Showing posts with label Raya 2012. Show all posts
Showing posts with label Raya 2012. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Raya 2012| Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Office 2012!

Salam 26 Syawal,

Cepatnye masa berlalu lagi 4 hari shj syawal bakal berakhir. X sudah² Mama story ttg Raya 2012 kan, akceli xde la byk mana pun story Raya 2012 ni, tp sbb Mama jenis lambat up story...dh 2-3 hari berlalu pnyer citer baru nak up..huhu..

Nak story ttg Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 di pejabat Mama. Sambutan Raya Aidilfitri Peringkat Jabatan telah pun diadakan pada 7 Sept 2012@20 Syawal, x dpt joint sbb Cuti Rehat.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Bahagian Pejabat Mama diadakan pada 10 Sept 2012@23 Syawal. Kali ni Mama bkn urusetia, so mmg rilex la..x mcm Sambutan Hari Raya Aidilfitri Office 2011..Bznya unit kami terlibat dlm urusan hidangan menu.., kali ni siyes kami dtg makan jerk..hahaha...

Ini senarai menu hidangan utk Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012


Antara Pic Makanan yg sempat disnap via notes jerk..(sejak dh guna smartphone ni mmg dh x usung kamera dah..)


Menu pertama Mama terjah, pencuci mulut Pulut Durian (2 pinggan Mama mkn..huhu) , siyes Mama rasa sedap sgt..rasa dia creamy gitew, bila risik resepi dia campur santan + susu ideal. Kali ni Mama rasa Mama mkn x byk w/pun menu sbnrnya mcm2 pilihan..sbb byk pilihan sgt kot sampai x termakan. Biasalah lepas mkn pencuci mulut terjah menu feberet western food, lepas tu baru mkn nasi, lepas tu x larat dh nak mkn menu2 yg lain..


Raya tahun ni geng opis byk yg x dpt joint, 1 team g Audit n ramai yg berkursus..So mmg terasa sgt kurang orang tp Majlis tetap diteruskan dan Alhamdullillah berjalan dgn lancar. Mereka yg berkursus di IPN siap ditapau makanan lg dan dihantar kesana.

Wif geng Officemate



Yang sadisnya keesokkannya selepas majlis ni, ramai yg diserang cerry berry, x dpt dikenalpasti pulak apakah menu yg buat ramai diserang sakit perut sampai ada yg MC, Mama terkena gak tp xdelah teruk sgt...huhu..., mcm2 spekulasi ada, tp xde lah kami perbesarkan sgt pun iyelah ada jgk yg mkn semua menu yg ada tp sihat walafiat x terkena lgsung sakit perut. Yang penting dh selesai pun majlisnya n majlisnya pun berjalan dgn lancar...

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, September 12, 2012

Raya 2012| Open House 2012 Family In Law!

As Salam,

Alhamdullillah Open House family in law (FIL) Mama yg diadakan pada 8 Sept 2012@21 Syawal 1433H telah pun berjalan dengan lancar. Adik Ipar Mama@Cute MuM dh pun up N3 Open House & Jumpa Kawan Blogger semasa Open House, Mama baru nak up N3 versi Mama..Hahaha..selalu jerk lewat updates kan..So Mama xmo citer panjang² sbb mcm biasa selalunya open house FIL Mama mmg meriah dgn tetamu yg dtg silih berganti & menu dimasak sendiri (ada biz catering sendiri~Puncak Sakti Catering~, sedia menerima tempahan) 

Tahun ni 1st time Adik Ipar Mama yg bongsu request tolong masakkan Makaroni Bakar sbg slh satu hidangan n 1st time jgk Mama buat utk bg tetamu yg ramai rasa, dalam hati ni risau gak selalu masak utk tekak sendiri, suami & anak2 jerk, ni nak bg org lain rasa masakan kita, Alhamdullillah menjadi dan habis..maknanya ok ler tu kan, siap ada yg bertanya resepi n tanya Mama terima tempahan ke x..? Mama x amik tempahan pun ye, credit to Mama Tun Nur Safiya, Mama byk belajar masak dr dia sbnrnya..:)

Niat dihati mmg nak sampai rumah FIL awal + mmg MIL dah pesan minta dtg awal utk tolong apa² yg patut, tp ada jerk halangan nak sampai awal padahal Mama bangun awal jerk, sesudah suboh dah start operasi memasak Makaroni Bakar, dapat 4 bekas, 2 bekas siap dibakar, 2 bekas lg siap dh sos makaroninya tinggal nak bakar di rumah FIL jerk. Tapi gitu gini, gitu gini selesai masak, tugas nak memandikan anak² Mama jgk yg nak kena selesaikan, masalahnya nak ngejutkan Papa bangun pagi, Anak² mmg jenis bangun awal pagi semuanya, Zaquan siap terlepas main dgn kawan jiran sebelah sikit pnyer payah nak suruh mandi pagi sbb nak main pnyer pasal siap kena libas dgn Papa dia pagi tu baru dia nak mandi..huhu..cian pun ada bila tgk dia asik kena marah n rotan jerk tp tulah sejak dh pandai berkawan ni makin xmo dgr kata pulak..

Sudahnya pukul 10.30 pagi baru nak bertolak dari rumah, pagi tu Papa bawa Zaquan n Ziqry naik moto sbb nak pulangkan Moto Atok, Moto 125 Papa ada di bengkel, Mama pulak drive kereta. Akceli pagi tu dah start hujan renyai2, tp Papa redah gak bawa anak² naik motor lgpun diorang merengek nak naik motor xmo naik kereta.

candid pic mereka naik moto pagi tu..cepat2 hujan sudah turun, Papa x pakai helmet sbb ada jalan shortcut dr rumah kami ke rumah Atok n Nenek Zaquan n Ziqry (sebelah taman jerk kami ni..)


