Monday, May 19, 2008

Sampuoton Fish Spa










Petang semalam saya pergi ke Sampuoton Spa yang terletak di Merchant Square, Tropicana. Dalam spa ini, ada ikan dan ikan ini akan datang kepada kita. Kemudian ikan ini akan gigit anggota badan kita. Memang geli pada mulanya tapi kena lah tahan sebab dah bayar. Rugilah kalau tak gunakkannya. Tempoh setengah jam rasanya macam lama sangat.

Ikan ini berasal dari Turki. Spa ini adalah yang pertama menggunakan ikan. Bayarannya RM60 untuk setengah jam. Lepas setengah jam, badan pun rasa segar, mungkin ikan telah gigit sebahagian dari toksid yang ada di badan ini.
Gambar diatas ditangkap dalam keadaan yang panas terik. Saya masa tu tengah menahan mata sebab tak tahan. hahaha
Ini dia alamat spa tersebut:-
Jumpa lagi!

Sunday, May 18, 2008

Kolam ikan

Pagi tadi sesudah subuh ada kuliah oleh Ustaz Ali Saripan. Yang menariknya Ustaz Ali menggunakan notebook untuk menyampaikan ceramahnya. Tapi sayang tak ramai yang mendengarnya, mungkin sebab ramai yang pulang ke kampung.

Bila balik je, pembantu rumah bagitau yang banyak ikan mati dikolam. Kelam kabut saya dibuatnya. Terpaksalah buang sebab dah berbau busuk. 30 ekor tak dapat diselamatkan, yang tinggal hanyalah 6 ekor. Terus sms abah kat mekah. Dia kata tak pelah, takde rezeki! lega, ingatkan nak kena marah....hahahaha. Saya tak berani nak tambah air sebab kolam dah bocor. Insya-allah minggu depan kolam akan bertukar wajah. Abah nak buat lebih cantik!!! :)

Gambar disebelah adalah sebahagian dari kolam. Tengok kolam tu, kosong je... Kalau tidak kolam nie ada je ikan berenang ke hulu ke hilir. kolam nie dah berusia 6 tahun, lama lah jugak tu. Dah tiba masa untuk bertukar wajah. Tak sabar nak tengok kolam versi baru.....

Thursday, May 15, 2008

Manchester United!

Kelab yang paling terkenal di dunia adalah Manchester United(MU). Saya mula minat dengan MU masa umur saya 7-8 tahun, semasa menonton perlawanan akhir FA Cup MU lawan Everton. Masa tu MU menang 1-0 hasil jaringan Norman Whiteside. Lepas MU tenggelam dan saya tak berapa ikut sangat dengan perkembangan bola, tak tau lah sebab apa.... Mungkin masa tu saya terlampau fanatik dengan team bola Selangor!

Lepas 2-3 tahun, saya mula mengikuti perkembangan MU sebab saya minat dengan Ryan Giggs. Tengoklah sampai sekarang dia masih bermain lagi...Selain MU tak de team lain yang saya minat. Kalau tengok game pun, sebab nak tau perkembangan.

Alex Ferguson nie tak tahu nak bersara. walaupun umur dah masuk 66tahun, semangat dia macam orang muda. Dia suka dengan apa yang dia buat...dalam English kita cakap Passion.... Dia pandai pilih pemain dan sistem yang digunakan. Ada jugak sistem tak menjadi.... biasalah tu. Dia seorang yang tegas dan tidak akan berkompromi pasal disiplin. Sebelum Beckham pindah ke Real Madrid, beberapa kali didenda oleh Ferguson. Dia tak kisah sama ada awak star atau tidak.

Yang membuatkan MU nie istimewa kerana pemainnya yang datang dari akademi remaja. Antaranya Gary Neville, Scholes, Giggs, dan Wes Brown. Setengahnya dari mereka telah berhijrah ke tempat lain kerana tak cukup tempat......

Kalau nak citer pasal MU nie, byk lagi boleh cerita. Mungkin di lain masa.

Tuesday, May 13, 2008

sarapan di Faris Maju, Kelana Jaya

pagi tadi saya sarapan dengan adik perempuan saya, Edya Di Faris Maju. bagi saya, roti canai dan roti pisang di sini adalah antara yang paling sedap pernah saya makan. Kalau tak makan dalan seminggu, rasa macam ada yang tak kena..... Biasanya saya akan makan hari sabtu atau ahad.

kedai nie terletak berdekatan dengan Giant (kecik dan besar), dan PKR cawangan kelana jaya.

Hari nie saja saya tak citer pasal perkembangan semasa sebab nak beralih angin, takut boring! hahaah.

Sunday, May 11, 2008

Family Gathering

Hari ni saya dan family makan tengah hari di Sari Ratu, Kelana Jaya dan makan malam dia Roti Boom, Ampang. Semua ahli keluarga ada kecuali adik perempuan di UK dan adik ipar yang bekerja di Arab Saudi.

Apa yang menarik pada hari ini ialah adik perempuan dan adik laki belanja. Dapatlah makan free. :). Semoaga rezeki mereka murah, insya-Allah.

Esok saya akan hantar kedua ibubapa ke airport kerana mereka akan menunaikan umrah.

Sampai disini dulu.... smoga kita berjumpa lagi! insyaallah

Saturday, May 10, 2008

Hari Ibu

Sebenarnya Saya tidak berapa gemar menyambut hari ibu kerana bagi saya tiap-tiap hari adalah hari ibu. Tetapi bila adik perempuan dan isteri bertanya apa nak buat pada hari ibu, kami pun buatlah plan. Macam hari ini, walaupun hari ibu esok, kami bercadang nak pergi makan di Kedai Amy Search, "Cheng Ho", bila kami sampai disana pukul 12.30 th hari, kami kena tunggu sebab penuh. Bila ada tempat kosong, pekerja disitu mengingatkan kami yang makanan akan lambat dihantar. Jadi kami batalkan je rancangan untuk makan disitu.

Kami pergi makan di restorang Salim di keramat. Jenis makanan distu ialah makanan minang. Mama jugaklah yang menjadi penyelamat keadaan kerana masing-masing tengah panas hati sebab lama menunggu di restoran Cheng ho. Kami makan dalam suasana riang dan gembira. Baru lah saya sedar hari Ibu ini besar ertinya. Memang kita boleh tunjuk kasih sayang kita setiap hari tapi menurut mama, hari ibu ini adalah untuk keluarga buat plan, kalau tidak kita susah nak buat plan. Betul jugak kata mama..... sebab tulah dia jadi mama kami sebab walaupun belajar tinggi-tinggi tapi pemikiran tak sama macam mama.

Petang tadi adik laki sms, esok apa plan! saya tak jawab lagi sebab nak kena bincang dengan adik perempuan dan isteri.

Mama sentiasa tenang tak macam saya yang cepat gelabah...haha
mama boleh jaga 4 orang anak tapi kami 4 org anak belum tentu boleh jaga seorang mama.
mama boleh masak mcm-mcm lauk tapi saya boleh masak air panas je! hahaha
mama boleh belajar lagi walaupun dah masuk 50an tapi saya yang baru 32tahun, malas nak belajar....

Pendek citer, saya memang tak boleh lawan dengan mama.

Saturday, May 3, 2008

Baby's day out (1994)

Petang tadi saya menonton filem baby's day out. Filem ini di keluarkan pada tahun 1994. saya menonton filem pertama kali pada tahun 1997 ketika saya di california. Menararik sungguh filem ini. Pelakon utama filem ini ialah Joe Mantegna dan Laura FlintBoyle.

Filem ini mengisahkan 3 orang cuba untuk menculik seorang bayi tapi sering gagal kerana diperbodohkan oleh bayi ini. Setiap malam bayi ini sebelum tidor, pengasuhnya akan membaca buku cerita bertajuk "Baby's Day Out". Apabila bayi ini di bawa keluar dari rumahnya oleh 3 penculik, dia sering terlepas dari dakapan penculik. Yang menariknya, dia pergi ke tempat yang ada dalam buku cerita "baby's Day Out". Tempat itu seperti zoo, Taman, tempat pembinaan dan rumah orang tua. Akhirnya dia berjaya ditemui oleh ibubapanya di rumah orang tua.

Apa yang yang menarik tentang cerita ini ialah 3 orang penculik ini diperbodohkan oleh seorang bayi!!!!!!