Showing posts with label MAT SABU. Show all posts
Showing posts with label MAT SABU. Show all posts
Terlibat Dengan Syiah Boleh Dikenakan Tindakan...!!!!
KUALA LUMPUR 24 Sept - Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan ajaran Syiah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Bahrom berkata, hanya mereka yang mempunyai bukti kukuh terlibat dengan ajaran Syiah sahaja yang akan diambil tindakan dan didakwa di mahkamah.
"Tindakan boleh diambil oleh Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) berdasarkan Akta/Enakmen Jenayah Syariah Negeri masing-masing.
"Setakat ini terdapat 16 tangkapan, 120 pemeriksaan dijalankan ke atas mereka yang disyaki dan 139 kes lagi dalam pemerhatian JAIN." Katanya ketika menjawab solan Ahli Parlimen jelebu Tuan Haji Zainudin Ismail pada sidang dewan rakyat di Parlimen hari ini.
Tambah Jamil, kerajaan sentiasa peka dan memandang serius terhadap penyebaran mana-mana doktrin yang menyeleweng daripada ahli sunnah wal jamaah termasuklah fahaman syiah.
"Umat islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran islam yang berdasarkan pegangan ahli sunnah wal jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
"Memperkukuhkan bahawa ajaran islam yang lain daripada pegangan ahli sunnah wal jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang islam dan penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan ahli sunnah wal jamaah adalah dilarang."
Jelas beliau, syiah sering menekankan konsep taasub kepada pemimpin serta mengkafirkan mereka yang tidak sealiran dengan mereka fahaman yang seumpama ini jika dibiarkan tersebar dan mengumpul pengikut akan menimbulkan ketegangan dan pertelingkahan dalam masyarakat sekaligus mengancam keselamatan. Rakyat News
Othman Abdul Bakal Tumbangkan Mat Sabu di Pendang...!!!
Jika PAS adalah parti yang waras, tentu sekali mereka tidak akan membiarkan seorang seperti Mat Sabu berada dalam senarai kepimpinan tertinggi. Jika PAS disokong oleh orang-orang yang waras juga, tidak mungkin Mat Sabu akan dijulang sebagai tokoh penceramah tersohor.
Ini kerana orang-orang yang waras tidak mungkin ‘mampu’ mendengar ceramah kosong dan lawak bodoh Mat Sabu lebih dari lima minit. Namun, inilah hakikatnya parti PAS, iaitu dianuti oleh orang-orang yang kurang waras belaka.
Mat Sabu terkenal antara pemimpin tertinggi gerakan Syiah di Kedah, dan rangkaian Syiah itu dikatakan berkembang agak pantas setelah PAS memenangi negeri Kedah serta Mat Sabu mendapat jawatan Timbalan Presiden parti.
Mat Sabu juga sehingga kini masih belum dapat membersihkan namanya dari skandal khalwat termasuk rakaman perbualan seks dengan pasangan khalwatnya yang juga isteri rakannya sendiri. Selain itu, Mat Sabu juga merupakan balaci peringkat tertinggi bagi DAP dalam melaksanakan agenda mengubah sejarah, mengiktiraf komunis serta memijak-mijak Melayu.
Namun, siapa atau apapun Mat Sabu itu, PAS tetap memilih untuk menidakkan segala kebobrokan Mat Sabu serta terus menjulang dan menimangnya.
Justeru, salahkah kita jika merujuk kepada PAS sebagai ‘tidak waras’?
Dalam PRU kali ini, Mat Sabu terus diusung untuk bertanding. Dikatakan sebelum ini Mat Sabu ‘merayau-rayau’ mencari kawasan kerana keadaan kelihatan sedikit sukar baginya. Akhirnya PAS telah memutuskan Parlimen Pendang untuk Mat Sabu, mungkin untuk menyediakan beliau menjadi Menteri Agama, sekiranya PR menang PRU ini.
Tindakan PAS mengenepikan penyandang Dr. Hayati Othman yang telah dua penggal menjadi wakil rakyat kawasan itu membuktikan betapa PAS mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa masyarakat Pendang boleh diperkotak-katikkan.
Dari segi fakta, keyakinan PAS tersebut adalah agak keterlaluan. Kita yakin rakyat Pendang bukanlah ‘tidak waras’ seperti yang PAS sangka. Dari tahun 1986 hingga 1999, kawasan itu diwakili oleh UMNO melalui Datuk Othman Abdul.
PAS hanya dapat menawan kawasan tersebut apabila meletakkan tokoh tertinggi iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Noor pada 1999. Apabila Dato’ Fadzil Nor meninggal dunia, UMNO memenangi semula kawasan tersebut dan PAS hanya merampasnya kembali melalui Dr. Hayati pada tahun 2004 yang mengekalkannya sehingga 2008.
Pengekalan Dr. Hayati selama dua penggal, membuktikan bahawa beliau antara segelintir wakil rakyat PAS yang berkesan. Justeru, mengenepikan beliau untuk digantikan dengan Mat Sabu, seorang Syiah merangkap pesalah khalwat dan balaci kafir harbi merupakan satu ‘perjudian yang besar’ bagi PAS.
