Showing posts with label Arabic Calligraphy. Show all posts
Showing posts with label Arabic Calligraphy. Show all posts

Sep 3, 2010

Resam Uthmani: Tulisan tangan atau komputer?

Tahukah anda al-Quran resam uthmani yang kita tatap saban hari ini sebenarnya tidak ditulis dengan komputer? Sebaliknya ditulis tangan oleh seorang penulis khat bernama Uthman Taha.

What a coincidence huh. Mula ditulis secara lengkap dahulu pada zaman Uthman r.a. dan hari ini, ditulis oleh penulis bernama Uthman juga =)

Beliau pertama kali menulis naskhah lengkap al-Quran pada tahun 1970 di tempat asal beliau, Syria, dan selama 30 tahun sehingga kini, beliau sudah pun menyiapkan 10 naskhah al-Quran pelbagai versi.

4 daripadanya ditulis untuk kerajaan Arab Saudi selama 18 tahun, menurut 4 bacaan; Hafs, Warsh, Qaluun dan Dauri, dan kerajaan Arab Saudi telahpun mengedarkan lebih 200 juta naskhah ke seluruh alam.


Beliau biasanya mengambil masa sehari untuk menulis satu mukasurat, dan kira-kira 3 tahun untuk melengkapkan satu mushaf + setahun lagi untuk disemak oleh lajnah antarabangsa yang terdiri daripada ramai ulamak dari pelbagai qiraat.

Kertas asal yang ditulis bersaiz 100cm x 70cm dan apabila dikumpulkan satu naskhah lengkap, ianya seberat 60kg!

Bayangkan betapa besarnya pahala beliau. Tidak berjalan sesaat melainkan ada pahala buat beliau, kerana mushaf hasil tulisan tangannya dibaca oleh orang Islam dari setiap pelusuk dunia!

Benarlah kata2 yang ditulis beliau, "Khat itu kekal sepanjang zaman selepas (matinya) penulisnya, walaupun setelah penulis khat itu ditanam di dalam bumi."

Di Malaysia, al-Quran juga ditulis oleh beberapa individu daripada Yayasan Restu dan telahpun dicetak dan diedarkan ke seluruh pelusuk negara dan beberapa buah negara lain. Dengar kata, sekarang ini mereka sedang dalam proses untuk menulis kali kedua Al-Quran Mushaf Malaysia. Sama2 kita doakan ;)

Aug 14, 2010

Selamat Hari Raya - Khat Nasakh


Karya khat Nasakh pada 14/10/2010 - Selamat Hari Raya

****

Adakah patut bagi seorang Muslim yang dihidangkan dengan Ramadan Kareem, tetapi hatinya berada pada 1 Syawal?

Ucapan memasuki Syawal:

جعلكم الله من العائدين والفائزين
"Semoga Allah menjadikan kamu dari golongan orang-orang yang kembali (kepada fitrah) dan orang-orang yang berjaya."

Aug 13, 2010

Ramadan Al-Mubarak



Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Bukan Ramadhan Al-Mubarak, bukan Ramadan Al-Mubarakh,
tetapi Ramadan Al-Mubarak (^_~)

Al-Mubarak bermaksud yang diberkati, yang dipenuhi berkat.
Berasal daripada perkataan (بارك) - (يبارك) - (مبارك)

Ramadan Kareem



Ramadan Kareem - رمضان كريم

(Ramadan Kareem jawabnya Allahu Akram - الله أكرم)

*Puasa membentuk taqwa - Jika perkara harus pun boleh ditinggalkan sepanjang siang hari bulan Ramadan, bagaimana pula dengan yang haram setelah berlalunya Ramadan*

Feb 26, 2010

Maulidur Rasul 1431H

Seperti mana Valentine's day, atau Father's day, atau Mother's day, kecintaan kita kepada seseorang itu bukanlah perlu dibuktikan pada hari-hari tertentu sahaja.. Tetapi perlulah dihayati sepanjang kehidupan kita dengan mengingati mereka serta melakukan perkara-perkara yang disukai mereka..

Selamat menyambut Maulidur Rasul s.a.w. 1431 Hijriah..

p/s: Kenapa sesetengah org Malaysia menyebut 'maulud nabi'?

Jgn komplen..Inilah hasil selepas hampir 2 tahun tak menulis ;p hehe

Jul 8, 2008

Az-Zukhruf ayat 32


Jenis:
Khat Diwani

Ayat:
"Dan rahmat Tuhanmu adalah lebih baik daripada (harta) yang mereka kumpul.."
Surah Az-Zukhruf ayat 32

Khattat:
Effy Saiful
(I think this is the only khat that is written by me i've uploaded so far.. segan laa sbb x lawa.. hehe)

-As appeared in www.testi.iluvislam.com-

Syahadah


Jenis:
Khat Thulus

Ayat:
Laa ilaaha illallah muhammadur rasuulullah

-As appeared in www.testi.iluvislam.com-

Wa li man sabara wa ghafara


Jenis:
Khat Thulus

Ayat:
Wa li man sabara wa ghafara
(I don't think this is a quranic verse..does anybody know where is this verse taken from?)

-As appeared in www.testi.iluvislam.com-

Rahmaaka yaa rabb



Jenis:
Khat Thulus

Ayat:
-Rahmaaka yaa rabb-
"Rahmat-Mu Ya Allah (yang kami harapkan)."

-As appeared in www.testi.iluvislam.com-

Al-Isra' ayat 15


I'm sorry for not updating this blog since last April.. been bz (^_^)

Jenis:
Khat Thulus

Ayat:
"Dan seseorang itu tidak boleh menanggung dosa orang lain.."
Surah Al-Isra' ayat 15

-As appeared in www.testi.iluvislam.com-

Apr 3, 2008

Surah Al-Buruj 13



Ayat:
Surah Al-Buruj Ayat 13
"Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati)."

Jenis Khat:
Thulus

Laa Ilaaha Illallah..




Mar 28, 2008

Al-Alaq 1-5 Thulus



Ayat:
Surah Al-'Alaq Ayat 1-5

Jenis Khat:
Thulus

Karya:
Adnan

Sumber:
www.spalrt.net

Qasas 77 Thulus





Ayat:
"Dan berbuat baiklah seperti mana Allah telah berbuat baik kepadamu.."
Surah Al-Qasas Ayat 77

Jenis Khat:
Thulus

Sumber:
www.spalrt.net

Mar 7, 2008

Wa'tasimu - Khat Huur





"Dan berpeganglah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.."
Surah Ali imran 103

Khat:
Huur (Khat bebas)

Penulis:
Jawad Sabti (Iran)

Graphic Design:
Tuan Blog ('',)

Mar 1, 2008

Rabbi Yassir Thulus





Khat:
Thulus

Ayat:
Doa, rabbi yassir wa laa tu'assir, rabbi tammim bilkhair

Karya:
Anonymous

Feb 21, 2008

Surah Ali Imran Ayat 159, Thulus




Ayat:

Surah Ali Imran Ayat 159 yang bermaksud,
"..Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan tersebut.."

Khat:
Thulus

Hasil Karya:
Jasim Muhammad Mikraj
Pameran Seni Islam Kuwait, Disember 2006

Sumber:
http://www.splart.net