Showing posts with label Study. Show all posts
Showing posts with label Study. Show all posts

Wednesday, 1 August 2012

Semoga aku punya ilham untuk terus menulis thesis ini..

Salam Petang Rabu

Kini dah awal bulan 8.. kiranya sudah 5 bulan aku pulang ke tanahair.. setelah sibuk dengan urusan penerimaan barangan sebanyak 100+ kotak.. diikuti dengan urusan kereta import yang ambil masa 2 bulan.. kemudian pada penghujung bln 5 pula kehilangan Ayahanda tercinta.. kiranya hanya sekali dua sahaja aku membuka file kerja study Phd aku itu.. itupun untuk analisa data dalam SPSS yang separuh jalan dan masih ada 1 kumpulan data lagi yang belum habis di proses.. Hingga kini analisa menggunakan test yang bersesuaian belum sepenuhnya dilaksanakan..

Minggu lepas.. Sabtu.. Alhamdullilah... Sahabat baik yang ke-4 (kami 4 orang sahabat yang rapat) telah pulang ke tanahair.. Kiranya kini kami semua dah kembali bertemu di tanahair.. dulu semasa di sana setiap minggu kami akan melepak masak-masak.. dan sabtu lepas aktiviti itu berlaku kembali.. bezanya.. kami hanya sempat berbuka dan menghantar sahabat itu pulang ke kelantan menaiki flight pada pukul 10.30mlm.

Dalam pada sibuk memasak dan menyediakan juadah untuk berbuka puasa.. aku diberi amaran dan teguran oleh seorang lagi sahabat aku berkenaan dengan urusan pengajian PhD aku.. berulang kali dia mengingatkan aku agar selesaikan dengan cepat.. Sebenarnya sejak kehilangan Ayahanda.. semangat aku sedikit susut untuk menyelesaikan penulisan dan analisa data... Dalam pada itu.. Dia sempat berpesan sebab Isnin depan dia akan ke Tanah Suci Mekah untuk mendirikan Umrah.. awal-awal lagi dia sudah berpesan.. Doa untuk aku selesaikan PhD adalah antara keutamaan untuk dia sampaikan nanti.. terkejut dan sedikit terharu sebenarnya bila dipesan sebegitu.. Sejenak aku memikirkan.. betapa beruntungnya aku punya sahabat sebaik itu.. tambahan lagi.. seorang lagi sahabat bakal menunaikan haji pula tahun depan... Aku?? InsyAllah akan aku usahakan untukl mengerjakan umrah.. Nyatanya selepas aku selesaikan PhD aku tahun ini.. dan konvo pada tahun depan..

Semalam meeting untuk melihat data survey yang kami lakukan pada minggu lepas.. sebenarnya aku sedang merancang untuk menulis paper untuk data itu.. dalam waktu yang sama juga aku berangan mahu ke Tokyo Jepun dan mula mencari seminar atau konferens di sana yang aku boleh hadiri.. ada.. dan aku berminat nak hadiri.. tapi bila memikirkan aku perlu menganalisa data yang baru.. buat aku teringat data PhD aku yang belum berusik sejak 4 bulan yang lalu.. lantas dengan semangat yang jitu dan bersungguh2 (ahaks).. Aku mula menyusun chapter 1-7 dan urutan topik yang sesuai untuk design content thesis aku..

Secara umumnya aku punya 5 chapter yang telah sedia ada bahan kandungannya cuma tinggal 2 chapter sahaja iaitu chap 6 untuk analisa data dan chapter 7 untuk conclusion sahaja. Hari ini aku berjaya menyiapkan separuh daripada chapter 1.. menulis Alhamdullilah kali ini begitu mudah.. memandangkan aku dah terlalu lama tidak menulis dalam bahasa inggeris.. apatah lagi menulis dan konteks bahasa akademik.. bila sahaja masuk chap 2 dan 4 nanti akan banyak quote dari paper yang perlu aku semak semula dan tulis semula.. But InsyAllah.. Semoga aku punya semangat sebegini untuk terus menulis...


Doakan ilham datang terus dengan mencurah-curah ya.. Aku mahu selesaikan semua ini pada tahun 2012 ini juga

Melihat banyaknya bunga-bunga yang gugur berhampiran kawasan letak kereta ini membuatkan aku teringat musim bunga di UK.

Thursday, 27 October 2011

Kepala dan kaki berdenyut2 serentak..

Salam Khamis..

Kejap jek dah nak jumaat kan... Begitu cepat masa berjalan..

Sebenarnya hari ini aku terlalu letih!!!! Sebabnya hari ini aku cover kerja orang dan aku kena buat sampai 3 department.. Sejak semalam aku diminta untuk cover kerja kat Principle office.. Kalau kat universiti kat mesia.. kiranya aku kena cover area pejabat naib canselor.. mean aku kena bersihkan bilik2 pejabat dan bilik naib canselor tuh... Emmmm 1st time masuk bilik Principle.. aku terkejut.. simple giler bilik diorg.. kalau masuk bilik naib canselor kat mesia (which dulu aku selalu gak masuk).. mesti penuh dengan perabut jati.. sofa pun jenis yang dahsyat hahahaha... kat sini.. simple giler jek... meja dia pun alahai.. hanya cukup perkakasan asas jek.. Yang paling best.. dia lunch pun aku rasa makan sandwich jek tau.. sebab dalam bakul sampah dia hanya ada 1 kotak sandwich... lagipun aku syak mesti dia byk makan lunch kat luar kan hahahaha.. takkan pulak dia makan bungkus cam staf bawahan ahakss...

So aku spend dekat 1 jam gaklah bersihkan area situ.. bersihkan toilet.. buang sampah.. ada byk bilik2 kat situ.. bukan bilik principle jek.. vakum karpet semua bilik2 tuh.. so dekat pkl 8 aku selesai... terus nak naik level 6 nak buat pulak department aku.. ontway tuh aku jumpa kawan aku level 4... dia minta tolong aku tolong dia vakum tangga dekat dengan muzium.. (tempat kerja aku nie ada muzium tau).. aku tahu tangga tuh memang penat kalau nak vakum.. dahlah tinggi.. jenis anak tangga yang besar2 nie.. berkapet.. pastu ada pusingan lak.. jenuh nak vakum.. so jam dah pukul 8... aku hanya ada 30min nak buat tandas 3 level.. ingat bolehlah abis buat dalam masa 30min.. tak boleh sebab dah speed laju abis dah.. last aku siap dalam 40min.. itupun selesai buat tandas aku dah letih giler sebab speed tahap giler laju tadi.. tapi masih maintain guna teknik yang sama... kalau aku cover tempat org.. biasanya toilet aku takkan lap guna kain.. biasa aku guna tisu dan terus buang jek.. tapi kalau buat toilet tempat aku.. aku takkan guna tisu.. masih maintain guna kain.. lap dengan 8 lipatan.. aku penah cite benda nie dulu..

