Showing posts with label KURSUS. Show all posts
Showing posts with label KURSUS. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Tips Kesihatan| Jom Bersenam & Berdiet!

As Salam,

Ada banyak story nak citer especially aktiviti weekend lepas, tp agak bz la pulak skrg ni, semalam seharian ada aktiviti kecergasan kat opis...sgt besh ok...so hari ni Mama nak story sikit tentang kursus/aktiviti kecergasan yg mama hadiri semalam "Program BPAD Wellness Day 2012 - The Bio Prescription : Diet Excercise "

Apa yg besh nye, besh sbb dekat kursus semalam dapat byk tips2 kesihatan dan cara2 nak bersenam dengan mudah di opis pun boleh buat n kalau dekat rumah tu sambil tgk tv pun boleh buat, sebelum2 ni pun pernah jgk hadiri kursus pemakanan dan kesihatan ni tp setakat ni, ini yg paling the best dia punya talk n enjoy sgt kursus semalam sampai x sedar dah nak pukul 6 petang tu baru selesai kursus :)

Ini antara yang terpenting la perlu tahu, kita punya BMI, Body Fat dan Skeletal Musle. So semalam adalah sesi timbang berat badan untuk kira kita punya BMI, Body Fat dan Skeletal Musle ni. Uolss mesti dah tahu kot macam mana nak kira BMI kan. 

BMI = Berat (kg)/ [Tinggi (m) x Tinggi (m)]

So nanti bila dah dapat tahu berapa uols punye BMI, boleh la check which kategori BMI uols. Upsss..sejujurnya Mama bgtau Mama punye BMI dah jatuh pada overweight. Itu yg semangat nak tahu tips2 untuk diet cara sihat dan senaman yang mudah untuk kita buat.

Kategori BMI


Kategori Body Fat berdasarkan Umur dan Jantina
Pengiraannya Mama x tahu mcm mane sbb kami timbang pakai penimbang yang trainer sediakan so diorang yg kirakan siap2 kami cuma tgk je kategori kami...aduihai kalau dah BMI berlebih tu kan, lemak pun Very High la..


Kategori Skeletal Muscle berdasarkan Jantina dan Umur.
yang ini pun sama Mama x tahu mcm mane pengiraannya, terus dapat keputusan je ..


Selepas masing2 dah tahu keputusan tu yg masing2 excited nak kuruskan badan/berdiet, lepas tu terus mula dengan sesi aerobic (Chair Aerobic Session)..besh selalunya excercise berdiri, kali ni duduk pun boleh exercise..siap excercise Gangnam Style sekali..

Selepas tu adalah toeri tentang BioDiet & Diet Rasullullah. Penceramah dia pun besh..mmg seorang doktor pakar pemakanan dan kecantikan n sporting untuk bagi macam2 tips tentang pemakanan yang betul.

Ini antara tips dia yg boleh Mama kongsikan dengan kawan2:_
  • Harus diingat Diet Rasullullah adalah makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
  • Tips yang paling penting SAY NO to :-
        -    No White Sugar (so lepas ni kena gantikan dgn Brown Sugar la..)
        -    No Msg (Ajinomoto)
        -    No Paraben (jangan ambil/beli produk farmaseutikal yang mengandungi Paraben   
             selalunya terdapat pada Deoderant)
        -    No Pil Kalsium (Pil kalsium hanya boleh diambil oleh perempuan    
             mengandung/menyusukan bayi/mereka yang menghidap asteoporosis/mereka yang  
             manapous dan perempuan yang alami masalah darah haid).
  • Kalau nak kempiskan perut selain daripada senaman perlu diingat tangani masalah stress terlebih dahulu.
  • Kalau nak cari Vitamin C kandungan yang paling baik yang mengandungi  Asid Askorbik (tapi x sesuai untuk mereka yang mengidap  gastrik) atau Calcium Ascorbate.
  • kandungan Vitamin C yang kita boleh makan dalam 1 hari - 1000 ke 2000mg sahaja.
  • Kolagen yang diperlukan dalam badan kita cuma 350mg sahaja.
  • Kolagen hanya sesuai untuk mereka yang berumur 35 tahun ke atas.
  • Tapi sekiranya kalau nak beli jgk produk kologen cari yang ada tulis 'Hydrolise Callogen'
  • Untuk putihkan kulit - makan Vitamin C dicampur dengan Milk Thistle
  • Untuk tegangkan kulit - makan Co-Q10 - 50mg
  • Untuk kelembapan kulit - makan Vitamin E - 400iu
  • Anti Oksidan yang paling berkesan adalah Alpha Lipioic Acid (bkn Alpha Lipid SDII tu Okey..)
  • Kena ingat ye Minyak Jagung sbnrnya penyumbang kepada kanser - so kalau nak deep fride guna minyak sawit, kalau nak menumis jgn sesekali guna minyak jagung  atau minyak sawit - boleh guna minyak sunflower.
  • Kalau boleh jgn ada marjerin di rumah, gantikan dgn butter 
  • cara yang paling baik untuk buang toksin adalah dengan memakan Nata De Coco bersama Yakult.
Banyakkan ilmu yang diperolehi, petangnya kami sambung lagi dengan aktiviti senaman kali ni dari bekas Gimnas Negara pulak..besh2..masa ni la kami dapat tips2 senaman dengan tgk tv pun masih boleh bersenam..

