Inilah dia UMNO...sebagai sebuah parti yang besar macam-macam karenah yang berlaku di dalamnya. Bukan tak pernah diingatkan, malah amaran juga telah diberikan berkali-kali, sehingga berbuih-buih mulut, malah bertitisan air mata 'Tun Che' Det' yang sedih dan sebak melihat tingkah laku pemimpin-pemimpin UMNO dalam era mutakhir ini yang sering terjebak dengan gejala politik wang yang sama ertinya dengan perbuatan rasuah, terima duit kopi, masyuk dan juga makan suap.Semua jenama jijik yang saya gunakan ini begitu tidak asing lagi di dalam Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO yang dilahirkan untuk menggagaskan perjuangan rakyat bagi sebuah kemerdekaan bangsa dulunya, tetapi kini telah dicemari dengan unsur dagangan sehingga jawatan yang hendak disandang terpaksa dibayar dengan harga yang lumayan.

Sesiapa yang BERWANG akan dilihat sebagai BERUANG yang bakal mendominasi kepimpinan UMNO biar pun dirinya tidak memiliki hala tuju perjuangan yang serasi dengan aspirasi rakyat akar umbi. Rakyat marhain walaupun otak bergeliga tetapi tidak berupaya menjadi BERWANG@BERUANG pasti dirinya kekal sebagai POLITIKUS yang mudah dimamah oleh BERUANG-BERUANG UMNO ini.
Akibat jurang pemisah diantara politikus yang menjadi BERUANG dengan politikus TIDAK BERWANG maka perjuangan hakiki UMNO telah terpalit dengan najis yang ditinggalkan oleh BERUANG UMNO ini.
Maka sebab itu UMNO hari ini dilihat tidak BERDISIPLIN lagi, sehingga memerlukan sebuah 'Lembaga Disiplin' untuk mendisplin pemimpin-pemimpinnya. Rakyat akar umbi hanya mampu menggelengkan kepala setelah melihat dengan penuh kejijikan wajah-wajah pemimpin UMNO di dada-dada akhbar juga dipaparkan di kaca TV yang WANTED sebagai perasuah untuk memikat ahli-ahli marhain UMNO yang mereka kategorikan sebagai pelahap untuk makanan BERUANG ini.
Kita menjadi tidak silu lagi untuk menyatakan kerunsingan terhadap watak BERUANG di dalam UMNO ini. Malah ada di kalangan warga UMNO yang taksub sehingga memarahi 'Guru Disiplin UMNO' Tengku Ahmad Rithauden Ismail yang dikatakan tidak keharuan dalam menyeragamkan tindakannya. Kali ini ada yang melanggar lampu merah tapi hanya diberikan AMARAN sahaja.
KJ menantu Pak Lah sering mendapat keistimewaan, dan kali ini dialah yang dapat DISKAUN AMARAN walaupun dia juga dikatakan terlibat dengan gejala rasuah (Di dalam UMNO lebih manis dinamakan Politik Wang). Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini terselamat kerana dia boleh bertanding. Khir Toyo semakin mendabik dada kerana Lembaga Disiplin UMNO mengesahkan dirinya bukan PERASUAH dan sekaligus menjadi calon BERWANG yang bukan BERUANG?
Ali Rustam yang dikambing hitamkan kali ini telah diperdayakan hukumannya dengan MELARANG dirinya bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, sedangkan Isa Samad juga telah dikambing hitamkan sebelumnya telah DIGANTUNG keahliannya di dalam UMNO selama 6 tahun. Habis semua jawatan politiknya terlucut kecuali jawatan Ahli Parlimen Jempol yang tidak dimangsakan.
Nampaknya Ali Rustam berjaya diselamatkan daripada kehilangan jawatan Ketua Menteri Melaka, Pengerusi Perhubuhgan UMNO Melaka, Ketua UMNO Bahagian Batu Berendam, malah jawatan tertinggi yang disandangnya iaitu Naib Presiden UMNO yang masih berbaki 7 hari lagi, juga terselamat! Ali Rustam bernasib baik kerana hukuman terhadapnya telah diringankan tidak seperti yang dialami oleh Isa Samad.
Ali hanya diharamkan bertanding, namun tindakan yang dihadapinya sudah cukup mengaibkan dirinya yang begitu optimistik untuk menang sebagai Timbalan Presiden UMNO. Kini, impiannya untuk menjadi bakal Timbalan Perdana Menteri telah diselubungi lebai malang. Najib meminta supaya Datuk Ali Rustam menerima tindakan ini secara terbuka dan mengharapkan Ali Rustam terus setia bersama UMNO.
Kini bakal Timbalan Presiden UMNO yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri kelak ialah diantara Tan Sri Muhyiddin Yasin dan juga Tan Sri Muhamad Muhd. Taib yang masing-masing begitu berdebar sambil mencongak apakah semua penyokong Ali Rustam akan memihak kepada mereka. Justeru, penganalisa politik meramalkan siapa juga diantara dua calon Timbala Presiden UMNO yang disokong oleh penyokong-penyokong Datuk Ali Rustam, dialah yang bakal menang!
Ali Rustam walaupun kecewa namun dirinya kini menjadi faktor penentu kepada bakal Timbalan Perdana Menteri yang perlu dimenangkan sebagai Timbalan Presiden UMNO. Ali Rustam kini dianggap kambing hitam yang mampu memenangkan dan meranapkan impian Muhyiddin Yasin dan juga Muhamad Muhd. Taib yang menjadi bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Ali Rustam diharamkan bertanding kali ini, tetapi dia ada hak mengundi. Ali dan kumpulannya akan undi siapa..Muhyiddin atau Mat Taib? Nampaknya Mat Taib lebih cerah untuk diberikan sokongan oleh penyokong Ali Rustam, kerana mereka dikatakan lebih cenderung menuding jari kepada Muhyiddin yang memasang jerat sehingga Ali Rustam yang terperangkap. Nampaknya dendam ini bakal memangsakan Muhyiddin.
Demikianlah episod yang cukup memalukan UMNO yang hendak dirobah oleh bakal Presidennya selepas ini. Najib dikatakan begitu komited untuk melakukan 'reformasi' supaya parti yang dianggap oleh Musa Hitam sebagai sudah tua ini dapat segera ditampankan. Najib akui dan optimis tindakan mendisiplinkan pelaku rasuah di dalam UMNO kini, bakal menjulang kemenangan PRU13.
Seluruh warga UMNO harus mengakui bahawa gejala rasuah yang melilit perjuangan UMNO sejak akhir-akhir ini telah menjurangkan kepercayaan akar umbi terhadap parti yang pernah berjasa memerdekakan negara ini. Ingatlah bahawa UMNO akan hanyut jika pendayungnya masih berselingkuh dan berlagak sebagai BERWANG@BERUANG.
Akibat jurang pemisah diantara politikus yang menjadi BERUANG dengan politikus TIDAK BERWANG maka perjuangan hakiki UMNO telah terpalit dengan najis yang ditinggalkan oleh BERUANG UMNO ini.
Maka sebab itu UMNO hari ini dilihat tidak BERDISIPLIN lagi, sehingga memerlukan sebuah 'Lembaga Disiplin' untuk mendisplin pemimpin-pemimpinnya. Rakyat akar umbi hanya mampu menggelengkan kepala setelah melihat dengan penuh kejijikan wajah-wajah pemimpin UMNO di dada-dada akhbar juga dipaparkan di kaca TV yang WANTED sebagai perasuah untuk memikat ahli-ahli marhain UMNO yang mereka kategorikan sebagai pelahap untuk makanan BERUANG ini.
Kita menjadi tidak silu lagi untuk menyatakan kerunsingan terhadap watak BERUANG di dalam UMNO ini. Malah ada di kalangan warga UMNO yang taksub sehingga memarahi 'Guru Disiplin UMNO' Tengku Ahmad Rithauden Ismail yang dikatakan tidak keharuan dalam menyeragamkan tindakannya. Kali ini ada yang melanggar lampu merah tapi hanya diberikan AMARAN sahaja.KJ menantu Pak Lah sering mendapat keistimewaan, dan kali ini dialah yang dapat DISKAUN AMARAN walaupun dia juga dikatakan terlibat dengan gejala rasuah (Di dalam UMNO lebih manis dinamakan Politik Wang). Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini terselamat kerana dia boleh bertanding. Khir Toyo semakin mendabik dada kerana Lembaga Disiplin UMNO mengesahkan dirinya bukan PERASUAH dan sekaligus menjadi calon BERWANG yang bukan BERUANG?
Ali Rustam yang dikambing hitamkan kali ini telah diperdayakan hukumannya dengan MELARANG dirinya bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, sedangkan Isa Samad juga telah dikambing hitamkan sebelumnya telah DIGANTUNG keahliannya di dalam UMNO selama 6 tahun. Habis semua jawatan politiknya terlucut kecuali jawatan Ahli Parlimen Jempol yang tidak dimangsakan.Nampaknya Ali Rustam berjaya diselamatkan daripada kehilangan jawatan Ketua Menteri Melaka, Pengerusi Perhubuhgan UMNO Melaka, Ketua UMNO Bahagian Batu Berendam, malah jawatan tertinggi yang disandangnya iaitu Naib Presiden UMNO yang masih berbaki 7 hari lagi, juga terselamat! Ali Rustam bernasib baik kerana hukuman terhadapnya telah diringankan tidak seperti yang dialami oleh Isa Samad.