Ok.. selesai buat tandas aku terserempak dengan sv kerja aku lak.. dia tahu yang kawan aku Carmela minta aku tolong dia.. dia tanya aku betul2 sempat ke nak buat?? Aku serba salah nak jawab.. sebab aku tahu kalau aku tolong confirm aku keluar kerja lambat punya.. so aku cakap aku cubalah... pastu memang kelam kabutlah aku buat kerja aku... bawak turun 'victor' vakum aku tuh ke level 4.. dan terus vakum tangga belkg tuh dari tingkat bawah ke separuh tangga... jenuh jugalah sebab dia pun kotoran dari pasir dan habuk cukup banyak.. yelah tangga tuh berdepan dengan 2 pintu utama.. confirm ler byk pasir kan.. Selesai vakum terus aku rasa letih sangat2.. nak turun tangga nak cabut plug vakum pun aku terhuyung hayang.. bygkan aku hanya minum segelas air sejuk masa makan ubat antibiotik tadi.. pastu terus gunakan sepenuhnya tenaga untuk buat kerja di 3 department.. aku letih!!!.. Selesai vakum.. masa tarik vakum nak naik ke level 6 aku terserempak dgn sv aku.. dia pulak yang minta maaf dengan aku.. sebab dia boleh agak kot tgk muka aku yang penat giler tuh.. dia kata patut aku tak yah buat kerja vakum tangga tuh sebab aku dah cover kerja kat department principle.. tapi aku cakap aku tak sampai hati nak tolak sebab kwn aku tuh jrg2 sangat minta tolg aku.. aku pun faham dia tak cukup tangan sebab member sama level ngan dia cuti.. memang banyaklah benda yang dia kena buat sorg2... Cuma aku rasa letih sangat sebab pada masa yang sama aku pun cover 1 department lain... So tadi Sv aku minta aku cover lagi Principle office esok.. dan tak yah buat tangga tuh esok... tapi kalau kwn aku tuh minta tolg lagi xtaulah... aku ye tangga dr level 6-2 pun dah 2 mggu xmop.. ingat esok nak mop.. apa pun aku kena settlekan department aku sendiri sok dulu...

Tadi aku lepas jumpa G.. Biasalah meeting kitaorg mesti tak Rabu.. Khamis.. Sebab aku dah beritahu aku ambil banyak masa sangat buat programming.. So dia tukar strategi pulak..

Aku kena buat laporan atau dengan erti kata lain.. Review beberapa lagi paper & jurnal tentang 'Domain Complexity & Language Complexity'.. dia suruh aku produce summary tentang apa yang aku faham.. dan nanti dia akan baca review... itu aku consider sebagai aku ye Literature review lah nie..  tambah lagi dari apa yang aku dah buat sebelum ni tentang collocation & readibility... (mesti korang tak faham mende aku merapu nie hahahaha... pepaham jelah ok)

Pada masa yang sama serentak kepala dan tapak kaki kanan aku berdenyut2.. aku langsung takleh concentrate apa dia cakap tadi.. Dapatlah salin sikit2 benda yang dia tulis kat white board.. pen pun cam ada takde dakwat jek.. Dulu ada 1 pen dakwat best yang member aku dari Thailand bagi.. pastu ada kwn aku pinjam sampai skrg taktau p mana ... tapak kaki kanan aku masih berdenyut2 nie... tak tahulah kenapa.. dan serentak kepala aku pun berdenyut2... arghhhh... Terus rasa sakit2 badan... Nasib aku record tiapkali ada meeting dengan G.. so kalau miss out ulang tayang jelah dgr balik conversation tuh.. selamat sikit..

Meja yang dah tak rupa meja dah nie.. 
Berserabut umpama mood tuan punya meja nie
:(

Wednesday, 19 October 2011

Serah diri

Dah pukul 11.00pagi..

Aku masih depan pc..

Nak jumpa G sekarang..

Aku rasa macam nak serah diri untuk di 'pancung' jek...

Keje tak siap nie... huhuhuhu..

Ya Allah.. Kuatkanlah semangatku..

Sambil baca doa tenang hati banyak2...

Doakan aku....................

_________________________________________________________________________________________

Baru keluar bilik G

30min jek aku dalam tuh..

Aku ngakulah keje tak siap lagi...

Dia pun apa lagik ambik pen.. lukis2 kat whiteboard..

Cakap pasal database.. cakap pasal skrip Php.. cakap pasal html ye format..

Cakap lagi pasal back end application design..

Abaikan dulu javascrip & AJAX..

Dia bagi dateline 'Isnin' kena email kat dia result keje aku dalam bentuk web.. huhuhuhuhu..

Scary ye sebab design tah apa-apa.. banyak function tak jalan lagik...

Paling best sebelum aku sampai pintu (masa nie dalam kepala aku... nak cecepat hilang dari pandangan mata dia yang cam separa tak puas hati tuh)...

Tetiba keluar ayat power dia..

"Don't rest too much during the weekend..."

Huhuhuhuhu.... Tiada rehat bagiku weekend ini........................

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... Nak sambung jerit.....

Lehlah nanti bila jerit kuat-kuat... banyaklah asap (wap) dari mulut keluar banyak2 sebab hari nie suhu sejuk giler......................

p/s Aku nak pinjam otak programmer yang paling terer kat dunia... mesti petang nie siap keje aku kan.. kan.. Ada yang nak dermakan otak tak???

Yorkshire Pudding berinti sardin dengan kepingan cheese murah 'Tesco'
Sekejap jek selesai...
Lapo giler nie...

Monday, 10 October 2011

Org Viva.. tapi kenapa aku sedih??

Salam Isnin..

Hari nie aku takde mood... mood aku kiranya 'sudah ke laut'' tapi kalau nak kira tempat aku nie.. mood aku kiranya ke'gunung'.. Kawan yang datang duduk rumah aku seminggu nie.. baru jek call tadi.. Alhamdullilah dia lulus vivanya dengan minor correction.. Aku tumpang gembira.. gembira untuk dia.. tapi jauh dalam sudut hati aku.. aku sedih pulak.. sedih kenapa?? Sedih mengenangkan kerja programming aku yang belum nak siap2 lagi nie.. huhuhuhu

Susah nak cakap perasaan aku waktu ini.. Nyatanya hati dan kepala aku sedang berperang sesama sendiri waktu ini..

Apa juga.. Doakan kekuatan semangat aku yeah..

p/s : Tetiba ada rasa nak lari dari rumah hari nie... hahaha.. lari balik mesialah kan.. ;)

Wednesday, 5 October 2011

Programming lagik!!!!!!

Salam Rabu...

Lepas keluar dari bilik SV.. kepala aku berasap2... mata aku berpinar-pinar... Lain yang aku harapkan.. lain pulak yang terjadi...

Kerja aku tambah lagik............. Another programming kena buat.. aduhhhhhhhhhhhhhhh tensen ye... Programming lagi kali ke3... aku nie buat Phd ke?? buat programming nie??? Mula dulu JavaServlet dan run applikasi Reload + SCORM.. kemudian aku kena buat Php dgn HTML & database MySQL.. Sekarang nie analisa yang aku ingat buat secara manual.. kali nie aku kena develop website yang boleh buat ordering dan sorting semua 100 documents tuh... Tensen ye!!!! Another application.. and I've been given 10days to finish the task..

Nak marah?? Nak Nangis??? Nak teriak.. Dah buat pun... tapi kesian kat member yang jadi tempat aku mengadu tuh... Aduh siapa lagi tempat aku nak mengadu nie... 5 years.. and 3 major programming in the row.. aku nie last2 nanti endup jadi programmer apa... kalau buat research yg libatkan observation kan senang... Aku ingatkan bolehlah run secara manually... tapi nampaknya kena juga develop sistem nie... 10 days...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok itu tulisan kat atas tuh masa baru lepas keluar bilik Sv dan lepas aku call kwn baik aku.. Masa tuh mmg tgh berasap2 kepala..

Now after lunch dan makan 4 bar X 2 baris=8 bar coklat untuk ilangkan stress aku.. Now I'm cool.. I'm cool babe... cool sesejuk angin dan hujan kat luar tingkap nie..

Do I have a choice??? Nampaknya harapan nak balik bln 12 nie cam tipis jek nie..Walaupun aku dah cakap dengan sv aku tadi.. "I'm thinking going home early January 2012" Saje aku cakap sebab dah tak tahan menahan nafas dan perasaan bila tengok kerja-kerja programming yang aku kena buat.. huhuhuhu...

Ok malam nie aku harap aku leh mimpi dapat buat coding excellent guna JavaScript.. AJAX.. xhtml.. php.. MySql..HTML...

Hari nie buka balik script php yang aku dah tinggal 4bln.. huhuhuhu... starting coding dan programming again..


p/s Have to keep going...
Kenapalah laluan study aku nie makin menyimpang dari aplikasi multimedia nie??????


Have faith in yurself..
'I believed you can do it..' As said by my gudfren..
but do I believe in myself???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...