Thursday, 30 September 2010

bertambah, berkurang...

akhirnya, mengikut tahun masihi
umurku meningkat setahun lagi
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berada di alam fana ini

Terima kasih untuk semua ucapan dan du'a
yang dari jauh dan juga dekat..
really appreciate it ^_^

27 tahun?
pernah tak terfikir akan dapat peluang hidup selama ini?
apa yang dah dilakukan dan disumbangkan selama 27 tahun ini?
cukup ke semua itu kalau kata tiba2 ditakdirkan utk pergi selama2 nya selepas menulis entry ini?
huhu
soalan2 yang lagi susah untuk dijawab dari soalan2 yang bakal diajukan semasa viva nanti

untuk rekod peribadi, saya punya 2 'mission' untuk disempurnakan sebelum umur meningkat satu tangga lagi
semoga Allah berikan kesempatan tersebut
dan semoga dipermudahkanNya, ameeenn
Ya Allah, hanya redhaMu kuharapkan

p/s: million congratulations for my friend, Nazri dan isterinya, Deena yang dikurniakan seorang lagi putera. hanya sehari sebelum ulang tahun kelahiran saya. semoga anak yg baru lahir ini akan menjadi penyejuk mata untuk mereka berdua..bertambah2lah nama yg kene ingt ni, dgn kapasiti ingatan yg makin berkurang..kwang2......

Thursday, 2 September 2010

Ramadhan yang indah

tetiba rasa mahu menulis sesuatu

diam tak diam ini adalah Ramadhan ke-4 di bumi manchester
diam tak diam jugak hampir 23 hari sudah berlalu di bulan mulia ini
walaupun jauh dari famili tersayang dan selalu dirindui
tapi rasanya ini adalah antara Ramadhan terindah dlm hidup

walaupun pada permulaan Ramadhan telah down selama hampir 7 hari akibat cold n flu
walaupun tahun ini kami di hemisfera utara berpuasa lebih dari 17 jam di waktu musim panas ni
walaupun saya agak 'kecewa' tentang urusan 'extension study' saya
semua kesusahan ini Allah yang maha adil telah mudahkan

tak terasa pun panjangnya waktu berpuasa dan tak terasa pun bebannya berpuasa dlm keadaan sakit tekak, 'running nose' dan juga badan yg panas....
syukran lillah walhamdulillah
tentang urusan 'extension study' tu sy doakan org2 yg terlibat akan lebih sedar akan tanggungjwbnya pada masa2 hadapan.ttg hal itu biarlah Allah sahaja yg membalas dan menentukannya...saya percaya ada hikmah di sebalik apa yg berlaku

hujung bulan Ramadhan pun akan menjanjikan hari yang sibuk buat saya
bukan sibuk nk buat kuih raya, bukan sibuk nak beli baju raya ataupun apa2 yang berkaitan dgn raya
tapi busy dgn urusan mahu berpindah ke tmpt baru memandangkan kontrak dh habis
dan juga spt biasa urusan study ku......
ya Allah, mudahkan lah uruskan ku di sini

Ramadhan kali ini juer istimewa sbb pergi ber'jaulah' ke southern scotland
ini adalah aktiviti yg tak dirancang pun kerana niat asal ke scotland adalah mahu melawat sahabat baik sy yang bakal pulang ke malaysia sehari selepas raya utk walimahnya
disebabkan sy tidak dpt menghadiri walimahnya nnt, haruslah berjumpa seblm beliau bertukar status
spt biasa, sahabat saya ini memang penuh dgn aktiviti
kebetulan beliau ada program berjaulah dgn 18 org adik2 farmasi yg baru smpi bln 6 hari tu
so saya pun 'terjoin' skali
dan cik illi ni kalo berjalan2 melihat keindahan ciptaan yang Esa mmg pantang diajak lah kan
walau sesibuk mana pun..kwang2..itu yg bahaya tu
anyway, jazakillah sya-z for the nice weekend
really had a nice time with all 23 girls
kami berkonvoi 5 buah kereta...mcm2 kejadian berlaku
dan paling best dpt peluang drive BMW aisyah walaupun pada mulanya agak kekok jgk lah kan..huuuuu
tak pernah mimpi pun lah kan nk drive kereta 'intelligent' mcm tu
syukur di atas segala kesempatan ya Allah


bersama adik2 yg sentiasa riang gembira..yg tua pun sntiasa akan rasa muda..ahaks...



@Mont of Galloway, the southest part of Scotland. sedang mentadabbur alam dan Al-Quran....perasaan tenang yg sukar utk digambarkan....subhanallah...



@Drumlanrig castle...ukhuwwah fillah that bind all of us.....moga kekal selamanya, InsyaaAllah...

for sure, saya akan rindu masa2 berpuasa di perantauan ni
bak kata seorang kakak di sini: "apa yang best berhari raya di perantauan? takyah pikir nak beli baju raya, buat kuih raya dan sebagainya. boleh concentrate meningkatkan ibadah di malam2 terakhir dan mencari malam lailatul qadar"
yes, indeed it's very2 true
plus xde kedengaran lagu2 raya kt shopping complex...
naik bernanah telinga gue bile lagu raya dh mula kedengaran seawal minggu pertama ramadhan lagi kalau di malaysia
apakah? patutnye kedatangan ramadhan yang dinanti, ini macam mengalu2kan pemergian ramadhan pula
semoga kita sentiasa di bawah petunjuk dan hidayahNya, InsyaaAllah

baiklah....
selamat memanfaatkan baki2 Ramadhan yang tinggal
moga kita tidak termasuk dlm golongan org2 yg rugi yg membiarkan Ramadhan al-kareem berlalu tanpa menghidupkannya, ameennn
take care semua dan kenangku dlm doamu :)