LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label Fatah. Show all posts
Showing posts with label Fatah. Show all posts

Wednesday, June 09, 2010

Hamas(PAS) vs Fatah (AMNO)


Agaknya boleh le aku nukilkan begitu seperti tajuk. Orait tak?


Kenapa Israel iktiraf AMNO sebagaimana Israel iktiraf Fatah?


Kenapa pulak mereka cuba menghancurkan Hamas sehingga tidak memberi ruang?


Kenapa semasa Mesia Merdeka , AMNO diberi kepercayaan berbanding badan lain?


Baik la aku jawab sendiri soalan aku, kalau bagi kat AMNO fikir aku rasa karang lain pulak jawapannya yang diberi, mereka bukan boleh menggunakan akalnya dengan baik, kerana otak mereka dah di brainwash oleh AMNO.


Fatah seperti mana AMNO adalah pendokong pada idea penjajah dan Israel khasnya. Maka kerana mereka adalah penyokong idea mereka maka mereka mendapat sokongan dan tidak diganggu gugat. Bahkan mereka sanggup tunduk dan patuh kepada segala arahan agar survival politik mereka masih boleh hidup. Sedangkan sepatutnya survival politik AMNO sepatutnya telah lama tumbang mengikut trend dunia semasa.


Manakala mana-mana badan yang bercanggah kepada para penjajahan seperti Hamas dan badan-badan lain akan digunakan segala manipulasi yang mungkin untuk menghancurkan kekuatan mereka agar lumpuh dan tidak dapat menguasai negara.


Jadi analogi aku mengenai tajuk di atas adalah amat sesuai. Sangat jelas AMNO mendapat sokongan barat dan sekutunya kerana AMNO adalah penerus kepada kesinambungan ide0logi yang sekular iaitu sama sekali akan meletakkan agama ditahap yang tidak sepatutnya seperti mana yang PAS mahu.


Maknanya selagi kita menyokong AMNO bermakna kita akan amat kuat menyokong ideologi yang tidak akan meletakkan agama ditempat yang sewajarnya seperti mana yang dipinta oleh Allah SWT. Namun begitu AMNO juga amat menyedari betapa penting tempelan agama pada wadah perjuangan AMNO . Maka begitu dibuatlah beberapa tempelan yang seolah-olah AMNO berminat ke arah Islam. Sedang sebenarnya itu adalah sekadar topeng untuk menunjukkan seolah-olah AMNO minat Islam sedangkan itu adalah sekadar tempelan. Bukti yang paling nyata ialah Islam Had Hari semasa Pak Lah dan Penyerapan dasar-dasar Islam semasa Che Det. Tapi semasa Bijan beliau seolah-olah terlupa, maka natijahnya kita akan lihat bahawa pengundi Melayu akan meraguinya. Tambahan pula imej Bijan yang begitu banyak sekali melawan Taboo Melayu, melainkan Taboo Melayu berjaya dihapuskan.


Benci aku bincang perbincangan agak tinggi sikit ni , pasal AMNO tak faham punya, ini aku amat pasti. kalau yang faham pun pasal mereka ada masyuk dan kepentingan maka susah mereka nak setuju, walaupun mereka amat mengetahuinya.

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------