Sunday, April 27, 2008

Kuih Tradisi? Nanges....


Whew..penat aku minggu ni. Tapi penat penuh makna. Baru je sampai dari INTURA, menghadiri PTD Assessment Centre, secara langsung terlibat untuk memilih wajah-wajah yang bakal mewarnai perkhidmatan awam kelak. Secara keseluruhannya, sebagaimana siri-siri yang telah aku lalui sebelum ni, bermacam-macam ragam peserta yang aku sempat kenal dan mengenali.

Dan sekali lagi, untuk calon-calon di luar sana, pastikan grooming anda sesuai dengan keadaan. From top to toe, you'll be assessed! Kalau grooming tak sesuai, elok bungkus kain baju balik rumah la. Lain-lain aspek, taknak sentuh. Nanti tak thrill la! Aku tekankan grooming part ni sebab dalam mana-mana tempat pun, kalau nak cari kerja memang orang akan tengok penampilan. Tak kira la nak kerja apa pun. Bukan takat nak jadi cabin crew je kena grooming! Kalau aku diberi pilihan, memang aku akan perhatikan calon yang well-groomed dulu. Yang serabai, kena tolak tepi kejap!

Anyway, takmo cakap dah pasal sesi PAC! Mari kita lihat ada kuih tradisi yang baru ditemui, dan hanya boleh ditemui di INTURA.
Nama Kuih : Kuih Seorang Satu Sahaja
Origin : INTURA, Sungai Petani
Rasa: Bermacam-macam rasa, bermacam-macam bentuk
Kelakar bila mula-mula aku tengok signage kat Dewan Pancarasa tatkala aku nak minum pagi bersama sahabat-sahabat fasilitator dan penilai selepas selesai aktiviti PAC. Dan signage ini menjadi bahan untuk kami bergelak ketawa melepaskan tekanan menilai para calon.

Kok ye pun nak bagitau, jangan la besar-besar camtu. Dah nampak macam caption untuk nama kuih pulak. Hahaha.....agaknya orang sajian dengar kot umpatan kitorang waktu makan tu! On the very next tea-break, terus hilang signage Kuih Seorang Satu Sahaja ni!


Kisah kuih ni sangat mengingatkan aku waktu zaman sekolah dulu, memang kuih hanya diberi seorang satu saja. Kalau ambik dua, kena marah...

"Gemuk pendek ambik dua, makan banyak mengaji bodo"

Ehm...bukan aku yang gemuk pendek tu! Aku dulu, langsing mangsing! Lately je yang jadi macam Barney balik.

Apa pun, i really enjoyed the session held in INTURA. It was fun, dengan peserta, dengan kawan-kawan, dan juga jiran bilik aku yang aku tak nampak, tapi dok ketuk dinding bilik aku waktu aku nak tido. Meremang sehhhhh.......

Monday, April 21, 2008

Pembawangan Semula di Kiara

Adapun hari Khamis yang lalu sempat juga aku menghadiri undangan daripada JPA untuk turut serta dalam Kursus Khas Panel Penilai dan Fasilitator PAC PTD 2008. Kandungan kursus tersebut sama macam kandungan sebelum ni. Bezanya, dulu dapat manual, tahun ni takde manual. Takut bocor maklumat katanya.

Personal view aku, yang dok pi bocor maklumat tu pasai apa? Orang dah pilih jadi fasi tu bersyukur la. Tau la nak tolong kawan / bini / saudara-mara / awek / pakwe / jiran, tapi jangan la sampai cenggitu! Apa hebat sangat ke kalau terpilih jadi fasi ni? Hoooooo...cukup pantang bila aku mendengar kisah itu.

Kali ni banyak muka baru yang dapat aku tengok. Dan ada batch yang sebelum ni ada, sudah tiada. Batch yang sebelum ni tiada, sudah ada. Dan batch yang tak konvo lagi pun sesat datang jugak? Hairan...seingat aku zaman aku abis DPA dulu, takde pulak yang terlibat melainkan yang posting di UDPA sendiri. Macam mana ek? Takpelah, tu urusan orang lain. Aku takmo masuk campur.

Taklimat buat hari Khamis, hari berbatik untuk Kakitangan Awam, dan rata-rata tempat di INTAN Kiara tu memang la sejuk. Batik yang nipis, udara yang sejuk, berlaku pengecutan dan pengerasan di bahagian badan yang tertentu terutamanya di bahagian dada. Isk....tertonjol kau! Terpaksa la pakai singlet yang tebal untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Rata-rata muka sahabat memang ceria. Ya la, macam sebelum ni jugak. Kursus seumpama ini, disamping mendedahkan ilmu untuk para fasi, ia turut menjadi medan untuk sahabat-sahabat PTD sesama batch untuk membuat pembawangan semula. Re-onion katanya! Terpilih jadi fasi ni, aku rasa this is the time for me to strengthen smart networking among PTD officers in various department all over the country.

Pengisian? I won't talk about it. Untuk peserta yang bakal menghadiri PAC kali ni, aku ucapkan selamat berjaya. Semoga apa yang dihajatkan (nak jadi PTD katanya...best ke jadi PTD ni?), mendapat restu dari Allah S.W.T. Nawaitu kena betul. Kalau rasa datang tu nak test market je, rentikanlah! Kalau datang nak berlakon semata nak dapat tempat dalam Perkhidmatan Awam, pun aku akan cakap rentikanlah.

Banyak juga pembaca yang dok gali dengan email dan message mengenai PAC ni, terus terang aku mohon maaf sebab aku takkan ceritakan apa yang telah ditaklimatkan. Aku pun pernah melalui PAC ni, takde pulak aku menggelabah nak cari PTD sana sini mintak tips. Ingat, semua yang dapat tu adalah rezeki masing-masing. Kalau dah Allah takdirkan jadi PTD tu, syukur. Kalau tak dapat, pegang pada konsep takde rezeki. Dan bila dah tak dapat tu, jangan pulak dok tulis dalam suratkhabar, kata skim M ni penting saudara la, skim M ni tak matang dapat naik pangkat la. Pahamkan konsep rezeki. Kalau ada, rezeki. Kalau takde, bukan rezeki.

Rasanya I shall stop now. Sekali lagi, untuk para calon, aku ucapkan selamat berjaya. Persiapkan diri anda dengan apa-apa yang patut. Untuk rakan-rakan fasi, let's do it! Semoga enjoy dalam melaksanakan kerja yang diamanahkan.

Minggu ni ke mana ek? Kita tunggu dan lihat!

Sunday, April 13, 2008

Sarapan Di Mana?

Sarapan di Mana? Terpaksa aku meminjam tagline Abby Fana untuk menggambarkan betapa jauhnya aku pegi sarapan hari ni. Yaaa..hari ni...Ahad 13 April 2008. Dari gambar yang aku letak kat atas ni kan, agak-agak korang kat maaaaana aku pegi sarapan ek? Dek kerana tuntutan tugas, aku berpeluang sekali lagi ke tempat yang aku rasa sangat seronok untuk dikunjungi. Ye la kan, tempat jatuh lagi dikenang, ini pulak tempat bermain. Jatuh? Main? Huhuhu...sapa yang jatuh? Sapa yang main?

Sebenarnya, kalau ikutkan takde la tetibe aku nak memanjangkan kaki pergi bersarapan sejauh ini. Rezeki kan....kebetulan aku menjadi urusetia untuk kursus yang bakal dijalankan awal bulan depan, makanya seperti biasa, kena la buat tinjauan ke tempat bakal berlangsung kursus tersebut. Kuala Terengganu menjadi destinasi siri kursus berikutnya selepas Johor Bahru dan Ipoh.



Kalau kat Kementerian Kesihatan ni, nak dapat peluang keluar sangat la payah. Aku dok bayangkan kawan-kawan kat kementerian lain, kejap-kejap overseas, kejap-kejap overseas. Huhu...jadi kursus seumpama ini diadakan di luar untuk memberi peluang kepada para pegawai di kementerian aku tu untuk keluar sekejap dari pejabat yang penuh dengan tekanan.





Dan di Kuala Terengganu inilah aku berpeluang bertemu bertentang mata dengan seorang blogger yang femes dengan penulisannya dalam bidang perubatan. Tak lain tak bukan Encik DariBilikIni. Pucuk dicita ulam mendatang. Alang-alang orang dah nak jumpa, kita ajak dia pekena nasi dagang la! (atas permintaan, hanya pandangan belakang je yang boleh aku siarkan....nak depan? jumpa sendiri!)



Perjalanan ke TGG (atau disebut Tegegeg di kalangan juruterbang dan anak-anak kapal) aku mulakan pada hari Sabtu di sebelah tengahari. Setibanya di TGG, kagum aku melihat rekaan lapangan terbang baru yang cantik bagaikan istana yang tersergam indah. Harapnya tak jadi macam AOR la, epot besar tapi sehari 4 flight je yang landing!


Dari lapangan terbang, terus menuju ke hotel berkenaan, untuk meninjau dan berbincang mengenai keperluan kursus yang bakal berlangsung kelak. Mintak itu, mintak ini. Tengok itu, tengok ini. Ye la kan, nak perfect! Kang ada pulak orang komplen;

"Bilik I buruk....."




Bagi suite pun kata bilik buruk! Huhu..campak kat Rumah Tumpangan Ah Kiau kat Haji Taib baru tau. Hmmm.....petang di hotel dihabiskan dengan sesi perbincangan dan rundingan serta tinjauan. Kalau ikutkan nak balik malam pun boleh. Tapi alang-alang orang offer stay-in. Apa lagi....rileks la dulu. Malam....aku rehat jugak, menenangkan kepala aku yang kebelakangan ini tak berapa nak baik sangat. Stress!




Ahad pagi, yakni pagi tadi...sebagaimana yang dijanjikan bersama Bang DBI, menu sarapan nasi dagang. Lokasi, Chendering. Ala...kedai yang pernah masuk paper pasal nasi dagang 45 hengget tu. Kisahnya bukan makcik tu nak jual mahal, yang membeli tu sebenarnya buat hal. Yang terus beli tak tanya harga tu pasai apa?




Sedap seh....tapi tu la kan, kenot eat too much! Sekarang ni kena kontrol makan. Kan Bang DBI kannn?




Sebelum berangkat semalam, dah ada kawan bagi suggestion untuk ke kedai keropok di Losong. Alang-alang dah ada supir, heret la dia ke sana. Kebetulan ada kiriman keropok yang perlu aku beli. Makanya, kedai Adik-Beradik ni menjadi destinasi membeli. Aku beli ke? Hehe...mekaseh lagi skali Bang DBI sebab menyeponser keropok. Dah ye ye aku nak membayar tetibe je;



"abang bayar......"



Lalala...saya suka hati....



Mekaseh daun keladi. Sarapan di Chendering, lekor di Losong, tu je masa yang sempat diluangkan bersama Bang DBI. Orang ada bisnis, takkan nak tutup klinik sebab aku kot? Hiks....selesai acara semua tu, kembali ke hotel! Kemas barang...checkout, terus ke Tegegeg lagi skali untuk pulang ke rumah.

Apa? Masjid Kristal? Nooooo...tak cukup masa nak pegi ke Pulau Wan Man tu..tapi dari Jambatan Sultan Mahmud tu boleh nampak, cantik tempatnya. Nanti kalu ada rejeki lagi, kita buat liputan kat sana lak!

Thursday, April 10, 2008

Kisah Pantun Berkait


Kisah yang aku tulis hari ni aku tujukan kepada orang-orang yang kononnya berjiwa sastera. Yelah, aku ni dulu background sains. Aliran sains SPM, amek degree pun sains jugak. Jadi, barangkali sense of sastera aku kurang (mengikut kata orang tersebut la). Tapi, walaupun aku ni dikatakan tidak berjiwa sastera, aku sempat merasa untuk menjadi pemantun sekolah dan universiti ke peringkat nasional.

Zaman sekolah, pantunnya bertulis. Dah siap prepare soalan, dah siap prepare pembayang untuk jawapan. Boleh baca, dan menjawab pun boleh menulis. Zaman di universiti, pantunnya spontan. Diberi tema, serta merta kena berpantun. Skill kena ada...kalau tak akan terbit perkataan yang bukan-bukan untuk memenuhi hasrat pantun tersebut.

Hari ni, kita belajar sedikit pasal pantun melayu. Di dalam menulis sesebuah pantun, yang kita biasa dengar, belakangnya bunyi sama...contoh:

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Jika kita saksikan di sini, rima pantun yang digunakan adalah berbentuk AB AB di setiap penghujung pantun;

Buah cempedak di luar pagaR
Ambil galah tolong jolokkaN
Saya budak baru belajaR
Kalau salah tolong tunjukkaN

AB AB = RN RN kalau mengikut pantun buah cempedak ni. Dan untuk menjadikan pantun tu lebih menarik, rima AB AB turut digunakan di tengah-tengah pantun tersebut;

Buah cempedaK diluar pagar
Ambil galaH tolong jolokkan
Saya budaK baru belajar
Kalau salaH tolong tunjukkan

AB AB di sini = KH KH. Dan biasanya pantun melayu menggunakan suku kata terakhir untuk mengindahkan lagi bunyi pantun itu.

AR, AN, AR, AN...dah bukannya AR, AN, IR, IN. Bahasa Melayu bukan berdasarkan huruf tapi berdasarkan suku kata. Macam english rhyme jugak, mesti bunyinya lebih kurang. Bukan huruf yang sama yang digunakan. Contohnya;

When marimba rhythm starts to PLAY
Dance with me make me SWAY

dan bukannya;

Dance with me make me HAPPY. Selalunya, sesebuah pantun itu tidak akan diakhiri dengan rima AAAA seperti;

Pergi ke kedai membeli guli
Guli disimpan di dalam peti
Salah saya awak peduli
Salah awak, ada awak reti?

Biasanya rima AAAA adalah khusus untuk syair ataupun gurindam. Untuk melahirkan pantun yang cantik dan indah, biasanya perkataan yang digunakan tidak melebihi 12 sukukata untuk satu baris pantun.

BU(1) AH(2) CEM(2) PE(4) DAK(5) DI(6) LU(7) AR(8) PA(9) GAR(10)= 10 suku kata, dah sebutannya senang disebut sebab perkataan tak terlalu panjang. Kalau panjang...jadi tak sedap, contohnya;

PER GI KE BAN DAR KA JANG MEM BE LI KA IN BA TIK = 14 suku kata, rasa semput nak habiskan ayat tu. Betul tak?

Seni pantun melayu ni jugak mempunyai jenis-jenis pantunnya tersendiri. Ada pantun 2 kerat;

pat pat siku lipat,
siapa cepat dia dapat;

Ada pantun 4 kerat, macam buah cempedak yang aku tuliskan tadi. Hatta ada pantun 12 kerat di mana dalam pantun 12 kerat, 6 baris pertama adalah pembayang, dan 6 baris terakhir adalah maksud. Untuk aku, aku selesa menggunakan 4 dan 6 kerat untuk pantun yang aku cuba gubahkan. Ada juga pantun berkait, di mana pantun berkait ini menjurus kepada penceritaan sesuatu kisah

Haaa...paham tak murid-murid?

Kisah pantun ini bermula apabila aku mendapat tugas untuk membuat perutusan bos untuk penerbitan sebuah terbitan berkala tempat aku bekerja ni. Bos aku, alaaa...yang pegawai agak tinggi tu memang sentiasa nakkan kelainan, dan aku mencadangkan agar perutusan biasa digantikan dengan pantun agar ringkas dan tidak melalut. Jadi, atas kata itu, aku cuba karangkan beberapa rangkap pantun berkait untuk dimasukkan ke dalam terbitan berkala itu. (nota: pantun yang dikarang ini tidaklah sesedap mana, almaklumlah, dah lama aku tinggalkan persada pantun tu)

Pantunnya berbunyi begini;

Sampan kolek tepian muara
Belayar kapal ke Inderagiri
Salam dihulur pembuka bicara
Syukur dipanjat ke hadrat Ilahi

Belayar kapal ke Inderagiri
Sarat muatan tenunan pua
Syukur dipanjat ke hadrat Ilahi
Julung kali kita bersua

Sarat muatan tenunan pua
Buat jualan di hujung jalan
Julung kali kita bersua
Buletin BSM buat peneman

Buat jualan di hujung jalan
Dibawa oleh kuda pedati
Buletin BSM buat peneman
Sumber maklumat setiap aktiviti

Dibawa oleh kuda pedati
Singgah berehat di pinggir kolam
Sumber maklumat setiap aktiviti
Buat tatapan warga KKM

Singgah berehat di pinggir kolam
Berteduh di bawah pohon kuini
Buat tatapan warga KKM
Berita semasa tersebar kini

Berteduh di bawah pohon kuini
Sambil berteduh menjamah juadah
Berita semasa tersebar kini
Segenap negeri mendapat faedah

Sambil berteduh menjamah juadah
Juadah dihidang di atas dulang
Segenap negeri mendapat faedah
Khidmat disumbang bertambah cemerlang

Juadah dihidang di atas dulang
Dimakan bersama sepinggan tapai
Khidmat disumbang bertambah cemerlang
Wawasan negara dapat dicapai


Bahasa yang digunakan tidaklah seindah mana, tapi aku cuba gabungjalinkan kembali pengalaman yang aku ada sebagai pemantun suatu masa dulu untuk menghasilkan pantun yang agak indah dan masih mengekalkan lagi kesenian pantun yang ada. Dalam masa setengah jam, inilah hasil pantun yang mampu aku karangkan. Cukup sekadar rima AB AB di hujung baris sahaja yang mampu aku pastikan keseragamannya. Nak rima di tengah, masa suntuk, processor dah slow!

Bait-bait pantun itu aku persembahkan kepada bos aku yang mengaku dirinya sebagai orang sastera, blajar sastera melayu, grad pun dalam pengajian sastera. Apa sangat nak dibandingkan dengan aku yang berlatarbelakangkan sains ni.

"Tariq, kenapa pantun kamu macam orang tua?"

"Orang tua? Ish puan....tu la namanya seni pantun. Walaupun saya ni nampak muda tapi jiwa saya tua macam puan jugak. Tu kan pantun berkait puan...."

"Heiiii...I tua? I muda lagi tauuu! U tu yang tua. Takpelah, nanti I tengok dulu macam mana..."

Selang beberapa hari, keluarlah kembali draf pantun yang aku kemukakan kepada beliau. Baca minit di depan, nampak macam ada banyak perubahan. Ye lah, aku ni orang sains, dia orang sastera.

Sekali aku bukak, erk! Nanges.....

Mari kita lihat apa yang dia editkan. Aku cuma masukkan part yang dia edit je la ek;

Sarat muatan tenunan pua
Buat jualan di waktu pagi
Julung kali kita bersua
Buletin BSM penawar hati

Buat jualan di pasar tani
Dibawa pula di hujung jari
Buletin BSM pertama kali
Sumber maklumat pelbagai aktiviti

Dibawa oleh kuda pedati
Singgah berehat di pinggir kolam
Sumber maklumat setiap aktiviti
Buat tatapan warga KKM

Rangkap dibawa kuda pedati ni dipotong, terus bersambung dengan rangkap ni;

Pergi ke Perlis membeli mempelam
Singgah mari ke Pekan Bestari
Buat tatapan warga KKM
Berita semasa tersebar kini


Haaa...itulah hasil edit dari orang Sastera, punah ranah pantun berkait aku. Kalau direnung balik, pantun berkait tu...kain pua dibawa di hujung jari? Ayooo...logikkah? Terus masuk pergi Perlis beli mempelam? Ada pulak pekan Bestari kat Malaysia ni ek? Hadoilaaa... matila fail geografi kan? Kalau jurulatih pantun kat SMAPKajang dulu, pantang dia dengar benda-benda pelik camni. Macam tu jugak jurulatih pantun kat UKM. Sah kena tegur....tapi apa nak buat kan? Aku ini orang Sains, tak reti berbahasa Sastera.

Anyway, bos is always right. Mampus aku nak mencari idea mengarang pantun yang haram tak sedap tapi sedap pada pandangan mata dia tu. Lalalalalala....

Sekian kelas pantun melayu untuk hari ini. Kita bertemu lagi dalam kelas yang akan datang.

Moral of the story: Jangan merendahkan bakat orang, walaupun orang tu lebih muda dari kita. Who knows, orang muda tu lebih indah bahasanya dari bahasa kita yang dari aliran Sastera....lalalalala...

Sunday, April 06, 2008

Iklan kejap....Artist and Song Promo

Adapun posting pada hari ini dibuat bertujuan untuk membantu sahabat sekolahku mempromosikan lagu dan kumpulannya di persada seni di Malaysia ini. Ladies and gentlemen, i present to you SONAR, with its' latest single, CUMA DIA (Islah, like I said, I shall keep my promise and here we go....)


This writing is a brother to brother affair, ya la kan, sama-sama membesar di sebuah daerah terasing satu masa dulu, skarang tidak terasing lagi. A so-called boarding school in Kajang.


Kalau para pembaca sekelian terperasan, tatkala anda membaca blog ini anda akan mendengar lagu latar yang mengiringi bacaan anda. Lagu latar tersebut merupakan lagu yang aku cuba promosikan di dalam blog ini.


Lagu ini juga boleh didengar saban hari berkumandang di stesen radio ERA, SURIA, X-FRESH dan HOT.FM. Sebagai artis baru, kumpulan ini amat memerlukan sokongan tuan-tuan dan puan-puan untuk bertapak di persada seni tanahair yang rata-rata kini dibanjiri oleh artis-artis asing yang turut sama-sama ingin mendapatkan tempat di sudut hati peminat di Malaysia. Untuk para pembaca sekelian, harap terhibur dengan lagu yang aku kumandangkan di blog ini. Sebarang komen mengenai lagu dan gaya lagu ini dibawa amatlah dialu-alukan dalam membantu kumpulan SONAR menaikkan lagi nama mereka di dunia seni yang penuh mencabar ini.
p/s: Ladies out there, the singer is still single yet available....apa lagi! Hehehe....