Showing posts with label Epos. Show all posts
Showing posts with label Epos. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Epos Grande Date Verticale - Jenama pertama dunia dengan tarikh secara vertikal!

Epos Grande Date Verticale merupakan salah satu model dalam koleksi Sophistiquee mereka. Jam yang sangat dressy ini telah ditinjau beberapabulan yang lalu semasa membuat 'bancian' di Penang dahulu. Ciptaan tarikh secara vertikal ini merupakan ciptaan pertama dunia! Ia mula diperkenalkan di Basel World 2009.


Seperti mana gelaran 'Artistry In Watchmaking', kualiti buatan jam ini mengagumkan sesuai dengan gelaran yang diperolehi mereka. Aku jatuh hati sebenarnya dengan ni semasa mula melihatnya. 


Hour marker Roman digabungkan secara harmoni dengan penomboran Arabic.... Sub-second terletak pada kedudukan nombor 3 & saiznya agak besar. Dialnya besar, nampak penuh & gah. Crown terletak pada kedudukan pukul 12 di antara lug.


Dial dengan tekstur sunray memberikan rupa yang cantik & dibuat seolah-olah 'cahaya' datangnya dari penunjuk tarikh vertikal itu.


Kualiti yang ditampilkan oleh jam ini sangat bagus & bagi aku setanding jam-jam yang lebih mahal darinya malah lebih baik dari beberapa jenama yang lebih mahal. 


Disebabkan crown terletak pada pukul 12, bahagian lug atas dipanjangkan dengan extension supaya tidak mengganggu 'kerja' crown... Crown ditanda dengan logo 'e'....


Movement kunci (winding) ini dikenali sebagai EPOS GDV yang mana ia diasaskan dari Unitas 6498. Lihat saja kualiti finishing yang ditampilkan. Sungguh cantik & yang paling menarik... ianya buatan tangan! Finishing jam Epos dibuat dengan tangan & mereka mempunyai watchmaker yang pakar dalam kerja-kerja halus ini. Dengan harga yang ditampilkannya.... boleh dikatakan berbaloi jika dibandingkan jenama lain yang jauh lebih mahal.

Mereka pandai dalam menunjukkan hasil seni buatan jam mereka. Caseback see-through dengan cermin sapphire ini memberikan rupa yang penuh. Puas betul tengok! Ada jam yang 'kedekut' nak tunjuk movement.... buka 'tingkap' sikit saja... bagi mereka yang suka tengok & appreciate movement, pasti model ini akan disukai mereka. 

Epos adalah jenama yang cukup bagus dalam pembuatan jam tangan mereka. Kualiti yang ditampilkan bagus & setanding harganya... Dalam kategori jam Swiss yang setaraf dengannya, jam-jam mereka boleh dikatakan murah & berbaloi untuk dibeli. Namun tidak ramai yang mengetahui kewujudan jenama ini & ramai juga yang ragu-ragu. Mungkin disebabkan Epos kurang promosi seperti jenama lain. Tapi bagi mereka yang tahu akan jenama ini pasti akan menyukai jenama ini kerana kualiti hasil kerja tangan yang ditampilkan itu sangat bagus & harganya juga berpatutan.... kerana dijual lebih murah dari jenama yang menggunakan mesin...

Leia Mais…

Sunday, October 4, 2009

Epos Sportive 3396


Satu ketika dulu lepas tengok Rolex Submariner kawan.... aku dah jadi tak keruan. Selama ni aku hanya tengok dari jauh di kedai & tak pernah tengok live dengan dekat apatah lagi pegang & pakai kat tangan. Bila jam ada kat tangan, barulah kita boleh appreciate jam tu. Takat tengok dari jauh atau tengok gambar saja tak mencukupi. Mulai sejak tu, igauan & teringat sampai tidur bermula. Pemburuan bermula untuk aku dapatkan satu walaupun hanya homage. Nak beli replika, aku rasa bukanlah kehendak aku lagi. Aku tak mahu menipu diri sendiri dengan memakai 'Rolex' di tangan sebab dengan sendirinya nanti, aku akan mengalami masalah mental. Lebih baik aku beli homage sebab hati & mata ni takkan sakit. Aku nak tekankan sekali lagi... tak salah beli replika. Itu kehendak masing-masing. Bukan nak jatuhkan mereka yang beli replika, ini cuma yang berlaku kat aku. Orang lain ok je aku tengok.



Kalau baca artikel aku pasal Rolex Submariner, aku dah buat shortlist jam-jam homage Sub yang aku berkenan. Lepas buat research & tanya pendapat kawan-kawan untuk setiap jam tu, aku buat keputusan untuk beli Epos Sportive 3396. Aku rasa ini yang terbaik untuk aku & berbaloi dengan apa yang aku dah usahakan selama ni. Aku ke kedai Tat Ming Watch Co. di Penang bersebelahan dengan Komtar seminggu sebelum hari raya Aidilfitri setelah dapat tahu di situ ada jual Epos yang aku nak tu.



Tat Ming Watch Co. adalah salah satu kedai yang amat popular di Penang malah di Utara kerana kedai ni telah bertapak sudah berpuluh tahun. Sebut je Tat Ming, pasti ramai yang tahu. Seller di kedai pula semuanya sudah otai. Tak sabar rasanya aku nak ke kedai tu. Jenuh juga cari kedai tu sebab aku pun tak pernah pergi. Tawaf Komtar 2,3 kali barulah jumpa. Lepas tu teruskan misi nak cari parking pula, tawaf sekali lagi. Lepas parking kereta, dengan laju macam kilat (nak cakap betapa tak sabarnya aku....), aku cepat-cepat ke kedai tu dengan semangat juang yang tinggi. Di tambah pula pagi sebelum pergi tu aku berjumpa dengan sorang kawan yang sebelum ni adalah customer aku & sekarang sudah jadi kawan (inilah yang aku mahukan bila buat blog. Bukanlah urusniaga yang aku pentingkan sangat, tapi persahabatan yang terjalin lepas tu yang aku mahukan). Kebetulan kawan aku ni pakai Rolex Yachtmaster (RM27k beb!) hari tu. Makin bertambahlah semangat membara aku nak dapatkan Epos tu.

Sampai ja kat kedai tu, aku tengok ada beberapa model yang display di depan kedai. Epos aku tu pun ada di display depan pintu masuk. Wah! Masuk dalam, aku cuba tahan keinginan aku untuk terus ke Epos. Aku pusing kedai 1 round. Antara jenama yang ada Maurice Lacroix, Sandoz, Bulova, Pagol, Enicar & beberapa lagi jenama Swiss. Jam Jepun jangan tanyalah, semua ada. Ada beberapa pelanggan dalam kedai tu. Bila mana aku nak pi tengok Epos, ada sorang pelanggan dok tengok Epos juga. Si seller tu plak dok promote Epos yang aku nak beli tu. Argh!!! Aku dok je belakang dia, rasa nak potong line pun ada. Jahatnya aku.... Hahaha... Lepas tu dia pergi sebab nak bayar jam bini dia. Wah.... cepat-cepat aku suruh seller tu keluarkan jam tu. Hahaha.... Kiasu juga aku rupanya. Muahaha... Bukan apa, aku rasa penat sangat datang dari jauh kalau aku tak dapat bawa balik jam tu. Alhamdulillah... nak jadi rezeki aku rupanya. Empat model dikeluarkan sebenarnya, Orient, Sandoz Submariner & 2 model Epos. Buat perbandingan, tolak Orient & Sandoz walaupun Sandoz adalah pilihan utama aku sebelum jumpa Epos.


Model atas adalah 3253-B (salah satu dari 3 model diver Epos) yang menggunakan movement ETA 2824-2. Mempunyai saiz yang sana dengan Rolex iaitu 40mm, ia menjadi pilihan pertama aku pada mulanya. Aku cuma berkenan kat saiznya saja. Model 3396 aku kurang minat kerana saiznya yang besar, 44mm. Tapi selepas buat perbandingan dari pelbagai segi, ternyata 3396 paling baik & berbaloi. Banyak 'markah' 3253-B dipotong selepas semua potensi diambil kira. Tanya isteri pun, dia lebih berkenan 3396. Sah!

Aku senaraikan sebab kenapa 'markah' 3253-B dipotong banyak & tak mampu aku nak tolak panggilan 3396:
  • 3253-B adalah model lama vs 3396 adalah keluaran terbaru.
  • 3396 nampak lebih solid & tough berbanding 3253-B yang nampak lembut.
  • Finishing 3253-B kurang memberangsangkan berbanding 3396.

  • Pemasangan bezel pada 3253-B tidak begitu kemas & longgar vs 3396 yang cukup kemas (seperti gambar). Bebeza dengan 3253-B yang mempunyai polished finishing pada bahagian tepi casing vs 3396 mempunyai brushed finishing keseluruhan jam.
  • Bracelet 3253-B tidak se-solid 3396 yang lebih tebal & kukuh serta tidak begitu meliuk.

  • Pemasangan link bracelet pada lug 3253-B kurang kemas (ada sedikit kesan potongan tidak kemas & kasar pada link bracelet) vs 3396 (gambar atas) yang begitu kemas.

  • Dail 3253-B yang sangat ringkas (hanya terpapar epos & automatic) serta design marker yang kurang menarik minat aku berbanding....

  • ... 3396 yang lebih sarat dengan info pada dail . Sekurang-kurangnya, orang yang tak tak familiar dengan Epos tahu ia buatan Swiss & boleh dijadikan pembuka bicara. Design marker sebegini nampak cantik & ekslusif.

  • Saiz font bezel pada 3253-B yang lebih besar berbanding 3396 (gambar atas).
  • Caseback 3253-B yang boleh nampak jika dilihat dari tepi ketika pakai & bentuknya juga tidak begitu cantik. Saiz caseback tu hampir menyamai saiz casing sendiri. Memang nampak kalau tengok dari tepi. Susah gak nak cakap, tapi pandangan mata langsung tak turun ke hati.

  • Dari segi pemakaian, 3253-B tidak nampak ekslusif. Senang cerita... tak best bila dilihat pada cermin. Nampak tak mewah langsung. Pakai pula rasa kurang selesa & nampak tergantung pada tangan vs 3396 (gambar atas) yang sangat selesa pada tangan walaupun bersaiz besar. Mungkin design caseback & casing seperti memeluk tangan sebegini menyumbang kepada keselesaan tu. Rasa 'sekali' jam tu di tangan. Aku suka bila tengok jam camni. 3253-B nampak tak secantik ni & nampak tebal vs 3396 yang nampak agak slim.
  • Saiz 3396 yang lebih besar ni menyamai abang kepada Rolex Submariner iaitu Sea-Dweller. Bolehlah dikatakan 3396 ni homage kepada Sea-Dweller.
  • Pendapat orang kedua (dalam kes aku isteri sendiri), yang lebih berkenan & menjurus kepada 3396.
Tips!
Gunalah cara yang aku buat ni kalau anda tak tahu atau confius dalam pemilihan jam, tak kiralah samada hanya nak beli 1 jam atau nak pilih antara 2 atau lebih jam. Aku guna cara ni sebelum aku keluarkan duit beli jam tu. Sekarang aku lebih berhati-hati beli jam, takut terbeli jam yang 'salah'. Takut diri sendiri terjerat, rasa bersalah & menyesal sebab pilih jam yang salah.


Perbandingan ni hanyalah berdasarkan jam yang ada di kedai tu. Kebetulan hanya ada satu 3253-B saja yang tinggal. Mulanya seller nak ambi jam 3253-B dalam stok. Cari tak jumpa, rupanya itu yang last. Disebabkan semua yang aku bandingkan tu menampakkan 3253-B banyak dipotong markah... aku pilih 3396 sebagai wira.

Inilah juara untuk hari raya...

Rasa satu nikmat bila jam idaman hati ada di tangan sendiri. Satu kepuasan & satu hadiah untuk diri sendiri dengan penat lelah bekerja selama ni. Jam ni juga sebenarnya jam raya aku. Tahun ni takda pun baju raya melainkan jam raya. Hehehe...


Pembelian jam ni didatangkan dengan kotak kayu yang cukup eksklusif. Epos menyediakan suatu yang cukup baik untuk pelanggan mereka. Selain jam yang yang cukup berkualiti, mereka tidak lupa untuk menghasilkan perisai yang cukup berkualiti juga.


Didatangkan bersama geran (certificate), user guide & international warranty 2 tahun.


Untuk yang belum pernah tengok certificate jam Swiss, beginilah keadaannya. Teruja betul sebab aku sendiri pun tak pernah ada jam camni. Jakun pula. Kiranya satu sejarah bagi diri sendiri sebab inilah pertama kali aku beli jam yang ada certificate ni.


Secara keseluruhan aku sangat berpuas hati dengan keadaan jam ni. Sangat cantik walau dipandang dari mana pun. Epos telah hasilkan suatu jam yang cukup berkualiti dengan harga yang cukup berpatutan.


Fully stainless steel casing & caseback ini mempunyai buatan yang cukup bagus. Mempunyai saiz 44mm & saiz lug 22mm, jam ini juga mempunyai model yang bertali getah. Aku suka kalau jam-jam yang bagi aku mahal, aku nak rasa & rupa mahal tu ada padanya. Aku rasa tak berbaloi untuk beli jam beribu-ribu RM tapi rupa tak seberapa sebab aku bukanlah sorang yang banyak duit, nak beli jam lebih seribu pun fikir banyak kali. Jadi aku nak pelaburan aku tu berbaloi dengan duit usaha aku selama ni. Ini pada aku lah....


Epos 3396 dengan tali getah. Nampak best juga. Tapi aku tak tengok live sebab model ni takda di kedai tu. Tapi kalau ada pun, rasanya aku pilih bracelet juga. Bracelet nampak lebih solid & gah berbanding tali getah yang nampak sporty.



Dail ringkas, kemas & teratur ini mempunyai dail hitam flat (matt black). Mempunyai penunjuk tarikh pada pukul 3, ia menggunakan movement ETA 2824-2 yang sangat reliable & popular di kalangan watchmaker. Enjin boleh hack & winding seperti kebiasaan movement ETA.


Mempunyai kekuatan selaman sehingga 200m seperti kebanyakan jam diver & menggunakan cermin sapphire yang tahan lasak. Marker timbul mempunyai luminous marker padanya. Jarum jam lambang Mercedes membibitkan rasa mahal pada jam ni.


Keadaan luminous dalam gelap. Berbeza dari kebiasaan, jarum & indeks bezel berwarna hijau, manakala marker dail berwarna biru. Lain dari yang lain. Walaupun unik tapi ia kalah dengan Seiko Monster yang jauh lebih terang & lebih tahan lama berbandingnya.


Bezel boleh putar sehala. Tapi bezel jam ni agak ketat (mungkin baru lagi, menurut seller) & sakit jari dibuatnya. Design tepi bezel yang berbentuk tajam tu seperti menikam jari ketika putar crown. Mungkin lama-kelamaan akan lembut sedikit kot. Putaran bezel 60 klik seolah-olah 1 klik 1 saat.


Perhatikan design tepi bezel yang agak tajam tu. Senang grip & pegang, tapi boleh menyakitkan sebab bezel agak ketat. Kalau dah longgar skit, mungkin tak la sakit lagi. Keadaan bezel begitu kemas & ring bezel berwarna hitam tu, dilekatkan dengan baik sekali. Tiada yang lebih & tiada yang kurang.


Crown skru-down unsign yang besar adalah ciri-ciri penting jam diver. Crown yang besar ini memudahkan grip & memudahkan screw/unscrew crown. Tiada rasa ketat atau kiat ketika screw/unscrew crown. Handaklah hati-hati bila buat takut-takut rosakkan trip crown tu pula.


Caseback skru & tidak begitu timbul seperti adiknya. Caseback punyalah berkilat sampai boleh buat cermin. Hanya maklumat ringkas tertera padanya. Rupa belakang casing nampak tegap & buatan yang cukup baik & kemas.


Bracelet stainless steel jenis solid tidak mempunyai liang pin di keseluruhan link. Hanya link yang boleh dikeluarkan saja yang ada lubang. Bracelet cukup tegap & sasa, amat selesa di tangan.


Mempunyai extension clasp seperti kebiasaan jam diver. Bukaan extension juga mudah. Cara ia tersimpan dalam clasp juga dibuat dengan baik sekali. Aku cukup minat kalau jam diver guna bracelet berbanding tali getah.


Engraving Epos tertera pada clasp. Clasp jenis klip & mempunyai safety clasp, satu lagi ciri-ciri jam diver. Buatan clasp nampak kemas & berkualiti. Rupanya itu menambahkan lagi ketegapan jam ni.



Nampak segak di tangan & nampak eksklusif, formal & sporty. Amat sesuai walau di mana saja untuk apa situasi pun. Sebab tu diver jadi pilihan kebanyakan pengumpul jam. Nampak besar di tangan, tapi sebenarnya sesuai.


Lihat saja finishing & buatan bracelet. Nampak bermutu tinggi & tegap.


Salah satu sebab aku pilih Epos adalah disebabkan link bracelet di bahagian tengah yang brushed finishing. Invicta & Sandoz mempunyai polished finishing di bahagian tengah. Kalau calar, nampak tak cantik dah.



Baru-baru ni aku ke Sungai Sedim untuk mandi manda. Jam ni beraksi dengan baik sekali. Inilah pertama kali aku pakai jam diver untuk mandi. Kalau pakai jam ni, aku suka guna tangan kanan sebab tangan kiri lebih kecil dari kanan. Tapi aku tak syorkan pakai jam ketika mandi di sungai atau lata sebab berisiko tinggi. Berisiko untuk jam seperti ni kerana banyak batu-batu licin dalam air. Silap hari bulan, jam boleh terus lemas walaupun penyelam handal disebabkan tak sengaja, jatuh terhentam batu dalam sungai. Kalau cermin tak pecah, selamatlah. Tapi body atau bracelet mungkin yang akan parah. Nanti bukan air yang masuk ke dalam jam, tapi air mata pula yang keluar. Aku tak syorkan langsung. Kalau mandi laut.... silalah pakai...



Untuk pasaran Malaysia, pihak Epos telah mengeluarkan model edisi terhad seperti di atas. Serupa macam 3396 tetapi ada tambahan warna pada bezel & dail. Hanya ada 222 unit saja di Malaysia. Saudara Vic dvintagecollection jumpa satu jam ni di Mid Valley. Mungkin ada yang bertuah memilikinya. Tengok rupanya seperti gabungan Submariner + Milgaus.

Setakat ni, aku sangat berpuas hati dengan koleksi terbaru aku ni. Harga yang tak begitu mahal, tetapi setanding dengan diver yang lebih mahal darinya. Tergugat juga bila tengok jam-jam lain dalam lingkungan budget aku hari tu. Tapi hati dah terpaut pada yang satu... pujaan hatiku ini dah menjadi milikku...


--------------------------------

Maklumat Terkini
(3 Julai 2010)

Menurut AD Epos yang aku beli jam ni. Epos 3396 sudah dihentikan pengeluarannya. Model ini akan menjadi model yang sukar didapati di masa akan datang & akan menjadi model yang collectible suatu hari nanti. Dapatkannya sementara stok masih ada lagi.


Leia Mais…

Sunday, September 13, 2009

Epos - Artistry In Watchmaking



Artistry in watchmaking... Itulah tagline yang digunakan EPOS. EPOS suatu jenama yang hebat seangkatan dengan jenama Swiss lain. Tapi tak ramai yang tahu jenama ni termasuklah seller jam sendiri (ini berdasarkan pengalaman aku sendiri). Mungkin dia tak begitu tahu tentang jenama Swiss sebab sejak sekian lama, dia hanya jual jam Jepun. Mungkin juga ramai telah sebati dengan jenama popular seperti Omega, Oris, Rolex, Titoni, Tag Heuer, Tissot dan lain-lain lagi. Lain dari jenama popular ni, mungkin ramai yang tak biasa dengar.


Permulaan EPOS

EPOS bermula pada tahun 1925 & ditubuhkan oleh James Aubert (seorang jurutera jam) di Vallee de Joux (pusat jam mekanikal dunia). James Aubert adalah seorang pakar dalam bidangnya dimana beliau menghabiskan masa & kerjanya untuk menumpukan kepada pembangunan teknikal jam chronograph & minute repeaters. Beliau mendapat kemahiran ini semasa beliau bekerja dengan pengeluar movement 'Valjoux' & 'Landerson'.

Seperti tradisi watchmaker yang lain, beliau menurunkan ilmunya kepada anak saudaranya, Jean Aubert & menantunya, Jean Fillon (sehingga kini merupakan ketua jurutera jam di EPOS). Jam-jam yang complicated dibuat dengan kerjasama rapat dengan watchmakers EPOS.

Salah satu movement kunci EPOS


Penubuhan Syarikat

Di awal tahun 1980an, kejayaan jam Swiss telah tergugat dengan terciptanya teknologi quartz yang telah merubah industri jam tangan secara radikal & significant. Tiada sesiapa yang ingin lagi menghasilkan jam mekanikal pada waktu itu... kecuali beberapa jenama luxury.

Peter Hofer adalah seorang pakar yang telah lama bergiat dalam pembuatan jam Swiss, masih percaya dengan masa depan jam mekanikal. Dengan visi ini, beliau & isteri, Erna telah mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat mereka pada tahun 1983 iaitu Montres EPOS SA.

Hubungan yang baik secara peribadi dengan mereka yang terlibat dalam bidang pembuatan jam di workshop Jura Mountains & Vellee de Joux, serta pengetahuan yang luas dalam pasaran jam global, membolehkan Peter Hofer untuk lebih cepat manghasilkan jenamanya sendiri. Sejak dari awal lagi, EPOS sudah menjadi jenama jam mekanikal dengan inovasi yang cukup hebat & menarik. Selama 20 tahun beliau kekal dengan visinya, menghasilkan koleksi yang cukup hebat dengan makanisma yang unik... dimana ini adalah dengan kerjasama rapat beliau dengan Jean Fillon.

Pada tahun 2002, Peter Hofer mencari pengganti yang boleh berkongsi minatnya dalam jam mekanikal & yang sanggup untuk mengambil alih & memperluaskan perniagaan EPOS. Ursula Forster merupakan individu bertuah yang telah memasuki keluarga watchmakers & suaminya, Tamdi juga mempunyai pengalaman yang hebat dalam industri pembuatan jam Swiss telah menampakkan mereka adalah calon pengganti yang terbaik.


