LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

Showing posts with label PMRAM..OH..PMRAM. Show all posts
Showing posts with label PMRAM..OH..PMRAM. Show all posts

8/12/2009

EGP..berlalu membawa seribu kenangan

A
lhamdulillah,sudah seminggu lekang dari berada di depan PC..hanya kalau berkesempatan pun,hanya untuk dua tiga minit.selama 4 hari bermula 8-11 Ogos 2009 telah berlangsung Ekspo Gempak PMRAM, satu program yang merupakan anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM). Program ini di antara program mega PMRAM. untuk mengetahui apakah sebenarnya program EGP ni,bolehlah meninjau-ninjau di blog rasmi EGP(klik sini). untuk posting kali ini,saya ingin menceritakan sedikit sebanyak perkara yang telah dilalui sepanjang menjadi salah seorang Ahli Jawatankuasa Pelaksana EGP 09'. sememangnya banyak pengalaman dan perkara baru yang saya pelajari apabila mendapat satu jawatan yang belum pernah saya pegang semenjak keberadaan di bumi Mesir ini.


EKSEKUTIF PERSEGARAN

Sebelum saya bercerita lebih lanjut,saya sebenarnya telah diberikan taklifan untuk menjadi Eksekutif Persegaran(macam pelik je bunyinye..huhu). tugasnya lebih menjurus kepada penyediaan makanan dan minuman...'Persegaran' itulah yang menyegarkan mata saya apabila mengetahui tugasannya.kenapa tidak,sepanjang berada di sini,saya belum berpengalaman dalam bab2 mengurus makanan ni,tapi kalau makan tu,hehe..saya pandailah..sudahlah tidak ada pengalaman,program yang diadakan bukanlah calang2 program,silap gaya boleh merosakkan program.tapi walaubagaimanapun,tugas tetap tugas..tak pandai belajar..betul tak?hehe..


EGP VS DEMAM SELSEMA

Tibalah hari program, "kita merancang,Allah pun merancang" .hanya itu yang mampu diucapkan apabila saya mula demam pada pagi hari pertama program.perasaan pada ketika itu memang tidak boleh dibayangkan,risau dan takut serta sedih bermain dalam diri.
kenapa takut dan risau?
sebab ajk kecil tak ramai,hanya sekadar cukup-cukup saja.tambahan pulak,ajk tidak tahu mendalam tugas dan perkara yang perlu diuruskan.
kenapa pulak sedih?
sebab sudah membebankan sahabat2 ADHOC yang lain dan juga memeningkan kepala timbalan saya..huhu(maaf semua yer..)

Pada hari itu,saya hanya mampu bertahan sehingga separuh hari sahaja,selebihnya saya menyerahkan sepenuhnya pada ajk saya.kesian dia terpaksa memikul amanah yang berat dengan mufajaah(bidan terjun)..huhu..

JANGAN MARAH...KALAU MARAH, PADAHNYA..

sebelum saya ceritakan bab ini,saya ingin bertanya satu soalan pada kawan-kawan,apakah anda akan rasa bila kita kena marah,tapi apa yang dimarahkan itu bukan tugas kita??
hem..saya rasa semua pasti akan merasakan apa yang saya baru rasa pada program itu...begitulah nasib yang terkena atas batang idung saya ni..huhu.tapi tidak mengapalah,saya rasa tidak perlulah saya tuliskan dialog antara saya dan 'sahabat tu' kerana disana mungkin boleh membawa fitnah.cuma pengajaran yang saya boleh petik dari pengalaman ini ialah,walau bagaimanapun letih@serabut ketika melaksanakan program,janganlah cepat menuduh individu lain yang akhirnya boleh membawa 'malu' pada diri sendiri..pesanan ini juga buat diri saya yang banyak kekurangan ini...

khulasoh dari peristiwa silap marah tadi menyebabkan 'si fulan' hanya mampu menahan malu apabila berhadapan dengan saya..kesian dia..tapi jangan risau ye,saya dah maafkannya..(^_^).


HABIS

selama program,alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun disana terdapat beberapa kecacatan dan ketidakseimbangan maklumat.tapi semua itu sudah menjadi lumrah mana-mana majlis atau program. 'manakan mampu kita yang tidak sempurna mahu menjadikan sesuatu dengan sempurna'
akhirnya,di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas buat semua ADHOC pelaksana EGP 09' terutamanya Ustaz Jamal. Ucapan terima kasih juga saya hulurkan buat semua yang banyak membantu saya sepanjang program berlangsung.tidak lupa juga buat anak-anak buah saya yang bertungkus lumus dalam men'cover' tugas saya ketika ketiadaan saya di tempat program khususnya:
1- Ustaz Hannan (Selangor)
2- Ustaz Redzuan Abdul (Terengganu)
3- Ustaz Hafifi (Kedah)
4- Dr. Anas (Terengganu)
5- juga buat timbalan serta ajk persegaran(akhawat)

semoga jasa dan pengorbanan kalian diberkati dan dirahmati Allah,insyaAllah.
salam kemaafan juga saya hulurkan buat semua yang terlibat dalam EGP 09' kali ini jika disana terdapat kekurangan dan kecacatan yang berlaku di pihak Eksekutif Persegaran...kerjasama dan semangat kalian membuat saya turut bersemangat..syukran semua..

post signature



3/29/2009

HARAM kErrr???!!!

Oleh Ustaz Nasrudin Tantawi
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Kebetulan lewat jam 2 am di Ipoh , saya sempat menonton berita di TV sementara menunggu waktu bersahur .

Terkejut seketika apabila saya mendengar ucapan seorang wakil Kelab UMNO Luar Negara berucap di Perhimpunan Agung UMNO dengan nada angkuh dan biadab malah menampakkan kebodohan terlampaunya apabila menggesa UMNO supaya haramkan PMRAM .

Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan di Perhimpunan Agung UMNO kelmarin menggesa supaya PMRAM diharamkan dan biasiswa anggota Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik.

"PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya. "Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut. "Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.

Satu gesaan yang bukan sahaja tidak masuk aqal tetapi memperlihatkan niat dan sikap yang jahat Kelab UMNO Luar Negara terhadap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [ PMRAM ] yang cukup berkaliber malah besar jasanya kepada mahasiswa/i Malaysia , Indonesia , Singapura dan Brunei di Mesir bahkan kepada negara tercinta .

Saya kira Wan Md Hazlin sangat dangkal pengetahuannya mengenai PMRAM atau beliau hanya budak suruhan UMNO yang tidak sudah - sudah menyimpan dendam kepada PMRAM sejak 1991 lagi .

Sebaik sahaja saya tiba di Mesir pada tahun 1992 , saya telah mendengar suara - suara jahat yang mendesak kerajaan Malaysia mengharamkan PMRAM . Sedang PMRAM sangat besar dan tinggi nilai jasa baktinya kepada Mahasiswa/i bahkan rakyat Malaysia di Mesir . Malah PMRAM telah wujud lebih awal dari wujudnya kedutaan Malaysia ke Mesir .

Jasa bakti PMRAM tidak siapa mampu menafikannya termasuklah sebahagian pemimpin UMNO sendiri yang dulunya pernah menjadi Yang diPertua PMRAM atau anggota Badan Pengurus PMRAM .

Saya masih ingat bagaimana langkah jahat pihak tertentu , bagi tercapai cita - cita mahu mengharamkan PMRAM telah menubuhkan sebuah pertubuhan tanpa cop halal iaitu PPMM . Walhal PMRAM telah wujud sejak 1930 menabur khidmat dan menyatukan mahasiswa di atas satu wadah iaitu PMRAM .

PPMM yang dianggotai oleh ahli - ahli UMNO di Mesir bertanggungjawab memecahbelahkan solidariti mahasiswa/i sekelagus membibitkan benih perbalahan dikalangan mahasiswa/i . Kesan pecah retaknya terasa hingga ke hari ini .

Terbaru kenyataan Wan Hazlin yang cukup menjadi asas bahawa dendam UMNO dan hasad pemimimpin mereka terhadap PMRAM masih belum selesai . Lebih terserlah ialah kebodohannya sendiri apabila mendesak UMNO agar mengharamkan PMRAM .