Adik Ziqry dh selamat tukar baju sbb baju adik basah kena air hujan,
x lama lepas sampai rumah Atok n Nenek, Ziqry syok layan tido cuaca pun mendung gitew..
Lama tau Ziqry tido sampai pukul 2ptg baru dia sedar..

Zaquan pulak sampai2 isi perut dulu..pekena nasi briyani ..sedap nasi briyani Atok n Nenek ni tau..
Zaquan makan sampai 3 kali tp dia suka lauk ayam jerk la..


Menu Hidangan yang dah tersusun cantik..Macam2 Ado..
Menu Utama:- Nasi Briyani lauk Ayam Masak Hitam, Rendang Daging, Dalca, Sayur Acar disamping menu pilihan lain Laksa, Soto, Lemang & Nasi Impit, Special Rendang Ayam masak sekali dgn pucuk ubi, x ketinggalan menu Makaroni Bakar sweetmama la..hihi..Pencuci mulut ada Buah Oren, Dadih, Tapai & Agar2. 


Close up sikit antara menu yg dihidangkan..


Adik Ziqry baru bangun tido time ni, bangun² tido Mama terus bawa lepak kat luar dalam khemah makan jumpa baby, Ini baby kawan bloggers mamafarah4@K.Norr, x sempat pulak nak bergambar dengan k.norr & family, sempat bergambar dgn baby dia yg last ni jerk..hihi..Anak² K.Norr ni 5 orang perempuan semuanya n ada sepasang kembar mmg comel² kesemuanya.


2nd time sebenarnya bertentang mata dgn k.norr ni, tp ini 1st time la dpt betul2 berbual w/pun x sempat sgt nak berbual panjang n lebih mengenali k.norr ni sbbnya  time ni bila tgk hasil tangkapan pic Mama n baby k.norr, perasan tudung mama senget terus masuk dlm rumah betulkan tudung, lepas tu bila keluar semula schoolmate@kawan blogger Fazilzura pulak dh sampai. So dok melepak dgn Zura pulak.., tp sebelum tu sempat dah berbual dgn k.norr ni cuma x sempat untuk berbual lebih panjang lg kan, xpelah lepas ni insyaallah ada masa kita boleh berjumpa lagi sbb k.norr ni duk Bandar Baru Bangi jugak.  

Pertama kali jumpa dgn K.Norr ni masa tu k.norr dtg rumah MIL amik biskut raya n k.norr yg tegur ni sweetmama ye?, masa tu siyes blur² jerk bila ada org kenal kita, tp mmg budget msti kawan blogger Cute MuM, time tu tersenyum jerk la xde pun mama borak² sbb Mama time tu x friend lg dgn k.norr..hihi, sorry k.norr..lepas ni kalau jumpa kita bertegur sapa ye.. (k.norr pun dh up N3 kami berjumpa disini)

Wif Fazilzura & Cute MuM. 
Tq Zura dtg gak w/pun tgh menunggu hari..Zura dh sampai rumah MIL Mama, rumah Mama jerk dia x sempat sampai, hari tu masa bulan puasa amik biskut raya dh janji nak jumpa di rumah Mama, tp x kesampaian sbb bila Zura dah sampai area taman perumahan Mama, Mama baru nak OTW  dr rumah MIL amik biskit raya yg Zura order..sudahnya kami jumpa depan Impian Maju jerk..hehe..



Jadi blogger ni besh bila dapat merapatkan jalinan persahabatan, dulu masa sekolah kami xdelah rapat pun, jadi kawan blogger ni pulak yg merapatkan persahabatan kami, sekarang ni berkawan dh x kira umur dan status kan, kawan² Adik Ipar pun boleh jadi kawan kita, kawan kita pun pun boleh jadi kawan Adik Ipar..sama² berkawan bertukar² pendapat dan saling sokong menyokong ..^_^..

Petang sikit Jue a.k.a Ibu 2F pulak sampai, 1st time Mama dapat berjumpa & bersembang dgn Jue ni, Dalam kata malu² nak jumpa tp bila dah mula berborak tu ok jerk kan..peramah, asben Jue pun jenis peramah orgnya, Farisyah pun peramah n suka melayan Adik Ziqry, lepas ni kalau terjumpa di mana²..tegur la ye,lg² pulak kami ni kerje area Putrajaya jgk..



Seronok bila dapat berjumpa kawan² blogger tau dapat tambah kenalan :)

Lewat petang Family Mama pun sampai, Wiwin pun sampai jugak..n jadi perhatian skjp.. :)


Malam hari opismate Mama sampai, Tq sudi jgk dtg..diorg ni risau jerk nak dtg sbb bkn open house rumah Mama, tp rumah MIL, tp mcm Mama explain la FIL buat open house ni mmg utk 1 family anak beranak semua dia suruh jemput kawan² masing²..utk sama² berkongsi rezeki yg ada kan..rezeki jgn lah ditolak..hihi..

Opismate Hairani n Asben, Amboi Adik Ziqry siap nak ikut acik Hai balik sbb asben acik Hai elok layan n dukung dia..


Wif opismate shima@Mama Tun Nur Safiya.. ini lah opismate@Blogger Mama Tun Nur Safiya yg byk mengajar ttg ilmu masak memasak ni..:))


Alhamdullillah segalanya berjalan dgn lancar mlm tu siap tambah menu lain pulak, nasi putih dgn lauk gulai jering..mmg sedap. Siapa yg x mkn gulai jering tu ada Menu sampingan mee goreng.

