Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

[ Love is Complicated ]


Smile.
Sad.
Speechless.
Frust.
Happy.
 Dissapointed.

That is..

L O V E.

Sunday, May 01, 2011

[ A message for you ]

I want to talk to you and gets things straightened out, but I don’t because I know that if you have something to say, you’d just say it. I still haven’t heard from you and I probably won’t until I see you again. Just realize that you can’t run from your problems. Karma is faster and it’s coming for you!

Friday, February 04, 2011

[Penat owwwt~]

Assalamulaikum everyone.

setelah sekian lama aku tunggu idea nak apdet belog ni, skali hamik kau. 
jap. aku cite satu2 eh. 

Today aku bercadang nak g Plaza Low Yatt,  Malaysia's Largest IT lifestyle Mall kononnye..

Okay, bangun kul 730 am.
Siap2. breakfast 2 ketol karipap tanpa minum.

Mak hantar naik bus dekat Kuala Pilah Pukul 9am.
Berhimpit-himpit dgn mat bangla. haih~
Oh ye, aku berdiri ye dr Kuala Pilah ke Seremban.
Mengambil masa sejam sebab bus berenti2..
even bus da padat pun, driver still baik hati nak angkut gak smpai lebeh muatan. haih~

Sampai Seremban dalam pukul 10am. 
Terus beli tiket komuter g KL Sentral.
Semangat2 je naik coach wanita, tetiba penuh jugak. 
And ada bukan wanita juga ye dlm coach tu. 
muka tak bersalah je masing2. cess,
Aku xdapat seat. 
Justeru, dgn tabahnye la berdiri sambil buat muka toya kat tepi pintu bersandar kat cermin sebelah seat tu. 

Sampai je Stesen Nilai, org makin ramai. 
Mat2 Bangla, Vietnam, Kemboja tak reti BM/ English men terjah je coach for ladies. haih~ kenapa xde polis yg jaga harini eh?

okay, Stesen Bangi menambahkan kesesakan. 
Aku diasak dgn dasyat sekali!
Tapi okay lagi kalini.
 Ade ibu muda dukung baby. 
Baby dia baru bape bulan je kot.
ouh comel gila! 
Baby tu suke tengok aku. haha. perasan!

Sampai stesen Kajang, ni paling extreme!
Aku rase xleh masuk da kot coach tu. 
bukan utk wanita je dah, male/female pun dah sama banyak. 
Adegan himpit menghimpit, asak mengasak secara dasyat.
Aku rase kurus sikit. haha.

Aku xkesah woi ko nak tolak aku ke apa, camera aku kot dalam bag ni takot jahanam!!!
Sampai satu tahap, aku xleh tahan sabar dah.
Secara spontan terkeluar dr mulut aku,

" Woi, jangan tolak lah! ko nak pegi mana?" "Ya Allah3x."

ditujukan kat 2 wanita yg aku xtaw dr negara mana yg pastinya xtaw ckp BM la sebab aku sound td dia buat dunno je. 
pastu bantai borak bahasa ape ntah!!

overal, 7 stesen aku dihimpit. 
rase kurus n lemas gile kot!

Sampai KL sentral almost 12. huhu.

Jumpa org tu, n terus g kat Monorail. 
Aku trauma tuk berhimpit ag. Duk la mengomel itu ini dekat org tu. haha.
Org tu kan sabar je..
Sekali mmg betul, agak ramai. 
Org tu cepat2 nek n cari seat tuk aku. haha. =p~~

Tak lama pastu sampai la destinasi yg dituju, Plaza Low Yatt. 
YEps, memang banyak kedai tutup. lengang. 
tapi xpelah. aku nekad, kalo ade rezqi, ade la. xde, xpe.

Aku g level 2, memang barang2 kamera je yg ade. 
HMmm.. 
kedai beli kamera Aliaa aritu tutup, xdpt jumpe Adaha (promoter cam Aliaa + filter Dya). xpelah. g cari kedai lain.
Usha punya usha, today org duk promote kat aku filter ED, harga RM180 xnak kurang. 

Aku nak cari filter Hoya ori. 
Aku belikan Dya punya haritu RM100 je, tapi today org kedai tu paling2 boleh bagi aku, RM150, tawar ag last price RM120 je???  
aku tanak beli!!! 

Puas jalan2 kedai atas tu, kitowang turun. 
jalan2 kat ground floor plak. Kalini aku malas tanya. 
Aku mintak org tu tanya memandangkan dia sangkut cam aku kat leher dia. hahaha.