Punye lah berpengaruh kesan dari ceramah kesihatan semalam, tengahari tadi terus cari Nata De Coco dan yakult..satu opis dok membeli Nata De Coco dan yakult tgh tadi..hehe, beriye sbb semalam penceramah bgtau ikutkan dalam badan kita ni najis kita 10 tahun dulu pun masih melekat di usus kita ni, so cara paling senang nak buat secara natural selain daripada operate di klinik ialah dengan memakan Nata de Coco bersama Yakult, insyaallah dalam masa 3 hari boleh clear tau..oh iye pastikan Nata de Coco di dicuci bersama air alkali terlebih dahulu..iyelah no sugar/syrup/perasa kan..sbb tu nnti Nata de Coco ni dimakan bersama Yakult.

Nata De Coco n Yakult..

Hopefully berjaya la Mama amalkan apa yg telah dipelajari..pagi tadi excited buat senaman 3 minit sebelum mulakan kerja, balik kerja ni pun nak buat lagi senaman 3 minit ni - sehari 2 kali buat..insyaallah boleh turun berat badan..tapi kena nekad/displin la la tanpa perlu sekat makan/berlapar...Chaiyok..Cyaiyok Eija ZaquanZiqry..Azam Tahun Depan..Diet & Senaman.. ^_^..

Senaman 3 minit ni mudah sahaja (1 minit berlari anak, 1 minit berlari anak sambil angkat kaki pastikan kaki angkat tinggi sampai atas perut dan seminit lagi berlari anak selaju-lajunya). Cuba la kawan2 buat 3 minit je pun tapi kesannya macam berjoging 30 minit.., 3 minit secara terus menerus tau buat, jgn terberhenti2 pulak..masa buat tu pastikan jam dihadapan anda..hehehe..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, August 27, 2012

Huargg..Kena g Kursus 4 hari 3 Malam dalam Mood Raya

Salam 9 Syawal,

Hari ni ramai yg dah kembali bertugas/bekerja seperti biasa kan, Mama pun dah mula keje setelah seminggu bercuti Raya. Mesti ramai yg mood masih lg mood Raya..heheh..

Mama pun sama mood raya tu masih terasa, tp yg x beshnya baru jerk naik keje hari ni, tp dah kena paksa g kursus 4 hari 3 malam, kalau dekat2 sini jerk x kisah, ini nak ke IPN, Sabak Bernam, bercinta dibuatnye..Paksa rela kena g ni..huhu

Akceli kena paksa g kursus ni sbb kursus x cukup 7 hari lg, dah la tu..kena paksa g time tu kita xde nak bela diri kata 'Tak..nak...Tak nak..Tak Nak...Pegiiiiii..' tau2 dpt surut wajib pegi seminggu sebelum cuti raya hari tu. 

So hari ni Mama half day keje..sat lg nak bertolak ke IPN. Agaknye sbb tu la seminggu cuti raya ni Ziqry sgt2 rapat ngan Mama sampai x boleh nak berenggang lgsung ngan Mama, mcm tau2 jerk Mama nak tinggalkan dia 4 hari 3 mlm. 

