LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label Allah. Show all posts
Showing posts with label Allah. Show all posts

Thursday, January 07, 2010

Horeee berjaya....

Islam gaya AMNO
Bukan aku yang berjaya, aku memikir dari sudut KALAU aku seorang pemimpin AMNO. Aku sebagai pemimpin AMNO masa ini aku berjaya mengelabui mata rakyat khasnya penyokong aku yang membuta tuli. Cuba bayangkan isu tu macam beri kat aku nak menyelamatkan AMNO je buat masa ni, tetapi hingga PRU 13 aku cuak juga.


Kejayaan yang paling penting ada 3 isu terkini yang berjaya kami tutup kerana isu terbaru ini.


Pertamanya isu gula naik, PiEM menegur peniaga yang menaikkan harga barang berdasarkan gula. Aku tertanya-tanya dalam hati siuman ke PieM ni. Ada tak dia buka buku ekonomi dan memahami konsep penawaran dan permintaan yang menggerakkan harga barangan. Nak aku sekeh kepala tu licin.


Kedua enjin jet apa ke jadah namanya ( tu la aku sebagai rakyat biasa dah lupa namanya). Tpi blogger kalau lupa boleh le cari kat ruangan search tu kan. Apa ke jadah enjin beso gedabak boleh hilang dek pegawai peringkat rendah. Macammana enjin tu melepasi sempadan Mesia sampai ke Argentina melalui berapa benua tu ya. Logik ke , ish tak logik tak logik. Isy mana logik


Ketiga isu apa-apa menutup kelemahan AMNO yang terhegeh-hegeh nak UG dengan PAS. Seolah-olah apabila berpadu dengan AMNO maka Melayu akan menjadi satu bangsa perkasa dengan bimbingan AMNO. Rasa nak muntah le pulak uwekkk uwekkk uwekkk. Okey dah tak rasa dah. sambung balik. kalau tengok ayat-ayat dari wakil AMNO di PAS macam beria benar mereka tu nakkan AMNO tu. kalau sudi pada AMNO tu pergi le, peluk cium AMNO tu. Ape ke her terhegah-hegah kat PAS lagi tu. Yang AJK Pusat PAS takut sesangat nak buang mereka mengapa. Susah benar ke siasatanya Ustaz Tuan Ibtahim.


Apa isu yang berjaya menenggelamkan isu yang lelain tu. Betullah dakwaan para bloggerssakalian, iaitu AMNO akan gunakan isu Islam. Kerana dengan isu nama ALLAJ itulah mereka akan berpaut seolah-olah mereka menjuarai perjuangan Islam Uwekkk uwekkk apa nak muntah ni. Isu Allah tu ialah isu bonus bagi kami para pemimpin AMNO. Horeee

Sunday, January 03, 2010

Sudut pandangan lain isu ALLAH.(edit sikit)

Apa nak buat aku suka kerja begitu. Orang fikir lain aku fikir lain. Kot masa kecik dulu kawan-kawan selalu kata kamu ni mereng apa?

Sudut pandangan pertama:


Eh eh orang AMNO bertakbir le. Kenapa tak sebut Hidup Melayu ye. Faham pulak mereka bahawa takbir ialah satu kalimah suci Islam. Sedar juga gerombiolan bahawa Hidup Melayu bukan sebutan suci dan tidak glokal eh cup global. Mereka menggunakan takbir tu pun aku ragu-ragu, macam agenda UG je seolah-olah PAS rela bergabung dengan AMNO. 4, 5 kerat aje pemimpin PAS yang rela kot (tak tau lagi tengah siasat). Andai benar mereka berminat dengan UG , bagi le aku rela kehilangan mereka daripada merosakkan berkat parti.


Sudut pandangan kedua:

Perhimpunan lagi. Kan perhimpunan bukan budaya kita, kata dek AMNO. Bukan KayJay kata bahawa yang berdemonstrasi ialah berok-berok jalanan. Maka rasanya kata-kata itu moh kita palitkan kepada mereka untuk berok-berok sakalian. Jangan marah aku Kay Jay yang cakap, ha kay jay cakap. Pemimpin ko orang tu, yang tak terpilih sebagai orang kuat Bijan. Kan perhimpunan itu haram. Eh tidak, kalau orang AMNO berhimpun tak apaaaaaa. kalau PR, FRUu mari dengan sut merah dan biru.

Sudut pandangan ketiga:


Perlembagaan yang ada untuk orang Malaysia, kalau ada tentang penggunaan nama Allah tu, hormatilah perlembagaan. Tapi itu le pasal AMNO sendiri dah lama tak menghormati perlembagaan baik perlembagaan mengenai Melayu, Islam atau Bahasa (MIB). rasanya kalau kita sendiri tak respek MIB, orang lain nak hormat ke? Pi mabuk la. Tu pasal jangan macam orang mabuk bertindak wahai AMNO.

Sudut pandangan keempat:

(edit 10.54 pm)
Ramai orang Islam terutama AMNO lebih kepada menjaga simbol sahaja. Tapi bab praktikal, yakni amalan yang di perintah oleh Allah, nauzubillahmin zaliq. Tengok pakaian pun cukup faham sangat dah. kalau orang perempuannya ramai yang bertudung tapi menurut aurat . kan ada beza menutup aurat dengan bertudung. Itu jaga simbol ke jaga nama sebagai penganut Allah. kan tudung tu sekadar simbol, tapi penjagaan auratnya astaghrafirullahalazim.

Edit pada 4/1/2010, 6.03 pm

Tambahan pandangan yang menarik: http://duniacacamarba.blogspot.com/2010/01/mengapa-mereka-ingin-menggunakan.html

Sudut pandangan tambahan:

Saya teringat kes DSNJ yang berjaya memenangi jawatan MB Perak akan tetapi dengan pantasnya mahkamah rayuan bertindak dalam masa 24 jam untuk Kerajaan KUDETA memenangi kembali jawatan MB Perak. Kenapa ini tak dilaksanakan di isu Allah kalau beria-ria nak isu itu menang. Saja nak berkokok kot, ekor dah bergelumang tahi.

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------