sebulan ni rasa kasih sayang sangat dengan roomate epal sorang tu. bila nak pisah-pisah camni, baru la terkenang, teringat, masa-masa yang pernah ada.
kenal masa intibiu kpli. tegur-tegur, tapi dia tak banyak cakap. nerves kali. tapi masa group discussion tu, kau tahu lah dia punya cakap tuuuu dia. ingatkan pendiam.
pastu bila dapat tawaran kpli dah, masa registration, nampak dia. kebetulan pula satu kumpulan dengan dia masa orientasi. memang berkepit habis la. kena sewa rumah, dengan dia. jadila rumet ku di kala weekdays. sebab asalkan weekend mesti lesap. uuuu..

yang pasti bila dengan dia, asik nak gelak saja. pernah dengar housemate lain cakap: 'apa la yang kau orang buat dalam bilik tu. sepanjang masa asyik gelak je memanjang.' :))) kadang-kadang memang epal pun tak tahu. tapi memang ada sahaja nak gelak. habis kelas berebut-rebut nak balik rumah, nak tdo. tapi naik atas katil, tutup lampu, tarik selimut, mulut tak diam jugak. gelak sana. gelak sini. tapi yang pasti, masa dia baling henpon dia, epal cepat-cepat selamatkan henpon epal. hahaha~

rindu jadinya kat dia. ok, sekarang bukan weekend. tapi dia lesap jugak. besok pagi-pagi baru balik. duuuuuuuuuulu memang ralat la bila asik kena tinggal. bukan sebab rindu, tapi bila assignment tak buat lagi dan kena submit esok, selamba kerbau je dia cakap dia nak lesap, wahhh epal meroyan. kadang-kadang dia tak lesap, tapi kau tengah-tengah buat kerja tu, dia boleh pegi lari naik atas katil dan tarik selimut. oi, banyak cantik muka kau? hahaha.. mula-mula kawan dengan dia ni, memang makan hati berulam jantung la konon. tapi once ko da mula sesuaikan cara hidup ko dengan dia, u'll really enjoy it. apa susah? dia tdo, kau pun tdo la. hahaa.. bangun nanti, sama-samala menitis air mata buat sampai pagi. haha.
suka bila dia sporting. masa mula-mula epal cloze dengan lemon dulu pun, rumate kesayangan ni lah yang tadah telinga dia tiap hari. sampai sekarang pun dia kena tadah. :) thanks, dear.
bila sama-sama buat jahat, buat perangai hantu dan syaiton. bukan dengki. tapi balas dendam. epal tidak cukup baik untuk tidak balas dendam, haih. tapi tuhan ni pula terlalu sayangkan epal dan rumate. asal je ada niat buat jahat, mesti tak jadi. hari tu, habis kelas je dua-dua lari turun nak balik, taknak tunggu housemate yang lain. tengok-tengok driver call cakap takleh datang ambil. nah, rasakan. buat jahat lagi. haha..
getting closer and closer. bila kau sakit hati dengan orang, bila orang buat jahat dengan kau. dan kau cuma ada dia yang always back u up. cuma dia yang faham rasa sakit hati yang kau ada. hanya dia yang berdiri bila kau da terduduk tak tahu nak buat apa.
dan bila kau kena menari kat depan, kau tahu kau sangat takut. tapi sebab kau tahu it will be she together with u, kau bantai je nari ikut irama korang. haha.. tragedy.
ya, Norlily Azurani Suhaili. balik la oi.
-----------------------------------------------------------------------------
epalejau : rindu kat kak lanny, eida, syah, udalolli, jill, fizz, hasyi..korang pun tetap antara roomate yang kusayang juga. :)