Pic fresh hari ni, Mama & Adik Ziqry pagi td OTW nak antar Zaquan & Ziqry ke rumah Atok & Nenek
Adik Sporting pandang Kamera Hp & smile :)

Mood tgh baik
siap ketawa dpn skrin Hp..


Pagi tadi kan hujan jerk, so Zaquan pun syok layan tido, perjalanan skjp jerk dr umah kami ke umah MIL, sebelah taman jerk, sampai2 Umah Atok dah ajak kuar berjalan...

Abg yg lena tido..

Abg & Adik jgn nakal2 ye..jaga Papa baik2 :p

P/S: X sempat nak wat N3 Auto publish kisah raya kami, kalau ada masa mlm nnti la kot baru dpt update n3² Raya 2012 supaya blog ni x sunyi sepanjang 4 hari berkursus. (itupun kalau  line Broadband ok kat sana..huk2..)

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, December 9, 2011

Bengkel 3 Hari 2 Malam@ Mahkota Hotel, Melaka |Mood : Rindu & Risau

As Salam,

8 hingga 10 Disember 2011 sweetmama ketika ini menghadiri Bengkel "Awareness On Accrual Accounting" di Mahkota Hotel, Melaka. 

hehehe..xde keje, alas cawan ni boleh jd modal untuk amik gmbar..huhu
mlm semalam kepala dh melayang igt kat insan2 tersyg kat umah

3 Hari 2 malam tinggalkan insan2 tersyg, hati rasa x berapa senang, Rindu dan Risau. Meninggalkan insan2 tersyg & tercinta off coz la rindukan. Yang membuatkan hati ni risau sebabnya ini merupakan kali pertama sweetmama tinggalkan Ziqry, Ziqry masih lagi menyusu badan pada waktu malam dan kebelakangan ni kerap terjaga mlm&pagi untuk mengemping.Yang lebih membuatkan sweetmama rasa x sedap hati bila terpaksa juga tinggalkan Ziqry walaupun Ziqry masih lagi demam, demamnya x surut2 sampaikan sehari sebelum bertolak ke Melaka kami bawa sekali lagi Ziqry ke Klinik.
 Kali ni g klinik lain pulak..try klinik Zalfah. risau demam Ziqry dh masuk hari ke 4 x surut2. Kalau ikut kata Doktor still masih demam biasa.., bila chexck suhu baru 38, kira naik 0.5 juga tu, Check Gusi x bengkak. Doktor bagi ubat Demam, Selsema dan Antibiotik.
Cian tgk muka adik yg x sihat, minum susu pun x berapa nak, Nasib baik senang diberi makan ubat, x meronta2 lgsung..siap dia sndri menoleh minta disua ubat.

Sweetmama perlu juga mghadiri Bengkel ni sebab x cukup kursus, now kalau dh campur 3 hari g bengkel kat Melaka ni cukupla 7 hari kursus sweetmama. 

Alhamdullillah sweetmama selamat sampai Melaka pada 8.12.11 jam 10.30 pagi dengan dihantar oleh En. Suami, tenkiu Papa sudi antar n jemput balik hari Sabtu ni. Sweetmama tumpangkan 2 rakan opismate sekali, lgpun kami x bercadang nak cuti ke Melaka, Next Week dah nak bercuti ke Cameron Highland..So mmg xde masalah nak tumpangkan kawan2 naik 1 kereta. Bertolak kol 8.30 Pagi singgah R&R Seremban pekena Sarapan Nasi Lemak. ngan Teh Tarik dan terus menuju ke destinasi.

Kalau ikutkan pendaftaran bermula jam 3.00 - 6.00 ptg, tp kami sampai awal, so sempatla jalan2 depan Mahkota Parade n Dataran Pahlawan. Pukul 3.00ptg register n dapat bilik terus melepak dlm bilik menghadap pc..huhu..,Malam baru start program..so mmg byk aktiviti bebas..hehehe. Sebelum tu lunch kat Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru di Dataran Pahlawan, Melaka. Sweetmama xde la order Nasi Lemak sbb pagi tu sweetmama dh pekena nasi lemak, tak teringat plak nak makan Nasi Lemak Antarabangsa kat Melaka ni sedangkan sehari sebelum pergi dh kecoh2 rakan opis pesan suruh makan kat sana. Sudahnya sweetmama order kueytiau Goreng, boleh thn la rasanya, Tp kawan sweetmama order Nasi Goreng Ayam dia mmg mabelas la..sedap n byk. Nasi Lemak dia off coz la sedap.

Berbalas sms dgn Papa tnya khabar anak2, Mcm biasa Adik (Ziqry) meragam x nak minum susu, Papa kata maybe dia dh xnak minum susu EnfalacA+ tu dh, so papa pun try bg minum susu abg dia (Dugro) , terus nak minum n leka skjp.. 
Zaquan pula ada tanya dkt papa, mama mane, nape x balik keje lagi?hehehe..sama la soalan dia setiap kali papa dia kerja luar. Lagi 2 minggu papa pulak tinggalkan kami..



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, September 27, 2011

Layan Lagu Ni ~ Orang Bilang Wali Band~

As Salam,

Ini penangan kursus yang sweetmama hadiri semalam, hilang stress g kursus semalam ..sbbnya penceramah dia Dr Mohd Khair Md Som best..lawak... Ini antara aktiviti semalam senaman ringan guna lagu ' orang bilang'. Aktiviti senaman dia pun syok..sweet sgt...tp xdptla tunjuk aktiviti senaman tu kat sini..ahhahaaa..disebabkan sweetmama tersuka n terlayan lagu ni..jd sweetmama kongsi kat sini..

Lirik Lagu Orang Bilang - Wali Band

kamu bilang padaku bahwa kamu benar sayang
kau bilang aku, kau akan selalu sayang
dan kamu bilang ”aku cinta kamu, sayang”


kamu bilang padaku bahwa kamu benar cinta
kau bilang aku, kau akan selalu cinta
dan kamu bilang ”aku sayang kamu, cinta”



reff:
tapi orang bilang katanya kamu gak sayang
orang bilang katanya kamu gak cinta
orang bilang tentang kamu, orang bilang

sekarang kamu bilang bahwa kamu paling sayang
sekarang bilang bahwa kamu paling cinta
sekarang bilang ”aku siap mati, sayang”



kamu bilang padaku bahwa kamu benar sayang
kau bilang aku, kau akan selalu sayang
dan kamu bilang ”aku cinta kamu, sayang”

kamu bilang padaku bahwa kamu benar cinta
kau bilang aku, kau akan selalu cinta
dan kamu bilang ”aku sayang kamu, cinta”



repeat reff [2x]


p/s: nak g langkawi pulak hari ni..balik hari...^_~.., balik dr langkawi terus ke melaka pulak. doakan sweetmama slmt pergi & balik.

update/edit:-
adeiii..knape x masuk pulak you tube lagu 'org bilang' ni kat dlm n3 ni, bila dlm draf ada, tp bila sent hilang...2 kali sent dh, xpela layan kan lirik jerk la nmpknye..huk3..

Exabytes - Your Excellent Hosting Partner!  


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift! 

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, July 2, 2010

Kursus Rumahtangga



Kursus Rumahtangga..??Yup pada 30.06.2010 sweetmama menghadiri kursus "Penghayatan Undang2 Keluarga : Rumahtangga Bahagia Organisasi Berjaya" anjuran JANM...sangat seronok okey...tp ape kena mengena ngan Video Clip kat atas ni..oh iye sepanjang kursus berlangsung kami dialunkan ngan suara Maher Zain oleh penceramah...sedap x..?eh sedap jgk lagu2 Maher Zain ni..kalo x sweetmama xpernah tau n kenal pun Maher Zain ni.

Okey berbalik kepada cite utama pasal kursus ni...penceramahnya Tengku Naufal Tengku Mansor seorg consultant kpd Kementerian Pembangunan Wanita&Keluarga serta pernah berkhidmat sebagai Peguam Syarie WP. Ceramah beliau mmg best..x tension langsung, kelakar tp agak outspoken ..org melaka gitew..(sila org melaka jgn terasa ngan kenyataan sy...kebanyakkannye la..)

