Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

dinar vs wang kertas



emas:

1. Emas adalah kekayaan yang hakiki
2. Tidak boleh di 'scam'
3. Emas tidak boleh dibinasakan
4. Tidak mudah cair
5. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang
6. Tidak boleh dimanipulasikan
7. Dipuja

Wang kertas:

1. tetap kaya, tetapi tidak kekal.
2. mudah ditiru
3. senang dikoyak, terbakar, rosak, supik kelenyar, pudar, berlubang bila distapler
4. mudah menjadi debu
5. nilai sentiasa berubah, kejap naik, kejap turun, turun x naik2 pun ada, kadang xda nilai



Dinar & dirham adalah matawang kekal hingga kiamat. Antara sejarah kebaikannya adalah:

  • Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
  • Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
  • Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
  • Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
  • Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
  • Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
  • Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
  • Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar US, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.
  • Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.
  • Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.
  • Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.


Abu Bakar bin Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah, semoga Allah memberkati nya dan memberinya damai, berkata: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). "(The Musnad Imam Ahmad bin Hanbal)

Emas dan perak adalah mata wang yang paling stabil di dunia yang pernah wujud. Lindungi kekayaan anda dengan membeli emas dan perak.

Wednesday, January 6, 2010

Earn cent by catcheye


Catch eye merupakan satu laman web yang memberikan anda reward dengan hanya mempromosikan laman web catcheye...

klik link ini dan register.. mula kumpul reward anda hari ini

get started with catch eye for FREE!

Monday, August 31, 2009

Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran

Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran
Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Internet Daripada Al-Quran

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Wallahu’alam.

Friday, March 20, 2009

email menang loteri bertimbunan

Dah jemu aku melihat email yang memberi harapan palsu kat aku, kalau semua tu betul ada dalam Berjuta dolar US aku dapat. Tapi nampak sangat orang yang buat tu bodoh sebab dia hantar kat aku yang xda duit ni. Lagi bodoh bila dia suruh aku diposit dulu masuk ke akaun, pastu baru boleh dapat duit yang menang tadi tu.

Ini contoh2 email yang aku dapat:

Mrs.Rose Wood you have been selected for a cash prize of £500,000 (Five Hundred Thousand (British Pounds) held on the 17th of March, 2009 in London UK.The Selection was carried out through a Computer Random Selection System and your email address emerge as one of the Three Lucky Winners. REF No: UKNL-L/200-26937


">
Irish Claims Centre You won 750,000pounds. Contact Mrs. Sofia David. sofiadavidclaims@btinternet.com

British Online Promo you have been selected for a cash prize of 1,200,000 (British Pounds) held on the 5th of March 2009 in London (United Kingdom).Theselection process was carried out through random selection in Our computerized email selection system (ESS) London Uk.


">
British National Lottery Board

Agent Name: Mr. Alvin Johnson
Tel: +44 704-571-0545
Email: ( mr.alvinjohnsondept@msn.com )

This is to inform you that you have been
selected for a cash prize of 1,000,000
(British Pounds) held on the 5th of March
2009 in London (United Kingdom).Theselection
process was carried
out through random selection in Our
computerized email selection system (ESS)
London Uk.

COMPAQ Winners Alert Your email has been awarded the sum of £950,000 in the COMPAQ Award. Send your Name, address, Age, Country and Tel. to williams.spencer1@btinternet.com for claims.

Irish National Lottery You won £750,000.

Please acknowledge the receipt of this mail with the details below to

Mr.Derek White batch: 074/05/ZY369

dan banyak lagi.

macam mana nak tahu benda ni tipu?

mudah saja. Ambik ref no atau apa2 yang berkaitan dengan claim atau company yang buat tu.

search kat google tengok la kalau ada word 'scam' keluar maka anda hampir2 ditipu.

Apa pun selamat mencuba.

14 April tarikh akhir tuntut rebat

UALA LUMPUR: Kerajaan melanjutkan sehingga 14 April ini tempoh tuntutan rebat tunai bagi subsidi petrol kepada pemilik kenderaan, yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac.

Pos Malaysia, dalam satu kenyataan semalam, berkata pemilik kenderaan yang layak, digalakkan memperbaharui cukai jalan kenderaan di mana-mana 691 pejabat pos di seluruh negara untuk membolehkan mereka menerima rebat tunai pada hari yang sama.

Mereka juga boleh membuat tuntutan melalui portal transaksi dalam talian Pos Malaysia PosOnline di www.posonline.com.my yang mempunyai kemudahan untuk memasukkan tuntutan rebat ke dalam akaun bank masing-masing.

Friday, March 13, 2009

Waspada skim pelaburan 'ESOS'

KUALA LUMPUR 12 Mac - Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan pihak tertentu yang menawarkan pelaburan dikenali sebagai ESOS - Employee Share Option Schemes membabitkan syarikat British American Tobacco (BAT).

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supritendan Rasdi Ramli berkata, sehingga kini, sebanyak 19 laporan diterima daripada mangsa di beberapa negeri yang melibatkan kerugian kira-kira RM6.4 juta.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan dalam penipuan itu ialah suspek menawarkan pembelian saham-saham dalam BAT dengan pulangan keuntungan tinggi sehingga 50 peratus.

"Urusniaga yang dijalankan oleh suspek ialah dengan menggunakan nama sebuah syarikat dan ada juga melalui orang tengah.

"Mereka yang tertipu terdiri daripada golongan profesional selain personaliti terkenal termasuk artis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya meminta seorang wanita, Rohaniza Aladib, pemegang kad pengenalan bernombor 781220-14-5792 untuk tampil membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, alamat terakhir Rohaniza ialah di No. 12, Jalan RTU, 33/17A, Damansara Indah Resort Home, Kota Damansara, Petaling Jaya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Rohaniza diminta tampil menghubungi Senior Asisten Komisioner II Mohd. Hazam Abdul Halim di talian 03-26163747 atau 019-6000132.

"Selain itu, mereka boleh menghubungi Asisten Komisioner Latt Mazura Mansur di talian 03-26163779 atau 019-6000803 dan Supritendan R. Rajagopal (03-26163863 atau 012-4853388)," katanya.


Waktu kelas eco pun lecturer cite letak duit bawah tilam, selamat...

Sunday, March 8, 2009

USD50-an-Hour Earning Power

The following career paths will give you $50-an-hour earning power.

1. Pharmacist

Earnings (2007): $48.31/hour $100,480 salary

2. Actuary (Management & Technical Consulting)

Earnings (2007): $51.48/hour $107,080 salary


3. Marketing Manager

Earnings (2007): $54.52/hour $113,400 salary


4.
High School Principal

Earnings (2006): $44.70/hour $92,965 salary


5.
Petroleum Engineer

Earnings (2007): $54.75/hour $113,890

Engineers command the highest starting salary among bachelor's degree holders--and petroleum specialists rank at the upper end of the engineering salary spectrum. Demand for qualified petroleum engineers is expected to soar in coming years, as energy issues dominate the national agenda. Petroleum engineers create and optimize methods of extracting and processing oil and gas.

A four-year bachelor's degree in engineering is all that stands between you and a petroleum engineering career. Look for a program with a specialized energy or petroleum engineering curriculum. Hands-on design and development training offers the best preparation for a $50+/hour career in R&D.



Many industries offer the promise of $50 and up at the top of the career ladder. Online programs are making it easier than ever to join the elite ranks of your profession. Earn while you learn, and you'll be on track to make every minute on the job count.

link: yahoo.edu

Saturday, March 7, 2009

10 Individu terkaya di Malaysia

1.Tan Sri Robert Kuok (Raja gula-Kuok Brothers Sdn Bhd) - RM26.6 bilion

2.T. Ananda Krishnan (Maxis) - RM20.1 bilion
3.Tan Sri Teh Hong Piow (Public bank) -RM8.15 bilion
4.Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Corporation) - RM7.4 bilion
5.Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) -RM4.5 bilion
6. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) - RM3.5 bilion
7.Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (MMC corporation Berhad) -RM3.2 bilion
8.Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Group) -RM1.8 bilion

9.Tan Sri Tiong Hiew King (Kumpulan Rimbunan Hijau) RM1.6 bilion

10.Tan Sri Azman Hashim (Arab Malaysian Corp) RM1.4 bilion
Adakah mereka juga antara 10 orang terbahagia di Malaysia? Saya rasa tidak... mungkin mereka antara 10 orang yang paling susah nak tidur di Malaysia . Manakala siapa 10 individu termiskin di Malaysia? Nampaknya tiada kajian dilakukan kecuali Bersamamu TV3.

Friday, March 6, 2009

Apa yang ada pada duit RM 5 lama


Dulu kawan aku pernah cakap kat duit RM5 tu ada lambang salib, aku pun tercari-cari tapi tak jumpa.Pas tu aku bukak la google cari gambar tu..aku pnun jumpa gambar kat atas ni. Aku bandingkan dengan duit yang dah lama aku simpan tapi tak ada pun alang yang membentuk tiang tu jadi salib. Jadi?

Sunday, February 22, 2009

Buat DUIT dari benda PERCUMA!! (hot)

Maklumat rahsia berikut hanya sesuai untuk mereka yang tidak mahu bekerja dan mahu menjana wang cepat dan mudah dari bilik tidur mereka sahaja...

Samada anda seorang yang telah lama berada di Internet atau baru sahaja memasuki dunia Internet hari ini, anda perlu berhenti sekarang dan mendengar apa yang ingin saya ceritakan di sini. Kerana saya akan memboloskan suatu rahsia besar yang tidak diketahui ramai dan dijangka mendatangkan pendapatan lumayan kepada anda di tahun 2009 ini "tanpa perlu melakukan apa-apa kerja" atau mengeluarkan setitik peluh pun.

Teknik rahsia yang mahu disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu inilah yang membolehkan setengah-setengah "orang baru" menjana pendapatan jauh lebih banyak dari orang yang sudah lama berada di Internet tetapi sesat dalam pencarian wang internet mereka. Penggunaan teknik rahsia mudah ini membezakan antara yang berpendapatan RM20 sehari dengan mereka yang berpendapatan dalam RM1,000 sehari!

... jadi anda perlu baca setiap perkataan dalam surat ini kepada anda, kerana...

"Jangan Lagi Di Tipu...
Dan Di Permainkan Lagi...
Selepas Ini..."

Akhirnya... ada seseorang yang telah berani membocorkan rahsia dalaman sebenar ini yang akan mengakibatkan tahun 2009 ini menjadi tahun anda melihat wang datang terus ke mesin ATM.

Usah buangkan masa anda dan modal hasil dari titik peluh wang simpanan anda untuk menyertai segala skim pelaburan Internet seperti Swisscash, Buyebarrel, Empay dan lain-lain. Teknik rahsia saya ini tidak memerlukan satu sen modal pun dari anda selepas ini! Dan pastinya ia bukan suatu skim pelaburan Internet, MLM atau yang lain-lain yang berkaitan dengannya.


Nak ke tak nak? kalau nak dapatkan segera e-book jana wang guna benda percuma. RM30 je..tawaran terhad sebelum harga "dilambungkan".

Muat turun serta merta dalam bentuk PDF. Anda boleh mula menjana wang di nun subuh sementara orang lain sedang nyenyak tidur.

Lakukannya sekarang!

PEMBAYARAN MELALUI CIMB BANK

Langkah 1: Deposit RM30 Ke Akaun CIMB

Anda boleh lakukan pembayaran dengan pergi ke mana-mana cawangan CIMB sekarang dan melakukan pembayaran RM30 ke dalam akaun bank seperti tertera di bawah. Anda boleh lakukan samada pembayaran melalui mesin deposit tunai (CDM), pemindahan wang melalui mesin ATM,atau deposit tunai di kaunter bank.

NAMA : MOHAMMAD AQMAL AZAM

NO AKAUN : 1116-0007089-52-1

EMAIL : malhebat88@yahoo.com

Langkah 2: Melakukan Pengesahan Pembayaran

Setelah membuat pembayaran. Anda perlulah membuat pengesahan pembayaran dengan menghantar maklumat pembayaran menggunakan email. Butiran seperti nama, no tel, alamat, tarikh bayaran dibuat, masa bayaran dibuat, jumlah bayaran danbukti bayaran (trace no, lokasi ATM/Bank).

PENTING: Anda perlu menghantar email pengesahan sebaik sahaja anda memasukkan wang ke dalam akaun CIMB saya supaya saya mengetahui anda telah melakukan pembayaran. Kelewatan akan mengakibatkan kelewatan menerima produk saya.


Langkah 3: Memiliki Produk

Saya akan menyemak butiran pengesahan anda dalam masa 1 hingga 24 jam dan selewat - lewatnya 24 jam selepas pembayaran anda. Jika ternyata butiran bayaran anda adalah tepat dan betul, maka saya akan mengirimkan produk anda melalui alamat email yang anda daftarkan bersama saya.
Sebarang pertanyaan, boleh email saya : malhebat88@yahoo.com