Lebih-lebih lagi, apabila Mat Sabu bakal bertemu dengan penyandang awal selama 3 penggal, iaitu Dato’ Othman Abdul.
Lebih menarik lagi apabila penyokong Dato’ Othman Abdul bukanlah satu-satunya tentangan yang bakal Mat Sabu hadapi, tetapi beliau juga perlu berhadapan dengan penyokong Menteri Besar Kedah, iaitu Dato’ Seri Azizan Razak.
Umum sedia maklum akan keretakan hubungan Azizan dengan Mat Sabu, melalui rangkaian Syiah yang membawa kepada Phahrolrazi, iaitu exco Kedah yang mencabar Azizan secara terbuka dan biadap suatu ketika dahulu.
Azizan dikatakan cukup ‘pantang’ dengan kumpulan Syiah di dalam PAS, namun terpaksa bertolak ansur dengan mereka akibat campurtangan dari pusat. Penyokong-penyokong PAS di Kedah majoritinya, memilih untuk berdiri di belakang Azizan.
Ini pasti menjadikan laluan untuk Mat Sabu menjadi sukar sekali gus meluaskan lagi peluang bagi Dato’ Othman Abdul untuk menang.
Justeru, dengan sedikit kerja keras, kita pasti Dato’ Othman Abdul akan berjaya menumbangkan Mat Sabu di Pendang dengan mudah.
Rasanya, tidak perlu diungkit kebebalan Mat Sabu, cukuplah membiarkan Mat Sabu membebalkan dirinya sendiri di dalam ceramah-ceramahnya. Kita pasti, rakyat Pendang cukup waras untuk tidak memberi kemenangan kepada calon seperti Mat Sabu.
Mat Sabu juga buat 'pusingan U'...!!!
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (gambar) yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam akhirnya mengubah pendiriannya dengan bersetuju keputusan Majlis Syura Ulama Pas bahawa kalimah itu adalah khusus untuk agama Islam.
Mohamad berkata, beliau senada dengan keputusan Majlis Ulama Pas iaitu kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.
Katanya, walaupun dalam Majlis Ulama Pas ada menyebut orang bukan Islam bebas mengunakan nama Allah tetapi terjemahan harus berhati-hati sebab Allah adalah tersendiri.
"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura. Soal pengunaan Allah dalam Bible selepas ini terserah kepada kerajaan sebab mereka yang memerintah, kita hanya mampu memberi pandangan," katanya.
Namun ketika ditanya kenapa sebelum ini beliau menyokong orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, beliau berkata, itu hanya pandangan peribadi beliau.
Beliau yang cuba mengalihkan perhatian dengan bertanya wartawan mengenai isu lain berkata demikian semasa ditemui selepas merasmikan Markas Pilihan Raya Muslimat Pas Parlimen Kota Bharu di sini malam tadi.
Mohamad sebelum ini bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.
Keputusan itu selari dengan ketetapan yang dibuat oleh majlis pimpinan pakatan pembangkang yang disertai Pas, DAP dan PKR yang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama dengan syarat tidak disalahgunakan.
Ketetapan pakatan pembangkang itu bagaimanapun ditolak pelbagai pihak termasuk Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris dan mufti-mufti negeri.
Semalam Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga membuat 'pusingan U' dalam isu kalimah Allah selepas Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya membuat keputusan tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah suci itu.
Sementara itu, Pas dilihat terus mengambil kesempatan pada setiap majlis atau ceramah yang diadakan mereka dengan menjual buku Amanat Haji Hadi.
Pada majlis semalam, petugas Pas dikerah menjual buku berkenaan kepada orang ramai yang datang dengan harga RM5. Utusan
Mat Sabu Sudah Bersedia Jadi Presiden PAS

Tumpuan utama muktamar PAS ini mungkin sahaja berlegar pada persediaan PAS sempena Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) memandangkan sudah keluar arahan rasmi pimpinan tertinggi parti yang mahukan ahli dan pewakilan PAS dari seluruh negara hanya memfokuskan perkara tersebut.
Namun kekecohan isu akidah & kebebasan agama untuk orang Melayu Islam yang membabitkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dijangkakan akan turut mewarnai persidangan ini.
Ringkasnya muktamar PAS kali ini sememangnya agak dinantikan ramai, jika tidak kena gayanya ia akan menjadi yang terhangat dan paling panas.
Selain isu Nurul Izzah dan fahaman liberalnya, isu hudud serta peranan PAS dalam PR yang semakin mengecil, pemerhati politk menjangkakan peningkatan imej Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang semakin membayangi ketokohan Hadi Awang sebagai Presiden juga akan menarik perhatian ahli dan perwakilan PAS.
Suara-suara kebimbangan dari para pewakilan dan pemimpin PAS tentang kemungkinan muktamar PAS ke 58 ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Mat Sabu untuk melebarkan pengaruh Syiah dan memperkuatkan penguasaannya dalam parti juga sudah mula kedengaran.
