Followers

30 November 2009

Cinta Jarak Jauh

Hi there,
Mungkin dah lama x post something kat blog ni.
Walaupun rasa bosan, jd hr ni sy nak share something pasal cinta jarak jauh

Rasanyer semua kawan yg mengikuti blog ni dah kenal tentang cinta sy
ermmm...betul..cinta sy adalah cinta jarak jauh.

Pertama sekali hayatilah lirik lagu ni

Fatwa Pujangga
Artist: Aishah


T'lah kuterima suratmu nan lalu
Penuh sanjungan kata merayu

Syair dan pantun tersusun indah, sayang

Bagaikan madah fatwa pujangga


Kan kusimpan suratmu nan itu

Bak pusaka yang amat bermutu

Walau kita tak lagi bersua, sayang

Cukup sudah cintamu setia


Tapi sayang sayang sayang

Seribu kali sayang

Ke manakah risalahku

Nak kualamatkan


Terimalah jawapanku ini

Hanyalah doa restu Ilahi

Moga lah Bang kau tak putus asa, sayang

Pasti kelak kita kan bersua



Lirik ini memang menyentuh hati sesiapa yang pernah merasai percintaan sebegini.
bagi saya pertama kali mendengar tentulah menitiskan air mata kerana teringatkan kekasih hati berada yang dirantauan.
Kerana untuk mencari rezeki, si dia terpaksa berjauhan dengan kekasih hati.
walaupun pilu untuk merelakan pemergiannya, tp sy tetap pasti yang kami akan tetap bersua seperti dalam lirik tersebut.

Pengalaman dalam percintaan jarak jauh ini membuatkan sy semakin tabah untuk mengharungi pelbagai rintangan. Pahit dan manis telah sy lalui dan cabaran dalam percintaan jarak jauh ini amatlah tinggi.

Cabaran yang paling besar yang pernah sy rs ialah ketika menyambut hari raya, tak kira lah hari raya puasa atau hari raya haji. Melihat pasangan lain saling meraikan hari yang penuh kegembiraan, jauh disudut hati merintih untuk bertemu dengan si dia. Dan semasa berpuasa, sy pulak sibuk untuk menyiapkan pelbagai jenis kuih raya untuk dihantar kepada kekasih hati yang berada dirantauan. Tidak lupa juga menyelitkan kad raya yang penuh dengan ayat cinta, rindu serta lafaz maaf yang seakan-akan tidak cukup kad tersebut untuk dituliskan. Setelah mengepos barang tersebut, hanyalah menunggu panggilan insan tercinta akan sampainya kiriman raya.

Kami juga sering menghantar surat untuk melepaskan rindu yang terbuku didada. Terngiang-ngiang lagu cinta di telinga seperti mengingatkan setiap ayat yang hendak ditulis. Perasaan tidak sabar juga sering menghantui fikiran tatkala menunggu kiriman surat dari kekasih hati. Sesudah suratnya sampai ditangan, ku baca dan ku dakap surat tersebut seolah-olah dirinya berada di depan mata. Tersenyum sendirian apabila aku mengulangi bacaan surat tersayang.

rasanya dah panjang lebar ni..
untuk kali akan datang, ada sesuatu yang berkaitan dengan Cinta Jarak Jauh...
daaaaa............

22 March 2009

Sambutlah tanganku sebelum terkulai

Kesepian di lubuk hati
Bicara menguntai kerinduaan
Ketika kunjungan kau ke pintu hati ini
Seolah-olah memberikan sinar baru untuk aku lalui
Kesunyian hilang dari sudut hati

Semakin ku mendengar bicara mu
Hatiku semakin terisi
Tawamu menyingkir sepi yang pernah bertamu dihatiku
Resah ku hilang entah kemana

Bila kau menyepi
Ku rasakan seperti berada di dalam kabus
Arah yang tidak ketentuan
Laungan hati seperti meronta-ronta kesayuan

Kini kau berada dalam dakapan ku
Kemas dan erat antara kau dan aku
Lilitan kasih semakin utuh disemai baja cinta

Sepi dahulu yang datang bertamu pergi entah kemana
ku tunggu hari yang mendatang
agar sinar kasih tidak menghilang
sentiasa bersinar dilubuk hati

11 March 2009

Think the beauty of.......


huhuhu.. fikir nak isi aper lah kat blog ni..
kadang2 bler fikir nak letak yang canggih-canggih jer..
ermm biler nak buat kering idea lak...

tapi sekarang mcm2 dah terlintas dkt kepala otak ni..
hahaaa..

salah satu nyer nak letak gambar mcm kat atas tu....
That's picture is about when raining at my house...
it's look's like winter..
huhuuu...like winter sonata..
it was so cool...
and at that time i wear sock, sweater and glove too..
huh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...