Terima kasih kepada semua kawan² yg sudi datang beraya ye..:))

Pukul 11.00 mlm selesai sudah majlis open house FIL dan selesai urusan mengemas pukul 1.00 pagi, selepas selesai semuanya kami pun balik rumah kami, Adik dah puas tido tgh so pukul 1 pagi pun dia x lelap² mata lagi, Zaquan pukul 10.30 mlm tu tertido kepenatan seharian x tido lagsung..

Esoknya 9/9/12 @22 Syawal kami x kemana pun sbb Zaquan tetiba x sihat badan, sakit perut & muntah2..seharian tu dia muntah sampai kemalam, badan pun dh mula dedar² nak demam, Ziqry pun sama cirit birit tp sib baik x muntah², Ziqry cirit birit maybe sbb beralih bulan (Hari ni genap usia Ziqry 1 thn 4 bulan).

Nasib ada lebih air garam masa adik Ziqry kena cirit dulu n ubat demam mereka masa last demam bulan puasa aritu pun ada lagi, so ubat tulah kami bg anak² minum. Alhamdullillah hari Isnin dah pulih..risau gak kalau berlarutan x sihat cuma Adik Ziqry jerk la kalau beralih bulan kena cirit birit mesti sampai 3-4 hari..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, September 11, 2012

Raya 2012| Minggu Kedua Raya/Merdeka Raya!

As Salam,

Minggu kedua raya, Mama pernah story kan yg naik² keje jerk Mama kena g kursus dlm mood raya, selesai kursus malam tu kira malam merdeka..30 Ogos 2012 n cuti umum merdeka jatuh pada hari Jumaat dan bersambung la cuti sampai ke hari Ahad..so, mmg ramai la yg buat open house 3 hari tu kan..

Nasib baik kursus abis awal, so Mama sampai Putrajaya pun tengahari, disebabkan sampai awal, Mama minta Papa hantar Mama balik rumah terus, time ni x terus amik Zaquan n Ziqry w/pun sbnrnya dh rindu tahap gaban kat diorg, Papa kata kalau amik pun msti diorg tgh tido waktu tgh, so balik dari keje nanti kita g kuar makan mlm sama².

Malam tu lepas Papa balik keje, kami pun keluar g makan, Zaquan dh pandai minta makan Chicken Chop, Mama nak masak barang basah mmg xde lgsung dlm peti ais time tu, sbb dh tau nak kursus n tinggalkan rumah seminggu xde lah tinggalkan barang basah dlm peti ais + beli ari tu di Carrefour pun mmg utk masak² utk family dtg beraya umah jerk hari Ahad tu..hihi.

So mlm tu kami pekena chicken chop di Austin Steak House.., Kami keluar rumah awal gak lepas maghrib kol 8 tu dah gerak kesini, tp lepas selesai makan terus jerk balik rumah semula nak tunggu kol 12 mlm baru nak kuar rumah semula nak tgk bunga api 

Menu Papa & Adik Ziqry..
Suka betul adik mamam Spagetthi, kelakar la adik ni kalau bab makan..selera jerk..comel tgk gelagat adik tunggu Papa suap spagetthi dlm mulut dia..


Menu Mama & Abg Zaquan
Kali ni Mama malas nak try menu lain..Grill Chicken Chop sama menu mcm Abg Zaquan..

Comot dh adik, dh mamam spagetthi tetap nak ngecek Mama n Abgnye Chicken Chop..

Merdeka Raya (30-31 Ogos 2012 @12 -13 Syawal 1433H)

Kalau nak tau kisah merdeka raya kami sadis jerk sbbnya mlm merdeka tu, kami ni beriye² la kunun nak tgk bunga api kat luar rumah area Fasa 4 Tambahan sudahnya 4 beranak tido lena gitew..kul 2 pagi baru tersedar..hahaha, penangan chicken chop lepas makan, baring2 tgk tv..terus tertido, dlm kol 11.30 mlm Zaquan yg kejut kami nak kuar g minum, mmg Papa plan nak kuar pun mana tau ada bunga api kat luar kan, Mama pun mmg dh bersiap pakai suar jeans bagai tp iye la baru bgn tido lps bersiap tu boleh baring semula sementara tunggu Papa bersiap n panggil, sudahnya tertido itu yg sedar kol 2 pagi elok jerk semua lena tido..xde la sesi2 nak nengok bunga api mlm tu..

Keesokannya cuti merdeka 31 Ogos Mama ada jemputan ke majlis hari lahir anak kawan sekolah Mama, kebetulan dia buat petang lepas Jumaat n kami pun mmg xde planning nak kemana time tu, dapat la Mama hadir ke majlis anak kwn Mama tu di Cheras merangkap raya sekali la dirumah dia. Jumpa la jugak kawan sekolah yg lain, tp x amik gmbar pun..sbbnya sampai2 jerk rumah kawan tu Zaquan dh buat peel menangis2, Akceli dia x mo pegi sbb dia dh pandai berkawan dgn anak jiran sebelah rumah ni, dia pk nak main jerk smpai ajak kuar berjalan pun xmo..bertangguh2 suruh tunggu dia abis main dulu..

Dari Cheras kami terus plan nak beraya ke rumah Adik Ipar Mama @ Cute MuM, iyelah alang2 dh keluar dan tgh free ni kami redah jerk la w/pun masa kami OTW tu n call Adik Ipar bgtau kami nak dtg rumah, mereka xde di rumah, kami sanggup jerk tunggu beraya rumah mertua dia dulu sebelah rumah..hihi.., 

Bila kami beraya jerk rumah Cute MuM ni hero² Mama dah aim kereta x de bumbung sepupu dia, Eisya. Zaquan la paling x malu..mainan org bkn main lg dia main..nasib baik mood Eisya baik bg sepupu dia 2 org ni main. (Mama x amik gambar mereka bertiga yg srnok bermain sbb HP dua² Mama n Papa dah kehabisan bateri). Seronok tgk diorg main sbbnya kereta xde bumbung Eisya tu siap ada lagu² terkini lg, bila Ziqry dgr jerk lagu bkn main lg dia menari siap angguk² kepala n goyang² badan lagi.

Balik dari rumah Cute MuM kami terus lena dah sbb balik pun dah malam, esok nya Mama ada jemputan open house opismate pulak.

Open House (1 Sept 2012@14 Syawal 1433H)

1hb Sept Mama g open house opismate Mama pulak, time ni cuaca panas betul kan, So Papa plan lewat petang baru nak kuar rumah, so pagi n tgh tu kami lepak rumah jerk la, tunggu jgk kalau ada kawan2 yg sudi nak dtg beraya, tp xde la pulak. Petang tu kol 5 ptg baru gerak kuar nak beraya..Meriah sungguh open house opismate Mama ni sampai bertambah 4 ekor ayam dia kena goreng sbb tetamu ramai yg dtg. (Menu utama dia Nasi Ayam & Mee Bandung Muar).  Bz tuan rumah sampai Mama pun x sempat nak bergambar2 dgn dia.., sampai² rumah dia, Adik Ziqry dh lena tido dpt kena aircond lg la lena dia tido, Zaquan pulak dh dapat geng main. Lepas Maghrib baru kami gerak balik rumah kami...lepas tu terus singgah Econsave beli barang dapur/basah, mana tau esok ada tetamu nak dtg beraya kan..

Malamnya Adik Ipar Mama/Cute MuM pulak dtg beraya ke rumah kami, sorry la kami xde hidang menu special mlm tu..

Kuar Berjalan/Menunggu Kedatangan Tetamu (2 Sept 2012@15 Syawal 1433H)

Penangan beraya di rumah Adik Ipar@Cute MuM, Hero² kami especially Zaquan la dah pandai minta nak beli kereta xde bumbung macam Eisya, Ziqry w/pun kecik lg tp bila nmpk mainan token kereta bkn main lagi tunjuk nak main.

Hari Ahad tu mood Papa baik nak bawa kami keluar berjalan survey harga mainan kereta yg Zaquan nak + ekceli nak cari mainan kereta Tamiya. Papa bawa kami g Plaza Metro Kajang jerk, malas nak gerak jauh² mana tau ada tetamu nak dtg boleh cepat balik rumah.

Puas la round satu Metro Kajang n kedai² yg berhampiran Kajang cari tp x jumpe mainan yg dihajati. Tp xpelah at least puas dpt bawa Zaquan & Ziqry berjalan w/pun Zaquan x puas hati xdpt mainan yg dia nak tp kami kenalah explain..bgtau mainan yg dia nak tu jauh kat KL n mahal..hihi..(sampai skrg dok salak nak kereta xde bumbung tp kami buat xtau jerk sbb tgh berbelah bagi nak belikan ke x, sbb atok n nenek kata jgn ikutkan sgt kehendak dia tu..huhu)

Petangnya Mama dpt call dr Schollmate Mama bgtau nak dtg beraya, W/pun Mama masa tu ada diluar masih di Kajang, tp Mama berbesar hati nak terima kunjungan kawan², cepat² ajak Papa balik bgtau ada kawan nak dtg rumah lg pun kami kuar area Kajang jgk mmg xde masalah nak balik rumah cepat, siap dapat masak Kuey Tiaw Goreng utk tetamu lagi :), "terima kasih ye my friend sudi dtg rumah aku..:))". Bila tetamu dh sampai rumah kita segan pulak nak snap2 pic tetamu, itu yg xde gambar tu..hihi

Layan gambar hero Mama ni jerk la..

Zaquan ni mmg peminat kuey tiaw..
kalau Mama masak Kuey tiaw dia tersedar kol 2 pagi pun minta nak mkn kuey tiaw Mama..

Kereta idaman masing²..xdpt nak beli..bergambar jerk la @Plaza Metro Kajang


Wah Adik nak yg ini ke..hihi


Minggu Ketiga Syawal Giliran Family Mertua Mama pulak buat open house n Jamuan Raya Opis, hari ni sudah di penghujung syawal..masih byk lagi ke invitation ke open house yg kawan² terima..Mama ada jgk tp kena ikut jadual Papa free ke x minggu ni..huhu..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, September 10, 2012

Raya 2012| Giliran Adik Beradik Beraya Di Rumah Sweetmama Pulak!

As Salam,

Lewat updates n3 hari ni, hari ni ada jamuan raya opis..la ni baru sempat buka blog..hihi..sebelum nak up story jamuan raya opis, up dulu story awal raya yg x abis2 lg nak diceritakan ni..

Selesai sudah kami beraya di rumah Adik Beradik Mama, kini giliran Adik Beradik Mama pulak mengunjungi rumah Mama..w/pun terbalik, patutnya mestilah ziarah rumah kakak dulu, barulah kakak turun rumah Adik Beradik yg lain kan, tp zaman sekarang ni dh x berkira sgt pasal tu, sbb zaman skrg ni lebih kpd konsep masa kan, mama pun mmg x kisah sgt pun..janji dtg..hehe..

Setelah memikirkan menu apa yg nak dihidangkan, akhirnya Mama buat Nasi Impit, Rendang Daging, Makaroni Bakar & Ayam Ala² Kenny Rogers. 

Kalau nak tahu ini baru pertama kali Mama masak rendang sendiri tau, selalunya dulu tolong² Ummi masak jerk, nak buat sendiri dari A to Z tu xdelah sbb Mama rasa masak Rendang ni renyah, tp bila dah masak sendiri..ohh senang jerk masak rendang ni rupanya. Maybe masa kita kecik² dulu tolong Ummi masak, ummi masak byk sekali masak 2 kilo daging, pastu kerisik buat sendiri, Mama masak shortcut, santan pun guna santan kotak, kerisik beli yg dh siap jerk..masak pun 1/2 kilo daging jerk..45 minit dah siap rendang minang Mama ni..hihi..puas hati sbb Ummi kata pandai dah masak rendang.. :P

Menu Makaroni Bakar tu pulak atas request Adik² Mama sbb Mama dok tayang dlm FB hasil Mama buat Makaroni Bakar so diorg pun excited gak la nak rasa kan, Hahaha..skrg ni dh pandai dh wat Makaroni Bakar ni sbb senang jerk buatnye..cuma kosnya tinggi sikit ler..

Ini ler menunya Nasi impit & Rendang Daging serta Makaroni Bakar..


Close up sikit rupa rendang daging minang hasil tgn sendiri..


Ayam Ala² Kenny Rogers, ini mmg antara menu yg Mama rajin masak x kira waktu, sbb dgn adanya Pemanggang Vantage tu makin rajin pulak Mama masak menu ni..Nak up story pemanggang n ayam ala2 kenny rogers pun x terbuat²..huhu, penangannya sampai Ummi n Adik Mama pun dok nak order pemanggang vantage ni..

Time ni Mama masak Seekor Ayam, laku siap ditapau oleh Adik Mama..

Adik & Ummi yg dtg beraya rumah Mama, dah masak macam², baru Ummi bgtau yg Adik Lelaki Mama x dpt nak dtg, ada hal..ermm tp dh masak pun kan..nasib baik diorg tapau makanan yg Mama masak..^_^..

Kelakar la time ni sbnrnya, Ziqry bila tgk baby wiwin dok dlm baby seat ni, Ziqry pun sibuk nak duk dlm baby seat wiwin, terpaksa la Mama kuarkan baby seat Ziqry, tp baby seat Ziqry  x leh gerak/buai mcm wiwin nye..itu yg masa amik pic ni dia nangis..huhu

Sebelum tu elok jerk dia main dgn Wiwin, N3-N3 sebelum ni pun penuh dgn gambar Ziqry yg gemar melayan Wiwin, Zaquan time ni bz bermain ngan kawan2 sebelah rumah..sampai x igt nak balik rumah, dia masuk rumah pun sbb teringat nak makan Chicken Chop (Ayam Ala2 Kenny Rogers tu..)


Abis dah story minggu pertama raya 2012, masuk minggu kedua raya 2012 dah penuh dgn open house kan..sana sini org bz wat open house..Mama ada gak terima jemputan open house..tp sepanjang minggu kedua raya Mama x amik gambar lgsung sbb ada jerk halnye time nak amik gambar bateri abis ler + segan pulak nak bergambar kat rumah org, ni rumah sndiri n rumah adik beradik sendiri berani la bergambar..hihi..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, September 7, 2012

Cuti Rehat & Jemputan ke Open House

Salam 20 Syawal,

Hari ni Mama amik cuti rehat sebab menjaga Zaquan & Ziqry, MIL & FIL bz hari ni nak ke pasar borong untuk persiapan open house esok + kebetulan hari ni MIL ada appointment doktor di HUKM, My Mum pulak skrg ni dah mula menjaga twins..So skrg ni kalau MIL ada hal lain mmg kami kena amik cuti rehat la jaga anak. 

Mama mmg dh apply cuti awal bila MIL bgtau x free hari ni, sekali Papa bgau dia pun rasanya nak apply cuti rehat gak utk uruskan hal moto dia, Papa nak jual moto 125 dia, rasa syg pulak bila Papa kata nak jual Moto 125 dia tu..x tau la mcm mane jd ke x dia nak jual Moto 125 tu..lgpun Moto 125 tu dah 3 bulan x jalan, dh rosak so FIL kata kalau rosak n nak jual better betulkan dulu baru jual, mulanya Papa igt malas nak repair tolak jerk dkt siapa nak beli kos repair tanggung sndiri, tp FIL sedia nak tolong sama2 tarik moto tu ke bengkel hari ni, Itu yg sudahnya Papa pun cuti rehat gak hari ni.

Dah selesai urusan rumah baru berkesempatan nak on lappy n update n3 ringkas hari ni..

Dikesempatan ini Mama nak menjemput kawan2 semua ke majlis open house rumah Family  Mama Mertua Mama, Fil & MIL mmg bgtau n berbesar hati suruh menjemput kawan2 masing2 ke open house mereka nnti. Siap pesan 2-3 kali jemput tau kwn2 dtg rumah nnti, So ni Mama menyampaikan amanat dan  kami semua juga seikhlas hati menjemput kawan2 semua ke open house rumah mertua mama pada tarikh, masa & tempat seperti  berikut:-

Tarikh : 8/9/2012 (sabtu) - esok ler..
Masa: 11 a.m to 11 p.m
Tempat/Alamat: No. 33, Jalan 5/15, Seksyen 5, West Country, 43000 Kajang



Jgn lupa dtg ye kawan2..open kepada semua kawan2 - schoolmate, officemate, Mmber FB &Mmber Blogger semua ye..Insyaallah Mama mmg ada seharian disana..(Mama mmg xde buat open house tp rumah kami mmg sentiasa terbuka buat kwn2 yg sudi nak beraya..)

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, September 6, 2012

Raya 2012| Raya ke-7..Beraya Rumah Adik Beradik!

As Salam,

Raya ke 7, Masa untuk beraya ke rumah Adik Beradik Mama yg lain pulak,  Kali ni ke rumah Adik kelima Mama di Seksyen 7, Shah Alam & Adik Ketiga Mama di Cheras. Raya ke-3 dah berjalan Raya ke rumah adik kedua Mama di Melaka. Almaklumlah sekarang ni masing2 dah berkeluarga dan punyai rumah sendiri, so excited la suruh datang rumah kan..time ni pun nak tunjuk skill memasak..hehe..

Adik Kelima Mama ni mmg dh bgtau awal yg dia nak buat makan² untuk family pada hari raya ke 7(Sabtu). So Mama pun mmg dg bgtau awal² jgk ler dekat Papa ttg Agenda Hujung minggu kami ni.

Pagi raya ke 7 tu kami bertolak dari rumah sendiri ke Shah Alam (malam Jumaat dah balik rumah). Pagi tu sempat Breakfast Mc'D dulu..

My mum pergi dengan Adik Kedua Mama sbb Abah dah mula keje, tp Abah keje di Shah Alam jgk, so tengahari tu bila semua dah sampai, tuan rumah la yg g jemput Abah agar dpt sama² join kami semua. Adik Ketiga bertolak sendiri 1 family. Adik keempat & yg bongsu (bujang kedua²nya) dah pun bekerja dan x dapat sama² kesini. 

Dah lama x g Seksyen 7, Shah Alam, dah byk berubah dh byk shop lot, so Adik Mama yg dtg jemput kami family Mama & Adik Ketiga di Drive Thru KFC. Sampai² tgk tuan rumah dah sediakan menu special..Bihun Daging Special..mmg sedap bihun daging ni, dah risik resepi..nnti ada masa nak try buat..:)

Hidangan daripada tuan rumah..Alhamdullillah..sedap & kenyang kami semua makan..


Wiwin (Twins)~ Aisyah & Sarah di hari raya ke 7@umah Ateh Cu..
Sgt Bambam kan..dah pun berusia 3 bulan, hari tu lahir kecik jerk..2.02kg, skrg ni dah 5.4kg@3bln.


amik kesempatan bergambar bersama anak buah wiwin, tgk adik Ziqry yg tgh menyusu kat belakang tu..jeles tau, dia dh pandai jeles..lebih² lg dia pernah nmpk wiwin Aisyah mengopek dgn Mama..Skrg ni mmg kalau dia tgk Mama dukung Wiwin..Dia Jeles n meronta minta Mama dukung dia pulak n dia pun sama sibuk nak dukung Wiwin.


Ohh jeles ye, Ok la Mama bergambar dgn Adik Ziqry pulak..


Bkn main Senyum lagi dia, Mama x pernah lupakan Adik la..


Antara gambar yg sempat disnap..
lama gak kami melepak disini sbnrnya..sedar² dh kol 3.30ptg..


Kami di hari raya ke 7@Rumah Ateh Cu Zaquan & Ziqry ~Seksyen 7, Shah Alam


 Sebelum pulang, amik gambar kami adik beradik, tp boleh pulak gambar tuan rumah xde..Tuan rumah yg amik gmbar ni sbnrnya..

 *seriusnya muka papa..time ni mmg dh nak balik dh tp kami yg lain sibuk pulak nak bergambar bersama..Papa paksa rela la tu..huhu..

Ini lah tuan rumah sbnrnya, Adik Lelaki Mama, adik kelima Mama, sorry lupa nak amik gambar Ateh Cu dgn Cik Amy


Balik daripada rumah Adik lelaki Mama ni kami singgah ke Carrefour Seksyen 23, Shah Alam dulu, seminggu dah tinggalkan rumah masa untuk menambah stok makanan/brg basah utk rumah pulak..Lgpun esoknya Mama plan utk buat makan² di rumah Mama pulak.

Pergila shopping kompleks manapun, hero² Mama ni nmpk jerk pusat mainan..


Selesai membelah di Carrefour, OTW nak balik bangi, kami singgah beraya ke rumah Adik Ketiga Mama pulak di Taman Kota Cheras. 

Kami di Hari Raya ke 7 @ Rumah Mak Yang Zaquan & Ziqry ~ Taman Kota Cheras


Mama pernah ckp kan yg hero² Mama ni cukup suka  melayan Wiwin..Ye mmg betul, kali ni lg nampak..Ziqry belajar nak bg susu dkt Wiwin, Zaquan pulak ringan tulang nak dodoikan Wiwin, Masa Adik dia kecik dulu xde pulak dia ringan tulang nak dodoi adik dia tido, tp kalau Wiwin ni menangis jerk cepat jerk tindakan hero² Mama ni menyelamatkan keadaan..hihi.., Agaknya diorg ni suka baby girl kot...Mcm mane la agaknye gelagat diorg nnti bila dpt sepupu baru adik eisya yg bakal lahir x berapa lama jek lg ni..Anak² Mama ni hero so mmg x dpt dinafikan cara mereka agak kasar & ada egonya tersendiri..tp pada masa yg sama Penyanyang sbnrnya...


Membebel la pulak Mama ni, Makanan pun dah tersedia..Mak Yang Zaquan n Ziqry masak Kuey Tiaw Goreng, Nasi Impit dengan Daging masak hitam..Sedap semuanya, Zaquan makan bertambah..Zaquan sbnrnya peminat Kuey Tiow..:)

Mcm biasa selalunya Adik Ziqry yg over bila part makan ni, pantang nmpk makanan..msti..'nak..nak.."


Beraya ke rumah Adik Beradik sudah, shopping pun sudah..Esoknye giliran rumah Mama pulak...hidangan special ape la yg nak dibuat ni ye..?

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Raya 2012| Sesi Beraya n Kutip Duit Raya Dengan Atok n Nenek!

Salam 19 Syawal,

Raya ke-5, Papa dah mula keje tp Mama masih lagi bercuti n kami semua masih lagi bermalam di rumah my parents, Hari Jumaat malam baru kami balik ke rumah kami. 

Pagi raya ke 5 tu Atok n Nenek Zaquan n Ziqry (FIL n MIL) datang untuk beraya dan menjemput cucu lelakinya Zaquan untuk sama² g beraya. Kiranya Atok n Nenek g beraya bawa Cucu² la ni...tp Ziqry kecik lg, Ziqry kena la tinggal dgn Mama ye.., Atok n Nenek bawa Zaquan & Eisya beraya bersama. 

Wah mmg sakan tau diorang beraya, dari pukul 11 pagi, pukul 12.30 tgh malam baru balik..Wit Raya pun byk dapat..^_^..

Betuah la Cucu² Atok n Nenek ni, Kalau nak tau minggu ketiga syawal ni pun setiap hari keluar berjalan jerk ngan Atok, kira adil la..kali ni Ziqry pulak dpt collect wit raya sama..hihi

Masa atok call malam semalamnya bgtau keesokannya nak dtg rumah jemput Zaquan beraya, kami terus ckp ngan Zaquan, 'esok Zaquan nak g jalan raya ngan Atok & eisha, tido cepat..kena bgn awal esok' Jawapan Zaquan, 'xnak ikut Atok n Nenek, Abg nak g beraya sama dgn Papa & Mama'. Bila bgtau Papa dh keje xleh ikut, dia paksa juga Mama ikut sekali. Mama x leh ikut, Mama kena jaga Adik, sbb Adik kan Mama ada bgtau sebelum ni sepanjang cuti raya ni manja sgt ngan Mama.

Pagi tu Zaquan mcm biasa mmg bangun awal, tp hati dia masa tu x nak pegi lagi, tp bila Atok, Nenek & Eisya sampai jerk terus lupa Mama dia dah. sampai² terus tunjuk kereta control dia yg dpt masa g Fun Fair semalam dkt Eisya. Nasib baik gak time ni diorg bertiga mood baik nak main sama² w/pun biasalah Abg Zaquan la yg konker lebih kereta control tu.


Pandang² Jeling²
Jgn slh paham..masing2 tengah menumpukan pada apa lagi..Kereta Control ler..
Dua² pun peminat kereta..


Haaa..tu la kereta nya..


Adik Ziqry tengah aim gula² Mentos Kakak


Kakak baik n sporting..dia bagi Adik sikit Mentos tu..,


Nampaknye tiga² peminat kereta..bkn main lagi masing² mcm tgk  Lumba Kereta jerk..


Kakak yg comell..


Zaquan & Eisya ni boleh la dianggap sepupu rapat..Mereka ni mmg saling ingat mengingati. Bila lama x jumper rindu tp bila berjumpa ada jerk benda yg nak di gaduhnya, Selalunya Zaquan la suka menyakat n menggunakan kuasa Veto dia sbg Abang..huhu


Itulah beshnya cucu² Atok dapat g beraya sakan, kiranya Mama 2 hari bercuti rilex dok rumah jerk, Hari Raya ke 7 baru la bermula semula misi untuk keluar beraya..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, September 5, 2012

Raya 2012| Raya ke-4 Jom kita Jalan2 Lagi Sebelum Papa Mula Keje Esok!

Salam 18 Syawal,

Hari Raya ke 4 kami meneruskan agenda untuk berkunjung²an ke rumah saudara mara belah Mama pulak, mcm byk rumah jerk nak pergi, x byk pun 2 buah rumah jerk kami pergi, lgpun kali ni Mama janji nak berjalan dgn Adik Ketiga Mama, kebetulan dia pun beraya disini, g berjalan bersama ramai2 besh sikit kan..

Mula2 wajib la berkunjung ke rumah Mak Long & Pak Ngah sebelah Ummi,lg pulak sedara mara sebelah n depan rumah jerk..hehe, tp pagi tu Mak Long xde rumah g berjalan ke Gold Cost, Sepang..(X sabar pulak nak ke Morib Gold Cost lg beberapa hari ni..hehe). lepas tu kami gerak g Bandar Tun Razak rumah Mak Lang sebelah Abah. Tersekat lama dkt sini, sbb Mak Lang suruh kami lepak lama2 sikit dkt rumah dia, dia siap masak la pulak tu..Mmg lama pun kami lepak tau, nak dekat pukul 4 ptg baru gerak balik rumah. Ingat nak singgah rumah Mak Long sebelah Abah tp biras Mama keje sbnrnya hari tu..pukul 4 tu sepatutnya dia kena masuk keje balik..so dia terus ke tempat keje, kami balik terus rumah, cuaca pun hujan pulak time tu.

OTW nak ke Bandar Tun Razak, dalam kereta adik dah buat perangai, time ni demamnya dh baik tp perangai manjanya x hilang..pastu asyik la nak mengemping ngan Mama, bygkan xnk minum susu botol lagsung spnjang mama bercuti hari raya ni.

Adik ngamuk2, x selesa dok dlm kereta.., Mama lak paksa bergambar..adusss..minta dilepaskan..


Ngamuk nak tido rupanya, lepas mengopek Adik Ziqry terus tertido, dapat la dia tido sekejap dkt rumah Nek Lang ni..
Zaquan pulak dok dodoi wiwin, Mama perasan hero2 Mama ni cukup suka melayan wiwin n rajin pulak tu dok dodoi baby, Ziqry yg kecik pun sygkan wiwin, kelakar bila tgk dia ada hati nak dukong wiwin n cuba nak bg wiwin susu..

Time ni kami nak balik dh, dah selesai makan  & lepak2 tgk tv, Adeii Zaquan boleh pulak sibuk nak pakai headband Wiwin..siap tersenyum simpul..


Kami terus balik rumah, dan dgn cuaca hujan time tu..3 beranak ni bantai tido..lena sungguh..., dah nak maghrib baru bangun, bangun² kelaparan masing², lepas isi perut, Papa terus offer nak bawa kami keluar berjalan sblm Papa mula keje esok, Papa jerk yg mula keje keesokkannya Mama still sambung cuti sampai hari Jumaat.@6 syawal.

Mama on jerk, budget Papa mesti nak ajak kuar berjalan ke JJ Balakong la agaknye, sbb itu yg paling dekat dgn rumah Ummi. Sekali tgk Papa ikut jalan lain n semasa dlm perjalanan tu Zaquan pun dh nampak sportlight besar n Merry Go Araound n ckp kita nak g Sampir (fun fair) ke ?

Hahaha..pelat lg Zaquan berckp Fun Fair jd Sampir, Mama mmg x expect pun sbnrnya Papa nak bawa kami g Fun Fair tau, tp dah sampai pun kan, Mama happy jerk sbb anak² happy. Bkn Zaquan jerk yg teruja tau, Ziqry yg kecik tu pun dh pandai teruja, sampai² jerk tgn dia dah tunjuk² mainan yg ada. Dah la tu naik mainan pandai x nak turun dh skrg ni, pastu ada hati nak duduk sorg n xmo mama pegang.

Mainan pertama yg mereka main, srnok tgk dua² happy n Ziqry pandai rupanya main sendiri..lg pulak dpt stereng..x mo lepas la..


Mainan kedua yg mereka main, kali ni Mama pun join naik sekali sbb kununnya nak dukung Adik sbb pagarnya cuma ada sebelah jerk, sebelah lg x berpagar, tp Ziqry x mo duduk ngan Mama, dia nak duduk sebelah abgnya..huhu..


Mainan seterusnya, Papa pulak la yg main dgn Zaquan, mainan feberet Zaquan ni..Bumper Car..2 kali mereka naik, sebelum balik mlm tu..main sekali lagi..


Lepas tu kami naik merry go arround pulak..boleh naik berempat..


Gelagat anak2 naik Merry Go Around
Berani masing2..kalau boleh nak panjat pagor tu..


Mmg betul² puaskan hati anak² bermain...Papa kata main jerk la semua yg ada..hahaa..

x tau lah mainan ape yg Zaquan naik ni, tp x sesuai la utk Ziqry..


So Ziqry naik mainan kereta yg statik ni..base dia jerk yg berpusing.
Ziqry main sampai xmo turun..nasib baik org yg jg mainan ni boleh lebih kurang..dia x charge pun bila adik x mo turun..2 kali pusing la adik main free..hehe


Puas dah anak2 main stering..hehe, masa utk tgk mainan lain pulak, Papa nak try main BINGO..mana tau mengena, sebelum tu Zaquan main benda alah ni.. Zaquan bertuah dpt 5 Tin air..


Chaiyok² Papa..Dapat BINGO ke x ni..
Bersungguh Papa main sbb Zaquan dh aim nak Helicopter Control, 
tp nak dptkan Helicopter tu kena dptkn3 kupon..


Yes, BINGO..tp Papa cuma berjaya dptkan 2 kupon, x larat nak main byk² mcm la berduit sgt kan, kalau x beringat sudahnya nnti nilai main Bingo tu sama jerk kalau beli barang mainan yg diidam tu diluar..2 kupon yg Papa berjaya dpt tu Zaquan pilih kereta control ni..xpelah xdpt Helicopter Control dpt Kereta Control ni pun ok gak..So ada 2 biji kereta control Zaquan skrg ni, 1 Atok Hadiah kan, lg power n besar , So yg kecik ni boleh la bg Adik..x payah nak berebut² main lg...


Aduihai igtkan dah dapat hadiah kereta Zaquan dh x igt nak main mainan lagi, tp bila ckp jom kita balik, esok Papa keje, dia nangis nk main lagi..So utk x menghampakan Zaquan n mls nak dgr dia nangis² ..turutkan jugak ler..mula2 kata ni mainan last, tp lepas turun kata nak main jgk lg..Ok ni betul2 last tau..itu yg bg Zaquan naik Bumber Car sekali lagi..Nasib baik lepas dpt naik Bumper Car sekali lg dia nak balik..

Akceli mula² Zaquan jerk nak main, menunggu benda alah ni gerak lama sgt, Adik pula meronta² nak g ke Abg, sudahnya kami bertiga..Mama, Abg & Adik join sama naik benda alah ni..

Sedar x sedar dh lewat malam pun..dh menghampiri pukul 11 mlm, tp sempat lg kami singgah minum dulu sblm balik rumah, igt nak minum jerk..sekali Zaquan nak makan siap pesan Chicken Chop lagi..(Anak bujang Mama skrg ni bkn main lg, dh pandai nak order Chicken Chop jerk skrg..nasib baik Mama pun dh pandai masak Chicken Chop ni..:P)

Terisi sungguh hari raya ke 4 kami ni..Iye la esoknya Papa dh nak keje kan. Malam tu terima panggilan dari Atok Zaquan n Ziqry bgtau nak bawa Zaquan berjalan keesokkannya..Wah srnok la abg ye dpt g berjalan raya kutip wit raya..hehee

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails