Showing posts with label Layan Movie. Show all posts
Showing posts with label Layan Movie. Show all posts

Wednesday, August 12, 2015

Aidilfitri 2015 | Raya ke-4 ~ Dah Terjah Wayang | Movie ANT-MAN

Assalammualaikum,

Raya ke 4 kami org kg dekat² ni dah terjah shopping mall..hehe. Tak plan pun sbnrnya nak tgk wayang n x sangka pun papa nak bawa jalan² g IOI City Mall, Putrajaya. Kebetulan pada hari raya ke-4 ni mama ada jemputan open house kawan sekolah mama, so dari kg kami terus gerak pergi open house rumah kawan mama dekat cheras, ayah n mak mertua pun plan nak balik rumah bangi pada hari raya ke-4 jgk..so kami gerak g open house, FIL n MIL plk terus balik rumah.

Kalau ikut majlis start pkl 3, tp kami pkl 2 dah sampai rumah kawan mama tu..so x sempat la nak bergambar² dgn kawan² sekolah yg lain yg turut sama dtg sbb ni kira mcm small gathering jgk kawan mama tu buat, yg sadisnya tu gambar dgn tuan rumah/kawan sekolah mama tu pun mama x dan bergambar bersama, awal sgt sampai, tuan rumah still bz prepare menu..huhu

Disebabkan masih byk masa, itu yg Mr. Papa terus bawa kami terjah IOI City Mall, Putrajaya.

tgk wayang pakai baju kurung..dah kata raya kan..hehe


Yeay..kita nak tengok wayang..




Movie ANT-MAN
sblm tgk movie ni dok terpikir besh ke x besh movie ni sbb mulanya mr papa nak tgk movie minions sekali bila try tgk tiket online tinggal seat yg depan sekali je tu terus decide tgk ANT-MAN je..


Tiket dah dapat tp lambat lg movie nak start..pkl 5.50pm br movie start..

Movie : ANT-MAN
Tarikh : 20/07/2015
Masa : 5.50p.m
Tempat : GSC IOI City Mall


kita pusing² mall dulu la ye..


Ok kita tgk org main ice skating..
Abg n Adik sibuk nak main sbnrnya tp Abg n Adik mana pandai main ice skating ni..Mama n Papa pun x pandai main..kita tgk je la org lain main..


Lepas tu kami lepak makan di Texas Chicken..
pertama kali try makan dkt Texas Chicken sbb kebetulan br perasan kedai ni time lepak tgk Ice Skating..depan Ice Skating ni je..


Orait..masa utk tgk wayang


sempat lagi selfie dalam panggung wayang before movie start..


Kesimpulannya lepas dh tengok movie ANT-MAN ni..besh sgt cerita dia..Mama bg 5*****
cerita dia bkn sekadar action superhero je tp ada unsur lawak dan family jgk. Unsur lawak tu yg buat terhibur. Action dia pun besh jgk sbb ANT-MAN ni berupaya utk mengecilkan diri dan mampu berkomunikasi dgn semut dah kata 'manusia semut'.

Selesai tgk wayang..terus balik  rumah mertua di Bdr Baru Bangi, malam ni kita tido umah atok n nenek ye Abg n Adik..esok kita dh balik rumah kita sbb Abg dah mula bersekolah pada 22 Julai 2015 (Rabu) dan Mama pun dah mula bekerja pada 23 Julai 2015 (Khamis).

N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, October 8, 2014

Cuti Hari Raya Aidiladha | Movie Time | Planes : Fire And Rescue

Assalammualaikum,

Ini citer cuti umum Hari Raya Aidiladha pada hari Isnin (6/10/2014). Yeay Mr. Papa nak bawa kami berjalan sebelum Abg n Adik g bercuti dengan Atok n Nenek di PD pada 7 - 9 /10/2014 sebabnya kami x dapat nak join sekali percutian di PD tu kali ni, jadinya gunakan la masa yg ada ni utk habiskan masa bersama anak² dengan bawa mereka menonton wayang...yeay..movie time..

Macam biasa filem pilihan mestilah comedy animasi yg bersesuaian dengan selera dan minat anak². Kami decide tgk movie Planes: Fire And Rescue yang merupakan sekuel daripada movie Planes. Masa movie Planes dulu pun kami tgk wayang jgk..hehe. Abg n Adik kan peminat setia Cars, Planes ni kan adik beradik dgn Cars..hehe, so now peminat setia Cars n Planes. 

