Powered by Blogger.
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

Dah Masok Bulan Oktober..

0 juta comments
Kejap dah bulan 10.. rase cam baru je masok tahun 2014.. penat ke hulu ke hilir sampai kadang terlupa tarikh.. 

Dan aku pon makin sebok siapkan barut2 orang.. tengok je la gamba kat ig.. melambak gamba barut je.. (kat side bar blah kanan ni ade ig aku).. alhamdulillah.. ini semua rejeki dari yang maha Esa.. 

Berkenaan dengan gambar di bawah..

Terjumpa gambar ni kat wall sorang kawan kat fb.. dan sempat save..

Pernah beberapa hari lepas waktu tengahari orang cancel order barut.. aku tak amek ati pon.. anggap je tak de rejeki.. bersangka baik saje.. belah petangnye plak ade orang lain nak order barut.. nak 15 helai trus.. wowww.. rejeki dari Allah yang diturunkan melalui orang itu.. Dan dah siap 10 helai.. lagi 5 helai insyaAllah esok siap..


Ade lagi sedikit perkongsian yang teringin aku nak kongsi.. kadang kita sebagai manusia dah plan nak buat itu nak buat ini dah mesti hasilnya begini.. dan berusaha bersungguh2 untuk mendapatkannya.. tetapi kite lupe yang semua itu berlaku jika adanya izin dari yang maha Esa.. kalau Dia tak izinkan pasti apa yang kita dah rancangkan tidak berlaku.. dan semestinya Allah ada sebaik-baik perancangan.. mesti ada sebab kalau apa yang kita plan sebelom ni tak manjadi dan kita cuba cara lain elok je perjalanannya kan.. mungkin Allah nak tunjuk bahawa ada jalan yang lebih mudah untuk kita mencapai sesuatu itu dengan jalan lain.. jalan yang  lebih pintas dan jalan yang kita belom teroka barangkali.. 


terima kasih buat rakan2 yang masih sudi membaca blog aku.. 

semoga apa yang aku kongsikan bermanfaat buat anda.. 







Tuesday, November 6, 2012

Sumbat!!

8 juta comments

 Amaran keras!! jangan buat paip kumbahan anda macam ni okeh.. (ini paip dari singki umah aku, orang yang buat table top yang buatkan dulu..) sebelom buat table top tu memang ade perangkap jenis botol, tapi orang tu dah buat direct terus ke bawah.. jadi sisa makanan yang halus2 pon akan terus masok ke paip yang besa.. 

Korang boleh bayangkan tak cam ne dalam mase seminggu aku kene cuci periuk, pinggan mangkok sume kat toilet.. sebab nye bile buang air kat singki dapo air melimpah keluar dari lobang yang kat dinding tu.. kan ke dah banjer dapo.. lobang kat dinding tu sepatotnye disambungkan dari singki berserta dengan perangkap sampah.. tapi die terus wat cam tu..




Sepatotnye kene pakai perangkap sampah ni.. samada jenis S, P mahupon botol.. subjek Kemahiran Hidup mase form 1 pon dah belajar kan.. untuk memudahkan kite buang sampah yang halus2 yang dah kematu kat dalam tu.. ini la gunanye perangkap sampah.. (gamba perangkap sampah tu cilok dari sini)




Bile dah asek betakong air kat dapo, larat ke korang nak cuci sume kat toilet je.. mr ejai pon dah tak larat kot nak denga aku bebel pasal singki.. maka dibelinya cecair untuk cuci kotoran dalam paip.. bagus produk ni.. boleh cuci paip.. tapi masalah tak juge selesai sebab ni dah tesumbat kat paip besa.. nak tak nak kene call plumber juge..

Hencik plumber datang.. die tengok2 la penyakit paip ni.. so die buat keputusan.. die kate nak kene pecah paip nih.. kalo tak memang tak tau mane sumbat.. hohoohoh.. nak kene pecah wokeh!!! hadoii laa.. bincang2 lagi.. hencik plumber try pegi umah bawah (umah student pompuan) cube bukak paip besa dari umah bawah.. alhamdulillahh boleh.. segala sisa makanan yang halus2 sume dah keluar.. ade la dekat stengah baldi kot.. haaa.. hambek ko.. 

So kesimpulannye jangan amek mudah dengan singki anda ye.. mujor la duduk umah atas dan ade umah kat bawah.. kalau memang dah duduk kat atas tanah mane nak korek paip yg bawah tu melainkan kene pecah juge saluran paip bawah singki.. harap kawan2 jangan buat singki umah korang macam singki umah aku ye.. sangat bahaya.. sikit2 lame2 jadi sumbat..

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh saye.. eda wife ejai.. ehhehe..

Thursday, August 16, 2012

Perak Raya Sehari Awal..

1 juta comments




Satu ketika dahulu sewaktu Perak dibawah pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah, Perak telah mendahuli negeri-negeri lain kerana menyambut 1 Syawal sehari lebih awal daripada negeri-negeri lain. Ia berlaku pada tahun 1983.


Kisahnya bermula apabila nelayan yang balik dari laut telah melihat anak bulan dan berita tersebut diakui sah oleh pihak marin yang bertugas dilaut ketika itu.


Cerita seterusnya ialah maklumat tersebut disalurkan kepada mufti ketika itu, kata mufti pula ia perlu dimaklumkan terus kepada Tuanku kerana baginda mempunyai kuasa penuh dalam mengistyharkan hari raya.


Bila berita tersebut dipanjangkan kepada Almarhum Tuanku, baginda mengarahkan semua jentera kerajaan negeri memaklumkan kepada semua rakyat jelata melalui institusi kerajaan negeri dan esoknya Perak sahaja telah menyambut 1 Syawal awal sehari dari negeri -negeri lain dan sama dengan negara lain seperti Singapore, Indonesia dan Brunei. Jabatan Penerangan dan polis telah menggunakan loud speaker mengumumkan hari raya keseluruh bandar dan kampung.


Baginda berbuat demikian kerana yakin anak bulan yang dilihat oleh nelayan dan marin itu betul. Biasanya apabila hari raya pertama kita akan melihat anak bulan sudah besar di ufuk barat dan tak perlu menggunakan teropong.


Di Malaysia setiap awal Ramadan dan awal Syawal terpaksa ditentukan melalui hisab dan rukyah tetapi tidak pada bulan-bulan lain.


Kini setelah beberapa tahun penentuan awal puasa dan raya sudah tidak menjadi perkara pokok lagi kerana sudah banyak tahun ia selari dengan catatan pada kalender. Tidak lewat dan tidak awal. Tidak lagi berlonggok depan televisyen data radio untuk mendengar pengumuman oleh Penyimpan Mohor


Ini kerana Malaysia menggunakan kaedah Imkanur-rukyah, ia hasil persidangan di Labuan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam ke 3 pada 1 Jun 1992.


Kini, bulan Hijrah ditetapkan berdasarkan peredaran bulan mengelilingi bumi yang mengambil masa 29 hari 12 jam 44 minit dan 2.9 saat untuk melengkapkan pusingan.


Tahniah, sistem penentuan takwim di Malaysia telah dikemaskini, cuma bagaimana dengan peringkat antarabangsa?


Saya pernah menulis hal ini tahun lalu dan mencadangkan supaya takwim Hijrah di standardise satu dunia, dengan itu 1 Muharam 1 Ramadhan 1 Syawal dan 10 Zulhijah tidak berbeza-beza. Ini perlu dibincangkan dalam perhimpunan negara-negara Islam sedunia dalam OIC.







sumber Mengkeme ANAK ANAK Perak



Wednesday, April 25, 2012

Usah Had Masa Penyusuan..

10 juta comments

SEPANJANG menyusukan anak, pengambilan makanan seimbang di kalangan ibu adalah penting bagi memastikan mereka dapat menyalurkan cukup zat dan khasiat kepada bayi bagi meningkatkan kekuatan tubuhnya selain membina daya ketahanan terhadap jangkitan penyakit.


Walaupun ada pelbagai pendapat untuk memperbanyakkan susu, namun sebenarnya tiada pemakanan khusus perlu diikuti golongan ibu yang menyusukan anak, tetapi mereka harus mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil makanan seimbang seperti disarankan piramid makanan. Pun begitu, mereka dinasihatkan supaya melebihkan pengambilan sayur berdaun hijau yang kaya dengan zat besi bagi memastikan tumbesaran sempurna kepada bayi.


Pakar laktasi, Che Aini Abdul Razak berkata, masih ramai ibu tidak mempunyai pengetahuan khusus mengenai pemakanan ketika menyusukan anak selain terikut-ikut sesetengah budaya yang mengehadkan pemakanan ibu mengandung termasuk mengelaskannya sebagai makanan ‘sejuk’ atau ‘panas’, sedangkan semua makan baik untuk mereka.


Beliau berkata, ada yang mengatakan pengambilan sesetengah jenis sayur-sayuran atau buah-buahan dapat memperbanyakkan susu badan, tetapi ia sebenarnya bergantung kepada keserasian dan kesesuaian tubuh seseorang itu.


“Ada yang mengatakan pengambilan lobak putih dapat memperbanyakkan susu, tetapi bagi masyarakat Cina pula, sayur itu dikelaskan sebagai makanan sejuk dan tidak boleh diambil ketika berpantang.


“Namun mengikut sesetengah orang pula, ada yang mengatakan makan betik muda dapat memperbanyakkan kandungan susu badan, tetapi ia sebenarnya tidak tertakluk pada jenis makanan semata-mata.


“Satu perkara penting yang perlu difahami ialah keadaan setiap orang tidak sama. Sesuatu makanan sesuai untuk seseorang itu tidak semestinya sesuai juga untuk orang lain. Maka keadaan itu (peningkatan jumlah susu badan) bukan sebab jenis makanan, tetapi keserasiannya dengan tubuh seseorang,” katanya ketika dihubungi.


Beliau yang pernah bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu berkata, pengambilan sayur berdaun hijau yang kaya dengan zat besi memberi kesan baik kepada penghasilan susu ibu.


Katanya, keberkesanan pucuk pegaga yang kaya dengan zat besi dalam memperbanyakkan susu ibu terbukti melalui kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi). Justeru, janganlah dipandang sepi ulam yang biasanya tumbuh melata di halaman rumah ini kerana khasiat dan kebaikannya sudah terbukti.


“Sayur kacang merunggai yang sering digunakan dalam masakan dal oleh masyarakat India, sayuran ulam raja dan ulam-ulaman kampung juga didapati mempunyai khasiat secara langsung kepada penghasilan susu yang banyak.


“Apa yang penting, ibu menyusu perlu mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat selain minum banyak air bagi membantu menghasilkan susu. Memang ada pendapat yang melarang wanita minum banyak air terutama ketika berpantang, tetapi kepercayaan turun temurun ini bukanlah nasihat yang baik kerana kekurangan air akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain,” katanya.


Namun menurut Che Aini, pemakanan seimbang semata-mata tidak akan dapat membantu memperbanyakkan susu ibu sekiranya ibu tidak kerap menyusukan anak mereka secara terus daripada payu dara.


Katanya yang mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam bidang laktasi, bagi menjayakan penyusuan secara eksklusif selama enam bulan seperti disarankan pengamal perubatan di seluruh dunia, ibu perlu menyusukan bayi mereka dengan kerap mengikut keperluan anak.


“Sekiranya ibu tidak memberi susu secara terus kepada anak sebaliknya lebih kerap mengepam, walaupun ibu mengepam dengan kerap (setiap dua tiga jam), namun kandungan susu ibu secara beransur-ansur akan berkurangan dan akhirnya kering kerana tidak menerima rangsangan daripada bayi.


“Ini kerana rangsangan terbaik bagi memperbanyakkan susu ibu adalah apabila bayi menghisap susu badan. Perbuatan bayi menghisap susu itu akan menghantar isyarat ke otak si ibu supaya ‘memberitahu’ badan untuk menghasilkan susu baru.


“Mengepam tidak sama dengan memberi susu terus kepada bayi. Bagaimanapun tidak dinafikan kepentingan untuk mengepam susu terutama dalam beberapa keadaan seperti apabila ibu bekerja dan bayi tiada di sisi, payu dara luka atau ada masalah lain yang tidak memungkinkan penyusuan terus.


“Kadang kala ada anak yang mengalami masalah sumbing (bibir atau lelangit) yang menyebabkan tidak wujud keadaan vakum di kawasan mulut hingga menghalang penyusuan secara terus. Maka dalam keadaan begini, susu ibu perlu dipam dan diberi kepada bayi,” katanya.


Selain itu, seseorang ibu tidak perlu mengehadkan masa penyusuan kerana si kecil akan berhenti menyusu apabila dia kenyang. Ia juga akan membolehkan bayi anda mendapat susu akhir yang pekat dan mengenyangkan.


Ibu juga tidak perlu memberi air kepada bayi terutama dalam tempoh enam bulan pertama selepas kelahiran kerana susu yang keluar pada awal sesi penyusuan 89 peratus adalah air yang mengandungi banyak laktosa.


“Apabila bayi dahaga, ibu boleh memberikan susu awal bagi menghilangkan dahaganya dan tidak perlu mencampurkan air kerana susu ibu sudah cukup untuk anak mereka,” katanya.


Bagi ibu yang bimbang dan tertanya-tanya sama ada anaknya sudah mendapat susu akhir yang mengenyangkan, Che Aini berkata, selepas bayinya melepaskan hisapan, ibu boleh mencuba dengan memicit sedikit payudara.


Sekiranya susu yang keluar pekat, maka itulah susu akhir dan ia menunjukkan bayi sudah mendapatnya. Susu akhir ini akan membuatkan bayi kenyang lebih lama selain membantu tumbesaran yang sempurna.

Bagi ibu yang mempunyai sebarang keraguan mengenai penyusuan ibu, bolehlah ajukan soalan kepada doktor anda atau melayari pelbagai laman web dan blog di Internet bagi mendapatkan pelbagai maklumat selain menyertai komuniti yang menyokong penyusuan susu ibu.





Panduan memperbanyakkan susu badan

Hanya beri susu ibu walaupun bayi dahaga, tidak mencampurkannya dengan air.

Tidak mengehadkan tempoh penyusuan, sebaliknya biarkan bayi melepaskannya sendiri.

Mengamalkan pemakanan seimbang dan memperbanyakkan pengambilan sayuran hijau.

Sayuran seperti ulam kampung, pucuk pegaga dan kacang merunggai didapati mampu membantu memperbanyakkan susu memandangkan kandungan zat besinya yang tinggi.

Susukan bayi secara kerap.

Jika bayi masih tidur apabila tiba waktu menyusu, gerakkan untuk diberi susu mengikut tempoh ditetapkan. 

Beri susu mengikut keperluan bayi.

Mengepam mengikut keperluan bila bayi tiada di sisi.

Jangan mencampurkan susu formula atau memberi air kepada bayi sepanjang tempoh penyusuan secara eksklusif.


Nota kaki~ copy n paste dari harian metro.. gamba tu je kepunyaan sendiri.. =D


Thursday, November 24, 2011

Mi Darah Punca Mandul..

4 juta comments
Semalam aku terjumpa paper Metro 18 Januari 2008.. tesenyum aku sorang2..

Photobucket

KUALA LUMPUR: Perang terhadap produk mi dan kuetiau menggunakan logo halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendedahkan isu lebih menakutkan apabila jenama mi terkenal dikesan mengandungi bahan kimia asid borik.


Apabila ujian dilakukan terhadap mi terbabit, warna kuningnya bertukar menjadi merah hingga boleh digelar 'mi darah'.


Dua jenama mi terkenal yang diambil dari dua kilang berasingan di Kampung Baru Sungai Buluh dekat sini semalam, didapati mengandungi asid borik apabila warna mi terbabit bertukar manjadi merah pekat selepas dicampur air kunyit.


Ini menunjukkan pengilang mi dan kuetiau terbabit masih berdegil menggunakan asid borik dan benzoik walaupon mereka pernah diberi amaran berulang kali oleh Kementerian Kesihatan.


Difahamkan asid borik dan asid benzoik yang digunakan sebagai pengawet dinggap berbahaya kerana boleh menyebabkan kancer dan menjadi antara punca lelaki mandul.


