BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Korunk memang best..tqqqq

Showing posts with label Resepi Kek. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kek. Show all posts

Saturday, May 26, 2012

Kek Lapis Oreo

Sorry la lum belajar utk posing maut lg cam org lain..lgpun lum dpt dslr 
Kali ni percubaan utk kek lapis di cedok dr blog Che Mat Gebu...agak byk jugak bahannya berbanding resepi yg kubuat sebelum ni..bercinta gak nak mengediakan bahan2nya...hbku tak suka asam Hawflakes tu so kali ni kuganti dgn biskut oreo...anyway tukang perabih dan tukang makannya aku sorg je pun kalau kek2 ni..hbku dan Qisti tukang rasa je...zarel terkecuali...camna pun kali ni aku berjaya membuatkan dia suka pada kek buatan aku..kalau tak secret resepi je yg dia pandang..huhu...wajib sedap kek ni..tgk la bahan2nya...

Bahan-Bahannya :-)
450 g mentega
190 g gula halus (mat guna 150g so aq pun sama la jugak)
10 biji telur gred A
300 g biskut "Marie", dikisar halus
1 tin kecil susu pekat manis
85 g seri kaya
1 camca teh esen vanilla
Sebungkus biskut oreo (buang intinya)
1 camca teh pewarna makanan merah, hijau dan kuning


Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (adunan akan kelihatan berbiji2), masukkan seri kaya dan susu pekat manis. Putar hingga sebati.
Perlahankan speed, masukkan biskut marie kisar sedikit demi sedikit hingga habis dan tuang esen vanilla. Gaul hingga semua rata, bahagi kepada 3 bahagian sama banyak, dan letak warna merah, hijau dan kuning pada tiap satu bahagian. Kacau hingga rata.
Tuang 4 camca besar adunan warna kuning, ratakan dan kukus hingga masak. Tuang lagi 4 camca besar adunan kuning, ratakan dan kukus hingga masak.
Kemudian tuang 4 camca besar warna hijau, ratakan dan susun biskut. Kukus hingga masak, tekan2 sedikit dengan sudu dan tuang 4 camca besar adunan hijau, ratakan dan kukus hingga masak dan ulang hingga habis adunan.





TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Saturday, May 19, 2012

Kek kukus Haw Flakes


Hari ni entry aku pasal masak memasak lagi..walaupun tak pandai memasak...tp bak kata cik siti delima...sesiapa pun boleh memasak...ada betulnya sbb aku sendiri yg tak pandai masak..bila tgk resepi kat internet, cuba..alhamdulillah..semua jadik...terutama sekali dr segi rasanya la...ye la kalau ikut sebijik bahan2 tu takkan dapat rasa lain lak kan..cuma bentuk dan rupa tu base on tgn masing2 jugak la kan...ok la kali ni percubaan pertamaku utk Kek kukus ni...actually aku fobia buat kek sbb asyik bantat jek..huhu...

RESEPI KEK LAPIS MASAM MANIS (HAW FLAKES)

Bahan A

  • 5 biji telur
  • 200 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil ovallette
  • secubit garam
Bahan B
  • 220 tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Bahan C
  • 150 ml fresh milk / susu cair
  • 100 ml minyak masak
Bahan D
  • Pewarna kuning, hijau, purple
  • Haw Flakes secukupnya (15 ketul)
  • Loyang bulat 20cm 

Cara-cara:
  1. Masukkan semua Bahan A ke dalam bekas adunan.
  2. Pukul sehingga kembang dan gebu berkrim.
  3. Kemudian masukkan Bahan B dan Bahan C berselang-seli ke dalam Bahan A.
  4. Pukul sehingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna kegemaran anda.
  6. Sapu sedikit marjerin di sekeliling loyang.
  7. Alas loyang dengan cooking sheet.
  8. Masukkan 1 senduk ++ adunan bewarna kuning dan ratakan. Kukus sehingga masak.
  9. Kemudian angkat dan masukkan  1 senduk ++ adunan berwarna purple, ratakan dan kukus semula sehingga masak.
  10. Susun hawflakes , kemudian masukkan 1 senduk ++ adunan bewarna hijau dan ratakan. Kukus lagi sehingga masak.
  11. Ulang langkah 8 sehingga adunan habis. 
  12. Hasilnya akan jadi begini lapisan kuning + lapisan purple + lapisan hawflakes + lapisan hijau + lapisan kuning + lapisan hawflakes + lapisan purple + lapisan hijau + lapisan Hawflakes + lapisan kuning + lapisan purple + lapisan hawflakes + lapisan hijau.

dah terlebih bekas sebenarnya adunan ni..kecut jdnya yg atas sekali..dah xmuat na kembang kot.

TIPS MEMBUAT KEK LAPIS DARI LOVELY KITCHEN (MINTA IZIN COPY YE LK)
  • Terlalu lama masa mengukus setiap lapisan boleh menyebabkan lapisan kek lapis tidak melekat antara satu sama lain / tertanggal.
  • Pastikan kek sudah masak sebelum melapis lapisan seterusnya. Jika tidak adunan akan bercampur dan lapisan tidak cantik.
  • Sentuh sedikit dengan hujung jari untuk mengetahui lapisan kek sudah masak atau belum. Jika kering dan tidak melekat di hujung jari, bolehlah di lapiskan lapisan seterusnya.
  • Tempoh masa mengukus kek tidak sama antara lapisan pertama dgn lapisan seterusnya. Mesti selalu check. 
  • Seeloknya sebelum melapis tekan lembut lapisan kek dengan sudu plastik. Supaya kek padat dan tiada lubang udara (Kak Diana).  
  • Cara menyimpan kek lapis : balut dengan aluminium foil dan simpan di dalm peti sejuk untuk ketahanan yang lebih lama. (kak Diana)
  • Setiap kali memotong kek lapis, lap/ bersihkan pisau pemotong dengan kitchen tissue supaya hasilnya tidak comot.


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Sunday, October 18, 2009

Coklat Cake Kukus

Ni pulak projek aku hari ahad...sbb minggu ni tak kemana2 so aku dgn rajinnya buat kek ni..sbb brg2 pun dah ada...projek almond cookies di tangguhkan dulu sbb tak beli butter..asyik lupa je...so this is the resepi..kek coklat kukus je...fobia nak bakar kek takut bantat lg..huhuhu..

Coklat Cake


Bahan-bahan:-
1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur

Cara2:-
1. Ayak tepung, soda & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil hingga larut. Matikan api
3. Pukul telur hingga kembang dan masuk dalam bancuhan tadi
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati
5. Tuang ke dalam loyang dan kukus 1 jam.


* Untuk topping ni saya gunakan coklat fudge...ni 2nd time buat..still comot2 toppingnye..hehe..kalau nak cantik better guna whipping cream..maybe next time...


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again