Showing posts with label Abah. Show all posts
Showing posts with label Abah. Show all posts

Sunday, December 7, 2014

Semoga Abah Diberikan Kesihatan Yang Baik

Assalammualaikum,

Pagi khamis (20 Nov 2014), Mama dapat berita daripada adik perempuan kedua Mama bgtau Abah diserang sakit jantung lagi, ini merupakan serangan jantung yg ketiga sepanjang tempoh Abah diketahui ada penyakit jantung bermula tahun 2004.


Mama dimaklumkan abah diserang sakit jantung lebih kurang sama seperti kali kedua kena serangan 2 tahun lalu dimana abah batuk berdarah, muntah dan terus mengadu sakit dada dan my adik terus bawa ke emergency ward HUKM.

Pada hari Khamis berkenaan Mama terlibat dengan kursus, nasib baik kursus in house dalam opis je, jadinya hari Khamis tu Mama amik time off/half day, tengahari dari opis jemput Ziqry di taska terus pecut ke hospital HUKM (Zaquan bercuti bersama atok n neneknya di Tanjung Balai, Pulau Karimun dan Johor di ketika itu).

1st time ni Mama drive sendiri dari opis ke HUKM, redah je, mmg la Mama tau HUKM tu dimana tp selama ni org yg bawa x pernah lagi drive sendiri, alhamdullillah dipermudahkan, selamat sampai x sesat dan senang dapat parking. Mama dimaklumkan yg Abah masih di emergency ward, sesampai je di HUKM Mama pun terus la ke emergency, cian jgk dkt Adik Mama dia sorang² uruskan Abah dr kul 9pg x selesai² lagi masa mama sampai tu dah pkl 2 lebih, kebetulan dia pun masih ada urusan di sekolah, jd Mama plk take over tunggu Abah di emergency, Adik² yg lain jauh, diaorang sampai petang time waktu melawat. 

Pkl 4ptg jugalah baru dapat result Doktor samada abah perlu warded atau tidak, disaat dipanggil waris kepada pesakit Mohd Zin sila masuk ke emergency ward, berdebau pun ada + aduihai macam mana nak masuk ni sbb bdk x dibenarkan masuk, nasib baik jgk mood Ziqry ok dan misi yg bertugas time tu pun layan baik siap offer Ziqry duduk di kaunter dgn dia, dapat la mama uruskan dgn mudah.

Ermmm..keputusan doktor nampaknya Abah kena warded, dimaklumkan abah akan ditahan di Wad Pemulihan Jantung di TIngkat 6, HUKM. Ini kerana doktor perlu pantau memandangkan abah ada muntah pagi tu, nak pastikan abah x muntah lagi pd hari tu sbb kebarangkalian untuk diserang sakit dada lagi adalah tinggi.



Selepas selesai urusan pemindahan ward dr emergency ke Ward Pemulihan Jantung, Mama terus inform pada adik beradik yang lain Abah confirm kena tahan ward n kebetulan jam 4.30pm dah waktu melawat n my adik yg dari Shah Alam pun dah nak sampai dialah yg tolong amik my mum melawat Abah di ward.

My Abah kena tahan wad selama seminggu lebih juga la, kena buat endogram dan ganti belon lagi, menggantikan belon yg dimasukkan pada tahun 2012, nampaknya saluran jantung Abah tersumbat lagi, yang paling merisaukan kami semua my Abah berkemungkinan mengalami masalah kegagalan buah pinggang berfungsi buat sementara plk, serius mmg kami semua sgt susah hati kalau kena 3 penyakit serangkai - Jantung, Kecing Manis dan Buah Pinggang ni, susah la..x sanggup rasanya tgk if lps ni Abah kena buat rawatan Dialisis. My Mum cuba jgk rawatan tradisonal amik air penawar dari Ustaz Dr Rashid sbb doktor pesan my Abah kena byk minum air masak. Alhamdullillah my Abah xde la kena sampai tahap dialisis.

 My Abah hari kedua di Ward Pemulihan Jantung HUKM


Abah selepas endogram..



Terima kasih buat makcik² kami yg datang melawat
now mentang² la dah ada group wasap family adik beradik abah, makcik² pun dok update pic dalam whatsup group huhu....

Alhamdullillah Abah selamat keluar wad pada 28hb Nov 2014(Jumaat), nampak sgt Abah masih x sihat sbnrnya, sbb 2 hari sblm nak keluar  wad yg br doktor detact kemungkinan kegagalan buah pinggang x berfungsi buat sementara waktu, masalah jantung slps buat endogram nampak dah ok.


Mmg sedih tgk Abah x berapa sihat slps keluar dari ward, ni pic masa minggu lepas Mama dtg melawat abah slps keluar ward, Abah terbaring je sbb kaki bengkak. 


Alhamdullillah, minggu ni Abah dah beransur sembuh, bengkak di kaki dah surut, Abah pun dah mula bekerja seperti biasa.


Ya Allah Ya Tuhanku kau berikan lah kesihatan yang baik buat Abahku..AMIN.

P/S :- 2-3 minggu ni Mama bz, bz dgn keje audit, holidays, balik holidays keluar audit lagi, kursus plk, dapat berita abah sakit n last audit pada 24-28hb Nov 2014, jadinya Blog mama pun x berupdate..ikut kan byk benda nak simpan dlm blog my memories ni tp x berkesempatan.., nampak gayanya n3 percutian akan tersadai lagi la..huhu..

P/S:- N3 auto publish..hujung minggu tuan tanah bz g kenduri..
N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Sunday, May 27, 2012

Terkini Tentang Abah.

As Salam,

Ekoran daripada Abah mama terkena serangan jantung kali kedua pada 21 Mei 2012 dan memerlukan pembedahan jantung dengan segera. Alhamdullillah, Abah mama dah selamat menjalani pembedahan jantung kedua pada 24 Mei 2012, Pembedahan Jantung Pertama pada 21 Mei 2012 dan kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di HUKM. Insyaallah 3-4 hari lg akan keluar Hospital.

Mengikut apa yg my mum cerita pada mama bagaimana mulanya kejadian Abah diserang serangan jantung, sedey jerk mendengarnya:-

Pagi lebih kurang jam 6 pagi (21 Mei 2012) Abah mama batuk2, batuk2 sampai batuk berdarah dan muntah darah, lepas tu my mum pun risau la bila tgk Abah dah muntah2 darah bagai & dalam masa yang sama Abah berpeluh sampai menitik2. Abah minta my mum tolong sapukan minyak angin, tp my mum ckp " mcmmane nak sapu minyak angin, badan awk berpeluh2 ni". my mum dapat rasanya yg Abah terkena serangan jantung & nasihatkan Abah pergi klinik@Hospital. Maybe Abah pun mmg dapat rasakan yg dia sakit dada & terus suruh my mum call salah seorang anak yg boleh bawa g klinik@Hospital. My Mum terus call adik mama yg kedua tu sbb dia dok dekat dgn kawasan rumah my parents. 

Pagi2 tu jugak Adik Mama terus bawa Abah & My Mum ke Emergency HUKM, Alhamdullillah Abah orang yg pertama tunggu giliran dan apabila diperiksa oleh Doktor, rupanya ada 2 saluran jantung Abah yg tersumbat, 1 pada saluran yg lama dh buat "by pass" tersumbat kembali dan terdapat 1 saluran baru yg dikenalpasti telah tersumbat. Pagi tu juga Abah kena operate, Operate jantung ni ada mcm2 istilah & ada byk cara, Kali ni Abah kena operate "Masukkan Belon". Belon ni dalam bentuk cecair & abah dioperate di Peha untuk masukkan Belon tu naik ke atas saluran Jantung.

Abah selepas hari pertama operation jantung yg pertama (21 Mei 2012). Masa ni mmg nmpak Abah x stabil lagi, iyelah baru lepas operate.
Masa ni lepas habis waktu bekerja Mama terus g melawat Abah, w/pun nmpk x stabil tp Abah masih boleh berckp & bgtau ape yg dia rasa ketika ini & apa yg berlaku semasa dia diserang serangan jantung, mmg dia ada bgtau yg dia rasa sakit dada pada pagi tu.

Abah 2 hari selepas operation jantung kedua (24 Mei 2012)
Abah dah nmpk sihat, ni masa kami melawat Abah di Wad HUKM semalam (26 Mei 2012). Dah boleh melayan cucu2.

Ziqry pun nak bermanja ngan Atok, Pantang nmpk makanan n pantang disua msti dgn rela hati suka disuap + sgt kuat makan.


Alhamdullillah Abah nmpak stabil & sihat selepas pembedahan. Ya Allah Ya Tahunku Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Kau Berikanlah Kesihatan Yang Baik Buat Abahku, Moga Abah cepat sembuh & boleh menjalani kehidupan seperti sediakala..AMIN.

P/S: selepas selesai melawat Abah, kami ke tingkat 2 pulak x sabar ni nak melihat anak buah twins..nnti mama story di lain N3.


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, May 21, 2012

Abah diserang serangan jantung Dan menjalani pembedahan jantung ketika ini!

As Salam,

Pagi tadi mama mandapat perkhabaran yg mendukacitakan bila mengetahui yg Abah mama kena serangan jantung. Itu pun lewat mama dapat berita pukul 11.15 pg adik mama bgtau yg Abah kena serangan jantung & sedang di dalam bilik operate di HUKM.

Sebenarnya hari ni mama ada audit 3 hari. Nasib baik mama audit dlm Putrajaya, kalau outstation susah hati dibuatnya. Kebetulan Pagi td mama call rumah my parents utk minta tolong my mum jaga zaquan& ziqry esok & lusa sbb MIL pun ada check up bulanan. Patut la mama call x berangkat2 rupanya ada emergency berlaku pd my family.

Nasib baik ada adik yg duduk dekat dgn rumah my parents. Adik mama yg no.2 la yg uruskn semuanya tadi & bila Abah dh selamat masuk bilik operate br adik mama sms bgtau pd semua adik beradik.

Alhamdullilah now pembedahan dh slmt pun dijalankan pd jam 12 tgh tadi. Dah bgtau papa balik keje ni nak terus g melawat Abah di HUKM.

ikutkan Abah mama mmg ada history penyakit jantung dan pernah buat operation 'by pass' di HUKM juga pada tahun 2004 serta mmg setiap bulan buat pemeriksaan di HUKM kini.

Moga Abah mama Cepat Sembuh dan dipermudahkn segalanya. Mohon doa dari kawan2 sama utk Abah mama.
posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails