Wednesday, June 30, 2010

.kau kesayanganku.


Insya ALLAH besok epal dapat anak buah lagi sorang. ;p Yang kedua belas. Jangan tanya bila epal punya turn.

Here i share the pictures of my nieces and nephews. Yang besar-besar je kot epal ada gambar sekali dengan diorang. Boleh la tempek kat sini.

Yang kecik? Eh, for sure la adaaaa.. Ada jugak. Belambak. Cuma ehem.. Gambar dengan budak kecik, kat rumah. Sambil dukung-dukung atau baring dodoikan. So mana care sangat kan? Harapla epal nak pakai tudung dalam rumah. ;p Epal bukan Nur Kasih. ;p



Ahmad Fahmi Zuhair bin Madung [13 tahun]
Ni gambar masa main bowling kat Center Point, KK. First time kot si Fahmi ni main bowling. ;p



Nur Qamarina Zulaika binti Madung [12 tahun]
Ni gambar opkosss la time raya tahun lepas. Ni je kot gambar terbaru epal dengan Niena selain time main bowling sekali dengan abang dia tu.



Furqan Abdullah bin Anwar [11 tahun]
Last jumpa Furqan ni pun adalah 3 tahun lepas, kat Melaka. Lepas tu memang tak pernah jumpa da. :(



Aisyah Nabilah Asria binti Tahir Muhammad [8 tahun]
Saja gambar gedik-gedik dengan Eila ni sebelum keluar. Dua-dua da siap, tunggu diorang lain siap, sempat la snap dua tiga keping kan. ;p



Ish Naiem Muhammad bin Tahir Muhammad [6 tahun]
Masa ni kat Kundasang. Tau kenapa dia buat muka macam tu? Merajuk tak kena layan. Tak habis-habis dengan mainan. Kat rumah da belonggok dua kotak besar si Naiem ni.



Muhammad Irfan bin Anwar [5 tahun]
Ni kes ambil gambar sendiri. Sebelah dia tu macik dia. ;p Abis lawa da kot posing sekali. Last-last budak Irfan ni capture muka sendiri jek. Sot.



Ahmad Fariheen bin Anwar [3 tahun]
Ni pun sama capture sendirik. Pantang jumpa henset macik dia, terus sambar. Paling degil dan kepala batu si Een ni. Pembuli abang dia tu.



Muhammad Hameezan bin Anwar [2tahun]
Ezan ni paling senang pelihara. Ikut je apa kau nak, dan apa kau bagi. Jarang kot tengok dia tegedik-gedik nak itu ini. Cuma biasalah, abang dia tu kaki buli. Dia balas balik senang jek. Gigit. ;p Tak nampak gigi arnab dia kat depan tu?;))



Husna Batrisya binti Hassanuddin [4 bulan]
Ni gambar masa first lawat Isya masa umur dia 2 minggu. Tu pasal macam kecik lagi kan. Sekarang da besar kot. ;p Jarang pegi tengok. Last pegi tengok dia tu pun terlupa nak snap gambar. ):



Muhammad Dzafran bin Anwar [3 bulan]
Lahir dengan berat 3.5 kg.. So jangan hairan la besar semacam. Muka sejibik macam mummy dia. Berat sampai kan memang jarang kena dukung. Sian. Sape suh Dzafran berat sangat. ;p



Izz Qawiem Muhammad bin Tahir Muhammad [3 bulan]
Olololoh..Ni gambar masa nak bawak Qawiem pegi klinik. Tu pasal bagi nsem berabis. Sekarang ni, Qawiem la cucu nenek dan atuk dia yang paling bongsu. ;) Esok rasanya title tu akan diambil orang.






Dan besok, berdebar-debar menunggu bakal anak buah sorang lagik. ;) Cess, berdebar mengalahkan bapak budak tu. ;p



----------------------------------------------------------------


epalejau : Menyampah aku nak update tapi budak sebelah ni asyik menempek sebelah aku nak guna PC. lempang kang. Takleh tengok orang senang sungguh. Update kul 3 subuh pun ada orang dengki. Oh, budak kecik itu adalah insan dalam gambar paling atas sekali. Sekian.