Dia tanya dua buah kedai. 
satu kedai tu bg Hoya xori, harga mmg murah la.

Satu ag kedai memang-xleh-belah.
Pangkat makcik kat ktorang. 
Melayu.
Pakai jeans, T-shirt tuck in. 
Rambut pendek ala2pengkid. 
Cakap hebat2 n gempak2 budget bagus n best. 

Org tu: Erm..saya cari filter. Ade tak?
M-M-P: Ade. nak cari filter ape?
Org tu: Filter Hoya. size 55.
M-M-P: ouh, apa kata try guna filter ...........(aku xigt la apa nama dia, brand kedai tu la.xkenal langsung pun brand tu)
Org tu: Best ke pakai tu? ape advantange dia?
M-M-P: kalo siang leh pakai tu, malam bukak yg tu, pakai ni..harga RM180, dapat dua. nak tengok tak?
Org tu: eh, xpelah. Hoya ade?
M-M-P: Ade. harga paling2 boleh bagi RM150.
Org tu: mahalnye. xleh kurang lagi?
M-M-P: eh dah habes murah tu.
Org tu: Kurang la lagi.
M-M-P: ok. RM120. 
Org tu: Rm100?
M-M-P: jap. saya check.

sambil-sambil tu aku n org tu bincang2..

M-M-P: oaky ni filter dia. nak pasang?
aku: eh, saya nak tengok kejap. (okay..hmm..xori. ko nak tipu aku eh? harga ko bg harga ori kot)
Org tu: eh xpelah, xjadilah.
M-M-P: eh, apesal pulak. td u kata okay. I dah bagi harga yg U nak.
Org tu: Xpelah, saya taknak.
M-M-P: Eh Mana boleh camni. I dah cari kat kedai sebelah. I kluar RM 110 nak bg u RM 100. td U setuju nak beli.
Aku: erm..sebenarnye tadi saya nak tengok dulu.
M-M-P: tadi xcakap pun nak tengok dulu. mana boleh camni. U pergi settle kat kedai sebelah.
Org tu: Kenapa xleh tengok2 dulu?
M-M-P: erm..U nasib baik kena dengan I, kalo kat tingkat atas, mesti U dah kena tumbuk...

aku n org tu diam je..muka masing-masing buat2 cuak. haha
pastu blah je.


pastu aku geram. Duk mengomel lagi.

aku: eh macam bagus je makcik td. agak2 la nak tipu org pun. igt aku bodoh sgt ke senang2 nak tipu cmtu?
org tu: eleh, sbenanye kan, td dia xbeli pun kat kedai sbelah tu. makcik tu pengkid kan?
aku: ha'ah la.hahahaha. ade hati nak tumbuk org. igt aku n org tu lemah ke hah?
aku: suka hatilah, nak beli barang, nak tengok2 dulu. dapat plak dekat org cerewet, memang lah!
aku lagi: ey, org kalo nak beli orang pun, tengok dulu la!!

org tu: hahahhaha. jom pegi makan jom!!!



makan kat wendy's. 
Org tu promote kata burger dia kemas.
haha. ntah pape je. 
aku makan xhabes.muak. 
fries pun xleh lawan carl's. 
hehe. 
pastu g makan tutti frutti.

usha2 baju org tu, xbeli pape pun. cerewet gila. haha.


kul 4 gerak balik KL Sentral sebab takut smpai malam plak kat umah. 

Sampai Batu Kikir pukul 8malam. 

mak risau. 
call2 xdpt. 
relax ah mak. 
fon org mati. hehe

Pastu ikut abg g beli KFC. 
berdiri lagi beratur sebab line panjang nak mati. 
Kul 9 sampai umah. Mandi2, makan dengan lajunye. lapar. --!





gambar hiasan je. =p~

Foot notes: Please la respect org muda. aku layan makcik tu baik je. innocent je. tapi jangan ingat aku xde ilmu.

Monday, December 27, 2010

[ Friends ]

Salam everyone.
Eventhough emosi aku tidak berapa stabil utk sehari dua hari ni, namun aku boleh katakan yang aku punya ramai kawan utk support jatuh bangun aku.


Ramai yang concern.
Ade yg text, YM tanya wat happen, Facebook dan tak kurang juga di Twitter.
Thanks all!!


Antara pesanan-pesanan ialah:

"Sabar Dill."

"Be strong.."

"Jangan pk dye ag.."

"Jom kte g theraphy next week!!"

"Sabar, kitorang ade ni.."

"Siap la dia.."

"Relek la Dilla. Jangan sedey2 sgt. Ko kan kuat je. bape lama ko stay single? So, bertabah la sket. And be prepared for everything. strengthened ur heart. aku nasihatkan, prepare for da worst. Ingat ko ade kawan2 yang support ko, confirm bukan aku sorang je. Jom pegi men tembak2!! haha"




Footnote: Thanks for being my friends!!

Sunday, December 26, 2010

[ Pain ]

Sick of crying, tired of trying..yeah, I am smiling but inside I am dying..



Sometimes when I say "oh I'm fine",
I want someone to look me in the eyes n say tell me the truth..

[ Frust ]

" Nape awk? Skrg sy kat punck bukit botak"

Itulah 1st text message yang aku tunggu-tunggu selepas semalaman tiada khabar berita.
Namun, aku tak punya kekuatan untuk membalasnya..

Mungkin awak tak faham dan tak tahu keadaan sebenar. Biarkan..
2 lagu di bawah ini akan mejelaskan situasi sebenar.
Terima kasih, awak.



[ Hurt ]


Kenapa awak sanggup buat saya macamni?
I need explaination.




Takpelah, terima kasih!



Saya harap awak okay je.
Kembali pulang dengan sempurna.



Footnote: Feeling bad. Sorry, I can't make it. =(

Wednesday, December 08, 2010

[ Memories ]

Hati berbunga riang.
^^,

Lirik Baik Baik Sayang - Wali


Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Back to Reff:


Kenapa tiba-tiba lagu ni?
Entahla..
just i like this song.
=))


Ex-roommates KC 434.
 I miss y'all damn much.
--!


 rindu nak g Berkelah Waterfall!








footnote:

  1. Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose.  ~From the television show The Wonder Years
  2. We do not remember days; we remember moments.  ~Cesare Pavese, The Burning Brand
  3. Things that were hard to bear are sweet to remember.  ~Seneca

Monday, December 06, 2010

[ Fenomena Biasa ]

Salam everyone.
Selamat menyambut maal hijrah!! ^^,V

Semoga dengan melangkahnya ke tahun baru 1432H ini, bertambah keimanan dan amal ibadah memandangkan usia kita semakin hampir ke penghujungnya..Who knows kan andai ini tahun terakhir untuk kita hidup. Jadi, perbanyakkanlah amalan yang membuahkan pahala, kurangkanlah tabiat yang membawa kepada dosa besar mahupun dosa kecil atau dosa kering sekalipun. Nasihat buat kawan-kawan agar bersamalah kita menjaga awrah, muamalat, dan perbualan (no umpat-mengumpat). Perbaiki diri, hiasi peribadi agar menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik daripada semalam.

Okay, tahun 1431H yang lalu banyak mengajar aku erti hidup. Banyak suka-duka yang kutempuhi, banyak ilmu yang kupelajari, banyak jua pengalaman yang kutimba dan banyak juga liku-liku kehidupan yang ku lalui..ceywah~~ Tapi secara overall, aku sendiri tidak berpuas hati dengan pencapaian aku setakat ni. Pernah terniat dihati ini agar ingin berubah namun ternyata perubahan itu memerlukan usaha dan tekad yang kuat. Andai tidak disemat kemas-kemas di dalam diri, maka hanyutlah engkau bersama angan-anganmu. So, untuk 1432H ini, aku ingin teruskan azam aku yg tidak kesampaian itu. Bantu aku, bimbing aku ye kawan-kawan. 

Perghh..ayat tak bleh siot. bunyi macam aku dah melakukan sesuatu kesalahan yang telah melanggar undang-undang akta negara!! Takla. manade. Cuma aku ingin menjadi lebih baik daripada sekarang. Baik interm of..hehe. faham-faham jela ye.

1431H melabuhkan tirainya dengan aku sibuk menge-check result sem I 2010/2011. UIA kata boleh check after 4. Dalam pada aku tak nak amik tahu sebab nervous kemain-tak-ingat-dunia-punya, aku countdown jugak. Jam 1500, butterfly dalam perut aku dah menari-nari. cesss..Tepat jam 1600, aku bukak IIUM portal. Aku hit button refresh berkali-kali. Sampai pening kepala dah. Aku kalo nervous mula la perut meragam nak terber_k. haha. oppss..tak berapa senonoh sikit ye. maaf la. ^^,

Then ade la dalam sengah jam percubaan hasilnya:

hahaha...
Teruskan berusaha ye rakan-rakan sekalian.

Lepas tu aku tolong check Nani (one of my bestie) punya result. hadoila..
Aku memang tanak tolong sebab gile psycho kalo tengok result dia sebab dia ni memanjang la dean's list oiii..Tapi disebabkan kasihan aku tolong jua. Ternyata tidak menghampakan dia, tapi mata aku menanah la tengok. *.* Seriously serious rase nak photoshop je result dia, buh nama aku, matric num aku. hahah!!


Takpela, rezqi dia kot. Rajin. 
Aku ni main je taw..
wuwuwu..

Nani, ko ajar aku ey nanti. =))






Footnote: menghitung hari nak pergi Kelantan. 
Yeayyyy!!!

Saturday, December 04, 2010

[ For you! ]

Salam everyone.


Entry kali ini mempunyai unsur-unsur emo sedikit.
Sudah aku beri amaran awal2, so-thus-jadi-maka, 
kalo x suka, boleh la melangkah pergi. =)



 aku confident!

Sebab aku taw [you-know-who-you-are] selalu je usha blog aku utk tahu perkembangan semasa aku kan??
kau senyap-senyap je..

tapi, 
ingatlah..
Ingin aku memetik sedikit kata-kata pengajaran ini agar kau sedar.

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :
    i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
    ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
    iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
    iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)
 Sabda Rasul S.A.W.
  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
  (Riwayat Baihaqi)


p/s: Ingatlah..duit yg kau pinjam dari aku tu, adalah duit peninggalan arwah ayah aku tuk aku meneruskan pengajian..Fikirlah sendiri.

Tuesday, September 07, 2010

bad effect of exams

Salam everyone..
huu~ 
sudah lama rasenye tidak ku coret apa2 disini.

yea! 
seperti tajuk di atas..
sebenarnya..i got straight exams las week..
so..study last mins..
biasalah~
effect dr itu ialah, 
my biological clock sudah huru hara~~

see..
now at 4:09 langsung xmengantuk!
hmmm..trying to sleep~
daaa~

esok sambung lg post..
dah ade mood nak berblogging semula~ 

yeah!!!

Saturday, June 26, 2010

[ kena marah ]

Assalamulaikum everyone.

saya kena marah dengan emak.
tadi la..mak kata..

" ko balik umah ni je, bil api melambung tinggi"

ish..aku xblk baru tau..--!

tp xsalahkan mak aku jugak ckp mcmtu.
adek aku plak siap tunjuk bil. aku tgk..

hmmm..RM 81. not bad..hehe..

banyak tu utk umah aku! bende ni jd sebab..
aku balik umah keje aku mengadap lappy, online lama2.
sebab aku explore bende baru almost everyday. ade je mnde aku buat.
tp berfaedah bagi aku. hehe.
so tambah la bebanan letrik kat umah aku ni.

anyway, yela mak. org nak balik campus dah pun Isnin ni. 
--!


pintu gerbang UIAM Kuantan Campus.


Wednesday, June 23, 2010

[ sorry ]

so sorry to:

  • Masak kicap ( xkesah samada ayam ke, ikan ke, daging ke)
  • Masak Kari (xkesah samada ayam ke, ikan ke, daging ke, udang ke, sotong ke, ketam pun..oh..sy memang xmkn ketam)
  • Sayur-sayuran (apa jenis pun lah)
kalo lauk2 ni ada atas meja, aku xkan makan.
aku akan goreng telur mkn dgn kicap, xpun sosej dgn sos. 

ag satu:
  • Susu 
p/s: memang aku memilih sgt2. sekian.

Thursday, June 17, 2010

[ Mind your p`s and q`s ]



The expression can either be written as Mind your Ps and Qs or Mind your P's and Q's.
  • "Ps and Qs" is short for "pleases" and "thank-yous".
  • This phrase would be used by parents to educate their children to not forget to use those polite words when they speak to people. Possibly, it meant "please" and "excuse me".
  • It has many meaning. It can be:




  • Be on your best behaviour; be careful of your language. Mind your language.



  • To be alert, to be on one’s toes, to be on top form.
  • Practice good manners, be precise and careful in one's behavior and speech.
  • Mind your manners.
p/s: Please, put your ego in your pocket, guys. 
Seriously, you need to have a sit down with your ego. 
Thank you.