CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label Scenary. Show all posts
Showing posts with label Scenary. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

NIGHT SAFARI OUTING @ BUKIT KARAMUNTING - BUKIT LAUR, SUBOK











Group Hugs by Cikgu Hj Kahan (FB-Kasha Eguana)


Pernahkah biskita semua mendengar atau mendaki salah sebuah sebuah bukit di bumi Brunei Darussalam ini yang menyajikan pemandangan indah diwaktu malam bernama Bukit Laur. Kalau bukan kerana aktiviti ini, saya sendiri pun tidak akan pernah ataupun akan mengenali nama bukit yang terletak di Kampong Subok tidak berapa jauh dari ibukota Bandar Seri Begawan, Brunei ini.

Pada malam 26hb MEI 2011, saya berkesempatan untuk menyertai satu aktiviti riadah sambil menggambar anjuran Persatuan Fotografi Brunei dan Majlis Perundingan Kampong - Kampong Subok. Walaupun masih banyak tugasan kerja yang menunggu dan perlu disiapkan, namun jiwa ini kuat meronta-ronta untuk menyertai aktiviti ini. Maklumlah sudah terlalu lama rasanya saya tidak menyertai aktiviti-aktiviti seumpama ini akibat bebanan dan tanggungjawab terhadap tugas. Terus terang saya katakan ini adalah pertama kali bagi saya memasuki Kampong Subok ini dan juga pertama kali bagi saya untuk melakukan aktiviti pendakian di waktu malam semata-mata untuk menerokai teknik dan cara baru untuk menangkap gambar diwaktu malam. Al-hamdulillah, saya tidak mempunyai apa-apa masalah sepanjang aktiviti dijalankan walaupun terpaksa membawa peralatan menggambar yang lain, mungkin kerana aktiviti riadah berbasikal yang saya selalu buat sebanyak 2 kali seminggu banyak membantu pernafasan saya agar tidak mudah merasa lelah atau semput semasa mendaki bukit. Walaupun penat dan letih, saya tetap merasa puas dan gembira kerana dapat menyertai aktiviti seumpama ini tambah-tambah lagi sudah agak lama rasanya tidak melakukan aktiviti menggambar dan aktiviti riadah mendaki bukit.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah serta ucapan terima kasih kepada Persatuan Fotografi Brunei dan Majlis Perundingan Kampong – Kampong Subok kerana telah berjaya menganjurkan serta mengungkayahkan aktiviti ini dengan jayanya.

Wednesday, December 15, 2010

Seri Kenangan II

Wednesday, April 21, 2010

KNK - Lagi Menyusuri Sungai Brunei Bersama KEKAL

















KNK - Menyusuri Sungai Brunei Bersama KEKAL















Tuesday, March 23, 2010

Lagi-Lagi Pantai Penanjong 2010




Thursday, October 01, 2009

Satu Petang di Seri Kenangan



Thursday, March 26, 2009

KNK - Kampong Ayer Boat Trip IV