Showing posts with label Demam. Show all posts
Showing posts with label Demam. Show all posts

Friday, December 20, 2013

Diserang Demam!

As Salam,

Hari ni masuk hari ke-2 Mama EL (emergency leave) sebab jaga anak² yg x sihat, musim demam melanda, hari ni dengan Mama sekali badan rasa x sihat, selsema, sakit tekak n bdn dedar². 

Mulanya Zaquan yg diserang demam pada 16 Dis. 2013, kebetulan malam Isnin tu kami singgah umah atok n nenek Zaquan n Ziqry sbb nak pulangkan motor, terus Zaquan kata nak tido umah Atok, nasib atok n nenek willing nak jaga. So hari Selasa tu Zaquan x g tadika duk umah Atok n Nenek (Alhamdulillah nampak dh sihat sikit, suhu bdn dah turun), Ziqry je kami hntar g taska, balik dari jemput Ziqry dari taska cikgu bgtau Ziqry plk bdn dedar² nak demam (berjangkit dgn Abgnya la tu), tp keesokkannya (Rabu - 18 Dis. 2013) kami hantar Zaquan n Ziqry seperti biasa ke tadika n taska. 

Tengahari Rabu tu dapat call dari cikgu Ziqry bgtau suhu badan Adik Ziqry naik sampai 39, terus suruh kami amik , mmg kami pun terus jemput adik Ziqry dari taska dia tp x terus ke klinik sbb paginya mmg dah siap² bagi makan ubat demam, Mama bawa adik lepak opis Mama sbb dah setengah hari kan.

Adik lepak @Office Mama dulu ye,
time ni mula² sampai ok sgt dia, siap berselera je makan roti sambil main iPAD.


Menjelang petang badan dah rasa x selesa, duduk dalam aircond plk tu, mmg nak Mama peluk dia je la.., ptg tu mmg Mama x dapat nak buat keje langsung la..


Malam tu terus bawa anak² ke klinik, bila g klinik suhu badan dah turun dari 39 kepada 37.5, suhu badan abg pun sama dalam 37 je n doktor bg ubat demam, selsema n batuk je.

Semalam dua² Zaquan n Ziqry suhu badan skjp turun n naik. Time duduk rumah nampak sihat la plk anak², siap main mcm org x demam, tp biasalah bila malam suhu badan akan naik mendadak, itu yg pagi ni Mama amik jgk EL sbbnya anak² belum betul² recover lagi ditambah dgn diri sendiri pun dah berjangkit demam. Hopefully hingga hujung minggu ni kami sihat sepenuhnya..AMIN.

Ini dia hero yang demam tp x padan dengan demam, semalam, lewat ptg baru nak tido sbb siangnya sibuk bermain, menjelang malam asik la terjaga² sbb x selesa suhu badan makin naik..


Pagi ni beriye masing² nak makan ubat sendiri, janji korang suka makan ubat, jgn malas² makan ubat ye anak²..


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, September 5, 2013

Dugaan | Itu namanye Bkn Rezeki Kita

As Salam,

Update Blog laju2 before balik,  Dugaan betul rasanya hari ini, hari ni Mama x sihat, pagi td kan hujan selebat2nya so kesejukan nye terasa hingga ke petang, owhh tidak, Mama diserang demam urat agaknya, rasa seram sejuk sgt, nak wat keje pun x de mood, jenguk jgk la blog tp xde la dpt BW sgt. X tau kenapa tiba² leh diserang demam pulak ni, maybe sbb letih smlm n mcm2 sgt makan di Jamuan Raya Opis semalam, tp Mama xde la buat keje berat sgt pun semalam, ermmm rasanye x cukup tido kot, beriye semalam packing baju 3 beg  utk 3 destinasi smpai 2 pg br selesai kemas (Mama bab packing baju mmg lemah n amik masa nak siap). Beriye mengemas, tup² demam panas plk hari ni, mcm mane nak g bercuti, nak g buat keje ( Audit) pastu nak g kenduri kahwin...kalau badan x sihat, hope cepat la kebah..

Bertambah lagi sakit kepala bila Mr. Papa call bgtau Organiser Wallet dia hilang pd td masa breakfast di cafe opis dia, dah la dlm tu semua My Kid Anak2, My Kad Mr Papa n segala jenis kad la + yg paling ralat duit yuran belajar RM1,300 ada dlm wallet tu..puas dh Mr. Papa cari x jumpe, mmg betul kehilangan disebabkan kecuaian Mr. Papa sendiri, tp siapa la yg amik tu mmg kitaorg x halalkan..:(, Ermm nak wat camner benda dh jd pun, lepas ni jgn cuai lg, pesanan utk diri sendiri jgk..lg plk dh beranak pinak pelupa jd nye. Anggap je la ini dugaan buat kita supaya kita lebih beringat di masa hadapan.

Skrg ni dua2 tgh pening sbb nak berjalan ke Gentingnye esok ni..x tau la mcm mane ni..jd ke x kami pergi..balik ni br nak bincang..ok la doa2kan Mama cepat sembuh n mana tau miracle kan ada org nak pulangkan wallet tu. Mmg hampa la Mr. Papa Wallet tu br je beli di Jakarta hari tu, baru sminggu guna la kiranya.

Sekian.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, August 6, 2013

Adik Ziqry Demam Panas | Zaquan n Ziqry Datang Kerja Opis Mama

As Salam,

Lagi 2 hari kita akan menyambut syawal 1434H, orang ramai pun dah mula bercuti, Tadika n Taska Zaquan n Ziqry pun dah mula bercuti dari 5hb - 13 Ogos 2013, fuhh lama tu cuti mcm cuti sekolah. Mama esok (7 Ogos 2013) baru mula cuti, so semalam dan hari ni terpaksa la Mama usung 2 hero Mama Zaquan n Ziqry ke opis.

Aduihai x diduga Ziqry pulak diserang demam panas pada ahad tengah malam, tp Mama redah je bawa dia g opis pg Isnin tu, mmg meragam je la dia, xmo tido baring, nak berpangku je, Alhamdullillah hari ni dah beransur sihat sikit tp still jgk meragam, riuh opis dibuatnya dgn jeritan suara tangisan dia..igtkan dah sihat sikit mood dia ok la bawa diri sendiri, sekali nak berkepit jgk dgn Mama, Abg dia pulak dh ada geng bermain, mmg srnok la ada kawan bermain sampai x igt dh adik dia, sampaikan Adik plk yg merengek2 minta Abg dia main sama.

Semalam Adik Ziqry longlai betul, sampai berpangku je dgn Mama, hari ni ada perubahan sempat la Mama snap pic2 dia hari ni.

muka bdk  x sihat, terlentok je

nmpk dia dh sihat sikit hari ni bila nak join abg dia bermain..
ni diorang main depan partition Mama je.


main Saidina, sbnrnya Abg n Adik bkn pndai main pun..kwn dia ni umur dh 8 thn, pndai la main..so dia mainkn utk 3 org..abg n adik cuma baling dadu je..huhu


ermm main sama2nye skjp je, semua xmo kwn ngan adik sbb adik bknnye pndai main sama, sudahnye itu yg adik berkepit je la ngan mama, main kat tempat mama je la dik..


Setelah puas menjerit & melalak sampai bingit satu opis akhirnya Adik Ziqry tido jgk, ini yg Mama taip laju² ni.


Ok la Adik Ziqry pun dh mula meragam nk tido berpangku pulak dgn Mama. Moga Adik Cepat Sembuh..AMIN, nak raya ni x syok la kalau anak² demam. Jgn Mama n Papa pun demam jgk nnti sudah...

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR & BATIN.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, May 2, 2013

Anak² Tak Sihat | Demam, Cirit Birit Dan Muntah² :'(

As Salam,

Sedihnya bila tengok anak² x sihat kan, My heroes Zaquan n Ziqry x sihat diserang demam, cirit birit dan muntah². Zaquan paling teruk cirit birit + muntah² n pertama kali dia sakit teruk sampai lembik dibuatnya. Ziqry pulak demam dan batuk.

Ermmm..Mama pun x pasti daripada mana puncanya berlaku / virus ape yg diorang kena, sekali tengok mcm keracunan makanan or maybe gastrik cuma kalau nak kata keracunan makanan kami berdua yg makan benda yg sama x kena pulak sakit perut n Zaquan pun selama ni x pernah ada sakit gastrik n biasa je kalau lwt makan. Ada jgk kawan² yg ckp  maybe sbb swimming punca anak² sakit (terlebih minum air klorin n air pool pun bknnye bersih sbnrnya kan)..Ermm ada betulnye jgk..means lepas ni Mama terpaksa slow kan aktiviti swimming kami, baru je planning nak masukkan Zaquan swimming class.

Berikut kronologi Zaquan n Ziqry diserang sakit:-

27 April 2013  (Sabtu)

Happy time..weekend kami dihabiskan dgn aktiviti swimming kali ni bersama Mr. Papa, syok la anak² Papanye ada sekali (pertama kali Papa joint kami swimming). Mmg kami mkn di luar di Restoran Maritim Boat Putrajaya - keadaan kesihatan seperti biasa je sampai ke pagi esoknya.

28 April 2013 (Ahad)

Hujung minggu, anak² pun pandai amik kesempatan bangun lewat, Mr. Papa lagi la bls dendam tido sbb minggu study week, selalunya hujung minggu kul 7.00pg Mr. Papa dah keluar rumah utk ke kelas. Pagi tu kul 10.00 pg jgk la baru anak² bangun. Pagi tu baru tersedar yang badan Ziqry tiba² panas, nampaknye Adik Ziqry diserang demam panas.

28.4.2013 - 10.00pg - Bangun² pagi dah tentu² la masing² kelaparan cari makanan, mmg selalunya pagi kami breakfast di Impian Maju je..ehhehe, tp pd hari berkenaan sbb Papa nak cover tido dia kan, xde lah Mama kejutkan Papa bawa kitaorang kuar g breakfast, tp Mama ada gorengkan nugget n sosej utk anak², tp sementara menunggu Mama masak tu diorang dah cover perut dgn roti dan susu dulu. Dalam masa yang sama lps goreng nugget dan sosej, Mama beriye la pulak nak buat kuih keria, buat la sekali dgn Zaquan, bersungguh Zaquan menolong n sgt x sabar nak merasa time belum goreng masa dok uli keledek dgn tepung, dia dah curi² makan adunan kuih tu..ermm x kan la Zaquan alah dgn keledek pulak.., Zaquan mmg excited sgt sbnrnya tolong Mama buat kuih, dia punye keria, keria Mickey Mouse lagi, tp sbnrnya dia x mkn langsung pun keria dia tu sbb dah kenyang makan nugget n sosej..(itu yg agak confius sbb musabab Zaquan diserang muntah² n cirit birit ni..), Time ni dia masih sihat n aktif seperti biasa.

28.4.2013 - 12.00 tgh - My Mum n Adik² Mama singgah rumah kami nak jumpe Zaquan n Ziqry, sempatlah hidangkan kuih keria yang Mama buat tu :), Zaquan n Ziqry pun happy je bermain mcm biasa w/pun Adik Ziqry demam.

28.4.2013 - 2.00ptg -  Wan Ummi, Mak Ngah Cbah n Mak Yang Zaquan n Ziqry dh nak balik, Zaquan pun menangis nak mengikut Mak Ngah n Mak Yang dia, Mak Yang dia x sampai hati n bawa jgk la Zaquan sbb diorang planning nak mkn Tutti Frutti di Seksyen 8, BBB. Masa ni la bermulanya Zaquan x sihat. Sampai² Tutti Frutti Mak Yang Zaquan n Ziqry pun pelik Zaquan teruja nak amik je lebih, tp dia tiba² xde mood nak makan, dia cuma lentokkan kepala di meja, Adik² Mama igt itu trick Zaquan utk ikut diorang blk (xmo dihantar ke rumah semula). Mak Yang Zaquan n Ziqry siap update gambar di Fb dia bgtau Zaquan xde mood sbb bersalah tinggalkan Adik Ziqry dirumah.

Pic Zaquan xde mood mkn tutti frutti pada 28.4.2013

Rupanye dia betul² xde mood sbb bdn dia tetiba rasa x sihat agaknye sbb OTW nak balik rumah Zaquan muntah selambak dalam kereta Mak Yang dia, keluar segala isi makanan nugget n sosej yg dia mkn. Balik lepas mandikan dia, dia terus tido sampai lah ke petang.

28.4.13 - 8.00 mlm - kalau siangnya dia muntah, mlm tu tetiba dia tercirit, sampaikan kami terpaksa pakaikan dia pampers, nasib la ada pampers size XL yg terslh beli utk Ziqry hari tu. Malam tu jgk Mr. Papa nak amik Motor di rumah FIL, so kami pun pergi rumah Atok n Nenek Zaquan n Ziqry slps isyak, OTW dlm kereta pun Zaquan tercirit lagi sampai bocor. sampai rumah Nenek dia, dia pun kelesuan terbaring je, time ni kami fikir maybe perut dia sebu masuk angin so Papa bagi dia minum air 100plus sikit, tp setengah jam lepas tu dia muntah balik. FIL n MIL mmg sarankan kami bawa je Zaquan ke emergency, tp Mr. Papa diam je, Mama ikut je Papa nak bawa Zaquan ke klinik/hospital. 

28.4.13 - 11.00mlm - Kami satu family bersama FIL, MIL n Adik² Ipar lepak minum di Impian lagipun Papa nak layan bola MU lwn Arsenal, kebetulan Zaquan tido dlm kereta dgn harapan dia sihat la keesokan harinya, lgpun stok smecta (ubat cirit birit) ada di rumah, budget nak bg dia minum air garam dan smecta je sbg cover sblm ke klinik. Tapi time ni pulak Adik pun berjangkit virus cirit birit ni, tercirit sampai bocor kena seluar yg dia pakai.

28.4.13 - 12.00mlm - Tamat perlawanan bola, kami pun minta diri balik rumah dulu, Zaquan tido dlm kereta time ni (kereta park depan mata kami je), time ni kami terus buat keputusan kena jgk bawa Zaquan ke klinik/hospital sbb dia boleh tercirit tanpa sedar, bayangkan dia boleh tido dgn tercirit n bocor time tu dlm kereta, balik rumah bersihkan zaquan dan basuh kereta n terus pecut g klinik dulu, dah masuk klinik jumpa doktor, bgtau masalah Zaquan n kebetulan time jumpa doktor dia nak termuntah terus doktor kata kalau kes camni dh kena dari tengahari tadi kena refer hospital terus ni, doktor dh ckp mcm tu kami pun  refer Ziqry je la.

@Klinik Zalfah, Bandar Baru Bangi
Zaquan yg dah kelesuan

Adik Ziqry pun dah terlelap, dia pun sama baru lps tercirit time ni.., tp Adik Ziqry ni tercirit slh satu sbbnya nak beralih bulan.


Dari klinik ke emergency, selesai g klinik kami terus ke emergency hospital kajang


No. giliran kami 2007 - pukul 2.11 pagi baru dipanggil.
Aduihai kesian sungguh rasanye time ni, tengah² pagi masih sibuk berurusan di hospital, dahla Mr. Papa ada final exam keesokkannnya, cian pd Papa jgk, time dia nak amik exam pulak anak² x sihat.


Resultnya: Dari pemerhatian Doktor Zaquan belum sampai tahap kena masukkan air w/pun kami rasa dia mcm dh lembik sgt sbb setiap apa yg dia makan keluar (muntah) ditambah dgn cirit birit lg. Doktor kata selagi dia ada perasaan nak makan tu kira ok lg, sbb Zaquan ni dia still nak mkn cuma bila mkn keluar blk. Doktor suspek Zaquan apendiks sbb selain dari muntah² n cirit birit, dia jgk sakit perut, bila Doktor tekan perut dia, dia ckp sakit n sakitnya lebih pada sebelah kanan. Tapi papehal pun doktor suruh pantau sampai keesokkan harinya dulu sbb time check up tu Zaquan xde demam² cuma muntah² n cirit birit sekali. In case kalau berlarutan jgk baru doktor suruh refer emergency semula n maybe warded. Malam tu kami cuma dibekalkan dgn ubat shj la.

Memang sedih rasanye sbb mlm tu lps kami bagi dia makan ubat n minum air garam, air garam tu keluar balik..bezanya malam tu dia dpt tido dgn lena tanpa cirit n muntah.

29 April 2013 (Isnin)

Mama kena la amik cuti kecemasan jaga Zaquan n Ziqry yg x sihat, Mr. Papa ada final exam, nasib baik jgk la examnye pada pukul 2.30ptg, kalau pagi mesti kelam kabut sbb kami tido pun nak dekat pukul 4.00pg kot br dapat lelap. Sempat la kami bersarapan sama² dulu, Pagi tu Zaquan cuma makan roti bersama teh o panas, baru makan sikit dapat bertahan 15 minit je lps tu muntah balik. Ciannye anak Mama, dah la masa nak muntah tu dia akan ckp 'Saaaakiitt' baru dia akan muntahkan. lepas sarapan bg dia makan ubat, terus lena sampai ke petang, tersedar pun cuma minta air Teh O pastu sambung tido semula, nampak mcm nak ok tp lps dia terjaga semula tu keluar blk air teh o tu.