Kesempurnaan Swiss dalam setiap perincian

Semangat & penghasilan jam yang bermutu tinggi oleh watchmakers telah meningkatkan reputasi jam buatan Switzerland di seluruh dunia. Jam tangan EPOS dicipta dengan penuh minat (passion), dikeluarkan dengan ketepatan di workshop Jura Mountains & Vallee de Joux; & dipasang dengan penuh perhatian & tumpuan di Grenchen (the most famous in the watchmaking heritage).

Jantung kepada EPOS terletak pada movement mekanikalnya. Movement asas datangnya dari pengeluar reowned Swiss, yang kemudiannya diubah oleh watchmakers EPOS yang menambahbaik dengan fungsi istimewa & dekorasi yang mengagumkan. Ciptaan terbaru yang dihasilkan di workshop Jean Fillon, James Aubert SA adalah berasaskan movement vintagenya, yang mana sudah tidak dikeluarkan lagi. Setelah siap, movement tersebut didekorasi dengan sebaik mungkin, terperinci & halus, yang selalunya dibuat dengan tangan. Hampir semua model jam EPOS dibuat dengan caseback yang mempunyai cermin kristal untuk membolehkan si pemakai melihat & mengagumi kerja mereka. Hasilnya, koleksi EPOS banyak yang dicari oleh pengumpul & pencinta jam tangan. Memang betul. Lepas aku tengok koleksi mereka di butik, aku cukup kagum dengan hasil kerja mereka yang cukup halus & cantik. Teringin skali nak milikinya suatu hari nanti. EPOS menawarkan jam mekanikal yang berkualiti tinggi dengan fungsi yang menarik dengan harga yang berpatutan. Selesai dengan usaha, perhatian yang penuh teliti & halus terhadap penghasilan jam mereka, mengikut tradisi watchmakers Swiss, mereka sangat layak untuk digelar "Artistry in Watchmaking".


Inovasi

EPOS sangat berbangga dengan inovasi in-house mereka. Sebagai contoh, fungsi istimewa seperti penunjuk power reserve, big date ataupun moon phase dibangunkan di workshop Jean Fillon, James Aubert SA. Movement yang complicated ini memerlukan teknik & kemahiran yang baik untuk menghasilkan sebuah jam yang bukan saja menarik tetapi sebuah hasil seni yang hebat.

Ciptaan in-house ini dibina samada dengan menggunakan calibre asas dari Unitas ataupun dengan movement yang sudah tidak dikeluarkan lagi dari Peseux. Akhir proses, kesemua movement tersebut akan dibuat sentuhan akhir secara individu, termasuklah ukiran tangan. Jadi, tidak hairanlah mengapa harganya tinggi & koleksi mereka sangat cantik & berinovasi berbanding jenama lain. Sangat sesuailah dengan tagline anugerah mereka itu.

Pelbagai model telah dikeluarkan EPOS. Berikut merupakan model yang dikeluarkan mereka bersama gambar antara koleksi mereka itu:


Elegance


Emotion


Originale


Oeuvre d'art



Passion


Perfection


Sophistiquee


Sportive



Selain model-model ini, mereka turut mengeluarkan model edisi terhad (Limited Edition). Paling tinggi pun cuma 999 unit.

Ref. 3400 - GMT - Limited Edition (999 unit)

Aku bertuah kerana dapat melihat model ini di salah satu butik mereka di Penang. Jam ini hanya ada satu saja di kedai tu & kemungkinan satu-satunya di Utara. Tuan kedai sempat tunjuk kat aku sebelum ia diambil oleh seseorang yang sudah lama booking jam tu. Sempat tengok beberapa minit sebelum tuan barunya bawa balik. Jam cukup cantik & unik. Berharga RM5k+.

Ada beberapa lagi model edisi terhad yang mereka keluarkan. Salah satunya memang dibuat khas untuk Malaysia. Aku akan ceritakan pada artikel akan datang. Mungkin suatu hari nanti jenama ini akan menjadi salah satu koleksi aku.

Leia Mais…