Sunday, May 25, 2008
TUN's arrival from JAPAN.END to VACATION and Start to bigger things
0 comments Posted by ..::Ev︼@ngel::. at 10:01 PMexcept some explosive things here
Wednesday, March 19, 2008



Datuk Anifah Aman membuat kejutan dengan menolak perlantikan sebagai Timbalan Menteri, sebelum itu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang digugurkan dari barisan kabinet yang baru dibentuk mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini. Sumber bernama.
Ruhanie Ahmad dari blog kuda-kepang.blogspot menulis Lima Ahli Parlimen UMNO “Memberontak” , Dua daripada Ahli Parlimen berkenaan dipercayai akan menolak perlantikan ke atas diri mereka yang diumumkan oleh Abdullah pada 18 Mac 2008, tetapi tidak akan mengosongkan kerusi parlimen mereka yang dimenangi dalam PRU12.
Bagaimanapun, dua daripada mereka pula dijangka menolak perlantikan daripada Abdullah dan mungkin juga mengosongkan kerusi parlimen masing-masing.
Seorang daripada mereka pula dikatakan akan memutuskan selepas satu sidang akhbar di PWTC esok, sama ada akan mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya baru-baru ini dan juga melepaskan jawatannya di dalam UMNO Malaysia.
Kesemua Ahli Parlimen yang “memberontak” ini dikatakan menudingkan jari kepada Khairy Jamaluddin sebagai individu yang telah memanipulasikan senarai perlantikan kabinet yang diumumkan oleh Abdullah.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, diberitakan telah meletakkan jawatannya sebaga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Keputusan mengenai hal ini dijangka diumumkan dalam satu sidang media hari ini juga menurut Ruhanie di blognya.
Ruhanie Ahmad mantan ahli Parlimen BN Parit Sulung secara terang menentang kepimpinan Pak Lah. Sebelum ini Mukhriz menghantar surat meminta Pak Lah berundur dan disokong pula oleh Pemuda UMNO Johor.
Labels: CRISIS, members of UMNO, new cabinet, tak puas hati umno, UMNO, UPDATE, wanita umno
Ini merupakan ungkapan daripada member kwn aku,A Hardcore UMNO fanatik yang kecewa dgn PAK LAH...
Hari ini, saya yang selama ini menyokong UMNO dengan sepenuh jiwa raga telah mengambil keputusan bahawa saya tidak dapat lagi meneruskan sokongan saya kepada UMNO.
Sejak 1999, saya dan rakan-rakan telah berjuang dengan cara kami sendiri di alam maya ini dalam memastikan kekuatan UMNO. Tetapi hari ini, setelah barisan kabinet baru diumumkan oleh Perdana Menteri yang mana dirinya sendiri tidak diiktiraf oleh majority rakyat secara peribadi, saya tidak dapat lagi meneruskan sokongan terhadap parti keramat orang Melayu ini.
Saya menyokong UMNO selama ini bukan kerana namanya UMNO. Saya juga menyokong UMNO bukan kerana Tun Dr. Mahathir atau kerana ADUN kawasan saya. Saya juga terus menyokong UMNO pada tahun 2004 bukan kerana Abdullah Badawi. Dan lebih lagi, saya bukan menyokong UMNO kerana mendapat projek atau kontrak dari UMNO. Ini kerana saya bukan seorang kontraktor, bukan seorang peniaga dan bukannya merempat mengharap bantuan kerajaan dan UMNO untuk menyara keluarga. Saya mampu dan berkelayakan untuk bekerja dengan kebolehan dan bakat yang dikurniakan Allah kepada saya tanpa mengharap bantuan sesiapa. Saya telah bekerja di beberapa syarikat multinasional sebelum ini tanpa memerlukan orang dalam untuk memperkenalkan saya kepada sesiapa.
Sehingga kini, saya tidak pernah menerima atau mengharap apa-apa bantuan dari UMNO malah saya pernah mengeluarkan wang sendiri untuk menjayakan aktiviti-aktiviti Kelab Maya UMNO yang telah berhempas pulas mempertahankan UMNO dari serangan pembangkang di alam maya di era kegemilangan-kejatuhan Anwar Ibrahim. Semuanya saya lakukan demi kekuatan UMNO, orang Melayu dan kesejahteraan Malaysia.
Politik Melayu sebenarnya agak pelik dan lucu. Sesebuah parti politik Melayu disokong bukan semestinya kerana ideologinya atau rekod pemerintahannya. Ada yang menyokong satu-satu parti politik kerana ibu bapanya menyokong parti tersebut atau kerana semua rakan-rakannya menyokong parti tersebut.
Memang ada orang Melayu yang menyokong UMNO hanya kerana namanya UMNO.
Kerana mereka percaya UMNO itu adalah Parti yang memperjuangkan orang Melayu kerana itulah yang tertulis dalam sejarah dan itulah yang dilihat dilakukan oleh pejuang dan pemimpin UMNO sebelum ini.
Saya menyokong UMNO hanya kerana saya percaya arah tujunya tepat dan pemimpinnya berkebolehan dalam memastikan keselesaan hidup saya sekeluarga di bumi Malaysia. Kesejahteraan hidup adalah penting bagi membolehkan kita meningkatkan ekonomi, memperkasakan umat dan memastikan keselamatan terjamin.
Sebahagian dari masyarakat Melayu pula memilih untuk menyokong PAS. Ini kerana mereka percaya PAS itu adalah sinonim dengan agama Islam. Mereka percaya PAS itu memperjuangkan Islam walaupun ramai di antara penyokong kuatnya yang sanggup bergaduh dengan saya untuk menegakkan Islam melalui PAS adalah orang yang pengotor, kaki dangdut, gila perempuan, makan wang anak yatim dan bermacam-macam lagi yang mana saya sebagai Muslim yang jahil ini juga tidak sanggup untuk memikirkannya. Ada juga penganut PAS yang suka menyindir saya sebagai tidak cukup Islam tetapi di masa yang sama merupakan seorang pelanggan tetap bomoh Indonesia di kampung berdekatan. Mungkin mereka menyokong PAS hanya untuk menghalalkan cara hidup mereka, saya tidak tahu.
Saya tidak dapat menerima PAS sebagai Parti yang mampu membawa Malaysia dan Melayu ke hadapan kerana ideologinya yang tidak jelas. Pemimpin mereka sendiri masih ragu-ragu tentang Islam dan keliru samada cara hidup Taliban itu wajar atau tidak. Lebih dari itu, cakap-cakap tentang memperagakan Islam dan menunjuk-nunjuk Islam sehingga sanggup berjihad tanpa sebab hanya membawa negara ini jauh ke belakang menyamai zaman jahiliah. PAS juga sering tidak konsisten dalam meletakkan kedudukan wanita di dalam Parti, di dalam negara malah di dalam rumah juga. Ramai orang PAS yang saya kenal suka mengherdik dan menengking isteri di hadapan tetamu.
Malah ramai pemimpin PAS merupakan rakan bapa saya semasa di Universiti Al-Azhar dan saya lebih tahu betapa hipokritnya mereka apabila meletakkan pakaian (tudung) seolah-olah tuntutan tertinggi di dalam Islam sedangkan mereka tahu isteri mereka yang sama-sama belajar di Al-Azhar dan juga pensyarah wanita di Al-Azhar rata-ratanya tidak pun memakai tudung pada waktu itu. Kerana itu, PAS saya anggap sebagai Parti yang sekadar ingin menjadi hakim ke atas iman manusia lain yang mana merupakan hak mutlak Allah S.W.T. Walhal PAS hanyalah Parti yang diwujudkan oleh manusia yang inginkan kuasa tetapi tidak mampu mendapatnya melalui UMNO.
Melayu yang menyokong KeAdilan pula percaya Anwar Ibrahim telah teraniaya. Keadilan tidak punya ideologi atau perjuangan yang jelas kerana Parti ini wujud hanyalah untuk membebaskan Anwar dari segala tuduhan dan bukannya untuk rakyat Malaysia atau bangsa Melayu. Hari ini, setelah Anwar bebas, perjuangan Parti ini semakin kabur atau semakin jelas iaitu hanyalah untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri serta membalas dendam terhadap musuhnya dan tidak ada sebab lain lagi. Pendek kata, perjuangan parti ini hanyalah satu perjuangan peribadi.
Oleh itu, hanya UMNOlah yang menjadi tunjang harapan Melayu dan tunggak kerjasama antara bangsa-bangsa lain di Malaysia melalui peranannya dalam Barisan Nasional. Kerana itulah saya telah menjadi penyokong kuat UMNO selama ini dan saya percaya jika runtuh UMNO, runtuhlah Barisan Nasional. Runtuh UMNO, runtuhlah Melayu dan runtuh Barisan Nasional, runtuhlah Malaysia.
Hari ini, tunjang itu telah bukan sahaja patah, tetapi hancur berkecai. Saya tersilap bila menyangkakan masih ada harapan untuk UMNO belajar dari kesilapan empat tahun yang diterjemahkan melalui Pilihanraya 2008, rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Dengan barisan cabinet dapur yang baru diumumkan tadi, saya dengan ini tidak lagi menaruh apa-apa harapan atau kepercayaan lagi terhadap UMNO.
Pilihanraya untuk memilih kerajaan diadakan bagi menterjemahkan demokrasi iaitu kerajaan pilihan rakyat. Tetapi kerajaan hari ini telah sekali lagi menidakkan suara rakyat dengan enggan mengakui bahawa keputusan itu merupakan suara hati rakyat yang menunjuk protes terhadap pemimpin tertinggi. Sebaliknya, kerajaan memilih untuk mempercayai analisis yang dibuat oleh mereka sendiri kononnya rakyat masih inginkan mereka berkuasa.
Analisis siapakah yang lebih wajar dipercayai? Analisis yang dibuat oleh rakyat atau analisis yang dibuat oleh mereka sendiri? Siapakah yang lebih memahami suara rakyat, selain dari rakyat sendiri? Suara rakyat boleh didengari dengan mudah di laman-laman web, blog, komen-komen, forum dan lain-lain di dalam internet selain dari di kedai-kedai kopi. Disinilah terletaknya suara pengundi, bukan di bilik mesyuarat cabinet.
Suara siapa yang kerajaan ingin dengar? Suara pengundi yang telah dan akan mengundi atau suara menteri yang telah dan akan diundi keluar?
Hari ini, setelah barisan cabinet baru diumumkan, merupakan hari di mana UMNO telah tidak lagi relevan.
Saya kini tidak lagi menyokong UMNO tetapi tetap memilih Laman Kelab Menyokong UMNO ini sebagai tempat bersuara kerana saya percaya laman ini yang diusahakan oleh rakan-rakan pejuang yang paling saya percayai adalah merupakan laman yang cukup berwibawa dalam menengahkan suara hati rakyat. Pejuang-pejuang di laman ini saya anggap sebagai barisan terakhir (the last frontier) pertahanan UMNO kerana merekalah lambang pejuang tulin yang tidak pernah mengharap atau mendapat apa-apa balasan. Jika para pejuang laman ini juga telah beralih arah...maka disitulah berakhirnya nafas UMNO dan seterusnya Barisan Nasional (mana-mana dahulu).
Jika difikirkan kembali masak-masak, sebenarnya untuk menunaikan kehendak rakyat bukannya susah. Kami bukan meminta projek atau kontrak atau peluang perniagaan atau jawatan atau kerja atau surat sokongan dari para pemimpin UMNO. Permintaan kami hanya satu iaitu agar Perdana Menteri meletakkan jawatannya seberapa segera. Kedegilannya akan menghancurkan Barisan Nasional yang merupakan tunggak kekuatan Malaysia.
UMNO hari ini, bukan lagi UMNO yang saya kenal. Oleh itu, selamat tinggal UMNO.
aku pun dah lama tak kait dgn UMNO.count me in bro!!
Labels: letter of disgrace, malaysia, members of UMNO, POST-ELECTION DRAMA, THOUGHTS, UMNO, UPDATE
Friday, March 14, 2008
Draft of PETISYEN TO BE SUBMITTED TO MALAYSIA GOVERMENT OF UMNO
0 comments Posted by ..::Ev︼@ngel::. at 2:43 PMKeputusan Pilihan raya umum 2008 menyaksikan Barisan Nasional menerima kekalahan teruk. Tidak pernah dalam sejarah BN menerima kekalahan begitu besar iaitu hilang lima buah negeri dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen.
Kekalahan ini sungguhpun mempunyai 1001 sebab, namun sebab-sebab utama jelas menjurus kepada kelemahan kepimpinan dan dasar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Seperti kata Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “Sekiranya kemenangan besar 2004 diuar-uarkan sebagai kemenangan Abdullah, maka Abdullah juga harus bertanggungjawab dalam kekalahan ini.”
Menurut kaji selidik laman web penyokong UMNO www.mykmu.net, antara punca utama kekalahan Barisan Nasional akibat secara langsung daripada Abdullah. 10 sebab utama ialah:
1. Kegagalan melaksanakan ekonomi secara makro bagi kesejahteraan masyarakat. Tiada hala tuju jelas ekonomi negara kecuali slogan dan Dalam tempoh empat tahun kepimpinan Abdullah telah berlaku:
a. Kenaikan harga petrol yang terlalu tinggi
b. Kenaikan tol yang sangat drastik,
c. Kenaikan kadar faedah asas (BLR),
d. kenaikan kos sara hidup - elektrik, cukai pintu dan air.
e. Kenaikan harga barang
2. Dasar Luar yang mengelirukan dan pro-Singapura seperti:
a. Mengakui Tambak Johor sebagai hak bersama Malaysia-Singapura tanpa kira sempadan, tanpa mendapat keputusan Mahkamah Antarabangsa.
b. Membatalkan pembinaan jambatan bengkok kerana ugutan Singapura
c. Masih gagal menyelesaikan isu harga air mentah ke Singapura
d. Gagal memimpin OIC
3. Promosi Islam Hadhari yang keterlaluan: a. Membimbangkan masyarakat bukan Islam.
b. Tidak diterima oleh sebahagian besar orang Islam di Malaysia kerana dianggap mengelirukan dan memberi imej tidak baik kepada Islam sebelum munculnya istilah Hadhari ini di Malaysia.
4. Pentadbiran negara yang tunggang langgang:
a. Tindakan menghantar Menteri ke negara China bagi memohon maaf atas isu ketuk ketampi bogel dalam lokap tanpa menyiasat terlebih dahulu identiti wanita terbabit.
b. membenarkan "media bashing" terhadap pasukan polis, cuba mewujudkan badan pemantau polis (IPCMC) tetapi menarik balik. Moral pasukan polis amat lemah sehingga menyebabkan Polis sudah kurang berkesan dan kadar jenayah kian bertambah tanpa penyelesaian.
c. Keputusan berubah-ubah dalam kes Jambatan Bengkok, Landasan Keretapi Berkembar, Jambatan Pulau Pinang Kedua menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit
d. Kenyataan-kenyataan biadap dan tidak bertanggungjawab Abdullah seperti “I dont Know, i’m not involved” dalam kes ECM Libra dan memanggil pengkritik beliau sebagai Iblis.
e. Banyak menubuhkan suruhanjaya tanpa mengambil langkah sewajarnya menyebabkan suruhanjaya sendiri sudah menjadi lawak jenaka.
f. Pertelingkahan dan pertikaian antara Menteri sudah menjadi lumrah sehingga kabinet menjadi bahan jenaka masyarakat umum.
5. Pentadbiran yang kurang ajar dan biadap terhadap Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyebabkan ramai penyokong UMNO dan rakyat Malaysia berketurunan cina tidak berpuas hati dan melalukan undi protes.
6. Isu korupsi dan kronisme yang melampau dalam kes ECM Libra, Scomi dan Myteam menyebabkan hilang kepercayaan.
7. Memecah-belahkan UMNO
a. Membenarkan mereka yang dipersoal kesetiaan terhadap UMNO dan negara menguasai media yang UMNO mempunyai kepentingan telah menimbulkan keadaan tidak senang dalam UMNO.
b. Menggugurkan Ketua Bahagian dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya lalu memberi isyarat jelas Abdullah tidak menghormati hak demokrasi parti.
c. Keputusan yang berbeza dalam isu politik wang antara Ahmad Zaki Zahid (Pembantu Khas Perdana Menteri) dengan Zaid Ibrahim yang menang tanpa bertanding mencerminkan penyalahgunaan Majlis Disiplin UMNO. Ahmad Zaki hanya diberi amaran kerana terbabit politik wang dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya. Manakala Zaid Ibrahim digantung atas dakwaan politik wang sungguhpun tidak terbabit dalam sebarang pertandingan. Zaid menang tanpa bertanding Ketua UMNO Kota Bharu.
d. Tidak mengendahkan persepsi umum bahawa Khairy Jamaluddin begitu berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Malahan tindakan membenarkan Khairy menggunakan pengaruhnya dalam pertandingan Naib Ketua Pemuda UMNO menyebabkan beliau diejek (boo) selepas diumumkan menang tanpa bertanding. Keadaan ini dikukuhkan lagi dengan pemilihan Khairy sebagai calon Parlimen Rembau.
e. Tidak mengambil sebarang tindakan ke atas penyokong-penyokongnya seperti Datuk Kamarulzaman (TV3) dan Datuk Kalimullah (NSTP) menggunakan media mereka untuk menghentam pemimpin UMNO yang dilihat boleh memberi cabaran kepada Khairy Jamaluddin.
f. Hanya menurunkan peruntukan dan projek kepada kontraktor kelas F setelah menghadapi kritikan keras Tun Dr. Mahathir dan khuatir akan berlaku kritikan keras dalam perhimpunan agung UMNO. Rasuah terangan-terangan dengan mengumumkan peruntukan RM 3 juta setiap bahagian sehingga menjejaskan imej UMNO.
g. Kempen keterlaluan untuk mengalahkan Tun Dr. Mahathir dalam pemilihan perwakilan UMNO Kubang Pasu 2006 menyebabkan ramai ahli UMNO “berjauh hati.”
h. Membiarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang tidak dipilih secara demokrasi dalam UMNO memporak- perandakan UMNO Perlis menjelang pilihan raya umum 2008.
8. Gagal mengawal isu Hindraf sehingga menjadi begitu besar dan MIC hilang sokongan orang India.
9. Tidak mempunyai strategi yang jelas apabila menerima kekalahan dalam pilihan raya umum 2008. Kata-kata seperti itu “pilihan rakyat”, “rakyat sudah buat keputusan, kita terima” bukanlah cerminan pemimpin yang mampu bangun memimpin BN untuk menang semula.
10. Akhir sekali, wajah kepimpinan Abdullah sudah ditolak oleh kaum Cina dan India serta tidak lagi disenangi oleh sebahagian besar orang Melayu dan UMNO. Isu ini bukan isu perebutan kepimpinan atau pertukaran pemimpin, tetapi ia merupakan isu dasar dan polisi Abdullah yang ditolak rakyat.
Justeru UMNO dan Barisan Nasional memerlukan kepimpinan baru bagi memberi nafas baru menjelang pilihan raya akan datang. Lebih penting, negara Malaysia memerlukan polis dan dasar baru yang lebih segar dan berwibawa bagi menjamin kemakmuran kepada rakyat.
Sehubungan itu, kami sebagai ahli-ahli UMNO dibawah dengan ini memohon agar:
1. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan secara sukarela sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
ATAU
2. Sekiranya, Datuk Seri Abdullah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpendapat Presiden parti masih mendapat sokongan ahli UMNO, maka sewajarnya, satu Perhimpunan Agung Khas UMNO dipanggil dan satu undi sulit mengenai kedudukan Presiden UMNO diadakan.
Sekian, terima kasih.
sorry as it's in malay..
well to make it short this umno dude wants to be hero and make paklah PM of malaysia kiss his ass..
well a one in a thousand chance of Pak Lah quiting right?


this Fella Ab Jalil bin Aboo Backer, ahli UMNO bernombor 03030707
well i googled about this man that send two petitions creating havoc and getting
published in FOXNEWS and Associated Press
and look what i got at here
he has 741025025975 of ic number and winner of a contest by maybank
welll i can't find his details but it is true the guy existed and is a malay UMNO commitee!!
aku dah jumpa site dio check kt sni..
well here some more useful info
2. Membuat panggilan telefon ke 03 - 2693 9511.
Sekiranya anda menelefon tetapi panggilan anda tidak berjawab, itu bukan bermakna ketiadaan petugas, tetapi petugas tersebut sedang melayan panggilan di talian lain. Anda tidak akan mendengar bunyi 'busy tone'. Oleh itu, teruskan mencuba sehingga panggilan anda dijawab.
3. Melalui e-UMNOSMS. Taip UMNO dan sms ke 33677.
Perkhidmatan ini disediakan hanya untuk pengguna Celcom (013 & 019) dan Maxis (012). Ianya akan dilanjutkan untuk pengguna Digi (016) pada masa hadapan.
Kemudahan perkhidmatan yang ditawarkan oleh e-UMNOSMS, antaranya :
*
Semakan Keahlian
*
Kemaskini Keahlian
*
Aktiviti Bahagian
*
Aduan
*
Nombor Telefon Bahagian dan Ketua
*
Senarai Ahli Majlis Tertinggi, Exco Wanita, Pemuda dan Puteri
*
Diari Presiden dan Timbalannya
PETISYEN FOR PAKLAH PM OF MALAYSIA TO STEP DOWN OR FACE BEING KICKED BY UMNO!!!
0 comments Posted by ..::Ev︼@ngel::. at 10:28 AMBahawa saya, Ab Jalil bin Aboo Backer, ahli UMNO bernombor 03030707 (semakan terakhir tiga tahun lalu) memohon agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan secara terhormat sebelum Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan UMNO yang akan akan datang.
Tidak perlu berselindung lagi bahawa kekalahan besar Barisan Nasional di lima negeri iaitu Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan adalah rentetan ketidakpuasan hati rakyat terhadap dasar ekonomi, pentadbiran dan pelaksanaan Islam Hadhari oleh pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.
Kekalahan di negeri-negeri pantai barat terutama di kawasan pengundi kaum cina membuktikan perjuangan laman ini dan ramai lagi ahli UMNO serta laman-laman web milik ahli atau penyokong UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini.
Tindakan Abdullah menaikkan harga petrol secara keterlaluan, harga tol yang mendadak dan kenaikan kadar pinjaman asas telah menyebabkan rakyat di kawasan bandar mengalami kejutan inflasi yang bukan sedikit kesannya. Sungguhpun dirayu dan dipohon mempertimbangkan keadaan, pentadbiran Abdullah memilih untuk terus membuat dasar-dasar ekonomi yang tidak menguntungkan golongan peniaga kecil.
Tindakan memperkenalkan Islam Hadhari dan promosi berlebihan mungkin menarik perhatian penduduk pantai timur, namun di negeri-negeri yang komposisi kaumnya pelbagai agama ia menimbulkan perasaan kurang senang dan tidak puas hati di kalangan bukan Islam. Manakala di negeri seperti Kedah yang mempunyai banyak sekolah pondok dan kelas pengajian agama, Islam hadhari dianggap satu kecelaruan dari Islam sebenar.
Di Kedah juga ramai yang tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Abdullah dan akhbar-akhbar yang dikuasai oleh UMNO memperlekehkan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Di kalangan pemimpin akar umbi UMNO sendiri melihat bagaimana banyak projek-projek hanya dijalankan di bawah setelah kedudukan Pak Lah tergugat akibat diasak oeh Tun Dr. Mahathir. Mereka melihat jika Pak Lah menang besar sekali lagi, maka kebongkakan pentadbiran Pak Lah akan berterusan seperti yang berlaku selepas 2004.
Di sebalik cuba mentadbir negara dan membawa kemajuan, Pak Lah mahu menjadi pemimpin popular yang cuba memuaskan hati semua pihak terutama yang tidak menyokong Barisan Nasional. Hasilnya di kalangan penyokong UMNO dan BN merasa kecewa dan berpendapat mereka tidak penting.
Pak Lah juga banyak mengenepikan kepimpinan UMNO yang dipilih oleh perwakilan. Sebaiknya banya mendengar cakap penasihat-penasihatnya yang bukan pun pemimpin UMNO seperti Datuk Kalimulllah Hasan, Datuk Anuar Zaini, Datuk Kamarulzaman dan Khairy Jamaluddin. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin UMNO yang telah setia bersama UMNO ketika zaman jatuh dan bangun sejak 20 tahun lalu.
Tindaan Pak Lah memberi ruang terlalu ramai kepada sahabat-sahabat beliau bekas pemimpin semangat 46 seperti Radzi Sheikh Ahmad sehingga melebihi kuasa mereka yang setia bersama UMNO pada 1988 dan 1998 memberi banyak kesan sampingan. Ramai yang melihat Pak Lah yang mereka sokong dan dokong sebagai pengganti Dr. Mahathir telah mengkhianati mereka.
Krisis politik di Kubang Pasu, dan kemudiannya Perlis menyaksikan pengaruh terlalu besar Radzi Sheikh Ahmad dalam parti menyebabkan ramai akar umbi UMNO tidak berpuas hati. Lihat sahaja mengapa sehingga hari ini Datuk Seri Shahidan tidak diberi watikah untuk mneghadap Raja Perlis bagi membentuk kerajaan sungguhpun beliau berjaya menang besar dalam pilihan raya umum?
Dalaman UMNO juga tidak berpuas hati dengan tindakan Abdullah melucutkan jawatan Datuk Ibrahim Ali tanpa sebab disiplin yang jelas. Bagi pemimpin UMNO di bawah, jika Ibrahim Ali yang menang bertanding sebagai Ketua UMNO Pasir Mas pun boleh dibuang, apatah lagi pemimpin UMNO lain.
Dalam pentadbiran kerajaan, Pak Lah meruntuhkan kredebiliti sistem kehakiman, pasukan polis dan anggota pentadbiran kerajaan. Hasilnya banyak undi di kalangan kumpulan ini beralih kepada pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pak Lah.
Pak Lah juga diingati kerana keputusan-keputusan yang berubah-ubah sehingga menimbulkan kemarahan ramai orang. Dari isu jambatan bengkok, penjualan aset khazanah Nasional, MV Augusta dan dasar pro Singapura sehinggalah tindakan Pak Lah menafikan akan membubarkan Parlimen pada 13 Februari lalu.
Ini menimbulkan kemarahan rakyat di Pantai Barat yang lebih banyak terdedah dengan laporan media internet. Mereka tidak melihat masa depan bersama pemimpin "flip flop" yang banyak dikatakan dikausai oleh anak-anak muda Tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri.
Banyak lagi jika mahu ditulis kelemahan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Cukuplah sekadar sebahagian kenyataan ini untuk menyatakan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu meletak jawatan kerana dasar pentadbiran dan imej peribadi beliau sudah tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar rakyat.
Dalam pilihan raya umum kali ini, banyak wakil rakyat yang telah berkhidmat dengan cemerlang turut tumpas kerana masalah pentadbiran Abdullah. Wajarkah ramai lagi menjadi mangsa dalam pilihan raya akan datang?
Selagi Abdullah menjadi Perdana Menteri dan meneruskan dasar-dasar ekonomi semberono ini, publisiti keterlaluan terhadap Islam Hadhari dan penguasaan golongan tertentu di Jabatan Perdana Menteri, selagi itu rekod dan perkhidmatan wakil rakyat BN di kawasan bandar tidak akan memberi apa-apa erti.
Bahawa saya, Ab Jalil bin Aboo Backer, ahli UMNO bernombor 03030707 (semakan terakhir tiga tahun lalu) memohon agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan secara terhormat sebelum Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan UMNO yang akan akan datang.
Dalam pilihan raya kali ini pembangkang tidak pun bekerja keras kerana Abdullah telah memusnahkan UMNO dan BN selama empat tahun lalu.
Justeru saya sebagai ahli UMNO dengan ini memohon agar:
1. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan secara sukarela sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
2. Sekiranya, Datuk Seri Abdullah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpendapat Presiden parti masih mendapat sokongan ahli, maka sewajarnya, satu Perhimpunan Agung Khas UMNO dipanggil dan satu undi sulit mengenai kedudukan Presiden UMNO diadakan.
well another letter of resignation from one UMNON member to paklah..well old dude you are outwitted!!
Nota: Petisyen ini disalin semula dari web MYKMU.NET (www.mykmu.net), rakyat Malaysia, ahli dan penyokong UMNO yang ingin turut serta menyatakan sokongan petisyen ini sila klik url di bawah.
KUALA LUMPUR, Malaysia — Some Malaysian ruling party members are mounting an Internet campaign demanding the prime minister's resignation after massive losses in national elections over the weekend.
The initiative is an indication of brewing dissent against Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, who has repeatedly insisted he will not step down and that he commands the loyalty of most members of his dominant United Malays National Organization.
A popular Web site called Maya Kmu Dot Net sought support this week for a petition urging Abdullah to "resign voluntarily as prime minister and UMNO president." Although anonymously run, it is known to be widely read by UMNO members because it features criticism about the party that cannot be aired in regular party forums.
The site says it has conducted a poll in which some 90 percent of more than 2,500 respondents so far say Abdullah should quit.
Mohamad Noh Zainudin, an UMNO grass-roots official who pledged support for the petition, said Thursday that Abdullah must shoulder the blame for "the government's poor image, which caused the bad results" in Saturday's general elections.
"At the grassroots level, there is a feeling that the prime minister should step down," Mohamad Noh, an UMNO branch official in northern Perak state, told The Associated Press. "The senior leaders cannot express this because there is a culture of not speaking out."
Top party leaders have backed Abdullah, saying no one is solely responsible for election results that saw the long-ruling government lose its two-thirds parliamentary majority for the first time since 1969 despite winning enough seats to remain in power.
UMNO, whose members are from the ethnic Malay Muslim majority, forms the backbone of the governing National Front coalition. The election results were the worst ever for the 14-party coalition, which only retained control of eight of Malaysia's 13 states.
Abdullah took his oath of office Monday to remain prime minister for another five-year term. Deputy Prime Minister Najib Razak said this week that UMNO leaders would reject any calls for Abdullah to resign, adding there should not be "any speculation or effort to change leadership."
Copyright 2008 The Associated Press. All rights reserved. This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed.
this is in FOXNEWS for people who can read english
Part 1...
Surat Terbuka Kepada Tan Sri Muhamad Muhd Taib(Letter to Taib.UMNO information head)
Oleh Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net)
Assalamualaikum Tan Sri,
Pertamanya, izinkan saya mengucapkan jutaan syabas dan tahniah kepada Tan Sri. Setelah lebih tiga tahun dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO, baru minggu inilah tampaknya taring Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
Tindakan membuat laporan polis ke atas laman web Malaysia-Today dan pengendalinya Raja Petra Kamaruddin atas tuduhan menghina Yang Di Pertuan Agong dan agama Islam wajar ditahniahkan.
Perkara ini amat signifikan kerana selama hari ini, banyak isu-isu sensitif yang dibincangkan secara terbuka oleh individu terkemuka tidak diambil sebarang tindakan oleh penerangan UMNO. Ini kita akan bincangkan kemudian.
Tan Sri,
Izinkan saya mengulas terlebih dahulu laporan polis ke atas Malaysia-today dan Raja Petra yang dibuat oleh Penerangan UMNO. Saya mengharapkan laporan polis yang dibuat oleh sebuah parti besar, yang saya ahlinya, tentulah mencerminkan sikap profesional dan bertanggungjawab.
Dilaporkan oleh media bahawa UMNO membuat laporan polis kerana terdapat komen-komen yang dikatakan menghina YDP Agong dan Islam dalam laman web Raja Petra.
Sekiranya Tan Sri dan mereka yang berada di Penerangan UMNO mahir dengan selok belok siber tentu faham bahawa komen yang dilakukan oleh pelayar atau pengunjung web adalah tanggungjawab pemberi komen.
Amatlah sukar untuk pengendali blog dan web menyaring hampir ke semua komen. Komen juga tidak pernah dianggap mewakili pandagan pemilik laman web.
Namun tentulah Tan Sri boleh berhujah bahawa adalah tanggungjawab penerbit laman untuk bertindak atau tutup sahaja laman tersebut jika tidak mampu mengawalnya. Baiklah. Kita katakan Raja Petra harus bertanggungjawab, demikian juga pemilik laman ini (mykmu.net).
Cuma jika Tan Sri berharap laporan tersebut akan menamatkan riwayat Raja Petra di alam siber hampir mustahil boleh berlaku. Apa yang Raja Petra perlu buat hanyalah memberi nombor-nombor Internet Protocol (IP) pemberi komen tersebut. Dan sudah banyak kes, pendakwaan hanya dilakukan ke atas mereka yang memberi komen bukannya pengendali laman.
Saya khuatir jika ini dilakukan, tidak mustahil terdapat ahli UMNO sendiri akan terperangkap. Bolehkah Tan Sri pastikan tiada sesiapa di kalangan pasukan siber yang UMNO bentuk ada menjalankan provokasi sedemikian? Malangnya, jika orang lain telah maju, pasukan siber UMNO belum lagi mampu menggunakan spoof atau menipu IP mereka.
Seterusnya Tan Sri, laporan ini, jika diperhalusi, lebih menguntungkan Raja Petra dan merugikan UMNO. Khalayak akan tertanya-tanya, mengapa sedemikian banyak tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan campur tangan keluarga dalam pentadbiran negara tiada satu pun UMNO buat laporan. Sebaliknya sedemikian susah Tan Sri menerokai komen-komen pada setiap artikel yang tersiar hanya untuk membolehkan satu laporan polis dibuat.
Secara logik akalnya, tentulah artikel-artikel yang disiarkan oleh Raja Petra yang berunsur fitnah, khabar angin dan memburukkan pemimpin tertentu lebih wajar diambil tindakan berbanding komen-komen sampah di bahagian bawahnya.
Bila ini berlaku akan terdapat persepsi bahawa "tuduhan dan tulisan Raja Petra serta artikel yang tersiar dalam laman webnya memang benar dan sebab itu UMNO terpaksa mencari perkara-perkara kecil seperti komen pengunjung."
Memang benar saya akui bahawa persepsi ini belum tentu benar tapi impaknya besar.
Jika dahulu apa yang Raja Petra tulis belum tentu orang percaya, belum tentu diterima ramai kerana khalayak menganggap ini hanyalah sebahagian perang politik semata. Khalayak menganggap UMNO tidak berminat untuk berperang melalui undang-undang seperti mana Tun Dr. Mahathir tidak pernah menyaman sesiapa pun yang memfitnah atau memburukkannya.
Namun apabila terdapat ruang undang-undang sudah digunakan oleh UMNO maka akan timbul persepsi bahawa apa yang terdapat dalam Malaysia-Today tetapi tidak dilaporkan kepada polis itu benar.
Proses penaakulan minda khalayak akan membawa pertanyaan mengapa UMNO tidak membuat laporan Polis atau menyaman Raja Petra berikutan artikel-artikel beliau dalam The Corridors of Power?
Justeru saya tertanya-tanya. Apakah laporan polis tersebut dibuat untuk membantu UMNO dan kepimpinan negara atau sekadar menonjolkan kembali nama Tan Sri sebagai calon pilihan raya?
Tan Sri,
Laporan polis yang dibuat atas nama menghina YDP Agong dan Islam juga menimbulkan kembali tanda tanya kepada saya selaku ahli UMNO. Mengapa UMNO perlu membuat laporan polis ke atas laman web seperti Malaysia Today yang tidak besar impaknya kepada masyarakat Malaysia berbanding apa yang dilakukan oleh Kumpulan The New Straits Times suatu masa dahulu yang jelas menghina Islam. Sekiranya lupa Tan Sri boleh membaca kembali laporan Mykmu di sini.
Saya dan ramai ahli UMNO juga pasti tertanya-tanya jika Tan Sri menyeru kepada pemimpin UMNO supaya berani mempertahankan hak orang Melayu dan UMNO seperti dilaporkan Utusan hari ini, mengapa Tan Sri tidak bersuara walau sepatah haram pun bila Datuk Kalimullah Hassan (Ketua Pengarang NSTP ketika itu) menulis butiran perbincangan mesyuarat Penerangan UMNO Malaysia yang berada di bawah batang hidung Tan Sri?
Tan Sri,
Sebagai ahli UMNO tentulah saya tidak bersimpati dengan Raja Petra secara total. Namun saya fikir jika mahu menjatuhkan Raja Petra perlulah bertindak sebagai lelaki budiman (gentleman). Saman dan laporkanlah artikel-artikel beliau, bukannya menggunakan komen-komen yang entah dari mana dan tiada impak pun kepada khalayak.
Tan Sri,
Sebagai ahli UMNO juga saya merasa simpati kepada parti saya yang menjadi mangsa kerja-kerja tidak profesional pemimpin di PWTC.
Apabila mahu membuat laporan Polis tidak membawa bukti sebarang bukti menyokong laporan. Media massa dan yang dituduh pun keliru apa yang dilaporkan. Adakah Tansri mendapat nasihat peguam UMNO terlebih dahulu atau membuat laporan semberono sahaja?
Apabila mahu membantu UMNO di dalam Siber maka disiytiharkan seantero dunia penubuhannya, lalu jadilah semua pejuang siber UMNO "mati Katak" dicop pejuang berbayar.
Apabila mahu mengadakan pertemuan dengan bloggers UMNO dibatalkan kerana terdapat nama Datuk Ruhanie Ahmad dan Datuk Kadir Jasin. Apa salah UMNO berbaik dengan semua blogger yang bersimpati dengan UMNO biar pun tidak sependapat dalam polisi negara? Rugikah UMNO mempunyai ramai sahabat dan kawan?
Sebagai ahli politik kita jangan marah-marah. Tidak salah mendengar pandangan yang di bawah dengan senyuman manis biar pun pahit. Tidak semestinya semua pendapat yang kita anggap buruk perlu diherdik.
Sekian sahaja catatan ini Tan Sri. Bukan niat memalukan tapi sekadar menyatakan untuk kebaikan bersama. Apa yang saya tulis mungkin baik bagi saya tapi tidak bagi UMNO. Terserahlah kepada Tan Sri untuk menilainya.
Sekiranya terkasar bahasa tersalah bicara mohon dimaafkan.
you know what?this is crazy UMNO members asking their letters to resign.well only part 1.
i am too lazy to translate it.will do later
Saturday, December 15, 2007
i recently purchase one rapidshare account from lowyat.net for rm20=5 usd!!
normal 10 usd i think for 35 ringgit!!
wow...i feel like sharing here..
post u comments and what u need .
i will HELP you download them..
just give the all fuck the chance please.
i am stillnew ...rapidshare.com showdown..
here i come!!!
Friday, November 30, 2007

well iwas tweaking around so soon my blog will be three column..
well u can translate using babelfish at the widgets sections..
so everyone can translate it...so no limits..
wish me look for the politics of malaysia.!!
Labels: UPDATE



/>




