Friday, September 19, 2014

Sahabat

Salam,

Lamanya xupdate, xde masa plus xde mood and xde idea.
Hehehe,,,

ini sekadar nak berkongsi rasa seorang sahabat lah kan
Apa rasa bila dilupakan,
Secara jujurnya xkesah mana pun,
Bak Kata DR.M Melayu mudah lupa

Nasib ko lah kan, sapa suh kawan2 ko semua melayu.
hahaha..
Kekadang rasa menyesal sbb kemana2 pergi mesti aku ni ingt kawan.
Ada satu masa nih, aku dah beli tiket flight, nk ke satu destinasi
Sanggup aku tukar plan bila kawan2 aku nk join,
So semua iternary aku ubah ikut jadual tket sampai and balik dorg.
SANGGUP DEMI SAHABAT

Tapi bila dorg nk plan apa2,
senyap2 terus p...
sedar2 gambar dalam FB and IG je
pehh memula sentap tp pk2
Allah nk tunjuk nilai persahabatan kita tuh mcm mana...

Bila aku tny, kompem depa akan jawab,
" Sorry aku pun org ajak, Plan last minute, xkan aku memandai nk ajak ko plak kan,, "
Rasanya itulah jawapannya..

Skema jawapan dah ada dalam poket aku yg ada stock2 member cm nih.
Pesanan ikhlas aku,

Biarkan depa lupa kita, xpyhlah kita lupa depa.
Susah senang kita, kwn2 cmni olok2 je amek tahu....
 Sooooooooo.. aku xkesah ....

Just get your life.. move on je..xpyh nk come back minta maaf bagai k

IKHLAS TULUS MURNI
elly :)

Friday, August 1, 2014

SUPPORT GAZA

RAYA SENSORANG LAGI KER?

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah di beri kesempatan oleh Allah SWT untuk merasa nikmat meraikan hari kemenangan umat Islam. Sedih dan Pedih pabila ramadhan1435H pergi meninggalkan kita dengan begitu pantas sekali namun apakan daya, masa yg berlalu tidak akan mampu kita dapat kembali.

Allah gantikan kesedihan perpisahan Ramadhan dan pertemuan Syawal. Indah percaturan Allah itu.


Di kesempatan ini saya , mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..
Tahun nih beraya seorang lagi... xde bersama suami ke bersama ank2 ke... heheh..
Tahun depan?? belum nmpk sinar2 beraya bersama suami lagi.. Hahahaha..

Nk share sikit persiapan raya tahun nih,

Untuk Diri sendiri
beli sehelai jubah yg di jual di office je, memang takde istilah shopping raya. No kasut raya, no handbag raya, no tudung raya.

Untuk Family,
Banyak berhabis untuk anak2 sedara as usual, untuk abah belanja baju sehelai, untuk mak belanja bunga-bunga nk hias ruang tamu dia.

Untuk rumah,
tahun ni Alhamdulillah dapat cuti raya. Tak macam tahun lepas, so amek cuti since hari khamis lagi sbb nk kemas umah dan yang paling penting xnak jem... tahun jem mmg luar biasa..so Alhamdulillah drive balik dengan tenang dan aman sahaja....
Tahun ni ada kesempatan buat kuih raya.


semua homemade kuih raya...buat sendiri :)

Tahun nih ada kesempatan pasang langsir dan kemas umah
cantikkan langsir umah kita :)

Ninja girl kemas rumah...hahaha

Masak juadah berbuka dan sahur untuk mak abah
Bawa mak abah pegi jenjalan shopping kat ipoh
Alhamdulillah tahun ni Allah bgi byk kesempatan lakukan perkara2 yang mmg nk lakukan selama nih.
Alhamdulillah syukur yaAllah...


Untuk raya tahun nih, kakak2 dan abang raya di rumah mentua masing2 hanya saya, kakak yg di melaka dan adik bongsu sahaja beraya di rumah...bersama bonda dan ayahanda,...

Dan tahun nih kami beraya di dusun doyan...pehhhh syok habis....
Doyan dan luruh...hahah syok habis..

 Alhamdulillah...raya tahun dirai dengan penuh kesederhanaan,,,,



SELAMAT HARI RAYA......MAAF KAN ADIK MAK DAN ABAH :)

Thursday, July 3, 2014

Jangan Tidur Selepas Subuh

Assalamualaikum ...

Sempena Bulan Mulia ini marilah kita berkongsi tentang Kenapa kita di larang untuk tidur selepas subuh.
Dari zaman kecik lagi kita dh dengar macam2 nasihat dari mak atau ayah kita, melarang kita tidur pas subuh.

"Tidur la pas subuh, nanti rezeki x masuk"
"Anak dara tidur lepas subuh, elok lah pas kawen mak mentua tak suka"
"Anak teruna tidur pas subuh, nampak sgt malasnya, dah kawen cm ne nk kejut bini bangun pagi!"

Itu adalah sebahagian bebelan mereka, sebenarnya banyak lagi.

Sebenarnya Rasullullah SAW juga melarang puteri kesayangannya iaitu Fatimah untuk tidur selepas subuh.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berpagi-pagilah (subuh) didalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan merupakan kejayaan"
                                                                                            (Hadis Riwayat Tabarani dalam Al-Awsath)

Nabi Muhammad juga telah bersabda dan memberitahu kita bahawa pagi-pagi itu dalah waktu yang paling afdal untuk mencari rezeki. Ini adalah salah satu amalan baginda. InshaAllah kalau kita ikut amalan kekasih Allah ini, banyak kebaikan dan keberkatan  yang akan di perolehi.

Pepatah Inggeris ada mengatakan " The Early Bird Catches The Worm "
Yang membawa maksud, kalau kita kua awal bekerja, kita yang akan dapat hasilnya.




Kalau kita seorang tahfiz, memang kita sangat di larang untuk tidur selepas subuh kerana ia dalah salah satu sebab kita akan menjadi seorg yang pelupa.

Lihat diri kita sendiri, kalau kita bangun lewat, bila matahari dah naik, kita akan kebingungan sekejap. Rasa pening2. Tak tahu lah orang lain tapi itulah saya sendiri, Kekadang weekend terbangun lambat pastinya akan pening dan rasa nk nanges sbb sakit kepala.
So saya memang sedapa upaya untuk elak diri dari tidur selepas subuh.

Sebenarnya terlalu banyak yang kita boleh kita lakukan selepas subuh Terutamanya di bulan puasa ni. Selain mengaji Al Quran dan berzikir, kita boleh kemas rumah, basuh baju, bercucuk tanam.

Kalau nk suh bersenam, isau kul 12tengahari ada org togok air peti dah, So buat light duty kat umah,
Leh lah mengisi masa lapang. InshaAllah...

Sebenarnya benda2 ni, kita boleh pikir sendiri. kita tahu baik buruknya, Cuma kita sendiri tak nak berubah. Sebenarnya orang yang suka tidur selepas subuh nih, orang suka bermalas-malasan. Jangan lah jadikan amalan tidur selepas subuh ini, rutin harian kita.

Sesungguhnya rugilah bagi manusia yang tidak bangun pagi di awal subuh kerana Makhluk Allah yang lain telah pun bangun dan berzikir kepada Allah. Sedangkan mereka tidak melalukan banyak dosa berbanding kita sebagai manusia ini.


Moga dengan kehadiran bulan yg Mulia ini, kita boleh mengubah tabiat yang tak elok ini. Selain dari aim nk kurus badan dan tambah amal ibadah kita, Moh ler sesama kita buang tabiat2 yang kurang enak dan kurang sihat ini.. Ameen .... :)




Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan 1435H

Assalamualaikum,,,

SubhanaAllah hampir satu tahun x menjengah ke blog kesayangan hamba ni.
InshaAllah, boleh mula berjinak2 tuk menulis kembali
setelah setahun merajuk dari bidang penulisan.
Hamboi..siap merajuk bagai....hahahha

Alhamdulillah, kita diberi umur yang panjang oleh Allah SWT
untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini.
Semoga Ramadhan ini adalah yg terbaik yg pernah kita lalui..Ameen.

Selamat Menyambut Ramadhan buat semua.


InshaAllah, byk isu dan topik2 menarik yang akan di kongsi bersama nanti.
InshaAllah


p/s: inshaAllah, ini merupakan Ramadhan terakhir sebagai seorang Cik Elly. Moga Allah permudahkan segala urusan utk menjadi yg halal buat dia. Ameen