Mereka pening memikirkan bolehkah Melayu bersatu padu. Ibrahim Ali pula
memperlekehkan mereka sebagai hipokrit?
Tiba-tiba ulamak U
MNO Tan Sri Harussani Zakaria (Foto kiri) yang juga mufti Negeri Perak menyuarakan kebimbangannya tentang perpecahan Melayu yang membabitkan dua parti politik terbesar orang Melayu iaitu UMNO dan PAS. Beliau dikatakan bersedia menjadi orang tengah untuk mempertautkan kedua-dua parti itu yang sama-sama Melayu dan sama-sama pula berpegang kepada ajaran Islam.
Sambil mempertahankan bahawa beliau tidak berbohong apabila menyatakan berlakunya pertemuan diantara dirinya dengan seorang pemimpin PAS (Dr. Hasan Ali) sebagai merintis permuafakatan politik diantara kedua parti yang bertelagah itu, tiba-tiba Datuk Dr. Hasan Ali Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor menafikan bahawa dirinya tidak pernah mengadakan perbincangan itu dengan mufti berkenaan, sebaliknya beliau berkata bahawa pertemuan itu hanya berlaku ketika mereka menghadiri satu majlis rasmi dan mereka hanya berbual secara umum tentang perpaduan Melayu dan Islam, tanpa membabitkan dasar perjuangan UMNO dan PAS.
Persoalannya, benarkah Melayu kini berpecah semata-mata ada sebahagian daripadanya tidak menyertai perjuangan UMNO? Apakah Melayu dikatakan hanya bersatu jika kesemua mereka menjadi ahli UMNO dan tinggalkan perjuangan PAS atau sebaliknya? Hanya mereka yang menyempitkan hala tuju dasar perjuangannya sahaja yang merasa bimbang berlakunya perpecahan di kalangan bangsa Melayu.
Sebenarnya Melayu hanya merupakan bangsa atau kaum seperti mana Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya. Melayu sepatutnya boleh bersatu bukan kerana keegoaan suku kaumnya, tetapi Melayu boleh bersatu kerana pegangan agamanya yang satu, iaitu Islam.
Jika Najib berpendapat konsep 1Malaysia boleh menyatu padukan semua kaum di negara ini, mengapa konsep yang sama tidak mampu mempertautkan bangsa Melayu yang ditunjangi oleh UMNO? Sepatutnya sebelum menyuruh bangsa lain bersatu di bawah 1Malaysia, UMNO hendaklah terlebih dahulu menunjukkan sikap toleransi sesama sebangsanya, bukan sahaja bangsa Melayu di dalam PAS bahkan Melayu yang ada di dalam PKR.
Melayu di dalam UMNO, Melayu di dalam PAS dan Melayu di dalam PKR semuanya sebangsa dan seagama. Tidak wajar menyebut penyatuan bangsa hanya terbatas kepada Melayu UMNO dan Melayu PAS, sedangkan Melayu PKR juga menjadi faktor kepada kekuatan bangsa Melayu.
Anwar Ibrahim adalah Ketua Pembangkang berketurunan Melayu yang berada di dalam PKR, sementara Najib Tun Razak pula merupakan Perdana Menteri daripada UMNO juga berketurunan Melayu. Sementara itu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pula adalah Presiden PAS yang juga Melayu.
Tetapi kenapa Harussani yang bijak dengan ilmu agamanya telah menyempitkan skop perpaduan Melayu di negara ini hanya terbatas kepada UMNO dan PAS sahaja. Apabila dia mengajak UMNO dan PAS supaya bersatu, sebenarnya dia terlupa ada seorang lagi pemimpin Melayu yang cukup berpengaruh di negara ini yang tidak di hatinya, iaitu ANWAR IBRAHIM.
Bukankah kerana faktor Anwar jugalah UMNO menjadi lesu? Anwarisme yang begitu sebati di dalam harakat perjuangan Pakatan Rakyat yang menggabungkan PKR, PAS dan DAP telah berjaya merebahkan dominasi UMNO di Kedah, di Kelantan, di Selangor dan sebelumnya di Perak. UMNO Pulau Pinang juga tidak sekuat dahulu sebelum isu Anwar disodomikan. Manakala di negeri-negeri lain banyak juga kerusi UMNO yang rebah di tangan PAS dan juga PKR.
Isu Anwar telah menghantui populariti UMNO yang menyebabkan Melayu telah beralih arah kepada pro pembangkang. Jikalau Anwar yang menjadi faktor kepada kemerosotan pengaruh UMNO di kalangan rakyat terutamanya orang Melayu, maka Anwarlah yang sepatutnya diajak untuk meneroka formula penyatuan bangsa yang sudah berpecah tiga ini.
Jika Anwar pernah bersama UMNO sebelum ini, kenapa Anwar yang dipecat keahliannya pada 1998 tidak diusahakan supaya kembali memperkuatkan UMNO? Mempertahankan ego pemimpin masing-masing menjadikan Melayu akan terus dihanyutkan sehingga dibimbangi Melayu akan kehilangan kuasa di bumi sendiri.
PRU13 nampaknya menjadi penentu samada Melayu di dalam UMNO akan terus menggigit jari melihat slogan 1Malaysia yang diperkenalkan bakal meruntuhkan empayar sendiri. UMNO yang dahulunya begitu kuat MelayuismeNya, kini terpaksa digalang gantikan kepada PERKASA yang nampaknya lebih Melayu daripada UMNO.
Presidennya Ibrahim Ali berkata pemimpin-pemimpin Melayu dalam UMNO dan PAS tidak serius memperkatakan perpaduan Melayu sebaliknya penuh dengan hipokrasi. Saya berpendapat hipokrasi itu ada juga pada dirinya.
MNO Tan Sri Harussani Zakaria (Foto kiri) yang juga mufti Negeri Perak menyuarakan kebimbangannya tentang perpecahan Melayu yang membabitkan dua parti politik terbesar orang Melayu iaitu UMNO dan PAS. Beliau dikatakan bersedia menjadi orang tengah untuk mempertautkan kedua-dua parti itu yang sama-sama Melayu dan sama-sama pula berpegang kepada ajaran Islam.Sambil mempertahankan bahawa beliau tidak berbohong apabila menyatakan berlakunya pertemuan diantara dirinya dengan seorang pemimpin PAS (Dr. Hasan Ali) sebagai merintis permuafakatan politik diantara kedua parti yang bertelagah itu, tiba-tiba Datuk Dr. Hasan Ali Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor menafikan bahawa dirinya tidak pernah mengadakan perbincangan itu dengan mufti berkenaan, sebaliknya beliau berkata bahawa pertemuan itu hanya berlaku ketika mereka menghadiri satu majlis rasmi dan mereka hanya berbual secara umum tentang perpaduan Melayu dan Islam, tanpa membabitkan dasar perjuangan UMNO dan PAS.