Showing posts with label alia. Show all posts
Showing posts with label alia. Show all posts

Friday, August 21, 2015

Al Fatihah..Nur Alia Natasya

210805 hingga 110907

Andai kata hari ini arwah Alia masih hidup
dia berumur 10 tahun
sekejap je masa berlalu
dah 8 tahun adik tinggalkan ibu
pagi2 dah cakap dengan Faiz
hari ni hari lahir kak alia
suruh dia doakan kak alia masa baca yasin kat sekolah pg td
siap pesan dengan along dia sekali

dan cuaca hari ini semendung hati ibuayu

Damailah dikau di sana sayang
Kami tidak pernah melupakan adik
sayang cinta dan rindu itu kuat bertaut

AL Fatihah



Kisah-kisah Alia yang pernah ibuayu tulis








Sunday, January 15, 2012

Gelang dan warkah arwah Alia

masa ibuayu kemas2 laci

tiba-tba terjumpa gelang alia.

masih berkilat lagi gelang dia
akaan ibu simpan sampai bila-bila
andai kata ibu ada rezeki mendapat anak perempuan lagi
akan ibu pakaikannya kepada adikmu sayang





dalam kotak ni pula terjumpa sekeping kertas
warkah dari along fauzan untuk adiknya
tertitis lagi air mata ni ...



Saturday, January 7, 2012

Andai kata Alia masih ada

Dari menghadiri Orientasi Tahun 1 
sebelum buka sekolah lagi 
ada duka dihati
ada sesuatu yang mencengkam jiwa
memerhatikan teletah anak2 kecil yang melangkah ke alam persekolahan


dalam diam tak diam
sudah 7 tahun rupanya
hati ini telah berdetik
andai kata arwah masih ada
andai kata arwah kembali sihat
tentunya tika dan saat itu
aku jua sibuk melayan kerenahnya

dia akan ke sekolah bersama ibuayu





betapa lamanya menanti kehadiranmu 

dikau lahir disaat Fauzan  hendak masuk Tahun 1
dan kini andai kata dikau ada di Tahun 1
Fauzan pula ke Tingkatan 1
jika sebelum ini along Fauzan yang ibu uruskan
tentunya selepas itu dikau menjadi peneman ibu



kita hanya mampu mengimpikan sesuatu
kita hanya mampu berangankan apa sahaja
tapi segalanya hanya Allah sahaja yang menentukannya


rasa bagai semalam semua ini berlaku
melihat anak orang lain
melihat keletah mereka
terasa ada tangis di jiwa

doa ibu agar Alia bahagia disana
insyaallah satu masa kita akan bersua
nantikan ibu ini ya sayang
setiap saat tiap ketika dirimu tak pernah ibu lupa
walau kini keluarga kita hanya berempat tapi ibu sentiasa merasakan
anak  ibu ini sentiasa bersama kami





Ya Allah berikanlah hambamu ini kekuatan dalam menjalani 
kehidupan di dunia ini

Friday, September 11, 2009

Pergi Tak Kembali

HAri ini genap 2 tahun puteri kesayangan meninggalkan kami. Peristiwa itu bagaikan semalam berlaku.Walaupun dibulan 9 ini terdapat peristiwa yang gembira dimasa yang sama kami menyambut peristiwa yang sedih setiap tahun.

Masih sentiasa terkenang sepanjang 2 tahun sebulan hayatnya alia menanggung kesakitan yang amat sangat. Rindu kami sekeluarga tak dapat diucapkan.Namanya sentiasa bermain dibibir kami terutama abang longnya.

Alia maafkan ibu sayang sekiranya ketika alia bersama kami ibu tidak dapat menjalankan tanggungjawab ibu dengan baik.Sayang ibu kepadamu bagai air terjun yang sentiasa mengalir.

Sayang Alia selalu. Al-Fatihah

Thursday, August 20, 2009

Aliaku sayang

21 Ogos ni sekiranya alia masih hidup tentunya dia berumur 4 tahun.Macamana keadaan dia ye...

Kalau alia dapat membaca inilah luahan hati ibu yang sentiasa merinduimu sayang..

Alia
Rindu ibu ,ayah ,abang long pada alia tak pernah terhenti,
Jasadmu tiada disisi tapi bayanganmu sentiasa dihati
Kini kau bahagia tempat bersemadi,
Semoga rohmu dicucuri.

Masih hangat lagi kenangan ketika melahirkanmu..jika dapat diulang ingin sahaja ibu memutarkan masa dan meminta agar diri ini dibedah..Kenapalah ibu tidak merasai sakit ketika melahirkanmu..Betapa sakitnya dirimu melawan keadaan ketika itu.Luluh segalanya melihat bayi yang dikandung menjadi sebegitu.. Kekuatan ayah menjadi semangat untuk ibu..Airmata ketika itu menjadi teman yang paling setia.berpantang seorang diri tanpa anak disisi. 41 hari pelbagai dugaan yang dialami.tak tahu dimana datang kekuatan,ketabahan diri melalui segala dugaan yang diberi.

Walaupun pulangmu ke rumah tidak seperti bayi biasa tapi ibu redha dengan dugaanNya.Dari titik itu kehidupan ini agak berubah..Ibu dan ayah semakin merapati diri dengan Allah.Kemana lagi harapan hendak kami serahkan kecuali kepadaNya.Kesetiap tempat kepelusuk negeri jika ada berita tentang perubatan alternatif ke situ akan kami tujui..Wang dan keletihan tidak dikira.Apa yang penting ketika itu ingin menaruh harapan terhadapmu.

Sayangku Alia
Adik tidak pernah menyusahkan ibu.Terlalu senang untuk kami membelamu.Ayah yang mengambil shift waktu malam menjagamu sangat2 membantu ibu.Apa yang tidak sanggup ibu lihat apabila kau menanggung kesakitan yang amat sangat.

Masihku ingat disaat-saat akhir pemergianmu..sungguh ibu tidak sangka nafas mu yang berbunyi itu bermakna kau mahu meninggalkan kami selama-lamanya...Andainya ibu tahu...Maafkan ibu sayang..

Maafkan ibu alia
Jika ketika hayatmu ibu tidak sesempurna mana ketika menjaga dirimu,
Ibu tidak banyak dapat menghabiskan masa disisimu,
Ibu tidak dapat melunaskan tanggungjawab ibu,
Ibu ada mengecilkan hatimu
Ibu ada melakukan pelbagai kesalahan samada ibu sedari atau tidak..
Apa yang ingin diberitahu ibu dan ayah sangat-sangat sayang padamu

Ibu juga amat merindui untuk mencium pipimu..untuk mengucup tapak tangan yang sentiasa kau genggam.

Semoga adik bahagia berada di sana.............Al-Fatihah
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015