Nuff²

Tweet

Showing posts with label Computer. Show all posts
Showing posts with label Computer. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

Panggilan Hangit


Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan berkenaan Microsoft Word melalui telefon).
Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walaubagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan “Memecat tanpa Sebab”. Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

Microsoft: Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?

User: Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word.

Microsoft: Masalah bagaimana tu encik?

User: Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang.”

Microsoft: Hilang?

User: Ya, ia hilang.

Microsoft: Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?

User: Kosong, tak ada apa-apa.

Microsoft: Tak ada apa-apa?

User: Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip.

Microsoft: Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?

User: Macam mana saya nak tau?”

Microsoft: Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?

User: Apa tu si-perom?

Microsoft: Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?

User: Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip.

Microsoft: Adakah monitor anda ada power indicator?

User: Monitor tu apa?

Microsoft: Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV. Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?

User: Saya tak tahu.

Microsoft: OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?

User: Rasa-rasanya.

Microsoft: Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda.

User: Yaa, terpasang.

Microsoft: Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?

User: Iya ke?.

Microsoft: Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut.

User: Okay, jumpa dah.

Microsoft: Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda.

User: Alamak tak sampai laa.

Microsoft: Ok… boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?

User: Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap.

Microsoft: Gelap?

User: Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap.

Microsoft: OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda.

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh? Kenapa?

User: Sebab kat pejabat saya “blackout”, tak ada elektrik.

Microsoft: Blackout… tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?

User: Ada… saya simpan kat dalam almari.

Microsoft: Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu.

User: Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?

Microsoft: Iya, rasa-rasanya macam itulah.

User: Err… okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?

Microsoft: Beritahu mereka anda terlalu BANGANG untuk memiliki sebuah komputer!

.........................................................................................................................................................................

Wakakakaka..Pe kes laaa nak layan orang macam tu...SHAKIDDO, pernah tak kene panggilan hangit macam ni??^^'

Monday, March 7, 2011

Window XP Installation (D.I.Y)

Aduiii...
Dah berulat² plak aku tengok entry aku yang dah lama berkulat dalam page ni...huhuhu..biasa laa..sabtu dan ahad aku agak busy dengan Kitty sekeluarga...tambahan plak, mak aku kene admit kat spital kerana ada masalah telinga..masa aku agak terhad depan monitor...Aiiizz..agak busy sampai tak sempat nak update entry lagi..=(
Kali ni aku nak cite sikit pasal cara² nak format PC/lappy korang ikut step by step.Kalau hantar kedai, ongkosnya agak mahal..dalam Rm80++...Aku sekadar berkongsi tips untuk korang je, terpulang lah kalau korang nak hantar kedai kann...^^'
Lagipon pakej kali ni aku nak pasang Window XP biasa je. Macam biasa laaa...kalau kita nak format abis PC kita, kene la masuk boot system...Ape mende boot sistem ni??haaaa...aku ni bukan la belajar tentang IT, tapi aku belajar ikut kata hati...^^
Sebelum kita format, aku syorkan letakkan CD Window XP ke dalam CD-ROM korang..Once ko dah buka PC, ia akan keluar popup Bios..so masa tu korang cepat² la belek² tulisan yang keluar tu...contoh macam aku nyer pC..kalau nak masuk Boot Sistem aku kene tekan F8 tak silap aku...so selepas tekan F8 tu, ia akan kuar Popup di mana korang akan pilih location untuk boot the disk yang ada dalam CD-ROM drive korang tu..While korang dah pilih contoh "Boot CD from CD-ROM" sebab aku dah letak dalam CD-ROM drive tadi kan...
Nanti ia akan keluar Partition mana korang akan tetapkan nak format. Macam Window korang sure dari dalam Partition C:, tak kisah la kalau korang letak dalam memana pon partition korang..asalkan Window korang kat dalam partition yang di tetapkan...
Lepas korang select, dia akan bagi 2 pilihan sama ada korang nak quick format atau format biasa..Bagi aku, aku suke format macam biasa...kalau quick format, nanti HD lama² boleh jadik corrupt sebab kerap sangat format Pc korang pakai Quick Format. Lagi satu, kalau partition korang jenis NSTC/FAT, boleh pilih antara dua tu... korang akan tunggu Window XP setup keluar...Then dia akan jadik macam ni...

Masa ni Window tengah Copy semua dalam CD/DVD korang

Sometimes, komputer tak dapat detect barang yang ada dalam CD-ROM tu, sebab maybe file ada masalah, kalau macam ni...just press Enter sampai tak keluar lagi popup message macam ini

Lepas settel copy from DVD/CD, ia akan kuar popup untuk Reboot computer...bukan ribut petir tau...ehehehe..^^'

Lepas ribut taufan, ia akan automaticly kuar popup macam ni..Insert CD key, so mesti korang ada "crack" untuk DVD korang kan?

Lepas tu click next² aje..

Haaa...tunggu la sampai lebaamm....kurang² 45 minit or 1/2 jam...depends on your computer~

Select mengikut selera anda...

Tadaaaaa..siap sudah Window kita hari ni...Format dah settel!

Bile boleh format PC korang??Bile CPU korang dah nazak dan dah agak banyak virus² yang tak boleh di buang lagi...macam aku sekadar berkongsi tips²..kalau ada yang tersalah or tersilap,korang boleh komen kat N3 ni...oraiitt...bak kata aku, tak belajar IT tapi ikut kata Hati~

Sunday, February 27, 2011

Changing CPU Power Supply (D.I.Y)

Hah??!!
CPU korang pernah tak leh on?langsung tak de power??
Memang la kalau dah gune pc sampai tak reti² nak tutup asyik ber-blog, berfesbuk or any else, pasti akan ada satu penyakit kat PC kita ni...
BUkan manusia or kucing je berpenyakit...CPU kita ni pon dah nazak akibat diri kita sendiri...contoh nye, bile download movies,tak reti² nak off PC..asyik bior terbuka dari pagi sampai ke keesokan pagi nye...memang rare!
SO, salah satu faktor penyakit yang telah terjadik kat pC aku ni ialah pOwer supply blown...macam mana nak detect power supply tu rosak?Once korang tengah gune, tetiba dia turn off sendiri...macam shutting down secara tiba²..memula ingat masalah Window XP la kan..maklum la, pC aku masih menggunakan XP...
Nak di jadikan cite, tengah syiOk gune pc...dan-dan tu plak dia shutting down..ingatkan tak de letrik ke...hape ke..rOpernyer, Power supply aku out...walaupun tak de asap, memang dapat detect la..langsung push button on CPU, dia tetap tak hidup...cooler kat processor pon tak jalan...so memang sah la Power supply yang meletOp!@_@'
Tak de la bau² hangit ke..ape ke, tapi yang nyatanya...saat² terakhir dia nak shut down...dia akan kelip² sikit kat monitor kita...time tu pon kita dah detect problem tu sebenarnya...
Takkan nak hantar kat lowyat kot?kedai komputer depan masjid kot??agak² macam wasted aje kan...ape kata kalau korang beli je power supply kat kedai komputer...agak murah la sikit berbanding menghantar CPU korang ke kedai..rugi worr...dia charge sure mahal..sebab service lagi kan...
Lagi pun aku kureng sikit nak percayO ngan orang kedai wat keje..karang dorang wat entah apa², kene plak datang sana balik kan...so agak wasted masa aku lagi...lagipun, riso dorang ni selongkar HD aku...wakakaka...^^'
So, aku cuma nak tunjuk tips² cara menukar power supply dari kotak CPU korang semua...amat mudah dan cepat...tak perlu nak amik masa sampai berejam²...jOm scroll ke bawah!^^'

1. Memula korang tengok berapa Voltan yang di pakai kat kOtak CPU korang

2. Agak sama voltan ngan yang lama boleh la add kan yang baru...

3. Tttaaappii...macam mana nak pasang mende alah ni??

4. Agak nyer kene tengok dulu cara pemasangan yang lama supaya senang nak ikut balik...macam si Cindy wat sekarang ni laa..dia la yang tolong tengokkan..
(sebenarnya cindy tu memang busybody) ^^'


5. Make sure electric semua dah tak de dalam kotak power supply yang lama...

6. Tengok wayar² yang di sambungkan ke mother board

7. Tengok penyambungan wayar power supply dari motherboard ke Hard disk..

8. Okeh...dah hafal kan??^^'

9. Orait!boleh mulakan operasi...sila bukak skru² kotak power supply di CPU

10. Buka/pasang di tempat yang sama...Yang ni wayar direct ke Mother board...

11. Keluarkan kotak power supply yang lama dan gantikan yang baru...Ikut step macam mana kita cabut wayar power supply yang lama...^^

Ni le power supply yang lama...agak macam dah rusak/terbakar...

Banyak habuk setelah berjasa terlalu lama dekat aku...(Main Game, buat Freelance, Surfing Internet...etc..)

So, agak mudah dan tak sampai sejam je kan...?^^'
kalau rasa tak yakin dengan DIY ni, korang boleh la send kat kedai komputer untuk kesenangan korang juga...aku sekadar berkongsi tips² yang boleh di guna pakai...Sharing is Caring...selamat mencOba!^^