Friday, 30 May 2008

a week break

break ke??? break dari buat eksperimen utk seminggu je..tu pun kene wat preparation untuk next experiment next week plus analysis dari eksperimen yang baru ni pun belum habis lagi...

semalam baru je habis 1st experiment. s/v dgn gembira dtg ke lab...then die nampak cultures ku yang hidup dengan gembira dan banyak nye di dalam lab itu..seraya dia berkata (diterjemahkan ke dalam bahasa melayu..takut karang ade plak yg terjumpa blog sy ni..bahaya..skrg dh ramai orang jumpe blog ni..huhu): "apa yang awak nk buat dengan culture yg banyak ni...mari kita buat eksperimen yang lain plak!" kemudian die pun menerangkan ape yang perlu dibuat...bla..bla..bla....


data2 sblm ni pn lom habis di'analyse' dan saya pn blum habis membaca dan mencernakan theory2 yang harus saya tahu....


jd, minggu dpn adalah menyediakan 75 flasks berisi medium yang ada 3 different recipe....di samping keperluan2 lain..dan maybe juga berteleku di hadapan HPLC machine utk membuat analysis utk sample eksperimen yg br habis ni....


tapi 6-8 jun iaitu minggu hadapan mahu lari kejap ke London (rabi, ingat cam nak lawat Lah, tp cam xsmpt..prgram tu packed..lps dh abis plak, ana trus balik manchester..len kali kot..heheh..)...kui3.....tapi bukan untuk bercuti..tapi kene hadir ke Program UIA...TIDE programme utk staf2 uia yg sedang study leave di UK ni....tiket dh beli since last 2 weeks dan semuanya ditanggung oleh UIA...program adalah compulsory dan kene beri surat tunjuk sebab kalo tak bleh datang..keskeskes....since sy dah beli tiket train, kene lah pergi jugak..kalo tak UIA tak nak reimburse..rugi lagi plak nnt...huhuh..


walopn program 3 hari ni hanya talk..talk..dan talk..tp sekurangnye dpt rest kejap dari masuk lab dan mengumpul kekuatan utk eksperimen seterusnye di samping menganalysis result eksperimen sebelum ni (daku sudah tidak punya banyak masa lagi....sibuk2 buat lab ni, kene fikir gak utk first year report yang bukan sekelip mata sahaja untuk disiapkan....#_#)


bahan bacaan untuk hujung minggu ni:







thesis PhD chi wai....@_@

Sunday, 25 May 2008

berita minggu

Berita baik

alhamdulillah, sepupu saya bertambah seorang lagi hari Jumaat lepas....sepupu yang ke-29 (belah mak saya)...izzah zulaikha...tahniah auntie aibah ^_^ dengarnye izzat jealous bila auntie dok layan baby baru ek..huhu..siann kat die......

ramainya ahli keluarga yg baru ni...msti balik nnt dah konfius2 nama budak2 tuh....hmm..bercakap ttg balik, ramai famili yg tanye famili saya bilakah diriku ini akan memunculkan diri di Malaysia....wallahu'a'lam.......kite tengok je lah ye bila illi akan muncul kt KL tuh....


Berita kurang baik

sedang khusyu' membuat kerja di lab, dpt message dari Ama; "Li, msg Aimi: Huhu.xcdent.tlangga kete merce.myvi rmuk kt dpn,xbley jln.tangki pcah.air mlimpah2 kua.tgh odw"....

Ya Allah..terkezut jap...sabar ye Aimi...dulu kelisa ko skrg ni Myvi....i think this time is worst than the one that we had 2 yrs ago (kami on the way nk ke Melaka, utk attend kenduri lecturer kami...tapi accident dkt highway dkt2 bangi..langgar blakang kete kelisa Putri..alhamdulillah time tu kete masing2 bleh patah balik ke KL. tapi dentuman itu pun sudah cukup membuat diriku berasa trauma kejap bila tiap kali break kereta ditekan..huhu)

Alhamdulillah aimi xde pape (kali ini diorg sume baru balik dari kenduri Nani di Ipoh)..langgar dgn mercedes mmg lagi teruk lah impactnye...merce tu keras macam batu..huhu....semoga tabah menghadapi ujian kali ni......

Ten things we Waste‏


nota sebelum kepala: tak sempat nak mendapat idea untuk bercerita2..just wanna share one of my emails.....still busy sampling and hopefully this Thursay will be the last day for the accomplishment of phase 1 of my lab works (to get some data for my modelling)...huhu....long weekend (monday is holiday) but I'll be spending my time in the lab....May is coming to the end and it means that I have 2 months before I have to submit my 1st year report a.k.a transfer report..huhu...dah lama tak writing sejak masuk lab ni...byk nk kene catch up ni...sesak nafas...fuh...fuh...

Ten Things We Waste (Lessons from Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah)

1. Our Knowledge: Wasted by not taking action with it

2. Our Actions: Wasted by committing them without sincerity.

3. Our Wealth: Wasted by using on things that will not bring us ajr (reward from Allah). We waste our money, our status, our authority, on things which have no benefit in this life or in akhirah (hereafter).

4. Our Hearts: Wasted because they are empty from the love of Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts are filled with something or someoneelse.

5. Our Bodies: Wasted because we don't use them in ibadah (worship) and service of Allah.

6. Our Love: Our emotional love is misdirected, not towards Allah, but towards something/someone else.

7. Our Time: Wasted, not used properly, to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for past deeds.

8. Our Intellect: Wasted on things that are not beneficial, that are detrimental to society and the individual, not in contemplation or reflection.

9. Our Service: Wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah, or benefit in dunyaa.

10. Our Dhikr (Remembrence of Allah): Wasted, because it does not effect us or our hearts.

Thursday, 22 May 2008

menang jugak....

tahniah peminat MU
match yang menarik (walopn saya dengar kt radio intenet je..kui3...malas nak tengok tv)
mendebarkan...
Ronaldo mula2 jd hero
sumbat gol pertama
then Lampard pula sumbat gol penyamaan
hebat2....
Giggs masuk, ganti Scholes
match berlanjutan sampai extra time
Rooney plak kluar..ganti dgn Nani..
fuhh..what a game...(tapi still malas nak tengok kt tv..dengar je pun cukup)

lanjut ke penalti shootout...
Ronaldo yg mula td jadi hero, miss penalty plak (nasiblah MU dah menang, kalo tak abis Ronaldo kene hambur..)
Chelsea lead
tapi John Terry missed the penalty for Chelsea (die menangis sampai upacara penyampaian pingat ye..siannn kt die...)
so skrg seri 4-4
then 5-5
Giggs scored for MU 6-5
unfortunately Anelka missed it for Chelsea..

apa lagi....
MU menang lah...
tahniah2 penyokong fanatik MU
len kali bagi orang len menang plak ek..ahaks..

~bebelan dari orang yg bleh layan bola tapi takdelah tahu byk sgt pasal bola ni..buat suka2 je...~

Tuesday, 20 May 2008

kisah siput tut....

>>>>untuk teman2 yang sedang berjuang...^_^..


When someone tells you that you can't do something...















Look around...














Consider all options....















then GO for it!!!!!















Use all the things God gave you!















Be creative!















when there's a will, there's a way.....

".........There can be miracles
When you believe

Though hope is frail

Its hard to kill

Who knows what miracles

You can achieve

When you believe

somehow you will

You will when you believe........"

(When u believe-Mariah Carey n Whitney Houston)

Sunday, 18 May 2008

cerita..ceriti..

***kisah yg diambil dr mailing-list adik2 MCOT

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe danmenjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman ALLAH yang menyatakan bahawa ALLAH dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi ALLAH tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “ALLAH , aku memohon kepada-Mu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin” Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa ALLAH pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh ALLAH.

Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “ALLAH, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagi-Mu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”.

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada ALLAH dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban ALLAH akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “ALLAH, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat.

Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. . Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada ALLAH kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan ALLAH tidak adil. ALLAH tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.

Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada ALLAH, pasti ALLAH akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “ALLAH, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “ALLAH, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”. Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada ALLAH. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh ALLAH…

Moral

Pertama:
Kita sering memaksakan kehendak kita kepada ALLAH sewaktu berdoa, padahal sebenarnya ALLAH lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:
Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagaihamba-Nya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa ALLAH akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancangan-Nya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga:
Tiada yang mustahil bagi ALLAH…

>>>>>kesimpulan yg dpt diambil juga adalah; khusus utk famili sy..kui3...sudi2kan lah hantar tempe yg belum jadi untuk diriku yg kempunan nk makan tempe yg sedap ye..(tempe hari tu boleh tahan je rasanye...tak sama dengan yang ada kat m'sia)

Thursday, 15 May 2008

kalau hukum itu memang sudah ditetapkan.....

nota atas kepala: post yang mula ditulis hari rabu tapi baru dapat dihabiskan hari sabtu....

sejak petang selasa, bandar manchester dibanjiri oleh 'orang2 biru'...mula2 ingatkan penyokong2 Chelsea tapi cam pelik nape diorg nak datang sini awal2 cmni..bukan ke final champions league belum lagi dan match itu akan diadakan di moscow, bukannya manchester

owh...rupa2nya penyokong Glasgow Rangers. dan rupa2nya final UEFA cup diadakan di Manchester City stadium pada 14 May 2008.

Glasgow Rangers (Scotland) vs St Zenit (russia)

dianggarkan lebih 100,000 penyokong rangers membanjiri bandar manchester ni....hotel2 di city sume penuh...sebenarnya sejak 36 tahun yang lalu, ini kali pertama pasukan mereka layak ke final...padanlah beria sangat. hanya 13 ooo peminat yang ada tiket untuk masuk stadium. yang selebihnya? mereka hanya turun ke Manchester ini untuk memeriahkan suasana dan Manchester City council telah menyediakan 3 skrin besar untuk peminat2 rangers ini...satu di piccadilly garden (tempat sy amek bus utk pulang ke rumah), dan 2 lagi ada dekat2 bandar ni juga..


penyokong2 ini mula tiba petang selasa dan perlawanan bermula rabu 7 malam..dan semestinya mereka sudah mula minum2 sejak petang selasa itu sambil menyanyi2....


pagi rabu, jam 8.15 pagi, bila saya smpi ke city, bertambah ramai penyokong2 ni..sana sini semuanya biru....ade yang sanggup tidur di tepi jalan sebab hotel sume dh penuh...

dan di piccadilly garden ini mmg sudah dipenuhi dengan orang2 biru..bernyanyi2 sambil minum2...masyaAllah, siap ada tangki besar yang mengandungi 'air kencing syaitan' ni....uish2.....


petang rabu..sebaik sahaja saya keluar dari lab ni, sudah kedengaran suara orang menyanyi...mereka ini berarak ke bandar untuk ke Piccadilly garden dan tempat2 sewaktunye untuk menunggu waktu perlawanan....kiri kanan hanya biru....




pening den.....saya tak tahu nak pergi ke mana...mereka ini sume sudah mabuk...setiap orang mesti memegang tin atau gelas yang mengandungi air hancing itu...siap ada yang dah terbaring....

saya menuju ke tempat yang selalu saya ambil bus....tapi dalam pada itu dah terfikir boleh ke bus2 sume masuk ke city memandangkan mereka ini semua sudah memenuhi setiap penjuru bandar manchester ini....saya tetap teruskan perjalanan memasuki celah2 mereka ini..macam2 bau ada..rasa takut pun ada sbb orang2 mabuk ni bukan leh percaya sangat..

sampai satu ketika saya terperangkap dan tak tahu nk keluar ke mana..huhu..nak menangis je rasa....akhirnye saya dapat sampai ke tempat yang selalu saya naik bus di tengah2 ribuan manusia yang sudah mabuk ni...tapi seperti yang saya jangka mmg sume bus sudah tak dapat masuk ke city...

rasa buntu dan tak tahu nak pergi mana..mana lah semua orang yang selalu naik bus juga ni.??? saya teruskan jalan dan berharap dapat jumpe mana2 bus stop yg ade dalam city ni....

jalan..jalan..tak nampak batang hidung bus pun..yang saya nampak orang2 biru ni....siap kene kacau lagi....sy pun tak faham sangat ape yg orang tu kate yg penting nya die dah pegang kepala saya dan nak tarik tudung..mak aih..rasa nak sumpah seranah je tapi orang2 mcm ni harus lah jangan dilayan (nak menangis pun ada time tu..huhu)...betul2 mati akal tapi cpt2 saya jalan meninggalkan city yang sudah dicemari itu..

dalam city ini, bus saya berhenti di 4 stop...stop yg pertama dan ke2 (dekat dgn piccadilly garden ni) mmg xleh nak naik sbb penuh manusia...saya pun menapak dengan harapan stop yg ke-4(yang paling luar dari tgh2 bandar) ni bus masih ada...huhu..letih jalan..tak tahu lah jalan mana saya lalu tapi yg penting tak jumpe lagi orang2 biru yg mabuk tu...

akhirnye, sy smpi ke stop ke-4 tu dan bus pn ada..alhamdulillah..selamat...tapi rasa terkejut tu ada lagi...saya sampai umah selepas hampir 1 jam setengah..(patutnye setengah jam dah boleh sampai rumah ye)....

itu belum match lagi..diorg sume dh mabuk mcm tu.....

malamnye lepas dh habis match, tengok berita....rangers kalah 0-2 kepada zenit (zenit adalah juara liga russia)...tak ke sia2..huhu





dan skrin besar di piccadilly rosak dan menyebabkan org2 yg dah mabuk dari hari selasa ini mengamuk dan merusuh dengan polis ye....ramai gak kene tahan....uish...uish..uish...

pagi khamis, sebaik bus masuk ke bandar....masyaAllah, rasa macam masuk tempat pembuangan sampah je....everywhere is rubbish and botol2 serta tin2 arak diorg tuh..pengotor betul....piccadilly garden macam lautan sampah......diorg kate 200 orang staff diperlukan untuk bersihkan all those rubbish...

tapi nak cakap, busuk bangat city masa pagi khamis tu...huhu.....rasa macam kotor giler dan nak balik rumah semula mandi dan tukar baju....

ramai gak polis yang cedera sebab rusuhan ni..anjing polis pun cedera jugak..... dan asstnt chief police manchester menyatakan rasa kesal sebab perkara ini berlaku dan nak siasat

tak payah nak siasat2...puncanya orang2 tu sume sudah hilang pertimbangan sebab dah mabuk sejak selasa lagi....nahh...amek.....dah terang2an kesan buruk arak ni..paling tak boleh terima adalah kat botol arak itu ditulis, "please drink sensibly''...ahaahaha..sakit perut nak ketawa.....takde maknanya semua tu........

Sunday, 11 May 2008

berbunga-bunga

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang ada tanda-tanda bagi orang yang berakal.Iaitu orang-orang yang mengingat Allah dalam keadaan berdiri atau duduk atau berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: "ya tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka" [3:190-191]

Setelah berjaya membiasakan diri dengan cuaca sejuk yang memenatkan otot2 melakukan pengecutan, spring pula memunculkan diri. Suhu sekarang ini sudah mencecah 24-27 degree celcius....memang sedap2 gitu cuacanya..matahari pun dengan cemerlangnya memancarkan cahaya nya. dah lama tak merasakan bahang bila disimbahi cahaya matahari..(cewah....berbunga2 pulak ayat aku ni...)

apa2 pun , yang seronok adalah tidak perlu lagi memakai baju berlapis2...selapis pun sudah cukup....dan yang lebih seronok dan membuatkan hati berbunga2 adalah apabila melihat bunga2 indah dan daun2 yang tumbuh di sekeliling...Subhanallah, tenang sungguh hati melihat keindahan alam terutama penat2 balik dari lab.....

pokok2 yang sebelum ini 'togel' mula menampakkan daun dan bunga2annya sekali...rumput2 pun tak ketinggalan 'mengeluarkan' beberapa jenis bunga....tak sangka rumput pun mahu menyertai pesta bunga ni...

dan juga sangat teruja melihat bunga kesukaanku, bunga tulip tumbuh di kaki2 jalan..bermacam2 jenis..waaaaaa........teruja sorang2....nasib baik lah diri ku ini bukan lah seorang yang menunjukkan ekspresi diri dengan jayanya..masih lagi mampu dikawal perasaan teruja itu....kwang2.....

dalam kegembiraan dan keterujaan itu, tak dilepaskan peluang untuk merakamkan berbagai2 jenis bunga yang sebelum ini saya tak pernah melihat dengan mata kepala sendiri....bunga2 yang dapat dilihat sepanjang perjalanan saya dari city (tempat turun bus) ke university...



kiri ke kanan:bunga tulip di depan lab saya...huuu...seronok melihat bunga tulip tumbuh dgn banyaknya di sini..selama ni tengok dalam gambar je; 1st time tengok bunga ni...di tepi school saya je...huhu...



kiri ke kanan: another tulips with other types of beautiful small flower....; tulip di kaki2 jalan.....huuuuu....



kiri ke kanan: bunga2 pink dan biru ini sungguh comel kalo dilihat dari jarak dekat; ada iras2 bunga raya kan bunga ni?



kiri ke kanan: satu daripada 3 jenis bunga yang tumbuh di atas rumput..bunga2 rumput yg comel....; dulu pokok2 ini 'togel' je...skrg ni lain2 warna daunnye...memang menarik...



gambar bunga ini diambil di Snowdonia, North Wales sewaktu trip saya dengan adik2 MCOT hr tu....

Eryn and Atiyyah serta Azraa yang selamat kembali setelah seminggu berada di Spain pun berkongsi gamba2 mereka sewaktu di sana hari tu....rajin atiyyah dan eryn menceritakan perjalanan mereka dari hari pertama sehingga lah pulang semula ke Manchester...huhu..mcm2 pengalaman diorg dpt....bahasa yang berlainan (orang spain ni tak berapa fasih cakap english..jadi kalau mahu pergi Spain , haruslah mengetahui perkataan2 basic dalam perbualan seharian..paling tidak pun bawa buku bahasa Spain), berjumpa dengan orang2 yg pelik dan bermacam2 ragam, menarik beg di tengah2 city, sesat.....etc.....

anyway, few pictures antara tempat2 yg mereka pergi dan tempat yang sudah tergambar dalam fikiran saya.....insyaAllah satu hari nanti saya akan jejakkan kaki ke sana juga...



Alhmabra yang sungguh indah...at an angle, the size of the reflection of the building from the water is the same with the actual one..amazing isn't? sungguh bijaksana orang yang mereka bangunan ini



Kanan: Nun di belakang Atiyyah dan Azraa kelihatan salji di atas gunung di situ....indah sungguh....suhu di spain ketika itu lebih kurang 25-27 degree C...Kiri: Alhambra dari jauh...nak masuk kawasan Alhambra dan kawasan sekelilingnya kene beratur panjang since hanya 1000 orang yang dibenarkan masuk dalam sehari..dan mereka ini beratur sejak jam 6 pagi lagi...dan kebanyakan pengunjung adalah orang2 mat saleh...


di sebalik gembira menaiki kereta kuda mengelilingi city ni, ada satu kisah yang tak akan dapat dilupakan insan2 ni...kui3....



minggu selepas balik dari Spain...mereka ini masih tak puas jalan2...ajak saya gi Trafford Centre plak dan kiteorg makan di sebuah restoran Latin dan Italian food, Las Iguanas..keskeskes.....itulah makanan yang kiteorang makan..mula2 ingatkan banyak..rupanya macam makan utk starter je..kiteorg yg makan banyak ni mana cukup...huhu..lepas tu gi makan donut kat Krispy Kreme pulak..(rabi, inilah makanan yg kiteorg makan yang tak kenyang tu...terkulat masing2)

Dan sekarang ini malam nya adalah pendek....maghrib kol 9 mlm, Isya' kol 11.30 mlm dan subuh masuk kol 2.45 pg..kol 5 suku pagi matahari dah memunculkan diri....huhu..menguji keimanan betul....(emoticon mata berpinar2)

Saturday, 10 May 2008

RM1 and RM 50

***sekadar untuk berkongsi cerita yang ringan tapi mengandungi pengertian mendalam...diambil dari mailing-list adik2 MCOT (sesungguhnya adik2 MCOT di sini sangat rajin berkongsi pendapat dalam ilmu2 agama ini...rasa segan kadang2 bagi diriku yang lebih tua ini..masih banyak yang perlu dipelajari..huhu)

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya: "Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"


Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"



Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………’SURAU…., MASJID……., SURAU………”



p/s: FIKIRKANLAH ^_^


*****
iklan:

--tahniah untuk siti nahdatul isnaini a.k.a nani....bakal menamatkan zaman bujang hujung bulan ini...majlis nya 25 hr bulan ini di Ipoh. terima kasih atas ingatan untuk menjemput..doaku dari jauh semoga kekal bahagia di dunia dan akhirat dan dikurniakan keturunan yang baik2..ameen

--hehe...hari tu my sister tunjuk2 friendster dia..then dalam photo gallery itu ada gamba kami ber2 di zaman kanak2 ribena dulu..rajin pulak minah ni dok scan gamba2 dulu...klaka btol muka gue zaman dulu...huhu..terutamanya gambar ni bawah ini..gambar sebelum nak pergi tadika...tempat di mana pertama kali bertemu rabi..kui3.. (rabi, masih ingatkah kelas Durian?)



hahaha.....gelak besar tgk gamba ni..inilah orang excited nak gi tadika...macam budak kecoh je kan..tapi sebenarnya saya ni pemalu orang nya (konon..tapi betul lah)..tapi kalau kene tempat saya boleh jadi sengal..kui3...tahun 1989..hmm..time tu umurnya 6 tahun lah kan..adik saya masuk tadika masa dia 4 tahun..then 6 tahun dah masuk darjah 1..bijak budak ni..tp masa dia darjah 4, polisi hampeh mana ntah kate kalo nak amek UPSR kene umur 12 tahun juga...sian kat dia, 2 kali darjah 4..tak patut betul...ape lah salahnya kalau advance sket..tak rugi pape pun..keskeskes....tak faham gue...



ni pula gamba ketika saya berusia 4 tahun....di jabal rahmah....ade beza tak gambar di atas dengan yang ini....tapi yang penting, semakin besar matanya semakin sepet....mengapakah??? ada teori ke di sebalik kejadian ini...hmmm....(emoticon menggaru2kan kepala)


okies..cukup menunjukkan gamba2 di zaman kecil..macam2 gamba sebenarnya budak bertuah ni letak dalam dalam friendster dia rupanya..habis privacy gue di zaman kecik2..kwang3..

Thursday, 8 May 2008

Sample-free of charge

Alhamdulillah, my plant cell cultures grow well and every 7-8 days, I have to subculture them..and imagine after subculturing, the number of flaks containing those cultures will increase and of course I need more MS medium.

Before this I've waited quite a long time for my chemicals to arrive (kalo diriku ini boleh berjanggut, janggut yang tumbuh tu boleh masuk balik..huhu) and when I made the order for the MS medium at that time, I didn't realized that I will need it quite a lot later.

We've ordered from Sigma....when I called the company after 3 days we sent the order (selalunya chemicals yg diorder dr Sigma akan sampai dalam 24 jam je), they told me that the MS media was out of stock and it will take couples of weeks to get the stock..mak aihh...

my cultures are growing fast in the lab and I don't have much time. I asked Chi Wai and Dr Will for the alternative and I got this company's name, Melford. I called them and they have the MS in stock and if I order, I can get it by the next day....wah....(gumbira)

the problem is I still have to wait for the finance dept to approve my order and this will take 2-3 days before thay can send my order to Melford. I think everywhere is the same, when it comes to finance, it will take a very time-consuming procedure...fuhhh.....

and actually my order just cost the school 12 pound. The MS costs about 5 pound (this is to prepare 5 litre of medium)...quite cheap. and I wonder why it takes so long to get the approval. As usual, my 'muka tembok' (di sini adalah sangat perlu untuk menjadi muka tembok dan muka tak segan..kalau tak, ssh nk survive) has to play role here. I went to see the finance people few times to get my order number but still they haven't got the approval yet...so many reasons behind it and it beyond their control....

it has been almost 10 days since Prof Ferda gave the finance dept our order form to get the approval and yet they still don't get the approval yet....and my 'babies' are growing and they need new place with fresh nutrient.

and last weekend, i used another alternative...haha..i ordered the MS media online using my own credit card. I don't mind spending money on chemicals for my research...(apalah sangat 5 pound tu kan kalo nak dibandingkan duit2 yang telah dibelanjakan utk gi jalan2...huhu).....

since last Monday was public holiday, my order has not been processed yet. Then yesterday, I receieved an email from Melford...kui3....

"Dear Miss Mohamad Puad,

Thank you for your website order.

I see that you have mentioned the University of Manchester as the user institution but have put what appears to be a private billing and shipping address.

It is normally our Company policy not to send goods to a private address.

However, as the University is a customer of Melford Laboratories, we will, on this occasion, send you the product as a "sample" free of charge.
"


kwang..kwang.alhamdulillah..rezeki....rezeki...i'm already willing to pay and now because of their company policy, I got the media for free. at first I wonder how much the 'sample' will be, then Steven said Melford will send the pack that I've ordered...wow...I thought they just give 1 litre since 'sample' is usually in small amount, rite....thank you..thank you..i understand why they don't send chemicals to private address...perhaps due to terrorism thingy...

and back at university today, I still have not received any news about my order (the finance ladies promised me to sort things out by today..hmm..)...Prof Ferda called another person in-charge (that's the problem..so many people involved) and the person found our order form under piles of papers....mashaAllah..no wonder the order still has not approved yet....(tak nak cakap byk2 dah..letih gue...)

they sorted out the approval and when I called them back later, they are trying to fax the order to Melford..and I have to call Melford tomorrow to ask whether they have received the order or not.....(letih lah nak kene speaking and memahami loghat2 english yang berbagai2 ni..lagi2 kalo dalam phone...puas memanjangkan gegendang telinga nak memahami apa yang diorag cakap..abis sume huruf2 ditelan...keskeskes...)

whatever it is, I'm very grateful to Melford especially Mr Steven Last for the 'sample' which is free of charge....muchas gracias......the pack has arrived today to my house....

and now I have quite enough medium for this week and next week and even to start my experiment (I need half of it for my experiment) before we can get our order from Melford as well as from Sigma. I guess I will have more than enough media if all my orders arrived...kui3...(apalah aku nk wat dengan media yg byk2 dlm lab ni..huhu).....
mula bekerja!!!!

Monday, 5 May 2008

3 May 2007 - i still remember this date

this is responding to Nazri's latest entry in his blog...^_^...of course I still remember this date....last year, on this date was our first day as assistant lecturer...and we have to attend the departmental meeting after less than an hour we reported to HOD...huhu....and I still remember the moment we enter the meeting room...some of the lecturers were staring weirdly at us..haha....they thought we went to the wrong meeting....kui3..whatever.....


alhamdulillah, after went through few interviews and filled up lotsa forms (sampai nak termuntah hijau..kui3), IIUM seems to be my destination. and I have few other reasons why I chose IIUM although I got other few offers...

and it seems that Nazri has served IIUM for a year already...i guess he went through a lot for the past 12 months...although he didn't continue his postgrad studies as soon as I did, his experience as assistant lecturer is valuable indeed...right?


somehow I think he will be a better lecturer than me....hehe.......


yup, the journey is still long to go and yet I'm still at the beginning....may Allah give us strength until the end..Ameen...


fighting!!!!!

Thursday, 1 May 2008

Labour day + Election day

1st May 2008...
kat Malaysia, sambut labour day
saya pun tak ingat sampailah saya dapat message dari adik saya, Wani
time tu tgh lalok2 sebab dah ngantuk
kat malaysia pukul 6 pagi rasanya
adik saya kata dia ade kat surau (erk...dalam surau pun boleh bagi2 sms..uish2..bdk2 skrg..kui3)
dia kate dia ngantuk..huhu
saya pun terfikir nape pulak dia pergi surau
bukan patutnya siap2 pergi sekolah ke
selalunya kalau pergi surau2 pagi2 ni, time weekend je
fikir2 balik..owh...cuti rupanya...
Selamat hari pekerja untuk semua pekerja2 di Malaysia ya ^_^
(saya ni kira pekerja lah kan...nak jugak..)

Hari ni kat UK ni pula adalah hari mengundi
entahlah..saya pun tak faham sebenarnya
dan sebenarnya kiteorg ni pun kene mengundi
undi pemimpin untuk kawasan yang kami tinggal
masa di rumah lama dulu, ada orang datang untuk daftar undi ni
agaknya sebab kami dah pindah, jadi tak dapat confirmation tempat untuk mengundi
jadi.....
tak payahlah pergi mengundi...kwang3..
lagipun entah sape2 ntah yang jadi calonnya
tak sempat saya nak ambil tahu
lagipun malas nak ambil tahu
kat negara sendiri pun, saya masih belum mengundi
ni nak mengundi kat negara orang pula
huhu...bia' pi lah....malas nak layan

dan hari ini juga, selamat lah seorang lagi rakan saya menamatkan zaman bujang
Tahniah Suhana dan suami
nikah dan kenduri di rumah perempuan berlangsung hari ini
saya pun tak pasti kenapa dilangsungkan hari khamis
hmmm....
apa2 pun semuanya dah selamat ^_^

dah bulan 5 pulak ye
huhuu...
awatlah kejap sangat ni
sesak nafas ni...fuh...fuh..fuh...
banyak nak kene kejar ni

hari ini jumpa Prof Ferda
minta dia isikan progress form untuk saya hantar ke UIA
komennya sungguh memberangsangkan
rasa macam tak lah bagus sangat sampai macam tuh
alhamdulillah...hati senang dapat s/v yang begitu caring dan considerate
hati senang, kerja pun boleh dilakukan dengan tenang
tengah bulan 6 ni, Prof Ferda nak gi Malaysia
ada kerjasama projek dengan siapa entah
huahuahua..sonok2.....
Prof Ferda siap offer lagi kalau ada nak kirim apa2 untuk famili
hmmmm..bagus juga
dan lebih bagus kalau famili saya boleh kirim barang ke sini
kui3.. (tanduk dah keluar..toing..toing)
tapi seganlah nak minta Prof Ferda tolong bawakan barang2
dia pun nak gi Malaysia bukan jalan2 kan
untuk kerja
hmm....tengok lah camne

sempena bulan May ni juga....ada beberapa birthday wishes
untuk kenalan2 dan famili saya
ramai juga yang lahir bulan May ni
penat perah otak nak ingat semula


"Mereka yang bakal bertambah umurnya bulan ini:"

6 May-Atiyyah--->lepas ni dpt sewa kereta murah lah sket kat manchester ni kan since dah qualify untuk young driver..hehe

7 May-Abg aji---> dah lama tak ber'ym' dengan dia..sibuk beno dgn research agaknya..

12 May-adik gue Wani--->ingat..tahun ni PMR..belajar betul2 baru kak long bagi apa yang dijanji.....kui3..jgn mare...

23 May-rakan al-amin, Nadrah---> walaupun saya takdelah rapat sangat dengan dia, tapi disebabkan ramai yang b'day nye dlm 20hb, dia pun termasuk dalam senarai yg saya ingat..

24 May-rakan al-amin ku juga, mahirah---> selalu ingat b'day saya dan juga before saya fly, siap datang rumah tapi jumpa dalam kereta dia je sebab die pakai baju rumah je..haha...beria2 dia suruh bawa buah tangan yang dia bagi ke manchester juga...

25 May-Tun Ir Muiz--->sudah lama tak mendengar khabar berita...blog pun dah lama tak diupdate..semenjak habis pilihan raya hari tu, busy sungguh YB kita ni ek..

26 May-adik gue lagi sorang, Aimi--->selamat menempuh alam prektikal..hehe..rasalah macam mana berhimpit pagi2 dan petang2 kat dalam LRT tu..huhu

30 May-Suhana Ahmad--->nampaknya tahun ini agak istimewa since dapat raikan bersama2 dengan suami tersayang ^_^

rasa macam ada lagi je yang tertinggal tapi dah tak larat nak fikir.......Selamat hari Lahir semua...semoga mendapat keberkatan umur..semoga berjaya di dunia dan akhirat...semoga gembira dan tenang2 selalu di bawah rahmatNya..ameennn.......