Zaquan cuma mampu tido je la, tido pun siap spare gayong di sebelah utk tadah muntah dia


Adik Ziqry badan dedar2, tp alhamdullillah xde muntah², cirit pun sekali dua je..

Memang lena sungguh Abg dan Adik tido tengahari tu


29.4.2013 - 8.00mlm - Zaquan mmg xnk makan pun tp nasib dia masih nak minum air masak, cirit dia nmpk dah kurang n malam tu lps mandi dia pun dh xnk pakai pampers lagi. Ziqry pun nmpk dah sihat n aktif. Papa pun dah balik dari exam, alhamdullillah Papa kata boleh la dia jawab n hope keputusannya nanti pun memberangsangkan. 

cerita selingan :-Boleh pulak malam tu kami semua kepenatan tanpa sedar yang kami semua tido lena dgn pintu x berkunci, Mama dok igt lps Papa blk kelas pintu pagar rumah tu Papa dah kunci sbb mmg Mama nampk Adik Ziqry yg tutup pintu rumah tp budget pintu pagar papa dah kunci, yang Papa pulak igt Mama basuh kain so nanti mesti Mama nak sidai kain, tp ptg sampai ke mlm tu hujan, Mama pun fikir xpelah sidai kain esok je, lgpun nanti Papa kata nak pulangkan Motor pd Ayah mesti Papa akan kejutkan Mama time nak kuar rumah nanti, sekali 4 beranak tertido mati daa, MIL n FIL call pun x sedar, nasib la MIL n FIL tergerak nak dtg rumah, siap MIL naik atas kejutkan kami punyelah tido mati x sedar bunyi hp...huhu

30 April 2013 (Selasa)

Kebetulan Mr. Papa mmg dah amik cuti rehat pd hari Selasa sbb Isnin dia apply cuti tanpa rekod, alang² hari rabu cuti umum, dia terus la amik cuti hari selasa, kunun nak rehatkan minda slps sehari exam, tp mana nak sangka anak² sakit, so cuti jaga anak la, bergilir la kami, Isnin Mama jaga, Selasa Mr. Papa pulak  jaga anak. Pagi tu Mr. Papa la hantar Mama g keje bawa sekali la anak². Ziqry nampak dah sihat cuma Zaquan la still nampk lemah lagi..

Zaquan pada pagi hari selasa OTW hantar Mama g opis.


10.00 pg - Mr Papa call bgtau Zaquan still jgk muntah w/pun cuma minum air, so Papa nak bawa g klinik kesihatan pulak dgn harapan dapat la cek darah, tp bila pergi Doktor still kata Zaquan masih tahap ok n mcm biasa dapat ubat yg sama jgk..ermmm..hope sgt Zaquan cepat sembuh..

5.45ptg - Mr. Papa bersama anak² jemput Mama balik kerja, tengok Zaquan tido je dalam kereta, Papa kata Zaquan mcm tu la tido je, makan x lalu pastu dia ngadu sakit kepala pulak, badan dia pun dah mula panas..demam, masa chek up di klinik pagi tu suhu dia 37.5.  Disebabkan dia x makan n tido je, so xdelah dia muntah² n berak².

9.00mlm -  Sekejap² Zaquan terjaga dari tido, x selesa sbb badan panas n selalunya bila terjaga dia akan minta nak minum air, mama pun bagi, lega rasanye dia xde muntah², tp tercirit² pulak dia malam tu

Zaquan pd malam selasa, cirit, demam n sakit kepala pulak,
cian sungguh anak Mama, susut dah berat badan n nampak kurus sgt dah abg.
mmg time check up pagi tu berat turun  sampai 1.5 kg.



1 Mei 2013 (Rabu)

Selamat Hari Pekerja..hari ni cuti umum, Mr Papa ada planning nak bawa kami keluar berjalan ke shopping mall, Mr Papa nak abiskan baki baucer BB1M dia. Bila bgtau Zaquan kita nak g JJ, nampakla sikit ceria muka dia, bertambah ceria bila bgtau nak belikan buku kaler² utk Abang n Adik. 

Kami siap sedia pakaikan dia pampers..cian pulak tgk abg, rasa lain sgt tgk bdk umur 5 thn pakai pampers.., nasib pakaikan pampers, sampai² JJ, dia dah tercirit..itu x mkn ape pun lg tu cuma minum air suam dan ubat shj. Pagi tu offer dia makan Mc'D pun dia geleng xmo, selera makan dia dh kurang sgt..tp alhamdullillah selepas tunaikan hajat dia nak bermain games di Pusat Hiburan Sekeluarga JJ, dia happy n baru la nak makan, w/pun dia cuma makan 5 suap je tp at least dia nak makan..n lega jgk hati dia x muntah lps makan cuma mlm tu mcm biasa dia tercirit je..

Nampakla ceria sikit Zaquan n Ziqry w/pun ikutkan badan masing² x berapa sihat, tp ini slh satu cara psikology utk bg anak² bersemangat n happy.



2 Mei 2013 (Khamis)

Hari ni masuk hari yg ke -5 Zaquan masih berlarutan x sihat n Ziqry pulak on n off demam n batuknya masih ada, terpaksa la minta tolong MIL jagakan, nasib jgk MIL boleh tolong jagakan, mulanya nak hantar Zaquan je, Ziqry nak hantar g taska, tp Atok offer kalau dia demam xpelah Ziqry duduk dgn Atok sekali..Terima kasih Atok n Nenek yg sudi jagakan Zaquan n Ziqry. 

Sepanjang 5 hari anak² x sihat ni dah 2 klinik kami refer (klinik swasta dan klinik kesihatan), emergency hospital pun kami dah refer, nampknya kalau x ok jgk Zaquan sampai ke petang ni, kami kenalah refer pakar kanak² pulak.

Moga anak² Mama cepat sembuh, x sanggup tgk anak² Mama n Papa tanggung sakit sampai x bermaya. Moga adalah perubahan Zaquan hari ni..AMIN.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Saturday, March 9, 2013

Kerap Demam

As Salam,

Rasanye baru je Mama cerita yang Ziqry diserang demam panas pada 18 Feb 2013 disebabkan gusi bengkak nak tumbuh gigi, baru2 ni 5 Mac diserang demam panas lagi, macam biasa Cikgu Taska Ziqry akan call kalau tiba2 anak kita diserang demam panas, macam Ziqry petang 5hb tu Cikgunya call bgtau suhu badan Ziqry tinggi sampai menggigil, so kul 3.30ptg Mr. Papa pun jemput adik dari taska dia, nak x nak bawa jgk la Ziqry g opis Papa baru g klinik. Balik kerja terus g klinik kesihatan kat Bandar Baru Bangi. Memang just demam panas biasa je + selsemanya yg masih jgk x sembuh2..

Demam kali ni Ziqry meragam sangat, walaupun badan dah dedar2 pun merengeknye lebih, daripada pemerhatian Mama gusinya membengkak semula, itu yang sampai dia x selera makan, makan ubat pun x lalu. Selalunya Ziqry ni jenis yg senang nak makan ubat, selera pun kalau demam masih igt makan lagi..kali ni terasa betul tgk dia sakit. Mama EL pada 6 Mac 2013 jaga Adik dirumah, siap masak kan bubur utk bdk demam ni, tp seksanya nak paksa dia makan, mmg kena paksa sampai bg dia makan sambil dia berbaring..

Adik Ziqry sebelum, semasa dan selepas ke klinik..cian mmg muka x bermaya


Pagi lps puas menyusu badan, masa untuk makan ubat, tengok meronta2 nangis xmo makan ubat, kalau x abg punye ubat pun dia nak makan.


Selepas makan ubat dan mandi..terus lena, Mama pun terus lena jgk, sbb siyes time ni Mama pun rasa mcm Mama pun demam jgk, yelah cuaca panas skrg ni n now suara mama sampai serak2 basah sbb kering tekak.


Kalau sebelum ni Abg kalau Adik x g school dia pun sama nak ngelat xmo g school, tp kali ni abg good boy dia x ngelat dah, dia sendiri nak g school, akceli Zaquan ni mmg xde masalah nak g school setakat ni..srnok je nak g school cuma kalau kena angin tetiba xnk g school tu tau dah mesti adalah yg kat sekolah tu dia x berkenan.

Abg mau g school

p/s: di opis skjp, sbb amik brg yg tertinggal sambil tu terus up 1 n3 utk hari ni..hehe..sat g nak balik cheras skjp..
                 
Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, February 19, 2013

Result Darah Zaquan dan Check up Bulanan Ziqry 1 Thn 9 Bulan| Adik Ziqry pulak Diserang Demam!

As Salam,

Rentetan daripada Zaquan diserang demam panas pada 14 Feb 2013 n perlu amik darah untuk tahu kemungkinan2 lain dia diserang demam panas sbb kerap demam kan + sebenarnya masa tengah malam dia diserang demam panas, Zaquan terjaga tengah malam n bgatau Papa yg dia sakit telinga n mr. Papa pun amik la cotton bud utk check telinga dia tu kan n risau gak bila try masukkan cotton bud tengok lendir keluar dr telinga dia n dia kata sakit, Mama pulak time tu tido pun x senang..terjaga2 sbb zaquan pun asik terjaga2 kan, bila Mr. Papa bgtau cenggitu Mama pun nak sedapkan hati ckp..ohh rasa nye normal tu sbb dia selsema n batuk , so kahak tu keluar melalui telinga..sbb Zaquan n Ziqry Mama pernah refer ke klinik bila diorg sakit mata tp Doktor bgtau itu bukan sakit mata tp selsema yg dikeluarkan melalui saluran pancaindera mata.

Bila dah amik darah pada 14/2/13 tu n keputusannya lmbat pulak tu kami dapat, petang balik kerja baru kami dpt keputusannya..Darah merah Zaquan x ok.

Situasi dalam bilik Doktor untuk pemeriksaan Zaquan

Doktor: "kalau tengok result darah dia ni, pletlet darah putih ok..xde masalah tp darah merah dia ni bacaan x cantik..ada masalah sikit". 

Mama : (Dalam hati - Masa dengar tu mmg susah hati sgt sbb Zaquan ni kan ada penyakit G6PD mmg tiada enzim yg melindungi sel darah merah, so mmg kena jaga betul darah merah dia supaya x mudah pecah). Memang Mama tanye betul2 Doktor apa yg dimaksudkan Darah Merah dia x cantik tu n Mama bgtau la yg dia ni pengidap G6PD, adakah disebabkan itu? 

Doktor: Daripada pemerhatian dia bukan sbb G6PD tp lebih kpd kurang iodin/Zat Besi. Abg ni kurang makan ye..?, kurang makan sayur..?

Mama : Memang pun dia ni jenis memilih makan, kalau dia rasa x sedap n mkanan tu bkn makanan feberet dia mmg dia x akan makan, sanggup berlapar..

Doktor: x boleh la macam tu, abg kena makan sayur banyak..

Papa : Dengar tu..Abg kena makan sayur byk2 tau..

Zaquan: terkebil2 mendengar penjelasan doktor, Papa n Mama

Keseluruhannya xde lah penyakit merbahaya pun, tp ye lah demam panas kan boleh tangkap semua urat saraf, sbnrnya telinga Zaquan malam tu berair sbb suhu bdn dia panas sgt..mmg bahaya sgt sbnrnya kalau demam tangkap sampai ke telinga..boleh pecah gegendang telinga sbnrnya tau, alhamdullillah pagi tu Doktor check bgtau telinga Zaquan ok n doktor bg ubat titis telinga je..

Psikologi agaknye kan, bila g klinik automatik badan terus rasa sihat, padahal x mkn pun ubatnya lagi, sbb dah lwt petang baru dpt tau keputusan darah n dapat ubatnya. So 14/2/2013 tu disebabkan Check up je pun dah setengah hari, Zaquan xmo g school, sibuk nak ikut Mama g opis.., ermm ikut kan je..lgpun demam lg kan..so ptg tu..Zaquan teman Mama g opis..

Ubat2 yang Zaquan dapat..sekali 4 botol Antibiotik perlu Zaquan abiskan dlm masa 7 hari, Ubat Demam, Selsema, Ubat Titis Telinga dan Ubat Cacing.
Masa untuk makan ubat.
Alhamdulillah dua2 pun jenis suka makan ubat n senang nak bg makan ubat..especially si adik nye..x puas hati ubat Abg lagi byk dari ubat dia..
Masa mula2 nak masukkan ubat titis telinga ni Zaquan mcm seriau gak n tanya Mama dulu " ubat telinga ni sakit ke x Mama" sbb ada pengalaman masuk ubat bontot..dia fobia dah nak masuk ubat bontot.., masa nak masukkan ubat bontot dulu time tu  mula2 dia excited sgt n  berani lps tu dia x sangka sakit rupanye. Tapi Zaquan mmg good boy part makan ubat..dia mmg berani, time cucuk utk amik darah pun dia confident je n x nangis..
Ohh ye kalau nak tahu dan² petang lepas dapat tahu keputusan darah tu n slps Zaquan sendiri mendengar penjelasan doktor ttg sakit dia, dalam pada dia terkebil2 mendengarnya, rupanye dia faham..n terus ckp Abg nak makan sayur, kami pun petang tu terus makan di luar je..pesan la nasi goreng kampung..dia pun ckp nasi goreng nak sayur tau, bila nasi goreng kampung sampai..dia tanya x nmpk pun sayur (biasala order makan kat kedai kan..batang sayur je la yg lebih..sayur nye ada la 2-3 kerat je..). Ermmm...tp hari tu je la dia beriye nak makan sayur..ni dah sihat..lupa dah dia khasiat sayur tu..alasannya abg kan dah sihat..sabau je la..

Result Check up Ziqry 1 Tahun 9 Bulan.

Tinggi: 84cm
Berat: 11kg
Ukur lilit kepala: 46cm

Alhamdullillah Ziqry nampak sihat w/pun sbnrnya Ziqry dah sebulan jgk selsema batuk x hilang2 tp selera makannya normal..itu yg berat badan pun ok. Tapi disebabkan sebulan dah dia Selsema batuk, nurse suruh refer doktor untuk minta ubat. Bila check pernafasan/paru2 dia ok n doktor inform just pantau je la if dia sukar bernafas disebabkan selsema /batuk yg lama n bila bgtau Ziqry duduk nursery..doktor pun cakap 'ermm mmg x boleh nak elak kalau anak dok nursery kalau batuk/selsema sampai sebulan..,anak sy pun sama jgk w/pun anak doktor duk nursery kena selsema/batuk sampai sebulan'. So now..mmg pantau n maintain bg ubat

Ubat yang Adik dapat time Check up 1 tahun 9 bulan, sepatutnya dapat ubat Cacing je, tp sbb selsema n batuk masih ada..so adik dapat la ubat kahak n antibiotik. Ubat selsema Doktor kata kalau kanak² 2 thn kebawah diorang x galakkan ubat minum, dia bg ubat titis hidung.
Kalau Abg kena titis ubat di telinga, Adik pulak kena titis ubat di hidung..

Ziqry Pulak Diserang Demam Panas

Cian..Muka bdk demam
Semalam (18/2/2013) Ziqry pulak diserang demam panas, nmpk mcm berjangkit dari Abgnya tp sbnrnya Ziqry demam nak tumbuh gigi lagi..12 batang dah gigi Ziqry skrg tau..Mama perasan Ziqry demam sbb nak tumbuh gigi sbb dia asyik la dok tekan dgn jari dia gusi dia yg bengkak nak tumbuh gigi tu sampai meleleh air liur..Cian Adik..semalam terpaksa la Mama EL n adik x g taska, x sampai hati nak hantar adik g nursery dlm keadaan adik demam panas, dulu nenek jaga, mmg selamber je Mama g keje w/pun adik demam..hehe..sbb tau dah tentu2 terjamin dijaga oleh Atok n Nenek kan..so x delah risau sgt. Yg kelakarnya Abgnye Zaquan pun ngelat x mau ke sekolah, padahal Abg Zaquan dah sehat.

Alhamdulillah hari ni demam Adik dah kebah n dah boleh g school, Abgnye yg sibuk tanye, Adik dah x demam kan, Adik dah boleh g sekolah..sbnrnya dia jeles la tu kalau adik demam n x g school, dia pun sama nak ikut adik x mo g school..Hari ni dua2 g school ye..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, February 14, 2013

Abg Zaquan Demam Panas Lagi & Rutin Check up Bulanan Adik Ziqry yg Terlepas

Muka org demam/x sihat..
Adik Ziqry yg aktif..,
Hari ini Ziqry 1 thn 9 bulan 2 hari
As salam,

Bersiaran dr Klinik Kesihatan Bangi, hari ni kami g check-up bulanan Adik Ziqry yg terlepas..appointment sbnr 31/1/13 tp kad biru adik ada dlm kereta n kereta kan masuk bengkel sebulan..nasib baik jgk la jarak nye x jauh sgt..baru 2 minggu n bkn utk cucuk just pemeriksaan bulanan biasa utk check up 1 thn 8 bulan.

Abg Zaquan pulak diserang demam panas lagi..rasanye br bulan lepas g klinik sampai kena ubat bontot..ni demam panas lg..semlm ptg cikgu dia call mr papa bgtau suhu bdn zaquan tinggi sampai 39 darjah celcius n suruh bawa g klinik ptg semlm jgk, Cikgu dia pun ada maklumkan yg mereka dah mandikan Zaquan sampai 2 kali tp suhu dia tetap tinggi, lgpun klinik kesihatan putrajaya presint 9 sebelah school Zaquan je. Tp papa kata time dia jemput Zaquan tu dh kul 4.30ptg...klinik pun dh nk tutup..akceli ubat demam dia bulan lps masih ada dirumah...itu yg pg ni kebetulan mmg nk g klinik utk check up Ziqry sekali kan je la refer Zaquan di Klinik Kesihatan Bangi.

Mcm biasa ramai sungguh umat manusia di klinik skrg ni.., ni br lps amik ukuran berat n tinggi Ziqry je.., Zaquan pulak tgh tunggu nk amik darah. Hopefully result ok n anak mama cepat sembuh..AMIN.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, November 21, 2012

Demam Menyerang Lagi!

As Salam,

Dah masuk hari kedua Ziqry demam, cian anak Mama Ziqry selalu demam, boleh dikatakan setiap bulan mesti demam, antibodi dia lemah sikit nak dibandingkan Abgnya Zaquan. Kalau ikutkan abgnya tu ada G6PD tp aktif dan alhamdullillah sgt jarang diserang demam/sakit. 

Adik Ziqry setakat ni xde penyakit yg merbahaya cuma alah dengan telor sahaja tp kerap pulak diserang demam & cirit birit. Baru jerk baik dari cirit birit sbb beralih bulan now demam pulak..demam penangan durian agaknye..sgt hantu durian si kecik ni kebetulan tengah musim durian mewah la dia makan durian hasil dr kebun Atok n Nenek.

Ciannye kat dia, panas badan dia , nasib baik sekarang dia dah boleh terima kita letakkan kain basah di kepala dia. Kalau dulu dia marah letak tuala basah, now bila letak ckp kat dia adik panas kan, ni nak kasi sejuk smbil wat la muka sejukkk..dia pun nnti ikut buat muka sejukkk sambil tepuk2 kain basah dia tu. Lega la sikit dia nak kita tuamkan dgn kain basah dan akhirnya terlena.., Ziqry x suka pakai cool fever, Zaquan dulu senang nak pakai cool fever.
Pic Adik Ziqry mlm semalam

Semalam balik dari jemput anak², singgah makan  diluar, Zaquan lepas makan terus tertido, kat kedai makan lg dah tertido, balik rumah tinggal lah Adik xde geng nak main, selalunya kalau sihat habis Abg dia usiknya, selalunya Adik akan ajak Abg bergurau naik atas badan Abgnya kunun main kuda,  sampaikan Abg nak tido pun x senang, ni semalam adik demam elok jerk dia baring sambil tgk tv..langsung x kacau Abgnya..sampai la dia tertido sendiri..nasib baik jugak la kali ni Adik demam x meragam sgt..siap boleh terlena dgn sendirinya sambil layan TV.


Moga Anak Mama Cepat Sembuh..AMIN.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Saturday, October 13, 2012

Demam Rindu & Demam Beralih Bulan

As Salam,

Semalam call Papa, dapat berita badan Ziqry panas mcm nak demam..ohhh ciannye anak Mama demam.

cian dia..demam rindukan Mama ye, Mama pun rindukan Adik..


Hari ni Mama balik..Flight jam 11.50 pagi sampai KLIA jam 1.30ptg..x sabar nak peluk cium kamoo semua.

pic kenangan cuti2 GH pada awal thn 2012.
Insyaallah hujung bulan ni kita semua dpt bercuti kesini lg..Atok n Nenek nak sponser..hehe..:)

Selain daripada demam rindu, Ziqry setiap kali beralih bulan mesti demam, semalam 12/10/12 genap usia Ziqry 1 thn 5 bulan. Hope Adik cepat sembuh..AMIN.

p/s: 16hb besday Papa, sebelum bercuti kita sambut besday Papa..kita makan berempat pun dah ok..1st trial Mama wat choc moise cake menjadi..hope plan nak wat sendiri bday cake for Papa pun menjadi seperti mana rasa 1st trial..:)

*N3 auto publish*

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, July 30, 2012

Ciannye Anak² Mama..Dua² Tak Sihat | Adik Ziqry Hingga Ke Emergency!

Salam 10 Ramadhan,


Kisah minggu lepas, anak² mama yg x sihat, dua² x sihat, paling cian Adik Ziqry kena Cirit Birit sampai lesu n lembik badan.., Abgnya Zaquan pulak batuk². Akceli kami 4 beranak kena batuk mula berjangkit dengan Papa, lepas tu Mama pulak kena tp Papa n Mama maintain lagi bila sakit, Anak² sakit teruk dibuatnya.


Kebetulan masa Papa EL pada 25 Julai 2012@5 Ramadhan tu la Abg & Adik mula sakit teruk, dua² lemah, nasib baik Papa cuti dpt juga jaga anak² yg sakit.


ini masa tengah tunggu waktu berbuka n  tunggu Papa order Chicken Foldover (Buy 1 Free 1). Masa sampai Mc'D Papa tanya Zaquan nak mkn ape, Zaquan ckp dia x mo makan pape, dia nak tido..1st time tau smpai Mc'D dia xmo turun. So Mama pun duk dlm kereta jaga Abg, Papa bawa Adik g order. Tp maybe org ramai, lama gak la kami menunggu smpai Zaquan tersedar n tetiba teringat dkt Papa dia n ckp nak ikut Papa pulak, time tu la kami bergilir beratur..(Sorang 1 kupon jerk boleh tukar pun..)


muka org sakit, sampai rumah pun mmg dia terus baring n tertido time kami sibuk berbuka.


Ini pulak muka lesu Adik, kalau nak main dengan dia pun, dia x layan..

Ikutkan Mama ada g Klinik Pakar Kanak² An Nur pada 13 Julai 2012 ekoran masalah Adiknya 'Telur' merah melecet sampaikan nak basuh pun dia nangis, Mama rujuk Pakar sbb time tu Mama risau takut Ziqry kena 'Angin Pasang'. Rupanya bukan kena Angin Pasang tp doktor suspek merah tu sbb kesan cirit birit. Memang 2-3 hari sebelum tu Ziqry ada mcm tercirit jerk tp kami fikir itu disebabkan masalah beralih bulan, mmg setiap kali anak² Mama beralih bulan mereka selalunya kerap mmbuang air besar/badan mula la dedar².

Doktor  explain kalau kena 'Angin Pasang'  simpton telur dia tu  akan keras, tp time doktor pegang adiknye telur tu xdela mengeras n elok pulak time doktor pegang Ziqry x nangis pun...Doktor ada bg 2 jenis ubat Sapu & Ubat Cirit Birit (Smecta). Tapi itulah Ziqry x berapa suka mkn ubat Smecta tu. Itu yg melarat pulak cirit biritnya sampai keminggu berikutnya.


So pada hari Jumaat lepas (27 Julai 2012@7 Ramadhan) kami pun buat keputusan bawa anak² ke Klinik Kesihatan pulak. 

Ziqry yg masih lagi lemah..kurus sudah anak mama..
Dah la Cirit Birit x hilang, sekali tgk dkt kedua2 belah peha Ziqry ada kesan merah lebam n bengkak. Adeii masa bila pulak kena gigit ni..

Kami pergi Kilinik Kesihatan Bandar Bangi register sbg pesakit luar, register untuk dua² anak sekali, Lgpun Zaquan nya batuk pun x baik² pun lagi.


Kebetulan pulak Doktor yg kami jumpe tu Kak Yani (Isteri kepada Sepupu Papa) , So memudahkan la kami untuk berbicara masalah sakit Zaquan n Ziqry.  Keputusannya Ziqry kena amik darah dan bila keputusan darah menunjukkan yg mmg darah Ziqry ada sikit bakteria n Doktor bg ubat Antibiotik utk buang kuman berkenaan, dan utk kes Cirit Birit dia apa yg Doktor explain adalah memandang kan dah 2 minggu lebih Ziqry terkena cirit birit jdnya bdn dia pun dh x boleh nak menerima dgn susu sedia ada dah, so Doktor suggest tukar susu buat sementara waktu tukar kepada susu soya/bebas kandungan laktosa.

Cian adik nangis2 kena amik darah lebih2 lagi urat adik halus susah nak cari urat utk cucuk..dua² tgn kena cucuk sbb yg pertama x berjaya nasib baik sekali lg cucuk berjaya kalau x berjaya jugak kena cucuk kat lengan pulak.



Ubat Adik - Antibiotik, ubat cairkan kahak (Dalam masa yg sama adik Batuk & Selsema) dan krim sapu utk kesan merah di peha dia tu. Kesan merah tu doktor kata elergik..(mcm2 elergik pulak adik Ziqry skrg ni..)

Kak yani ada pesan Ubat Semcta tu mmg elok n itu antara pendekatan terkini utk redakan mslh cirit birit, akan tetapi klinik kerajaan mmg tidak bg kemudahan ubat Smecta n K.yani suggest beli di Farmasi n paksa jugak Ziqry mkn Smecta tu masukkan dlm air minuman dia.

Ubat utk Abg - Antibiotik, Batuk & Selsema.



Selesai urusan klinik, kami terus ke Manjaku cari susu yg doktor suggestkan..
Disebabkan emergency n Mama pun x sempat nak research pun pasal Susu Soya/susu bebas laktosa ni, jadinya Mama beli jerk Susu Isomil Plus ni. Mula² Adik xmo minum langsung pun susu ni, alhamdullillah now dia dh nak minum susu soya ni.


Selepas selesai semua urusan, kami masuk kerja seperti biasa & hantar anak² di rumah Mak. Balik² kerja Mak&Ayah bagitau Ziqry semakin teruk adalah, xmo mkn & minum langsung..bertambah² lesu.., Jadi nya lepas berbuka kami terus ke Wad Emergency Hospital Kajang..risau jugak kami kalau anak x sihat2 ni, takut penyakit lain pulak yg dpt. Lagipun takut Ziqry kena Dehidrasi (kurang air dlm badan).


Menduga betul kalau ke Emergency ni kan, mana² Wad Emergency pun msti ramai orang, kami sampai jam 8.30mlm urusan selesai jam 12.00mlm. Keputusannya masih sama..hasil pemeriksaan darah Ziqry menunjukkan mmg ada kesan bakhteria tp masih lagi peringkat yg ok belum kritikal lagi dan pemeriksaan secara klinikal oleh Doktor pun, Doktor tgk Ziqry masih lagi sihat..(tp iyela hati IbuBapa yg menengoknye, anak x sihat sikit pun hati dh x sedapkan). Ubat yg doktor bg cuma air garam jerk..


Abg & Adik@Emergency, 
Abg layan games kat Tab, 
Adik yg cedih sbb pagi dh kena cucuk, mlmnya kena cucuk lagi..kali ni adik nya tindakan refleks lg teruk menjerit siap kaki nak tendang² misi yg tgh cucuk adik..huhu


Alhamdullillah masalah cirit birit Adik dah pulih secara total pada 29 Julai 2012. (semalam x membuang lgsung la pulak..), tp pagi ni badan adik pulak dedar² mcm nk demam panas pulak.., Zaquan pulak batuk masih ada tp under control..x demam. Hopefully anak² Mama n Papa ni cepat sembuh ye..AMIN.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails