika dan Taska Generasiku w/pun yuran dah naik..huhu, tahun ni Abg dah 6 tahun, Adik pulak 3 tahun. Cepatnya masa berlalu..besar dah hero²ku..:), belajar rajin² ye Abg n Adik, Abg kena lebih rajin la sbb tahun depan dah nak masuk darjah 1..opss..baru permulaan tahun baru dh fikir tahun depan..hehe..

Pada 1 Jan 2014 (Rabu) yg lepas, kami menghadiri taklimat untuk Ibu Bapa, seperti biasa setiap tahun pihak Generasiku akan adakan taklimat utk Ibu Bapa serba sedikit ttg Pengurusan Generasiku dimana Pihak Pengurusan turut menjemput wakil dari JKM dan Kementerian Kesihatan untuk memberikan taklimat. Memandangkan ini merupakan pengalaman kedua buat kami, xdela kami beriye sgt, sbb rasanye talk nya sama je mcm thn sebelum ni, majlisnya mula dari jam 9.00pg - 12.00tgh, tp kami dtg untuk register, amik fail utk Jadual dan Hari cuti sekolah n dengar taklimat dalam  1 jam je..pastu g breakfast kat Food Court (Teja)  depan school Zaquan ni..lepas tu paham² je la..^_~..

Tahun ni Abg kelas 6 Inovatif, Adik pulak 3 Bestari, Kesian Abg kawan² ramai yg masuk Pra Sekolah, kawan² lama yg ada pulak x satu kelas dengan dia, dia masuk kelas yg ramai bdk baru.., bila tanya "siapa yg satu kelas dgn Abg"?, dia bgtau kawan lama yg satu kelas dgn dia cuma Fadli je.., tp Abg tetap cool sbb dapat kawan baru.., disebabkan Abg cool sgt g tadika, Mama sampai terlupa nak hantar dia pada hari pertama kelas 2014 bermula (2 Jan 2013) sbb kebiasaannya Mr Papa yg akan hantar depan pintu tadika, aduihaii apa la Mama ni kan, tp Mr. Papa kata Zaquan ok mcm biasa je dia g tadika.

Adik Ziqry plk masa mula pindah rumah (sebelah je pun) dr taska 2 thn ke taska 3 tahun (seminggu sblm thn baru) nangis xmo pindah rumah sebelah, tp Cikgu dia kata xpe bg je dia masuk taska yg biasa dia duduk dulu nnti mesti dia terkejut sbb kawan² dia semua dh pindah sebelah, yup petangnya kami amik tgk dia cool je duk rumah/taska baru. Cuma sedey la berpisah dgn Cikgu Adik yg rajin melayan adik, tukar rumah maknanya cikgu pun bertukar.

Apepun Alhamdullillah yang penting Abg n Adik rasa seronok nak g tadika n taska.


Pic Tahun Baru..1 Jan 2014 @ Taklimat Ibu Bapa Daripada Pengurusan Generasiku



Hahaha..Abg posing nakal, Tahun ni Adik dh ada jadual kelas la..dah mula belajar Iqra dan sembahyang, camner la Adik dh mula belajar ni sbb Adik cakap pun pelat lagi..


Dalam memori..Pic kelas Abg (5 Produktif) Tahun 2013.


Cikgu siap bagi gambar bersekali dgn frame, so frame ni terletak kemas atas almari :)


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, November 26, 2013

Majlis Graduasi Dan Aprisiasi di Tadika Abg Khair Zaquan| Terujanya Dia Nak Berkonsert!

As Salam,

Walaupun n3 holiday Jakarta Bandung yg tergendala tu dh ada dalam deraf (gambar je yg masuk dlm deraf, ceritanya belum lg..huhuk..) Jadinya hari ni Mama teruja nak berkongsi n3 Majlis hari Graduasi dan Aprisiasi di Tadika Generasiku iaitu tadika tempat my son duduk n belajar. Majlisnya telah berlangsung pada 2 minggu lepas (Sabtu, 9 Nov 2013 di Dewan Melati, Perbadanan Putrajaya). Akceli my son Khair Zaquan bkn graduate pun sbb hari graduasi utk kanak2 berumur 6 tahun, Zaquan baru berusia 5 tahun, dia hanya terlibat dgn persembahan..konsert katanya. Teruja sbb al maklumlah 1st time anak buat persembahan, tahun pertama anak² duduk tadika dan taska, sblm ni masing² membesar di bawah jagaan Atok n Nenek dia.

Majlis sepatutnya bermula jam 9.30pagi hingga 1.00tgh. Cikgu Kelas Khair Zaquan siap Whatapp Mama bgtau kalau boleh minta dtg sebelum kul 9.30pg n breakfast siap² supaya senang anak² nak ready buat persembahan nanti.  Kami sampai ngam2 pukul 9.30pg, nasib majlisnya belum bermula pun, lama jgk baru start..kul 10.00 lebih baru mula..biasalah menunggu semua tetamu hadir n yg penting tunggu kedatangan VIP la kan..

Sampai² kami terus hantar Zaquan di belakang pentas dan kami pulak setia menunggu Abg membuat persembahannya, yg lawaknya kami ni main terjah je duduk kat depan², rupanya seat yg depan² tu untuk parents n anak²nya yg cemerlang amik sijil. Urusetia n Cikgu2 dh bz, itupun sib baik UmmiAqeef tegur Mama n kami berbual skjp n dia bgtau tempat duduk dia mmg dh ada nama sbb Aqeef dapat anugerah. Tahniah ye Aqeef, Khair Zaquan xde dpt anugerah pun, tp kami tetap berbangga n sokong Abg sbb ye la thn pertama masuk tadika xde la expect kami tinggi sgt, Keputusan akhir tahun Abg pun dh dapat n maintain..Matematik dapat 100% (A), Bahasa Arab n Jawi pun dapat A cuma tu la dia lemah membaca n Bahasa Melayu..keputusannya failed..skrg ni kena byk tumpukan kepada proses pembacaan la..

Kami OTW nak ke Majlis Graduasi Dan Aprisiasi di Tadika Generasiku..
Kemain lagi abg senyum simpul.., 
kalau kawan2 nak tau abg langsung x bercerita yang dia kana buat persembahan, kami ni beriye tanye abg wat persembahan apa nanti? abg berlakon ke?..Jawapan abg..ntah x tau..sabar je la Mama n Papa mendengarnya. Di rumah mmg x tunjuk langsung dianye skill n practice for concert..
Sekali je abg pernah  minta kebenaran boleh x abg pergi concert sekolah nanti (itupun sebulan sblm concert, adalah sikit dia cerita kena jd itu la, jd inilah.., tp x cerita pun dia akan menari sbnrnya pd waktu hari concert nanti


Menunggu Majlis bermula..
agak kelam kabut sikit, dgn Pengacara Majlisnya ckp berterabur n plg x besh skrin besar ada, video camera ada tp tayangan video kanak2 buat persembahan x link langsung dgn skrin besar yg disediakn..


Kami ni dah la duduk belakang sekali sbnrnya, sbb bila dh tau yg seat depan² tu dh ada nama, menggagau kami cari tempat lain, belakang pun belakang la janji ada tempat duduk. Setia menunggu persembahan daripada abg khair zaquan, Adik x  buat persembahan..kita tgk abg je la ye..



Yeay..tiba giliran abg dan kawan² buat persembahan..
Persembahan Tarian Gadis dan Bunga..
comey² nye semua..


Tahniah abg n kawan²..persembahan besh sgt..:)
abg enjoy sgt menari, kami yg menonton pun enjoy,
so surprise kemain ligat lagi dia menari atas pentas..
kemain lg lenggok dia
Mama sempat rakam video persembahan ni, tp try utk upload dkt blog ni x berjaya pulak..huhu.


sempat jgk berbual dgn kwn blogger (eima) n hantar video persembahan tarian gadis dan bunga ni (fahim pun menari sama) ni pd dia, tp tula selalu x berkesempatan nak berbual lama sbb biasala Mama kena main kejar² dgn anak², diorang ni lasak, tgk anak² eima kemain elok lg nak duduk diam ngan mak ayah dia..

Dah selesai persembahan..
bersama geng2 sekelas n geng menari..hehe


Bersama kawan sekelas Aqeef Irfan(anak ummiaqeef)



Bersama kawan sekelas..Iskandar..


Abg bersama kawan sekelas gegirl dia..(Iza Zara, Raja dan Tasnif)
kemain lg anak mama ni rupanye..hero pujaan ramai rupanye..



Ok abg pun dah selesai persembahan n semua persembahan pun dh tamat, nak menunggu waktu makan, anak² dah gelisah sibuk nak beli mainan..sudahnya kami x tunggu pun waktu makan, makanan mmg ada disediakan, kami makan di Alamanda je..hehe..

Bye..adik nak g jenjalan di Alamanda pulak.., 
hope tahun depan Adik berpeluang buat persembahan..

Sekian, terima kasih.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, October 7, 2013

Yuran Taska/Tadika Anak² Naik Lagi Tahun Depan!

As Salam,

Bulan Oktober ni Taska/Tadika tempat Khair Zaquan n Khair Ziqry dah open untuk registeration for next year. Ikutkan kami mmg planning nak kekalkan je anak² di Taska/Tadika yang sekarang ni mereka belajar iaitu di Generasiku. Ermmm..tp nampaknya tahun depan kos untuk taska/tadika anak² meningkat, yuran bulanan taska/tadika dh naik, boleh tahan byk jgk tu naiknya. So now tgh berkira² nak hntar Generasiku or cari taska/tadika lain yg murah sikit. Tapi kalau ikutkan survey taska/tadika area Putrajaya ni mmg standart harga dia sama je mahal dia. Bukan la nak berkira sgt education anak², semua Ibu Bapa pun nak kan yg terbaik buat anak²,  tp kena la fikirkan kos ikut kemampuan kita jgk, kalau kos/yuran naik sampai melampau² tu parah jgk kita dibuatnya.

Ermmm...tp setelah berbincang dgn Mr. Papa, akhirnya nak x nak kena terima kos taska/tadika anak² yg mmg akan naik setiap tahun, (thn lepas masa nak tanye ttg yuran taska/tadika dkt generasiku ni mmg dia ada mention yuran taska/tadika berubah setiap thn..) sbb Mr. Papa tetap stick dgn keputusan nak hantar anak dekat dgn tempat kerja. Terasa yurannya naik mendadak sbb ikutkan tahun ni Mama bayar RM570 utk 2 orang, tahun depan naik kepada RM740 utk 2 orang. kenaikan sbyk RM170..kenaikan tahunan gaji Mama pun x sebanyak tu..:p.

Yuran Untuk tadika Khair Zaquan..Naik RM90, dari RM300 ke RM390 sebulan.

Ini plk Yuran utk Khair Ziqry..naik RM80, dari RM270 kepada RM350.

Hujung bulan ni kena settlekan RM 930 (Khair Zaquan) + RM 850 (Khair Ziqry) = RM1780 utk registeration. Bakinya RM767 (Khair Zaquan) +  RM445 (khair Ziqry) = 1212 kena settlekan hujung tahun. Fuhhh..keseluruhan kos taska/tadika utk anak² pd tahun hadapan = 2992. 

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, October 4, 2013

Owh..Ini lah Dia Mukhriz |Kawan Baik dan Kawan Gaduh Zaquan Di Tadika | Ada Kawan Blogger Menyapa Kita la..:))

As Salam,

Stop skjp n3 holiday, ni nak citer pasal kawan Khair Zaquan di school tadika dia (dekat sekolah teacher n kawan² panggil Khair, kami panggil Zaquan), so Mama pun kena la biasa² kan panggil dia Khair Zaquan, lawak plk bila diingatkan blk bila tau siapa sbnrnya Mukhriz ni. Kalau nak tahu dalam ramai² kawan dia yg satu tadika, Mukhriz ni slh seorang yang dia selalu citer..sbbnya Muhkriz ni kawan gaduh dia, tp gaduhnya skjp, pastu baik balik, cikgu dia pernah kata..masing² x beralah n saling ikut mengikuti, apa yg kawan ni bawa, Khair Zaquan pun sama akan ikut nak bawa n bila apa yg Khair Zaquan bawa, si Mukhriz ni pun sama akan bawa, tp dlm masa yg sama dialah kawan gaduh  n dialah kawan baik. Mama mmg teringin sgt nak jumpe n kenal siapa Mukhriz ni sbb dahi Khair Zaquan pernah benjol disebabkan dia. Mama dok bayangkan Mukhriz ni mesti badan besar, sekali jumpe rupanya kecik kurus mcm Khair Zaquan jgk.

Akhirnya kenal jg kami dgn Mukhriz ni, beriye ckp lawak ape yg lawaknye? rasa lawak sbb rupanye Mukhriz anak opismate Mr. Papa, apa da..anak opismate pun x kenal. Mcm mane leh berjumpa plk? Alkisahnya khamis lepas ( keesokannya slps Mr. Papa balik dari kursus di JB), petang khamis tu balik dari kerja Mr. Papa bawa kami teman dia training bowling (dgn team opismate dia) di Alamanda. Time Mr. Papa main dgn kawan² dia, Zaquan n Ziqry sibuk nak main di tempat games berhadapan ARL Bowl ni, so Mama la yg kena bawa anak² main, tgh² mama lepak tgk anak² main, Khair Zaquan dtg " Mama, Abg jumpa kawan sekolah Abg, Abg jumpe Mukhriz". Mama plk yg teruja "owh..ye ke, mana?, Mama mmg teringin nak kenal dgn kawan abg ni". Zaquan pun tunjuk..dalam hati mama cuma ckp..'owh ok'.

Pastu dh settle main, diorang terus masuk kat tempat bowling tu n lepak dkt lane Mr. Papa main bowling, sekali dgn si Mukhriz ni pun lepak sama. Tertanya² la Mama, terus time tu jgk tanya Mr. Papa " Papa, Mukhriz ni anak kawan opismate Papa ke?, td Zaquan kenalkan itu Mukhriz. Papa terus bgtau Mukhriz tu anak Wan (opismate). Kebetulan kawan Mr. Papa dgr, terus dia menyampuk..tau diaorang ni satu sekolah n kawan gaduh..hahahaha..sabar je la.

Otw balik dlm kereta Mama tanye Papa mmg tau ke Mukhriz anak Wan tu yg selalu Zaquan cerita. Papa kata dia tau la Mukhriz tu anak Wan tp x tau plk anak Wan tu yg Zaquan selalu cerita...hahaha..moral of the story..kenal²la/amik tau jgk la anak² opismate kan, kalau dh kerja putrajaya tu kan, pusing² jumpa anak kawan² jgk yg 1 school. 

minggu lepas jgk ada blogger friend (ummiaqeef) yg tegur Mama masa amik Khair Zaquan dkt sekolah dia, tp dia dh lama x aktif berblog, itu yg Mama x berapa nak cam (sorry ek), so surprise bila ada yg kenal Mama, padahal Mama pun sama blogger yg x aktif pun.. huhu. Rupanya anak dia pun 1 kelas dgn Khair Zaquan, sempat la kami berbual skjp n ummiaqeef ada cerita yang anak dia (Aqeef Irfan) selalu cerita ttg Khair...(amboih abg Khair Zaquan ni mesti nakal sbb tu ramai kawan² dok cerita pasal dia je..) bila dia bg tau dia Ummi Aqeef Irfan, owhh baru teringat Khair Zaquan pun sama selalu gak sebut nama Aqeef Irfan.


Ini dia Mukhriz..Kawan gaduh n kawan baik Zaquan..
Ini time baik la ni..boleh sama2 berkongsi main games..




yang ini plk Aqeef Irfan (cilok pic dr FB UmmiAqeef dgn kebenaran..hehe)
time jumpe ari tu x sempat nak bergambar²..


Khair Zaquan berkenan betul dgn kek Ninja Go ni, baru2 ni Adib Fahim (anak blogger eima) sambut besday dkt school pun dia cakap "Mama td Adib Fahim punye besday cake Ninja Go kaler merah, nanti Abg pun nak buat dkt school kek Ninja Go jgk.."

  
Mula² bljr dulu Khair Zaquan mmg x kenal sgt kawan² tadika dia, tp kawan² tadika selalu tegur dia (org kenal dia, tp dia x kenal org..huhu) tp skrg kalau tanye siapa kawan² dia..semua nama kawan² satu tadika dia, dia kenal n boleh sebut satu persatu..:)
buktinya bila Mama tunjuk gambar kawan school dia ni (pic dr fb ummiaqeef)
satu² dia sebut:- Barisan hadapan dari kanan - Aqil Q, Mior Adam, Bday Boy - Aqeef Irfan, Irfan Rafizi, Ahmad Mujidi dan Haidar, Barisan Belakang dari kanan :- Iskandar, Ammar Rafail, Fadli, Thaqif dan Arif.

So dapat la kami kenal antara kawan² school yg dia selalu bercerita..


Khair Zaquan tgk pic ni dia ckp 'knape abg xde, agaknye abg bercuti kot..'.hahaha dia pun sedar yg dia byk bercuti..ye lah 2 minggu lepas raya asik bercuti je..dari Jakarta Bandung ke Genting Highland - Johor - Melaka , lepas raya haji ni nak cuti lagi tu ikut Atok n Nenek ke Vietnam plk..(adoiyai...n3 holiday x bergerak² ni..)

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, August 30, 2013

Sempat Jugak Buat !

As Salam,

Lambat update blog hari ni, mood masih lg mood bercuti, org baru balik bercuti kan..citer pasal cuti dgn kawan² x abis lg..hehe, bkn sibuk wat keje, sibuk bercerita..huhu. Lagi pun selalunya kalau hari Jumaat rasa mcm cepat je masa berlalu... Kebetulan tengahari tadi Mama pun ada Jamuan Raya utk Peringkat Jabatan..kul 11.00pg dh kuar opis terus bersambung dgn waktu rehat yg lama..tau² la ni dh nak balik.

Oh ye hari ni bkn Jbtn Mama je ada Jamuan Raya, Tadika & Taska Zaquan n Ziqry pun ada Jamuan Hari Raya, semalam baru dapat surat pemberitahuan ttg jamuan raya ni n mcm biasa diminta sedikit sumbangan berupa potluck..Aduihai ptg semalam baru tau, x tau nak bawa ape..tp x sedap hati plk kalau Zaquan n Ziqry g school dgn tgn kosong je. Nasib ada spare agar2 dkt rumah, terdesak mcm ni buat agar2 paling senang. Alhamdullillah adalah makanan yg nak dibawa oleh Zaquan n Ziqry utk Jamuan Raya hari ni..

Agar2 Milo Laici (Laici nya dh tenggelam..)
Dapat 3 bekas..(1 utk Zaquan, 1 utk Ziqry dan 1 untuk Mama bawa di opis)


Mama pernah up resepi Agar2 Milo Laici Disini


OTW nak g school pagi tadi..
Abg & Adik berbaju raya..


Sempat suruh Abg bg 1 pose Pagi td (sorry Mama lupa pakaikan Abg sampin)


Time hantar Zaquan g Tadika dia td meriah tgk semua kawan2 dia berbaju raya..


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, July 4, 2013

Sports Day @ Tadika / Taska Zaquan n Ziqry

As Salam,

Ini story 3 minggu yang lepas, Sports Day @ Tadika/Taska Zaquan n Ziqry ( Generasiku Educare) yang diadakan pada 15 Jun 2013 (Sabtu) di Padang Presint 9. Semangat Zaquan nak pergi bersukan setelah bercuti sekolah 3 minggu..hehe, Iyelah 2 minggu cuti persekolahan dia duk umah Atok n Nenek, lepas tu sambung cuti ke Langkawi plk, sampaikan Cikgu dia wassup tanye khabar 'Ada pape ke yg berlaku pada Zaquan sbb 3 minggu x dtg sekolah n nak confirmkan Zaquan joint ke x Sport Day nnti'. 

Alhamdulillah dapat jgk Zaquan n Ziqry joint sukan yang diadakan w/pun Mr. Papa xde bersama untuk sama² bagi semangat utk anak² bersukan sbb Mr. Papa pd hari berkenaan ada  Kawat Kadet Bomba (Kokorikulum), kalau x pergi tolak markah plk. Mama plk kalau x bawa anak² bersukan kesian plk dkt diorang time ni la diorang nak happy² bersukan, nak kenal ape tu erti bersukan kan, lgpun dah bayar RM50 (RM25 sorang)..rugi la kalau x pergi..

Biasalah kan kalau kita sorang je nak handle anak² kelam kabut jgk dibuatnye, Mama ni nekad je bawa sendiri anak² w/pun dlm hati risau jgk 'mcm mane la nak control anak² kat padang ni nanti?' , ' mcm mane la nak parking kereta nanti?'...tp alhamdullillah semuanya under control sbb bila sampai, Zaquan cikgu dia yg jaga, Mama cuma kena control Adik Ziqry je la. Parking kereta plk terpaksa la parking jauh sbb dah dtg lewat tp sib baik dapat parking tempat senang..

sepatutnya awal pagi dah kena ada di Padang, tp itulah melayan kerenah anak² w/pun awal pagi dah bangun tp mcm² yg diorang nak, dah singgah makan nak singgah kedai plk ditambah dgn Ziqry menangis nak ikut Papanya naik motor, sudahnya kul 9.30pg baru kami sampai, sampaikan Zaquan terlepas nak joint perbarisan. Time kami sampai ni majlis sedang dirasmikan oleh Isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan.

Sblm Acara sukan bermula dan Zaquan beratur dalam barisan kelas dia, sempat lg minta dia posing² dulu..hihi

Kebetulan plk nak dekat hari sukan Zaquan dpt hadiah kasut sukan dari Abg Jamal (dah mcm anak angkat FIL & MIL dah). Terima kasih Abg Jamal, Zaquan mmg nak sgt kasut sukan ni, sbb masa dia ikut Atok n Neneknya ke JPO atoknya ada kata nak beli kan kasut sukan n dia dah minat sgt dgn kasut sukan puma ni boleh dikatakan setiap kali keluar kalau dia nampk kedai kasut mesti dia ckp dgn kami 'Abg nak beli kasut sukan/kasut bola', x sangka Abg Jamal plk yg belikan di Vietnam.., Adik Ziqry pakai kasut raya Abgnye masa thn 2011, kasut spiderman Adik thn lepas dah sempit.


Abg sporting bergambar tp adik lebih tertarik dgn belon


Majlis dirasmikan oleh Isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan.


Kawan² Tadika Zaquan dah siap berbaris 
Dah selesai Berikrar dan menyanyi


Zaquan kelas 5 Produktiviti


Abg Zaquan sampai lewat sikit, x sempat sertai perbarisan dan nanyi bersama kawan², tp masih sempat lagi masuk baris n slps selesai upacara perasmian, semua murid² di bawah kawal selia Cikgu².


Acara sukan dimulakan dgn acara untuk kanak² usia dibawah 1 tahun terlebih dahulu, diikuti 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 Tahun. Jadinya lama jgk la nak menunggu giliran Abg Zaquan main sukan. Diorang main 1 acara sukan je pun sbnrnya.

Acara sukan untuk kanak² 2 tahun. 
Cari Gula- Gula dalam Mainan

Jom kita tengok Adik Ziqry amik gula² atau amik mainan..

Mestilah amik gula², w/pun pada mulanya dia ala² blur amik gula² igt utk makan..tp kita guide la dia suruh masukkan dalam bekas..


see..ada gaya la Adik cepat² nak masukkan gula² dlm bekas



Ok la Adik Ziqry dapat No. 2
pic bersama Pn. Husna (owner tadika Generasi Educare).


Giliran Abg Zaquan plk. Zaquan main acara Bawa Getah Dengan Straw


Yeay..nampaknye Abg Zaquan pun dapat No. 2


Abg pun nak bergambar dengan Pn. Husna


Tahniah ye abg, x dapat juara pun Mama tetap bangga dengan Abg, nampak semangat kesukanan Abg tu, steady je Mama tgk Abg lari bawa getah dgn straw tu



Apalah Adik ni, Adik pun kan sama dapat no. 2 macam Abg, jgn la amik Abg punyer


Dua² dapat no. 2 , Hadiahnya Medal dan Botol Air. Senang hadiah sama xde lah gaduh²


Sukan selesai dalam kul 12.30tgh siap disediakan dgn makan tengahari. lepas makan Mama bawa anak² g umah sepupu wiwin dia, so melepak la kami sampai ke petang di rumah Adik Mama ni, Ziqry otw nak ke rumah Mak Yang dia tido skjp, tp Abg Zaquan, igtkan dia letih tp x tido lgsung, beriye main dgn wiwin ni.


skjp je lenanya Adik Ziqry, bangun terus tunjuk skill main iPad pd wiwin


Akhirnya masing² lena OTW nak balik ke rumah, Mr. Papa sampai rumah pun anak² dah ketiduran dgn lenanya. 



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails