Buat baik dibalas jahat

Get it from /k/ thx..kisah benar but not me


Silap orang..


*silap orang..dem aku..

Rokok membahayakan mata @_@


Thx /k/~~xlarat nak tulis dah
*kartun di atas semuanya adalah benar2 belaka dan diceritakan kembali dalam bentuk komik supaya korang boleh jadikan bahan untuk ketawa..dan itu bukanlah aku..thx u

Double the stress double the thrill


*terbaik dari ladang lowyat..thx /k/

*kartun di atas semuanya adalah benar2 belaka dan diceritakan kembali dalam bentuk komik supaya korang boleh jadikan bahan untuk ketawa..dan itu bukanlah aku..thx u

Picit-picit



*diambik dari lowyat..thx /k/

Dentist nightmare ~-~


*diambik tanpa kebenaran dari lowyat..hahaha..maafkan /k/ :D

Nak anak kembar?

Pisang kembar ituPisang kembar itu yg dah dimakan aku

Hahahaha,mak aku cakap,jgn makan pisang kembar tu!!nanti dapat anak kembar..mmg itu yg aku nak pun..weeeeeeeeeeeeeeeeee!!Amin moga2 doa mak makbul..

Sedim TIME!!

sedimAksi stunt bahaya,amar terapung menggunakan ilmu santet memutet udara

Sekali lagi stunt bahaya,terajang sambil terjah angin kus kus

Bertapa sebelum memulakan Aksi Stunt akrobatik,masing2 memilih lokasi yang sesuai dan parameter dikawal oleh coach Sakinah(baju ijau),Mawan membaca jampi serapah novel cinta sebelum turun ke air dalam.

Aksi akrobatik udara LIMA 2009 di Sedim

Aksi sebelum lompatan(coach Sakinah memerhati dari jauh)Melompat tak hingat dunia..LIMA di Sedim 2009Terapung..Mawan(baju kuning) macam lemas diudara..=.=,sambil diperhatikan oleh coach Sakinah Che Ross
Selesai..semua kembali ke pangkalan dalam air(coach Sakinah sebelum menghilangkan diri ke dalam air)




Seronok kan bila tipu orang..hahaha..cakap nak amik gambar,sekali video yang aku amik..o yeah!!!

*Dgr sakinah cakap..cepat lar wei,tangkap lar gambar kami..hahaha
*Adik aku dan mawan bersedia untuk posing sambil terbang..hahahahaha
Sory guys..you have been punk'd..hahaha

p/s:nape bnyk sgt 'hahahaha' =.=..hahaha

Aku nak jam tangan!!!




Dah dekat 4 bulan tangan aku kosong tanpa jam dan rasa seperti diri ini bogel bila keluar berdepan dengan orang awam..aku nak jam tangan!!!!!!!!warghhhhhhhhhhhh*rage mode* T_T

Terima Kasih

Gear 4 dan kebulan~~~~

Hari nie hujan,pergi amik adik aku,naik moto pakai baju bujan ponco warna itam yang dah terkoyak di ketiak,gara-gara aku duduk atas baju tu dan tertarik sampai nampak ketiak,tapi xper yg penting bole lindungi hp aku(tu yg penting!!)

Tunggu adik aku sampai dekat pukul 7 malam,after that sama2 tunggang langgang moto untuk balik kerumah,hujan dah xder,tapi aku masih lagi pakai baju ujan,dan simpan hp dalam beg plastik(dalam poket) takut2 kena air hujan,rasa x selesa bila hp letak dlam plastik+gemuk peha aku,buat hp tu macam tertekan,so berenti sekejap tepi jalan...turun,betul2 kan hp..naik moto dan start moto guna pedal..vroom~~~ terlajak kedepan...kena sound "GILA" oleh adik aku..ye salah aku..moto masih gear 4..aku ingat dah tutup enjin,naik moto,pegi start lagi..sambil pulas throtle..masyuk jer melompat..dem.

p/s:apakah??!!

Tak tahu

Kengkadang bila kita banyak duit,tak tau nak beli apa nak makan apa

tapi... bila tak dak duit

taw plak kembali ke tempat asal..cintan mee maggi perasa asli..hahaha..o yeah

Patutla...

Selama aku tinggal di Kondominium Plaza Rah,Kampung Baru,tingkat 18 nie,baru aku taw,kemana hilangnya semua baju-baju dan segala pakaian yang disidai oleh penghuni kondo nie..segala baju-baju,kain seluar,kain pelikat,spender,boxer dan lain-lain lagi benda alah yang jatuh ditiup angin..tak kan dapat dikesan kalau jatuh ke bawah..

rupa-rupanya...

Tadi dalam lif..tetiba masuk seorang pakcik..nampak macam bangla..tapi yang was-wasnya..pakcik tu pakai baju UKM,apa ntah baju tu,pesta budaya apa ntah..aku perhati atas bawah..dem,ini bangla..slumber badak yer engko pakai baju UKM yang jatuh,patut ler kalau baju jatuh,semua tak dapat dikesan..hampes korang bangla,tau lar pekerja kondo..adoi,bole plak amik pakai,memang terang2 lar engko tu bukan student UKM..aduyai..dan slumber badaknya dia kuar join kawan-kawan bangla yang lain,maybe berbincang baju apa yang dapat dikumpul hari tu..=.=

p/s: kepada pian..spender yang hilang tu..anggaplah sekarang nie dah berada sedap di daerah bontot bangla..persoalannya sekarang..sanggupkah engko memakainya kembali?hahahah

Kalau aku boleh

Kalau aku boleh makan benda alah nie tanpa menggemukkan + memudaratkan kesihatan,akan aku ramas-ramas seperti makan nasi dengan lauk:

1.Pizza
2.Spaghetti
3.Burger(burger ramli,burger mcd)

Aku suka subway sandwich..kyros kebab..sedap..huhuhu

Tapi malangnya aku dah gemuk dan terpaksa kuruskan badan untuk kurangkan risiko kena penyakit..huaaaaaaaaaaaa..nak makan benda-benda nie selalu..lapar.

p/s: kek lapis selalu pun xper ker?@_@,sedap gak kek lapis muhibbah tu..nak lincin aku bedal..hahaha

Kenapa tak update?

Sebab aku blur tak tahu nak tulis apa..T_T..

Selamat hari raya..





Salam..selamat hari raya aku ucapkan kepada semua yang mengenali diriku,sepuluh jari+sepuluh jari kaki ku susun mohon maaf andai ada tersilap atau terkasar bahasa,halalkan segala makan minum ku..bagi yang kawan-kawan perempuan aku,aku minta maaf andai aku melawak cara kasar,atau bahasa seperti orang barbarian dan bergurau macam korang semua budak lelaki..minta maaf yer..bagi kawan-kawan lelaki aku,aku minta maaf andai korang ajak aku keluar melepak kuar main red alert aku x dapat kuar,memang hobi aku melepak dirumah,harap korang maafkan,rasanya setiap kali raya,tak pernah pun dapat jumpa korang semua,mesti balik kampung lepas sembahyang raya,harap dapat jumpa korang semua nanti,InsyaAllah

Rasanya raya kali ini suram sangat..aku rindu dekat ayah aku,bukan xnak balik berbuka puasa di rumah,tapi aku sedih bila kenangkan setiap kali nak berbuka puasa tahun lepas,ayah aku akan balik dari kerja dengan sebiji air kelapa yang dibeli,tak kan lupa dekat aku..takut terburai air mata aku bila berbuka di rumah nanti..kali ini aku kena ambil alih sebagai ketua keluarga,walaupun aku jarang bermanja-manja dengan keluarga aku,tapi aku tetap sayang diorang lebih dari segalanya.Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosa ibu dan ayahku,jauhkanlah diri mereka dari azab api nerakamu dan seksaaan kuburMu,tempatkanlah diri mereka bersama dengan orang yang soleh dan mukmin,Sesungguhnya dia telah menjalankan tanggungjawab dirinya sebagai seorang ayah,seorang hamba dan tanggungjawab terhadap makhluk-makhlukMu ya Allah..Doaku setiap kali sujud ku pada Mu ya Allah

Takutnya nak balik beraya..takut nak tengok muka emak aku,adakah aku akan tabah hari raya pertama nanti?


Selamat hari raya..ayah,izat rindu ayah..

The world is spinning faster

Salam

Dunia berputar-putar dengan laju sampaikan dulu kita masih lagi boleh jangkakan apa yg akan terjadi lagi 5 atau 10 tahun akan datang,tapi sekarang beza hanya 2 tahun,akal sudah tidak mampu lagi memikirkan apa yang akan berlaku pada kita,luangkan masa untuk melihat video research dunia internet yang tiada batasan



p/s: ayat skema jer..kepoyoan terserlah,harap maaf..hahaha

Minta derma encik

"Encik minta derma encik untuk pesakit mental yang baru keluar dari wad mental,dia memerlukan pertolongan daripada saudara seperti encik untuk memulakan hidup baru di dunia luar tanpa saudara mara yang lain " kata-kata dari seorang pakcik yang datang kepada aku semasa aku on the way nak balik dari kelas,dia datang sambil menghulurkan tangan,agak berbau sedikit,tapi aku tahan,maybe bulan puasa kot,agaknya dia panggil aku encik sebab aku pakai blazer bmw yang aku beli dekat danau kota tu,hahahaha

Aku asyik mendengarkan kepetahan pak cik nie bercakap,ala2 berpakaian seperti salesman dan petah sgt berkata-kata,aku bertanya "nie untuk siapa pakcik duit yang nak didermakan nie?"sambil aku menyeluk nyeluk kocek,nak bukak wallet segan,dalam tu ada sekeping jer RM50,baru draw tadi,xkan nak cakap aku bagi seringgit minta balik baki rm49.00,macam kejam jer,itupun klu dia ada tukar duit kecil lar,hahaha

Sambil menghulurkan kad pesakit mental untuk membuktikan yang pakcik nie tak tipu aku,aku tak kisah tipu ke tidak,aku tetap bagi walau sedikit,itu hal dia dengan tuhan kalau dia tipu aku,aku pun belek2 kad pesakit tu..aik..apasal macam familiar jer muka dia nie..aku tgk kad,aku tgk pakcik tu,tgk kad..tgk pakcik tu..aku tanya.."pak cik,saper dalam kad ni"..slumber pakcik tu jawab "Tu saya ler encik"..aduyai...petah betul pakcik nie bercakap,syg sakit mental,tidak boleh jadi salesman..aku hulurkan duit dan salam dengan pakcik tu,sambil dia pun tersenyum,rezeki bulan ramadhan.

p/s: cam best jer nak minta derma untuk diri sendiri..kena praktikan nie,tapi selalunya bukan jadi duit derma,jadi hutang yang bertimbun-timbun,pening-pening

Selection Hoki Unikl-IBIS(apakejadah ibis nie)

O yeahhhhhhhh(petikan kata2 seorang yg disayangi) hahahaha,hari nie aku pergi untuk selection pemain hoki bagi wakil UNIKL-IBIL(<--- pekebenda ibil nie pun aku x taw)hahahah

Unikl IBIL Facebook

Nak dijadikan cerita,aku terlupa yang hari ni aku kena pergi selection hoki,member aku pun x khabarkan dekat aku,so dengan slumber,aku pegi bantai 2 keping murtabak+nasi ayam berempah+tebu satu jug,ini adalah satu tindakan yang kurang bijak bagi seseorang manusia yang ingin melakukan kerja berat,hahaha,tapi apa boleh buat,aku pun x alert,mati2 ingat kan esok,perut dah alert nak tido jer nie memang mengantok sangat2,nak tak nak ikut jugak mie,ye lar dah janji nak teman member,hari nie hujan lebat sgt2 sampai kan menara kuala lumpur dengan KLCC habis ditelan hujan,hohoho,Alhamdulillah masa nak gerak tu,hujan dah berhenti sikit2 walaupun masih renyai,redah naik motor merempit dalam keadaan sejuk terketar2..

Pergi UM kejap,nak pinjam stick hoki dari member mie,2 batang stick,jadi lah,mula2 dah pergi stadium hoki kuala lumpur,tgk semua ada stick,kitorang ingat unikl nak support,hampeh,kena gak pakai stick sendiri,agak ramai yang datang hari nie,perghh memang x boleh belah bila aku tgk Inderawan NAWAWI,kuat2 aku aku cakap kat mie "PERGHH MIE Inderawan tu"..sekali kena mangkuk..tu Minarwan Nawawi,bukan inderawan,hahahaha..suka2 aku jer buat kepala taw,agak kaya jugak Unikl sebab amik pemain malaysia sebagai jurulatih kitorang dan nak jadikan cerita,aku ingat selection ini hanyalah selection bodoh2 dimana staf unikl yg jadi penyelek,hahahah time tu aku dah nak give up dah T_T,mana nyer tak..7 tahun tak penah pegang stick+3 tahun tak penah buat kerja berat(lari2 joging)+2 tahun bina perut,hahahah..memang aku dah nak nangis lar,aku cakap kat mie..mie,apa nak jadi jadi lar aku dah memang x boleh nie,ingatkan nak training dari bawah,rupa2nya pergh..dah panggil jurulatih pemain kebangsaan

Dem...aku turun kebawah,ke padang,turn kitorang plak masuk lepas satu game dari player lain..pakai bit diorang yang dah berpeluh busuk masam tu..T_T dem lagi..coach tanya,aku main apa?aku cakap..main hoki sir..bapak kena gelak..hahahahaha " U main position apa mat,aku bukan tanya u main permainan apa",hahahah aku time tu dah blur dah,fikiran dah melayang2 huhuhu,"main position defender" tipu jer..aku main forward,tapi aku taw memandangkan keadaan perut yang overload makan,memang x forward lar..silap2 jadi fast backward hahahahah,aku dah nampak bayang2 hospital pantai kuala lumpur,dari jauh aku dah nampak patient diroang dok tgk dari tingkap,seolah2 melambai aku untuk join diorang kalau2 aku jatuh pengsan nanti,hahahahah

Dem no 2..aku pergi amik position,belum main lagi nie,dah berpeluh2,mamat sebelah aku tgk pelik jer,aku senyum,time2 nie makanan dalam perut tgh dihadam,tu pasal berpeluh2,hahaha(alasan jer tu)..priiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttt..wisel ditiup,o yeaaahhhhhhhhhh aku berlari dan berlari tak ingat dunia tak ingat posisi aku sebagai defender,memang rancak lar aku berlari di minit2 pertama..pas 5 minit..aku pancit T_T,perut rasa terbakar,kaki nak tercabut,pankreas rasa dicucuk2 tulang rusuk,buah pinggang rasa berdenyut2 menggantikan fungsi jantungku..aku comfirm klu berhenti berjalan,memang akan tumbang,hahaha,masa nie lar aku dah gunakan ilmu yang aku belajar dulu..jadi invisible,hahahah,malas nak kejar bola,malas nak amik bola,buat2 diam jer..orang lari,aku jalan,orang kejar bola,aku buat2 sibuk mengejar cucuk2 stick kayu,hahaha,dem part no 3,aku pergi main dengan pakai kasut berjalan2 pergi mid dan klcc..dan alamatnya memang setiap kali aku dapat bola(3 kali ) tahan jatuh tergolek,pukul bola jatuh tergolek,rasanya hari tu aku telah ceriakan hati pemain kebangsaan sebagai seorang badut di padang hoki,hahahahah

Dem no 4 o nonononononononono..bila lar refereee nak tiup wisel nie..huhuhu,orang lari,aku jalan2 sambil dengar ceramah dekat masjid UM tu,hahaha,sampai habis ceramah pun x tiup2 wisel,aku dah tgk mie,aku nekad,klu diorang x tiup wisel,aku akan berpura2 jatuh terguling2 dan pengsan..hahaha,itu jer lar cara aku nak selamatkan perut aku dari memuntahkan murtabak yg sedap tu,ahahahahaha,nak angkat tangan,segan,xkan nak giveup,orang lain main x giveup pun.hahahah,xper2 tahan..aku bagi masa untuk referee tu,klu x stop jugak,aku pakai plan b,jatuh+guling+pengsan,nak best lagi klu aku leh kuarkan buih ikut mulut sambil terkial2,hahahaha..tapi Alhamdulillah bersyukur pada Allah bila priiiiiiiiiiiiiit wisel berbunyi,rasa macam nak melutut atas padang turf sambil menangis bersyukur akhirnya habis jugak,hahaha

Itulah..gagah,7 tahun x main,tup2 nak terjun terus,dengan perut kenyang nak mampus,hahaha tahniah kepada mie sebab terselect untuk next selection esok,dan tahniah pada aku sebab x terpilih,aku rasa better aku stick dekat bowling lar,hahahah..

p/s: apasal banyak sangat "hahahaha" nie?gile kah aku?hahahaha

Aku tukar tajuk


Warggggggggggggggggggh geram,dah lar pagi nie bermula dengan begitu teruk sekali,kena marah sebab nak pinjam motor,huhuhu,aku taw aku tidak bermoto ingin menumpang kasih bersama rakan-rakan serumah,nak pinjam motor nak pergi pejabat pos besar kuala lumpur,tup tup kena marah,huhuhu sedih terasa di hati,tunggu lah aku bawak superbike datang nanti..akan ku vromm vrommm sekeliling jalan pekeliling




Aku tgk di slip pos laju,cakap hari ahad bukak,kul 10 pagi sampai kul 4 petang,apa lagi,aku korbankan pagi ahad aku dengan bangun awal untuk mengambil surat pos laju yang mak aku poskan semalam..dekat 15 minit lepas tu aku pun sampai dekat pos laju kuala lumpur,jalan tun sambathan,dengan panas tengah hari,aku turun pegi kaunter,dem..orang xder..sorang makhluk yang bernama manusia pun xder..apa kehal..pagi tu aku bermula dengan senyum yang masam dek kena marah(aku akui aku silap part nie,yea,mmg aku pergi pejabat pos besar kuala lumpur,aku tanya member2,semua ckap kat situ,rupa2nya aku bertanya dengan orang yang sejenis tak tahu ada pusat pos laju..itu pasal aku malas pakai pos malaysia..)

bengang punya pasal,aku ronda naik moto tanpa hala tuju,pusing satu Kuala Lumpur(setengah KL jer)hahaha bayang kan dah setahun aku disini,ini baru first time aku nak pusing KL naik moto,hahaha,berkat tanpa hala tuju dan ilmu yang cukup..aku sesat T_T huaaaaaaaaaaa..tup tup sampai di hostel sepupu aku dekat UKM HKL tu,hahaha..nak ajak dia sembang2 rupanya lagi advance,dah lepas ke Midvalley tgk cerita,dem..x ajak,hahaha..x taw jalan nak balik..nasib baik lar ada KLCC yg tinggi tu,aku ikut jer arah KLCC,makin dekat tu makanya betul lar tu jalan aku,hahaha,yg bestnye aku pegi masuk terowong yg mana kereta jer dibenarkan,motor x dibernarkan,terowong dekat bank tabung haji..adess.pelik jer orang perhati aku,dah no plat kedah.huhuhu

arghhhhhh malas nak cerita lagi,sampai umah..the end

p/s: aku dibengangkan sebab post nie ada banyak kesalahan

Warghhhhhhh makan budak

Salam

Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh lama betul aku x menulis,x menulis bukan bermaksud aku x masuk tgk2 blog aku.hahaha dengan harapan akan ada auto update dimana akan ada orang tolong tulis citer dekat blog aku..hahahahahaharapan tinggal harapan..malas nak menulis blog bila internet rumah teramat slow,nak tulis url pun slow

Banyak yg berlaku selama aku x menulis blog nie,bukan apa,aku menulis dulu sebab rasa sunyi dan ingin kongsikan perasaan aku,tapi sekarang Alhamdulillah,kurang sikit rasa sunyi tu bila ada orang yg dapat teman dan luahkan perasaan,ngeeeeeeeeeeee :D,so rasa malas nak tulis,lebih baik bercakap dari menulis kan kan kan kan,heheh,nie pun aku tulis sebab sepatutnya hari ini aku pergi ke KLCC,dengar kata lar,member aku cakap kul 9 pagi nak bergerak,semalam rancang ia2 jer,tapi sekarang dekat kul 10,aku jer yg dah siap,menanti orang lain yang x siap2 lagi..huhuhu

Smalam,pergi maidin,dekat jer dengan kondo aku,berlari pun boleh sampai,masa nak bayar,ada 2 orang indon..sorang tu seperti ingin mengharass bontot aku,dem,apakah..kejap2 terpegang..aku taw bontot aku sexy,tapi xkan laki pun nak kacau..=.=,aku pusing belakang,aku tgk 2 orang indon,rambut panjang..tengok aku sengih2 busuk,aku x sengih,aku buat muka yang paling garang,berhati2 jugak lar,mana taw nak songlap duit aku,waaaaaaaaaaa dah ler duit MARA aku x masuk bulan nie,disebabkan mistake yang dilakukan oleh campus aku,xpasal2 duit loan aku disuspend kan sampai bulan depan,dem dem dem,xpernah jadi macam nie..nak makan pun sekeping keropok sehari.huhuh,berbalik pada indon dua orang tu..aku tgk atas aku tgk bawah..rasa kecik jer dua orang tu,rasa cam nak sound..tapi pastu trus tak jadi sound bila aku tgk dekat tangan diorang..3 botol FAIR AND LOVELY PENCERAH KULIT MUKA DENGAN MULTIVITAMIN,nak bersembur air liur aku nak tergelak..........hahahahahahah..tapi aku gelak dalam hati jer lar,memang x boleh blah..adui,lelaki pakai fair n lovely,apakejadahnya..hitam tu kan bermutu(aku kulit putih)hahahahaha,aku pun senyum jer kat diorang,ala biarlah,bila lagi nak merasa bontot aku.hahahahaha,dem cepat2 aku bayar n blah balik..ha..tu jer kot,malas nak tulis panjang2..bosan nanti aku tulis lar..waaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh rindu nyer..kenapa lama sgt hari nie T_T balik lar cepat yer,uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

ngeeeeeeeeeeeeeeeeeee :D




Di Pondok Kecil..



inilah lagu yg aku menyanyi masa aku umur 5 tahun di taski ABIM,best jadi tekong,masa tu suara x pecah lagi,semua puji..hahah,sekarang suara dah pecah..semua lari T_T

hmm teringat dekat arwah ayah aku..Al-Fatihah

Paracetamol+Panadol Menstrual=Panadol????

Aku pening tadi..minta ubat dekat mak aku..nak panadol,aku tak taw mak aku letak panadol dekat mana,so mak aku kuarkan panadol..warna merah..ahhhhhhhh sudah..dem,adakah aku nak kena lagi..aku cakap "mak..tu panadol menstrual,bukan panadol"..selamba mak aku cakap "ler..paracetamol gak kan"..=.=

Ini yang aku nak cerita..3 tahun lepas,masa aku mula masuk kolej,aku selalu pening2 tak cukup tido,so bila balik rumah,aku minta bekalan panadol dekat mak aku,dia bagi aku sepapan panadol,warna merah besar2..aku time tu x taw,mak aku cakap,panadol tu kuat,tak payah makan bnyk,sebiji pun dah cukup..aku pun angguk jer,balik hostel,tiap2 kali pening,panadol tu lar aku telan...dem =.=,sampai kawan2 aku sakit pun aku bagi panadol tu,aku cakap,panadol nie kuat,korang telan sebijik jer,aku ngan member2 aku 2x5 jugak,semua x taw menstrual tu pekebenda..pakat2 telan bila pening..huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sekarang nie baru aku tahu dan aku rasa tertipu..huhuhu prinsip mak aku..ubat asal sama nama..makan sama jugak effect nya T_T..

p/s:nasib mak aku tak bagi pil estrogen

PBSM

Tadi petang pegi hospital bukit mertajam,nak mengambil ubat untuk mak aku..pegi sorang2,on the way nak ke farmasi,aku ternampak seorang negro(orang kulit hitam) badan besar pakai cap dan t-shirt kuning PBSM,dalam hati aku terdetik,WOW..hebat,sampaikan orang asing pun masuk Persatuan Bulan Sabit Malaysia..

Aku pun lalu dan senyum dekat dia,tapi aku tengok mamat sebelah dia pakai uniform polis,muka sombong gila x senyum pun,apadaa mamat nie kerek senyuman..aku pun terus berlalu..amik no giliran,rupa2nya farmasi nie no giliran..hanya sekadar no,macam main tikam no ekor..bukannya ikut no giliran,no aku tadi 3358,current no 3344..wahh seronok lar aku,lagi baper orang jer lagi sampai giliran aku..3344..3345...tup tup ..3366 apakah @_@..pastu 3321..mula lar aku hangin..=.= last2 dekat sejam baru lar turn aku..

Dalam masa menunggu tu,aku dah lali2 mamai2..mengantuk..lepas tu,tetiba ada segerombolan manusia pakai baju t-shirt,ada merah ada kuning,n pakai cap..n ada polis..aku tengok ada mamat negro dan polis kerek tu..aik..pelik,kenapa tangan bergari..kata PBSM..tengok2 balik..rupanya blakang t-shirt tu tulis PSBM..taw apa
PUSAT SERENTI BUKIT MERTAJAM..@_@..dem aku tertipu dek senyuman negro tu..hahahahah,patut lar polis tu cam tension jer

p/s:harinie..hari mengantuk..sungguh letih

Datang Bulan

Jangan ingat kaum wanita jer datang bulan..kes aku pun pelik jugak..datang bulan,tapi bulan aku memang berbulan2..bukan seminggu or 2 minggu..macam bermusim plak..rasa macam nak tidurrr jer..agaknya ada darah beruang kot,time2 nie kena hibernasi T_T

Entahlar,kenapa semenjak sebulan dua nie rasa begitu malas untuk buat apa sahaja..nak online ym pun dah jadi malas,dah muak nak muntah bila tgk ym auto sign in..hmm,pelik2..hati pun rasa kosong,bercelaru..T_T,rasa sedih jer.waaaaaaaaaaaaaa..apa nak jadi nie?agaknya jiwa aku kosong sebab aku sendiri tak ikut nasihat yang aku beri.."Berzikirlah moga tenang hatimu damai jiwamu"

Nak update blog malas,nak keluar malas,nak pegi situ malas,nak minum air malas..kemalasan melampau..aku masih ingat lagi ada entry yg aku tulis tentang malas,rasanya kemalasan tu dah melanda balik,bak jerebu yang bermusim..huhu..warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh apa nak jadi nie..ya Allah..T_T.hati gundah gelana...sob sob

p/s: teddy bear besar yang dibeli masih terperuk di dalam beg plastik rasanya sebulan lagi boleh lar jadi jeruk




Lagu Peferet



Aku tujukan lagu ini laju2 dekat kepala sesiapa yang mendengarnya..hahahaha lariiiiiiiiii


Makanan Ringan




Inikah makanan makanan ringan segera dan rangup yang di jual di Petronas Mesra?aku sungguh confious..@_@

Going up going down..going nowhere..atlast


Salam

lama betul aku tak update blog..rasa jari jemari nie dah macam malas nak menaip..sekarang nie musim cuti,paling bosan adalah cuti..takde aktiviti nak dibuat..boringnya di rumah..menternak lemak dan membina badan T_T..hahaha

Atleast 2 hari lepas aku ada juga pergi ke kelantan dan terengganu,rasanya last aku pijak tanah kelantan masa tu umur aku 12 tahun,ada mak sedara dekat sana,tapi aku malas nak pergi..jalan jauh sgt..family aku dan sedara2 aku dah tak terkira berapa kali diorang dah pergi kesana..bole kata tiap2 tahun..ntah2 setahun berkali2 pergi..aku jer malas,nak travel balik dari kuala lumpur ke penang naik bas pun aku malassssssssssssssssss arghhhhhhhhhhhh..better aku kumpul duit naik flight balik penang..huhuhu..kemalasan untuk travel,aku malas sebab balik umah aku ,sakit pinggang,sakit tekak..penyakit mengantuk nak tidur tak nak bangun..aduyai..

Tapi xper lar,atleast aku pergi kelantan ada jugak aku beli hadiah untuk seseorang...tedy bear besar gilak..hahaha,beli kain batik ,itu pun akak aku yang tolong pilihkan,kalau harapkan aku satu wakaf che yeh aku borong..aku mmg tak reti nak memilih,kalau satu,itu jer..xreti bnyk2..nak beli baju untuk diri aku sendiri pun aku pening,tambah nak beli untuk orang perempuan..alamakatak lar jawabnya..thanx to akak n zinnirah..nasib hampa ada,kalau tak,aku dah borong tudung zaman tok aku..hahahah..

pening..nak pergi joging tadi..last2 joging naik moto..dem

Sekilas Pandang di Pesta Buku PWTC




Salam





Walaupun diri ku selalu disibukkan dengan berbagai-bagai aktiviti,kadang2 berfaedah dan kadang2 kurang berfaedah,tapi Alhamdulillah,25/4/2009,aku sempat meluangkan masa untuk pergi ke gathering
iluvislam.com di Pesta Buku PWTC,awal2 pagi lagi aku dah kuar,agak2 dalam pukul 7 pagi aku dah redah embun pagi(pagi lar sangat) di kampung baru,berjalan kaki ke stesen LRT Kampung Baru,berhenti di stesen Masjid Jamek dan amik STAR ke PWTC,perut rasa lapo,mulut berbau memandangkan aku belum bersarapan,aku mencari gerai2 makanan,Alhamdulillah,dapat minum milo panas segelas,baru rasa segar sikit.

Jam Menunjukkan pukul 8.10 Pagi,wah..awal gila aku datang,rasanya aku nie dah sebaris dengan pak guard pak guard di PWTC,tolong buka dewan PWTC T_T,masuk kejap dalam PWTC sambil berlegar2 sorang2,dalam 8.30am aku call akhi Imran,tanya dekat mana nak jumpa sebab aku kurang pasti,lagipun last datang PWTC nie masa masjlis Convo abg ipar aku 2tahun lepas.Imran cakap tunggu dia depan CIMB PWTC.ok aku pun tunggu

Sebelah CIMB PWTC,ada gerai makan,gatal kaki pegi jenguk2,perghh ada sandwich,sedap nie,"abang,sandwich ayam ada?bagi sandwich ayam dengan nescafe ais,ais kurang ye,pagi-pagi x elok minum ais sgt",hahaha..tet tet tet tot tet..RM7.00..rasa macam rahang mulut aku nak jatuh ke lantai PWTC macam citer the mask tu..biar betui,,sandwich dengan nescafe ais rm 7.00 terkedu aku..tapi dah order,bayar jer lar T_T,berat ati aku,aku makan sandwich tu se slow yang mungkin,ingin merasai nikmat RM4.00 huhuh..

Ok lar,malas nak story lebih2,akhirnya jumpa dengan krew2 iluvislam dan Alhamdulillah,semua berjalan lancar,so ini aku nak letak photo gathering kitorang tu..kepada yang tahu,jangan jeles yer,yang tak tahu,pura-pura macam tahu..A samad said ada,ustaz saiful islam ada,izat tarmizi pun ada,hahaha

Teka aku beli buku apa...hahahahaha...25 tips pasangan bahagia...hahahahaha peace bebeh!!!^_^v


Nufair Booth
Ramai gila makhluk..saper cakap melayu malas nak baca?diorang kan rajin meramaikan majlis
Galeri buku
Pakcik Baju hijau tu cute
Krew Iluvislam,xsabar nak di belanja makan oleh presiden iluvislam
Krew Muslimah Iluvislam,anugerah makan paling cepat,cepat beno diorang habiskan makanan
En Lisam dan En Saifuddin,masa progam Apprentice,belek2 beli buku
The Mall,tempat kitorang makan
Usrah Awal Pagi di Surau PWTC,sesi Taaruf
Menunggu krew2 iluvislam yang lain..dekat sini lar aku kena cekik darah sandwich+nescafe ais..RM7.000 T_T

Busy


Busy...hari-hari mandi kolam di plaza rah..hohoho

Malam yang sepi

Aku.....xsuka perasaan yang sepi nie..bila tiba tengah malam,bila semua dah tidur,bila aku belum tidur,bila aku merasa kesepian dalam hati,aku x suka..syaitan membisikkan kesunyian dan kesedihan dalam hati aku agar aku terkenang perkara-perkara yang lepas..perkara yang membuatkan air mata panas mengalir di pipi ku..ya Allah..tabahkan hati hamba Mu ini yang penuh dalam dosa dan ya Allah,andai ini ujian dari Mu atas apa yang telah aku lakukan,aku terima dengan tabah walaupun hati ini menangis kerinduan..menanti mu..blogger-emoticon.blogspot.com

macamana nak study nie..esok test blogger-emoticon.blogspot.com
nak study keblogger-emoticon.blogspot.com tido time studyblogger-emoticon.blogspot.com my choice

p/s:Banyakkan Zikir..bukan dengar lagu Faizal Tahir-Sampai syurga,ingat leh masuk syurga kalau dengar lagu tu ke izat...blogger-emoticon.blogspot.com




Lagenda Baja Hitam!!!



Salam

Masih ingat lagi kah korang dekat lagu ini?yah..lagu yang penuh nostalgia,dan cerita yang memberi impak besar kepada kanak2 rebina seperti aku 11 tahun yang lepas,kalau tak silap aku,cerita satria baja hitam selalu ditayangkan dalam pukul 3 petang dan waktu tu aku dalam kelas fardu ain,biasalah,budak-budak,lepas sekolah kebangsaan,pukul 2.30petang,masuk kelas fardhu ain pulak sampai pukul 5 petang,tapi dulu kenakalan memang melampau,sebabkan baja hitam ini lah aku akan cilok lari dari fardu ain,balik ke rumah semata2 nak tengok cerita nie,mak aku tanya,aku cakap tengah rehat,hahahah,walhal rumah aku dengan fardhu ain tu,sekentut jer,selang dalam 7 biji rumah,hahaha,aku pernah potong sarung tangan yang orang guna untuk cat rumah tu,just potong dekat tempat jari2 nya,ala,macam hero baja hitam pakai tu,cool gila ah boleh pakai macam tu sambil bawak beskal,hahahablogger-emoticon.blogspot.comKlik read more to read

Minat habis lar aku dengan hero nie,sampai sekarang nie pun kalau diorang buat test macamana cara nak bertukar,tanya lah aku,aku dah hafal step2 untuk bertukar menjadi baja hitam,hahaha,memang memori yang best,tgk baju baja hitam,pergh cantik,tgk moto belalang tempur@kunyit cantik jer,nek beskal dulu,letak topeng baja hitam dekat depan..fikir2 balik sekarang,memang memori,sekarang nie aku tengok suit baja hitam,huduh,motornya huduh dan pelik,dulu lain sekarang lain,manusia punya cita rasa selalu berubah,kadang-kadang mengikut keadaan,kadang-kadang sebab pengalaman dan umur,tapi banyak yang berubah dari kebaikan kepada keburukan,macamana dulu kita nie sesuci sehelai kain putih,yang cantik,tapi hari ini kita berlumuran lumpur dan darah yang mana sabun buku fab pun belum tentu dapat menanggalkan kesan degil kotoran yang kita sendiri cari.

Tapi masih belum terlambat untuk berubah andai nafas masih dihembus dan jantung masih berdenyut,berubah kepada kebaikan dari buruk kepada baik,ada 5 golongan manusia:

1 yang tahu dia tahu dan tahu
2 yang tahu dia tahu dan tak tahu
3 yang tak tahu dia tahu dia tahu
4 yang tak tahu dia tahu dia tak tahu
5 yang tak tahu dia tahu perasan tahu

ha!!peningkan?aku pun pening masa dengar tazkirah subuh semalam di Masjid Usahamah Bin Zaid di Wangsa Maju,dengar banyak2 kali dah macam tauhu dah,berbelit2 dibuat nya,ok meh nak terangkan
blogger-emoticon.blogspot.com

1. Yang tahu dia tahu dan tahu
-ini adalah orang alim ulama yang tahu tentang ilmu yang dia ada dan tahu tentang tanggungjawabnya dan tahu untuk menyebarkannya,golongan ini memang golongan yang harus kita ikuti

2 Yang tahu dia tahu dia tak tahu
-Golongan yang mempunyai ilmu dan dia tahu dia mempunyai ilmu,tapi dia tak tahu untuk menyebarkan nya,golongan seperti ini kita harus bertanya dan menyuruh mereka menyebarkan ilmu yang ada

3 Yang tak tahu dia tahu dia tahu
-Ini pulak,golongan yang tak tahu ,mean tidak berilmu,tapi dia tahu dia tidak berilmu dan sekaligus berusaha mencari ilmu agar penuh didadanya,golongan ini adalah mereka yang rendah diri dan zuhud dalam mencari keredhaan Allah,bagus nie..mencari kebenaran

4 Yang tak tahu dia tak tahu dia tak tahu
-Yang ini memang golongan di klasifikasikan..tak boleh belah..dah takdak ilmu,tak tahu pulak nak mencari,pastu buat tak kisah pulak,golongan macam nie,kalau jumpa,baling batu dan lari jauh2,mereka adalah golongan yang akan menjahanamkan orang2 yang berada di sekeliling

5 Yang tak tahu dia tahu buat tahu
-ini lagi satu pelingkup masyarakat,boleh dikatakan syaitan masyarakat(syaitan adalah kata nama,mean setiap yang jahat,yg bernyawa berkelakuan huduh teruk nak mampus,itulah syaitan,aku pun baru tahu semalam)dah lar tak tahu,dia tahu dia xder ilmu,tak tahu,tapi pandai2 plak nak kuar dalil,ustaz itu tak betul ustaz ini tak betul,golongan ini memang perosak masyarakat,bangsa dan agama,kalau jumpa orang macam nie,ignore kan,buat tak tahu jer..

so..anda di tempat yang mana?fikir2 kan lah

p/s: aku ada test esok T_T,huagggrhhh nak melepaskan tension kejap
blogger-emoticon.blogspot.com
p/s/s:apa2 pun aku tetap minat baja hitam blogger-emoticon.blogspot.com

Khaibar Khaibar Ya Yahud!

Kalau dengar lagu nie tapi masih belum ada semangat ingin berjihad dalam diri,tak tahu lah nak cakap apa,moga Allah mengampuni diri mu
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com


Ini hardcore ke..tak perasan???




Actually gambar di atas nie xder kena mengena pun dengan cerita di bawah,cuma aku heran,hardcore sangat kah insan yang digelar melayu nie?ataupun dia tak perasan..pelik pelik..
blogger-emoticon.blogspot.com




Salam

Kadang-kadang aku hairan dengan manusia yang digelar melayu,hardcore kah diorang ataupun diorang nie benar-benar tak faham?Tadi aku pergi ke Times Square,nak buat tempahan lane bowling untuk tournament Universiti aku,malas aku nak pergi times square,ya..aku malas nak pergi times square,patutnya aku dah gerak ke times square pukul 2.30,tapi aku rasa begitu malas untuk pergi ke Times Square sebab aku ada sejarah hitam di sana,dah kena pergi sorang-sorang,aku tunggu di lobi Universiti,dekat pukul 4 lebih baru aku bergerak,sambil dalam hati berdegup-degup,aku tak suka Times Square aku benci Times Square.

Aku takut sejarah akan berulang disana,aku bergerak sorang-sorang ke tempat bowling,ramai betul makhluk yang bernama melayu dengan pakaian caca merba,pelik,ada perempuan perasan cantik,pakai ala-ala Rihanna,R.Kelly,wah..hebat anak-anak KL,tapi yang aku nampak bukan RKelly atau Rihanna,dah nampak macam orang asli,aku rasa orang asli di Pahang lagi hensem.

Selesai aku membuat tempahan lane,aku cepat2 bergegas nak balik,aku tak suka times square..jalan dengan pantas ke escalator..arghhhhhhhhhhhhhh tidak!!!lepas aku turun 2 tiga escalator,sejarah lama berulang..aku kembali sesat
blogger-emoticon.blogspot.com,waarrghhhhhhhhhhhh kenapa lar besar sangat times square nie,ini yang aku malas nak datang times square,dah masuk 3 kali aku sesat nak cari monorail,berpeluh2 aku berpusing2,aduhhhhh,dekat 10 minit pusing naik escalator yang sama..akhirnya pak guard yang nampak aku macam mencurigakan terus approach tanya aku,"nak pergi mana?,saya tengok awak dah 3 kali pusing dengan escalator nie",dengan ayu nya aku jawab "monorail pak cik.."..sungguh memalukan... Aku benci Times Square..blogger-emoticon.blogspot.com ,

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com