LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label Jihad. Show all posts
Showing posts with label Jihad. Show all posts

Wednesday, December 23, 2009

Berkuburlah semangat Jihad

Berkatalah seorang Pak Menteri dan kuncu-kuncunya bahawa sanya jihad utama ialah jihad ekonomi sahaja, sekarang tak perlu jihad yang lain-lain.
Uwekk, loya le pulak. Kalau jihad ekonomi tu menaiktarafkan ekonomi Islam tak apa le juga. tapi jihad ekonominya pergi menaikkan ekonomi kapitalis. Jihad apa jadahnya tu. Tu yang aku rasa bertuah sangat orang Palestin, Iraq, Afghanistan dan yang lain-lain. Maka berkatalah mereka bahawa itu Jihad perang sahaja. mana ada Jihad ekonominya, mana ada Jihad ilmunya dan jihad-jihad yang lain.

Rasa-rasanya kalau nak pi Jihad perang ni, tak perlu ilmu ke, nak pi jihad perang ni tak perlu ekonomi ke untuk memantapkan peralatan peperangan dan meneruskan perjuangan. Takkan nak pi Perang Jihad Fisabilillah terus mendadak je pergi. Takkan jihad iman tak ada di dalam dada. Jelas bila kita pergi berjuang fisabilillah segala jihad yang ada dalam Islam perlu dilaksanakan agar Jihad perang itu dapat dilaksanakan. Itu yang berlaku kat Lubnan yang dipelopori oleh pemimpin Hisbullah iaiitu Sheikh Hassan Nasrallah yang berjaya mengalahkan Israel dalam perang Israel dengan Lubnan baru-baru ini.

Dikatakan bahawa Hisbullah akan membayar ganti rugi bagi rumah sesiapa sahaja yang dibedil oleh Israel. Nak ganti dengan apa melainkan selama ini mereka mengamalkan jihad ekonomi. Kemudian kalau serangan ke atas wilayah Israel dengarnya, peluru berpandu yang dilancar oleh pihak Hisbullah punya le taktikal dan banyak hingga tak mampu pihak Israel menangkisnya. Agaknya guna jihad ape tu jihad ekonomi sajakah?. Seorang Doktor dari malaysia membuat lawatan ke Lubnan selepas peperangan itu selesai kerana Israel minta perdamaian. Beliau mendapati bahawa sepanjang perjalanan beliau lihat banyak, saya ulang banyak kenderaan perang Israel ranap seperti kereta kebal, jeep, kapal terbang, jet, helikopter dan lain lain. Agaknya serangan yang begitu hanya guna jihad ekonomi kapitalis sahajakah? Tentu jihad akidah mereka tu sangat mendalam dan bergerak secara teratur.

Tapi yang menariknya kat Melayusia ni, didalam buku pendidikan Islam tajuk Jihad pun telah dibuang dari buku baru sukatan. Ini mengikut cerita dari rakan aku yang juga seorang ustaz di sebeuah sekolah menengah dan disahkan oleh rakan-rakan ustaz yang lain. Melayusia yang takut nak melancarkan jihad. Patutnya buat, supaya musuh Islam akan gentar. Kalau setakat jihad yang dilaksanakan oleh Melayusia , pakat gelak dek musuh Islam je le. Musuh Islam, tak musuh apahal aku nak musuh pulak, jadi jangan jadi musush Islam, macam gerombiolan (disahkan lagi ejaan ini adalah benar) AMNO.


Saturday, December 12, 2009

http://screwkuat69.blogspot.com/2009/12/skandal-seks-pemimpin-pas-part-v.html

Saja aku ambil tajuk dari satu laman blog yang aku jumpa dalam laman blog parpukari house. Maknanya parpukari cilok dari laman blog screwmuat69.blogspot.com. Niat cilok ini jelas untuk menjatuhkan pimpinan PAS itu.

Mudah sangat bagi saya sebagai peminat PR khasnya PAS:

KALAU BENARLAH YB DUN PAS ITU SEPERTI MANA YANG ANDA TELAH POSTINGKAN DALAM LAMAN BLOG ANDA. SAYA DENGAN INI MENGESYORKAN AGAR BELIAU DITAHAN DAN DIHUKUM MENGIKUT PERUNDANGAN ISLAM IAITU DI REJAM DENGAN BATU.

SAYA DAN PENGIKUT PAS RASANYA TAKKAN BERSEKONGKOL DENGAN ORANG SEBEGITU DAN KAMI RELA KEHILANGAN SATU KERUSI KERANA ORANG YANG SEBEGITU. KERANA KAMI AMAT PASTI BAHAWA ORANG SEBEGINI KALAU BENAR SEPERTI YANG ANDA DAKWA AKAN MEROSAKKAN ISLAM YANG KAMI DUKUNG.
KAMI TIDAK MAHU SEPERTI SEBUAH PARTI ITU YANG MASIH MENJULANG NAIK PEMIMPIN YANG ADA REKOD BEGITU DAN YANG SEWAKTU DENGAN NYA.

TAPI ANDA MESTI INGAT JIKA APA YANG ANDA KATA ITU TIDAK BENAR DAN ANDA TIDAK MAMPU MEMBAWA 4 ORANG SAKSI, ANDA PATUT MERELAKAN ANDA DIHUKUM DENGAN HUKUMAN DUNIA IAITU 80 KALI SEBAT.

INGAT KAMI BUKAN GOLONGAN YANG AKAN MENGANGKAT PEMIMPIN YANG SEBEGITU. AKAN TETAPI KAMI JUGA AMAT PASTI BAHAWA TERDAPAT ORANG YANG TAK MAMPU MENGAWAL NAFSU MEREKA DAN MEREKA TERGODA UNTUK MELAKUKAN SEBEGITU KERANA KITA SEMUA ADALAH MANUSIA BIASA.

KALAU BENAR DAKWAAN ANDA ITU SAYA YANG AKAN MENGUCAPKAN TERIMA KSAIH KERANA PADA SAYA ITU ADALAH SATU PEMBERSIHAN AGAR PARTI PAS AKAN MAKIN BERSIH UNTUK MENEMPUH ERA PRU 13 NANTI. BONGKARKAN KEBOBROKAN ITU JIKA BENAR. JADI PEMBUKTIAN BENAR KENAPA TERTANGGUH-TANGGUH DAN KENAPA TAKUT UNTUK TAMPIL MENYATAKAN KEBENARAN.KERANA SAYA PASTI PIHAK ANDA PERLU YB SEBEGINI YANG DIKATAKAN AKAN MELEMAHKAN PARTI PAS. SEDANGKAN PADA KAMI IA BAKAL MENGUATKAN KERANA BERLAKU PEMBERSIHAn.

SEBAGAIMANA PANGLIMA PERANG SALAHUDIN AL AYUBI DALAM PEPERANGAN SALIB YANG SANGGUP TIDAK MEMBAWA ORANG YANG TIDAK BANGUN MALAM UNTUK BERJUANG. KERANA BELIAU AMAT PASTI BAHAWA ORANG SEBEGITU AKAN MEROSAKKAN PERJUANGAN JIHAD FI SABILILLAH. MAKA KALAU BENAR TERUSKAN PEMBONGKARAN ANDA, KERANA SAYA JUGA AMAT SUKA.

Monday, November 23, 2009

Bertuahnya Muslim di Afghanistan, Palestin dan Iraq (API)


Media dunia yang simpatis kepada API baik Muslim mahupun non Muslim menonjolkan bahawa rakyat API sangat menderita. Kalau simpatis media Non Muslim menulis begitu saya amat memahaminya. Tetapi kalau media Muslim dan individu Muslim merasakan begitu, itu menimbulkan persoalan di hati aku..

Mari kita lihat selepas Kerajaan Islam Othmaniah dihancurkan di Turki oleh Kamal At Tartuk. Realitinya tiada kerajaan Islam selepas itu walaupun ada segelintir kerajaan Islam ada yang mendakwa mereka kerajaan Islam. Tapi semua Muslim amat jelas bahawa kerajaan Islam yang sebenar tiada, noktah. Akan tetapi terdapat gerombola-gerombolan yang memperjuangkan agar Islam dibangunkan di sana sini termasuk API. Akan tetapi perjuangan itu terpisah terpisah tanpa dipayungi oleh Sistem Kerajaan Khalifah. Kot ada kerajaan Islam yang berani, pandangan peribadi saya ialah kerajaan Iran di bawah pimpinan Mahmud Ahmad Dinejad. Itu piun kerana Syiah, jadi puak Sunnah menolaknya.

Jadi sekarang ini adalah perjuangan menegakkan kembali Kerajaan Islam dimuka bumi ini. Jadi perjuangan masa kini saya lihat lebih kepada perjuang gerombolan-gerombolan tertentu samada dari daerah geografi seperti API dll juga perjuangan dari kumpulan-kumpulan tertentu seperti Al Qaeda, Hamas dll. Perjuangan menegakkan daulah Islamiah di muka bumi ini kita semua tahu kita panggil Fisabilillah. Maka ketika ini dimanakah kemuncak perjuang fisabilillah dapat dilakukan di dunia ini. Maka amat bertuahlah seluruh rakyat Muslim API kerana berpeluang di depan mata untuk memilih memperjuangkan kebangkitan Islam, Jadi dimanakah menderitanya rakyat API sedangakan perjuang itu akan dihadiahkan MATI SYAHID yang menjanjikan mereka bukan mati tetapi hidup. Menderitakah mereka kalau mereka dijanjikan MATI SYAHID? Semoga aku berpeluang kearah itu, Insyallah. Talkbir bukan Takebeer (seperti saranan AMNO kerana usul menunjukkan asal.)

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------