Memaparkan catatan dengan label CaraKu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CaraKu. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Mac 2017

Kari Ikan Memasak Cara Mudah

Kari Ikan Memasak Cara Mudah Tanpa Santan

Kari Ikan KaCi

Ikan disiang dan dibersihkan dengan air limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan

Ikan dilumurkan dengan kunyit dan garam. Goreng ikan sehingga masak kekuningan. Supaya ikan tidak hancur di dalam kuah kari dan kuah kari tidak hanyir. 

Bahan- Bahan untuk dikisar basah.
 1 Biji Bawang Besar, 4 Biji Bawang Putih, 1 inci Halia dan 1 Biji Tomato.

Bahan-bahan untuk dikisar kering.
1 sudu teh Ketumbar, 1 sudu teh jintan kasar, 2 sudu teh lada hitam dan 
1 sudu teh halba

Bahan-Bahan Tambahan dan Hiasan
4 Biji Kentang, Sayur Bendi, Rempah Tumis, Cili Hijau, 1 Biji Tomato dan Daun Kari

Tumis Rempah tumis, sedikit bawang besar, halia dan bawang putih

Masukkan Serbuk Kari 1/2 cawan yang telah diadun bersama air. Masukkan kentang dan daun kari. Masak sehingga garing dan pecah minyak.

Masukkan Air Asam dan 3 cawan Air. Masukkan sayur bendi, tomato dan bahan2 kisar kering dan cili kering. Masak sehingga mendidih dan kentang empuk. Air Asam atau Garam Adjust sendiri ikut selera. Akhir sekali masukkan ikan. 
Wallah !!! Dah Siap !!!

Selamat Menjamu Selera... Enak Dimakan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan masin.


>>> Baca Selanjutnya...

Khamis, 23 Mac 2017

Al Nuraa Yang 5 Yang 6 Mawi, Hazama & Daly Filsuf



Al Nuraa Yang 5 Yang 6
Mawi, Hazama & Daly Filsuf


Korus
Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari
Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang

Yang lima yang enam
Yang di luar dan yang di dalam
Yang memberi salam
Dan yang menghulur tangan
Yang menyambut salam dengan penuh senyuman
Yang di dalam hati tersirat seribu jawapan
Seluas-luas lautan
Setitik pun belum tentu lagi
Dunia luas terbentang
Kita masih lagi mencari
Yang kita ingat jauh
Sudah semakin dekat
Yang kita ingat tinggi
Sudah semakin rendah
Awal dan akhir yang selama ini kita menunggu
Sekarang masanya sudah semakin hampir

Korus

Ku imbas kembali sepanjang perjalanan
Ku cuba renungi setiap perbuatan
Ku tunduk malu, malu aku memikirkan
Pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan
Ku cuba berlari, lari dari realiti
Seperti ada tali yang menarik ku kembali
Aku masih tak faham masih jugak tak mengerti
Masih mencari-cari siapakah diriku ini
Ku tanya pada hati moga diberi jawapan
Tapi ada dua suara yang sering kedengaran
Yang satu kata iya yang satu kata bukan
Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan
Namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan
Selagi ada matahari dan selagi ada bulan
Selagi aku belum mengenal diri ini yang sebenar
Mana mungkin aku dapat mengenal Tuhan

Korus

Allahummaj'al fi qolbi nuuraa
Wa fi asobi nuuraa
Wa fi lisani nuuraa
Waj'al fi nafsi nuuraa
Waj'al lii yau maliqo ika nuuraa

Korus

Tunjukkanlah jalan terang
Tunjukkanlah jalan pulang
Agar tidak kesesatan
Dalam titian dan harapan
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
72 kesesatan
Hanya satu kebenaran




>>> Baca Selanjutnya...

Ahad, 19 Mac 2017

Asam Pedas Ikan Cara Mudah Memasak


Asam Pedas Ikan Cara Mudah Memasak Mulakan dengan Bismillah


Bahan- Bahan dan Cara Mudah Memasak 

Ikan Selar 3 - 5 ekor di goreng kunyit separuh masak supaya kuah asam pedas tidak hanyir dan ikan tidak hancur.

Bahan2 untuk dikisar@blender basah. Bawang  Besar, Bawang Putih, Halia, Kunyit hidup, Cili Merah dan Tomato.

 
Ketumbar, Halba, Lada Hitam dikisar Kering. Bunga kantan Belah 4 dan Daun Kesum .

Bahan yang telah di kisar basah / kering

Lada Kering yang Sudah di kisar / 1 Sudu Serbuk Kari, Serbuk kunyit dan Sedikit Belacan 

Masukkan Sedikit minyak masak dan bahan2 yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga garing dan wangi (pecah minyak)

Masukkan Air Asam Jawa dan Bahan Kisar Kering Tadi tunggu sehingga Mendidih. Masukkan Ikan yang telah separuh goreng tadi didihkan sehingga 10-15minit. Akhir sekali masukkan Bunga kantan dan daun kesum... Siap !!!.Mudahkan.




>>> Baca Selanjutnya...