Asid borik bahan digunakan unuk kawalan serangga dan pengawet kayu dalam industri perabot, kaca dan bidang perubatan serta dilarang mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.


Kebayakan usahawan mi, kuetiau, mi wantan dan laksa gemar menggunakan kimia berbahaya itu kerana ia mampu membunuh bakteria, meningkatkan tekstur dan mengekalkan kesegaran makanan untuk tempoh masa lama.


Berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan, asid borik boleh menyebabkan loya, muntah, cirit-birit, kegagalan buah pinggang, kegagalan sistem peredaran darah seterusnya membawa maut.


Wartawan Harian Metro melakukan ujian terhadap dua jenama mi itu yang diambil dari kilang dua kilang terbabit yang diserbu pegawai Jabatan Kesihatan Selangor, Jakim dan Kementerian Perdagangan Dala NEgeri dan Hal-Ehwal Pengguna (KPDNHEP)Selangor, semalam.


Ia mendapati kedua-dua mi terbabit bertukar warna kepada merah pekat selepas dituang dengan air kunyit.


Pertukaran warna merah mendadak dalam tempoh 10 saat itu mebuktikan mi terbabit mengandungi asid borik yang digunakan unutk tujuan pengawetan.


Jika mi terbabit tidak mengandungi asid borik atau benzoik, warna kuning mi itu akan kekal tanpa perubahan warna ketara.


Sementara itu, ketika serbuan dilakukan, pihak Jakim menarik semula pemberian sijil halal kedua-dua kilang makanan terbabit selepas ujian makmal membuktikan pengusahanya menggunakan asid berbahaya itu.


"Jakim menitikberatkan keselamatan pengguna dan tidak sesekali berkompromi dengan pengusaha makanan yang sewenang-wenang menggunakan bahan berbahaya, apatah lagi daripada sumber diharamkan agama," katanya.


Satu daripada kilang mi yang menggunakan asid borik dan benzoik itu pernah ditarik semula pemberian sijil halal jakim pada Ogos 2006.


Pengusaha kilang terbabit kemudian cuba memohon semula sijil halal jakim pada Julai tahun lalu, namun ditolak kerana tidak mematuhi syarat ditetapkan.


Malah, dalam pemeriksaan mengejut semalam, pihak berkuasa sekali lagi menemui beberapa kotak berisi serbuk putih asid benzoik yang disembunyikan di kilang terbabit, sekali gus membuktikan penggunaan bahan kimia itu.


Disebabkan tajuk depan paper ni la ade orang kate mr ejai mandul.. walaupon sebenarnye mase ni aku dah pon pregnantkan harith 2 bulan dan baru 5 bulan kawen.. malas nak heboh2 sebab orang kate kalo heboh awal kang takot baby tak lekat..


Nak tau sebab ape? sebab mr ejai suke makan mee.. memang gile mee.. aku tak minat sangat.. tapi kalau itu je yang ade aku bedal juge..


Terbukti sudah bile 2 orang anak mr ejai telah selamat aku beranakkan.. alhamdulillah.. huhuhu..






Nota kaki~pada sesiape yang baru kawen 2-3 taun tapi maseh belom dapat anak tu besabo je la.. munkin belom rezeki lagi.. ade orang dah kawen 15 taun baru dikurniakan zuriat.. rezeki masing2..







Friday, September 9, 2011

Tekanan Darah..

4 juta comments
Aku antara orang yang tak tau pasal tekanan darah.. yang aku tau bile lengan tangan kene pam tu maksudnye nak amek tekanan darah.. macam mane kaedah pembacaan tekanan darah ni aku memang zero.. aku memang tak de medical back ground.. kalau tanye cam ne nak bace multimeter tu aku tau le.. part bace osiloskop pon aku dah lupe.. hehehe.. bile tiap bulan check bp kat dokto aku cume diberi tahu yang bp aku ok.. tapi aku sebagai tuan punye badan ni tak tau bp rendah tu cam ne, yang sedang2 tu cam ne dan bp yang tinggi tu cam ne.. 


Oleh yang demikian hari ni baru aku mencari cam ne nak bace bp walaupon aku tak reti nak pakai pam yang tarok kat lengan tu.. 


Setelah dicarik2 aku terjumpe satu page yang agak mudah difahami pasal bp ni.. harap dapat membantu kawan2 yang zero pasal bp macam aku ni.. 


Memahami Bacaan Tekanan Darah


Tekanan darah biasanya direkodkan sebagai dua nombor, yang ditulis sebagai nisbah seperti ini:


Photobucket




Sistolik


Nombor atas, yang juga yang lebih tinggi daripada kedua-dua nombor, mengukur tekanan dalam arteri apabila denyutan jantung (apabila kontrak otot jantung).


Diastolik


Nombor bawah, yang juga lebih rendah daripada kedua-dua nombor, mengukur tekanan dalam arteri di antara degupan jantung (apabila otot jantung berehat antara degupan dan mengisi dengan darah).




Apakah cadangan AHA untuk tekanan darah yang sihat ?


Carta ini mencerminkan kategori tekanan darah yang ditakrifkan oleh Persatuan Jantung Amerika.


Photobucket




* Doktor anda perlu menilai bacaan tekanan darah yang luar biasa rendah.


Bagaimana tekanan darah tinggi didiagnos?


Penyedia penjagaan kesihatan anda akan mahu untuk mendapatkan gambaran yang tepat mengenai tekanan darah anda dan carta apa yang berlaku dari masa ke masa. Bermula pada 20 umur, Persatuan Jantung Amerika mencadangkan pemeriksaan tekanan darah pada lawatan penjagaan kesihatan yang kerap atau setiap 2 tahun sekali, jika tekanan darah anda adalah kurang daripada 120/80 mm Hg.


Tekanan darah anda meningkat dengan setiap denyutan jantung dan jatuh apabila jantung anda kelonggaran antara denyutan. Walaupun BP boleh berubah dari minit ke minit dengan perubahan dalam postur, senaman, tekanan, atau tidur, ia biasanya harus kurang daripada 120/80 mm Hg (kurang daripada 120 sistolik DAN kurang daripada 80 diastolik) untuk usia dewasa 20 atau lebih . Kira-kira satu dalam tiga (33.5%) orang dewasa Amerika Syarikat mempunyai tekanan darah tinggi.
Jika bacaan tekanan darah anda lebih tinggi daripada biasa, doktor anda mungkin akan mengambil beberapa bacaan lebih masa dan / atau telah anda memantau tekanan darah anda di rumah sebelum mendiagnosis anda dengan tekanan darah tinggi.


Bacaan tinggi tidak semestinya bermakna anda mempunyai tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, jika bacaan menginap di 140/90 mm ​​Hg atau ke atas (sistolik 140 atau di atas ATAU diastolik 90 atau di atas) dari semasa ke semasa, doktor anda mungkin akan mahu anda untuk memulakan program rawatan . Program tersebut hampir selalu termasuk perubahan gaya hidup dan ubat sering preskripsi bagi orang-orang dengan bacaan 140/90 atau lebih tinggi.


Jika, sambil mengawal tekanan darah anda, anda akan mendapat bacaan sistolik 180 mm Hg atau lebih tinggi ATAU bacaan diastolik 110 mm HG atau lebih tinggi, tunggu beberapa minit dan mengambil sekali lagi. Jika bacaan masih pada atau di atas paras itu, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan kecemasan serta-merta untuk krisis hipertensi .


Walaupun tekanan darah anda adalah normal, anda harus mempertimbangkan untuk membuat pengubahsuaian gaya hidup untuk menghalang perkembangan PBP dan meningkatkan tahap kesihatan jantung anda .


Nombor yang lebih penting, atas (sistolik) atau bawah (diastolik) ?


Perhatian biasanya lebih diberikan kepada bilangan atas (tekanan darah sistolik) sebagai faktor risiko utama untuk penyakit kardiovaskular bagi orang berusia lebih 50 tahun. Dalam kebanyakan orang, tekanan darah sistolik meningkat secara berterusan dengan usia kerana meningkatkan kekakuan arteri besar, jangka panjang membina plak, dan peningkatan kadar penyakit jantung dan vaskular.





Notakaki~sumber dari sini..

Friday, July 15, 2011

Bini Biniku Gangster..

2 juta comments









Ternampak trailer cite ni kat wall salah sorang kawan kat fb kejap tadi.. aku tak tau nak mengklasifikasikan cite ni sebagai ganas ataupon lawak.. tapi nampak cam best.. baru tengok trailer dah nak gelak.. hehehhe.. tak tau la cam ne cite die.. kene pegi tengok nih.. tapi agak2 time cite ni kuar nanti boleh ke aku pegi tengok.. huhuhuhu..


Nota kaki~kepada laki2 diluar sane.. kalau korang dapat bini2 cam tu ape korang akan buat??? hehhehe..

Saturday, July 2, 2011

Kalau sy dh xde bru awk leh gatal dgn prmpn lain..

0 juta comments
Aku tejumpe cite ni kat FB.. harap dapat kite kongsi bersame..

Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..

OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die.........

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"

Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..

Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...

Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...

Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..

Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....

Monday, May 23, 2011

Jaraknye Cuma 5 Batu..

2 juta comments
Ni cite pasal tanah runtuh kat batu 14 Hulu Langat tu.. ye.. kalo ikot alamat memang 5 batu je jarak dari rumah aku dengan tempat kejadian tu.. area umah aku ni kire dalam kawasan batu 9.. kat sini memang bebukit2 skit.. kadang2 ade gak kawan2 or sedara mara yang datang rumah mengeloh sebab kene naik turun bukit baru sampai rumah aku..


Walaupon lokasi sebenar tempat tanah runtuh ni aku tak tau, tapi aku tetap rase sedih.. bukan satu atau pon 2 nyawa yang hilang, tapi 16.. dah ajal die0rang.. kite yang hidop ni tak tau lagi cam ne..

Aku dapat tau pasal brite ni pon dalam kol 4.30 ptg ari sabtu.. tebace kat wall salah sorang sahabat kat fb..



Mase ni maseh belom percaye sebab tak kuar kat tv lagi.. lagi pon tak de plak rase ade gempa bumi ke ape ke.. dah petang skit dalam kol 6 baru la pecaye sebab dah kuar kat brite terkini tv3.. siang tu memang cuaca cerah.. kol 5 dekat kol 6 baru ujan.. lebat juge la... pape pon semoga roh2 arwah yang meninggal ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. aminn..



Nota kaki~sumber gambar tanah runtuh dari google..

Wednesday, February 23, 2011

Unifi..

8 juta comments
Huhuhu.. korang tau ke epe bende Unifi ni?? yg aku tau (tengok kat iklan) kalo kite pasang Unifi ni kat rumah boleh bertenet laju tahap gaban, boleh nengok tv cite best2 24 jam, boleh pakai tepon umah lame2 ngan free.. hehehe.. tu yang aku tau la.. kalo nak tau lebih lanjut boleh le pegi ke http://www.unifi.my/

Kenape aku cite pasal unifi plak ari ni?? hehehhe.. sebenarnye kemarin hubby balik dari keje singgah jap kat post box.. kot le ade bil2 yang baru sampai.. tapi tak de pon.. yang ade cume satu sampol yang tak betuleh pape.. dalamnye ade isi selai kertas..

Ni la kertasnye.. abes je aku bace rase cam WOWW!!! bia betik kat umah aku ni dah ade coverage unifi.. dah yang paling sonok mate mandang die tuleh ZERO COST ENTRY.. huhuhu.. kalo ade unifi kat umah ni pasti sume blog aku akan tinggalkan jejak.. hahhaha.. tak de masalah blog berat.. macam2 la aku boleh buat kalo ade unifi nih.. main game online pon syok gak.. tapi kang bile pulak aku nak masak.. hehehhehe.. angan2 kuat aku nih.. masalahnye skang ni kalo masokkan unifi kat umah ni pon ape gune tenet laju gile tahap gaban tapi lappy slow tahap sipot.. so tak gune la enjen ferrari kalo yang ade cume body kete kancil ye dak.. so aku kene ukur baju kat badan sdirik gak.. tak kan aku nak pakai baju mak cik limah yang saiznye XXXL kan.. so bile pikir2 balik tak pe la.. aku pakai je ape yang ade.. janji boleh menuleh blog n berYM ngan mr ejai hari2 pon dah cukup bagus dah.. =D

Friday, December 3, 2010

Ketika Cinta Bertasbih 2..

2 juta comments
Petang semalam sacara tak sengaja saya bukak TV AlHijrah.. ade plak The Making Of Ketika Cinta Bertasbih 2.. tengok cam best.. walaupon sebenarnye cite tu dah lame tayang tapi saya baru tau.. huhuhu.. sangat tinggalan zaman.. elok je abis the making tu saya ym la ngan hubby.. kate ade the making cite ketika cinta bertasbih 2 kat tv alhijrah.. siap suruh hubby beli cd cite tu lagi.. nampak sangat ketaksoban saya.. hahaha.. pas tu hubby reply la kate ade cd cite indon tapi tak tengok lagi.. tak ingat cite ape.. dah lame beli.. ade la dekat 4 or 5 bulan kot.. so saya cari cd tu kat bawah tv.. jenoh mencari.. last2 jumpe gak.. rupe2nye cd tu adalah DVD cite KCB2... hahahhah.. cam ne bley tak pasan ade DVD cite ni kat umah.. memang tak tengok lagi.. plastik pon belom bukak.. so malam tadi kitorang bedua tengok la cite tu.. mamat alan tukang kacau.. huhuhu.. ape yang dapat disimpolkan dari cite tu ; kalau dah jodoh tak kemana.. kalau nak tau cite ni kene la tengok sendiri.. best wooo.. part paling sedih bile mak die meninggal.. sampai ade orang menitiskan air mate.. huhuhu.. part paling best bile kat dalam bilikt pengantin.. hehehhe.. sape2 pon suke part tu.. tak de sensor2 ye.. ini filem islamic tau..

Thursday, December 2, 2010

TV ALHIJRAH

8 juta comments
Rasenye saya antara orang yang terlewat tau pasal kewujudan channel tv baru nih.. sabtu lepas beli paper Metro baru tau ade channel baru kat tv.. huhuhu.. sangat ketinggalan.. maklom la jarang dengar radio yang ade iklan.. pas tu slalu bace paper pon on line je.. bile dah nampak iklan TV ALHIJRAH ni hubby pon ape lagi, cari la kat tv.. kepada kawan2 yang ade astro belom masok lagi ye.. klu nak cari pakai manual.. hehehhe.. setelah digodek2 dapat gak la TV ALHIJRAH ni.. pagi2 tak de siaran lagi.. petang baru ade kot.. best gak sebab ade lagu Maher Zain.. hehehehe.. ye la skang ni tengah test siaran la agaknye.. secara rasminya TV AlHirah ni akan keudara pada 1 Muharram 1432h bersamaan 7 Disember 2010... inginkan keterangan lanjut boleh la klik ke TV ALHIJRAH.. jom kite support tv islamic ni.. kalau bukan kite sape lagi nak support kan..

Wednesday, July 7, 2010

MOPIKO..

2 juta comments
Ermmm.. ntah la kenapa.. sejak dua menjak ni rajin plak saya dok godek pokcik google.. huhuhu.. ape yang saya jumpe??? hahhaha.. mopiko.. saje je taip MOPIKO kat google n banyak gak la yang kuar.. cam biase la kegunaan mopiko ni untuk tarok kat kulit yang ade bintat.. my mom suke cakap word ni. ianya menjurus ke arah gatal2 yang disebabkan gigitan nyamok or pape serangge la yang boleh menyebabkan gatal.. hehhehe.. so antara gamba yang menarik adalah seperti berikot ye..






Hahahhaha.. walaupn bahasanye idak le paham, tapi msg yang nak disampaikan sampai kan.. huhuhu.. so kesimpulannye, di dalam hidup ni, kita tidak sepatutnya membuat andaian dengan tergesa-gesa. kerana apa yang kite lihat tidak semestinya mencerminkan apa yang terlintas di kepala hotak kite. bak kata pepatah orang putih "Don't judge a book by it's cover". Sekian.

Tuesday, July 6, 2010

Aduhai 4 Orang Isteriku..

0 juta comments
Sempat berblog walking tadi.. tejumpe plak cite pasal 4 isteri ni.. macam menarik.. semoga cite 4 isteri ni boleh jadi pedoman hidup kite.. jom bace..





Aduhai 4 orang isteriku..


Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.


Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.


Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendapingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.


Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu saying kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.


Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”


Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukan kau mendapingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaj tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.


Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.


Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu keliang kubur saj. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”


Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”


Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini:


ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.


ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.


ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.


DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.


Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!…-dr Portal Muslimah

Friday, June 11, 2010

Dunia Baru Reunion..

2 juta comments


OMG.. saya memang tak pernah tau pon ade cite Dunia Baru Reunion ni.. siyes.. drama ni la yang pernah wat saya tetunggu2 dulu..

Tadi mase blogwalking (tak ingat blog sape.. hehehhe...) tuan empunye blog tu ade cite psal Dunia Baru Reunion ni.. bebel banyak2 pon tak gune kan..

Jom tengok Dunia Baru Reunion: Episod 1 kat sini..

Wat stakat ni baru ade 3 episod.. saya memang tak saba btol nak tengok sampai abes Dunia Baru Reunion ni.. hehhehe.. jom kawan2 kite tengok.. (tak yah bayor.. free je.. hehehe.. )

Monday, May 3, 2010

Maajun Anggun Bistari

7 juta comments
Sebelum ni kawan saya puan eila ade kenalkan saya ngan produk ni.. die kate bagus untuk pompuan yang dah ade anak cam saya.. disebabkan kak no pon dah try n die kate produk ni bagus so saya pon cuba la.. saya mintak tolong kak no je belikan sebab kawan die dealer produk ni..

Khasiat produk ni adalah:-

1. Merancang keluarga.
2. Merawat keputihan.
3. Memelihara peranakan
4. Membuang darah period/nifas lama
5. Stabil hormon wanita
6. Teraturkan haid
7. Awet muda
8. Mencantik/menegang payu dara
9. Melancarkan peredaran darah
10. Melawas buang air besar
11. Menambah tenaga
12. Kawal kolestrol dalam darah
13. Kawal berat badan
14. Memulih/melambat monopouse
15. Ikhtiar untuk dapat anak

Untuk maklumat lanjut kawan2 boleh la jengok2 ke blog MAB ni ye..
http://mab-online.blogspot.com/

Wednesday, April 14, 2010

Fish Ball..

4 juta comments
Ye fish ball sangat sedap dimakan.. kalau masok kat yong tau foo lagi sedap.. saya memang suke sangat fish ball ni.. tapi kalau budak umo 9 bulan diberi makan fish ball cam ne plak??

Saya tebukak brite tv9 tadi kate ade budak mati tecekik fish ball kat taska.. (tebukak tv 9 sebab sebelum tu ade ninja worrior) boleh bayang tak macam mane perasaan mak bapak budak tu bile hantar anak kat taska untuk dijage tapi tau2 je anak die dah mati.. sedih sangat..

Saya memang sangat sensetif btol kalau ade cite budak kecik meninggal ni.. mungkin naluri keibuan kot yang jadikan saya rase macam ni.. (sebab dulu sebelum ade anak memang saya tak heran pon kalau ade cite cam ni) kalau la budak tu macam mamat alan mase 9 bulan pon gigi tak kuar lagi cam ne budak tu nak makan??

Tak tau la fish ball tu dah siap potong2 or budak tu telan bulat2.. atau pon budak tu merangkak ambil fish ball tu dari mangkuk budak yang lagi tua dari die.. selalunya budak umur 9 bulan memang tengah galak merangkak.. kebiasaannya macam tu la.. ermm... mamat alan pon mase 9 bulan still makan bubur nasik.. saya rase anak orang lain pon macam tu juge.. saya harap mak bapak budak tu boleh la terima kenyataan ni.. (kalau saya jadi mak budak tu pon memang susah nak terima..)


Bayi meninggal tercekik bebola ikan

TAMPIN: Seorang bayi lelaki berusia sepuluh bulan meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan ketika makan di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Jalan Cantik di sini hari ini.

Bayi itu, Wan Nur Alif Wan Arif Fadhla dikatakan tercekik bebola ikan semasa menikmat sarapan pagi kira-kira jam 9 pagi bersama kanak-kanak lain yang disediakan oleh pengasuh pusat asuhan berkenaan.

Bapa bayi itu, Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada isterinya pada jam 11.15 pagi, memberitahu anaknya dihantar ke Hospital Tampil selepas dikatakan terjatuh.

"Sebaik tiba di hospital berkenaan, pihak hospital memaklumkan bahawa anak saya sudah meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan. Saya berasa amat kesal di atas sikap kecuaian pihak pengasuh," kata Pegawai Penerangan Daerah Rembau itu.

Katanya beliau sudah melaporkan kejadian itu di Balai Polis Tampin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Supt Wooi Hooi Cheng ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan yang dibuat oleh bapa kanak-kanak itu.

Katanya pihak polis telah membuka kertas siasatan dan akan memanggil pengusaha pusat asuhan itu untuk memberi keterangan.

ehsan dari MyMetro
(kat brite tv9 kate 9 bulan, tapi kat metro kate 10 bulan plak.. tak tau la mane satu yang betul)

Sunday, April 11, 2010

Susu Tin vs Susu Kotak..

9 juta comments
Selepas saya post cite pasal beli susu mamat alan yang sampai 4 tin tu ade kawan2 yang tanye.. Betul ke beli susu tin lagi murah dari susu kotak?? sebenarnye tak de yang betul dan tak de yang salah.. semuanya bergantung dengan susu untuk siape n brand ape.. tengok la susu tu untuk baby bawah satu tahun mahal la skit.. bawah tiga tahun murah la skit.. kalau si ibu tu masih mampu nak susukan baby die memang tak de la nak pening2 dok kire2 nak beli susu anak ni.. saya pon sebenarnye respect btol kat ibu2 yang mampu nak susukan baby die.. nampak mudah tapi banyak cabaran juge.. tahniah untuk puan emy sebab still breast feed kan anak die sampai sekarang.. umo anak puan emy pon lebih kurang mamat alan gak.. tabik spring kat puan emy.. tak lupa juge kat puan ain.. still breast feed kan 2nd baby die.. cayok2!!

Kat bawah ni ade la sikit kire2 yang saya n hubby buat sebelum nak beli susu untuk mamat alan.. harga susu ikut jenis susu yang mamat alan minom la.. susu Anmum Step 3.. kire2 ni hubby yang buat untuk bezakan mane lagi yang sepatutnye murah antara susu tin dan susu susu kotak..

Kire2 ni saya buat untuk kire berapa harga susu dalam tin dan kotak mengikut 100g susu..

susu tin = RM 44.96 = 1.7kg
= 44.96/17
= RM 2.65 harga untuk 100g susu tin

susu kotak = RM23.49 = 650g
= 23.49/6.5
= RM 3.61 harga untuk 100g susu kotak

#kesimpulannya susu tin lagi murah dari susu kotak.. sebab tu hubby pilih untuk beli susu tin..

kalu kite kire dari segi logiknye, kalau beli 2 susu kotak = RM 46.98 = 1.3kg ianya lebih mahal dan dapat lebih sikit susu.. jadi tepuk dada tanya anak anda nak susu mana.. hehhehe.. sekian tutorial untuk kali ini.. sharing is caring..

(tidak dinafikan ade jenis2 susu yang susu kotak die lagi murah dari susu tin..)

Thursday, April 1, 2010

Kedap Udara..

6 juta comments

Rasenye ramai yang kenal ngan karektor carton ni kan.. ni la mak kat cite Atasyinchi tu.. hehehhe.. saya suke cite tu.. lawak tapi ade gak la mesej yang nak disampaikan.. disebabkab cite ni la saya baru terpandang bende ni kat econsave pagi td..



Hajat pegi econsave nak beli telur ngan top up susu Anlene tu je.. tapi bile jalan2 pusing econsave tu tejumpe plak klip untuk makanan ni.. tu pon kat tempat kepit baju..

Dulu2 ade gak ternampak klip ni kat econsave tapi tak tengok detail pon.. just lalu je.. tapi bile tengok cite carton Atasyinchi tu mak die ade guna klip ni.. pas tu baru la tau pe gune mende ni.. huhuhu.. saya ni memang lambat skit pasal mende2 ni.. sebelum ni memang pakai kepit baju or ikat pakai tali or getah je untuk elak angin masuk..

Sebelum..

Selepas..

Klip ni senang digunakan.. sangat sesuai untuk makanan yang berpaket2 untuk elak masok angin.. Selamat mencuba.. hehehe..

Wednesday, March 31, 2010

Susu Anak vs Susu Ibu..

6 juta comments

Hari ahad lepas pegi carefour carik susu mamat alan ni.. tengok2 la kot ade yang murah sebab kat econsave kat rumah ni RM53++.. kat carefour murah plak RM48++.. sempat la rembat 2 tin.. tu pon yang last.. pas tu pegi plak kat tesco extra taman midah.. kat sane lagi murah.. setin RM44++ sahaja.. hohoho.. tapi rak dah licin la.. kosong.. dah abes orang beli.. hari isnin hubby balik keje singgah tesco extra tu n tengok ade lagi susu yg harga RM44++ tu.. beli la 2 tin lagi untuk bekalan bulan depan.. sebulan dekat 3 tin gak la susu mamat alan ni.. nak beli banyak2 tak boleh sebab hubby naik moto je.. cam ne plak la nak bawak tin susu tu nanti ye dak.. so beli la 2 tin je..


Ni cite pasal susu ibu mamat alan plak.. semenjak due menjak ni saya rase sakit pinggang plak.. tapi tak de la kritikal sangat.. adalah ini petanda usia dah tua?? hahahah.. sebagai alternatifnya saya pon cuba la susu Anlene ni..

Sebagai permulaan saya beli yang pek paling kecik 200g.. murah je.. RM6.20.. mule2 ingat nak beli yang coklat tapi orang kate yang coklat tak de la sedap sangat.. so saya beli la yang biase.. beli hari ahad lepas.. sepatutnye kene minom 2 kali sehari n 4 sudu sekali minom.. tapi saya minom sekali sehari n 3 sudu sahaja.. heheheh.. saya rase tu pon dan sangat bagus sebab saya bukan la penggemar susu.. kalau susu pekat manis campo ngan milo, teh or kopi tu ok la.. tapi kalau semata2 susu memang kene pejam mata nak telan..
Untuk pengetahun kawan2 hari ni hari ke empat saya minom n saya rase esok susu Anlene tu dah abes.. tinggal sikit je.. kesanye belom la nampak lagi.. kene tunggu 4 minggu la kot.. hehheh.. kepada kawan2, mari la kite minom susu untuk menguatkan tulang dah gigi kita.. hehehe.. jom minom susu..
 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez