bangun-bangun pagi, cepat-cepat buat transaction untuk beli tiket. semalam tidur dengan rasa sakit hati kot, sebab transaction failed lepas kau da penat-penat isi form segala.
aritu da beli tiket untuk pegi. 26 November, 2010. tapi tak beli tiket balik Sabah lagi. sebab taktau nak balik bila. kehkeh. kunun la kan nak pegi tu sebab nak temankan akak attend konvo husband dia tuh. tapi akak balik 1hb, aku masih nak menenggek kat sana lagi. :)
lama gak kot aku berpikir-pikir. whether nak balik Sabah 14hb Disember atau 20hb Disember. tapi macam gila ke apa aku nak balik 20 Disember. buat tiang rumah terus la kat sana, takyah balik-balik Sabah langsung.
da nama cuti sekolah kan?:) 3 minggu kat sana tu pun aku da pening nak atur plan. banyak sangat aktiviti. hehe, aritu kan datang ngan parents dan adik beradik semua, jadi plan tu macam limited sikit la. jalan-jalan ngan mak bapak, takkan nak mengangkut diorang pegi tengok wayang kan, main bowling, dan naik roller coaster segala. kan?
hahaha. teringat aku masa first time bawak mak bapak naik LRT, komuter, cable car, naik mengucap orang tua aku. :) 'semua benda tak pernah naik, kau bawak bapak naik?' hahaha. sayang bapak. mak da sengih tak terkata naik cable car. hahaha. gayat la tu.

kali ni, alang-alang da pegi, dan aku sorang. nak buat semua aktiviti yang da lama aku plan. nak jumpa semua kawan-kawan yang aku rindu. nak makan banyak-banyak makanan kat sana yang da lama aku ngidam.
rasanya, minggu pertama survive sendiri kot dengan kakak. haha, gigihla kakak aku suruh aku temankan dia pergi attend konvo husband dia. kunun aku bleh tunjuk jalan. alahai kak, takut aje aku ni membawa kakak aku ke arah kesesatan. aku ni kemana je yang tak sesat? balik puncak perdana yang aku da duduk selama dua tahun tu pun sesat, hahaha! subuh-subuh lak tuh.
takpe, banyak peta. banyak signboard. banyak orang bleh tanya jalan. malu bertanya sesat jalan, kan? wah bahasa jiwa bangsa kau epal. yang kompemnya, seminggu tu kena stay dengan kakak. jadik tourist guide dia seminggu. duduk dengan akak, ada chance kot nak dapat sara hidup? haha. perasan kau epal.
apa-apa pun, aku tanak rush. biar lambat asalkan selamat. ayat semakin macam dalam buku teks. kau apa kes, epal? 0_O yang mana sempat, tu aku nak buat. just enjoying my journey there.
tapi apa pun, tetap akan ada yang tak lengkapnya nanti. ah tak suka la perasaan ni. serba salah dari hujung rambut sampai hujung kaki da ni. aritu memang da janji, kalau turun sana akan roger dia. tapi since dia pun da tak berapa nak available, malas kot nak kacau dia. dia takpe. aku tau dia takpe. tapi aku yang apa-apa. haha ;0) lagi pun, aku paham kot perasaan seorang gelfren kalau boifren dia pegi jumpa ex dia. haha! gotcha!
-----------------------------------------------------------------------
epalejau : farish cakap posting dalam bulan sepuloh? ko memain ke hape? kalau macam tu bila aku nak kerja. bila aku nak gaji. aku nak pakai hape belanja kat sana nanti?