Followers

Showing posts with label Desserts. Show all posts
Showing posts with label Desserts. Show all posts

Wednesday, 17 August 2011

Puding Karamel

Salam Ramadan untuk semua...

Bulan puasa ni bertambah-tambah sibuk rasanya. Setiap hari masak yang ringkas dan mudah jer. Selebihnya kalu rasa nak makan yang canggih-manggih tu beli ler jawabnya. Saya buat puding karamel ni pun sebab feberet Muaz tiap kali berbuka. Tiap2 hari asyik order kat bazar ramadan jer. Sepotong rm2.50 sekarang ni. Mama pun cuba godek sendiri. Alhamdullillah menjadilah.. Resepi ni ringkas dan sangat senang untuk orang yang baru nak mencuba.. Terima kasih kepada Feqah. Saya copy paste dr blog Kak Zai, Teratak Impian...tergoda tengok dessert Kak Zai yang semenya mabeles tu..tima kacih untuk semua. Pudingni Muaz ngan mama je yang perabis..papa tak suka pudingni. Mufid plak apa makanan yang lembik2 dia tak layan..






Ini resepinya...

Puding Karamel Feqah

Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:-
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas


Untuk Puding:-
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad


Cara Membuatnya :
1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.








Thursday, 25 March 2010

Fruits Salad lagi...

Salam untuk semua..

Cuaca kat sinipun dah mula suam-suam panas. Bermakna tak lama lagi kenalah berkurung di siang hari, petang atau malam baru boleh merayap..huhu..
Apa nak buatkan...berkurungpun takpelah kiah, janji ada benda yang boleh dikunyah.. :p hmmm.... asyik nak mengunyah jerrr... Jomlah kita makan buah banyak2, boleh diet..hahhah..




Muazla nih, suruh mama buat fruits salad yang sama macam yang dia buat kat sekolah masa aktiviti 'cookery' dia. Cikgu dia ajar buat buat benda2 yang senang2 jer macam sandwich, salad.. yang lain ntah.. mamapun lupa da.. Bukan susahpun buah2 campur susu pekat manis. Layan jer laa..

Sudi-sudikan ye...

Friday, 22 January 2010

Salad Buah

Makan banyak buah-buahan memang bagus untuk kesihatan. Kalau rasa rajin sikit (sikit je..) bolehla buat salad buah macamni. Kalau malas.. kupas dan ngap jer, lagi senang kan..hihi..


Saya letak yogurt stoberi, campur dengan buah-buahan dan gaul sebati, siapp....Terpulanglah nak guna buah apapun asalkan sesuai..jgn guna buah kelapa sawit sudahh..hu..hu..

Friday, 8 January 2010

Satay Buah..

Nak makan satay ayam daku malas nak buattt............
Makan je la satay buah ni, satay jugak kann....huhu..
Sebenarnya ni la 'jajan' muaz masa cuti sekolah baru2ni.
Tanda mak dia malas nak ke dapo....




















senangkan buat satayni.. takyah kipas2, takyah panas2.. eheeee..
jom makan, amik sorang satu!











Saturday, 2 January 2010

Dadih Strawberry

Salam semua..

Tak tau nak membebel apa, terimalah pantun 2 kerat ni,









Sekarangni musim strawberry,







Jom buat dadih strawberry..





Dadih
Sumber ; FP Haniss, tq Haniss..

Bahan;
10gm agar² strip
1 liter susu (fresh milk atau full cream)- saya guna susu strawberry
5 cawan air
3/4 cawan gula
2-3 helai daun pandan

Caranya pula:
1. Masak agar² dengan air dan daun pandan sehingga mendidih, masukkan gula ..kacau dan kemudian masukkan susu tadi.
2. Biar hingga mendidih sekali lagi, buang daun pandan dan tuang kedalam bekas kecil.
3. Suamkan dulu pastu baru sejukkan lam peti ais.
4. Siap dimakan.

Nota: boleh tambah apa² perasa jika suka.
Boleh jugak guna susu perasa strawberry atau coklat jika nak dadih perasa² tersebut.



yang ni buat hari lain, boh susu strawberi lbih..sbb tu kaler dia lain sikit..

sila..sila...amik sudu, cedokla sendiri yaa...ehhheeeee..

Thursday, 17 December 2009

♥Baby Bread Pudding™

Baby bread pudding ni buat petang semalam. Petang yang sejuk terasa nak makan yang panas2. Lagipun tak susah manapun nak buat ni. Sambil2 kejar2 tengok mufid dan kejar2 ke dapur (macam marathon ler pulak) ..siaplah baby bread pudding ni. Memang sedap makan panas2...nampak garing sikit kat luar tapi sangatlah lembut di dalamnya..thanks untuk penyumbang resepini iaitu Kak Fida (my resipi).

♥Baby Bread Pudding™ (Kak Fida @ Myresipi)

Bahan-bahan ( 6 keping )
2 keping roti putih
2 sb tepung jagung
3 sb gula halus
100 ml susu cair
2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
1-2 titik esen vanilla
sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara
1.Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
2.Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
3.Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
4.Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
5.Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
6.Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing diatas puding.
7.***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

saya letak hirisan kurma dan kepingan badam je sbg eksesorinya.. makan seketoi nak lagi, seketoi nak lagi..
Cuma yang lecehnya Muaz pulak tak suka kurma n badam tu, dia nak makan kita kenalah korek segala eksesori tu. Siap kata lagi kalau ada kurma sedap sikit (ni ayat taknak bagi mama dia marah, pandai tu nak cover), tapi kalau takde kurma lagi sedap katanya..




Saturday, 23 May 2009

Puding Laici Dangdut





Puding ni dah ramai yang mencubanya. Bila cuaca semakin panas membahang ni barulah terkedek-kedek nak buat puding. Kat umah ni pulak, kalau beli laici or longan dlm tin mmg tak sempat nak buat apa dah. Setin tu boleh abis kat muaz sorang, dia makan gitu2. Hari nak buat puding ni beli 2 tin siap2, satu longan, satu laici. Dia paling suka longan. Biasa kalau buat puding tak endah sangat dia, yg ni dia asyik puji sedap jer..ye lah..makan puding tu tak byk mana sebenarnya, kutip laici je banyak nampaknya..hohoo..
Saya buat half je...tu pun banyak..tak abis makan, bg husb bawa gi opis dia.

Puding Laici Dangdut (Kak Liza) - tq

Bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici [asingkan airnya]
1 tin susu cair

Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.....

Sunday, 17 May 2009

Puding Koktel Berkuah

Cuaca panas ni terasa pulak nak makan benda2 yang lembut, berkuah dan boleh menyamankan tekak. Tapi, takde idea pulak nak buat puding apa, sayapun terjah umah kak zai (teratak impian). Kakzai ni kalau bab puding-memuding ni memang pakar, boleh digelar ratu puding ni. Hasil terjahan, saya telah merembat puding koktel ni. tapi bukan pudingnya, resepi jerla..uhuk3. Tengok bahan2pun simple jer, maka daku pun terus menggodek puding ni petang ni jugalah..heheeh..(nampak sgt tak sabor tu..kih3)


Dah siap pun, tapi kan, pecah sikit masa nak tuang daripada acuannya sebab diriku ni agak terorist sikit perangainya. Takpalah, sendiri yang nak makan, pejam mata jeer.. Saya guna buah-buah yg ori sbb takde pulak fruit coctail yg dlm tin tu..belasah jelah kan. Jom tengok resepinya. Minta izin cNp ye kakzai..tq

Puding koktel berkuah (kakzai)

Bahan-bahan puding:
1 cawan tepung custard
1 sudu besar tepung jagung
5 cawan air
gula ikut rasa manis
1 biji telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua sekali dan dimasak diatas api yg sederhana dan dikacau sampai pekat dan likat.
> Setelah pekat dan likat,masukkan kedalam acuan yang berbentuk supaya senang dimakan.
> sejukkan didalam peti ais hingga beku dan keluarkan dari acuannya.
> dihidangkan bersama fruit cocktail dan kuahnya.

Kuah:
1 tin susu cair
1 tin air (guna sukatan dr tin susu cair ni juga)
Gula ikut rasa manis
Jika suka bolih taruh sebiji kuning telur-saya tak letakpun

Cara-cara:
> Campurkan kesemua bahan2 dan jerangkan diatas api hingga mendidih dan biarkan sejuk dahulu kemudian sejukkan kedalam peri ais.

Hiasan:
1 tin fruit cocktail - sy guna buah segar


Tuesday, 24 February 2009

Puding Roti Berkismis



Puding Roti Berkismis

Roti sandwich secukupnya -saya guna separuh bungkus(potong 4)
3 biji telur (saiz A)
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula pasir }boleh kurang atau tambah ikut keperluan
1/4 cawan gula perang }
2 sb mentega
1 st esen vanilla
1/4 cawan kismis, rendam dalam air 5 minit, toskan
1 st cinnamon powder - jika suka
almond flakes - jika suka (saya tak bubuh, dah beli, tak ingat simpan kat mana, cari tak jumpa..haiyaa..)
2 st gula perang (tabur atas permukaan roti)- tips untuk dptkan kaler perang yg cantik..

Cara-cara:

Sapukan mentega di sekeliling bekas/loyang.
Susun roti di dalamnya, diselang selikan dengan taburan kismis di setiap lapisan roti.
Di dalam bekas lain, pukul telur, gula pasir, & gula perang dan mentega. Masukkan susu segar, esen vanilla dan cinnamon powder, kacau sebati.
Tuang adunan ini perlahan2 di atas roti yg telah disusun tadi. Biarkan seketika supaya roti mengembang. Taburkan sedikit gula perang di atas permukaan roti. Hias dengan almond flakes di atas permukaan roti jika suka.
Bakar 30-40 minit pada suhu 350 degree @ ikut oven masing2
Apabila masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum dipotong.

Thursday, 12 February 2009

Pengat Pisang


Jom minum petang....!! Cepat amik mangkuk masing-masing yer..

Pengat Pisang

Bahan-Bahan:
4 biji pisang -belah dua & potong 4, sebab pisang ni besar
3 cawan santan
1 ketul gula kabung/melaka -racik2 supaya senang larut
1 helai daun pandan-koyak & simpulkan
3 sb sagu - dicuci direndam sebentar supaya (senang kembang nanti) dan ditoskan
Sedikit gula pasir
Secubit garam

Cara:
Masukkan santan ke dalam periuk.
Masukkan gula kabung dan daun pandan.
Apabila santan mendidih, masukkan pisang dan sagu. Sentiasa kacau.
Masukkan gula dan sedikit garam. Apabila pisang lembut, bolehlah diangkat.

Sunday, 1 February 2009

Strawberri Bercoklat



Hari Jumaat lepas, saya nampak strawberri menimbun di Carrefour. Buahnya besar-besar sangat... Geram tengok, amiklah bawa balik. Maka, jadilah ini..

Strawberri Bercoklat
(Saya buat ikut suka je ni..janji coklat tu leh beku, ok ler..)

Bahan-bahan:
25 biji strawberi-basuh bersih dan keringkan dengan paper towel
150g coklat masakan - potong kecil2 (saya campur sedikit coklat susu)
1 camb mentega/marjerin

Cara-cara:
1. Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah "double boil".
2. Apabila coklat mulai cair, masukkan mentega/marjerin.
3. Kacau hingga larut dan cair kesemuanya.
4. Angkat dan biarkan coklat sejuk.
5. Celuplah strawberi dan letak satu persatu di atas pinggan yang dialaskan dengan wax paper/cling film, atau apa2 je plastik yang sesuai untuk elakkan ia melekat.
Kali ni saya letak di dalam paper cup.

***kalau nak coklat tu cepat membeku, masukkan dalam peti sejuk sebentar yer, kejap je beku dan bleh makan...

Friday, 2 January 2009

Chocolate Strawberries / Strawberi Celup Coklat

Saya buat coklat yang versi sempoi je ni..yg paling senang di dunia
Tak perlu banyak bahan, guna coklat masakan dan mentega sahaja.



Chocolate Strawberries a.k.a Stoberi Celup Coklat

Bahan-bahan:
25 biji strawberi-basuh bersih dan keringkan dengan paper towel
150g coklat masakan - potong kecil2
1 camb mentega/marjerin (boleh tambah @ kurangkan bergantung kpd kepekatan coklat)

Cara-cara:
1. Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiler.
2. Apabila coklat mulai cair, masukkan mentega/marjerin.
3. Kacau hingga larut dan cair kesemuanya.
4. Angkat dan biarkan coklat sejuk.
5. Celuplah strawberi dan letak satu persatu di atas pinggan
yang dialaskan dengan wax paper/cling film,
atau apa2 je plastik yang sesuai untuk elakkan ia melekat.

***kalau nak tabur ngan manik2 pun taburla sesuka ati, sebelum coklat tu membeku.
***kalau nak bg coklat tu cepat membeku plak, masukkan dalam peti sejuk sebentar yer,
kejap je beku dan bleh makan...

Wednesday, 17 September 2008

Puding Roti Karamel

Saya buat puding ni sebab nak abiskan stok roti sebelum xpired. Bulan posa ni roti memang tak sempatla nak makan, harap muaz sorang je la duk perabih ngan nutella dia tu.. Sememangnya saya tak merancang nak buat pudingni, sebab tulah hiasan kat atas tu, main belasah je letak oren slices, patutnya letak peach atau coctail, barula kena. Oren pun orenlah labuu...janji berhias, wakakaa....






PUDING ROTI CARAMEL k.liza (terima kasih kakliza )

Bahan
750 ml susu segar/susu kotak
3 biji telur
2 s/b gula kastor
1 s/k esen vanilla
6 keping roti [koyakkan]

1/2 cawan gula [hanguskan]

hiasan.... buah peach dalam tin [boleh gunakan fruit koktel] - saya boh apa yang ada je

Cara
1. Gaulkan susu, telur, gula kastor, esen vanilla dan roti dalam mangkuk.
2. Panaskan gula dalam loyang yg nak digunakan diatas api paing kecil sehingga berwarna kekuningan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan adunan roti dalam loyang yg ada gula hangus.
5. Kukuskan selama 30 minit diatas apai sederhana.
6. Angkat dan sejukkan loyang.
7. Bila telah sejuk terbalikkan perlahan dalam pinggan pie [saperti dalam gambar..sebab dia berkuah]
8. Susunkan hirisan buah peach dan sejukkan.
9. Potong dan hidangkan.


Tuesday, 16 September 2008

Sagu Gula Melaka

Puding sagu yang saya buatni tak seperti yang diharapkan.. bukan salah resepi ye, tapi rasa2nya sagu kat sini memang lain sikit. Sagu sini takde rasa liat2/kenyal macam yg mesia punya, rasa macam makan tepung je, so hasilnya kurenglaa tapi makan jugalah sebab taknak membazir, nasib baik buat tak banyak.



Sagu Gula Melaka Sumber: Majalah Wanita Disember 1999 (Keluaran Khas)
Bahan-Bahan: 150 gm sagu mata ikan
4 cawan air
3 ketul gula melaka
1 cawan santan pekat
Air secukupnya

Cara:
Basuh sagu mata ikan dan masak bersama empat cawan air atas api sederhana.
Jika sagu masih nampak keras, bolehlah ditambah sedikit air lagi.
Setelah sagu pekat dan masak, masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau gelas berkaki. Sejukkan di dalam peti sejuk. Masak gula melaka hingga pekat dan tapis. Bila tiba waktu hendak memakan kuih ini, bubuh sedikit santan dan gula melaka. Cadangan Hidangan: Sagu Santan Dan Gula Melaka ini lebih lazat jika dicampurkan dengan beberapa ketul ais.

Monday, 8 September 2008

Puding Coctail



NOTA
Puding ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar]
atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk mmemakannya.....

kalau untuk buat hantaran ..kurangkan air dalam memasaknya dan hiaskan dengan buah campur saja.

*** saya buat setengah adunan je.

Puding Coctail (kak liza) t.q

bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
6 gelas air
11/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air buah campur dlam tin...
1 tin buah campur [untuk hiasan]

Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air buah campur dalam tin dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil].
Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah campur yang diasingkan tadi.

Thursday, 14 August 2008

Bubur Jagung

bubur jagungni, seme org pun pandai buat kan.., tapi kena letak gak resepi, mana tau nanti muaz nak buat bubur tak reti, bleh dia tgok sini



Bubur Jagung
Bahan-bahan:
2 cawan isi jagung
1 biji keledek sederhana besar - dikupas, potong dadu
3 sb biji sagu - direndam seketika (-+15 minit) - kalau suka byk ble tambah
santan secukupnya (agak2 tenggelam bahan2 tu)
1 cawan pati santan
2 ketul gula melaka
sedikit gula pasir
secubit garam
daun pandan - disimpul

Cara-cara:
Masukkan santan, keledek, daun pandan dan secubit garam ke dalam periuk. Gunakan api sederhana. Masak hingga keledek empuk sambil dikacau. Masukkan gula melaka, pati santan, jagung dan sagu. Tambah gula pasir jika kuah belum manis. Sentiasa kacau dan apabila sagu dah bertukar menjadi jernih, tutup api. Jagung tak boleh dibiarkan telalu lama dimasak sbb akan kurang manisnya, so bila dh masukkan jagung pastikan jgn terlalu lama, (kalau sagu tak direndam terlebih dahulu, ia akan amik masa utk kembang)

Thursday, 31 July 2008

Dadih Coklat

Dadih coklat selalu juga buat sebab muaz mmg suka..



Dadih Coklat (nor_67 myresipi) t.q nor

10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah) - yang saya guna tu cap hape ntah ..
1 liter susu segar biasa
1 liter susu segar berperisa coklat
1 1/4 cawan gula (atau 17 sb gula)
1.2 liter air
1 st garam
1 sb tepung jagung - dibancuh dgn 2 sb air - sy tak bubuh
1st coklat emulco - sy tak bubuh

Thursday, 22 May 2008

Puding Permata

Panas2 ni, jom pekena puding, nak pekena ABC takdak...



Puding Permata (rossitamz - myresipi), time kasih yer
Bahan-bahan ( Loyang 7in x 7in )
** Bahan untuk agar-agar :
300ml air
200ml susu cair (saya guna susu segar)
125gm gula pasir
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar serbuk agar-agar
** Bahan untuk kastad :
500ml air
400ml susu cair / susu segar
250gm gula pasir
10gm serbuk agar-agar
1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air
Cara-cara ** Untuk agar-agar : Masak susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
** Untuk kastad : Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.

Monday, 28 April 2008

Jelly Karamel Susu

Memandangkan cuaca dubai dah mula panazzzzz, tekakpun rasa kering jer. Lidah ni plak mulalah rasa gatal, bukan gatal per, gatal nak merasa makanan yang sejuk2 dan nyaman2gitew (baper kali sejuk, baper kali nyaman daa...)
Belek punya belek, tenung punya tenung..terjumpalah resepi ni kat myresepi. Nampak menggiurkan dan bahan2nya pun memang ada kat umah. Senang dan cepat buat jelly ni. Tak sangka, si muaz mat cerewetpun suka, siap suruh buat lagi. Resepi ni oleh yani, sedapp..t.q yani.



Jelly Karamel Susu - Yani

Bahan-bahan ( 6 cups )
2 1/2 cawan(500ml) susu segar
115g gula
10g gelatin
6~7 biji walnut

Cara-cara
Masukkan 4 sudu besar air ke dalam gelatin. kacau dan ketepikan.
Masukkan 100g gula dan 1 sudu besar air ke dalam periuk. Masak dgn api besar sehingga perang. Kecilkan api. Masak sehingga agak pekat. Padamkan api.
Masukkan 1 1/2 sudu besar air kedlm periuk tadi. Kemudian masukkan walnut satu persatu.. Kacau dengan cepat. Biarkan walnut terendam dalam karamel selama 1~2 minit.
Keluarkan walnut dan atur di atas pinggan.
Masukka susu dan gula yg lebih tadi ke dalam periuk. Panaskan sehingga gula larut. Padamkan api. Masukkan gelatin sambil dikacau-kacau supaya tak berketul
Masukkan adunan ke dalam cup pudding. Bila dah sejuk boleh simpan dalam peti ais
Bila nak makan boleh keluarkan puding. Dan hias dengan walnut tadi.