Movie :- Planes: Fire And Rescue
Masa :- 4.35pm
Tempat :- GSC Alamanda.


Ekceli movie ni dah lama jgk ditayangkan di panggung, tp kami baru tau ada sekuel movie Planes ni..


Review Movie :
Pada Mama ok la, straight to the point je cerita dia kali ni, jalan cerita yang mudah difahami, berbanding dgn Planes yg sebelum ni permulaan cerita dia yg agak slow, sampaikan Mama pun tertido tgk..hehe, tp Planes: Fire & Rescue kali ni mama tengok sampai habis tau, Zaquan lagi la siap boleh hafal skrip. Planes: Fire & Rescue kali ni mengisahkan tentang Dusty yang beralih angin menjadi Kapal Pemadam Api plk (firefighter). Segalanya bermula apabila Gear Box Dusty mengalami masalah dan dimaklumkan bahawa Gear Box utk kapal terbang keluaran berkenaan sudah tidak ada dipasaran dan sekiranya Dusty ingin meneruskan jgk cita² nya sebagai juara penerbangan laju dgn masalah Gear Box yg dialami, risikonya adalah tinggi dimana kapalterbang akan terhempas dan seterusnya enjin akan rosak teruk dan mati . Pada mulanya Dusty tidak dapat menerima kenyataan dan cuba juga untuk terbang tinggi sehingga dia telah menyebabkan kemalangan dan kebakaran pada Popwash Juntion Airport dan seterusnya menyebabkan Airport diarahkan ditutup, ekoran daripada inilah demi memastikan Airport boleh terus beroperasi, Dusty membuat keputusan untuk pergi ke Taman Nasional Piston untuk join forest fire dan unit rescue bagi mendapatkan sijil sebagai firefighter. Disini lah kemuncaknya movie ni kisah Dusty mengikuti latihan yang diketuai oleh Blade Ranger sehingga berjaya mendapatkan sijil walaupun menyebabkan beliau akhirnya terhempas, tetapi dapat diselalamatkan dan akhirnya Gear Box dia dapat diperbaiki. Dusty pulang ke tempat asalanya bersama team barunya dari Piston Park dan seterusnya meraikan kemenangannya sbg firefighter dengan persembahan penerbangan fire & rescue di Airport yang telah pun dibenarkan utk dibuka semula. 

***************************************************************************************************************

Memandangkan wayang start petang n kami pun sampai awal di Alamanda, so kita lepak mkn n minum di Rasa Foodcourt dulu la ye..

Sejak balik dr bercuti ke Melaka hari tu, Abg Zaquan dh pandai minta nak minum Coconut Shake tau..penangan coconut shake Melaka, alaa..tp sbnrnya kami tau Abg Zaquan suka coconut shake sbb ada icecream diatasnya. Coconut Shake Rasa Alamanda ni pun sedap jgk tp mahal la harganya..segelas RM4.90.

 'Abg nak makan icecream coconut shake ni sorang² tau, Mama minum air dia, abg makan icecream dia..'

bertuah sungguh mmg dia bedal icecream tu sampai abis..


x kan lepak minum je kan, lama dh rasanye x pekena sizzling yee mee.. ini 2 orang budak botak sangat kuat makan woo..sib baik mau berkongsi makan time ni..


Selesai makan, kami pun terus terjah semula tempat wayang, hari cuti ramai giless org, beratur nak beli popcorn je nak dekat setengah jam, sementara Mr. Papa beratur nak beli popcorn, kami bergambar² dulu la ye..

erkss..seram..tp Abg n Adik ada hati tu nak tgk movie seram ni, 
x boleh la syg..nampak tu P13..awk berdua tu bawah umur lagi..
tp kalau Abg n Adik xde, confirm Mama pun ada hati nak tgk movie Annabelle ni sbnrnya..



Coming Soon..Penguin Of Madagascar, Insyaallah kalau ada kelapangan dan rezeki, kita tgk movie ni ye..



Coming soon ni byk plk movie comedy animasi dok layan trailer before movie start besh² la plk semuanya..

Ok dah happykan papa dh bawa tgk wayang, jom balik..nak kemas beg baju abg n adik..malam ni abg n adik tido rumah atok n nenek tau.., abg n adik kan nak pergi mandi kolam n laut.

Malam tu pkl 11 mlm baru kami hantar abg n adik ke rumah FIL n MIL tp kebetulan nampak FIL n MIL lepak minum di Impian, kami pun sama la terus g ngeteh dulu lepas tu baru hantar, lewat mlm jgk la baru hantar, tp adik mmg betul² teruja nak tido rumah atok n nenek siap blk naik kereta atok n nenek, Abg plk yg mat leleh mlm tu nangis bila kami hantar dia tido rumah atok..tp biasala nangis skjp je..tgk gambar esoknya kemain happy memasing..sampai² PD terus terjah Pool n Pantai la..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, May 8, 2014

Berjimba² Hujung Minggu Before Mr. Papa Keje Jauh | The Amazing Spiderman 2

As Salam,

Hujung minggu lepas (4 Mei 2014), kebetulan short course for semester ni hari Ahad Mr. Papa xde kelas, jdnya gunakan la sepenuhnya cuti hujung minggu tu kan. Mr. Papa plan nak bawa kami g tgk wayang sbb 2 minggu sebelum tu masa kami tgk wayang movie Rio 2 Zaquan ada request nak tgk movie Spiderman 2 time tu Spiderman 2 coming soon, ni kiranya mengotakan janji + hari² terakhir menghabiskan cuti hujung minggu bersama family before Mr. Papa keje jauh.

Pagi ahad tu Mama sempat masak dan sediakan breakfast terlebih dahulu sebelum keluar, masak nasi goreng dan goreng sosej je, tengaharinya pulak kami terjah kenduri kahwin jiran keluarga mertua Mama n lgpun kenduri tu FIL n MIL tukang masaknya (keluarga mertua Mama kan caterer, sesiapa berminat nak khidmat catering utk perkahwinan or sebarang majlis pun boleh la kalau nak order dengan Puncak Sakti Catering..promo skjp..hehe). 


Tiket wayang Mr. Papa dah booking sehari sebelum lg, nasib baik kami booked time 3.30p.m xdela terkejar² sgt lgpun perut dah siap berisi, boleh terus terjah wayang 

Abg dan Adik : kita nak pergi tengok wayang kan.
Papa : yelah, esok Papa dah keje jauh tau..


Yeay..lets Rock n Roll..Movie time..:))
Sebelum masuk panggung wayang, wajib posing² dengan background Spiderman 2 ni..


Abg Zaquan la yg paling teruja sbb penuhi permintaan dia kan, jdnya bila diajak bergambar pun sporting la, Adik Ziqry plk yg x sporting bergambar time ni..


Igtkan xmo menyinggah makan/minum, tp kami sampai kul 3.00pm setengah jam lg before wayang start, Mr. Papa ajak lepak minum starbuck, minum je ye, Popcorn dah siap² beli dah, belum masuk wayang Popcorn dah abis..huhu.

Hahhaa..Abg n Adik lepak starbuck mcm org besar la..gaya x menahan.., mata memasing memandang ke bawah leka memandang bot dibawah tu sbnrnya sambil mulut memasing sibuk merengek papanya nak naik bot, jawapan papa lg best nanti kita naik dkt melaka je murah sikit (amboi, mentang² la dah nak jd org melaka lepas ni..)



Ini la yg beriye anak² tenung..


Mama pun sibuk berselfie berphoto gedix dgn Mr. Papa :p


Pendapat Mama tentang movie The Amazing Spiderman 2 - xdelah best sgt, jgn marah bg peminat fanatik Spiderman, ni pendapat Mama je kan..setiap orang ada pendapat dia sendiri, Mama rasa x best sbb watak spiderman tu jd x menonjol sbb adanya watak² lain spt elektro, ehh yelah dah namanya pun The Amazing Spiderman 2 : Rise the electro. Bila mama tgk spiderman berlawan dengan electro dah mcm tgk ultramen plak..lawan2 api gitew..huhu, tp apepun Mama layan je citer ni lagi pun watak Max Dillon sebelum jd electro ala² watak psiko sikit n ada unsur² lawak dkt situ n ada part sedey la plk bila endingnya gilfriend Spiderman Gwen mati n ending dia nampak tergantung sgt sbb pasti akan ada sambungan Spiderman 3 plk kan..

Selesai tengok wayang, kami isi perut di Nandos ni kira makan malam la..

Penangan baru balik dr tgk movie Spiderman 2,
kunun² nak jd Spiderman..huhu
Pic by Acik Eiya..


Alhamdullillah, dapat jgk abiskan masa bersama family before Mr. Papa g Melaka dan yeay..kami enjoy w/pun keesokannya baru terasa sgt² yg Mr. Papa akan berjauhan dengan kami buat seketika ini.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, April 1, 2014

Kid'z Paradise + Captain America + Bowling = ♥

As Salam,

Daripada xde pape planning kemana hujung minggu akhir cuti sekolah minggu lepas, tup² kelas Mr. Papa cancel hari Sabtu (29/3/14) terus Papa bawa kami keluar berjalan, oh yeah..oh yeah..suka anak², mama nya pun sama mestilah suka..hehe. 

Kebetulan pada hari berkenaan Mr. Papa pinjam kereta Ayah sbb Papa punye kelas mula jam 4 ptg sampai 10 mlm, selalunya Papa naik Motor je g kelas, tp disebabkan kelas habis malam, itu yg Mr. Papa pinjam kereta Ayah, kerata kami mmg spare di rumah in case kalau emergency Mama nak guna. Sedang Mr. Papa menyiapkan assingment dia dirumah sblm keluar rumah dia dah offer "ke Mama nak ikut Papa g kelas ?, boleh keluar awal jalan² PD dulu" , time tu Mama ckp "boleh la jgk tp tunggu Mama abis masak, makan dulu baru kita keluar ", alih² Mr. Papa terima call kata kelas semua cancel, ganti esok. Terus Papa kata x yah pergi PD kita bawa anak² g Kid'z Paradise ok gak ni, sudahnya Mama masak je tp kami x makan pun di rumah, siap masak terus keluar..ahahah..boleh plak cenggitu kan, alang² dh nak keluar berjln, makan diluar je.

Kid'z Paradise, The Mines

Kid'z Paradise yang terletak di Level 4, The Mines ni umpama Syurga permainan la buat kanak², not bad ada byk zone permainan, zone utk party pun ada, kami suka 2 zone je..Zone Pasir (Sand Pool)  dgn Zone Playgrounds yang ada byk balls tu...hehe

Uolls boleh beli Voucher pada harga RM150/8 Admission on any day atau voucher bernilai RM250/15 Admission on any day. Kalau nak terus terjah beli tiket pun boleh dimana kadar tiket masuknya RM25 utk weekdays dan RM38 utk weekend/public holidays. Kami beli voucher yang RM150 je/8 voucher - utk 2 orang anak dapat la 4 kali masuk. Ibubapa dibenarkan masuk free menemani anak dalam Kid'z Paradise ni.

Ini merupakan kali ke-3 la kami terjah disini (dari sehari ke sehari nak update n3 ttg Kid'z paradise ni x terupdate, sekali terus update dlm 1 n3 je la ye..). Zaquan n Ziqry mmg srnok sgt bila dapat tahu Papanya nak bawa keluar berjalan, lg2 bila bgtau nak ke Kid'z Paradise, anak² panggil tempat main pasir..


Hahaha..sempat lagi Mama snap pic di pintu lif..


Voucher Kid'z Paradise, kami beli pada 5 Nov 2013, valid for 1 years -akan exp. pada 5 Nov 2014. Tinggal sekali je lagi ye anak² kita boleh ke Kid'z Paradise ni.


Ini pic terkini kami kesini pada Sabtu lepas, Zaquan n Ziqry punye la srnok mcm dh lama sgt x keluar bermain kan, sampai x kisah nak makan, Mr. Papa kata kita makan dulu, tgk wayang pastu baru main pasir, tp Zaquan kata kita main pasir dulu, makan, tgk wayang pastu main bowling..amboi² kemain balas dendam lagi Zaquan minta Papanya abiskan masa seharian main bowling x masuk dalam list pun dia yg pandai² buat list..hehe..Sudahnya Mama n Papa dating berdua g makan dulu dan tinggalkan 2 beradik tu bermain dalam playground Kid'z Paradise dulu (setelah puas pujuk makan dulu dia xmo). Kami makan pun rasa x senang duduk duk pk camner la diaorang bermain kat sana, boleh ke Abg jaga Adik, sekali kami sampai kemain happy lg anak² bertuah 2 orang ni, kami bkn ape risau Adik je buat perangai, Abg mmg kalau dh dpt main mmg khuyuk.


Eh ada mainan baru la, masa 1st n 2nd time pergi dulu mainan ni xde. 
Abg dan Adik pose dulu sebelum Mama n Papa dating berdua.



Ini playground yang ada byk balls yg Mama kata Zone yg kami suka lepak dan bermain..


Hahhaa..Tolong.. Captain America tertimbus di lautan balls..


Anak beranak suka main balls ni 



Sebabnya
^
^
^
^
^
^
Diaorang berlumba nak dapatkan goal dan score sbnrnya..


 Adik ngelat Papa dukung masukkan balls.


Ini sudut playground yang lain.


Jom Vroom-Vroomm plk..



Melepas lelah minum air, haaa baru tau penat dan lapar, tp inipun susah nak ajak balik, jom kita main pasir pastu dah time nak tgk wayang dah ni.


Ini antara Zone aktiviti yang plg Zaquan n Ziqry suka..Sand Pool. Mmg kalau ke Kid'z Paradise anak² panggil tempat bermain pasir bknnya tempat mainan.




Alright hampir 2 jam lebih jgk anak² bermain disini, kita ke aktiviti seterusnya..Tengok Wayang. Abg Zaquan nak tengok movie Captain America, tetiba dia minat Captain America plk skrg mcm baju t-shirt yg dia pakai tu dia tau tu lambang Captain America.

Owh ye alang² Mama dah up n3 Kid'z Paradise ni, Mama selitkan jgk la pic² masa 1st n 2nd time kami ke Kid'z Paradise ni. 

1st Time @ Kid'z Paradise - 5 Nov. 2013.

Jelas terpancar keseronokan di muka anak²..^_^..





2nd Time @ Kid'z Paradise 21 Dis. 2013

Kali kedua kami pergi bersama Adik² Mama, Bonda Twins dan Adik bongsu Mama Ucu Apit Zaquan n Ziqry, kami ni kalau ada yg nak bawa berjalan on je..


Mama n heroes. Tq Ucu Apit bawa kami kesini.




Tengok Wayang..Captain America.

Yeay movie time, Beriye tgk movie Captain America, mcm paham je Abg n Adik tgk movie ni, Hahahaa..Mama pun x paham, tgh tgk movie sibuk bertanya dgn Papa kenapa Captain America ni nampak muda? bila Papa dah explain citer ni berkait² dgn The Avengers and bla bla..baru la paham sikit, tp Mama layan je cerita ni, best jgk..dh pertengahan jalan baru Mama nampak cerita dia, dalam cerita ni byk unsur ganas sikit la sbb adegan berlawan² kan, tp ada jgk selit sense of humor sikit. Zaquan yg x paham pun boleh layan cerita ni sampai abis tau, mcm biasa Adik Ziqry je la yg tido dgn nyenyaknya dalam panggung wayang.


nampak tak dkt promo tu ada grab the limited edition set now, so kami pun grab thumbler Captain America tu, tp kena beli 2, sbb nanti gaduh plk Abg n Adik..



Abg yg teruja




Bowling Time

Bowling time..khas buat ZZ (Zaquan n Ziqry), akhirnya lepas gian ZZ nak bermain bowling, almaklumlah sebulan dua dh Mr. Papa x join bdk² taman bermain bowling, kalau x kadang² tu bila Mr. Papa joint bdk² taman bermain bowling sekali sekala dia bawa jgk ZZ bermain sekali, itu yg ZZ gian nak main bowling w/pun ke longkang je balingan nya.

Tq Papa bawa Abg dan Adik bermain bowling w/pun 1 game je..
Si Abg Zaquan ni ada hati nak main 2 games tau..




Yesss..gaya mesti ada w/pun bola masuk longkang ok..


Erkss..teruk betul pointnya, xpelah  tertunai janji Papa buat anak², kalau x asik bg alasan tunggu la Papa free, ini kali betul² free keluar dari tengahari sampai ke malam..3 aktiviti terus dapat buat...hehe


Puashati dapat menghabiskan masa yang berkualiti bersama family, Playground + Wayang + Bowling = Love, Love, Love..hehe. Dalam pada xde planning, x sangka keesokkannya masa terisi lagi dgn aktiviti kesukaan anak²..yeay dapat mandi laut..

Hari ni April sudah, cepat sungguh masa berlalu. Owh April plz be nice to me ya..^_~..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails