Showing posts with label layout. Show all posts
Showing posts with label layout. Show all posts

Sunday, October 2, 2011

terima kasih Cik Bulat Dot Com

Assalamualaikum =)

aku suka. aku suka. suka gila. perasan tak perubahan kat blog aku. cantik kan??? kalau harap aku mana la nak reti buat sendiri macam ni wei. dah lama aku ngidam nak blog yang cantik macam ni. Alhamdulillah dapat gak akhirnya. 

template ni aku tempah dari CIK BULAT. tapi aku tengok orangnya tak bulat pun. slim melim ja. huhuhu. sekali lagi terima kasih yer cik bulat kerana telah merealisasikan impian aku untuk dapat template yang cantik macam ni. muahahaha

sapa2 yang tempah dari cik bulat boleh la p kat blog dia. cepat2. :)



Thursday, July 14, 2011

Tutorial membuat template blog

Assalamualaikum =)

kali ni aku buat post pasal cara nak buat template blog. aku yakin ada jugak orang yang macam aku. semua nak explore sendiri. boleh jer nak tempah kat orang. suruh orang buatkan. tapi aku ni jenis yang cepat boring. hari ni tukar. esok rasa nak tukar lagi. 10 kali tukar takkan 10 kali nak tempah kat orang kan. ekekeke. sebelum ni aku buat template seniri ikut panduan kat sini.
sekarang ni aku explore2 sendiri pulak. very simple!

 mula2 sekali pergi dekat Dashbord. lepas tu pilih Design


kemudian pilih Template Designer

*ingat ea. pastikan kod HTML yang lama tu di download terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang drama macam kuch2 hota hai berlaku. 

lepas tu korang pilih la jenis template yang korang berkenan kat situ.


lepas tu klik pulak kat background untuk korang pilih sendiri background mana yang korang nak. seeloknya search and save dulu background2 dari google image. lepas tu klik kat upload image. bila dah siap klik DONE!

dah dapat background tadi? kemudian korang boleh adjust la saiz blog korang dekat adjust width

ni pulak jenis layout. korang nak jenis mana, boleh pilih jer kat situ. 
# kalau korang nak edit benda2 lain conth: font, warna link, semua amik kat advance jer. bila dah puas hati boleh la klik Apply to blog. lepas tu boleh la view blog.

hasilnya. simple kan? kejap je dah dapat template baru. 

# selamat mencuba dan selamat beramal. renung2kan ea. kikiki

kalau nak tengok cara nak buat Header Blog sila tengok kat sini 


Wednesday, July 6, 2011

aku memang suka :)

Assalamualaikum =)

gaya budak di awal sem. memang tak da keja lain. memang 24 jam nak mengadap lappy ja.malam ni dengan kebuhsanan yang melanda. kebetulan tak da sapa nak melayan aku pulak kan. jadi aku tolong la sorang kawan aku buatkan header untuk dia. maklumla tengah dok berseronok sebab dah pandai buat sikit2. sikit jela. banyak lagi yang aku kena belajar. seronok tau buat benda2 macam ni. mula2 memang tak reti. lama2 insyaAllah boleh la. tapi time free jela. kalau ada keja jangan harap aku nak mengadap benda ni =)

inila hasilnya. sejam jugak aku nak buat header ciput ni. baru nak bertatih kan. hehe

ok. sekarang aku nak sambung cari2 tutorial kat encik google ni. esok kena derma darah. huhuhu. ketaq doh. petang kena pergi UITM Shah Alam pulak. 3 hari pulak tu aku kat sana. emm alamatnya 3 hari jugakla aku terpaksa tinggalkan blog aku ni. :p


Tuesday, July 5, 2011

Tutorial : membuat header blog (transparent)

Assalamualaikum =)

ada sapa2 nampak perubahan kat blog aku? kalau tak nampak korang memang la. memang la apa aku pon taktau. ngeh3. dek kerana terlalu banyak masa senggang yang aku ada jadi aku mengambil peluang ni untuk mencomelkan blog aku. haha. gila skema ayat. 
kat post yang lepas aku ada cakap pasal header. aku nak cari orang yang boleh tolong buatkan header kat aku. tapi sapela aku ni kan. takleh la bajet famous sangat. so, aku guna la encik google untuk buat header blog aku sendiri. header yang lama tu serius aku dah muak tengok. tunggu la dua tiga hari lagi template ni pun aku campak ke longkang. memang sindrom cepat muak ni menyusahkan aku. :)

header lama yang aku buat sendiri jugak. serius tak lawa kan?

aku ni idok ler pandai sangat nak buat header sendiri. tapi dok search kat google tadi berjaya la jugak aku mencari tutorial kat blog orang. kalau tak paham sangat aku godek2 sendiri jer. 

okeh kalau ada yang sudi nak ikut cara aku buat ni sila ambil perhatian yer. baca dengan teliti. sebelum tu baca Bismillah dulu ek untuk hasil yang lebih berkesan.

*sebelum buat tu pastikan korang ada PHOTOSHOP ek!!

 
1. buka photoshop korang
2. lepas tu amik klik kat file dan pilih new
3.bila korang da klik dia akan keluar macam gambar kat atas tu. lepas tu korang tentukanla berapa saiz yang korang nak. dan pastikan saiz tersebut sesuai dengan header blog korang. saiz yang ada kat atas tu untuk blog aku
4. lepas tu korang pilih transparent ek. tu yang paling penting

bila dah klik ok dia akan keluar macam ni.

5. lepas tu korang ke file sekali lagi dan pilih open kalau korang nak masukkan apa2 gambar
6. bila dah pilih gambar yang sesuai korang boleh la crop gambar tersebut dengan menggunakan simbol yang aku bulatkan kat gambar di atas tu.lepas tu boleh la korang klik kat gambar dan crop gambar mengikut citarasa korang. paham tak?


7. bila dah habes crop korang klik kat simbol yang aku bulatkan tu dan drag gambar yang korang dah crop tu ke layer transparent tadi.

8. hasilnya akan jadi macam ni la.
9. mungkin gambar yang korang dah drag tu tak sesuai dengan saiz yang korang nak. jadi korang kena pergi kat edit pastu pilih transform dan korang boleh pilih la. scale ke. rotate ke. mana yang korang nak la.
10. guna la kaedah yang sama untuk gambar2 yang seterusnya. ikut kreativiti masing2

 hasil yang aku dah buat

 11. langkah seterusnya ialah memasukkan tulisan. sila klik pada simbol yang aku dah bulatkan tu

 12. lepas tu korang boleh tulis apa2 yang korang nak.
13. kalau korang perasaan font yang terbesar yang korang boleh masukkan cuma 72 bukan? jadi korang boleh gunakan kaedah 9 yang aku dah terangkan tadi.

14. untuk edit tulisan tu bagi lebih cun dan menarik, korang boleh tengok kat layer macam gambar kat atas tu. then korang kena right click pastu pilih blending option. 
15. bila dah pilih korang boleh la try and error yer. aku pun main hentam jer. kalau dah puas hati tekan jer OK.

 inila hasil yang aku dapat. 

16. bila dah berpuas hati boleh la save. pastikan korang guna save for web. bukan guna save as yer

* lepas dah save tadi korang dah upload kan? lepas tu ada tak border macam kat atas tu? kalau ada aku rasa macam menyemak jer kan. baik buang jer. lagi bagus. :)

17. langkah seterusnya korang kena pilih Design> edit HTML>dan cari   /* Header
18. korang tengok kat gambar di atas ni dia ada perkataan border kan? dan border yang kat template aku ni ialah 2px
19. tugas korang ialah gantikan angka 2 tersebut dengan angka 0

* ada dua perkataan border kan? maksudnya dua2 korang kena gantikan dengan 0 . maaf aku terlupa nak bulatkan. harap korang faham.
 * bila dah tukar pastikan korang preview dulu. kalau dah betul baru korang save.

tadaaaa. inila header aku yang terbaru. taktau sampai bila aku boleh menengoknyer. sebab aku ni jenis yang cepat boring.

ok kalau dah berjaya pastikan ucap Alhamdulillah. kalau tak faham tu jangan malu2 dan segan2 nak bertanya ek. 
* aku pun bukan pandai sangat.lepas ni aku kena belajar lebih lagi. kalau boleh aku nak buat header yang boleh gerak2 pulak. mudah-mudahan. :)

Saturday, May 14, 2011

buat layout sendiri

Assalamualaikum =)

hari ni dengan penuh keboringan dan keletihan bila buka buku sikit jer tetiba tangan aku ni sangat2 gatal nak berjumpa dengan encik google. apa lagi search pasal blog la. sebabnya aku dah boring tengok layout blog lama aku tu. dah la tak berapa menarik. kawan2 aku pulak dok komen layout tu kecik sangat. fuhhhh. nasib baik la encik google temukan aku dengan satu blog tutorial cara nak buat layout sendiri. gumbira bukan kepalang. hehehe

terima kasih kepada REDBOYS. 

sesapa yang nak tau pasal tutorial blog tengok la kat blog Redboys tu. aku suka cara dia bagi direction. senang nak paham. sekarang ni aku dok tunggu dia post pasal cara nak buat layout sendiri part 3 pulak. hehe

apa pendapat korang pasal layout baru aku ni? aku suka. cuma post yang lama tu la tulisan macam terabur sikit. tapi aku abaikan jer. tak larat den nak edit satu2. hehe. tang header pulak memang jelas dan nyata la kan tak lawa. sape yang sudi buatkan????? hehe. takpe2 nanti aku search tutorial buat header pulak. bukan sekarang la. tunggu aku betol2 free dulu. 

dan ada lagi satu kekurang yang besar kat blog aku ni. nanti aku bereskan. tunggu settle dulu tugas2 aku sebagai student untuk sem ni. 

ok rasa macam dah lama aku bermanja2 dengan blog ni. tak sabo nak bereskan blog aku ni betol2. baru boleh balik bercuti dengan tenang nanti. =)

Wednesday, January 19, 2011

aku perempuan..

Assalamualaikum...
dah pukul 4.54am ni..mata aku tak pejam2 lagi..wawawa..blog punya pasal..
entah kenapa tadi tiba2 ja rasa nak tukar layout baru..sebab aku rasa mcm yang lama tu serabut sikit..berat pulak tuh..ekeke..yang ni aku suka..simple..bagi aku la..puas aku dok mencari layout pink tadi..last2 jumpa jugak kat sini..

haaa..baru pinky cket..lembut2 gitu..sesuai la cket dengan jiwa keperempuanan aku nih..haha
cuma header tuh ja..tak penah lawa..nanti aku adjust lain part tuh..janji dah settle layout baru aku..
baru boleh tido dengan senang hati..ekekeke..

oklah..nak rehatkan mata aku ni pulak..kang terlajak subuh naya..tata :))

Sunday, January 9, 2011

layout baru

salam sume..cantek x aku punye layout baru nih..ah cantek ke cantek ker yg penting aku suka..ekeke..header tu aku taw la xcantek..aku tak pandai buat pon..tapi xkire aku nak letak jugak..belog aku kan..hua3..dulu tema biru..sekarang purple plak..like3..

Saturday, October 9, 2010

yuhuuuuuu !

akhirnya dapat gak aku tukaq layout blog nih..
yg lama dulu aku da boring tgk..
ekekeke..

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers