VVIP TOS

Monday, April 21, 2014

| BISNES | PROMOSI HIASAN DINDING TULISAN KHAT KHUFI

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Tumpang promote sikit kat blog nie..
Buat bisnes kecil-kecilan, harap jangan ada yang marah k....





HARGA SEUNIT

Semenanjung : RM 180
Sabah/Sarawak : RM 200
Brunei : RM 220
(termasuk dengan kos penghantaran)

JIKA BERMINAT UNTUK MEMBELINYA

BOLEH HUBUNGI :-

ABE WIE 019 4172952 ( sms/ whatsapps )

Mohon sebarkan pada rakan-rakan yang lain. 
Terima kasih.

Tuesday, April 15, 2014

| Pidot Bertanya | Menjaga Hati

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Hari ini diberi juga masa dan ruang untuk mengudpate blog ni. btw hari ini satu hari yg sibuk gile...p ofis jam 7pg..breakfast ngan Fariszuan (One) sebelum hantaq dia p airport KKIA 2, sibuk ngan Safety Week plak..lemau badan aku...tapi sebab dah janji ngan Pidot... so aku kuatkan mata dan tangan ni untuk menulis sesuatu berkaitan dengan soklan dia...

Persoalan Pidot : Susahkah menjaga hati orang lain ?

Dalam aku drive kereta otw balik ke rumah, aku terfikir dalam hati, mungkin aku  tidak pernah menyusahkan , menganggu kehidupan orang lain malah membenci serta menyakiti orang lain. Tapi aku tertanya dalam kebingungan  ' kenapa ada satu ketika orang lain secara tidak semena-menanya membenci aku. memburukkan aku dibelakang dan menunjukkan tingkah laku yang menyakitkan hati aku?'


Tapi  bagi aku, sebagai insan yang kerdil, tidak mungkin kita terlepas dari mempunyai kekurangan, kelemahan dalam diri sendiri. Namun siapa kata menjaga hati orang itu mudah? Menjaga hati sendiri pun rasanya teramat sukar, apatah lagi menjaga hati orang yang langsung jauh dari jangkaan kita. 


Semakin kuat kita cuba berusaha untuk menjaga hati orang lain, semakin besar pulalah risiko untuk kita membuat orang itu terasa hati. Disebabkan terlalu ingin menjaga hati orang lain, ada ketikanya kita terpaksa menyakitkan hati sendiri. seakan-akan kita rela menelan kepahitan demi melihat orang lain gembira.
Hakikatnya ditakdirkan setiap manusia itu mempunyai jiwa dan pemikiran yang unik tersendiri. Bak kata orang, rambut sama hitam hati lain-lain. Perkara yang bagi kita cuma gurauan biasa, mungkin menyakitkan hati bagi sesetengah orang. Sebab itulah selalu kita diingatkan supaya berfikir dulu sebelum berkata-kata. Tapi melakukannya tak semudah kita bercakap. Pendek kata kalau hendak berbuat baik terasa amat susah, sedangkan hendak membuat jahat itu sangat senang pula.

p/s: Kadang kala tak semena-mena tersebut sesuatu yang menyakitkan hati bagi sesetengah orang, walaupun sebenarnya sudah cuba sedaya mungkin untuk menjaga perasaan orang lain
.

Monday, April 7, 2014

Ini Siyes : Pintu itu Terbuka Lagi.

Assalamualaikum w.b.t semua dan salam sejahtera...

tengok sekali dah update, bercurah2 entri penulisan aku kn.. hihi..nak wat camne , 3 bulan tanpa entri baru kan.. so ni kira balas dendam la..hahaha..

next entri ni lebih berkisarkan kisah aku atau pengalaman orang lain..(ayat cover)

Pintu apakah yg terbuka lagi? pintu rumah aku ke? ke pintu almari yang malam2 buta terbuka sendiri? jeng3~ citer pasal semalam, hantu betul la hantu ni nak main2 ngan aku..haha..sedang aku sakit kepala tu, lex ja kacau quality time aku nak tdo kn..skali amekkaaw aku kasi sound baru diam sikit..hahaha.....eh, lari topic plak..kui3~ okay fokus pada tajuk entri balik....


Sudah terlalu lama aku membiarkan pintu hatiku tertutup rapat untuk mencinta seseorang mahupun menaruh perasaan. Namun setelah 3 tahun, aku yakin yang aku telah menjumpai orang yang mempunyai kunci bagi pintu hatiku yang sudah lama tidak dihuni dengan rasa cinta dan sayang.

Ya Allah, 
Jika dia jodohku maka satukanlah hati kami berdua, hindarilah kami dari cabang-cabang maksiat dan teguhkanlah hati kami pada tali pegangan agamaMU..

Aku mengambil masa yang lama untuk menzahirkan perasaan aku padanya, biasalah bukan mudah untuk seorang lelaki menzahirkan perasaannya kepada seseorang yang dia suka kn? mungkin berbeza bagi orang lain.

Kalau ditanya kenapa kau menjadi pilihan aku, pasti aku tiada jawapan yang 100% tepat tapi aku rasa kata2 dalam gambar dibawah ni boleh mewakilkan jawapan kepada mu...


Jika ditanya lagi, betapa seriuskah aku dalam perasaan ini? semestinya aku akan cakap aku serius. bukan main2..


aku akan menunggu dan berikan berapa lama masa untuk kau fikirkan... aku akan tetap tunggu sehingga aku mendapat jawapan itu.....

p/s: kalau si jejai baca ni mesti dia bahan aku....ahakz~~

Hikmah Sakit

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera....

Sudah berbulan lama tidak ku kunjungi lama blog ini, rindunya aku untuk menaip dan berkongsi khazanah ilmu yang luas ini. Seakan masa membatasi diri ini untuk bermanja-manja dengan blog ini. Tidak terusik aku akan blog bukan kerana tiada idea penulisan bahkan aku punyai banyak idea tinta untuk dicoretkan tapi apakan daya, kesibukan masa sekali lagi menghalang aku meneruskan hobi aku ini.

Entri kali ini bolehlah dikatakan 'comeback'  aku dalam dunia bloggers. he3~ poyo cam  la ada yang baca blog aku kn..

Apa-apapun, entri yang aku nak bawa kali ini mungkin berat sedikit. Beratnya mungkin  melebihi berat badan aku kowt.maka aku harap pada sapa yang membacanya akan membuka minda serta lapangkan jiwa.

Entri pd hari ini aku anggap sebagai  pemulaan catatan aku sebelum kembali aktif di dunia bloggers dan sebagai peringatan kepada diri aku yang sudah seminggu diuji dengan gangguan pada kesihatan yang seperti belum mahu surut.

Sakit pening kepala ini seringkali menjadi masalah pada aku nak fokus pada tugasan, pada pendengaran dan juga perbualan. Kadang-kadang dada pun sakit, jantung kekadang berdegup laju. Hati ini degil tak maw p klinik.hehe. bagi aku ini sakit biasa-biasa ja.

Terdetiknya hati aku menulis ini adalah lebih kepada mahu menceritakan serba sedikit tentang erti sakit dalam Islam. Macam pelik bila aku nak menulis pasal perkara ini tetapi sebagai hamba Allah, tiap apa yang berlaku atau terjadi mesti ade sebabnya..So kalau ada kesilapan atau kekhilafan fakta yang aku share ni, mohon perbetulkan aku segera...

Pernah diriwayatkan Rasulullah menjenguk Salman al-Farisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda.
 “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”
Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. 

“Janganlah kamu mencela demam. Kerana sesungguhnya demam itu mengikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)

Sebab itu, bila kita sakit maka kita perlu sentiasa ingat bahawa ada yang tersirat disebalik sakit yang datang itu. Selain daripada Allah ingin menghapuskan dosa, sakit juga adalah peringatan yang datang daripada Allah kepada kita. 

Wallahualam.

sekian terima kasih.

Ahmad Sabri bin Muhamad
2056 7414

p/s: pada sape2 yang sedang uzur atau sakit tu, cepat2 p berubat naa...jgn tggu melarat baru nk p spital..hehehe....