Kebimbangan mereka ada asasnya, sementelah lagi cengkaman kuasa Hadi dalam PAS semakin longgar selepas beberapa pemimpin kanan PAS dari kumpulan Kerajaan Perpaduan (UG) yang rapat dengan Hadi tewas satu demi satu hasil permainan politik kumpulan Anwarinas.
Dengan kerjasama dan dokongan sebahagian besar AJK PAS Pusat yang tika ini terdiri daripada geng Anwarinas, ada kemungkinan pada tahun depan pertembungan antara Hadi dengan Mat Sabu tidak dapat dielakkan lagi.
Namun sebelum itu, orang kepercayaan Hadi iaitu Mustapha Ali yang sekarang diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung PAS bakal diterajang terlebih dahulu oleh kumpulan Anwarinas dan penyokong Mat Sabu.
Video seks Mustapha Ali yang berasmaradana dengan beberapa orang GRO khabarnya sudah berada dalam tangan kumpulan Anwarinas dan hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk mendedahkannya kepada umum bagi membunuh imej politik orang kanan Presiden PAS itu.
Selepas itu, ayam tambatan Anwar Ibrahim dalam PAS, yakni Kamaruddin Jaafar bakal dilantik sebagai Setiausaha Agung.
Jika segalanya berjalan seperti dirancangkan, besar kemungkinan mudah untuk Hadi terpelanting dari jawatan Presiden dan nasibnya mungkin sama buruk seperti pernah dialami Allahyarham Asri Muda.
Tidak dapat tidak, PRU 13 kelak bakal ternoktah sebagai pilihanraya terakhir untuk Hadi dan mungkin merintis kepada kejatuhan besar-besaran pengaruh PAS dalam arena politik tanahair.
Mat Sabu Hilah Setelah Rempuh Pagar Polis...
“Adakah kemungkinan rekod dunia terbaharu akan tercipta dalam Bersih 3.0 ? Mungkinkah ada peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang akan mati lebih dari dua kali lantaran memecah rekod yang dicipta dalam Bersih 2.0 sebelum ini.
Adakah polis akan buat aksi transformer bila Land Rover polis bertukar menjadi kereta Waja yang didakwa langgar Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu aka Mat Sabu .
Agendadaily sekadar meminjam coretan dari blog Kickdefella bertarikh 27 April – Dua hari sebelum Bersih 3.0 merusuh di sekitar Dataran Merdeka, petang Sabtu.
Ianya sekadar mahu mengimbas kembali cerita Mat Sabu yang dakwa dirempuh kenderaan polis dan terpaksa menerima rawatan ketika Bersih 2.0 tahun lalu.
Mat Sabu bernasib baik pada kali ini kerana beliau tidak mengalami apa-apa kecederaan walaupun polis dituduh bertindak kasar dan ganas bagi menyuraikan peserta Bersih.
Namun, mungkin mata Mat Sabu terkena juga gas pemedih mata menyebabkan pandangannya berpinar atau kabur sehingga dapat melihat individu memotong dawai penghalang yang direntang polis di laluan masuk ke Dataran Merdeka.
Sekurang-kurangnya empat laluan disekat polis dengan kawat berduri iaitu dari Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka, dari arah Masjid Negara serta Leboh Pasar Besar berdepan pejabat Majlis Peguam.
Tidak pastilah di mana Mat Sabu berada dan melihat individu yang dikatakan peserta Bersih 3.0 itu kelihatan profesional memotong kawat berduri di sekeliling Dataran Merdeka.
"Individu terbabit dilihat begitu profesional kerana dapat memotong dawai berduri itu dengan pantas, yang akhirnya memberi peluang kepada polis untuk 'mengganas' selepas itu," kata beliau pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur Ahad.
Sambil menolak segala provokasi berpunca daripada peserta Bersih 3.0, Mohamad berkata penyokong himpunan itu tetap berada dalam keadaan terkawal, walaupun jumlahnya mencecah puluhan ribu.
Jika ingin tahu, peserta demo Bersih 3.0 yang merempuh masuk adalah mereka yang berhimpun dari Jalan Tunku Abdul Rahman/Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut.
Malah Mat Sabu tidak kelihatan di lokasi tersebut sebelum dan selepas peserta Bersih merempuh sekatan polis tersebut.
Sebelum itu, tidak kelihatan sesiapa yang memotong kawat besi yang direntang pihak berkuasa sebalik perserta Bersih dan Unit Amal PAS di barisan paling depan bertindak memijak kawat tersebut, merosakkannya dengan kon penghadang serta meletakkan banner di atas kawat itu sebelum memijaknya.
Dengan cara itulah mereka dapat merempuh masuk dan cuba berlari ke Dataran Merdeka tetapi berjaya dihalang polis yang melepaskan gas pemedih mata serta water canon.
Bagaimanapun, lidah rasmi PAS, Harakahdaily.net melaporkan seolah-olah apa yang dikatakan Mat Sabu dalam sidang media itu benar belaka sama sepeti laporan semalam apabila menemubual seorang peserta yang mendakwa jadi saksi melihat kereta peronda polis yang merempuh pokok di depan Sogo.
Dilaporkan kononnya peserta Bersih 3.0 menterbalikkan kereta pronda itu untuk menyelamatkan seorang wanita yang terperosok di bawah kenderaan itu selepas dilanggar.
Namun, tidak dinyatakan sama ada betul atau tidak ada wanita di bawah kenderaan tersebut.
Jika ada dan masih hidup, tentu bertuah wanita tersebut apatah lagi jika tidak mengalami kecederaan.
Itulah kisah Mat Sabu dan media milik pembangkang ‘spin’ insiden Bersih 3.0.
Harap-harap Mat Sabu tidak meracau kerana terhidu asap gas pemedih mata. :- Agenda Daily
HOT BEB..!!!! MAT SABU AKAN LANCARKAN BERSIH 4.0..!!!
Tetapi akhbar Amerika mendedahkan bahawa tuntutan BERSIH lebih dari itu. Permintaan Mat Sabu untuk meminta pengurusi SPR meletak jawatan telah pun dinyatakan di akhbar Amerika tersebut sebelum Mat Sabu mengeluarkan kenyataan pada hari ini.
Jangan terkejut di masa terdekat puak-puak penjilat Ambiga akan meminta agar PRU nanti dipantau agensi luar negara kerana berdasarkan kepada situasi, segala tindakan para penjilat Ambiga selari dengan kenyataan akhbar tersebut.
Tetapi berdasarkan kepada kenyataan Ambiga, BERSIH 3.0 merupakan terakhir walaupun didesak banyak pihak agar menganjurkan satu lagi acara yang serupa seperti itu. Tetapi berdasarkan kepada statistik, kata-kata Ambiga semuanya tidak boleh dipercayai. Malah semua pun tahu janji-janji Ambiga gagal ditunaikan.
Selepas ini jangan terkejut pula seandainya ada BERSIH 4.0, BERSIH 5.0 dan seterusnya kerana perkara pokoknya kumpulan monyet yang diketuai Mat Sabu sememangnya gemar berdemo. Mungkin melalui berdemo sahaja mereka dapat menyelami perasaan sebagai seekor monyet berbanding hanya sekadar berceramah.
Tambahan pula, BERSIH 3.0 ini merupakan salah satu cara kempen pembangkang. Oleh itu, jangan sesekali tertipu dengan politik kotor pembangkang.
Nota: pernahkah anda terfikir bagaimana Anwar mampu membayar kepada kesemua pendemo seramai 50,000 orang minimum RM 150 seorang? (RM 150 x 50,000 = RM 7,500,000!) :- TAUKE IKAN
BUkti Air Liur Pun Mat Sabu Pecaya....!!!
Keadaan dalam bilik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sibuk sekali. Semuanya gara-gara masa Anwar untuk mengagihkan tugas membuat sidang media berhubung 2 kisah dongeng rekaan Pakatan Rakyat, sudah sampai. Wartawan khabarnya dah tak sabar menungggu , jurugambar juga begitu.
Antara yang mencuri perhatian Anwar ialah, kepada siapa kisah dongeng bertajuk “Task Force Pengundi Warga Asing Didedah”, nak diserahkan, untuk dimaklum kepada wartawan di luar. Kisah dongeng NFC, Anwar tidak pening kerana budak jambu kesayangannya, Rafizi bila-bila boleh diharap untuk mengadakan sidang media tersebut, walaupun ada cadangan Tony Phua ambil alih untuk mengelakkan ‘contempt of court’.
Tapi Anwar kata ‘contempt of court’ untuk BN sahaja, untuk Pakatan Rakyat, bila-bila masa boleh tuduh hakim dan sistem tidak adil. Yang beri cadangan langsung terdiam, “Betul jugak”, fikirnya.
Anwar tanya kepada pembantunya (semua lelaki), “Siapa nak diserahkan kisah dongeng ‘Task Force’ ini?”. Semua kata cerita dongeng ini sesuai untuk diserahkan kepada Mahfuz. Anwar tanya semula, “Boleh ke Mahfuz sebut perkataan ‘Task Force’ ni sebab dalam bahasa Inggeris. Takut-takut insiden Mahfuz tersasul cakap ‘lunch’ dengan ‘launch’ dalam twitter nya tempoh hari berulang? Jadi bahan gelak kita nanti”, kata Anwar.
“Takpelah, panggil Mahfuz masuk”, sambung Anwar.
Mahfuz terkejut apabila dipanggil masuk kerana jadualnya petang itu sepatutnya kosong, kenapa pula Anwar panggilnya? “Mungkin nak angkat beg kot”, fikir Mahfuz berkerut. “Saya Datuk Seri”, kata Mahfuz terketar-ketar.
“Ini, aku ada cerita dongeng pasal ‘Task Force’ untuk bagi kad pengenalan pada pendatang asing supaya mengundi BN ni, kau handle lah ya”, kata Anwar, serius.
“Task Force? Apa tu Datuk Seri?” “Handle” tu bala apa pulak lagi?”, kata Mahfuz tercengang-cengang.
“Ya Israel, apa punya bebal Ahli Parlimen macam ni nih?” kata Anwar dalam hati. “Takkan itu pun tak tahu?”, laung Anwar dalam nada marah. “Baby Boy (Rafizi), tolong ajar Mahfuz ni ‘Task Force’ dan ‘handle’ tu apa benda”, laung Anwar, manja.
Dalam penuh kelembutan, Rafizi datang juga walaupun terpaksa. Nak minta Anwar tepuk punggung, segan, orang ramai.
Setelah hampir setengah jam, akhirnya Mahfuz berjaya juga menyebut perkataan ‘Task Force’ dengan betul. “Dahlah bodoh, lidah liat pulak tu”, kata Rafizi dalam diam.
“Bukti Datuk Seri?” tanya Mahfuz kepada Anwar. “Bukti apa?”, kata Anwar marah. “Ni nak tuduh dan sebut nama-nama semua orang ni, takkan takde bukti, dokumen ke, apa ke?” sambung Mahfuz lagi.
“Sejak bila kau pandai tuduh bagi bukti?” tempelak Anwar. “Kalau ada bukti, taklah kisah dongeng namanya”, sambung Anwar lagi.
“Tapi Datuk Seri, nanti orang-orang ni saman saya, siapa nak bayar? Saya mana ada duit, anak saya baru keluar pusat serenti, satu hari 3 paket heroin tak kurang Datuk Seri” Mahfuz merayu.
“Soal tu kau jangan bimbang, kau bukan bijak mana pun, orang yang sama bodoh macam kau saja yang nak saman kau”, bentak Anwar. “Aku nak kau reka-reka sikit cerita tu, paling penting jangan sebut pasal mahkamah, sebut Suruhanjaya Diraja, faham?”, tambah Anwar. “Eh, kenapa pulak Datuk Seri, tuduhan serius ni?”, kata Mahfuz penuh bimbang.
“Kau ni bila nak bijak Fuz? Kalau kau sebut mahkamah, siapa yang kau nak panggilkan jadi saksi pasal kes ni? Kalau suruhanjaya diraja tu, kita boleh goreng lebih sikit macam kes TBH tu” kata Anwar panjang lebar.
“Oooohh, ya, ya Datuk Seri, saya lupa tu, saya silap, saya bodoh, maaf Datuk Seri”, kata Mahfuz, menekup punggungnya, takut ‘dihukum’ Anwar.
“Sedar pun bodoh, dah pergi buat kerja” bentak Anwar :- Beruang Biru
Mat Sabu Bakal Dipenjara Dua Tahun!!!!

Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajudin menetapkan tarikh tersebut di kamar beliau hari ini dengan kehadiran Timbalan Pendakwa Raya, Lailawati Ali dan peguam Aminuddin Zulkifli yang mewakili Mohamad.
Tarikh tersebut dipilih selepas Lailawati memohon tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 5 hingga 9 Disember ditukarkan ke tarikh lain kerana pihak pendakwaan perlu menghadiri satu persidangan pada tarikh berkenaan.
Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu dituduh melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu.
Mengikut kertas pertuduhan, beliau didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.
Mohamad turut dikenakan tuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Memetik laporan akhbar sebelum ini, Mohamad dalam ceramahnya itu antara lain menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor ialah wira sebenar, bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian tersebut.
Mohamad menerima kecaman hebat apabila klip rakaman video ceramahnya itu disebarkan menerusi Internet dan mendapat liputan meluas pihak media menyebabkan lebih seribu laporan polis dibuat termasuk oleh tiga ahli keluarga anggota polis yang terkorban iaitu Jamilah Abu Bakar, Azlas Jaafar dan Nazir Yuso :- UM
"Mat Sabu Terperangkap Dalam Jerat Sendiri", Polis Ada Rakaman Mat Indera.!!!

Ini bukan bab dengan wanita lain pula....tetapi rakaman temubual dengan Mat Indera,orang yang mengetuai gerombolan komunis dalam serangan keatas balai polis Bukit Kepong.
Dalam rakaman itu yang ada ditangan polis – Mat Indera mengaku dia anuti ideloji komunis dan merancang serangan keatas balai polis itu yang mengakibatkan ramai anggota polis dan keluarga mereka terkorban.
Wujudnya rakaman berkenaan didedahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya dalam Perhimpunan Perdana bekas dan pesara polis dengan Perdana Menteri di PWTC,Kuala Lumpur petang Ahad.
Dalam ucapan depan 6,000 bekas dan pesara polis dari seluruh negara itu,beliau juga memberitahu dalam sebuah buku,bos Parti Komunis Malaya ,Chin Peng sendiri mengakui Mat Indera adalah seorang komunis.
Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasik Gelugor tidak lama dulu cetuskan kontroversi bila didapati mendewakan Mat Indera yang mengetuai serangan itu kerana anggap anggota polis di balai berkenaan adalah polis British.
Beliau telah didakwa di mahkamah di Pulau Pinang dan sedang menunggu perbicaraan atas kes berkenaan.
PAS telah mempertahankan tindak tanduk Mat Sabu itu yang mencetuskan kemarahan ramai pihak khususnya bekas tentera dan polis yang berjuang menentang komunis di zaman darurat dulu.
Perdana Menteri menyifatkan pelik ada pihak yang menagungkan ‘ mereka itu’ adalah pejuang kemerdekaan sebenarnya dan bukan anggota polis dan tentera.
“ Saya nak kata orang ni kepalanya tidak betul...sudah dipilih jadi pemimpin...kalau ikut (cakap) orang Negeri Sembilan...bangang, ”katanya.
Beliau menegaskan perbuatan menidakan jasa dan perjuangan perwira adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan.
Kata-kata beliau ini mendapatkan tepukan gemuruh para hadirin.
Najib berkata,” untuk memberitahu seluruh rakyat Malaysia...sudah ada bukti yang dirakam..bukti itu ada dalam tangan pihak polis...temubual Mat Indera dengan pihak polis...Mat Indera mengaku dia seorang berideoloji komunis...dan dia mengaku dia terlibatmerancang dan menembak para anggota polis dalam insiden di Bukit Kepong,”katanya.
Najib berkata selain rakaman, terdapat sebuah buku bertajuk "Dialogues With Chin Peng: New Light on the Malayan Communist Party" oleh C.C.Chin dan Karl Hack, dengan setiausaha agung PKM Chin Peng sendiri memberitahu bahawa Mat Indera adalah anggota parti berkenaan.
"Kalau hendak angkat orang seperti ini , salah tafsir sejarah, menidakkan keperwiraan, ini tidak betul. Kerajaan Barisan Nasional akan tetap mempertahankan perwira negara sampai bila-bila.”katanya.
Ditanya sama ada rakaman tersebut akan didedahkan kepada umum, ketika sidang akhbar kemudian, Najib berkata ia bergantung kepada keperluan.
Mengenai sama ada kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyokong kenyataan Mat Sabu, Najib berkata soal undang-undang adalah isu lain kerana apa yang lebih penting adalah sikap mereka yang mempertikaikan pengorbanan pejuang keamanan negara.
"Tindakan undang-undang hanya jika mereka salah di sisi undang-undang... tetapi sikap itu yang perlu dijawab melalui pendirian," katanya.-23/10/2011 GENDA DAILY
Mat Sabu Hilang Akal Berceramah Di Rembau...!!!

Bagaimanapun kumpulan yang diwakili 70 orang terdiri daripada beberapa NGO yang diketuai Gerakan Memartabatkan Perjuangan Nasional (GMPN), kecewa selepas mereka dihalau dengan kasar oleh penyokong pembangkang ketika cuba menyerahkan memorandum kira-kira pukul 10.15 malam.
Berikutan itu, insiden tolak menolak berlaku antara kumpulan berkenaan sebelum pergaduhan tercetus antara mereka yang tidak berpuas hati dengan kehadiran rombongan GMPN.
Beberapa ahli kumpulan berkenaan cedera ringan dipercayai akibat ditumbuk dan terkena botol minuman serta objek yang dibaling oleh kedua-dua pihak.
Keadaan kemudian tidak terkawal menyebabkan Unit Tindakan Ringan (LSF) polis bergegas ke lokasi bagi meredakan keadaan.
Dua wakil GMPN akhirnya dibenarkan masuk bertemu Mat Sabu kira-kira pukul 10.30 malam selepas Ketua Cabang Keadilan Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard keluar untuk berunding sebelum menyerahkan memorandum berkenaan.
Di sebalik bantahan dan suasana tegang itu, Mat Sabu masih meneruskan ceramahnya sebelum ia berakhir kira-kira pukul 12 malam.
Sementara itu, wakil GMPN, Mohd. Arafat Muhammad kesal dengan insiden tersebut kerana penganjur sebelum itu memaklumkan wakil mereka akan dibenarkan masuk tanpa sebarang halangan.
‘‘Sebelum ini kita telah berbincang dengan wakil penganjur sebelum ke kawasan ceramah itu kerana diberitahu empat wakil kami akan dibenarkan masuk menyampaikan memorandum kepada Mat Sabu,” katanya.
Sebelum ini kehadiran Mat Sabu turut dibantah oleh beberapa NGO yang membantah kehadirannya pada sambutan Aidilfitri anjuran parti berkenaan di Ampangan dekat sini pada 24 September lalu berikutan kenyataannya menghina pejuang negara.
Malah peserta dari NGO berkenaan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan pemimpin pembangkang itu yang masih mempertahankan pendiriannya dalam isu komunis, bertindak menyerbu majlis berkenaan.
Perkembangan itu menyebabkan beberapa siri pergelutan antara peserta perhimpunan dengan beberapa ahli Pas yang bertugas pada majlis berkenaan.
Mat Sabu sebelum ini mendakwa Mat Indera adalah wira sebenar dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, bukannya anggota polis yang diserang kerana mereka bekerja dengan penjajah British.
Berikutan itu, Mat Sabu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang 21 September lalu atas tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi di Bukit Kepong sewaktu menyampaikan ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor pada Ogos lalu. UTUSAN
Mat Sabu Nak Cari Nahas Lagi Ke Negeri Sembilan

Program ceramah perdana anjuran PAS dan PKR Rembau 6 Oktober
Mohamad Sabu yang `diserang orang Perkasa’ minggu lalu dijangka kembali ke Negeri Sembilan dalam satu program anjuran yang PAS dan PKR Rembau minggu depan.Program ceramah perdana isu semasa turut menampilkan pimpinan PAS dan PKR tempatan termasuk Badrul Hisham Shaharim dan bekas pesuruhjaya PAS negeri Dr. Rosli Yaakop.Ceramah ini bertujuan memberi penerangan isu semasa yang di mana media perdana sedang mengelirukan rakyat, kata Setiuasaha PKR Rembau Norazizi Aziz.
“Kita juga menjemput ahli Umno untuk menghadiri program cemarah Mat Sabu itu, ” katanya.
PKR Rembau, katanya memandang serius permbangan politik ganas yang amat membahayakan ini.Polis digesa bertindak secara profesional, tambahnya.Norazizi mendakwa Pemuda Umno terbabit dalam serangan ke atas Mat Sabu.
“Ini ia menunjukkan sikap sebenar mereka dan menambah kebencian orang ramai terhadap mereka.Sikap politik samseng ini makin melampau bila Perkasa NS dengan angkuh memberi amaran agar Hj Mohammad Sabu tidak masuk ke bumi N.Sembilan,” katanya.
Ceramah Mat Sabu di Ampangan Sabtu mencetuskan kekecohan sehingga menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli Perkasa mara ke pentas ceramah.Mat Sabu mencetuskan kontroversi tersebut ekoran ucapannya pada 21 Ogos lalu yang didakwa memuji Mat Indera, seorang pemimpin yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan.
Khairy Jamaluddin Berpotensi Jadi Pemimpin PAS - Mat Sabu..
"Bagi saya Khairy budak baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS akan datang. Buat apa nak berdebat dengan adinda Khairy. (KPUM Khairy Jamaluddin baca pun boleh ketawa terbahak-bahak nih.. Ni maknanya PAS sendiri tidak mengiktiraf pemimpin pelapis yang ada dalam PAS."
Mat Sabu Bakal Mendapat PHD Pakar Sejarah Sejarah Dengan Mengkaji Kubur Mat Indera

Sekarang ini Mat Sabu sedang giat menjalankan kajian terhadap kubur yang dikatakan Mat Indera dan mahu mengetahui lebih mendalam bagai mana Mat Indera mati di bunuh.
Mat Sabu begitu teliti dengan kajian yang dibuat mana tau takut2 salah pulak, habis semua keluarga Mat Indera di terjah untuk mendapatkan bukti.
Sampai bila kajian Mat Sabu ini akan selaesai?? Adakah Mat Sabu akan menggali kubur Mat Indera yang dikatakan pejuang Kemerdekaan itu atau pun Mat Sabu Menggali kuburnya sendiri???!!
Mat Sabu cuba untuk menjadi pakar sejarah krana mahu mengukuhkan karier politiknya..Habis la jasat Mat Indera diseksa oleh Mat Sabu...Lepas ni Mat Sabu Boleh Mendapatkan PHD Pakar Sejarah sebelum ni beliau kan tak sempat nak habiskan pengajiannya.
Mat Sabu Perlu Di Hantar Berperang...!!!!
Ini adalah video yang dirakam oleh Dr Airil Yasreen Mohd Yassin, seorang Pensyarah Kanan di Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM. Di dalam video ini beliau berhujah mengapa beliau tidak bersetuju dengan pandangan YB Mat Sabu berkenaan peristiwa bersejarah Bukit Kepong dan mengapa beliau tetap mempertahankan perjuangan polis-polis Melayu Bukit Kepong khususnya, dan perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu amnya.
Untuk melihat Video ini Klik Disini

Labels
- 13 MEI (3)
- 7WASIAT RAJA-RAJA MELAYU (18)
- A. SAMAD SAID (1)
- ADUAN (1)
- AGAMA (3)
- AKSI SEX ANWAR (182)
- AL (1)
- ALLAH (1)
- AMBIGA (6)
- ANWAR (8)
- ANWAR IBRAHIM (84)
- ARTIS (29)
- ASTRO (1)
- ATM (2)
- Azalina (1)
- AZMIN ALI (7)
- BARISAN NASIONAL (13)
- BENCANA ALAM (2)
- BERITA HARIAN (1)
- BERSIH (32)
- Bersih 3.0 (36)
- BESIH 2.0 (10)
- BLOGGER (12)
- BONGKAR (2)
- CORETAN (11)
- DAP (263)
- DATO ESKAY (3)
- DATO eSKAY bERSUMPAH (1)
- Datuk Seri Hishammuddin Hussein (2)
- DEEPAK (6)
- DONG ZONG (1)
- Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah (4)
- Dr. M (71)
- DS NAJIB (9)
- DUNIA (1)
- Fathul Bari (1)
- FELDA (5)
- GAPS (2)
- GPMS (2)
- GPRS (4)
- HACKER (1)
- HADI AWANG (13)
- HARAKAH (3)
- HARI BELIA NEGARA (2)
- Harussani (2)
- HASAN ALI (7)
- Hishamuddin Rais (1)
- HUSAM MUSA (2)
- IBU (1)
- IPTA (2)
- ISLAM (22)
- JAIS (7)
- JENICE LEE (1)
- JINGGA 13 (1)
- KANTOI (1)
- KARPAL SINGH (15)
- KDN (1)
- KEHILANGAN (3)
- Khairy Jamaluddin (3)
- KHALID GAGAP (20)
- KHALID IBRAHIM (30)
- KHALID SAMAD (3)
- KICDEFFELA (1)
- KOMUNIS (2)
- KRISTIAN (3)
- KU LI (2)
- KULI (1)
- LAYNAS (1)
- Lee Chong Wei (1)
- LGBT (1)
- Lim Guan Eng (21)
- Lim Kit Siang (11)
- LUAR NEGARA (2)
- MAHASISWA (9)
- Majlis Peguam (1)
- MALAYSIA (1)
- MALAYSIA KINI (6)
- MARINA MAHATHIR (4)
- MAT SABU (17)
- MAULUDUL RASUL (1)
- MCA (2)
- MEDIA (1)
- MELAYU (17)
- MENINGGAL DUNIA (4)
- MERDEKA (1)
- MILO SUAM (2)
- MUKTAMAR PAS (5)
- NAJIB TUN RAZAK (8)
- NALLAKARUPPAN (1)
- Nanyang Siangpau (1)
- NAZRI AZIZ (5)
- NFC (7)
- Nik Aziz (12)
- Noh Omar (4)
- NRUL IZZAH (1)
- Nur Misuari (1)
- NURUL IZZAH (12)
- OPS Daulat (3)
- P Balasubramaniam (1)
- PAKATAN (350)
- PAKATAN HARAM (131)
- PAPA GOMO (6)
- PAS (331)
- PASIR (7)
- PEGUAM (2)
- PELAJAR (1)
- PERHIMPUNAN (37)
- PERKASA (5)
- PKNS (1)
- PKR (217)
- PM (5)
- POLIS (3)
- PRK (2)
- PRK KERDAU (3)
- PRK MERLIMAU (36)
- PRK TENANG (34)
- PROGRAM (3)
- PROJEK RAPID (1)
- PRU 13 (2)
- PRU SARAWAK (23)
- REDUAN TEE (1)
- REMAJA (2)
- REVOLUSI (1)
- ROSMAH MANSOR (10)
- RUSUHAN (1)
- SABAH (1)
- Saifuddin Abdullah (2)
- SAIFUL BUKHARI (1)
- SEJARAH ANWAR IBRAHIM (1)
- Selamat Hari Raya Aidil Fitri (2)
- SELANGOR (13)
- SEMBANG RAKYAT (1)
- Shabery Cheek (2)
- SHAMSIDAR TAHRIN (3)
- Sport (14)
- SPR (3)
- SUARAM (10)
- SUBSIDI (1)
- SULTAN JOHOR (1)
- SULTAN SELANGOR (3)
- SUMBANGAN (1)
- Syi'ah (3)
- Tian Chua (6)
- TONY PUA (1)
- TOPENG PERAK (2)
- TPM (1)
- TUN RAZAK (1)
- Tunku Aziz (1)
- TV3 (1)
- UDA HOLDINGS. (5)
- UMB (2)
- Umi Hafilda (4)
- UMNO (22)
- UMNO WANGSA MAJU (2)
- Umum (1)
- UNIVERSITI (1)
- WAN aZIZAH (7)
- Wangsa Maju (1)
- Yusuf Al-Qaradawi (1)
- ZAHID MAT ARIP (2)
- Zaid Ibrahim (1)
- ZULKIFLI NORDIN (6)
Blog Archive
- January (2)
- November (1)
- October (6)
- September (10)
- August (14)
- June (1)
- May (11)
- April (47)
- March (56)
- February (39)
- January (48)
- December (50)
- November (47)
- October (67)
- September (71)
- August (72)
- July (68)
- June (79)
- May (106)
- April (76)
- March (46)
- February (60)
- January (38)
- December (20)
- November (80)
- October (121)
- September (63)
- August (58)
- July (59)
- June (52)
- May (53)
- April (97)
- March (67)
- February (65)
- January (80)
- December (56)
- November (21)