Apa hak UMNO dan di mana bidang kuasa UMNO untuk mengharamkan PMRAM ? PMRAM adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan kerajaan Mesir bukan berdaftar dengan UMNO !!

Sepatutnya Wan Hazlin sebagai seorang yang terpelajar , kena fokus ucapannya untuk membersihkan UMNO dari imej buruk terpalit moral yang rendah dengan krisis integriti pada tahap parah dan kritikal dikalangan pimpinan UMNO . Malangnya beliau melihat PMRAM menjadi ancaman kepada UMNO , lantas penuh emosi mendesak supaya UMNO mengharamkan PMRAM dan menarik balik biasiswa ahli PMRAM . Standard ucapan Wan Hazlin dari Kelab UMNO Luar Negara bagai ucapan JKKK , dibakar oleh api permusuhan yang dinyalakan sendiri oleh mereka .

Kalau ahli Kelab UMNO luar Negara yang rata - rata anggotanya adalah dikalangan pelajar di luar negara mempunyai tahap pemikiran kelas ke 3 , bagaimanalah UMNO mahu melakukan transformasi bagi melahirkan UMNO berwajah baru kononnya . Ya , mungkin wajah baru tetapi perut pedalnya masih lama .

Wan Hazlin sepatutnya merujuk dulu kepada tokoh - tokoh negara bahkan tokoh - tokoh UMNO sendiri yang seketika dulu pernah memimpin PMRAM dan bakat kepimpinan mereka dibentuk oleh PMRAM .

Kaji juga peranan dan jasa bakti yang dicurahkan oleh PMRAM kepada pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir . Jangan bertindak melulu berasaskan tohmahan dan mempercayai fitnah liar yang dilempar .

Saya cabar agar Wan Hazlin buktikan atas kesalahan dan jenayah apa sehingga PMRAM yang jauh lebih tua usianya berbanding Wan Hazlin itu mahu diharamkan ?

Kalau hanya tuduhan kononnya PMRAM menyebarkan ideologi pembangkang , sila buktikan ! dan bagaimana pula dengan Kelab UMNO , secara jelas membawa ideologi parti politik . So apa bezanya ? Inikah sikap double standard UMNO yang akan mewarnai transformasi mereka kelak .
***************************************************
sedikit ta'likan
Oleh : Ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir,Qaherah.

saya melihat tuduhan yang dilemparkan amat mendukacitakan dan membuta tuli sedangkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir atau lebih dikenali dengan nama PMRAM bukanlah seperti yang dikotak-katikkan sebagai ideologi pembangkang. saya ingin berkongsi pengalaman setelah 3 tahun berada dalam keahlian PMRAM walaupun tidak lama berkenalan dengan PMRAM melihat persatuan ini merupakan satu badan yang menjaga kebajikan pelajar2 malaysia di bumi Mesir ini.PMRAM juga merupakan suara pelajar disini bagi menyatakan sesuatu perkara kepada kerajaan mesir berkenaan kebajikan pelajar malaysia disini.

saya pernah beberapa kali menyertai program2 yang dianjurkan pihak PMRAM dan mendapati semua pengisian yang terdapat dalam program tersebut bukanlah mengajar pelajar2 membenci sesiapa apatah lagi membenci kerajaan Malaysia.apa yang mereka tekankan adalah mendidik para pelajar dengan pelbagai ilmu yang berkaitan dengan organisasi dan juga ilmu2 lain yang mana ilmu tersebut tidak didapati di kuliah Al-Azhar.PMRAM banyak mengadakan program yang berteraskan ilmiah,ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai melahirkan modal insan yang berkaliber pada masa akan datang.

anda boleh melihat sendiri bahawa bukan semua yang menyertai PMRAM akan menjadi pembangkang.sepertimana ramai dikalangan para pemimpin yang terkenal di dalam kerajaan adalah yang pernah berkecimpung dengan PMRAM yang kononnya dituduh sebagai ideologi pembangkang.

saya memohon mereka yang tidak bertanggungjawab menuduh PMRAM menarik balik tuduhan tersebut dan meminta maaf secara terbuka kerana sebagaimana hadis Baginda S.A.W menegaskan bahawa memfitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.wassalam


Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget