CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label Flora. Show all posts
Showing posts with label Flora. Show all posts

Sunday, November 14, 2010

SEKUNTUM BUNGA DAISY

Bunga Daisy - Innocence, Purity, I'll Never Tell & Loyal love


Apa yang awda akan lakukan sekiranya awda bertanyakan sesuatu perkara tetapi di balas dengan sekuntum bunga pula? Sudah sepastinya awda akan merasa keliru, hairan dan bingung ataupun mungkin awda merasa diri awda sedang dipermain-mainkan. Begitu juga halnya dengan saya sendiri. Jika perkara ini benar-benar terjadi pada diri awda sendiri adalah sebaiknya awda jangan mudah melatah atau marah kerana bunga juga boleh berperanan untuk menyampaikan sebarang mesej atau jawapan bagi beberapa persoalan yang diajukan. Oleh sebab tidak ada sesuatu yang ingin saya ceritakan maka saya ingin menceritakan serba sedikit sesuatu perkara yang diluar bidang kepakaran dan pengetahuan saya iaitu sedikit perihal bunga.

Bunga yang saya post pada entry kali ini saya gambar semasa saya berada di daerah Kundasang, Sabah - iaitu semasa saya mengikuti ekspedisi Kelab KEKAL kesana pada bulan JUN yang lalu. Namun pada ketika itu saya lupa akan nama bunga tersebut sehingga saya membuat beberapa siri carian di internet untuk mencari semula nama bunga ini. Akhirnya, setelah berjaya menemui dan mendapatkan semula namanya, saya juga mendapati bahawa bunga ini juga membawa bersamanya beberapa maksud tersirat yang lain iaitu: INNOCENCE, PURITY, I’LL NEVER TELL dan LOYAL LOVE.

Sedikit maklumat yang saya perolehi dan ambil dari internet mengatakan : Bunga Daisy adalah bunga dari keluarga Asteraceae sama halnya seperti bunga aster atau sunflower. Asteraceae adalah keluarga tumbuhan berbunga kedua terbesar dalam segi banyaknya species atau jenis. Bunga Daisy ini diperkirakan mencapai 10 persen dari semua tumbuhan berbunga di bumi dan diperdebat oleh para pakar antara tumbuhan jenis Daisy ini lebih banyak atau tumbuhan jenis anggrek yang jumlahnya tidak kalah banyak dalam segi species. Pembelajaran atau pengetahuan mengenai keluarga tanaman ini disebut synantherology. Bunga Daisy cukup sederhana bentuknya, memiliki bundaran yang lebar di tengah dan dikelilingi oleh petal-petal yang seperti sinar matahari, mungkin karena inilah bunga ini mulai disebut jenis bunga sunflower. Salah satu ciri bunga ini yaitu membuka petalnya pada pagi hari saat matahari terbit dan menutupnya kembali pada saat matahari terbenam, tetapi bunga Daisy ini tidak cuman dikenal dalam hal itu, bunga ini juga terkenal akan kemampuannya menyembuhkan penyakit penyakit tertentu. Kebanyakan bunga ini ditemui berwarna putih, tapi ada juga yang berwarna merah, kuning, dan ungu. Bunga Daisy yang paling disukai adalah Gerbera Daisy atau disebut juga African Daisy, Transvaal Daisy ataupun Barberton Daisy. Warnanya indah terang menyolok dan menjadi bunga Daisy yang berharga paling tinggi dari jenis bunga Daisy lainnya. Bunga Gerbera Daisy ini juga merupakan bunga kelima yang paling banyak digunakan sebagai “cut flower” setelah
mawar, bunga carnation, chrysanthemum dan tulip. Daun dan bagian petal dari bunga ini dapat dimakan dan bisa digunakan untuk membuat teh untuk menyembuhkan sakit tenggorokan atau sakit perut (link rujukan).

Bagi saya Bunga Daisy adalah merupakan diantara bunga yang cantik, kombinasi 2 warnanya iaitu warna putih dan kuning dengan daun hijau menjadikannya diantara bunga yang cukup unik tetapi simple.

Wednesday, May 12, 2010

M E K A R


Halus dan Putih menawan hati,
Menjelas gambaran jiwa yang tenang,
Sesibuk mana..
Seriuh mana..
Tidak langsung menghalang aku..
Untuk terus berkembang..
M E K A R

Monday, July 20, 2009

Bila Sang Bayu Mula Menghembus


Hembusan dingin menenang jiwa
Mengurangkan duka yang lara di hati
Hati yang tenang membuat jiwa tertawa
Biarku begini dari hati yang mati

Angin bertiup lemah gemalai
Fikiran melayang di laut khayalan
Sentiasalah beringat janganlah terlalai
kelak terlanjur diri penuh sesalan


" Orang tidak akan dapat melihat bayangan dirinya didalam air yang mengalir deras, Tetapi dapat melihatnya di dalam air yang tenang "
- ( Tanpa Nama)

Tuesday, May 26, 2009

ON HIATUS . . . . .


Kadang kala masa selalu membataskan kita
untuk melakukan sesuatu yang paling kita gemari
Bila mana ini berlaku pada diriku
Satu PILIHAN harus dibuat . .

Daripada DUA PILIHAN yang ada,
Aku memilih untuk berkorban . .
Demi masa depan mereka,
dan juga demi masa depan ku.
Pengorbanan harus dilakukan,
Masa depan mereka jauh lebih penting
daripada melakukan sesuatu yang aku gemari . .

Untuk itu aku mengutamakan . .
Yang "LEBIH UTAMA" daripada yang "UTAMA"


- O N H I A T U S -


Kita tidak dapat selamanya membangunkan masa hadapan buat generasi muda kita, tetapi kita dapat membangunkan generasi muda kita demi masa hadapan
- Franklin D, Roosevelt

Thursday, April 16, 2009

KNK - Menakluki Taman Warisan Tasek Merimbun Tutong - Bahagian III

Wednesday, April 15, 2009

KNK - Menakluki Taman Warisan Tasek Merimbun Tutong - Bahagian II


Sebelum terlambat, aku ingin mengucapkan ucapan terima kasih dan thank you kepada Anak Nayi' Na kerana mengungkayahkan outing tani pada pagi atu, terima kasih jua arah member-member yang lain kerana menceriakan dan memeriahkan lagi outing tani hari atu, dan sekali lagi ucapan Terima Kasih ku kepada Anak Nayi Na' kerana belanja makan dimasa parut mula memberontak minta diisi..TERIMA KASIH :)

Tuesday, January 06, 2009

Berandam Di Aing Panas Poring Sabah

Taman Poring Sabah
Gerai-gerai yang menjual aneka barang di luar pintu masuk Taman Poring
Kalau kan membali baju, baik membali dikawasan sini @ Tamu Kundasang daripada membali di Bandar sebab murah
"Take nothing but photographs, leave nothing but footprints, Understand..??"

Pintu masuk arah kawasan mandi aing panas, jangan salah masuk arah kolam aing mendidih sudaah..
Hanya mampu merandamkan batis.., sebab inda membawa persalinan spare.. CISS!!
Emm..not bad ahh..nyaman jua rasanya bah..
Baru ku perasan, banyak-banyak batis yang berandam disini.., batisku lah yang paling seksi sekali..ho..ho..ho.. :)
Mengambil peluang menggambar, suasana aing sungai yang mengalir disini..
Untuk makluman..aing sungai yang mengalir ani inda panas..

Mengambil peluang menshoot slow shutter..biar nampak lambut sikit..
Yeahh..,like this..but still not perfect..lah
Try Again..
And again..
Kalau lah ku bawa aku punya 10-20mm atu..kan bisai..
.
30hb Disember 2008 @ SELASA - Inda sah rasanya kalau turun Sabah inda singgah ke kawasan Aing Panas Poring @ Poring Hotspring, disini, alang-alang singgah atu berandam tah ku saja, berandam batis saja, sebab tuala & barang-barang penyalinan tertinggal semua di Hotel (appaaraa..), kalau inda, ada yang berandam sambil menyalam disana atu (macam inda cukup saja swimming pool di hotel atu)nyaman lah jualah rasanya.., dengan bayaran masuk RM15 (tahun 2009 jadi RM30 tia untuk foreigner) bulih berandam sepuas-puasnya, kalau kan mandi pun bulih jua.., ada tampat terbuka dan ada jua tempat yang tertutup untuk sesiapa yang luan pemalu atu.., Kawasan disini pun alum lagi abis ku jelajahi banarnya sebab mengejar masa.., next time kalau turun sini mesti datang awal lah supaya dapat ronda-ronda kawasan ani lagi, sayang rasanya kalau jalan jauh-jauh ani tapi sedikit sahaja yang dapat dijangkau..

Saturday, December 06, 2008

Tears From The Sky

Sunday, November 23, 2008

Bunga Semalu

Friday, November 21, 2008

Bersaudara Dengan Teratai


Thursday, November 13, 2008

Bukan Rumput Sundal Ni . .

Thursday, November 06, 2008

Bunga Siring Lungkang !?





Siapa cakap bunga yang tumbuh siring lungkang atu inda lawa, aku atu banarnya kan mencari titisan aing bakas aing hujan untuk di gambar, tapi inda belurih spot yang baik untuk di gambar, cari punya cari punya cari iatah ku terjumpa bunga ah..emm..err..bunga..ialah.. bunga yang di atas atulah tumbuh siring-siring lungkang, jadinya tanpa membuang masa, aku pun mengambil beberapa shot dan hasilnya setelah di P.S (Plastiq Surgery aka Photoshop) serba sedikit, atu tah hasilnya..

"Bungailah wanita dengan bunga-bungaan, senyumannya akan sentiasa berbunga" - Adimurni

Tuesday, November 04, 2008

Sebagai Satu Permulaan



Salam.., Sebenarnya batah plang udah ku shot gambar bunga diatas ani, sebelum puasa & raya udah, tapi hilang dalam hardisk komputer ku, cari punya cari inda jua terjumpa..pikir ku tah hilang udah gambar ani, samak jua udah tu ertinya hardisk ku atu, dan malam kelamarin baru ku terjumpa lah tampat persembunyiannya, dan yang sebenarnya jua malu plang ku kan mempost gambar bunga ani sebab nothing special dan biasa saja, tapi untuk mengupdate blog ani, bida pun bidalahh..he..he.., kan di jadikan cerita dalam seminggu ani, aku aktif memburu shot-shot bunga, kalau ada bunga yang lawa dan lain daripada yang lain atu inda akan lapas dari menjadi santapan kamera ku, al-hamdulillah..adalah beberapa shot yang bulih ku anggap bisai dalam pandangan mataku walaupun inda semua, Insya Allah adalah ku mempost tu nanti dalam masa terdekat ani (mesti di bagi "Plastiq Surgery" dulu lah..he..he.. )

Sunday, October 26, 2008

Miniarture Garden