Apa yg dapat sweetmama simpulkan drpd kursus yg sweetmama hadiri ni ialah perkara yg terpenting sekali yg perlu kita tahu ialah hak kita sebagai wanita...kursus ni dh mcm kursus kawin sbnrnya tau...mmg sgt sesuwei pasangan yg berkawin hadir especialy kaum lelaki yg perlu tau..hohohhoo..iye sbb supaya kaum lelaki ni lebih bertanggungjawab...lgpun kebanyakkan kita ni x tau /xphm ape itu Gender...sbb tu kita x tau hak kita masing2..Lets me explain what is a GENDER.

Byk yg keliru Gender adalah Jantina..gender bkn jantina tau..gender adalah persepsi ttg jantina. 

Definisi Gender 
Perlakuan, tindak tanduk dan tanggapan individi dan masyarakat - terhasil daripada proses sosialisasi-membezakan peranan, tanggungjawab, pengagihan kuasa, pengagihan & hak2 diantara lelaki & wanita - boleh diubah melalui proses sosialisasi dan tindakan afirmatif - contohnya melalui dasar, polisi, kuota &lain2.

Berikut adalah beberapa andaian yg biasa (gender)
  • Semua kerja berat dilakukan oleh lelaki
  • Ketua rumahtangga adalah lelaki
  • kerja yang melibatkan kuasa dan sumber kewangan adalah kerja lelaki
  • Ketua Persidangan mesti org lelaki
  • Memasak & mengemas rumah kerja wanita
Keganasan Berasaskan Gender
  • Wanita adalah kejadian/makhluk yang lemah
  • Wanita sering melakukan kesilapan
  • Wanita dilahirkan untuk berkhidmat kepada lelaki
  • wanita adalah objek memuaskan nafsu lelaki
  • wanita tidak berfikiran yang rasional
  • wanita hidup adalah atas ihsan suami (lelaki)
  • wanita perlu bergantung sepenuhnya kepada suami(lelaki)
  • Lelaki boleh memukul wanita kerana lelaki adalah ketua kepada keluarga.
mesti anda2 sume perasan kan mmg btol itu adalah antara persespi msyrkat terhadap gender..membeza2kan antara lelaki&wanita (wujud diskriminasi) sehingga berlakunya keganasan rumahtangga berasaskan gender... tetapi ianya boleh diubah...that's way kita perlu tau...kita ade akta yg boleh melindungi kita. 

Undang2 yang wujud.
  • Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
  • Akta/Enekmen Undang2 Keluarga Islam Negeri
  • Akta Membaharui Undang2(perkahwinan&perceraian) 1976
  • Akta Perempuan Bersuami (Pindaan) 1977
  • Akta Undang2 Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 dan
  • Art 8(2) Constitutional (Amendment) Act 2001  - memasukkan perkataan 'gender' - menegaskan diskriminasi dari segi gender adalah tidak sah.
  • Seksyen 128 Akta 303 - Hak Untuk Keadilan - "seseorang suami yang tidak memberikan keadilan kepada suami mengikut hukum syarak adalah melakukan kesalahan&hendaklah dihukum denda RM1000/penjara x melebihi 6 bln/kedua2nya sekali.
  • Seksyen 23(4) Akta 303 - Hak Bantahan dalam permohonan Poligami Suami
Kalo diikutkan mmg panjang nak citer...ini jerkla yg dapat sweetmama simpulkan...kita perlu didik anak dan nasihatkan suami kita sekiranya ade tanggapan gender wujud dlm keluarga kita, xperlu untuk membeza2kan anak lelaki & perempuan, didik mereka supaya menghargai satu sama lain, ajar anak lelaki turut sama membantu kita di dapur begitu jg dengan suami, tidak salah jika suami membantu isteri bagi kerja-kerja di dapur, suami isteri perlu saling berbincang dalam membuat sesuatu keputusan dan sesungguhnya suami adalah pelindung kepada isteri...baru keluarga kita aman damai...jgn kita berpegang kepada persespi gender yg 'streotyping'.

Buat Renungan..................
"Di antara orang-orang mukmin yang terbaik imannya ialah yang terbaik akhlaknya & orang yang terbaik akhlaknya ialah orang yang terbaik sikapnya terhadap isterinya....." - Hadis Rasullullah
"Orang baik-baik antara kamu, nescaya tidak akan memukul isterinya.." - Hadis Rasullullah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails