Thursday, May 26, 2011

:: Cinta Di Tahun Ke-4...

Cinta ummi dan abi

4 tahun masa berlalu... 4 tahun menjadi peneman setianya... 4 tahun bersulam kasih, bersemi cinta diselangi dengan gurau-senda, suka-duka, pahit-manis berumahtangga... 4 tahun cinta ini pada si dia terus mekar, meskipun adakalanya bagaikan ombak badai menghempas pantai! Adat lah tu kan sayang...

4 tahun, hanya angka yang sangat sedikit nilainya. Bersamaan juga dengan pengalaman berumahtangga, 'asam-garam'nya masih lagi serba-serbi berkurangan! 4 tahun ini aku harap akan menjadi 40 tahun, 400 tahun mahupun 4000 tahun dan selamanya bersama dia; suamiku yang tersayang!

Selamat hari cinta buat abang... semoga ikatan nan suci ini terus bersemi dan berseri, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Alisya. Satu-satunya zuriat kita buat masa ini. Semoga Allah mendengar doa kita, terutamanya dalam memiliki zuriat yang seterusnya. Dan bersemadi dalam satu liang lahad... :)

♫ ♪ ♫ ... I love you, I love you, I love you... That's all I want to say... Until I find a way... I will say the only words I know that You'll understand ... ♫ ♪ ♫

Kalaulah abang dapat robek hati ayang, tengoklah betapa sayangnya ayang kat abang! Wuv u bebeh!!!

Thursday, May 19, 2011

:: Rindu Untuk Menulis...

Lama sungguh diri ini tidak meng-apdet sebarang khabar mahupun cerita Alisya. Bukan menyepi, apatah lagi menjauhkan diri dari dunia penulisan. Akan tetapi, banyak halangan yang harus diredah, banyak masalah yang harus diselesaikan dan banyak sungguh perkara yang perlu diuruskan.

Ya... diri ini pun sudah rindu mahu berkongsi cerita mengenai perkembangan Alisya. Rindu mahu bercerita tentang aktivitinya di sekolah. Masa yang suntuk dan terkejar-kejar juga membuatkan segala hasrat hati terbantut! Hmmm... nanti sajalah semua cerita ini di ke udarakan. Ummi belum resign dari dunia blogging! Kerana dunia inilah yang menguatkan semangat ummi untuk terus membesarkan Alisya, kerana dengan menulislah ummi dapat mempelajari apa itu ketabahan serta keredaan dan kerana itafedblogspot... ummi punyai ramai sahabat yang sangat-sangat memahami.

Insya'Allah... cerita Alisya akan disambung sedikit masa lagi...

Tuesday, May 10, 2011

:: Bila Ummi Dihargai...

Selamat Hari Ibu untuk semua pembaca budiman. Semoga kalian menjadi ibu yang mithali! Insya'Allah. Buat bondaku; Puan Hapsah... adik sayang kat mak! Hari-hari rasa nak balik kampung, nak makan masakan mak! Heheee.. Buat mentuaku pula, Puan Zaiton... terima kasih kerana menerima kehadiran Ita dan Cica dalam diri mak. Ita sayang mak juga. Dan terima kasih kerana banyak yang kita share bersama akan perihal Cica. Sangat luas pengalaman mak. Ita hargai...

Jumaat minggu lalu, seperti biasa rutin harianku. Menghantar anak ke sekolah kemudian menghantar abang ke pejabat pula. Aku? Off day! Jumaat adalah hari aku menjadi driver.

Petangnya, seperti biasa juga. Menjemput anak daraku pulang dari sekolah. Mulanya hati tengah panas dek kerana arir-cond kereta meragam lagi! Memang berasap ajelah diri ni. Tetapi bila saja tiba di sekolah Alisya, ketika sedang mendukungnya untuk masuk ke kereta... tiba-tiba teacher Sunny mengambil 'sesuatu' dan menghulurkannya kepada Alisya. Kemudian, terus membantu Alisya untuk menghulurkan benda tersebut kepada ku disertakan dengan ucapan 'Happy Mother's Day'! Ouhh... touchingnya! Rupanya pemberian tersebut adalah gift dari Alisya untuk ummi! Tidaklah berupa peti sejuk mahupun kunci kereta baru, namun perasaan yang dikutip ketika itu sangat-sangat membuatkan hati ummi bergelora dan berbunga-bunga! Terus hilang tension dengan air-cond kereta. Tiba-tiba rasa sejuk aje NBD kita nak!

Sudah 3 tahun aku bergelar ummi... inilah kali pertama Alisya 'menghadiahkan' sesuatu untuk ku. Walaupun anak ini tidak berupaya menghasilkan kraftangan tersebut dengan kederat sendiri, tapi apa yang aku hargai adalah perasaannya tatkala bersama-sama cikgu di IMC membuat kraft tersebut. Pasti hati Alisya juga berbunga-bunga.

Ummi hargai nak, walaupun ummi tak mendapat sejambak bunga di Hari Ibu, ummi tetap hargai pemberian itu. Malah ummi akan simpan gift tersebut hingga Alisya mampu bertanya... "Ummi, mane adiah Alisya bagi tat ummi tuh? Nak tenok buleh?" Ummi tunggu dan terus menunggu nak. Terima kasih sayang!!!

** Entry tanpa gambar lagi. Nanti lah akan di update.

Sunday, May 01, 2011

:: Alisya Yang Diraikan...

Alhamdulillah, nawaitu yang sekian lama tersimpul rapi... telah terurai dengan sempurnanya. (cuma nawaitu nak update blog baru tertunai hari ni!)

Sabtu minggu lalu, majlis kecil-kecilan yang aku dan abang rancang untuk meraikan hari jadi Alisya telah selamat berlangsung dengan jayanya. Maaflah, kami tidak berkesempatan menjemput lebih ramai tetamu kerana tempat teduhan kami tidaklah se-gah mana. Majlis pun tidaklah sehebat mana, sekadar diraikan rakan taulan dan saudara-mara yang berdekatan.

Walaupun majlis serba ringkas, namun bagi tuan rumah serta tuan empunya badan yang diraikan... yakni Cik Embun ku, ianya adalah majlis yang sangat-sangat happening! Kami hargai sangat-sangat kepada tetamu yang sudi hadir. Maaf sekali lagi kiranya kalian terpaksa berhimpit-himpit, bersesak-sesak malah ada yang terpaksa memerap di bilik dek kerana ruang kediaman kami tersangatlah comel. Maaf jika ada ketidak-keselesaan yang timbul tanpa disedari tuan rumah. Harapnya, kalian tidak serik untuk hadir lagi ke teratak kami; Le' Bastion!

Terima kasih kepada Dania & family, Abang Jae' & family, Kak Long ku & family, Kak Ngah & suami, Kak Liza & family, Nabila & family, Rayyan & family, Aisyah & family, Aiman & babah yang sudi gagahkan diri untuk meraikan Alisya, Habib & family, Nafisah & family, Aqil & family and lastly, Cik Ava & family. Terima kasih juga atas hadiah-hadiah dari kalian, sungguh... kami hargainya!

Alisya... sepanjang majlis berlangsung, sedikit 'berdecit' pun tidak kedengaran! Seakan dia memahami situasi yang berlaku ketika itu. Lebih-lebih lagi bila tetamu sudah mula berkunjung. Senyuman yang terukir diwajahnya ternyata bukan lakaran semata. Tetapi ianya penuh dengan rasa seronok, rasa dihargai kerana diraikan pada hari tersebut. Memang sampai ke malam anak ini behave yang amat sangat! Tidur malam pun senang aje... kalaulah selalu macam ni, confirm ummi naik lagi 5 kilo! Sebab ummi cukup rest! Tapi, takkan nak buat beday party hari-hari nak... kopak ummi abi! Hahahaa... ikut rezekilah ye nak, andai ummi dan abi ada rezeki lebih bolehlah kita raikan birthday Alisya seperti Sabtu lalu. Insya'Allah...

Ouhh... lupa pula nak cerita pasal sambutan hari jadi Alisya di sekolah. Juga sudah terlaksana Selasa lalu. Alhamdulillah, melihat anak-anak di IMC menjamu kek birthday Alisya, cukup gembira rasanya. Ditambah pula ada pelajar yang sudi memainkan piano lagu 'happy birthday' buat Alisya dan diserta dengan nyanyian beramai-ramai... (ummi pun tak pernah rasa orang mainkan piano tau) benar-benar membuatkan hati ummi dan abi bergelora!!! Terima kasih anak-anak IMC, ada rezeki nanti boleh jamu kek yang sedap-sedap lagi.

Itu sajalah kisah hari jadi anaku ku. Dalam diam, 3 tahun sudah usiamu wahai anak! Semoga Allah terus melimpahi rezeki dan mengurniakan nikmat serta hidayah kepada Alisya serta rakan-rakan senasib dengannya! Amin Yarabbil A'lamin...

** Gambar akan ditepek kemudian. Nanti kita biarkan gambar berbicara...