us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, December 29, 2011

::29122011::

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
salam ulangtahun perkahwinan yang ke -26 ibu & ayah!
moga cinta yang membina keluarga kita
akan terus berpanjangan sampai ke syurga
dengan mawaddah wa rahmah
serta redha dari Allah

Wednesday, December 21, 2011

::penghujung 2-0-1-1::

profesional. org kate, seorang pekerja yg 'profesional' takkan mix kan bende2 yg peribadi dgn kerje. selama sy bekerja, sy tak pernah kisahkan saye ni pro ke tidak.

sebab mengajar adelah minat saya. minat yang amat sangat. sampai ke tahap, if ade problem luar... bile masuk dunia saya.. [dunia kelas & kelas & lectures] saya boleh senyum sehabis ikhlas dengan anak didik.

+ sebab anak didik anak didik di depan saya itulah yang akan jadi investment saya di akhirat kelak. segala macam ilmu kami kongsi sama sama. Allah angkat darjat mereka yg bertaqwa. dan Allah juga mengangkat darjat mereka yg berilmu. bersama dalam suasana nak cari kefahaman dalam sesuatu ilmu memang sesuatu yang best.

saya slalu pesan kat anak didik saya, 'ingat.. kite hidup bukan untuk diri sendiri. andai nak rasa hidup ni bererti... bagilah sebanyak mungkin manfaat utk org lain.'

so ape kaitan dgn profesional? klas hari isnin, sy rase sy tak berapa profesional. anak didik sy perasan muka sy pucat. 'ustazah, ustazah ok ke? muke ustazah pucat!' ; masih boleh tersenyum 'sy ok, sejak bile awk sumer concern pasal sy ni? =)' . banyak bende yg difikirkan kot. sampai tdo tak menentu. sakit kepala kerap yg amat. then yg paling tak best, selasa... mengajar sambil duduk. tak pernah buat pon selama ni ngajar sambil duduk. [sakit belakang sebab salah pose angkat kotak satu ketika dulu datang balik].

mungkin berkait dgn emosi yg tak stabil. dah nak hujung 2011 kan. belon kalau tiup tak henti henti, confirm akan pecah. jug / teko air kalau tuang tak henti henti confirm melimpah ruah. so, mungkin perlukan tempat utk luahkan segala yg terpendam. dan saya rasa saya perlukan lebih kekuatan. saya tau Dia sayang sy. Dia tak pernah biarkan sy. Dia memang Maha Mendengar.

malam selasa, dapat msg dari anak murid

'trima kasih atas segala ilmu, minta dihalalkan & maaf segala slh silap. nampak mcm ustzh tak berapa sihat tadi.. balik ni rehat2 eh. jage diri tau'

Dia memang sayangkan sy kan? Dia hantar hambaNya utk buat sy tersenyum seketika bila bace text tu.

dan alhamdulillah. Dia 'ilhamkan' pada ibu ayah saya utk bercuti.. @ tempat yang paling sy suka bila perlukan ketenangan... LAUT!
insyaallah kami akan ke Laut! ke Utara cuti akhir tahun ni. ^^,

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. moga segala rasa yg 'tak enak' ni hilang ke laut~

p/s: profesional ke tidak, tak penting... tapi apa yg penting macam mana kita cuba tunaikan amanah kita sebaiknya, berdasarkan kemampuan terbaik kita... kepada semua yg ada disisi kita, yang memerlukan kita. wallahua'lam~

Thursday, December 8, 2011

::mood yg tak berapa nak mood::

sekali update sampai 2! [hari ini dalam sejarah]

entah kenapa sejak seminggu ni mood macam tak betul. macam tak tentu arah. macam asek nak nangis je. dan nangis pon sekarang. memang seronok bile kite nak tolong org buat keje tapi last last kite kene tengking. fine. terima kasih. terima kasih. terima kasih. -siape yg memudahkan urusan org lain. maka Allah akan mempermudahkan urusannya. tapi sebaliknya, sambung sendiri.

harini pulak hujan dari pagi. memang puncak alam sejuk yg amat. berjalan habis kuliah dari atas bukit ke ofis yg di bawah bukit... memang mendamaikan. sambil pakai kot hugo boss -keselamatan cop pwtc ayah... rase nyaman sungguh. siap cakap kat anak murid 'nampak logo keselamatan ni? sy suka pakai kot ayah saya. kot ni seolah olah satu reminder utk sy.. tgkla ayah dah korbankan macam2 sejak dari zaman pengawal keselamatan dulu.. naik pegawai.. la ni manager.. utk besaqkan anak2nyer yg 6 org'

terus berjalan sambil otak ligat berimaginasi... teringat kisah arwah kawan qari yg duk jordan tu. even tak kenal pun, taPi kawan2 qari yg mtd memang excellent bab ukhwah. sgt rapat dan sgt concern each other. so, bile terdengr pemergian arwah ilham.. rase macam betullah ... mati tu memang satu peringatan untuk kite yg hidup. alfatihah utk arwah.

jalan menuruni bukit dirasakan terlalu jauh. teringat pulak kisah anak murid alg tadi. beria mohon tukar klas hari jumaat kepada hari khamis. katanyer ade appointment ngan doktor tiap 2 minggu (jumaat). then setelah tu baru la alg tau yg sorang anak murid alg ni sakit. muda lagi. lawa. dah disahkan ade 'breast cancer'. [alg rase cam nak tanye 2 kali takut salah dgr] terkejut. dan rasa concern seorang lecturer mula keluar. bertuah sungguh slame ni tak amik tau pun T_T

sungguh dugaan Allah itu utk hamba yg benar2 bertahan dgn ujian yg Dia berikan. meskipun didiagnos dgn breast cancer, wajah muda tu masih boleh melemparkan senyum seikhlas hatinya kepada ustzh ni. 'ustzh, sy ni jenis tak reti duduk diam... jadi sy masih boleh kawal lagila sakit yg sy tanggung'.
dik, moga awk tabah hadapi semua ni. dan moga awk beransur sembuh.

aku belajar utk muhasabah diri sendiri dengan melihat keadaan org lain. ada waktu seseorang mampu buat aku sedar hakikat diri yang terlalu kerdil. mengenangkan kisah kisah tadi, aku jadi terdiam dan merenung panjang. andai esok waktuku tiba... apakah mungkin aku berupaya meninggalkan dunia ni dengan tinggalan yg berbaloi baloi. solat pun tak terjaga. 'tiang' pon tak tegak sgt.. apetah lagi rupa 'rumah' islamku. ampunkan aku, Tuhan.

-Allah Engkau dekat, penuh kasih sayang-
cahaya petunjuk. waktu baru habis kene tengking dengan manusia. sabar bebanyak.
agaknye tengah minggu2 mood swing.

::Bongsu::

cerita adik alg yg paling bongsu. Nur Fauzul Azim Zainal a.k.a. Pojun. Pojun tak habis habis 'terdiamkan' kakaknyer ni dgn kerenah dan kebijaksanaan beliau. moga membesar dan dewasanya pojun seiring dengan makna nama yg digalasnya. cahaya-kejayaan-yang besar.

tiap2 weekend sejak 2 menjak ni asyik duk umah baru kat KP. dan hari ahad adelah hari yg syok nak basuh kereta ayah depan rumah. [tolong ayah ade makna selalunya] haha ~ takde la.

anak dara basuh UNSER kot. baju kurung lagi. sgt bersopan santun. haha. [taPI hat bongsu tu pantang nampak kakaknyer ni buat keje lebih, adelah nak disibukkan] MOTIF pojun nak tolong: 1. nak menyibuk je. 2. nak ibu puji Pojun lebih dari kaklong [kakak yang sgt buruk sangka dgn adik. haha. tapi part 2nd tu betul]

jadi ahad baru ni, alg siap2 dah sabun + baldi + kain . habis je me'nyabun' satu kereta unser, mule la nak start paip getah. --> menembak air dan bersihkan buih2 sabun kat kereta tadi. pojun pun mule la sibuk. 'kaklong pojun nak tolong jugak' [tapi snanye nak main air getah tu. bukan kaklong taktau.] sibuk minta getah. keje kaklongnyer tak sudah. makanya terus 'jirus' adik sendiri. seronokla pojun. mandikan kereta + mandikan pojun sekali.

ingat da kene jirus tak minta da getah.. alih2 minta getah lagi. 'kaklong, bagila pojun pulak'

kaklong --> pojun tak sampaiiii la..biar kaklong buat.

tapi oleh kerana bising jugak. akhernye bagila jugak budak kecik tu buat. ibu tengok je dari pintu depan. 2 org anak daranyer bising setaman nak basuh kereta. sib baik kawasan tu tak ramai jiran lagi.

dannnnnnn ape yg alg tak caye... ingatkan pojun just nak jirus tepi2 kereta. ye la, manela sampai bumbung unser kan nak jirus?

then, tau dia buat ape? pojun pun tarik getah paip panjang2.... sampailah muncung getah tu naik atas bumbung unser. alg cam... [terernyer budak ni fikir. maka dgn kagumnya alg pon tgkla air turun mencurah curah dari bumbung unser ayah tu. ]

ibu tgk dari jauh. ibu senyumkan aje. 'tgkla anak sape? kalau tak, tak dapat no.1 la kat skolah' haha~

nur fauzul azim, moga terus bersinar dgn kejayaan dunia akhirat. <3

Thursday, December 1, 2011

::paNcing Jawi::

takde cerita sgt yg nak diceritakan. so update la penat lelah mggu lalu. pancing jawi! [dgn nama panjangnyer --> sukaneka pancing huruf jawi bersempena dengan bulan inovasi uitm <--] panjang kan? jadi, utk aktiviti tu setiap ustaz/ustazah [ok, sy ustazah kat cni kan] diberikan satu sukaneka. dapat je perkataan pancing jawi, yg alg tau alg kene buat pancing. then kene ade bende yg nak dipancing.

bile rakan2 kerja start bagi idea.. ade yg kate... 'dulu citu [ringkasan utk Center for Islamic Thought & Understanding] pernah buat game ni. ustaz yg handle dulu gune ranting kayu sebagai batang pancing, + paper clip sebagai 'mata kail' + kertas yg di punch sebagai 'ikan' yg di pancing.

hmm nampak best. bile dapat kat alg, maka alg amik basic dia. ubah ape yg patut berdasarkan 'bende yg alg suke' haha.
alg suke bintang! tapi masalahnyer tak sanggup nak tebuk lubang kat bintang tu. so alg amik bende kedua yg alg suke. burung jinjang! beria menyiapkan berpuluh puluh burung jinjang, semata mata nak nampakkan sukaneka tu comel dan cool. haha~

sgt menarik. [prasan kan. taPI hasil kerja sendiri. so kene berbangga supaya berbaloi2. haha.]
so hasilnyer....

ni la part of burung jinjang yg da siap di tebuk lubang =) sukenyer!

then.. kite lihat proses sukaneka tersebut..~
ni adalah bahan2 yang diperlukan utk merealisasikan game-pancing jawi-
dalam setiap origami burung jinjang tu, ade tertulis huruf jawi dan ade yg tertulis huruf rumi. so peserta tak tau burung jinjang yang di pancing tu huruf jawi ke bukan...

atas ni, nak promote penat lelah sendri menghasilkan 16 kuntum bunga riben =D
so cam berpuas hati ngan kerja sendiri. akhernyer hamper ni complete!

pada hari kejadian.... 25/11/2011. di dewan angsana utim
sesi ustazah bagi taklimat.. camnela nak main pancing jawi ni?

checkpoint 1st, peserta di berikan chopstick-beriben-berpaperklip sebagai batang pancing. dan di meja 1st ni jugak, peserta diberikan huruf mad secara percuma. untuk lengkapkan pertandingan ni, peserta kene pancing burung jinjang tadi yg tak diketahui ade huruf jawi ke dak.. utk menang, mereka kene bina 3 perkataan yg mengandungi 2 suku kate jawi. contoh ba-ju [ba alif jim wau] alif dan wau di berikan.. ba dan jim tu kene gamble dan pancing dalam banyak2 burung jinjang tu =D

Ni la checkpoint ke dua. tempat memancing burung. haha. yang mane satu la bukan huruf rumi kan? comel tak burung jinjang kecik2 banyak2 color2 . [ustazh kalah budak tadika]

ha.. pancing cepat. dan nak menang, kenela bina 3 perkataan dengan pantas =)

ni contoh checkpoint ke-3. tempat 3 perkataan, 2 suku kata dibina. complete je.. split timing di hentikan. [ape perkataan kat atas ni? 1. situ 2. daki 3. baju] paling pantas 4 minit 20 saat.

kesimpulannye, pancing- buka lipatan burung jinjang tu [ade huruf jawi ke rumi]- then bina perkataan. siapkan 3 dalam masa terpantas. menang!

muke para pemenang. [termasuk sukaneka lain seperti roda impian jawi - scrabble jawi -spell it right jawi- seni teks jawi - explorace jawi]



yang berusaha di hari tersebut. geng2 citu @ ustaz ustazah kampus puncak alam.

pendek kate, majlis sukaneka telah pun berjalan dengan riang ria nya. berkat kerja berpasukan. alhamdulillah. segala penat lelah berbaloi2 melihat pelajar2 ni main dengan suka hatinya. next event? wallahua'lam bilakah.. yg penting.. lectures lectures dan lectures. [ustaz ustazah kene tambah 'dakwah'] sekian, wassalam~

p/s: rindu kat adik adik.

Wednesday, November 2, 2011

cerita pendidik

saat ini, aku teringatkan beberapa wajah penting yang telah mencorak pendidikan ku selama ini. mereka tentu-tentunya telah meninggalkan impak besar dlm membina peribadiku hari ini. hakikatnya, bagaimana aku pula mendidik anak bangsa hari ini, banyak berkait rapat dengan cara aku terdidik.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. terima kasih Allah untuk nikmat ibu dan ayah. mereka adalah tenaga pengajar 'tegar' yang sentiasa sejak 24 tahun lalu.. malah tahun2 akan datang takkan pernah jemu mendidik aku, malah terlalu banyak yang telah dikorbankan untuk -pendidikan sepanjang hayatku- Hanya Allah yang mampu membalas segala pengorbanan yg telah ibu dan ayahku berikan utkku. moga2 Allah juga panjangkan umur ibu & ayahku... memberi nikmat kesihatan, nikmat iman & nikmat islam yg berpanjangan utk ibu & ayahku. agar mereka akan sentiasa ada, untuk mengingatkan aku, menasihati aku, memberi pendapat yg bernas utkku, menyayangi aku dengan kasih yg paling tulus, berkongsi segala suka dan dukaku, mengatakan sesuatu padaku tepat pada waktunya, tepat pada mode emosiku, menjagaku sebaiknya hingga ke tahap yang tak pernah aku jangkakan, dan mendidikku hingga aku mampu menjadi manusia yang sebenar-benarnya.

prof Arif. ini prof yg mengajarku principle micro, history [degree] kemudian, ketika master.. dia juga yg mengajarku subjek Islamic thought. if kebanyakan student nak mengelak Prof, aku adalah student yg paling suka masuk klas Prof. kalau 24 subjek economics prof yg ajar pun aku tak kisah. sebab dalam klas prof, diriku sgt yang amat terdidik. belajar subjek history, belajar subjek basic econs... taPI seolah2 aku berada dalam globe dunia. segala macam ilmu prof boleh syarahkan. segala macam current issues prof boleh kaitkan dgn econs. itu hebatnya prof. convo master yang lepas, aku dapat khabar yg prof sedang dirawat di U.S. kerana kanser usus. aku berdoa, moga Allah sembuhkan prof. sebab prof adelah antara aset yg bernilai dalam Islam hari ini. dengan hanya kuliah yang 4 jam seminggu selama 14 minggu... aku percaya prof mampu & telah hasilkan anak didik yg sgt3 bernilai utk agama.

-----habis flashback-----

"ok klas, apekah current issues di malaysia minggu ni?" <-- soalan dari lecturer anak didik prof arif =) suke start klas dgn isu2 kat berita, kat paper.. then paksa student berfikir. taPi student pon suke . and suke jawab! tu yg best~

"aimi, ape yg awk faham tentang ape yg tertera kat slide tu? shima... awk ade jawapan lain? hafiz.... awk setuju? " <--- ni pon style prof~ prof suke jadikan klas as medium bertanya. so klas jadi meriah sebab penuh soalan. penuh jawapan. student sporting! lecturer pon semangat! ^^,

so hari ini, aku di sini. di uitm puncak alam. dah masuk sem ke -2 @ bulan ke-6 aku berkhidmat. dulu dengan student asasi. sem ni dengan student degree. suka yang amat dgn klas. pendidikan. aku takkan pernah jemu berada di bidang ini. mcm yg pernah aku katakan dulu. belajar spm sains... then degree islamic econs... master conventional econs... 1st sem ajar asasi tasawwur islam. so, pengalaman memang sgt3 menambah pengetahuan. hari ini, alhamdulillah aku dapat membebel segala macam cabang ilmu.

sem ni pulak, mengajar subjek tamadun islam tamadun asia tenggara (TITAS)... & Hubungan Etnik. titas banyak berkisar tentang tamadun islam, melayu, india, china.. so sejarah. best sebab boleh cerita balik bende2 yg prof arif duk sebut dlm klas dulu. Hubungan etnik pasal ekonomi, politik, perlembagaan, dan kaitannye nak menjaga hubungan etnik di malaysia. best jugak sebab subjek ni banyak memaksa student perah otak.. menjawab soalan2 best dari lecturer nyer ni. best yg amat bile dapat respond yg banyak. dan idea2 yg bernas dari remaja2 harapan negara ni.
sampai ke tahap, aku melantik pelajar2 yg banyak idea ni as wakil ADUN . haha~ dalam klas ade ADUN permatang pauh, ade ADUN sabak bernam, ade ADUN pasir mas.., ade ADUN macam2 =)

respond student tentang klas?

'ustzh, jgnla cancel klas mggu depan.. ktorang sanggup korbankan subjek lain utk klas ustzh...'

'ustzh, ktorang suka masuk klas ustzh'

'ustzh, ktorang memang semangat!' [respond secara berjemaah...,sebab klas ni suke excited terlebih]

dan macam2 lagilah.

aku bukan lecturer yg exam oriented, skema jawapan-oriented etc. student pernah tanye, ustzh... jawab time exam nanti based on buku ke? kene hafal smua bullet2 kat slide ni?...

--> tak la sayang. CTU adelah subjek yg sgt best menggoreng. tapi saya akan tgk setakat mana awk letakkan fungsi akal awk dalam nak menggoreng tu. fakta sejarah confirm awk kene hafal, but if soalan tentang pandangan... sy sangat suka kalau awk boleh jawab dan bagi idea awk sendiri. sy nak tgk kemampuan awk berfikir dan menganalisis.

itu ape yg pendidik pendidik ku pernah ajar. bagaimana pengajian kite selama bertahun2 bukan hanya untuk dapat scroll, bukan hanya utk dapat 4 flat. bukan hanya untuk jadi yg tercemerlang. tapi macam mana pendidikan kite dapat jadikan kite manusia yang sebenar-benarnya manusia. fungsi ilmu pada mendekatkan hamba dengan PenciptaNya. fungsi ilmu dalam nak memperbaiki kehidupan kita sebagai seorang manusia supaya penghujung hayat kta, kita sedar yang ilmu yang ade telah menjadikan hidup kita di dunia something yang berbaloi. Allah tak bagi nyawa kite free utk bersuka-suka kat dunia tanpa matlamat. Allah bagi kite nyawa yg tak ternilai ni supaya kita dapat kembali padaNya dgn sebaik-baik pengakhiran. insyaallah

wallahua'lam.

Thursday, October 13, 2011

::double relieve::

Assalamualaikum wrb… akhernye, bole jugak alg menarik nafas lega. And it’s a double relieve actually! Lega sebab dah habis menanda 300 answer script + lega sebab dah lulus jpj!

Setelah bersengkang mata beberapa hari, bawa answer script ke hulu kehilir.. and at last, smalam siap lah proses akhir marking paper bebudak asasi uitm puncak alam. Total sumer dekat 300 answer script.. sejak 26 september.. dengan kene masuk klas mengajar degree lagi.. then kene siapkan marking memang feel yg ‘bole tahan’. Semalam, selesai je hantar result akhir and laporan siap, memang rase cam… “ya Allahhhhhhhhhhhh! Legenya… Alhamdulillah!!!!!!!!!”. Mana tak nya, nak konvo master haritu pon tak terasa disebabkan marking2 ni… otw g uia sesempat lagi tu menanda paper dalam kereta. T_T hantar jubah konvo pon dgn segera, then balik umah sewa… berusaha lagi habiskan marking. Penat! Tapi berbaloi yg amat sempat siap pada waktu sepatutnya! =)

Lepas je anta report final exam kat shah alam.. trus bergegas balik rumah. penat-ya Rabbi menahan mata untuk dilelapkan. So tak sempat2. Selesai je solat isya, trus qada tidur yg tak berapa nak cukup sejak 2 menjak ni. Then pagi tadi… baru fikirkan dugaan ke-2 :: test JPJ. Semata2 nak dapatkan lessen P + takmo dah renew lesan L + taknak susahkan sumer org dah gara2 takde lessen.

Registration pukul 10pg.. otw ke metro driving academy tu memang resah yg amat. Cakap la ape pun, nasihat la ape pun.. still resah @ neves yg ade tu lain macam. Da tak senang duduk, sampai last2 cikgu cakap… “yg awk risau sgt ni kenapa.. ni adik awk mesej sy pagi2 tadi. Cube awk tgk:

… ‘cikgu, atiqah ni.. ckgu ingat saya lagi tak? Ckgu.. harini kakak saya nak test jpj.. ckgu tolong doakan kakak sy lulus ye.. sebab doa sorang ckgu tu berkat……’

Waaaaaa!!!! Memang bersemangat terus la. Trima kasih nyah! Sebab doakan kaklong… sampai mesej ke ckgu siap. Hehe beruntung kan alg ade adik yg terlebih sayang & concern kan kakaknyer ni =D thank u ! thank u! thank u!

Lepas je mendaftar, ckgu suruh ktorang [2 org anak murid ckgu yg test harini] duk depan cermin, tgk bebudak sesi 1 buat dalam litar… haishhhh lagi tgk, lagi debar… nak2 pulak tang bukit. Ade yg kene mengundur. Ade yg tak sempat undur da kene kuar! T_T perasaan mase tu Allah je yg tau…

Sedar2, nombor alg kene panggil. “No. 6, jalan!” –dengan segala macam doa yg tak sudah2 dari awal kuar rumah tadi… mata merenung tajam atas bukit depan tu… alg pon nek bukit dgn harapan kereta tu stop secanteknyer atas dalam line kuning. Tekan brek je. JPJ kat kiri buat isyarat ok! [mase tu … Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah!!! Trus aim target seterusnye ‘alg, tolong buat parking, 3 penjuru + jalanraya betul2… harini kite nak lesen ni. Kite nak lesen!.’ à smangat tak, bercakap ngan diri sendiri!. Haha~

Sib baik encik JPJ yg jage litar tu, garang2 pon bagi jugak alg lulus.. ^^, Sembang pon control garang lagi tu. Haha. And encik JPJ yg duk sebelah alg mase jalan raya, yg khusyu’ bersembang ngan alg pasal akhlaq remaja hari ini… syukur jugak luluskan alg. Dah la dapat kancil [sib baik bukan viva, sebab mase blaja gune kancil]. Memang kereta idaman nak kuar jalan raya. Nak2 pulak, dapat jalan 1 yg best.

Dan selesai je sumernye, memang rase nak sujud2 je kat jalan raya tu. Tapi tak buat la. Syukur tak sudah. Happy yg amat. Trus call ibu, Anta msg kat ayah, kat mama, kat encik fiancée, kat nyah… mereka2 yg mendoakan alg hari ini. Yg neves jugak kot tggu result test alg. Trima kasih sumer! Trima kasih doakan alg! Dan Alhamdulillah, rase cam memang harini double-relieve!!! Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. (^_______^)

p/s: encik fiancée dah mula berkhidmat di HTAA 10.11.2011 @ isnin yg lalu. So PJJ @ [pertunangan jarak jauh]. Moga2 2 tahun HO ni dapat ditempuhi dgn cekal + tabah + semangat yg tinggi utk berkhidmat pada yg memerlukan + gain skills yg diperlukan sebaiknya + dan moga Allah sentiasa melindungi, merahmati beliau & memberkati kerjaya beliau dgn limpah rahmat + kasihNya! ^^,


-cahaya petuNjuk-

Monday, September 26, 2011

:: Happy birthday and many happy returns!! ::

Cik Tunang,

Pada tarikh yang istimewa ini 26/9/2011, dan pada hari yang penuh makna, dengan rendah hatinya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-24. Semoga Allah merahmati diri dan umurmu selamamu di dunia dan akan terus melindungi dan meredhai perjalanan hidupmu.

Marilah kita berdoa kepada Allah yang Maha Agung agar Allah sentiasa memelihara jodoh kita sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga hayat dikandung badan.

Walau tiada kata sehebat bahasawan, walau tiada tulisan semanis madu, inilah kata-kata yang tulus lahir dariku.

Semoga dirimu sentiasa menjadi muslimah yang sentiasa berada di atas jalan keredhaan Allah.

<3 u

Encik Tunang

Monday, September 19, 2011

::sLamat haRi Lahir!::

Mr. Fiancee,
[yg tua seminggu dr saya... ^^,]

slamat hari lahir yg ke 24! tanggal 19 sept 2011. smoga awak sentiasa di panjangkan usia, dalam limpah rahmat & redha Allah. dimurahkan rezeki. diberkati hidup. tercapai segala cita2 & impian. bahagia dunia akhirat disamping keluarga. saya mendoakan segala yg terbaik utk awk dlm hidup ni. thank u utk 4 tahun ini. tahun2 sebelumnya (since 2001 katenyer) ^^, dan tahun2 yang akan tiba!!!. alhamdulillah. setiap saat yg berdetik buat saya lebih menghargai apa yg tertulis utk kita. smoga Allah tentukan yg terbaik utk kita. dengan restu dan iringan doa dari keluarga kita yg tercinta. salam slamat hari lahir!

p/s: sedetik lebih. lebih. dan lebih. <3
ikhlas,
Ms. Fiancee
^^,

Saturday, September 17, 2011

nak update blog snanyer. taPi tak terupdate2. T_T
mlm ni teringat bunga lily tiba2...

so... kite tukar lagu la !
[da tak mampu nak update blog kan] hehe
sedetik lebih, anuar zain ^^,

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


slamat malam!
esok2 lak try update =D

Wednesday, August 31, 2011

merdeka!

harini 31 ogos 2011. merdeka! [yg ke 54] ~
salam 2 syawal utk smua yg masih dlm mode beraya. moga2 haPpy & ceria2 slalu di samping mereka2 yg tersayang. sambil2 tu, hayati jugak semangat kemerdekaan. setakat mana kita dikatakan merdeka. kaitannya dgn diri kita yang diciptakanNya sebagai seorang "hamba-yang-merdeka".


p/s: 31 ogos = esok 1 september! =D
[mentang2 bday bulan sept, september je la yg alg suka. hehe]

Tuesday, August 30, 2011

::1 syawal 1432 H::

takbir raya bergema disana sini. di surau. di frekuensi2 radio. di saluran2 tv. hati dgn sendiri jadi ikut sama bertakbir. hati jadi sayu. mengenangkan ramadhan yg telah berlalu. 'terisikah ramadhanku?' 'apa mungkin ramadhan tahun hadapan, aku jadi tetamu ramadhan lagi?' 'mampukah aku gapai matlamat sebenar ramadhan... ? sebagaimana yg disebut dalam firmanNya, :wahai org2 yg beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa.. sebagaimana diwajibkan atas umat-umat sebelum kamu.. agar kamu bertaqwa. [2:183]". taqwa. lebih tinggikah darjat taqwaku dari ramadhan yg lalu?

ampunkan aku, Tuhan. ampunkan aku, Tuhan. ampunkan aku, Tuhan.
استغفر الله العظيم

...............................................................................

salam aidilfitri
mohon ampun dan maaf untuk segala salah dan silap
sama ada yg disengajakan atau yg tidak disengajakan
moga aidilfitri kali ini lebih bermakna dalam hidup kita
dalam musafir kita sebagai hamba
untuk menggapai rahmat & redhaNya

wallahua'lam,

----------------------------------------------------

-sekian, dari royal diaries-
p/s: masa semakin hampir. hati jadi neves.

Friday, August 19, 2011

::anugerah::

setiap kali lepas klas, most of the time la.. mesti saye akan sengih sorang2 @ takpon senyum sejuk hati. betapa setiap anak murid sgt2... org kate 'anugerah'.

setiap dari anak murid ni unik sgt3. ade je kerenah yg menyejukkan hati. sebab tu, saye lagi prefer ade klas, dari duk melopong kat ofis [time takde klas- sedangkan duk ofis banyak keje. haha]

dalam sehari... MESTI ade sthg yg saye belajar dari mereka.

saye sayang anak murid saye <3 [lambang da nak hujung sem T_T ]

p/s: sekadar entry ringkas.
+ tahniah nyah sebab da lepas ujian jpj
+ tahniah jugak encik tuan doktor sebab da lulus interview
+ 2 minggu satu hari <3

Thursday, August 11, 2011

::aLhamdulillah::

alhamdulillah. syukur. teringat petikan video ustaz asri tentang mencari sakinah. ramai org yg rugi kerana lupa untuk memanjatkan syukur atas nikmat yg telah kita ada.... sedangkan sarjana pernah mengatakan, darjat org yg bersyukur tu lagi tinggi dari org yg bersabar.. sebab bersabar ibarat kite 'terpaksa' bersabar.. setelah Allah timpakan ujian dan dugaan, baru kita belajar bersabar.... sedangkan bersyukur utk nikmat tu... jarang2 kite boleh lakukan. dah Allah tarik nikmat, baru nak minta balik. moga kita tergolong dlm kalangan yg sentiasa mensyukuri apa yg kite telah ada.

dan pagi tadi, alhamdulillah. Allah telah lindungi alg dari sthg yg buruk. moga2 lepas ni, alg sentiasa di bawah perlindungan Allah -lagi- amin. [untung belajar dari adik utk bawa al-quran ke mana2. tengah hati gusar tadi, trus kluarkan al-Quran dalam beg]

al kisah....~

7.20am. Huda [bukan nama sebenar] bergegas keluar dari rumah. dibelek jam tangan berkali-kali. 'ya Allah, tolonglah bagi aku sempat naik bas'. tanpa melengahkan masa walau sesaat pun, langkahnya di atur kemas. melangkah sepantas mungkin menuju perhentian bas. 7.25 am! sempat! 'nasib baik bas tak pegi lagi' Huda bermonolog. sudah menjadi rutin, kalau nak naik bas terawal, huda mesti berada di tempat menunggu bas sebelum 7.30 am.

pagi itu, suasana di tempat menunggu bas agak riuh rendah. Ada akak2 cleaner yg menunggu bas sekali dengannya bertikam lidah sesama sendiri. Huda sekadar memerhati. lagak 2 org akak cleaner dari negara seberang itu agak serius. masing2 mengeluarkan kata2 yang kurang enak didengar. sehinggalah sebuah motor berhenti. pemboncengnya, seorang wanita membawa salah seorang akak yg bergaduh tu pergi. [rakan sekerja agaknya] . suasana jadi senyap seketika. ibarat tamat drama yg mengambil masa sekitar 10 minit itu.

Huda memerhati dari jauh. mencari cari kelibat bas yang sepatutnya telah tiba. jam sudah menghampiri 7.50am. Huda bimbang. mana tak nya, seminggu dia perlu berada di ofis selama 38.5 jam. semalam... jam bekerjanya dikurangkan sekadar 4 jam, kerana di pagi harinya dia terlalu beria-ia mahu turut serta mengambil adik yg baru tiba di KLIA. sedang sibuk mengira jam bekerjanya setakat hari ke-3 semalam, tiba2 sebiji motosikal berhenti betul2 dihadapannya.

dalam hati, huda mengagak mungkin lelaki yg berhenti di depannya mahu bertanya arah.

Mr X: 'dik, tahu tak jalan nak ke dewan rafflesia utama?'

Ms Huda: 'itu kat dalam uitm kan?'

Mr X: 'a ah. saya nak ambil anak buah saya kat dewan rafflesia utama. adik tahu jalan nak ke sana tak?'

Ms Huda: 'En jalan trus, kluar ke jalan utama....[tiba2 kata2nya di potong]

Mr X: 'err.. boleh ikut saya dan tunjukkan tak?'

Ms Huda: [dengan lurus bendulnya menjawab] 'ha? naik motor? maaf la En. saya tak biasa naik motor. En ajak akak ni ke? [sambil tangan huda menuding ke arah akak cleaner seramai 6 org di kanannya]

Mr X: [buat gimik muka tak nak] 'ooo tak biasa naik motor ye? [diam skejap] 'hmm... kalau macam tu, saya balik skejap la ambil kereta'

Ms Huda: [apehal pulak mamat ni nak balik siap amik motor. bawa je la akak2 yg ramai ni + dalam hati, Huda dah kaget.. sambil tu otak bergegas cari alasan] 'takpe la Encik. saya tengah tunggu kawan saya ni'

Huda lega. jawapannya seolah2 mematikan hasrat lelaki dihadapannya. lalu lelaki tu bergegas pergi. "ALHAMDULILLAH!. Trima kasih Allah kerana menyelamatkan aku" huda tak henti2 bersyukur. dalam hati, pelbagai perasaan tidak enak muncul.
............................................................................................................................

tamat alkisah. sampai ke saat ini, hatiku masih tak tentu arah. kalo ikut style hantu mak limah... lelaki tu 'NAMPAK BENOR NIPUNYE...' sebab....

  1. agak2 la kalo nak tanye rafflesia kat mane pon. jauh lagi kot uitm dgn tempat alg tggu bas. 10 minit perjalanan dgn bas. kot ye pon nak amik anak buah, masuk la uitm dlu. then tanye la pak guard ke.
  2. tak tau uitm kat mane?? [tadi beriya nak balik amik kereta... maksudnye awak tu org sini la kan? BERTUAH la penduduk puncak alam tak tau uitm kat mane... sebab satu2nyer bangunan yg nak dimegahkan kat puncak alam ni adelah UITM, slain daripada econsave , mcD n petronas.
  3. oh ye, nak amik anak buah. [hari khamis.blum cuti lagi. tambah lak pagi2 ni klas full pakcik. nak amik anak buah nak bawa ke mana. ]
kesimpulannya. rase bersyukur yg amat masih terselamat. keduanya, duk takut yg amat. rase mcm da ade org yg 'aim' alg. cam da perasan alg asek turun naik bas g keje. tolong doakan keselamatan alg. wallahua'lam

p/s: thanx kak dayah sebab tumpangkan kite g keje tadi.

Thursday, August 4, 2011

::economics::

[oleh: cahaYa petuNjuk]
buka2 je yahoo news.. banyak benor berita terkini pasal us. obama. debt. budget cut etc. trus teringat zaman study dlu. asal ade je citer menarik, memang kene trus study.. if tak, alamatnye kene la dgn prof dlm klas.. da la klas memang berjalan sebab discussion hal ehwal semasa. if taktau, memang rase cam '''''apebende la budak2 ni sembangkan'''' @ [katak bawah tempurung]


beberapa petikan menarik...

"The difference (between 2008 and now) is that this is not only a currency and banking crisis, you have now a currency, banking and sovereign crisis," said Sylvain Broyer, analyst at European financial firm Natixis
klik sini --> yahoo news

"Congress needed to extend the country's $14.3 trillion debt ceiling before Tuesday, August 2, the date the Treasury Department would begin running out of cash to cover the country's bills. But Republicans and Democrats were deadlocked"

klik sini --> yahoo news jugak

satu fakta menarik pasal economy us adelah tang national debt @ hutang nyer. melampau habis. tak pernah2 menurun. sentiasa menaik. sampai la ni dah ade 'MATA TERKUMPUL' [ala2 kumpul point bonuslink @ realrewards] sampai ke $14.3 trillion........ pergghhhh~ taktau cane nak kire tah. trillion tu dah berapa banyak sifarnyer. tak caye? leh rujuk ngan detail b
etapa sentiasa menaiknya '''mata terkumpul''' ni kat sini --> us-historical debt outstanding

if bounslink takpe gak, leh claim hadiah ke kan. ni hutang menimbun mcm 'menabung' hutang. makin lama jadi bukit.

dah pasai pa la jadi camtu? sebab suka yg amat berhutang kot? kan statement yg diquote atas ni ade citer pasai debt ceiling. bende ni, bile di extend, maksudnya... u.s. membenarkan @ meng-positifkan ekonominya dgn mengatakan statement ala2 camni -->

''ala, $14.3 trillion tu kite boleh cover lagi.. jgn risau...boleh hutang lagi, limit hutang dinaikkan. kerajaan boleh berhutang ngan central bank lagi utk spend money kat rakyat. supaya rakyat berbelanja dan menaikkan pertumbuhan ekonomi" ~

nampak tak? blom lagi? u.s. national debt sentiasa meninggi sebab
:

kerajaan sendiri nak kurangkan hutang tu, BERHUTANG ngan central bank. bile nak langsaikan hutang - dgn hutang jugak- tu yg jadi DOUBLE PROSPERITY BURGER. eh bukan =D tu yg jadi double2 hutang. [naik lagi national debt]
tak ke mata terkumpul namanyer tu. nak settlekan hutang, gune hutang. dah tu yg keduanya, pasal interest yg tinggi utk pemiutang. mata terkumpul makin membukit sebab campur ngan interest rate.

asal teringat u.s. nyer natinal debt je, alg akan teringat saranan prof yg mengajar dlu. prof tu sampai dah malas nak cakap dah. sebab takde org nak dgr. satu je solution yg praktikal. nak dicomparekan dgn menyelesaikan hutang dgn hutang, adelah dgn DEBT RELIEVE

"Without debt relieves, my prediction is that, firstly the world would experience serious inflation in the coming years, affecting all economies, with the poor nations being the hardest hit. Price of all commodities, including grains like rice and wheat, can be expected to skyrocket even though the recession itself may bring down the price of things like properties, cars, financial assets etc. Secondly, the crisis would continue to spread worldwide
"
klik --> Prof Kameel [pejuang gold dinar]

prof dah bercakap pasal ni sejak tahun bila tah. taPI sebab takde penyelesaian yg mengambil kire debt relieve... sampai la ni... masalah hutang us tak selesai2. debt relieve yg prof maksudkan adalah dgn melepaskan @ meng-cancelkan je hutang2 yg ada sebab interest tu. mereka2 yg berhutang ni [gov ke, household ke, business ke] just bayar principal amount je. Pinjam $1million, bayaq la balik $1million. tak perlu la runsing2 nak cari jalan camne nak settlekan hutang2 yg disebabkan interest tu. sebab nilai tu tak wujud pun snanyer. [pinjam $1million, sibuk nak pikir camne nak suh peminjam settlekan $1.5million]. dah dalam krisis kan. slesaikan je lah mana yg penting dlu. at least bernafas jugak ekonomi tu.

kenapa kite perlu kisah? sebab last2 effectnyer kene kat kite jugak. tak kire ape pon profesion kite...., ekonomi berkait dgn smua org. effectnyer mampu menjejaskan semua org. lagi2 yg dlm kategori 'miskin bandar'. susah nak bernafas bile sumer bende naik rege[harga]

fuh. lama gak tak cakap nada ekonomi. asek cakap nada ustazah je. hehe. puas hati. =)
disertakan dalil berkenaan konsep yg berkait dgn debt relieve @ qard hasan. details qard hasan, boleh rujuk encik google =) wallahua'lam~

"siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), Maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan" [2:245]

"It is reported that the Prophet (saw) said, "in the night of the journey, I saw on the gate of heaven written, 'reward for sadakah is ten times and reward for qard al-hasan is eighteen times'. So, I asked the angel, how is it possible? The angel replied, "Because beggar who asked had already had something but a loanee did not ask for loan unless he was in need." [Ibn Hisham & Ibn Majah]

"hadith reported by Abu Hurairah (R), the Prophet (s.a.s) said, "whoever relieves a believer from a difficulty in this world, Allah will relieve him from his difficulty and Allah will facilitate him in this world and world hereafter." [Muslim]

Saturday, July 23, 2011

::monoLog::

"we are star who keep our path brighter each day"

...and we'll always do..
...kan?..

-cahaYa petuNjuk @ 0122hr-

Friday, July 22, 2011

di antara dua kasih- U.N.I.C

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang

Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi

Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih

Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk dipelihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan

Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya

Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai

Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

-maaf-

Monday, July 18, 2011

::nikmat::

assalamualaikum wrb. mggu ni memang minggu yang teramatlah boring rasenyer kat ofis T_T sebab budak2 ni cuti seminggu. jadi, ustzh ni tak dpt nak tengok kerenah anak2 muridnyer yg standard kanak2 ribena taPI akal excellent mengalahkan albert einstein. lagi2 tang nak menjawab tu. kreatif yg amat. [mode rindu kat anak murid] tapi, boleh la gunekan masa yang ada ni utk menyiapkan soalan midterm, mengemaskini markah budak2 ni & prepare lecture akan dtg ni.

sementara tu, nak update sket diary ni =D

alhamdulillah. alg da dapat lesen L (bangge la sket. haha). slamat dah undang2 komputer yg mcm nak exam final tuh... & 6 jam teori + amali. lepas ni klas tiap hujung mggu 2 jam. sejam masuk litar. sejam lagi jalanraya. tak sabar nak bawa kereta & tak sabar jugak nak pandai bawa kereta.

pastu mengajar plak. sedar tak sedar dah masuk sebulan setengah. alhamdulillah. pagi tadi borak2 ngan ibu. ibu kate, alhamdulillah la kaklong dapat keje kat sana. cube bayangkan org yg keje kilang. at least keje lecturer dapat jugak rehat [ade mase nak duk ofis. bukan kuliah 24 jam]. ni org keje kilang, cube bayangkan start je keje.. trus keje sampai la waktu rehat... baru mesin berhenti. keje yg produktif. pastu sambung keje balik. uruskan produk.. sambil berdiri lagi...

kadang2 jugak, if merungut pasal keje.. ibu akan kaitkan jugak dgn pekerja kat tempat2 construction. keje penat. berpanas . nak cari rezeki. siap keje berat lagi. apela sgt penatnyer lecturer dgn org yg membanting tulang 4 kerat. nak cari rezeki. kan. alhamdulillah. biar ape pon pekerjaan kita, biarlah niat ikhlas kerana Allah dan biarlah dari sumber yg halal. tambah lagi, kalau kite terasa betapa bergunanye kudrat kita utk dapatkan gaji.. tu yg lagi2 berbaloi. bukan mcm downline upline segala yg rekrut org gune duit tu je ye. =D

setiap keje ade cabarannya. keje2 yg menyibukkan kite ni, biarlah ade ganjarannya didunia & akhirat. bukan sibuk untuk dunia je. biar penat bekerja. biar lelah kudrat & tenaga. taPI pastikan lelahnya kita, penatnya kita tu berbaloi jugak di akhirat. sebab rehat bagi seorang mukmin itu setelah kakinya menginjak ke syurga. wallahua'lam

lagi.. update pasal pemilik diary ni hat yg sorang lagi . beliau balik dah. tak pegi2 jordan dah kot rasenyer. ^^, tapi taktaula. katenyer hati beliau masih di jordan. [ehem]. moga Allah tetapkan hatinya utk berkhidmat kepada masyarakat dgn seikhlas hati. habis dah study. skang ni nak berbakti pada masyarakat plak.

alg dah habis countdown 2 org yg nak balik msia [ireland + jordan].. ni tinggal hero sorang lagi nak sampai ramadhan ni. baru terasa lengkap nak amik mode berpuasa. moga2 test adik yg kat mesir ni excellent. amin.

itu je kot utk update kali ni. moga Allah memudahkan urusan kalian. berjaya dunia akhirat [dah terbiase doakan utk anak murid camni] ^^, wallahu'alam

-cahaYa petuNjuk-


p/s:
Hadith Nabi SAW : " Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa kedua ibu ayah ku, berkatilah hidup mereka, sihatkanlah tubuh badan mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah mereka dari sebarang bahaya, Dan lindungilah mereka di dunia & di akhirat, Amin

Wednesday, July 6, 2011

::hutaN & iLmu::

dulu masa degree, lecturer favorite alg: Prof Arif pernah berkata... utk kta mengkaji dan menerangkan tentang sesuatu hutan belantara.. ada 2 cara. samaada cara yg pertama = kita naik helikopter dan tgk keseluruhan hutan belantara tu. ataupon, cara yg kedua = kita masuk dalam hutan , berjalan kaki. meredah setiap pokok2 yg ada dalam hutan tu utk menerangkan setiap jenis pokok yang ada dlm hutan.

mcm tu jugak nak diibaratkan mcm mana kita punyer pemahaman tentang sesuatu ilmu tu. ada sesetengah yg naik 'helikopter'. ilmunya meluas. fizik dia tau. kmia tau. bio tau. pendek kata terer sains. pastu sastera pon dia tau. politik. kemanusiaan. sejarah. segalanya. taPi sebab 'naik helikopter', ilmu yg dia ada dari setiap bidang tu cume permukaan je. sebab nak jadi excellent dlm segala mcm bidang =)

sesetengah yg lain pulak, jenis yg suka 'berjalan mengkaji setiap jenis pokok dlm hutan'. kalangan manusia ni jenis yg specialize dlm sesuatu bidang. contoh doktor. time spm amik sains. ijazah amik kedoktoran. pastu jadi specialist bidang yg main spesifik cth 'cardiology'. makin lama, makin spesifik. makin pakar.

kenapa alg duk sibuk2 nak kaitkan ilmu dgn hutan? pasai pa la duk teringat ape yg prof penah habaq dlu? sebabnyer.... memikirkan title 'ustzh' yg alg ade skarang ni. mule2 macam takleh terima jugak [even beria nak keje kan]. taPI bile pikir2 balik...., alg ni dah macam kalangan manusia yg 'naik helikopter' tadi. dlu sekolah penah amik sains. pastu melencong sastera. ekonomi. konon2 nak master ekonomi. skali tang keje, dapat lak ustzh. perghh cam 'naik helikopter' kan?

yg bestnyer, ustzh ajar tasawwur. mengajar budak2 asasi sains ngan engineering. pastu agak2 budak nak kenekan ustzhnyer gune istilah sains memang tak dapat la kan. =) [sib baik penah amik sains] hehe~ dan perkara yg bestnyer adelah, bile jadi ustzh ni, sedikit sebanyak terasa sgt tang 'tanggungjawab sebagai ustzh tu'. memang bak kata nabi dlu.. kalau nak betulkan org lain, diri sendiri kene betulkan dulu. memang title ustzh tu ibarat cam 'medan tarbiyah' terbaik utk diri alg. T_T

Ok itu je utk tajuk ni =) agak2 kalian style yg mana dlm menuntut ilmu? hat yg berjalan kaki ka, hat yang naik helikopter? ^^,

p/s: 27 rejab lepas, isra' mi'raj.. bile revise balik pasal isra' mi'raj... rindu kat nabi muhammad s.a.w.... terharu bagaimana nabi mendapat jemputan dari Allah, sebagai seorang 'kekasih' utk menghadap Allah. dlm masa tu nabi sedang bersedih [antaranya kematian khadijah, abu talib dan tentangan yg hebat dari org2 kafir]. [bayangkan kite tgh sedih2, tibe2 kekasih memujuk dgn dijemput menghadapNya] allahu rabbi~

++la ni dah masuk syaaban, jom pakat2 persediakan diri menghadapi ramadhan! wallahua'lam~

Friday, July 1, 2011

duta malaysia di irbid =D

Skadar update pantas dan copy link. =D

klik sini----> THE JORDAN TIMES

COooooL tak? ade duta malaysia di irbid. ~

*ok. nak sambung keje. ade klas 10.30am
*esok nak test undang2 --> semata2 nak dapatkan lesen 'L' [baru nak amik]
*keje memang best. sampai anak murid tanye
'ustazah, pasai pa kita habis klas awal sgt'
*(sedangkan sejam 50 minit tu pon jenuh dah cari idea nak share macam2)
*harap2 minat belajar tu kekal sampai ke akhirnyer.
*ustzh nyer pon jadik seronok nak ngajar hari2 =)

**berita di update oleh = cahaya.Petunjuk**

Friday, June 10, 2011

::2nd week::

alhamdulillah, alg masih berjaya bertahan utk mggu yg ke-2. alhamdulillah jugak, alg suke yg amat dgn suasana kerja. smua yg ada sekeliling alg, baik2 belaka. ye la standard ustaz2 ustazah2 kan. [kecuali alg kot?] heee~ alhamdulillah [lagi] utk anak didik anak didik yg bertuah. alg slalu terfikir b4 ni, agak2 kalau alg jad lecturer mcm mana la keadaan anak murid alg. kalau yg terlebih 'lemak berkrim disukai ramai' memang mudah la sket nak ngajar. and kalau yg 'terlebih masam manisnyer' memang mencabar jugak tanggungjawab alg ni. tapi yg mencabar tu la yg paling bnyk mengajar alg. [teringat smktdh 1 dlu] pentas pengalaman yg terbaik! (^^,)

2nd week. cerita pertama mestila tentang student. student kat sini, asasi sains n engineering memang hebat2 belaka. puratanya kalau tanye skolah mesti sebaris dlm klas dari mrsm, sebaris lagi dari sekolah sains. nak2 pulak bile ngajar tasawwur ni ... alg tanye sket pasal cerita2 dlm alquran, smua laju je jawab. alhamdulillah. bagus jugak alg ade kat sini. sedikit sebanyak, terasa mcm dalam program usrah yg kat uia dlu. dlu kat uia sempat join usrah mase awal buat degree je. then masuk hujung tahun dgree n master, smua tu dah digunekan sepenuhnya utk tutor dan research assistant. tiap2 kali masuk klas, memang alg berdoa sesangat moga perkongsian ilmu [perghh] moga perkongsian ilmu ni bermanfaat utk alg dan jugak student. agama kan. smua org pon kene tahu. bukan ustaz@ustazah je. taPi semua org islam. kadang2 anak murid lagi hebat. sheikh2 belaka. [alhamdulillah. kerana Allah beri peluang alg berada disini. ]

taPi dalam yg hebat2 tu, ade gak yg nakal sebijik dua. selama alg dlm bidang pendidikan ni.. [ceh mcm da lame je]. tak penah2 lagi anak murid@ adik tutor@ sesiape saje yg berani kenyit mata kat alg. fuh, isnin lalu.. tgh alg duk explain kat depan.. boleh pulak sorang student ni men kenyit mata ngan lecturer dia nih. takpela, alg assume dia sakit mata jek. smalam lak, dlm lif.. [agaknyer alg ni takde rupe lecturer kot.. masuk lif tu mcm same je ngan student2.]

cerita sterusnya, rumah sewa!!! hehe, alg sgt suka yg amat sgt amat suke! [ha kan dah cam ayat tah pape.] nak kate suke yg amatnya tu sebab duduk menyewa bilik dekat tingkat atas taska! kalau alg balik awal [ lepas kul5 ptg, b4 kul 7ptg] takpun, mase trun tingkat bawah nak g keje pagi2... sempat la jadi baby sitter jap. men ngan budak2 yg comel2. paling comel 2 beradik [lelaki] anak cina ni. mata sepet2, taPi rajin yg amat salam tangan alg. hehe comel! nampak alg je, trus salam cium tgn ^^, kalau pojun tau ni, habisla alg . haha.

cerita kerja. org baru ni, senior2 harapkan & expect lebih sket. baru2 ni meeting utk pembinaan soalan. masing2 dibagi tajuk n topik. then mama [seorang lecturer snior kat sini] kate, "ha, kalau boleh hidayah buatla lebih sket utk set2 soalan ni. org baru n fresh lagi, mesti soalan best2.". hmm alamatnyer kene berusaha utk capai expectation. bile kite senangkan hati org lain, hati kite sendiri pon senang kan. =) pastu utk sem ni, alg ngajar 9 klas. total jam mengajar seminggu 19 jam. jumlah student alg 259 org. satu klas subjek diploma nursing. yg lagi 8 klas tu campur2 dak asasi sains n engineering. kat sini waktu keje flexible. taPi sminggu kene cukup 38.5 jam, sehari kene ade kat ofis min 4 jam. memandangkan alg ni bujang. duk umah sewa pon takde ape sgt. so, banyaknyer sehari alg habiskan 10jam kat ofis. mana tak nyer, 3 hari klas 8.30 sampai 10.20... pastu gap.. sambung balik kul 4.10 sampai 6 ptg. [duk umah pon @ dtg lewat ke @ balik awal ke, takde beza pon.. bek duk ofis kan. lagi senang buat keje. hehe sementara boleh tumpu pada kerja sepenuhnya]

itu je kot dlu stakat ni. kesimpulan umumnya, alg memang bersyukur sgt3 dgn apa yg alg ade harini. alhamdulillah. rase mcm dah lekat. n nak sambung2 kontrak lagi. cumenyer, sayang jugak nak ngajar ekonomi. takpe, buat mase ni alg gunekan spenuhnya kudrat utk cita2 alg disini. kate student alg "uitm dihatiku, ustazah.." =) dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. wallahua'lam. wassalamu3alaikum warahmatullahi wabarakatuh~

Thursday, June 2, 2011

:: A Victory ::

Gambar rakan-rakan seperjuangan.
(Credit to Aiman Rosli, rakanku di JUST, Jordan)

Alhamdulillahirabbil3alamin. Segala pujian hanya bagi Allah. Setelah 6 tahun berhempas pulas di bumi Jordan ini, akhirnya berjaya aku pulang membawa segulung ijazah Medical Bachelor and Bachelor of Surgery (MBBS, JUST). Begitu banyak kenangan manis dan pahit yang terpahat di bumi Jordan yang telah berjaya mematangkan diri ini dari datangnya dulu seorang budak kecil sehingga kini sebagai seorang dewasa yang pulangnya mahu berbakti pada agama dan bangsa. Ya, ini adalah tangga pertama yang wajib dilalui oleh semua graduan2 perubatan sebelum melangkah ke kehidupan yang lebih mencabar dan penuh ranjaunya. Doktor2 yang dah berpengalaman selalu mengatakan, ‘you’ve just done the easiest part’. Aku setuju namun biarlah masa hadapan itu ditentukan Allah dan kita perlulah berusaha dan sentiasa berdoa kepada-Nya agar sentiasa yang terbaik buat diri kita.

Kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan pada mulanya hanyalah disebabkan cita-cita, 3 tahun pertama tanpa didedahkan dengan dunia klinikal hanyalah ibarat belajar teori masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Masuk exam berharap lulus sudahlah. Namun semua persepsi itu berubah bila diri ini didedahkan dengan dunia seorang doctor sebenar. Berkomunikasi dengan pesakit, rakan2 sekerja, guru kita dan staff2 hospital. Dihormat dan didoa oleh pesakit agar kita terus berjaya, guru2 yang tidak menampakkan penatnya untuk mengajar kita yang kurang ilmu perubatan ini dan rakan2 yang sentiasa membantu di dalam kesusahan dan kesenangan. Bermula dari saat inilah, saat klinikal aku belajar bukan sekadar untuk lulus sahaja namun untuk cemerlang dan juga kebaikan pesakit bilamana aku bekerja nanti. Ya, setelah 3 tahun prestasi aku dalam peperiksaan membanggakan. Belajar dari pengalaman dan ditambah dari pembacaan membuat ingatan lebih kuat. Semua kesalahan yang dilakukan membuat kita rasa bersalah sekiranya kesalahan kita pada kali ini akan memberi impak pada pesakit kita di masa hadapan. Itulah yang sentiasa bermain di dalam fikiran ini sejak bermulanya alam klinikal.

Dan akhirnya, semoga berjaya kepada adik-adik dan rakan-rakan yang masih lagi dalam perjuangan menamatkan dunia sebagai seorang pelajar perubatan. Moga kita sama2 berdoa agar Allah sentiasa bersama kita, memudahkan segala urusan dan dilimpahkan rahmat dan juga nikmat. Insya Allah, akan datang manisnya nikmat kejayaan setelah meletakkan usaha yang berganda-ganda.

‘Dunia medic bukan mudah, memerlukan jiwa yang kental dan usaha yang berterusan’

Dan akhir kata, Selamat berjaya juga kepada semua yang lain. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa mendapat rahmat dan redha Allah. Bukan hanya utk kejayaan duniawi tapi juga ukhrawi. Kejarlah akhirat nescaya dunia akan mengikutimu, tapi barangsiapa yang mengejar dunia, akhirat pasti akan meninggalkanmu.

Dr. Izham