Tuesday, June 29, 2010

.kalau betul kata² itu.


Epal tak pernah pun ikut sangat cerita Nur Kasih tu. Apatah lagik cerita Aalia. Sama gak dengan program Imam Muda.


So?
Apa kisah?




Hosmet epal kat maktab balik-balik cakap epal ni macam Nur Kasih. Bila epal tanya apa yang macamnya, diorang cakap, lemah lembut camtu...

Waaaaaaaaakakakakakakaka!


Pastu diorang siap carikan watak Pencuri Guli untuk epal. Pencuri Guli? Haha..Adam laa.. But pilihan diorang bukan Oren. Oh sad. Sad. Sad.






Watak Aalia pun takleh blah. Start yang part malam pertama Aalia dengan husband dia la, semua dok kata macam epal. Apa yang macam epal pun taktau. Epal kawen pun belum. Apatah lagik malam pertama. Kunun kalau epal kawen nanti, jadik malu-malu kucing macam Aalia. Takdeknya. Takdek pasal. Silap-silap epal yang terkam laki epal nanti. ;))







Paling besh tu tang Imam Muda. Penat la epal ni explain kat diorang. Lemah lembut tu tak semestinya baik ye. Epal yang dibajet dorang ni lemah lembut tak baik mana pun.. Tak layak langsung pun untuk jadi pengacara program ni..





Ye mungkin epal lemah lembut. Mungkin. It just kena pada tempat. Takkan orang takde salah, takde sakitkan hati kau, kau nak berkasar dan maki hamun kan?


Elle cakap dia suka epal sebab dia tengok epal baik. Lucy cakap, dia suka epal sebab epal lembut je. Lemon penah cakap, epal nampak ayu je lebih-lebih lagi kalau berbaju kurung.


Ah sudah. Sudah. Itu yang kau orang semua nampak. Banyak lagi yang kau tak nampak.








p/s: Tapi kan.. Epal rasa macam da nampak kenapa diorang gigih cakap epal ni Nur Kasih. Haishhhh..


----------------------------------------------------

epalejau : epal tak pernah bosan. cuma epal takut kalau-kalau satu masa nanti epal putus asa. ):

Monday, June 28, 2010

.cuma hairan.


hari ni hari nuffnang sedunia.
ye ek?:)

aku tak pernah tau sangat la pasal nuffnang ni.
aku join ni dulu pun dalam ke'blur'an dan ke-tidak-tahu-apa-apa-an.

dan sepanjang aku apply benda ni,
benda yang aku apply pun was just check uniq visitor aku dan keywords dorang.


tak penah lak tepiki berapa coin da masuk kan?
yala..
as cakap nuffnang ni tabung buluh online. ;)


bila aku check, korang tau berapa sen?
90 sen.
means? tak sampai singgit.
selepas sekian la aku pasang menda ni kan.




padahal, bila aku masuk blog orang, blog sape-sape,
rajin je tangan aku klik iklan-iklan dorang.


aku dah la tak paham benda ni.
bertambah tak paham.


takpela.
aku blogging ni sebab suka-suka.
bukan pasal duit kan..
entry ni wujud cuma sebab aku hairan.
takdela rasa tak puas hati ke apa.
:)


--------------------------------------------


epalejau : God, i still put my hope on it. I just hope for ur guide to be with me, always. and, untuk sebuah ketetapan hati.

Sunday, June 27, 2010

.into bola.


aku rasa macam kecewa gila la..
gila pun tak kecewa macam aku kot.
tapi tak sangat la kot,
atleast south korea ada la jugak jaringkan goal kan.
kan?

uruguay 2-1 south korea.





err..
sejak bila aku reti tengok bola ni?
ngahahahaha..


ah, kecewa la!
tak dapat nak tengok south korea kat final.
kecewa.
kecewa.
kecewa.


takpe.
yang penting aku tau argentina tetap akan masuk final punya.

kalau tak masuk gak,
aku mogok.
tanak tengok final.
tanak amik tau da pasal bola.
tanak.
tanak.
tanak.



malam ni kul 2 a.m. USA vs Ghana.
tanak tengok.
frust dah.


---------------------------------------------------

epalejau : started to worry again. duh!

Friday, June 25, 2010

.me gurlie.



meh sini epal nak share ngan kau orang ye..
nak tak?
epal tau kau orang tak care pun kan.
kalau muka epal lawa macam scha alya yahya, bleh la nak care lebih-lebih.
ye dok?

sejak balik kat kampung, betapa la epal malas nak jaga muka epal ni.
da macam orang dalam pantang lepas bersalin pun ade.

padahal kalau kat maktab ke, kalau kat uitm ke,
gigih la kunun tiap pagi dan malam mencantikkan muka. ;))
mana tak kalau kat kampung ni, keja asyik nak tido je memanjang..




facial wash: PONDS WHITE BEAUTY
sebelum tu pakai eversoft.
eversoft okay, cuma aritu stok takdek.
so epal gigih beli ponds ni, dan terus rasa macam besh pulak kan.




facial cream: GOLDEN HORSE BIO ESSENCE
ni wajib. :)
memang kemana-mana pakai ni.
sejak jadi commander kesatria dan sunburn,
muka senang sangat hitam balik. cis..!
tapi insya ALLAH kalau pakai cream ni,
ada la UV protector.
tak putih pun, takde la itam legam kan?

since pakai ni, ramai yang tanya:
'kau pakai product apa?' muka kau nampak berseri.
ngahahahaa!
bukan epal yang cakap okay?:)




foundation: MAYBELLINE NEW YORK WHITESTAY UV MOUSSE FOUNDATION
foundation ni epal pakai kalau nak pegi apa-apa function jek.
harap nak pegi kelas pakai benda ni, tunggu epal rajin la kot.
gila pemalas epal ni.




compact powder: IN2IT 2-WAY FOUNDATION
epal baru jek pun pakai compact powder in2it ni.
yang besh nya dia ni 2-way foundation.
so takdeklah epal gigih nak tempek foundation da.
pakai bedak ni pun da cukup. ;)




eyeshadow: ELIANTO SHIMMER EYE SHADOW
jenis eyeshadow yang epal pakai.
elianto ni yang besh nya bleh pilih kaler seketul-seketul.
so takdela dalam banyak-banyak warna dalam koleksi kau tu,
kau tak pakai langsung certain kaler tu kan.
epal cuma beli kaler yang epal akan dan selalu pakai jek.
black and white.
pink, purple, green, blue, gold and red.




eyeliner: IN2IT WATERPROOF LINER
epal pakai yang jenis crayon.
jangan suruh epal pakai yang pensil apatah lagik liquid.
memang haram tak reti.




mascara: the MAGNUM VOLUM' EXPRESS WATERPROOF
mascara ni pun pakai kalau pegi function jek.
pegi kelas pun pakai jugak kalau sempat. hehe!




blusher: ELIANTO BAKED BLUSHER
blusher yang paling besh epal pakai. ;)
sebab dia da blend siap-siap 3 kaler tu.
epal pilih yang paling gelap, yang ada brown.




lipstick: ELIANTO MATTE BERRY
lipstick epal pakai kaler whether yang natural jek.
merah menyala jangan harap.
karang pakai pastu malu nak keluar rumah.




lipgloss: ELIANTO SWEET KISSES
last. tempek supaya bibir tak nampak mengelupas.
sebab epal ni bukan nak sihat sangat.
minum air masak pun jarang.



epal takdekla santek pun kan.
tu pasal nak pakai menatang-natang ni semua.
:)

tapi kalau tempek benda ni sume hari-hari,
tapi wudhuk tak penah kena muka tu,
haram la muka kau nak berseri kan.


p/s: gambar semua cilok kat pacik google.



--------------------------------------------


epalejau : aku merindu.

Wednesday, June 23, 2010

.first day separated.


dari keningau, epal turun kk ari sabtu. exactly lepas exam. malam jugakla baru nak mencecah rumah. last days kat kk, epal enjoy puas-puas. selagi bapak epal tak tepon dan 'ada kat mana?da jam berapa ni tidak pandai balik?', selagi tu lah epal masih melegarkan diri kat kk..


tapi bila sampai rumah, bapak stil menten tak marah pun. dia tahu kot, anak dia ni nak habiskan masa kat kk sampai puas. [macamla pandai puas kan?].


pegi tengok wayang, pegi karoke dengan lucy, pegi tanjung aru, pegi shopping, pegi makan pizza. semuuuuuuuuua. and i enjoyed my day there. kawan-kawan baik epal, yang tahu epal da last kat sana, semua gigih bawak epal merata-rata. bukan tak pernah sampai pun tempat-tempat tu semua, tapi gigih pegi jugak lagi. nama pun last, kan?


dan selasa tu, awal pagi lagi bapak da kejutkan. apa daaa.. anak dara pun harap bapak kejutkan. :) besiap apa yang patut, rasa macam terlebih patut jer. ngahahaa.. penuh satu kereta dengan harta karun epal. naseb bek muat. keluar je dari area perumahan, epal capai nset. bapak yang drive, so anak dia bebas nak bermeset-meset sepanjang jalan.


'going back to kunak today. bye.' tett.. message sent. sedih sangat masa tu. memang tak harap pun oren reply. sekali tak sampai seminit, dapat mesej. 'bye, take care.' terus bertakung airmata. cepat-cepat tahan, simpan henset dalam beg. kan da cakap, kalau epal da start nangis touching-touching pasal oren ni, bukan reti diam. kang bapak pulak heran anak dia tiba-tiba nangis takde angin takde ribut.


separuh hari jugaklah perjalanan. jam 9.45 a.m. bertolak, dan sampai betul-betul depan rumah jam 5.15 p.m.. bukan singgah mana pun, sekali je la singgah makan sup kat tepi jalan. tu pun sebab kelaparan takde lunch. minyak pun buh rm60 je untuk more than 500km tuh. sempat la sampai ke rumah. ;)


sampai rumah, terus angkut barang-barang naik ke rumah. sembang-sembang ala kadar dengan mak bapak dan kak ipar yg ada kat rumah masa tu, then terus masuk bilik. macam nak patah tulang rusuk. tulang belikat. tulang belakang. segala tulang. 8 jam duk dalam kereta, pitam jadinya aku.


tak sempat rehat, kak atie balik dari kerja. so, jangan harapla kau nak tidur kan. dia takkan benarkan kau berbahagia. warghhh... aku pegi mandi, makan, dan unpack barang-barang yang patut. letih tapi bukan boleh tidur pun kan? tengah-tengah nak kemas, kakak sulung datang. ngehehe ;) menyambut ketibaanku dengan harapan ada ole-ole. sian, harta karun banyak la!


sembang punya sembang, sampai la ke tengah malam. bila tahun epal tertido pun epal taktau. yang epal tau, pagi tu mak kejutkan, dan epal liaaaaaaaaaat sangat nak bangun. berapa belas kali ntah mak kejutkan. sampai la jam duabelas tu mak da bising epal tak bangun-bangun, baru la gigih bukak biji mata ni.




benda pertama, mestilah cari henpon kan? entah celah mana da terlempar, sekali epal tengok da off. sure habis batery la punya pasal ni. semalam tak teringat pun charge sebelum tidur. tertidur pun tak sedar waktu bila kan?


lepas pasang charger and on balik nset, epal kemas katil. bunyi meset. tengok-tengok dengan muka selenga baru bangun, 'hi, buat apa?' OREN! terus naik katil balik! cek-cek mesej tu, sent jam 7:01 a.m. lagik.. adoyai, malunya aku. sekarang da jam 12:30 p.m... takkan nak reply baru bangun tidur? haiyoo..



----------------------------------------------------------------------


epalejau : kat fesbuk semua members bising kebusanan. ngahahaha..same goes here. baru sehari da busan. kau tunggu abis sebulan.